Novel : Perangkap Cinta 18

15 November 2011  
Kategori: Novel

8,839 bacaan 14 ulasan

Oleh : Salza

Bab 18

RINA berpimpin tangan bersama Farish Iskandar.Mereka melewati setiap kedai yang ada dalam bangunan itu.Rina tersenyum riang disamping Farish.Dalam hatinya berbunga-bunga bahagia kerana dapat mendampingi lelaki sehebat Farish Iskandar.Bagi lelaki itu pula,dia bangga kerana dapat menawan hati gadis secantik Rina.Mereka bagaikan pinang dibelah dua,secocok.Tapi siapa tahu,disebalik semua itu ada rahsia yang tersimpan.

Farish menarik lembut tubuh gadis itu bila mereka melintasi sebuah kedai emas.Dia berniat ingin membelikan sesuatu untuk kekasihnya,memandangkan tidak lama lagi hari lahir gadis itu akan tiba.Dia membiarkan gadis itu memilih sendiri perhiasan yang dia suka,biar mahal asalkan gadis pujaannya gembira.

“Cantik tak ni?”Tanya Rina sambil menunjukkan seutas rantai emas putih berloketkan dua bentuk hati.

“Bagi I,apa yang you pilih semuanya cantik.”Tuturnya lembut.

“Hmm,I tak tahula nak pilih yang mana satu.Bagi I semuanya cantik.”Rina rambang mata.Ikutkan hatinya,nak saja dia milikki semua rantai tersebut.Tapi dia bukan perempuan mata duitan.

“You pilih je apa yang you suka.I tak kisah.”

“Hmm,kalau macam tu,I pilih yang ni je la.Sebab bagi I ia melambangkan hati I dengan hati you.”Rina meletakkan jarinya di atas dada bidang Farish.

“Ya sayang…”Farish mencapai kedua belah tangan lalu digenggamnya erat.Tanpa segan silu,dia mengucup lembut tangan kekasihnya.
Ada beberapa pasang yang melihatnya.Ada yang buat ‘dek’ aja,dan ada juga yang berbisik-bisik mengatakan sesuatu.
Selepas keluar dari kedai itu,mereka berdua meneruskan penerokaan di bangunan mewah shopping kompleks itu.Sepanjang hari,Farish Iskandar hanya menghabiskan masanya bersama Rina hingga lewat malam.Dia lansung tidak terfikir tentang gadis yang baru dinikahinya.Hidupnya sekarang ni hanyalah Rina,Rina dan Rina saja.

Dahulu,mungkin dia perlukan Dania untuk memenuhi keinginannya,iatu mendapatkan harta warisan.Tapi sekarang,dia tidak perlukan lagi perkhidmatan gadis itu.Dia sudah membiarkan gadis itu hidup dalam keadaan yang tidak tentu arah,tertanya-tanya dan tergantung.Dia lansung tidak pernah memikirkan soal hati dan perasaan gadis itu.Benar,perkahwinan mereka hanyalah satu perjanjian,tetapi semua ini berpunca darinya.Lansung tidak adakah perasaan belas dan tanggungjawab pada isterinya?

*****

“ARGHHH…rindunya aku dekat korang!”Dania menjerit sewaktu melangkah masuk ke dalam rumah yang dulu pernah didiaminya.Dia memeluk erat semua teman baiknya.Azie yang tidak menyangka kehadiran Dania hari itu turut melonjak gembira.

“Wei,kau apa khabar?Lama tak jumpa.”Soal Azie selepas pelukkan mereka terungkai.Dia memeluk erat bahu temannya.Dia rindu benar pada rakannya yang sorang ini.Sudah sebulan mereka tidak bertemu bagaikan setahun.

“Aku okay,macam yang kau tengok.Korang pulak apa citer?”

“Hmm,macam biasa je la…cuma sunyi sikit bila kau takdak.”Iela melabuhkan punggungnya di atas sofa bertentangan dengan Dania.Sara ke dapur untuk menyiapkan minuman dan makan petang mereka.

“Okay kau kata macam ni?Aku tengok kau makin kurus adala.Kenapa,suami kau tak bagi makan ke?”Ujar Azie sambil menilik setiap inci tubuh rakannya.Memang ketara perubahan rakannya sebelum kahwin dan selepas.

“Eh,kau ni ke situ pulak.Tak baik cakap suami aku macam tu.Segala keperluan aku semuanya cukup,rasanya lebih dari cukup.”Dania membohongi rakannya tentang Iskandar.Dia tidak mahu masalahnya akan turut mengheret rakan-rakannya.Cukuplah dia seorag yang tanggung.Lagipun dia sebagai seorang isteri wajib menjaga maruah suaminya.Itula yang sedang dilakukannya walaupun hatinya memberontak ingin memberitahu hal sebenar.

“Ya la tu…hah,kau datang sini dengan siapa?Naik apa?”Kini giliran Iela pula bertanya.Memang kehadiran Dania itu membuatkan keinginan sahabatnya untuk mengetahui perkembangan tentang dirinya.

“Aku datang sorang,naik teksi.”

“Isy,kau ni dah kahwin dengan orang kaya,suruhla suami kau beli kereta dekat kau.Takla susah nak ke sana,ke sini.Atau,kau ambil je salah satu kereta dia.”
Amboi,senangnya dia cakap.Yang kaya tu dia,bukan aku!Dahla dapat lelaki tak guna macam dia tu.Nak suruh pulak aku minta sebuah kereta,haram dia nak bagi!Tapi…belum cuba,belum tahu.

“Hmm…tengoklah dulu.”Hanya itu yang mampu dia katakan.

“Kau Nia,macam mana sekarang?Ada tanda-tanda nak dapat berita baik ke?”Soal Sara lalu meghulurkan secawan teh kepada Dania.Dia tersengih-sengih macam kerang busuk.Azie dan Iela yang mendengar pertanyaan itu turut tersenyum-senyum.
Dania tidak faham dengan soalan itu.Dia hairan bila melihat sahabatnya bagaikan ternanti-nanti jawapannya.Tambah pula melihat wajah mereka bagaikan menyembunyikan sesuatu.Apa yang sedang mereka fikirkan?

“Berita apa?”Soal dia dalam keadaan bingung.

“Hmm,ya la.Maksud aku,ada tak chance kami nak jadi untie?”
Dania tersenyum mendengarnya.Fahamla dia sekarang apa berita baik yang dimaksudkan rakan-rakannya.Dia bercekak pinggang sambil berdiri dihadapan mereka bertiga.

“Eee…tak sabar betulla korang ni.Apa kata korang je yang bagi aku nak buah.”

“Eh…mana boleh!”Tiba-tiba mereka bertiga bersuara serentak.Kemudian kedengaran Dania ketawa berdekah-dekah,lucu dengan aksi spontan rakan baiknya.

“Hahaha…okayla.Nanti bila dah berisi perut aku ni,korangla orang pertama yang aku kasi tahu.”Tawanya semakin reda.Perutnya masih terasa sakit akibat terlalu banyak ketawa.Tapi terfikir,bagaimana dia hendka mengandung,jika suaminya lansung tidak mahu menyentuhnya.Dia pun tidak pernah mengharap pada lelaki itu.Dia benci dengan lelaki yang hipokrit seperti Iskandar.Hatinya sakit bila mengenangkan akuan lelaki itu.

“Janji?…suami kau pun,kau tak boleh kasi tahu lagi.”Tutur Iela dengan suara kebudak-budakkannya.Dia mengeluar jari kelengkingnya lalu dihulurkan pada Dania untuk dipaut pada jarinya.

“Janjila mak cik oi…”

“Apa?!Kau panggil aku mak cik?Hei,walaupun kita sebaya tapi kau yang keluar dulu tau tak!Kau tu yang mak cik.”Iela bercekak pinggang sambil menjegilkan matanya.Pantang dia bila orang gelarnya mak cik.Dia bukannya tua sangat,baru dua puluh tiga tahun.

“Huhuhu.Mak cik,mak cik,mak cik…hahaha.”Dania masih terus mengejek Iela.Dia dan Iela lari berkejaran diseluruh ruang rumah itu.Pada mulanya hanya mereka berdua saja,tapi Azie dan Sara juga turut serta bagi menghebohkan petang itu.

Bagi Dania,petang itu merupakan petang yang paling gembira buatnya selepas peristiwa buruk itu.Hidupnya bagaikan disinari mentari selepas sekian lama hidupnya hanya diselubungi kegelapan.Tapi dia masih sedar,walaupun hatinya cukup kecewa dengan lelaki bernama Farish Iskandar,dia masih sedar apa status dirinya sekarang.Dia mahu menjalani kehidupan sebagai seorang isteri yang sebenarnya seperti orang lain,tetapi suaminya tidak ingin seperti itu.Dia sudah ada perempuan yang jauhh lebih bagus darinya.Dania betul-betul rasa tersisih-sisih.Andai kata dia tiada jodoh dengan lelaki itu,dia terima dan redha.Sebetu-betulnya dia pun sudah tidak sanggup hidup terseksa seperti ini.

*****

“KAU kata dia tak dak siapa-siapa,tapi kenapa aku tengok dia dengan jantan lain?”Luah Farhan dalam keadaan marah.Hari ini dia bertemu dengan Dania bersama dengan lelaki lain.Hatinya panas bercampur dengan perasaan geram.Sudahla dia penat berkejar ke sana hanya semata-mata untuk memenuhi janjinya,tapi apa yang dia dapat hanyalah sakit hati.

“Hah?Kau biar betul!Setahu aku memang dia tak dak sesiapun.Mungkin kau silap tengok agaknya,ataupun lelaki tu kawan sekerja.”Tutur Farish turut terkejut dengan penyataan rakannya.Sememangnya,sewaktu dia masih berhubungan dengan gadis itu dia ada diberitahu yang Dania tidak pernah ada kekasih.Dialah yang pertama dalam hidup gadis itu.

“Kawan apa kebendanya,bukan main mesra je aku tengok.Entah-entah dia main kayu tiga belakang kau.”Farhan sengaja mahu mengapi-apikan Farish.Hatinya marah bertambah geram dengan Dania,biar rakannya ajar gadis itu agar lebih menghormatinya.

“Hmm,entahla.Akupun tak tahu,mungkin dia nak balas dendam dekat aku.”

“Kau ajar dia sikit Rish,aku tak suka la tengok dia dengan jantan lain.Nanti melepas aku!”Dihujung suaranya sedikit kendur.Sekarang dia betul-betul takut untuk kehilangan gadis itu.Dia sudah cinta habis dengan Dania.Biar apa pun yang terjadi,dia tidak akan pernah melepas gadis kesayangannya.

“Eh,kau pun sama.Dah tahu dia tu bini aku,masih juga nak kacau.”Farish sekadar mahu mengusik temannya.

“Ala,perkahwinan kau dengan dia tu lain sikit.So,aku ni hero penyelamat dia dari kau.Hahaha…”Farhan ketawa terbahak.Fikirannya mula membayangkan Dania.Mungkin suatu hari nanti jatuh ke dakapannya juga.Bibirnya tersenyum bahagia,tak sabar dia memnantikan hari itu.

“Banyakla kau punya hero.Dah la,aku pergi dulu,nanti kalau apa-apa aku kol kau.”Ujar Farish terus bangun ingin beredar dari bangunan mewah itu.Dikerlingnya jam Omega yang tersemat elok ditangannya sudah menunjukkan hampir pukul 7.00 malam.

“Eh,kau nak pergi mana pulak?!”Farhan baru tersedar.

“Tadikan kau kata nak suruh aku cakap dengan Nia,so sekarang ni aku nak pergi dia la!Apsal,kau nak pesan apa-apa ke?”

“Oh…takpa la kalau macam tu.Tapi kau janganla kasar sangat dengan dia,dia tu perempuan.”Ujar Farhan sedikit risau.Bukan dia tidak tahu sikap rakannya yang seorang ni,pemarah,baran,kurang sabar.Pantang saja orang melawan cakapnya,pasti dia akan melenting.

Farish Iskandar terus beredar dari situ selepas mendengar ujaran rakannya.Dia tahu apa yang dimaksudkan Farhan.Risau benar dia dengan gadis itu,sedang dia bukannya lagi menjadi suami kepada gadis yang kini masih mejadi isterinya.Farish sudah tidak sabar ingin bertemu empat mata dengan isterinya.Selepas sebulan dia membiarkan isterinya tinggal bersendirian di apartmen yang dibelinya,ingin juga dia melihat keadaan gadis itu.Sakit ke dia?Sihat ke dia?Bukannya dia tidak bertemu dengan isterinya sebelum ini,mereka hanya berjumpa di tempat kerja.Itu tidak cukup baginya untuk mengetahui lebih lanjut tentang isterinya.Selepas mendengar kisah Farhan sebentar tadi,hatinya sedikit baran tapi tidak ditunjukkan dihadapan rakannya,takut dituduh cemburu.Gadis itu masih isterinya,jadi wajar baginya untuk merasakan perasaan sedemikian.Farish Iskandar terus memandu keretanya membelah hujan yang mulai turun renyai-renyai.Tujuannya sekarang ialah ke rumah Dania.Bagaimana agaknya reaksi gadis itu bila melihat wajahnya nanti?

*****

DANIA melangkah masuk ke dalam rumah.Hujan renyai-renyai diluar terpaksa diredahnya bila teksi berhenti dikawasan luar apartmennya.Dia sedikit kesejukkan tambah lagi angin sejuk yang meniup tubuhnya.Dia terus meluru kearah almari baju dan mengeluarkan sehelai gaun tidur dan terus menuju ke bilik air.Inilah kegiatan kegemarannya iaitu berendam di dalam tab mandi yang dipenuhi buih-buih sabun dan ditaburkan dengan cebisan mawar merah.Betuk-betul menenangkan bila berada di dalamnya.

Dia memejamkan matanya.Tubuhnya dipenuhi sabun wangi yang menusuk hidung.Sungguh menenangkan.Dania hampir tertidur dengan keasyikkan itu.Tapi dia tersentak bila mendengar seseorang dari luar.Bingkas dia keluar dari tab mandi dan menyarungkan jubah mandi pada tubuhnya.

Siapa pulak tu?Pencuri mana pulak yang ceroboh rumah aku ni?!Tapi harap-harap bukanla.

Dania melangkah penuh hati-hati kearah luar bilik.Dia hairan apabila melihat baju seseorang berada di atas sofa.Pantas kakinya melangkah kearah dapur pula.Ditangannya terdapat kayu hoki yang sememangnya disimpan dibelakang pintu bilik.Alatan itu hanyalah untuk langkah-langkah berjaga.Mana tahu ada penceroboh yang pecah masuk rumahnya seperti keadaan sekarang.Kelihatan dari belakang susuk tubuh seorang lelaki tegap.Dania sudah bersedia ingin menghayun kayu hoki tersebut betul-betul dengan kepala lelaki itu,tapi terhenti apabila tiba-tiba lelaki tersebut berpaling memandangnya.

“Arghh…”Kedua-dua mereka menjerit terkejut.Dania terundur ke belakang.Tidak menyangka lelaki itu suaminya.Dia mengurut dadanya yang turun naik berdebar-debar.Geram juga dia dengan suaminya,suka-suki aja ceroboh rumahnya.Nasib baiklah kayu hokinya belum menyentuh lelaki itu,kalau tak alamatnya berada di hospital la sekarang.

“Apa yang abang buat dekat sini ni?!”Soalnya bercampur marah dan geram.Marah kerana suaminya seorang yang penipu,geram kerana lelaki itu betul-betul mengejutkannya malam ini.

“Yang awak bawa kayu hoki tu nak buat apa?Terkejut saya.”Tuturnya turut terkejut.Gelas yang ada ditangannya sebentar tadi turut terlepas akibat kejutan itu.
Dania tersenyum lucu.Kali pertama dia mendengar lelaki itu menjerit sungguh melucukan.

“Apa abang buat dekat sini?”Soalnya sekali lagi.Ingin memastikan tujuan sebenar suaminya.Mana tahu ada urusan penting yag ingin diberitahu.

“Suka hati sayala nak datang ke tak?Ni rumah saya!”Jawabnya sedikit kasar.Masih lagi dalam keadaan marah pada Dania.
Dania tersentak,selepas itu dia terus diam.Sedih hatinya bila lelaki itu mengherdiknya.Dia tunduk menunjukkan wajahnya.Dia ingatkan kedatangan lelaki itu disitu dapat mengubat hatinya ang tengah lara,tetapi lain pula jadinya.Sakit hatinya semakin bertambah-tambah.

“Dah la,awak bersihkan cawan ni dulu.”Perintah Iskandar dengan nada suara dikendurkan sedikit.Dia tahu dia sudah membuat silap dengan memarahi gadis itu.
Tanpa melengahkan masa lagi Dania terus mencapai kain buruk dan mula melakuka kerja pembersihannya.Dania bagaikan orang suruhan yang membuat apa saja disuruh lelaki itu.Adakah dia takut?Ataupun sebagai seorang isteri yang taat pada suaminya?

“Saya ada hal sikit nak cakap dengan awak?”
Dania langutkan kepalanya memandang Farish Iskandar.Hal apa yang ingin dibincangkan suaminya?Adakah tentang perkahwinan ini?Apa yang harus dia cakap nanti?
Iskandar menelan air liurnya satu-satu.Peluh jantan mula kelihatan di dahi dan tengkuk.Dadanya berdebar-debar bagaikan hendak tercabut jantungnya.Matanya tidak lekang memandang lurah yang kelihatan di dada isterinya ketika gadis itu mengangkat kepala memandangnya.Betul-betul menghairahkannya.Dia hanya mampu melihat tidak dapat berbuat apa-apa.Disabarkan hatinya suapaya tidak melakukan perkara bukan-bukan.

“Hmm,takpa la.Tunggu saya siap dulu baru kita cakap.”Jawab Dania terus bangun dan melangkah ke sinki.Selepas itu dia terus beredar ke bilik.
Lelaki itu menunggu penuh sabar.Dalam fikirannya sudah merencanakan apa yang akan dia katakana nanti.Tak sabar dia ingin melihat reaksi isterinya bila dia soalkan tentang lelaki misteri yang bersama isterinya.Nak juga dia tahu tentang lelaki itu.Adakah dia lebih baik dan lebih kaya darinya?

Dania duduk dihadapan suaminya.Dia tunduk memandang jari-jari kaki yang pucat tanpa darah.Dia berdebar-debar bagaikan hendak tercabut jantungnya.Dia lansung tidak berani hendak menatap wajah tampan suaminya.Hatinya tertanya-tanya,kenapa lelaki itu tiba-tiba muncul?Ingin ditanya,dia takut akan dimarah dan ditengking.Bukannya dia tidak kenal lelaki itu.

“Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?”Soal Farish Iskandar bila melihat gadis dihadapannya hanya membisu.

“Hah?Apa,apa yang abang cakap?”Dania baru tersedar.Jauh benar dia mengelamun hingga tidak dengar apa yang dikatakan suaminya.
Dia menepuk dahinya sambil tergeleng-geleng.Memag dah pekak agaknya perempuan ni!

“Saya tanya,sapa laki yang bersama awak?!”Kali ini suaranya ditegaskan sedikit.Lagaknya seperti pegawai polis sedang menyoal selidik suspek.

“Lelaki mana pulak?!”Dania bingung.Siapa yang dimaksudkan suaminya?Ada rasa marah bertandang dihatinya.

“Awak jangan tak tahu pulak?Awak ingat,saya takdak dekat sini awak boleh buat sesuka hati!Hei,ingat sikit awak tu isteri saya!”Iskandar bengang.Nada suaranya sudah berubah tinggi seolah-olah sedang menengking.Dia berdiri dihadapan gadis itu sambil matanya tajam merenung Dania.Dirinya terasa tercabar bila gadis itu berpura-pura tidak tahu.
Dania betul-betul terkejut.Dia turut berdiri menyamai suaminya.Dia tak faham dengan maksud lelaki itu.Apa yang sduah dia lakukan hingga menyebabkan suaminya marah?

“Apa abang merepek ni?Apa yang saya dah buat sampai abang marah sangat ni?Lelaki mana yang abang maksudkan?”Suaranya masih lembut walaupun marahnya sudah dihujung-hujung.Hanya tinggal masa saja untuk meletus.

Pang!Satu penampar singgah dipipi kanan Dania.Terasa perit dan pedih.Sakitnya terasa hingga ke hati.Tidak semena-semena air matanya tumpah tanpa dipinta.Hatinya betul-betul sedih dengan tindakkan Iskandar.Apa salahnya hingga lelaki itu sanggup bertindak menamparnya?

“Aku paling tak suka orang tipu aku!Baik kau cakap siap jantan tu?Suka-suka hati kau je bawa balik jantan ke rumah ni.Kau ingat ni rumah bapak kau ke!?”Iskandar sudah tersasar jauh dari niatnya.Dia lupa pada pesanan Farhan,dia lupa siapa dirinya.Marah sudah kuasai diri.

“Abang!Sampai hati awak buat saya macam ni.Lelaki mana yang awak maksudkan?”Dalam keadaan gawat macam ni dia betul-betul tak ingat sesiapa yang pernah bersamanya.

“Oh…jantan dah penuh keliling pinggang sampai tak ingat yang mana satu!Kau ni memang perempuan tak guna la,perempuan sial,perempuan murahan,jalang…”
Dania menekup kedua belah telinganya.Tidak sanggup untuk mendengar ujaran Farish Iskandar.Dia bukan perempuan seperti yang disebutkan suaminya!Dia masih suci,dia tahu menjaga maruahnya.Dia bukan perempuan kotor!Dania terduduk sambil memeluk kakinya.Air matanya tidak berhenti turun.Sakitnya hati bagaikan disiat-siat.Derita hati,merana diri.

“Dah,tak payah duk buat bagus pulak!Kau sebut harga,aku nak try kau!”
Tiba-tiba Iskandar merentap lengan Dania dan memaksa gadis itu menurutnya hingga ke bilik.Dania meronta-ronta minta dilepaskan,dia menggigit tangan suaminya sekuat hati.Biarlah apa pun yang terjadi,takkan sesekali dia biarkan lelaki itu menyentuhnya.Takkan pernah!Dia ingin lari,tapi Farish Iskandar lebih pantas menangkap tubuhnya.Meronta-ronta dia untuk kesekian kalinya.Dia betul-betul takut sekarang.Dia tak ingin semua itu terjadi,dia tak ingin!

“Kau jangan nak kurang ajar dengan aku!Kalau tak,sakit kau!”Iskandar memberi amaran.Marah dan nafsu sudah menguasai diri dan akal.Dia tidak dapat menahan diri dari mendera isterinya.Hatinya panas bila setiap kali mengingati cerita Farhan.Mesra,gelak tawa…itu semua bukan untuk lelaki lain,tapi untuknya.Hanyak untuknya!Hak dia!

“Tolonglah,saya merayu.Jangan buat saya macam ni.Saya minta maaf kalau saya buat salah.”Lemah suaranya.Seluruh tubuhnya menggigil bila gaun tidurnya dikoyak dengan rakus oleh suaminya.Ketakutan menguasai diri.

Farish Iskandar sudah tidak mendengar semua itu,dirinya terdera dengan kisah yang belum sahih.Ingin dia ajar gadis ini agar lebih menghormatinya.Ingin dia puaskan hati dengan menaklukki gadis ini.Biar perempuan bernama Dania tahu kuasanya ke atas dia.Malam yang selalunya sentiasa sepi bagi Dania kini terisi dengan raungan dan tangisannya…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

14 ulasan untuk “Novel : Perangkap Cinta 18”
  1. honey says:

    sesekali buat citer yg menunjukkan seorang perempuan yang berjiwa kental dan tahu akan hak-haknya sebagai seorang isteri, dan jgn terlalu menunjukkan perempuan ni sentiasa mengalah dengan suami yang curang dan jahat. hrp-hrp lps ni dania terus tabah dan menjadi seprang yang berjaya dan jgn berpatah balik pada si farish ataupun farhan…

  2. erica71 says:

    setuju gan honey..Dania,teruskan perjuanganmu!!!bangkitlah m’p'thnkan hakmu…

  3. pancake says:

    best citer ni..
    cepat sambung…..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"