Novel : Potret Cinta Kita 3

1 November 2011  
Kategori: Novel

3,638 bacaan 5 ulasan

Oleh : ShaZee

LUKISAN KE-3

Haziq menekan papan kekunci laptopnya. Dia sibuk menyiapkan kertas kerja yang hendak dihantar pagi itu. Kesalahan-kesalahan kecil diperiksanya semula buat kali terakhir sebelum dia mencetak dokumen-dokumen itu. Haziq tersenyum. Terror jugak aku buat kerja.

“Pagi-pagi lagi dah senyum ni, ada apa-apa ke?” Maimun menegur Haziq kemudian meletakkan sandwic telur di atas meja lelaki itu.

“Eh, Kak Mun. Terkejut saya…” Haziq tergelak kecil kemudian menarik sandwich telur yang dibungkus di dalam plastik itu dekat dengannya.

“Untuk siapa ni, Kak Mun?” Dia menanya dengan muka tak bersalah.
Maimun memuncungkan bibirnya. “Eleh, buat-buat tanya pulak. Untuk engkau la, Haziq oi… Kak Mun tau kamu ni selalu tinggal breakfast kan? Hah, pagi tadi Kak Mun singgah 7-Eleven nak beli roti. Teringat pulak dekat kamu ni… Kak Mun beli je la sekali.” Maimun menjelaskan dengan panjang lebar.

“Sayang betul Kak Mun dekat saya kan?” Haziq tergelak kecil. “Apa-apa pun terima kasih la, Kak Mun. Next time, saya pulak belanja Kak Mun.” Lelaki itu mengusik membuatkan Maimun hanya menggelengkan kepalanya saja.

“Ha, tu entah berapa kali dah cakap nak belanja Kak Mun. Tapi, tak belanja-belanja jugak.”
“Alah, Kak Mun ni. Macam tak tau je. Cuba tengok meja saya ni. Pernah tak kosong? Tak pernah kan? Kertas kerja tak habis-habis bertimbun. Encik Keifli tu memang jealous dekat saya kan? Macam mana saya nak belanja Kak Mun makan?”
“Ha, banyak la alasan kau!”

Haziq tersenyum manis. “Alah, macam saya tak tau je. Sebenarnya kan, Encik Keifli tu nak dekat Kak Mun. Kak Mun je yang jual mahal. Masuk semalam, entah berapa kali dah dia ajak Kak Mun pergi dinner.”

Kata-kata Haziq tadi membuatkan Maimun terfikir sejenak.

“Apa kata Kak Mun pergi je la makan dengan Encik Keifli tu? Jimat duit saya, tak payah belanja Kak Mun!” Haziq mengusik lagi.

Terjegil dua biji mata Maimun saat mendengar kata-kata Haziq tadi.

“Kau tak payah nak buat kerja gila, Haziq!” Maimun mencekak pinggangnya kemudian mendekatkan mukanya ke arah Haziq. “Dia tu dah la duda anak empat. Tak nak la Kak Mun dapat anak ekspres!” Maimun membisik, takut kalau-kalau Encik Keifli ada di situ.

Haziq sekadar menahan gelak mendengar kenyataan Maimun tadi.

*******

“Eh, Ezza. Siapa yang hantar kau pagi tadi?” Aisyah menegur rakan sekerjanya yang sedang sibuk menyusun buku ke dalam rak-rak.

Ezza sekadar mengukir senyuman. “Abang aku la.”

“Abang Iz? Tu Abang Iz? Eh, bukan dia ada kereta ke? Kenapa hari ni dia hantar kau naik motor pulak? Kereta dia rosak ke?” Panjang lebar Aisyah mengajukan soalannya.

“Tak ada la. Kereta dia okey je, saja kot dia nak tukar angin pulak. Lagi pun, motor dia tu dah lama tak ada orang guna. Dia takut nanti rosak sebab dah lama kena tinggal. So, sekarang dia nak guna motor pulak.”

Aisyah hanya menganggukkan kepalanya mendengar jawapan yang diberikan oleh Ezza tadi.

“Err, Ezza… kalau aku nak tanya something boleh tak?” Aisyah menarik lengan baju kawannya kemudian tersenyum.

“Nak tanya apa?” Ezza meletakkan kotak buku yang dia susun tadi kemudian mengangkat kotak buku yang lain pula. buku-buku itu kemudian disusunnya ke dalam rak.

“Kau dah kerja sini dua tahun kan?”

Ezza sekadar mengangguk kemudian menyambung pekerjaannya.

“Dan selama dua tahun ni jugak, Abang Iz yang hantar kau pergi kerja kan?”

Ezza mengangguk lagi.

“Kau dengan Abang Iz tu ada apa-apa ke, Ezza? Aku tengok kau orang macam rapat je?”

Ezza tergelak kecil. “Ya Allah, Aisyah! Abang aku tu yang kau tengah cakapkan ni. Takkan la aku ada perasaan dekat dia? We’re siblings!”

“Memang la adik-beradik. Tapi dia bukan abang kandung kau pun kan?”
“Tapi kitaorang memang dah macam adik-beradik la. Tak mungkin wujud pun istilah sayang lebih daripada hubungan adik-beradik antara kitaorang ni. Okey?”

Aisyah mengangguk kemudian menanya lagi. “Err… girlfriend Abang Iz tu tak marah ke dia asyik hantar kau pergi kerja?”

Tangan Ezza berhenti tiba-tiba. Dia terdiam kemudian menggigit bibirnya. A’ah, aku pun tak pernah terfikir pasal benda ni. Abang Iz ada girlfriend ke tak?

“Eh, Ezza aku tanya ni! Abang Iz tu ada girlfriend tak?”
Ezza tersedar dari lamunan. “Hmm, aku tak pernah tau pulak. Tak pernah nak tanya pun. Don’t worry… balik nanti aku tanya dia okey?”

Aisyah tersenyum gembira. “Thank you, Ezza! Aku sayang kau!” Aisyah memeluk bahu Ezza kemudian mencubit pipi gadis itu.

“Yang kau suka sangat ni kenapa? Pelik la tengok kau tanya pasal abang aku pagi-pagi macam ni…”

“Tak ada apa. Saja…” Aisyah tersenyum kemudian berjalan pergi. Betul lurus bendul kawan aku ni. Ezza, Ezza…

*******

Cincin perak yang dipakai di jari manis dipandangnya. Azrul terdiam. Kayla, I miss you so much! I tak boleh hidup tanpa you…

“Azrul. Boleh ibu masuk?” Puan Farida mengetuk pintu anak lelakinya kemudian dibukanya pintu bilik itu perlahan-lahan.

Azrul menoleh ke belakang. “Masuk la, ibu. Azrul tak ada buat apa-apa pun.” Azrul bangun dari baringnya kemudian duduk di atas katil.

Pintu bilik Azrul ditutup dengan lembut. Puan Farida berjalan ke arah katil anak lelakinya kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah Azrul. “Anak ibu ni okey? Dah dua bulan Azrul tak pergi kerja tau. Nanti apa pulak kawan-kawan Azrul cakap.” Puan Farida cuba memujuk anaknya.

Azrul terdiam.

Puan Farida sekadar menggelengkan kepalanya. Budak ni tak boleh dipaksa. Nanti lagi menjadi-jadi. Dah la tinggal seorang ni saja anak aku…

“Breakfast dah ready. Azrul tak nak makan? Lily dah tunggu dekat bawah. Kesian budak tu, dah dua bulan Azrul tak bercakap dengan dia. Sunyi dia nanti…” Puan Farida tak berhenti memujuk lagi.

“Nanti bila Azrul dah lapar, Azrul turun sendiri ibu. Tak apa la, ibu turun makan dulu. Azrul nak rehat sekejap.”

“Azrul… ibu tak nak Azrul jadi macam ni sepanjang hidup Azrul. Kerja Azrul macam mana? Takkan nak tinggalkan macam tu saja?”

“Nanti Azrul berhenti kerja la, ibu…” Lelaki itu menjawab dalam nada malas. Dia sudah mula berbaring di atas katil.

“Lepas tu Azrul nak buat apa? Nak menganggur? Ada ijazah bagus-bagus lepas tu duduk rumah saja? Azrul nak jadi apa? Kalau setakat nak duduk rumah goyang kaki, ibu tak izinkan. Ibu nak kamu keluar dari rumah ni! Balik ke rumah kamu!” Puan Farida cuba mengugut.

Namun, Azrul hanya mendiamkan diri. Sedikit pun dia tak gentar. Dia tahu yang ibunya hanya mengertak. Tak pernah pun sebelum ini ibunya mengotakan apa yang dikatakan. Ah, malas aku nak dengar semua ni! Aku dah tak larat!

“Lily tu tahun depan dah nak sekolah. Siapa nak jaga dia? Azrul kan ayah dia! Azrul yang kena jaga dia! Tapi, ibu takkan benarkan Azrul bawak dia balik rumah Azrul kalau keadaan Azrul macam ni. Useless, tak ada kerja, tak ada wawasan. Ibu tak nak Lily tengok ayah dia sebagai seorang yang dah menyerah kalah untuk hidup.”

“Dah tu ibu nak Azrul buat apa?!” Azrul bangun dari baringnya. “Ibu cakap dekat Azrul! Ibu nak Azrul buat apa?!” Azrul bengang.

“Ibu nak Azrul move on!”
“Azrul tak boleh! Ibu faham tak? Azrul tak boleh move on! Hidup Azrul dah musnah! Azrul dah tak ada Kayla! Azrul tak boleh hidup tanpa Kayla! She is my life! And now she is gone! And my life is gone too!”
“That’s why I want you to forget about her.”
“So, forgetting her can make you happy? That’s it?”
“Tak! Ibu nak Azrul ada keluarga sendiri. Walaupun Kayla dah tak ada, itu tak bermakna Azrul tak boleh bahagia. Ibu tak nak tengok Lily membesar tanpa emak dia. Ibu nak Azrul dengan cucu ibu bahagia. Sebab tu ibu nak Azrul lupakan Kayla. Cari hidup baru Azrul…”

*******

“Kerja hari ni macam mana?” Haziq menanya adiknya. Pinggan nasi goreng ayam ditariknya dekat dengannya. Dia tersenyum. Wah, sedap! Perut aku dah lapar gila ni!

“Hmm, okey la. Tapi petang tadi adik kena marah dengan seorang customer ni la.”

“La, adik buat apa dekat dia yang sampai dia marah tu?”
“Tak, adik tak buat apa-apa! Buzzer gate tu kan selalu bunyi kalau ada orang bawa keluar buku tanpa bayar kan? So, automatically kalau price tag dia tak di scan… maknanya orang tu cuba sneak out buku tu la. Kebetulan pulak ada seorang customer ni dia keluar, lepas tu buzzer gate bunyi. Adik pulak ada dekat situ.”
“Lepas tu adik buat apa dekat dia?”
“Adik cakap baik-baik yang adik kena check handbag dia. Lepas tu dia marah-marah adik, kononnya adik tuduh dia mencuri sedangkan adik tak cakap apa-apa pun lagi.”
“Mana guard?”
“Entah la pak cik guard tu pergi mana. Last-last adik check jugak handbag dia. Ada satu novel dekat dalam handbag dia. Special edition punya, masih lagi berbalut. Adik pelik la jugak. Sebab selalunya novel yang edisi khas ni, dekat dalam tu ada bar code. Adik koyakkan la pembalut tu. Rupa-rupanya cashier lupa bawa keluar bar code kat dalam novel tu.”
“So, eveything’s settled?”

“Settled. Tapi adik kena marah jugak lepas tu.” Ezza memuncungkan bibirnya.

“La, kenapa pulak?”
“Dia marah sebab adik koyakkan pembalut tu. Dia cakap, habis buku dia dah tak nampak baru. Dia suruh adik ganti pulak tu.”

Haziq bengang. “La, kalau adik tak koyakkan pembalut tu macam nak bawa keluar bar code tu? Gila ke apa customer tu? Senang-senang je marah adik orang!”

Ezza tergelak. “La, Abang Iz ni angin semacam je. Biar je la dia tu.”
“Customer tu lelaki ke perempuan?” Haziq menanya.

“Perempuan.” Ezza menjawab sepatah.

Lelaki itu tergelak. “Hah! She is so black listed from becoming my wife.”

“Eleh, macam la dia nak dekat Abang Iz.”
“Amboi amboi amboi…”

Ezza tersenyum gembira. Tekanan kerjanya sedikit sebanyak hilang selepas mendengar gurauan Haziq tadi. Abang Iz memang terbaiklah! Gelas jus tembikai ditariknya kemudian disedutnya perlahan. Ah, nikmat. Aisyah mesti suka jus tembikai ni. Hahaha… Aisyah?

“Oh, yes!” Dengan spontan Ezza menuturkan kata-katanya.

Haziq angkat mukanya kemudian memandang Ezza. Sudu dan garfu diletakkan semula di atas pinggan. “Kenapa ni?”

“Adik nak tanya something boleh?” Ezza tersengih manja.

“Nak tanya apa sampai sengih-sengih ni?”
“Kalau adik tanya, Abang Iz jangan marah.”
“Okey, tak marah. Tanya la…”
“Janji tak marah?”
“Janji!”

Ezza menarik nafasnya. “Abang Iz ada girlfriend tak? Sebab selama ni, adik tak pernah dengar pun Abang Iz cakap pasal perempuan. So, adik nak tau…”

“Tak.” Pantas sahaja Haziq menjawab.

“Tak?” Ezza mengulang semula.

“Tak.”

“Kenapa?” Ezza menanya lagi.

Haziq tersenyum. “Because I got you.”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Potret Cinta Kita 3”
  1. Shazee says:

    @Erika

    Thank you dear. Teruskan menyokong Shazee :P

  2. eyana says:

    waaa…ni dah wt sy terteka teki,,go0d job ^_^

  3. fairus says:

    confuse sikit dlm bab 3 ni. lily anak azrul tu…. anak kayla jugak ke? bukan ke kayla tu cuma tunang azrul. atau azrul ni duda?

  4. Aliah Mohd Salleh says:

    Alah! Romantiknya Ezza dengan Haziq. Tak sabar tunggu next entry.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"