Novel : Isteriku, 19 Tahun 26

15 November 2011  
Kategori: Novel

41,255 bacaan 131 ulasan

Oleh : AkuSiGadisBiasa

“Akif?” Dalam keterharuan Zuyyin menyebut nama Akif. Rasa macam mimpi berada di situ.

“Tak payah buat muka terharu macam tu. Jom naik!” Akif menarik tangan isterinya, laju menuju ke kaunter tiket kereta kabel Langkawi.

“Ceit.” Senyum. Dah penat asyik cebik memanjang. Kakinya melangkah, ikut larian langkahan kaki Akif yang semakin laju.

“Akif, kenapa hanya kita berdua je ni?” Zuyyin soal pelik bila hanya mereka berdua yang berada di dalam gondola itu. Sedangkan gondola itu boleh memuatkan 6 orang sekaligus. Lagipun, mereka bukan pengunjung yang terakhir sehingga di beri keistimewaan itu.

“Entah, mereka tak nak naik lagi kot. Gayat agaknya.” Akif sengih, pasang muka kehairanan yang tak berapa nak jadi.

“Lorh.” Dia tahu Akif berbohong, tapi dia malas nak ambik pusing dah sebab hatinya sudah meronta-ronta ingin naik ke atas sana. Dia ingin melihat Langkawi dari atas awan!

Dengan langkah berdebar-debar, Zuyyin melangkah keluar dari gondola sebaik mereka tiba di destinasi yang di tuju. 705 meter dari aras laut!

“Itu Langkawi Yeyen.” Jari Akif menunjuk ke arah pemandangan di bawah, dengan jelas pemandangannya di hadapan mereka.

“Ya, Yeyen tahu.” Kegembiraan di hatinya terbias ke wajah melalui senyuman yang tak lekang di bibir. Terima kasih Akif!

“Kalau kau lompat sikit lagi, kau dah boleh cecah awan.” Akif berkata dengan sengihan.

“Betul ke?” Zuyyin soal excited, dan-dan itu juga dia melompat. Berkali-kali dengan tangan di gawang-gwanagkan ke atas, ingin menyentuh awan seperti kata Akif.

“Err..” terlopong Akif sesaat melihat Zuyyin yang beria-ia melompat. Gosh, you too naive sweetheart. Haha.

“Tak pun.” Buat muka sedih. Tak cecah awan pun, Akif menipu!

“Haha.” Gelak sakan Akif tengok Zuyyin. Zuyyin tak tahu ke kalau dia hanya bergurau tadi? Tak nampak kea wan tu masih tinggi nun kat atas sana? Zuyyin, Zuyyin.

“Ceit.” Di terkena rupanya. Sengal punya husband.

“Haha. Jom pergi sana, ada sesuatu yang aku nak tunjuk kat kau. Jom.?” Akif mula berjalan, menuju ke laluan suspension bridge yang menghubungkan dua buah bukit. Err, agak menggerunkan di bawah sana.

“Hah? Kat sana? Tak nak. Aku takut.” Zuyyin mengeleng-gelengkan kepalanya. Tiba-tiba dia rasa gayat. Gila ah, sangat menakutkan di sana.

“Yeyen, aku ada benda nak cakap dengan kau ni. Cepat datang sini!” Akif sudah berdiri di suku laluan suspension bridge. Melaung nama Zuyyin yang masih berdiri teragak-agak di penghujung jambatan.

“Tak nak! Aku gayat.” Menggigil lututnya bila melihat ke bawah. Ke arah batu kapur dan gaung yang tajam. Confirm hancur berkecai tubuhnya jika dia jatuh dari tempat setinggi ini.

“Nehi, aku tak malam pertama lagi.” Dia undur setapak ke belakang. Takut.

“Its safety here honey. Datang sini cepat.” Akif masih berdegil, masih memaksa isterinya datang menyertainya di laluan suspension bridge yang mengerikan.

“Tak nak!” Zuyyin juga masih berkeras, tidak ingin dia menempah maut di situ.

“Kau balik sinilah Akif, cakap dengan aku kat sini.” Merayu. Lagipun, dia bimbang jika Akif berada di sana, baginya tempat itu sangat berbahaya. Dia belum bersedia hidup ‘tanpa’ Akif. Gila ah, dia sudah mula berfikir yang bukan-bukan.

“Takkanlah nak lalu suspension bridge macam gini dah takut kot. Aku ada hadiah untuk kau kalau kau dapat sampai kat sini.” Kali ini Akif bermain psikologi. Itukan Zuyyin, isterinya yang kebal dengan pujukan.

“Kau memang sengajakan Akif, nak api-apikan aku.” Zuyyin cebik bibir, rasa loser pula kalau dia tak ke sana. Ceit, mana dia boleh kalah dengan Akif!

“Memang pun. So, nak datang sini ke tak?” Akif dah sengih, rasa macam isterinya dah mula masuk perangkapnya. Cepatlah datang sayang oi!

“Nak datanglah ni. Bismillahirrahmanirrahm. Ya Allah, ampunilah dosa kedua orang tuaku, dosa ku dan abangku, dosa suami ku, bla.bla..bla..” Siap baca doa selamat lagi dia sambil melangkah mendapatkan Akif.

“Haha. Macam mana nak nampak kalau mata tu tertutup macam tu?” Rasa nak gelak kuat-kuat bila tengok Zuyyin melangkah dengan mata tertutup.

“Biaq pi lah aku nak tutup mata pun.” Ceit. Abis tu takkan nak buka mata dan tengok betapa gerunnya di bawah sana. Dahlah jambatan ni bergoyang-goyang bila di tiup angin. Ada juga yang patah balik ni kejap lagi.

“Hah, kan dah cakap di sini selamat.” Akif senyum, menggapai tangan isterinya yang semakin dekat menghampirinya. Mak aih, sejuk gila. Ni mesti takut punya pasal ni.

“Akif..” Tersedu-sedu Zuyyin memeluk Akif. Terharu. Sebaik dia membuka matanya, wajah Akif benda pertama yang dia nampak bukannya gaung yang menakutkan.

“Haha. Cengeng!” Perlahan tubuh isterinya di bawa ke dalam pelukannya.

“Jangan menangis lagi. Aku tak suka kau menangis macam ni.” Senyum menyapu air mata di pipi Zuyyin. Kau nampak tak comel bila menangis begini.

“Hah, mana hadiahnya?” Selamba. Tadi bukan main menangis ketakutan. Tangan di tadah di depan suaminya. Menagih hadiah.

“Ceit, tak menyempat.” Akif menyeluk poket seluar jeansnya.

“Nah.” Sebatang coklat bar cadburry untuk isterinya.

“Coklat je?” Hampeh. Ingatkan nak bagi seketul intan ke. Dahlah dia separuh mati nak sampai di sini.

“Gila demand. Eh, bukankah kau dah dapat hadiahnya tadi?” Sengih.

“Hah? Hadiah apa?” Bingung.

“Aku.” Serius.

Terkedu Zuyyin sesaat.

“Kau tahukan, aku bukan romantik macam artis korea. Aku tak jambu macam Leeteuk Super Junior kau tu, malah aku sama sekali tak sweet seperti mereka, sekalipun aku pakai wig.” Tergelak. Zuyyin yang dalam kebingungan juga ikut tergelak.

“Kalau nak bandingkan dengan Seth Tan, dia 100 kali lagi romantik sebab boleh terfikir bagi Nora Elena beratus kuntum bunga ros. Bukankah kau kata aku kedekut?” Senyum. Tangannya mencapai lembut tangan Zuyyin.

“Mana ada.” Malu-malu bila Akif menggenggam erat tangannya.

“Aku boleh je menyanyi untuk kau macam watak hero novel melayu yang selalu kau baca tu, tapi aku tak mampu. Bukan sebab suara aku tak sedap, tapi sebab aku tak mahu kita basah di sini kerana hujan. Aku tak mahu kau demam.” Kali ini dia membawa tangannya ke kepala Zuyyin. Mengusap kasih, seperti yang dia selalu lakukan sebelum ini.

“Kau nak cakap apa sebenarnya ini Akif?” Zuyyin di landa kebingungan. Dia takut untuk berharap, tapi sepertinya dia ingin percaya pada harapannya saat ini, hidup bersama Akif.

“Tak pun, aku boleh bawa kau candel night dinner, romantik di hotel 5 bintang. Aku mampu, tapi aku tak mahu kau rasa tak selesa sebab aku tahu kau lagi suka lepak di ruang tamu rumah kita dengan masak spageti kau yang buat aku cirit-birit.” Senyum. Tangannya jatuh ke pipi. Mengelus lembut.

“Akif..” Sebak.. Dia tidak tahu untuk apa dia merasa sebak. Ada air mata yang bakalan jatuh di bibir matanya tidak lama lagi.

“Aku mampu buat semuanya untuk kau Yeyen. Tapi aku tak mahu sebab aku nak kau terima aku dalam hidup kau, seadanya aku yang biasa. Terima aku yang kedekut, yang tak romantik, yang tak boleh menyanyi malah tak jambu macam dorang yang kau kenal.” Air mata Zuyyin yang jatuh di pipi dia usap perlahan sebelum meneruskan kata-katanya.

“Sebab yang tak romantik dan kedekut inilah yang mencintai kau sepenuh hatinya. Mencintai kau lebih daripada lelaki-lelaki yang pernah mencintai kau sebelum ini.” Masih tidak jemu dia menyapu air mata yang semakin lebat di pipi Zuyyin.

“Akif…” Hilang kosa katanya.

“Kau maukan, menjadi yang terus halal buatku?”

Zuyyin terkedu untuk kali entah ke berapa bila sebentuk cincin emas putih dengan dua permata di sua di hadapannya. Adakah Akif sedang melamar dia sekarang?

“Bukankah aku memang isteri kau?” Zuyyin membalas renungan mata Akif yang redup.

“Aku dan kau tersepit di tengah-tengah keadaan yang akhirnya mengikat kita menjadi suami isteri kerana permintaan arwah Atuk. Tapi hari ini, aku nak kau sendiri yang membuat keputusan. Aku sedang melamar kau sekarang Zuyyin.”

“Dan aku tiada sebarang bantahan dengan lamaran kau.” Senyum. Menadah tangan kanannya di hadapam Akif.

Dia tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk berfikir hidup bersama Akif kerana lama dulu dia sendiri sudah jatuh cinta dengan Akif.

“Aku sayang kau.” Cincin yang di belinya bersama Naim dulu dia sarung di jari manis Zuyyin. Muat, tepat, dan tersarung cantik!

“Aku sudah lama sayangkan kau.” Zuyyin mengesat air mata yang jatuh di pipi. Nek, Atuk, Ayien sudah bertemu dengan kebahagian yang Ayien cari.

AKif senyum, memegang tangan Zuyyin yang mengesat air mata di pipi sebelum menarik isterinya dalam pelukan. Terima kasih kerana memilih hidup bersama aku,Yeyen.

Klik!

Tersentak mereka berdua dengan bunyi kamera dan flash yang bertalu-talu.

“Err..” Berpuluh-puluh pasang mata pelbagai warna menjadi saksi penyatuan dua jiwa mereka. Gila ah, lupa pulak yang dorang kat public sekarang ni.

“Kiss her, son.” Seorang pelancong luar sebaya Wan bersuara.

“Err..” Tergagap-gagap Akif. Gila ke nak kiss-kiss kat public? Granny ni pun agak-agaklah.

“Alah, kiss jelah bai. Korangkan husband and wife, tak salah pun kan?” seorang lelaki yang masih merah inai di jari pulak bersuara. Isterinya yang berdiri di sisi pula mengangguk-angguk setuju.

“Tak nak-tak nak.” Zuyyin mengawang-gawangkan tangannya ke kiri ke kanan. Malu weh! Muka dah bertukar merah jambu ni.

“Kiss! Kiss! Kiss!”

Okey, ini sudah macam dalam drama korea bila mereka dah mula bersorak. Dorang ni sengal ke hapa? Zuyyin tiba-tiba rasa gerun kalau Akif ikut saranan mereka.

“Akif, kau jangan nak buat gila kat sini.” Zuyyin undur setapak bila Akif menghampiri.

“Come on sayang, jangan hampakan peminat kita.” Akif sengih sambil menarik Zuyyin rapat ke sisinya dan chupp! Ciumannya hinggap di dahi Zuyyin. Lama dan penuh kasih.

“Wahhh.!!” Bertalu-talu flash kamera dari pengunjung yang datang di situ. Siap bertepuk tangan dan mengucapakan tahniah dan doa selamat untuk hubungan mereka.

Okey, ini bukan lagi macam, tapi memang dah dalam korea ni. Heronya bukan lagi Leetuek oppa, tapi Akif oppa!

***************

(Yang ini special entri :) okai? )

“Hijau?”

“No lah, macam ulat bulu.” Buat gaya ulat bulu tergedik-gedik.

“Merah?”

“Nope! Macam Gong Xi Fa Cai lah pulak.” Geleng-geleng kepala, tak setuju. Langsung tak berkenan dia.

“Hitam ar, baru stylo.” Sengih.

“Lorh, tipikal sangat.” Juga tak bersetuju.

“Biru?” Suara dah keras. Penat dok layan orang sebelah ni bagi komen.

“Ermm, tak sesuailah.” Cebik bibir.

“Pink?” Berusaha menyabarkan hatinya.

“Huh? Jangan nak berangan comel boleh tak?” Senyum sinis.

“Apsal semua yang aku pilih kau tak berkenan ha? Lagi satu, siapa yang nak pakai sebenarnya ni? Aku ke kau?” Okey, ini memang dah sampai tahap menyampah dan menyakitkan hati dah.

Zuyyin dah naik bengang bila semua pilihannya tak menepati citarasa Akif. Ada sahaja yang dia nak komplen. Kalau dia yang nak pakai tak apa juga dia nak komplen bagai.

“Memanglah kau yang nak pakai.” Muka Akif tak beriak membalas kata-kata isteri dia yang dah pasang muka bengang.

“Dah tu?” Jegil mata. Geram.

“Glasses ni nanti dok lekat kat muka kau, which is mean kau tak akan nampak benda alah ni, tak akan ganggu kau. But not me, ia sangat mengganggu aku kalau tak kena gayanya.” Ujar Akif selamba.

“Apa kena mengena dengan kau pulak?” Pelik.

Sesekali salesgirl yang dari tadi diam memerhatikan mereka berdua bertekak dia jeling. Takkan tak pernah tengok suami isteri gaduh pasal colour glasses kot kak?

“Kau tak rasa menyampah ke bila tengok orang pakai benda yang merimaskan kau? Dok tayang pulak tu depan kau 24 jam 7 hari seminggu?” Soal Akif.

“Eh, memanglah rimas.” Zuyyin jawab pantas. Bukan setakat rimas, rasa nak tegur pun ada, nak bagi komen ikhlas sepatah dua kata kat orang tu.

“Hah, itu jugalah yang bakalan aku rasa kalau pakai glasses colour merah macam warna baju apek bila hari raya dia tiba, tak pun colour hijau yang alam sangat ni.” Serius.

Jarinya mencapai salah satu glasses pilihan Zuyyin yang ada atas meja kaca. Hugh! Tak ada test langsung isterinya ini.

“Haha. Dah tu, nak pilih apa?” Dalam diam, Zuyyin mengakui kata-kata si suami.

Akhirnya, balik kat Akif juga dia minta pendapat. Mata ni pun satu hal, dulu kecik-kecik elok je tak rabun, alih-alih dah besar macam ni boleh pula pulak dah tak nampak benda yang jauh sikit. Itulah, dulu arwah Atuk suruh makan tomato, asyik mengelat je kerja. Sekarang tanggunglah sendiri akibatnya.

“Putihlah, macam sesuai je ni.” Akif tunjuk pada salesgirl satu design glasses tanpa bingkai yang menarik perhatiannya.

Dia selamba sahaja bila tengok salesgirl tu geleng kepala bila mata mereka bertembung. Alahai cik adik, dah bosan ke tengok kitaorang suami isteri gaduh manja-manja ni tapi tak beli-beli juga glasses awak?

“Okey tak?” Zuyyin buat gaya comel depan Akif. Tayang glasses pilihan Akif, siap buat peace yang di dekatkan di pipi.

“Perfect!” Sengih. Alahai sayang, awat buat muka comel macam tu? Buat jantung orang berdegup laju macam kapal Soyuz sahaja lagaknya.

“Okey, aku ambik yang ni. Kau bayar.” Sengih. Tak fikir dua kali lagi bila setuju dengan pilihan Akif, lagi pula dia sendiri rasa comel dan stylo dengan glasses pilihan Akif ni.

“Dia yang pakai, orang pula nak bayar.” Ceit. Dalam membebel tu, di keluarkan juga wallet Polo dari poket seluarnya.

“Wan cakap, jangan nak berkira dengan isteri sendiri.” Gelak, teringat insiden Akif di tegur Wan waktu kat Langkawi dulu.

“Iyelah. Berapa harganya dik?” Akif dah sedia keluarkan duit dari dalam wallet dia.

“RM 235 je encik. Er, ni isteri ke adik ni?” Si salesgirl yang dari tadi diam akhirnya bersuara juga.

Agak pelik dia tengok pasangan di hadapannya. Dari tadi dia tertanya-tanya apa hubungan mereka. Awalnya, bila mereka masuk tadi dia ingatkan manusia berdua depan dia ni adalah adik beradik. Abang sulung yang bawa adik bongsunya pi survey kacamata. Tapi bila dengar ayat budak perempuan ni, dia rasa pelik pula. Isteri?

“Isteri saya ni.” Oh, itu rupanya yang salesgirl ni dok fikir dari
tadi. Not lima keping duit lima puluh ringgit dia hulur.

“Isteri? Lorh, ingatkan adik.” Si salesgirl terperanjat.

“Ya kak, dia ni suami saya ni.” Gelak.

Adakah dia di sangka adik Akif? Apa, dia tak ada gaya ke jadi isteri atau girlfriend Akif? Pakai baju tee dengan cardigan, shawl di kepala dan seluar jeans siap pakai sneakers ni tak cukup cun ke nak orang nak addres dia sebagai “Akif wife”? Taulah isteri-isteri orang lain tak pakai beg Vintage macam dia.

“Haha. Muda sangatlah dik, macam tak sesuai lagi jadi isteri.” Ujar si salesgirl lagi sambil memberi baki duit Akif.

Tersengih-sengih dia memandang wajah pasangan suami isteri di hadapannya itu. Si isteri comel dengan senyuman dan si suami serius tanpa riak di wajah. Nampak macam tak sesuai kot. Wajah keanak-anakan versus wajah serius bajet cool, mana sesuaikan? Kan?

“Awak dik? Nampak tak secocok ke?” Soal Akif, sengih.

“Secocoklah encik. Cuma kalau encik selalu senyum macam isteri encik ni lagilah double triple secocoknya.” Sengih. Jujur sangat dengan kata-katanya.

“Haha. Itulah, kan aku dah suruh kau jangan buat muka macam tu.” Gelak sakan Zuyyin bila dengar kata-kata kakak salesgirl tu.

“Terima kasih di atas komen yang membina tu dik.” Senyum paksa sebelum menarik tangan Zuyyin keluar dari kedai kacamata itu. Eww, gila terasa dia.

“Bye kak, dan komen kakak sangat bestlah.” Gelak.

Sempat lagi dia melambai-lambai kakak salesgirl yang terkedu di meja kaunter. Haha. Itulah kak, kan dah nampak dah “senyuman paksa” Akif tu. Kan dah terbius, bisu terus tu.

“Dah, dahlah gelak tu. Langsuir pun rasa nak resign dengar kau gelak macam tu.” sikit punya bengang Akif bersuara bila Zuyyin masih gelak meriah biarpun mereka sudah agak jauh dari kedai itu. Takkan tak habis lagi kot?

“Haha. Lawaklah kakak tu.” Gelak lagi. Jari jemarinya yang erat di dalam genggaman Akif di tarik, mengusap dada yang terasa semput akibat terlalu banyak gelak.

“Lawaklah sangat. Dah cepat, kata nak tengok wayang.” Akif jalan menonong meninggalkan Zuyyin di belakang.

“Akif, nak gi toilet.” Sengih. Banyak sangat gelak sampai rasa nak terkucil jadinya.

“Itulah, banyak sangat gelak. Pergi cepat!” Akif capai beg yang di hlur Zuyyin. Langkahnya perlahan sahaja mengekor Zuyyin yang menuju ke tandas.

“Kenapa?” Soalnya bila Zuyyin cuma berdiri depan pintu toilet tanpa bergerak masuk.

“Aci tu tengah basuh toiletlah, dia tak bagi masuk.” Juih bibir.

Dah penat dia bertekak dengan Aci india yang tengah basuh toilet itu. Orang nak buang air kecil jelah auntie, mana ada bau!

“Tunggulah kejap lagi.” Balas Akif tanpa mengetahui kalau isterinya dalam keadaan yang sangat-sangat terdesak.

“Alah, tak boleh tahan dah ni.” Zuyyin berdiri tak senang. Macam cacing kepanasan jadinya.

Gila ah, dia bakalan jadi pemegang rekod dunia sebagai penahan pundi kencing kalau tunggu Aci tu siap basuh toilet. Tak tahan dah ni!

“Dah tu, takkan nak buang kat sini pula?” Uish, agak tak bermoral isterinya ini kalau terfikir nak buat macam tu.

“Kau pernah dengar tak pepatah ni? Apabila satu pintu tertutup, pintu yang lain sedia terbuka menanti kita masuk?” Zuyyin sengih sambil tengok signboard di pintu sebelah yang tertulis perkataan “MALE”.

“Don’t tell me…” Akif tarik tangan Zuyyin yang dah melangkah menuju ke pintu tandas lelaki. Usha line dulu.

“Kosonglah Kif.” Sengih. Dah bersedia dia untuk melangkah masuk.

“Yen, jangan nak buat gila kat sini.” Akif menarik tangan Zuyyin yang tubuhnya sudah separuh masuk ke dalam. Tak waras ke isterinya ini masuk toilet lelaki?

“Alah, kejap je. Kau jaga pintu tau, kalau ada orang datang jangan bagi dorang masuk. Kalau nak masuk juga, cakap isteri kau ada kat dalam.” Menyentap kuat tangannya dari pegangan Akif sebelum laju masuk ke dalam tandas. Dah tak tahan sangat ni!

“Yeyen!” Okey, tak sempat. Rasanya dia tak sempat nak berkelip pun bila isterinya hilang di balik pintu. Giloss..

“Janganlah ada manusia yang datang nak masuk toilet ni..” Akif berdiri betul-betul depan pintu toilet. Rasa macam dia pak guard pula sekarang ni. Dia tunduk merenung lantai, mengira dalam hati masa yang berlalu.

“Bro, nak tumpang lalu boleh?” Satu suara menyapa membuatkan Akif mengangkat muka. Tertelan terus dia air liurnya bila berdiri tiga orang remaja lelaki depannya. Mati!

‘Ceh, rambut tak boleh blah. Nak juga dia ramoskan rambutnya yang pendek tu.’ Sempat lagi Akif mengomel dalam hati.

“Bro, kitaorang nak masuk toiletlah. Tepi sikit boleh tak?” Remaja lelaki yang berdiri di tengah-tengah bersuara keras. Mungkin dah bengang tengok Akif berdiri tak berganjak dari muka pintu.

“Err.. Korang datang lagi lima minit boleh tak?” Tergagap-gagap Akif menjawab soalan tiga remaja lelaki itu. Yeyen, bila nak siap ni?!

“Eh?!” Remaja pertama terkejut dengan saranan Akif.

“Huh?!” Remaja dengan gaya rambut ramos juga terkejut. Siap membeliakkan mata dia lagi. Alahai, buruk sangat gaya terkejutnya ni.

“Apsal pulak?” Remaja ketiga tanya tak puas hati.

“Err.. Sebab..” Teragak-agak dia bagi jawapan kali ni.

“Sebab apa bro?!” Remaja ketiga bertanya lagi dengan suara garang, siap buat muka serius lagi. Menggertak Akif.

“Sebabnya, isteri aku ada kat dalam.” Buat-buat selmba, sembunyi malu.

“Ehh?!!” Terkejut!

“Hehe.” Sengih.

Yeyen, ini semua kau punya pasal. Lama sangat kat dalam tu buat apa?!

“Kau jawab macm tu?” Zuyyin soal tak percaya. Tapi bila kepala Akif terangguk-angguk mengiyakan, pecah tawa sakan Zuyyin. Terhenti terus langkahnya menuju ke kaunter tiket wayang.

“Boleh tak jangan gelak macam tu?” Akif jeling isterinya di sebelah. Bukan main suka lagi Zuyyin gelakkan dia. Dahlah semua tu terjadi sebab dia. Ceit!

“Aku tak sangka kau betul-betul guna alasan tu. Haha” Gila jujur suaminya ni. Haha.

“Dah tu, takkan nak cakap ada aci indai tengah basuh toilet kot? Sedangkan sah-sah aci tu baru keluar dari toilet sebelah.”

“Carilah alasan lain.” Gelak lagi. Kesian Akif, mesti dia malu sangat tadi.

“Apa? Nak cakap ada adik perempuan saya kat dalam, macam tu?” Ujar Akif.

“Okey apa alasan tu.” Angguk-angguk kepala, mengusik Akif yang dah pasang muka bengang. Alahai husband, dah tak takut dah dengan riak muka macam tu.

“Dah, pi duduk tepi. Biar aku yang pergi beli tiket.” Akif menolak lembut bahu isterinya ke tepi.

“Alah, nak ikut juga pi beli tiket.” Laju dia sauk lengan Akif. Saja nak menggedik. Kata keluar dating, mestilah semua benda buat bersama-sama? Ye dak?

“Aish, sibuk juga nak ikut.” Geleng kepala.

Tangan Zuyyin di lengan di lepaskannya, sebelum dia memeluk bahu isterinya rapat ke tubuh. Berjalan perlahan, beratur di belakang seorang lelaki di kaunter tiket wayang.

“Alah, biarlah.” Sengih. Dia suka bila Akif buat begini. Hehe.

“Yeyen, tell me the truth. How many inches you are actually?” Ujar Akif dengan tangannya di kepala Zuyyin yang berada tepat-tepat selaras dengan ketiaknya. Gila pendek isteri dia ni!

“Centimeterlah! 150 cm.” Geram. Sengal punya husband, adakah guna inci nak ukur tinggi dia? Inci tu sesuai untuk ukur tinggi heels jelah Akif!

“Katik!” Haha.

“Ceit!” Geram Katik Akif panggil dia? Sungguh tak sopan.

“Dah, dah. Jangan nak buat muka macam tu.” Gelak.

Jari-jemarinya jatuh pada dahi Zuyyin yang berkerut tak puas hati. Tak penat ke Zuyyin ni buat reaksi muka untuk setiap ayat yang keluar dari mulut dia ni?

“Hubby, cepatlah decide nak tengok movie apa?” Zuyyin baru ingin menjawab bila suara perempuan menyapa telinganya.

Laju kepalanya di teleng ke hadapan, ke arah sepasang kekasih yang beratur di hadapan mereka. Macam mana tau dorang copule? Sebab si lelaki pakai baju dengan tulisan berprint ‘Dia GF saya’ di belakang bajunya, begitu juga dengan perempuan sebelahnya cuma ayat sahaja yang berbeza, ‘Dia BF saya’. Siap ada anak panah lagi. Kalau suruh Akif pakai baju macam ni, mati hidup mati hidup sekali lagi pun Akif tak akan pakai punyalah. Nak pakai baju sama colour pun dia tak mau. Huh!

“Ikut honeylah nak tengok apa.” Si lelaki pula menjawab.

‘Oh, so sweet guna honey dan hubby.’ Zuyyin sengih sendiri dalam hati. Sesekali dia jeling Encik.Suami di sebelah. Oh, dia tak seromantik ‘that guy’.

“Kita tengok Sekali Lagi nak?” Si ‘honey’ soal ‘hubby’nya.

“Set!” Si ‘hubby’ tanpa fikir dua kali terus setuju. Wah-wah, gila best ‘hubby’ si ‘honey’ ni. Tengok wayang pun yang romance-romance.

“Apa kes tengok boyfriend orang macam tu?” Akif tegur isterinya bersama tepukan di bahu. Boleh pula Zuyyin lupa dengan dia yang berdiri punya macho kat sebelah ni. Dahlah mamat yang dia usha tu boyfriend orang.

“Hehe. Couple tu sweetlah..” Sengih.

“Apa yang sweetnya?” Pelik.

Setakat pakai baju dengan tulisan berprint macam tu tak ada maknanya nak sweet. Kalau tertukar tempat, tak ke naya tu bila anak panah tu dah tuju tempat lain? Bukan lagi kat ‘BF’ dan ‘GF’ memasing?

“Boy tu panggil girlfriend dia honey.” Tapi kita ber “aku” ber “kau” semata. Gila tak sweet!

“Oh.” Tak ambik peduli. So, kenapa kalau panggil honey?

“Dik, dua tiket transformers. Couple seat yea.” Ujar Akif sebaik mereka tiba di hadapan kaunter tiket. Membiarkan sahaja Zuyyin mengomel sendirian.

“Dorang tengok filem Sekali Lagi.” Tapi kita tengok Decepticon lawan Autobot. Gila tak romantik! Terlupa kalau sebenarnya dia yang beria nak tengok Transformers dari semalam lagi.

“Oh.” Malas nak ambik pusing, sebab dia tau Transformers memang tak romantik.

“Dorang pakai baju couple.” Zuyyin bersuara lagi, sambil mengekor Akif yang sudah beredar dari kaunter, dah siap membeli dua tiket wayang.

“Oh.” Tak berperasaan sahaja bunyi suaranya. Bukan tak sensitive perasaan Zuyyin, tapi dia tak rasa baju couple bagai ni satu benda yang wajib dalam suatu perhubungan.

“Dorang..”

“Kau nak aku panggil kau honey ke?” Straight soalan Akif, buat Zuyyin terkedu.

“Eh?” Tak tahu nak jawab apa.

“Kau nak tengok filem romantik Sekali Lagi tu ke?” Soal Akif lagi.

“Huh?” Masih tak tahu nak jawab apa.

“Kau nak kita pakai baju couple bila keluar dating lagi sekali ke?” Soalan ketiga Akif untuk isterinya betul-betul buat Zuyyin terkedu.

“Err..” Zuyyin masih tak tahu nak jawab apa. Kang salah jawab, gaduh jadinya.

“Jom masuk hall dulu, dah keluar nanti baru fikir jawapannya.” Sengih. Selamba dia menarik tangan Zuyyin masuk dalam panggung.

“Ceit!” Cebik bibir sambil mengekori langkah Akif.

“Ish, siapa minah ni? Alah, nak Megan Fox!” Itu bunyi yang pertama keluar dari mulut Zuyyin sebaik wayang bermula 3 minit yang lepas.

“Rosie Hungtinton.” Balas Akif selamba. Ni mesti kes tak baca sinopsis movie dulu ni.

“Oh? Alah, minah ni bibir tak cun lah.” Selamba dia kutuk awek baru Sam.

“Tapi dia seksi.” Gelak.

“Ough! Gatal.” Ceit, benda lain yang dia tengok rupanya.

“Cakap yang betul je.” Sengih. Suka dia tengok Zuyyin buat muka cemburu macam ni.

“Haha. Boleh pula satu dunia kena ‘world invasion’ dari Cybertron ni? Macam kartun dah transformers tiga ni.” Gelak. Itu komen kedua Zuyyin.

“Michael Bay saja nak gempak-gempakkan cerita.” Akif layankan sahaja omelan Zuyyin biar pun dalam hati dia cakap lain;

Okay, this is too far and its certainly not going to happen! Nampak sangat dah merapunya. Mana taknya, dulu Transformers 1 dan 2 peperangan antara Megatron dan Prime ni terjadi kat ceruk bumi yang tak ada dalam GPS je. Ni siap hancur satu Chicago lagi. Haha.

“Aku pelik betullah, apsal heels perempuan ni tak tertanggal ae? Padahal siap lompat-lompat bangunan segala?” Ini komen ketiga Zuyyin.

“Haha, dia guna polident kot.” Tergelak Akif dengan kata-kata Zuyyin. Tapi betul juga, gila kuat melekat kasut dia. Dah jatuh, terhempas sini sana tapi kasut still kat kaki. Dah tu, muka dia sikit pun tak calar.

“Eww, itu tuk lekat gigi palsulah.” Sengal!

“Haha. Taulah.” Saja je tu.

“Alala.. Sam too sweetlah!” Zuyyin letak tangan kat pipi, menghayati keromantikan Sam yang sanggup menceroboh kubu Megatron semata-mata nak selamatkan kekasih hatinya. Sanggup mati demi cintanya. Carly yang sudah di tawan.

“Hurm..” Tak ada komen tuk omelan Zuyyin yang ini.

“Akif..” Zuyyin bersuara dengan mata masih di skrin.

“Hurm..” Dia kalih kepala ke tepi sekilas.

“Kalau kau kat tempat Sam, kau pilih mana? Autobots ke Carly tu?” soal Zuyyin perlahan.

“Gila ke nak rempuh kubu Megatron? Free je mati percuma macam tu. Baik lari selamatkan diri.” Realistik. Entah-entah dia sampai sana, awek tu dah mati dah.

“Sampai hati!” Terasa. Maknanya Akif tak sayangkan dia. Nak sentaplah macam ni.

“Lorh, emo tiba-tiba ni kenapa? Buat apa nak selamatkan si Carly tu, bukan isteri aku pun. Lainlah kalau kau yang kena culik, jadi tawanan.” Ujar Akif sambil geleng kepala. Matanya tunak di skrin. Tengok Transformers pun nak emo ke Yen?

“Kenapa kalau aku yang kena culik?” Zuyyin sengih, kepalanya di kalih dan matanya jatuh di wajah Akif yang tenang tak beriak, menanti jawapan.

“Jangankan Megatron, kalau semua decepticon dan autobot bergabung pun aku sanggup lawan demi nak selamatkan kau, even decepticons always get the good shit weapon!”

“Tapi dorang ramai kot, larat ke nak lawan?” Sengih lagi.

“Yen, sayang aku kat kau lagi banyak dari jumlah decepticon dan autobot kat dunia ni. Sekalipun campur dengan autobots dan decepticon yang ada kat bulan tu, dorang masih tak boleh menandingi sayang aku kat kau.” Gelak. Dalam gelak-gelak tu sempat lagi dia tarik tangan isterinya. Biar rapat ke tubuhnya.

“Eh?” Zuyyin sengih. Dagunya di letak elok di bahu Akif.

“Kenapa?” Akif kalih wajah ke kiri, tepat ke wajah isterinya.

“Jawapan untuk soalan kedua, tengok Transformers pun romantik apa!” Senyum, berbisik dia di telinga Akif.

Romantik bukan pada movie yang kita tengok, tapi macam mana pasangan kita treat kita. Betulkan? Tengok wayang romantik pun tapi Akif tidur kat sebelah tak ada juga gunanya. Serupa sahaja dengan dia pi tengok wayang seorang-orang.

“Soalan nombor tiga?” Soal Akif. Ada senyuman bergayut di bibirnya.

“Baju its not a big deal actually. Kita bukan couple, kita suami isteri.” Senyum.

Sekalipun orang anggap dia adik Akif bila dia berpakaian macam ni, dia tidak kisah sebab dia tahu siapa dia di hati Akif. Itu sudah lebih dari cukup. Bahagia kita, biar cuma kita yang rasa. Buat apa nak tunjuk kat orangkan?

“Hurm. So, the first one?”

“Ermm.. Sekalipun Yeyen tu macam nama kucing, tapi tak apa kot. Sebabnya, dalam dunia ni cuma ada seorang yang panggil aku dengan nama tu, suami aku.” Tunduk, sembunyi muka yang pastinya sudah bertukar pink. Masih ada rasa malu dalam meluahkan rasa.

Yeyen? Gila tak glamourkan? Dahlah tak glamour, tak sweet, tak romantik lagi tu. Tapi nama tu istimewa. Sangat istimewa sebab dalam dunia ni cuma Akif seorang yang guna nama tu panggil dia. The only one ever.

“Yeyen, love you.” Berbisik lembut di telinga isterinya.

Lantaklah kalau orang nak dengar pun, nak kutuk dia sekalipun sebab buat drama romantika de amor dalam pawagam yang tengah tayang cerita fiksyen sains. Atleast dia ada isteri untuk di tujukan ucapan tu, yang dok mengumpat tu entah ada ke tak ada.

“Love you more Kikif!” Sengih, tiba-tiba nama tu melintas di kepalanya.

“Kikif?” Gila tak glamour nama baru dia.

“Haha.” Gelak ayu dia, kang kalau gelak sakan jadi bahan tontonan pula.

“Kikif pun Kikiflah” Nak juga bagi nama macam kucing kat dia.

“Haha.” Kikif? Okey, nama tu sebenarnya lagi teruk berbanding Yeyen.
Ngengenge!

‘Sayang aku kat kau lagi banyak dari jumlah decepticon dan autobot kat dunia ni. Sekalipun campur dengan autobots dan decepticon yang ada kat bulan tu, dorang masih tak boleh menandingi sayang aku kat kau.’ Okey, tarik balik kata-kata tadi. Akif sangat romantik, sekalipun dia guna perumpamaan yang pelik.

****************

p/S: Ini mungkin yang terakhir di sini.. Maaf untuk segalanya, yang tersilap tulis, tersilap taip, yang tak best dan apa2lah yang buat kalian rasa menyampah. Sesungguhnya, AkuSiGadisBiasa :) Hidup baik2 :)

————–
Tunggu Kemunculan novel ini di pasaran




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

131 ulasan untuk “Novel : Isteriku, 19 Tahun 26”
  1. eha safira says:

    tahniah gadis…. saya ska crita awk…best..x sabaq nk baca….hehe by the way gd luck…:)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"