Novel : Bila blogger jadi maid 15

14 November 2011  
Kategori: Novel

12,266 bacaan 28 ulasan

Oleh : Zati mohd

BAB 15

Malam itu Ash masih menyendiri di dalam bilik Sedaya upaya aku cuba memujuk Ash. Aku tak tahu nak buat apa dah. Segala macam cara aku dah cuba tapi gagal. Makan malam tadi pun dia tak turun, terpaksa aku makan sendiri.

Aku nampak Ash duduk di ruang rehat. Di tingkat atas rumah ni, memang ada menyediakan ruang rehat. Ash duduk di sofa sambil, menekan-nekan remote control.

Rambut aku yang sedikit panjang aku ikat ekor kuda. Aku berjalan duduk di sebelah Ash. Mata aku memandangnya. Dia seakan-akan tidak pedulikan aku.

“Tengku..” aku tersenyum memandangnya.

Diam!

“Tengku..” aku mencuba nasib lagi.

Diam! Dia masih mendiamkan diri, serupa aku wujud tak wujud.

Aku bermain telinga Ash dengan hujung rambut.

“Jangan kacau la..” dia menepis dengan tangan.

“Minta maaf la Tengku..” Aku memuncungkan mulut.

“Erm..”

“Tengku jangan la marah..” aku bersuara lagi.

“Sakit tau tak.” Dia memegang kakinya.

“Meh nak tengok. Ala kesiannya dia, sakit ye.. itu la kalau ulat bulu dah naik daun.” Aku sengaja menekan kakinya yang dikatakan sakit itu. Tak ada apa-apa pun aku tengok! Alasan je lebih Tengku ni.

“Sakit la..” Tengku mengadu.

“Tak baik tau tipu, tak sakit kata sakit.”aku duduk semula di tepi Ash.

“Ala saja ja nak manja-manja. Tu pun tak boleh ke?”

“Tak boleh!” aku bersuara garang.

“Ala Risya merajuk pula ke?” dia tanya lagi.

“Aha.” Sepatah aku menjawab.

“Ala takkan Risya pula merajuk kut?” dia bertanya lagi.

“Memang pun.” aku mula mahu bangun meninggalkan Ash di situ. Pandai-pandai tipu orang.tak sakit mengaku sakit.

Tangan aku di tarik. Aku jatuh ke pangkuan Ash. Aku cuba untuk bangun semula namun gagal.

“Tengku.. let me go!” aku cuba sedaya upaya untuk meloloskan diri. Namun tidak berhasil.

Ketawa pecah di bibir Ash. Dia melepaskan aku.

“Garang betul la isteri tersayang abang ni..” sempat tangan aku diciumnya. Aku tersenyum dalam hati. Entah kenapa aku suka dia buat macam tu.

Aku terus meninggalkan Ash sendirian di situ. Membiarkan dia dengan ketawanya. Aku duduk di atas katil sambil membuka laptop. Duduk melayari internet. Kali ni aku dah fikir nak post apa.

Kerjaya..

Assalamualaikum.. apa khabar?maaf sejak bergelar isteri ni, aku semakin sibuk. Sibuk dengan aktiviti harian.
Aku dah dapat kerja. Yeah! Kerja biasa-biasa saja dekat sebuah syarikat yang agak besar la jugak bagi aku.

Bagi aku dah dapat kerja ni pun kira okey la jugak. Al-maklum la sekarang ni kan susah nak dapat kerja. Aku kira bersyukur la senang dapat kerja.

Dan encik suami pun semakin lama semakin menunjukkan taringnya yang kuat merajuk. Adoi! Nak pujuk pulak satu hal. Aku dah tak tahu bab pujuk memujuk ni.

Kalau korang ada cadang sila kemukakan cara-cara untuk memujuk encik suami aku yang kuat merajuk. Mana nak tahu nanti dia merajuk lagi senang la aku nak pujuk kan.

***************************************************************************
Ash membuka pintu bilik Risya perlahan. Dia yakin gadis itu sudah pun tidur. Perlahan, dia duduk dia atas katil. Di perhatinya seraut wajah yang manis itu. Rambut yang paras pinggang di biarkan lepas.

Ash berbaring di sebelah isterinya sambil memerhati raut wajah Risya. Mereka berkongsi selimut yang sama. Kedinginan penghawa dingin menabahkan lagi kesejukkan malam. Perlahan pipi Risya di usap. Wajah itu cantik tanpa apa-apa solekan. Kecantikan yang asli.

Sambil dia mengusap pipi Risya, tangan Risya mencapai tangannya. Risya memeluk erat tangannya itu. Ash tersenyum. Dia suka bila Risya dalam keadaan tidak sedar macam ni. kalau Risya tahu dia masuk sembunyi-sembunyi mesti dia kena marah habis-habisan punya la.

Spontan kaki Risya menendang Ash hingga dia terjatuh.

“Aduh!” Ash menjerit. Sebelah tanganya mengurut punggung sebelah lagi menekup mulut.

Risya terjaga dari tidur bila mendengar ada suara asing.

“Siapa tu?” dia memanggil.

Sepi!

Ash di bawah katil sedaya upaya menekup mulut.

Risya mengikat rambutnya. “Hey hantu! Kau ingat aku takut ke dengan kau haa! Kau ingat bila kacau aku tu, aku takut la erh! Hello.. please la..”

Risya diam seketika. Dulu bondanya ada berpesan, kalau ternampak bayang atau ada benda yang menganggu. Jangan takut. Kita kena lawan dia balik. Baru dia tak takut dengan kita. Bonda kata hantu tu syaitan. Jadi kita tak boleh takut dengan syaitan.

“Apasal kau diam hantu. Dah la muka kau tu buruk! Aku ni makhluk Allah yang paling cantik la. kau tu hantu hodoh tau tak! Kalau kau kacau aku lagi! Siap kau!” Risya terus membaringkan dirinya di atas katil kembali. Lama dia menanti akhirnya dia kembali lena.

Ash di bawah katil sedaya upaya cuba menahan tawa. Aku yang kacak lagi bergaya ni boleh dia kata hantu. Apa la Risya ni boleh pula percaya hantu zaman sekarang. Ni dah zaman IPad la.. apa la.

**********************************************************************
Ash tersenyum sendiri, dia yang sedang memandu menghentak-hentak stereng mengikut rentak lagu dengan jarinya. Risya yang di sisinya terkesima. Pagi-pagi dah ceria ni apa cerita.

Aku memandang keluar tingkap. Kejadian semalam memang di luar dugaannya. Boleh pulak la ada hantu yang datang. Tak pernah-pernah muncul hantu. Tetiba semalam dia menjelma. Hish! Bila fikir balik mungkin logik kut, al- maklum la sejak masuk rumah baru tu mana ada buat kenduri lagi ataupun baca yassin.

“Bila rumah tu nak buat baca yassin?” Aku bertanya Ash tapi mata masih memandang ke luar tingkap.

“Haa.. rumah mana?” matanya memandang ke hadapan jalan.

“Rumah kita la.”

“Ooo..rumah kita ye..” kata-kata Ash terhenti. Dia kemudian menarik handbreak bila tiba di lampu isyarat simpang empat. “Tengok la lepas dua hari majlis resepsi kita nanti. Kenapa?” Ash memandang aku seketika.

Mata Ash tertoleh ke arah luar tingkap. Dia terlihat awek kereta sebelah tersenyum-senyum ke arahnya. Bukan sorang dalam kereta tu tapi empat orang sekali.

“Sayang.. ada awek ngorat abang la..” Ash memaling ke arah Risya.

Aku menjenguk. Aha la! empat orang sekali kut. Berani tersenyum-senyum dekat suami orang. Tak nampak ke aku dekat sebelah ni.

“Laku jugak Tengku ni. ingatkan tak laku.” Aku memaling ke arah hadapan jalan sambil memeluk tubuh. Cemburu!

Ah! Lelaki bukan boleh percaya.. tu gatal la tu, suka perempuan senyum-senyum. Yang perempuan tu pun satu. Pantang tengok lelaki naik kereta mewah sikit dah mula nak tersengih-sengih.

“Lepas ni tukar kereta, naik kancil sudah.” Aku menjeling tajam ke arah Ash sambil memeluk tubuh.

Ash mula menekan minyak bila lampu isyarat bertukar hijau. “Isteri abang cemburu ye.” Dia memaut dagu aku dengan tangan kirinya. Aku menepis.

“Tolong la Tengku buat apa la saya nak cemburukan Tengku.” Aku mula berlagak biasa. Padahal dalam hati bukan main marah lagi.

“Cemburu tu tandanya sayang.. Risya sayang abang erh.. abang pun sayang Risya..” tangan kanan aku dikucupnya. Syahdu!

Ash memberhentikan kereta bila sampai di Wisma Golden Global.

“Jangan lupa ambik Risya nanti.” Aku membuka seat belt. Aku kena pesan ni takut terlupa pula.

“Tak nak..” Ash menggelengkan kepala sambil memuncungkan mulut.

“Ambik la.. Tengku ni.” aku terus mencium tangan Ash.

“Ye la abang ambik.” Dia masih ketawa. Aku menghantar Ash dengan pandangan dari jauh.

**********************************************************************
Wafiy di dalam kereta hanya memerhati gelagat dua pasangan itu. Ash dan Risya. Semalam dia sempat bertanya pada Dilla tentang Aimie. Siapa lelaki yang di katakan akan bernikah dengan Aimie. Dan ternyata dia adalah Ash. Dia teringat kembali bicaranya bersama Dilla semalam.

“Kau kenapa nak jumpa aku?” Wafiy duduk di atas kerusi hadapan meja bar. Suasana bingit di Star Bisto and Pub kadang-kadang merunsingkan Wafiy.

“Kau kenal ke perempuan tu?” Dilla yang hanya berseluar pendek paras paha dan memakai tube mengalunkan badannya mengikut rentak lagu.

“Perempuan mana?” Wafiy memandang Dilla. Perempuan ni orang lain sibuk nak tutup aurat dia pula sibuk nak buka aurat.

“Yang aku jumpa tadi la..”

“Mana aku tak kenal budak aku.” Wafiy menghirup air pepsi. “Eh! Kau kata Aimie nak kahwin kan.. kenapa senyap pula.?”

“Dia gugur masa nak nikah tu, lepas tu dah tak sempat nak nikah, Ash pun rembat la orang gaji mak dia buat ganti..”

Wafiy ternganga. Orang gaji? Biar betul.. takkan kut. Kiranya perkahwinan Ash dengan Risya ni bukan atas suka sama suka la.

“Kiranya memang Ash tu tak suka Risya la?” Wafiy tanya lagi untuk minta kepastian. Kepala Dilla di anggukkan perlahan.

Senyum terukir di bibir Wafiy. Yes! Ada chance..

****************************************************************************
Tok! Tok! Tok!

Cermin tingkat kereta Wafiy diketuk Risya. Wafiy mematikan enjin kereta dan kereta dari kereta.

“Ingatkan awak pengsan.” Aku tersenyum bila Wafiy keluar dari keretanya.

“Tak la.. mana boleh pengsan..” Wafiy tersenyum.

“Jom la naik sekali.” Aku mula berjalan. Sesaat kemudian Wafiy jalan beriringan dengan aku.

“Awak sayang suami awak?” dia tanya aku sambil menjinjit beg laptopnya.

“Haaa?” kening aku bertaut, apa punya soalan ni?

“Tak ada apa-apa la.” dia menekan butang lif.

Aku hanya memandang dari ekor mata. Apa hal pulak duk senyum-senyum bos aku sorang ni. dah jatuh cinta apa. Tak pun terkena number ekor. Choi! Mulut aku ni tak berlapik langsung.

Dia memberi aku laluan bila pintu lif terbuka. Aku sama-sama berjalan ke ruang pejabat.

“Amboi bos! Makan ceria nampak sejak ada akhir-akhir ni.” Zu menegur Wafiy.

“Biasa la tengah jatuh cinta.” Dia tersenyum lagi. Dia meninggalkan aku bersama Zu. Berjalan sambil bersiul-siul kecil.

Sah! Betul tak aku kata Wafiy ni tengah jatuh cinta.

“Encik akauntan kata awak boleh masuk jumpa dia.” Zu menyusun barang-barang di atas mejanya tanpa memandang aku.

“Encik akauntan?” aku menyoal. Takkan nama dia Muhammad akauntan kut?

“Eh! Silap la.. Encik Yusuf. Tapi dekat sini kami panggil dia Encik akauntan saja.” Zu tersenyum. Memang padan jadi pemyambut tetamu. Dah la suka senyum dah tu peramah pula.

Aku berjalan menuju ke bilik Encik Yusuf. Selepas mendapat sedikit penerangan dan sesi suai kenal. Aku di tempatkan di luar biliknya. Tapi yang lecehnya bilik Encik Yusuf ni sebelah pula dengan bilik Wafiy. Nak tak nak mesti terserempak juga dengan Wafiy.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

28 ulasan untuk “Novel : Bila blogger jadi maid 15”
  1. lalunadida says:

    perrgghhh….thumbs up….sukenya sy….sweeet sgt si ash ni ngn risya….cepat~cepat smbng cite ni!!

  2. ju says:

    sambung2

  3. gadis says:

    hea ash sweet betul laa, cepat laa risya jatuh cinta ngan ash..heea :)

  4. nazihah says:

    cepat la sambung…lame tgu dia pnye smbgn…pape pon mmg terbaik!!!…

  5. aqeela says:

    sangat best citer ni blai nak sambung

  6. rosmpkmn says:

    cepatla sambung, memang best

  7. izzah says:

    yaaa!!cpt2 ckit smbung
    suke sgt2 ;)

  8. Nurul Hidayah says:

    Sambung la lagi..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"