Novel : Izinkan Cinta itu Bertaut 6, 7

24 November 2011  
Kategori: Novel

5,451 bacaan 14 ulasan

Oleh : east chynta

BAB 6

“Tidak!! Rancangan gila namanya ni. Aku tak pernah terfikir sampai kahwin. Kita menyamar je.”marah Airis Auni.

“Aku cadang je.”

“Cadangan gila.”

“Bekas kekasih kau tu yang gila.”

“Apa pulak, kau nak kaitkan dengan dia. Takda kaitan langsung.”marah Airis Auni.

“Ada. Kau nak tahu. Apa yang dia cakap dengan aku malam tu. Kau nak tahu?”

“Apa?”

“Dia akan terus kejar kau. Selagi kau bukan sesiapa pada aku. Dia akan terus paksa kau terima dia.”

“Gila!”

“Memang dia gila.”laju sahaja Haris Daniel menyampuk.

“Kau pun gila. Baik hati nak jadi penyelamat aku sangat, kenapa? Apa yang kau dapat.?”tidak puas hati sekali Airis Auni.

Satu persatu masalah timbul antara mereka berdua. Masalah itu telah membuatkan mereka berdua lebih dekat. Walaupun mereka menjadi rapat, itu tidak bererti di hati mereka berdua ada hati antara satu sama lain.

“Aku tak kisah. Kalau kau tak mahu. Aku tak rugi apa-apa pun.”jawab Haris Daniel acuh tak acuh.

“Tapi sebelum tu. Aku nak tahu. Apa hubungan kau dengan Zara?”

Haris Daniel mengangkat kedua-dua belah keningnya. Soalan itu yang terpancul dari bibir mungil Airis Auni. Soalan itu yang di persoalkan.

“Kenapa pulak kau nak tahu.? Kau takda hak nak tahu.”

“Berahsia macam ni, nak jadi laki aku. Kalau aku kahwin dengan kau, entah apa lagi rahsia yang kau simpan dari aku.”

“Itu hak peribadi aku. Aku bukan kau. Suka cerita hal peribadi kau pada orang. Lepas tu suka kaitkan orang luar dengan masalah tak bermoral kau tu.”sinis Haris Daniel.

Panas telinga Airis Auni mendengar kata-kata Haris Daniel. Sudah berasap telinganya dengan sindiran itu.
‘Tak guna punya orang. Dia kutuk aku.’jemarinya tergenggam erat.

“Kau yang menyibuk masuk campur hari tu. pandai-pandai mengaku itu ini.”balas Airis Auni tidak puas hati. Dia yang menjadi punca masalah, mahu di salahkan dirinya sahaja. Ini sudah melampau.

“Tak puas hati?”

“Memang aku tak puas hati. Kau tak mengaku salah kau. Aku sorang je yang salah. Padahal kau la punca semua tu. Kau yang menyibuk mengaku tunang aku.!!”Airis Auni menarik muka. Sebal mukanya. Merah menahan kemarahannya.

“Kau cover sikit bengis kau tu. Jangan sampai papa dan mama aku perasan.”

“Kau yang bawa aku ke sini. Bukan aku yang nak ikut.”bebel Airis Auni.

Tidak mengerti dengan tindakan Haris Daniel. Untuk apa dia di bawa ke rumah keluarga Haris Daniel. Untuk apa?

“Kau yang setuju tadi.”balas Haris Daniel.

“Aku ingat kau cuma nak mengelak dari Zara dan Affan. Mana aku tahu, kau betul-betul.”jeling
Airis Auni. Sambil memeluk tubuhnya.

“Ehemmm..”suara berdehem itu membuatkan Airis Auni terus berdiam. Tiada lagi kata-kata tidak senang keluar dari mulutnya. Hanya terukir senyuman yang di paksa.

“Dah lama tunggu?”

“Taklah. Aunty dan uncle apa khabar?”terus dia berjabat tangan kedua-dua orang tua Haris Daniel. Dikucup kedua-duanya dengan penuh hormat.

“Alhamdulillah sihat. Cuma uncle ni. Demam sikit.”balas Datin Zahra.

“Dah makan ubat?”

“Dah. Isteri uncle ni. Dah macam doktor. Semuanya nak ikut masa. Tak makan. Di bebelnya.”balas Dato’ Bahrin. Ditepuk peha isterinya berkali-kali.

“Uncle ni. Kalau tak di paksa, tak makan la ubat tu. Mana aunty tak lebih.”

Tertawa mereka berdua. Begitu mesra sekali mereka berdua. Terbit juga perasaan cemburu itu bila melihat keakraban mereka berdua.
Kelihatan bahagia sahaja mereka berdua, walau sudah di mamah usia.

“Sweet la aunty dengan uncle.”

“Mama dengan papa memang sentiasa sweet.”

“Kamu ni Haris. Nak bawa tetamu tak beritahu awal-awal. Boleh mama siapkan makanan.”

“Eh, tak payah la aunty. Kami baru balik dari kenduri kawan. Dah kenyang.”

“Haris..Haris. Dah lama di sini. Kamu tak kenalkan pun kawan kamu ni siapa?”geleng kepala Dato’ Bahrin.

“Alamak! Lupa la papa. Ini Haris kenalkan. Airis Auni. Kawan Haris.”

“Ya. Uncle. Saya pun lupa pulak nak kenalkan diri.”

“Airis ni memang papa. Pelupa.”

Airis Auni bersabar sahaja. Di simpan lentingannya. Cuma tunggu waktu sesuai sahaja. Semua itu pasti terkeluar meruap-ruap. Tunggu masa sahaja untuk melepaskan lavanya.

“Mana ada. Haris ni saja usik Airis.”malu-malu Airis Auni. Dalam malu-malunya tetap ada tersimpan kemarahannya.

“Duduk dulu. Aunty pergi buatkan air.”

“Eh, tak payah susah-susah la aunty.”

“Tak susah. Senang je.”jawab Datin Zahra.

“Airis temankan aunty. Boleh ya?”
Datin Zahra menganggukkan kepalanya. Tersenyum lebar dia menyambut kehadiran Airis Auni.

“Aunty dah lama kahwin dengan uncle?”
Airis Auni menampar mulutnya. Kenapa gatal sangat bertanya soalan begitu.

“Dah 35 tahun.”

“Wah, lamanya. Masih mesra.”

“Alhamdulillah. Makin bertambah kasih sayang kami. Nanti aunty ajarkan Airis. Biar hubungan Airis dan Haris terus kekal. Mesra sampai ke anak cucu.”

“Aunty nak buat air apa? Biar Airis yang buatkan?”
Airis Auni mengubah topik perbualan. Tentang hubungannya dengan Haris pula di gandingkan.

“Airis tetamu. Tak perlu la. Tengok pun dah cukup.”

“Takpa. Biar Airis yang buatkan. Aunty rehat je. Biar Airis yang buatkan semua.”
Datin Zahra tersenyum lebar. Begitu senang sekali dengan Airis Auni.

“Kopi. Uncle suka minum kopi susu. Boleh?”

“Boleh je.”
Senyuman manis terukir di bibirnya.

“Ini kopi dan susu. Gula ada sini.”
Airis Auni anggukkan kepalanya. Dia dengan rela hati membantu Datin Zahra menyediakan minuman.

Kopi susu sudah pun terhidang di meja.

“Uncle, jemput minum.”

“La. Kamu pulak yang hidangkan. Mana mamanya?”

“Ini mamanya. Menantu nak buat semuanya. Mamanya di sini. Bawa roti kosong.”tersenyum lebar Datin Zahra dari belakang Airis Auni.
Airis Auni juga turut tersenyum. Malu pula dirinya. Menantu? Alahai, takkan Datin Zahra dah berkenan padanya?

“Menantu mama ke ni?”soalan itu sengaja di soalnya. Haris Daniel merenung tepat ke arah Airis Auni.

“Ya la. Bakal menatu macam ni la yang mama nak. Pandai Haris cari menantu untuk mama.”
Tertunduk Airis Auni. Malu dengan usikan itu.

“Haris memang pandai ma. Nanti boleh la dia tolong mama di dapur selalu. Tak payah susah-susah cari orang gaji lagi.”sinis Haris Daniel.

“Sudah la sikit-sikit. Malu Airis.”Dato’ Bahrin sedar wajah Airis Auni sudah berubah. Kemerahan wajahnya.

“Ya la. Menantu mama dah malu.”

“Kamu ni Haris. Tak habis-habis suka mengusik. Jangan ambil hati sangat dengan Haris ni. Dia memang macam ni.”

“Takpa la makcik. Dah tahu sangat Haris ni.”tersipu-sipu Airis Auni. Mukanya masih merah. Seperti di panggang api.

“Minum la.”

“Papa..mama..macam mana?”

“Macam mana apa?”berkerut wajah Datin Zahra.

“Jadi menantu.?”

“Ish, Haris ni.”dengus Airis Auni. Malu betul dia untuk terus bersama keluarga ini.

“Mama suka tak. Kalau Airis jadi isteri Haris.”

“Mama ok. Papa tak tahu la.”

“Papa ‘on’ je. Jadi Haris kenalkan Airis ni bersebab ya? Nak minta papa dan mama masuk merisik?”
Membulat mata Airis Auni. Ternganga mulutnya.

“Ya la. Tapi kena tanya dengan empunya diri dulu. Haris ni sorang je yang beria-ria ajak dia kahwin. Dia tak mahu kahwin dengan Haris pun.”sinis Haris Daniel. Tidak rasa bersalah langsung.

Terkebil-kebil mata Airis Auni.
‘Kurang ajar betul mamat ni. Suka-suka hati dia je, beritahu keluarga dia. Dia ingat aku ni tunggul.? Anak patung? Tanya pun tidak. Terus beritahu. Memang sah, dia ni gila nak berbini. Kenapa pulak aku yang jadi mangsa.’Monolog Airis Auni.

“Betul ke ni Airis. Tak sabar rasanya.”begitu gembira sekali riak wajah Datin Zahra. Seperti teruja untuk mendapat menantu.

“Airis..Airis tak cakap dengan keluarga lagi aunty.”tergagap Airis Auni. Tidak tahu bagaimana untuk menangkis semuanya. Di dalam hatinya. Penuh dengan maki seranah terhadap Haris Daniel. Ternyata dia betul-betul melebih.

“Takpa. Kami terus pergi merisik je. Biar kami terus cakap terus.”

“Nanti Airis beritahu. Bila masa yang sesuai. Rasanya masih belum sesuai lagi. Terkejut pula nanti baba dan mama nanti.”

“Mama tengok tu. Haris dah cakap. Haris sorang je yang beria-ria.”

“Cik abang sayang. Bagi la masa untuk Airis cakap pada papa dan mama. Nanti terkejut pula dorang tu.”berbisik Airis Auni di telinga Haris Daniel.

Hatinya sudah cukup memberontak. Tunggu masanya sahaja untuk meletus. Sabar sahaja yang mampu di pujuk pada dirinya kini.

“Dah lewat. Haris hantar Airis balik dulu ma..pa..”

“Ya la. Pergi la. Dah lewat ni. Nanti datang lagi. Datang awal-awal. Boleh kita bual lama
sikit.”pinta Datin Zahra.

“Insyaallah aunty.”

“Hantar Airis balik ke rumah dia terus. Jangan melencong ke lain pulak, malam-malam ni.”pesan Dato’ Bahrin.

“Yes boss.”

“Airis, jangan lupa..tanya papa dan mama Airis. Bila kami boleh datang merisik. Kirim salam untuk mereka juga.”

“InsyaAllah. Nanti apa-apa, Airis beritahu Haris. Airis balik dulu. Assalamualaikum..”
Airis Auni terus mengatur langkah ke kereta, setelah siap bersalam dengan Dato’ Bahrin dan Datin Zahra.

Lama Airis Auni diam. Mukanya masam mencuka. Jantungnya laju sahaja berdegup. Bukan itu sahaja, hatinya betul-betul sakit. Perasaan marah. Geram dan semuanya telah menjadi satu.

“Kau ni, gila ke?”terpancul juga kata-kata itu dari mulutnya.

“Apa pulak. Mana ada aku gila. Kalau aku gila, dah lama aku masuk ‘Tanjung Rambutan’.”

“Eee. Kau ni teruk! Kenapa kau cakap kita nak kahwin. Bila aku nak kahwin dengan kau?”bentak Airis Auni sambil berpeluk tubuh.

“Bukan kau setuju. Kau jugak yang tak mahu ex-boyfriend kau tu terus ganggu kau.”

“Tapi bukan dengan cara ni. Aku tak kenal kau. Kau pun tak kenal aku. Kau mahu ke kahwin
dengan aku?”

Haris Daniel hanya menjuihkan bibirnya.

“Habis tu. Yang kau gatal mulut bagitahu mama dan papa kau tu buat apa?”

“Dah mama aku sibuk sangat nak bermenantu.”

“Takkan kau nak jadikan aku isteri kau.”

“Ya la. Kau tak mahu?”

“Tak mahu la aku.”

“Aku pun terpaksa. Dah takda pilihan lain. Kalau aku tak jumpa calon isteri, dia nak jodohkan aku dengan pilihannya. Tak mahu la aku.”

“Eee..kusut la kepala aku ni. Habis tu. Kenapa kau tak kahwin dengan Zara?!”kuat suara Airis Auni.

“Sebab keluarga aku tak setinggi pangkat papa dia. Bulan depan, papa dia nak dapat Tan Sri. Menantu pun nakkan anak Tan Sri. Mana sesuai dengan anak Datuk”mengeluh Haris Daniel.

“Ada jugak pangkat. Nak setaraf mana lagi. Lain la kalau macam aku ni. Kau tak takut ke? Kita ni tak setaraf. Kau anak datuk. Aku ni anak tauke kedai makan je.”

“Bedal la. Dari dapat yang tak senonoh.”

“Dah ada girlfriend, kau biar dia kahwin dengan orang lain.”bebel Airis Auni.

“Dah takda jodoh. Terima je la.”

“Habis tu, jodoh kau dengan aku? Ada ke?”

“Cuba. Mana tahu ada.”

“Cara kau cakap tu, macam ikatan perkahwinan tu, tak penting buat kau. Hanya untuk tertulis atas kertas. Senang-senang nak cuba. Aku tak mahu la, sia-siakan usia aku ni. Kahwin dengan orang gila macam kau.”

“Terpulang. Kau taknak, aku boleh cari oarang lain.”

“Cari je la. Ada aku kisah.”jeling Airis Auni. Langsung dia tidak rugi apa-apa, jika Haris Daniel mencari calon isterinya yang lain. Tidak menjadi masalah padanya langsung.

“Rumah kau kat mana? Biar aku hantar sampai rumah. Dah lewat ni.”

“Taman Kempas.”

“Kenapa, kau ni garang sangat. Sepatutnya, kau happy. Sebab ada jugak orang ajak kau kahwin.”
Airis Auni terus memeluk tubuhnya. Dijeling tajam ke arah Haris Daniel. Suka-suka sedap mulut dia sahaja. Nak kena tambah perasa, baru dia tahu. Sedap tak ke mulutnya bila bercakap.
Tidak di jawab soalan Haris Daniel.

“Airis. Apa hebat sangat dengan ex-boy kau tu. Sampai kau tak boleh lupakan dia.?”

“Siapa cakap, aku tak boleh lupakan dia. Aku tak cakap pun.”balas Airis Auni kasar.

“Habis tu. Kahwin je la dengan aku. Kita dua orang ni. Senasib je. Kekasih kita kahwin dengan orang lain.”

“Jadi, Airis tu ‘ex-girl’ kau. Mengaku jugak!”Sudah di agak. Semuanya terang-terang tadi, Haris terperangkap dengannya.

Tidak berbalas jawapan itu. Terperangkap sendiri dengan kata-katanya. Dari raut wajahnya sudah tergambar. Memang dia dan Zara saling mencintai.

“Kau tu lain. Aku ni lain.”balas Airis Auni laju.

“Sama je. Sama-sama di kecewakan.”

“Kau tak rasa, cadangan kau tu gila?”

“Aku rasa tak. Cuma orang gila sahaja yang anggap aku gila.”

“Woi, jadi kau kata aku gila. Kau ni lebih betul.”muncung mulut Airis Auni.

“Aku tak cakap pun. Kau yang cakap sendiri.”balas Haris.
Airis Auni mengetap bibirnya. Betul-betul geram dengan pemuda di sebelahnya. Boleh gila jadinya.

“Aku bagi kau masa untuk berfikir. Dua hari je. Kalau kau setuju, lepas dua hari tu, papa dan mama aku terus merisik dan kita kahwin.”

“Senang je kan, kau cakap. Macam nak main kahwin olok-olok.”

“Susah tu, kita permudahkan je bagi senang.”

“Ish, sudah la. Berhenti depan tu. Tu rumah aku.”muncung mulut Airis Auni.
Mengejut kereta berhenti. Memang makin lama dengan Haris Daniel, makin gila jadinya.

BAB 7

Airis Auni masih lagi bermenung jauh. Berlegar-legar di mindanya, tentang bualan semalam bersama Haris Daniel. Cadangan gila itu tetap berlegar-legar diingatan. Walaupun dia tidak mahu memikirkannya, ia tetap mahu menyesakkan mindanya.
Perlukah dia menerima sahaja lamaran gila Haris Daniel. Dia ada dua pilihan. Affan ataupun Haris Daniel?
Mana satu yang harus di pilih? Hendak pilih Affan. Tidak mungkin. Pasti akan melukakan hati Zara. Jika Haris Daniel yang di pilih, tak mungkin akan hadir rasa cinta itu. Lelaki sekasar Haris Daniel mana mungkin dapat melembutkan hatinya yang keras. Dari tuturnya sahaja telah menyerlahkan akan keperibadiannya. Takkan mahu gadaikan usianya demi perkahwinan yang tidak pasti. Kerja gila namanya.

“Termenung je kerja Airis ni. Ada masalah lagi ke?”tegur Kak Aina.

“Eh, kak. Baru sampai?”

“Dah lama. Dari tadi akak perhatikan Airis. Ada masalah dengan ex-boyfriend Airis lagi? Dia ganggu Airis lagi?”
Airis Auni menganggukkan kepalanya sahaja.

“Kesiannya. Kalau macam tu…Airis kahwin je la cepat.”
Membulat mata Airis Auni dengan cadangan Kak Aina. Sama sahaja cadangannya dengan Haris Daniel. Macam tahu-tahu sahaja, di mindanya berlegar-legar tentang lamaran Haris Daniel.

“Mana ada calon kak.”tepis Airis Auni.

“La..semalam tu. Kan Airis datang dengan tunang. Ajak la dia kahwin cepat-cepat. Senang cerita.”
Terkebil-kebil mata Airis Auni. Mana dia tahu? Siapa yang menjadi penyampai radio pulak?

“Mana ada.”

“Akak nampak Airis dengan lelaki kacak tu. Zara cakap tunang Airis. Macam mana akak boleh tak tahu, Airis bertunang. Bila Airis bertunang? Pakngah tak jemput pun.”Kak Aina tertanya. Hairan juga. Semalaman dia berfikir. Seperti sudah menjadi masalah negara pula. Tetap tidak terjawab soalannya.

“Airis…”kata-katanya terhenti di situ sahaja. Fikirannya makin kusut. Berserabut.

“Kak Aina. Ada panggilan dari pembekal.”kuat suara Rieda.

Airis Auni mengurup dadanya. Menghela nafas lega. Selamat dari terus memjawab jawapan kakak sepupunya itu.
Lama dia meraup mukanya. Hatinya gelisah sekali.

“Airis.”perlahan nama itu di panggil.

“Fa’an.”

“Boleh kita cakap.”
“Nak cakap apa lagi. Letih la, kalau macam ni.”

“Sekejap je. Fa’an nak tahu, betul ke Airis akan kahwin dengan lelaki tu.”
Berkerut wajah Airis Auni.

“Kenapa itu pula yang hendak di soalkan. Kalau betul pun, takda kena mengena dengan Fa’an. Itu hak Airis.”tegas suara Airis Auni.

“Kenapa?”

“Kenapa apa? Fa’an tak boleh nak terima?”

Affan menggelengkan kepalanya laju.

“Sedar la Fa’an. Kita memang takda jodoh. Masing-masing dah temui jodoh sendiri. Fa’an dengan Zara dan Airis dengan Haris. Terima je ketentuan Tuhan.”perlahan sahaja tutur Airis Auni.

“Kalau ketentuan Tuhan, Airis adalah isteri kedua Fa’an.? Airis nak tentang juga?”
Membulat mata Airis Auni. Ada betul juga kata-kata Affan. Tetapi selagi dia boleh mengelak, dia akan berusaha mengelakkannya dari terjadi. Tidak sanggup dia bermadu kasih. Apatah lagi jadi orang ketiga dalam hubungan itu. Perlu banyak di fikirkan orang sekeliling dan pandangan masyarakat padanya nanti. Dia tidak mahu di kata perampas suami orang dan perosak rumah tangga orang. Biarlah dia mengalah, untuk kebaikan semua.

“Kita memang takda jodoh.”tenang sahaja tutur Airis Auni.

“Kalau kita tetap ada jodoh?”sekali lagi kata-kata itu di persoalkan Affan.
Airis Auni hanya menggelengkan kepalanya.

“Pergi balik. Nanti Kak Aina nampak. Apa pulak dia cakap.”
Airis Auni meminta Affan pergi.

“Biar dia tahu. Lagi mudah.”

“Pergi. Antara kita dah takda apa-apa lagi. Tolong faham keadaan Airis.”

“Tapi…”

“Airis tak mahu dengar apa-apa lagi. Perasaan Airis sekarang bukan pada Fa’an lagi. Airis serahkan semuanya pada tunang Airis. Jadi tolong la Fa’an. Nanti tunang Airis datang. Masalah lain pula jadi.”Airis Auni menolak badan Affan. Di tolak perlahan hingga ke muka pintu butik. Tidak di balas renungan mata Affan yang sedikit berkaca. Dia tidak mahu airmatanya turut jatuh di hadapan Affan. Di kuatkan semangatnya.

“Pergi la Fa’an. Kesiankanlah Zara. Terima la dia seadanya.”
Di tahan sebak di dadanya. Jika tiada iman di dada, mahu sahaja dia terima jadi isteri ke dua Affan. Peduli apa dengan pandangan orang luar. Janji hubungan mereka berdua dapat bersatu. Tetapi, semua itu bukan jalan penyelesaian yang baik untuknya. Dia masih boleh berfikir.
Airis kembali duduk di bahagaian kaunter.

“Airis.”
Terkejut Airis Auni dengan sapaan kakak sepupunya.

“Ya kak.”

“Jadi..Affan, bekas kekasih Airis? Yang selalu ganggu Airis?”
Berdebar-debar Airis Auni. Rupanya Kak Aina telah mendengar semua perbualan mereka berdua. Langsung dia tidak perasan.

“Betulkan?”sekali lagi di soalnya.
Airis Auni hanya mengangggukkan kepalanya.

“Ya Allah. Jadi Affan yang Airis maksudkan selama ni. Zara tahu?”

“Tak, kak. Airis tak mahu dia tahu. Airis kesiankan dia.”perlahan sahaja suara Airis Auni. Serba-salah jadinya. Rahsianya terbongkar juga.

“Patut la.”

“Apa kak? Patut la apa?”

“Akak perasan. Renungan Affan pada Airis. Cara dia lihat Airis, lain je. Apa Airis nak buat?”

“Airis tak tahu.”

“Airis masih sayangkan dia?”
Airis Auni hanya mengjungkitkan bahunya. Dia sendiri tidak tahu jawapan pada soalan kakak sepupunya itu.

“Apa kata Airis percepatkan pernikahan Airis dengan tunang.”

“Masalah kak.”

“Masalah apa lagi? Kan lelaki semalam tu tunang Airis.? Ajak la dia kahwin.”

“Itu la masalahnya. Dia bukan tunang Airis betul-betul. Dia cuma tolong Airis je. Dia menyamar.”berbisik suara Airis Auni.
Membulat mata Kak Aina.

“Biar betul?”

“Betul la kak. Dia bukan sesapa pada Airis. Airis kenal dia pun tak. Tapi apa yang Airis tahu…dia juga sama-sama kecewa. Kekasih dia kahwin dengan orang lain.”cerita Airis Auni.

“Macam-macam la kau Airis. Habis tu? Takkan Airis nak terus biarkan Affan ganggu Airis. Macam mana kalau Zara tahu nanti. Apa perasaannya nanti, kalau dia tahu Airis tipu dia.”

“Airis takda niat nak tipu dia kak. Airis buat semua ni untuk kebaikan dia juga.”

“Airis nak buat apa? Kahwin je la dengan tunang palsu Airis tu. Ajak dia kahwin.”
Satu lagi cadangan gila dari kakak sepupunya. Ada-ada sahaja cadangan gila darinya.

“Ke situ pulak akak ni. Airis kenal dia pun tak. Macam mana nak kahwin. Mahu dia tu orang jahat. Menyesal seumur hidup Airis nanti. Akak nak tanggung?”

“Akak rasa tak. Akak yakin dia lelaki baik. Zara pun cakap.”lebar sahaja senyuman Kak Aina. Apa pula yang di cakapkan Zara tentang Haris Daniel? Kata-kata Kak Aina membuatkannya tertanya-tanya. Ingin tahu juga.

“Apa yang Zara cakap?”

“Hai..lain je. Macam dah terjatuh cinta je.”

“Mana ada kak.”tepis Airis Auni. Dia hanya ingin tahu sahaja tentang Haris Daniel. Tidak lebih daripada itu.

“Zara cakap. Apa nama tunang Airis tu…”

“Haris.”laju sahaja Airis menjawab.

“Haaa..lupa. Haris tu, seorang lelaki yang baik. Bertanggungjawab dan tak sia-sia Airis dapat dia.”berkerimuk wajah Airis Auni. Tak seperti yang di gambarkan. Apa yang terimbas di mindanya, Haris Daniel seorang lelaki yang kasar, kepala angin dan tidak romantik langsung. Tidak ada dalam senarainya.

“Iya ke kak?”

“Betul. Zara cakap macam tu.”

“Dia kenal ke?”

“Kenal la tu, dia cakap macam tu. Dia kata Haris memang seorang lelaki yang di idamkan setiap wanita di luar sana. Lelaki terhangat di pasaran tau. Macam tu taknak lagi? Perempuan di luar berebut-rebut nakkan dia.”

“Taknak la.”

“Rugi Airis. Kau nak macam mana lagi. Nak yang muka buruk. Yang tak sanggup di pandang hari-hari. Mahu macam tu?”

“Airis tak terfikir la sampai macam tu. Nak la jugak, yang sedap mata memandang. Kalau terlebih kacak, susah nak jaga nanti. Makan hati.”jawab Airis Auni terang.

“Takda maknanya adik oiii. Kan dah sama cantik, sama padan.”

“Cantik ke Airis ni kak? Airis ni biasa-biasa je. Tak setanding Zara.”

“Sudah. Merendah diri pulak. Sekarang Airis fikirkan yang terbaik untuk diri dulu. Fikirkan, macam mana nak jauhkan diri dari Affan. Airis suka, Affan terus ganggu hari-hari?”

“Taknak.”jawabnya sambil kepalanya laju menggeleng.

“Ikut je cadangan akak. Ajak Haris kahwin. Kalau akak jadi Airis..akak sambar je.”

“Akak tu gelojoh.”tertawa kecil Airis Auni. Tahu sangat dengan kakak sepupunya yang seorang itu.

“Gelojoh pun, akak ni laku jugak.”sindir Kak Aina.

“Akak nak kata, Airis ni tak laku la. Sorry sikit erk. Haris dah lamar Airis pun semalam.”
Bulat mata Kak Aina. Airis Auni terlepas cakap lagi. Ditekup mulutnya yang ternganga luas. Ditampar berkali-kali mulutnya.

“Bagus la. Terima je la.”tergambar kegembiraan di raut wajah Kak Aina. Begitu senang sekali dengan perkhabaran lamaran itu.

Airis Auni menggelengkan kepalanya. Hatinya tertutup untuk menerima mana-mana lamaran lelaki buat masa ini. Hatinya sudah terkunci. Dan kuncinya sudah hilang. Hanya perlu mencari kunci baru yang dapat membuka kembali pintu hatinya. Walaupun kunci lama masih ada, dia tidak mahu kunci itu membuka pintu untuknya.

“Terima je la.”

“Taknak kak. Airis takut.”

“Nak takut apa lagi. Akak dan Zara dah bagi jaminan.”

“Tak mahu kahwin paksa.”

“Siapa yang paksa.?”

“Akak la.”

“Perkara baik Airis. Airis pun bukannya muda lagi.”

“Akak tu nasihat Airis pandai. Akak tu pun sama.”kembali terkena Kak Aina. Sibuk sangat dengan adik sepupunya, dia sendiri pun masih belum berkahwin.

“Akak jugak yang kena. Akak ni..lagi 3 bulan. Kahwin la kami. Airis tu. Tak tahu apa lagi. Orang dah ajak kahwin terima je la.”

“Akak ingat kahwin ni main-main. Boleh senang-senang terima orang macam tu je. Boleh jual beli. Ini tentang masa depan kak. Akak lain la dengan abang sayang akak tu. Sama-sama saling kenal. Sama-sama kenal hati budi masing-masing.”sudah membebel Airis Auni kali ini.

“Suka hati Airis la. Fikir dulu masak-masak. Tak pun buat sembahyang istikharah. Minta petunjuk dariNya. Mana tahu nampak muka Haris ataupun Affan. Kalau nampak Affan boleh bermadu dengan Zara.”sindir Kak Aina. Kakinya terus mengatur langkah masuk ke bilik pejabatnya. Tersentak juga Airis Auni dengan sindirin itu. Bagaimana masin cakap kakak sepupunya itu. Hidup bermadulah nanti dia dengan Zara… Semakin kusut di buatnya…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

14 ulasan untuk “Novel : Izinkan Cinta itu Bertaut 6, 7”
  1. eila says:

    ada blog tak ??

  2. Sha says:

    cite ni mmg best. terbaik. suka tulisan penulis ni. cite ni wat novel terus pun ok. cite yg menarik

  3. asma says:

    best laaa

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"