Cerpen : Saya Yang Setia

25 December 2011  
Kategori: Cerpen

13,202 bacaan 38 ulasan

Oleh : dr.rock

” 5 Kelebihan saya: rajin, friendly, pendengar yang baik, kreatif dan pasangan yang setia.”

Kata-kata Aneesa di sambut hilai tawa teman sekelasnya. Dia memang rajin, dialah orang paling awal sampai ke kelas setiap hari. Dia memang peramah, buktinya dia boleh berkawan dengan sesiapa sahaja termasuklah pencuri laptopnya sendiri. Dia juga memang pendengar yang baik hingga semua teman senang berkongsi suka duka dengannya. Kalau bab kreatif memang tak dapat diragukan. Semua hantaran nikah kahwin kawan atau saudaranya dialah tukang gubah dengan tangan penuh berseni. Cuma, kelebihan kelima membuatkan semua orang menggaru kepala..Alahai!

” Wah, bestlah pasangan awak tu ye..Tak payah nak risau lebih-lebih dengan awak.”
Komen Encik Nazri membuatkan Aneesa tersenyum sumbing. Malu rasanya dengan diri sendiri. Dia lantas duduk sambil menyambung menung.

“Nees, sejak bila kau pandai berpasang-pasangan ni? Tak story dekat aku pun,” soal Nazira di sebelahnya.
Aneesa diam tidak berkutik. Hanya gelengan kepala sebagai jawapan.

” Itulah. Aku pun tolong gelakkan kau tadi. Macam promosi, pilihlah aku jadi pacarmu pulak tadi. Mujurlah tak ada yang terus melamar kau. Kalau tak, naya kau!.”
Aneesa hanya ketawa kecil. Dia turut merasakan hal yang sama. Pelik dengan diri sendiri yang aneh tapi benar. Elok tak ada angin, tiba-tiba pokok bergoyang. Elok hidup single-single, tiba-tiba tercetus kontroversi dia berstatus double trouble. Alahai, pandai betul cari penyakit!

” Sebenarnya aku salah cakaplah Ira. Aku nak kata aku teman yang setia. Alik-alik tersasul sebut pasangan yang setia. Mereng betullah kepala aku ni. Kalau aku tahulah macam ni, aku rebus siap-siap otak aku ni. Aduh la, boleh pula dia weng-weng saat cemas macam ni” balas Aneesa serius.

Nazira terbahak-bahak ketawa. Aneesa memang begitu. Kalau dah gelabah, mulalah tak tentu arah. Habis otak sihat nak direbusnya buat sup. Dan melihat Aneesa yang sudah tak keruan, ada idea nakal yang melintas.

” Erm, kalau dah setia macam ni kau kenalah lupakan niat nak tulis borang Baitul Muslim tu. Kau tunggu jelah pasangan kau yang setia tu datang. Kaukan pasangan yang setia,” ujar Nazira dalam ketawa yang masih tersisa.

Anees mencebik bibir. Seketika dia teringatkan borang baitulmuslim yang dihantar oleh kakak kandungnya. Erm, nak isi ke tidak ya?

————————————————

Istikharah sudah dia laksanakan. Aneesa sendiri bingung dengan rasa hatinya. Dia bingung dengan langkah pertama untuk dia berumahtangga. Kalau dia menulis segala hal peribadinya dalam borang dua halaman itu, bermakna dia sudah serius dengan alam baru yang akan dialaminya. Kalau tidak diisi, …………

” Isi jelah. Kau pun bukannya nak bercinta bercintan macam orang lain. Dari BBM tu hati kau terjaga kot. Kau tak payah nak terhegeh-hegeh macam aku dengan Hisyam ni. Ada yang suka, kenal sekejap terus langsung. Tak payah menanti tak pasti macam ni.”

Itu pendapat Nazira. Itu juga kata hatinya. Sungguh, niatnya untuk mencari pendamping hidup bukannya sekadar hiburan. Dia mahu mencari cinta sejati, cinta seorang lelaki untuk membimbingnya ke syurga. Cuma, dia bingung dengan diri sendiri..

” Alah, Kak Long dulu pun tak pasti macam Nees juga. Isi je dulu. Proses baitulmuslim ni bukannya serta-merta, bukannya esok terus ada calon. Yang penting Nees dah ada niat ke arah itu. Dari bercinta tak tentu hala, ini jalan terbaik. Klasik tu,” pujuk Kak Long pula.

Aneesa hanya menggaru kepala. Panjang mulutnya mencebik. Dan seketika perbualan dengan Dr.Humaira penampan fikiran selesai dia menjalani ujian akhir bulan kelmarin. Ujian yang melayakkan dia memegang gelaran dan tanggungjawab sebagai doktor saat ini.

” Aneesa bila nak menikah? Dah ada calon belum,” soalan itu cukup mesra.
Dia menggeleng laju. Dia sudah niatkan dalam hati, dia tidak akan memulakan langkah selagi belum menggapai cita-citanya. Dan itulah tekad yang membuatkan dia senang menyendiri hingga saat ini.

” Memilih sangat cik Aneesa kita ni..Nak calon macammana, nanti doktor tolong carikan,” tambah Dr. Humaira dalam senyuman manisnya.
Ternganga luas mulut Aneesa mendengar tawaran hebat dari Dr.Humaira. Nak calon macammana? Manalah dia terfikir lagi…Dia menggeleng sekali lagi.

” Jangan geleng Aneesa. Tawaran doktor ni terhad tau. Nak handsome macam Brad Pitt, comel macam Justin Biber atau yang comel dan handsome macam anak doktor?.”
Wah, ternanga besar sekali lagi mulut Aneesa. Kagum betul dengan Dr.Humaira yang kenal dengan semua artis Hollywood. Kalah dia yang kenal artis tempatan je. Cuma, ayat terakhir Dr.Humaira membuatkan dia tergelak kecil. Tak patut betullah Dr.Humaira mahu dia jadi isteri pada Anas yang baru enam tahun…

” Tak apalah doktor. Saya malas lagi nak fikir pasal jodoh ni. Kalau ada, adalah nanti. Kalau tak ada, apa boleh buat,” balas Aneesa ringkas.
Sebolehnya dia ingin lari dari topik itu. Tak mahulah bercerita lanjut bab rumah bertangga ni. Tak bersedia dan seriau bulu roma dibuatnya. Seram..seram.

” Erm, bab rumahtangga ni kena fikir dari sekarang. Dari sekaranglah Aneesa kena tentukan nak kahwin dengan siapa. Kena rancang masa depan betul-betul. Sebab kerja nikah kahwin ni bukannya mudah. Kita tak boleh nak kata, kahwin jelah dengan siapa-siapa je. Kenapa? Sebab pernikahan itu ladang ibadah wanita, titik tolak dan penentu jalan abadi. Nak ke syurga atau sebaliknya. Jadi, kenalah didik diri, kena cari pasangan yang boleh didik kita, boleh bimbing kita dan boleh bawa kita kejar cinta dan redha ALLAH.”

Panjang lebar nasihat dr.Humaira. Aneesa hanya mengangguk ala burung belatuk. Semua yang dikatakan benar belaka.

” Oh ya, kalau dah jumpa lelaki yang baik, jangan lepaskan. Sebab lelaki baiklah yang kita harapkan sebagai pemimpin, pendamping ke syurga nanti.”
Dan saat itu, ada satu persoalan yang tercetus. Namun dipendamkan sahaja dalam benaknya.

” Doktor cakap ni bukannya apa. Perempuan kalau pun dah ada harta, dah ada segalanya, tapi kalau tak ada pendamping, hidup ni tak akan lengkap. Jadi, merancanglah dari sekarang. Apa-apa pun, doktor doakan yang terbaik untuk Aneesa.”

Aneesa mengulum senyuman. Nasihat itu cukup mendalam. Nasihat itu juga jadi pemangkin dia memulakan langkah pertama hari ini. Dengan senyuman dan lafaz Bismillah, borang dua helai itu diisi dengan pen hitamnya…

———————————————–

” Peram jelah borang tu sampai jadi pekasam.”
Kak Long Alia melepaskan rasa geramnya. Aneesa hanya senyum tak sudah.

” Dah isi belum borangnya?.”

” Dah.”

” Habis pun peram buat apa?” soal Kak Long Alia lagi.

” Saja suka….Nantilah, kalau dah sampai masanya Nees kasilah dekat Kak Long. Sabar ya. Hati agak tak keruan sekarang ni. Tak tahulah dengan hati weng-weng tak sudah ni. Nak konsul soal hati dengan ALLAH dululah,” Aneesa memberi alasan.

Bulat mata Alia memandang Aneesa. Rupanya ada peristiwa yang membuatkan Aneesa memeram borang BBM tersebut hingga ke hari ini. Ada kisah soalnya cinta rupanya.

” Kenapa? Ada orang mengorat Nees ke?,” soal Alia ingin tahu.

” Tak adalah, siapalah yang berani mengorat Nees yang rock n roll ni. Anees je yang rasa nak mengorat orang tu. Tapi tak betul dan senget je kalau buat gitu. Tak mahulah perigi cari timba,” balas Aneesa perlahan.

Alia mengekek ketawa. Terbit juga rasa kagum dengan adiknya. Ingatkan rock sangat, rupanya ada rasa halus dah menyentuh hati. Patutlah, sejak kebelakangan ini suka termenung dan tak keruan saban hari. Ada bunga-bunga cinta yang tumbuh rupanya.

” Siapa orang yang malang tu? Along kenal ke tak?,” ujar Alia menyakat.
Anees mencebik bibir. Dia menggeleng laju.

” Tak kenal kot. Dia houseman yang dihantar bertugas dekat hospital Nees. Rasanya hati kena angin kus-kus je ni. Nanti dia dah balik kerja dekat sana, hilanglah kot. Along doalah angin kus-kus ni cepat pergi. Tak kuat, tak larat nak melawannya. Huhuhu.”

” Along doakan. Banyak-banyak doa pada ALLAH. Minta ALLAH tunjukkan jalan yang terbaik. Apa pun yang Nees buat, Along akan bagi sokongan. Kebahagiaan Nees kebahagian Along juga. Nak juga tengok Nees naik pelamin. Tak mahulah adik rock Along ni jadi pengapit je,” tambah Alia.

Aneesa mengukir senyuman. Dia menyeru hatinya supaya bertahan dalam perjuangan ini.

————————————————

Sekali lagi Aneesa naik pelamin. Kerana Nazira adalah teman baiknya, mahu tak mahu dia gagahkan diri jadi pengapit walaupun penat bertugas di hospital belum hilang. Penat melawan rasa hati belum hilang lantaran satu penolakan. Biar apa pun keadaannya, dia harus terlihat tabah di depan teman baiknya itu.

” Selamat pengantin tak berapa baru Ira,” ujar Aneesa semangat.
Nazira memandang teman baiknya tanpa kata. Seketika kemudian, dia meminta semua orang di biliknya keluar. Hanya tinggal dia dan Aneesa sahaja di dalamnya. Jelas di pandangan Aneesa, Nazira sudah dapat menangkap kisah sebak dan sayunya.

” Kau betul merisik dia ke? Dia terima tak,” soal Nazira ingin tahu.
Aneesa mengangguk lemah.

” Dah tapi negatif,” balas Aneesa dalam ketawa yang dibuat-buat.
Sebelum dia bertindak, dia sudah maklumkan pada Nazira. Walaupun tindakannya merisik lelaki Chinese look itu agak aneh, Nazira tetap menghadirkan sokongan. Dan kata-kata Dr.Humairah satu ketika dahulu jadi azimat, jadi penguat semangat Aneesa dalam tindakan kamikazenya.

” Siti Khadijah dulu pun pinang Rasulullah. Tak salahlah kalau kita yang mulakan langkah. Yang penting kau tak langgar syariat. Kau bukannya tanya dia langsung, kau tanya dekat orang tengah. Still menjaga adab dalam hubungan, still terjaga kerahsiaan hati dan perasaan kau.”

Itu kata Nazira tempoh hari. Dah kata Nazira hari ini berbaur pujukan.

” Sabar ye Nees. Aku rasa dia belum sedialah tu. Tak pun dia terkejut tiba-tiba ada orang berani meminang dia. Erm, apa kata dia?.”
Aneesa tidak membalas pertanyaan itu. Hanya sms yang diterima dari sahabat Along, Kak Nida disuakan pada Nazira. Nazira membaca bait kata sms tersbut dengan mata membulat.

” Z tak mahu jawab status dia sebab dia belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga…Hah, apa jenis jawapnya ni? Aku tak fahamlah dengan dia..Kau just nak tahu pun, bukannya serius pun pasal tu kan.” Komen Nazira dengan muka tidak puas hati.

” Itulah. Aku pun tak faham..Kalau kau dapat sms tu, apa pendapat kau?,” soal Aneesa kembali.

” Aku tak puas hati dengan jawapan dia, aku akan tanya semula. Tapi aku malas nak fikir pasal dia dah. Aku cari orang lain je, tak payah gasakkan kepala otak. Aku hantar je borang BBM yang dah diperam jadi pekasam tu,” sambut Nazira.
Aneesa tersenyum sumbing.

” Erm, kalau aku tetap nak tunggu dia sampai bersedia boleh tak,” soal Aneesa nakal.
Nazira menjengilkan mata.

” Tahun ni dia kata dia tak bersedia nak mendirikan rumahtangga. Tahun depan kau tanya dia lagi, dia akan kata dia belum bersedia nak memadukan isteri dia, tahun depan-depan dia akan kata dia belum sedia nak anak-anak dia bermak tiri.Lupakan dia, cari orang lain. Go to plan B, focus on BBM. Habis cerita,” tegas Nazira.

Aneesa tergelak kuat. Tercuit hatinya dengan kata-kata Nazira. Dan dia tahu, apa yang harus dilaksanakan. Biarlah kenangan ini jadi pengalaman terbaik dalam hidupnya, biarlah keberaniaan dia ini jadi satu kenangan yang tak dilupakan. Dan saat ini, dia sudah tekad, dia sudah nekad. Borang Baitul Muslim yang sudah lengkap diisi akan segera dia kirimkan dan siapa pun takdirnya, dia pasrah dan redha. Diakan pasangan yang setia pada takdir yang dah ditetapkan Tuhan sejak alam ruh lagi.

————————————————

Sejak BBM dihantar, dia tak peduli lagi dengan kisah jodoh dan pertemuannya. Sudah dia tekadkan dalam hati, dia akan menerima sahaja takdir terbaik dalam hidupnya. Kisah lelaki yang pernah dirisiknya dulu dia tak ambil kisah. Mungkin si dia sudah berdua, mungkin juga sudah ada jadi bertiga dengan kehadiran cahayamata. Bagaimana dan apa pun kisah hidup si dia, hanya titipan doa kebahagiaan dia hadiahkan.

Dia sudah mujadah hatinya. Dia sudah berjuang semampunya.

” Ya ALLAH, tunjukkan aku jalan terbaik. Ya ALLAH, jangan biarkan aku hidup sendiri, kurniakan aku pasangan hidup yang beriman. Engkaulah Waris Yang Paling Baik,”
Itu doanya saban waktu. Dan tak sedar, waktu cepat berlalu. Sudah setahun peristiwa kamikaze itu berlalu. Aneesa tenang dalam pencariannya yang belum bertemu jawapan. Dan panggilan dari Kak Long Alia hari ini mengocak kolam ketenangan hatinya.

” Nees, abang Izham kata orang yang uruskan BBM tu dah jumpa calon yang sesuai untuk Nees. Kalau tak keberatan, petang ni Abang Izham nak bawa calon tu jumpa dengan Nees. Kalau keberatan, Along kirimkan dulu BBM dia dekat email Nis..Macammana?.”
Aneesa menelan airliur. Pahit! Pencarian itu sudah berjawapan. Detik itu datang akhirnya.

” Aneesa, macammana?,” soal Alia tidak sabar.

” Kirim dekat email jelah. Saya tengok dulu,” balas Aneesa tegas.
Padahal hati dah tak keruan dibuatnya. Bergendang sesuka hati dalam irama sumbang.
Alahai, mana nak lari ni?

” Along dah send. Check it out. Rasanya Nees tak payah balas sms Along. Along dan Abang Izham suruh dia terus masuk meminang terus. Okey.”
Sms yang dikirm Alia membuatkan dia tambah tak keruan. Laju dia membuka emailnya. Dia terkejut bukan kepala. Borang Baitul Muslim yang dibacanya membuatkan dia tersenyum sampai telinga. Siapa sangka, cempedak jadi nangka.

Nama: Muhammad Zafran bin Ali
Pendidikan: Perubatan, Universiti Sains Malaysia.
Ciri pasangan idaman: Peramah, penyayang, baik, tak berpura-pura, suka berjenaka, rock and roll tapi tetap solehah, suka senyum, berani dan sabar menanti.
Di akhir catatan email tersebut, ada satu kata yang membuatkan dia tergelak sendiri.

” Insya-ALLAH, saya dah bersedia segalanya. Saya akan jadikan awak wanita paling bahagia. Saya takkan madukan awak dengan isteri saya, saya tak jadikan awak mak tiri anak saya sebab saya tahu awak setia tunggu saya. Sayakan pasangan yang setia.”
Rasa bahagia menggebu di hati. Pernah dia kecewa dengan insan itu. Namun siapa tahu, siapa yang menyangka dia adalah pasangan yang ditakdirkan untuknya. Saat itu, lafaz syukur menggamit peras
aan.

” Terima kasih Ya ALLAH atas takdir ini. Saya akan setia selamanya.”
—————————————————————

Salam alaik. Cerpen separuh benar, diadaptasi dari kisah hidup seseorang. Lama sangat saya tak tulis cerpen dan maaf ayat agak tunggang langgang. Apa-apa pun, selamat membaca untuk semua..(“,)




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

38 ulasan untuk “Cerpen : Saya Yang Setia”
  1. kiki says:

    ade unsur islamik di situ….biasenye saye nih cepat boring…tapi penyampaian dr.rock buat saye terhibur membace cerpen nih :-)

  2. akubudakcerpen says:

    walaupon pendek tapi tetap mnghiburkan !!! haishh best pulak ending die !! hahahaha gud job ! GOGOGOGOGOGO!

  3. ida says:

    okey jln citew best laa

  4. illa_balqis says:

    cam ner zafran nie tau pe yg nazira n aneesa sembang wktu kenduri kawin nazira dlu…
    keliru sikit tang nie….
    pe pun mmg best n berunsurkn islamik…..
    teruskn usaha mhasilkn karya2 sebegini…

  5. Nad Diera says:

    okey…
    jln cerita menarik sangat
    :)

  6. Mohd Zamree Sinin says:

    hhhehe….aneesa seorg yang sangat gelabah… seorng yang sangat baik….hhehe
    terima kasih penulis….=))

  7. dila says:

    ok…jln cerita menarik patut lebih kembangkan lg…
    jarang remaja skang ikut unsur islamik..good job

  8. mizah says:

    comel cite niey..:-)..nak yang soleh,kene jadi solehah..:-)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"