Novel : Antara mahligai ego dan cinta 17

5 December 2011  
Kategori: Novel

8,817 bacaan 52 ulasan

Oleh : Dilza Adina

Pintu bilik itu diketuk beberapa kali. Namun masih senyap. Tiada sebarang jawapan yang diterima. Larra mengeluh perlahan sebelum mengerling ke arah jam tangannya. Dia ni tidur mati ke apa? Kan dah pukul 3 petang. Takkan tak bangun lagi. Mentang-mentang hari minggu.

Sekali lagi tangannya diarahkan untuk mengetuk pintu bilik lelaki itu.”Zafff!!! Bangunn!!! Buka pintu ni!” dia menjerit dari luar bilik. Namun masih tiada tanda-tanda lelaki itu akan membuka pintu untuknya. Dia hampir pasti, lelaki itu berada di dalam biliknya kerana ketiga-tiga kereta milik lelaki itu masih berada di tempatnya.

‘Zafff!!!” panggilnya. Telefonnya diseluk dari dalam poket seluar sebelum mula mencari-cari sebaris nama “Mr Ego”. Lalu nombor milik lelaki itu di dailnya. Beberapa minit kemudian talian disambungkan membuatkan hatinya melonjak riang. Hah! Dah dapat. Jelas kedengaran dari luar bilik irama muzik ‘hardcore’ sebagai nada deringan telefon bimbit lelaki itu berbunyi menandakan lelaki itu sememangnya berada di dalam biliknya. Tidak ke makan-mana. Seketika kemudian talian itu disambungkan pula ke peti suaranya membuatkan Larra mendengus geram. Ish, tak boleh jadi ni. Tidur mati ke apa?

Dia segera memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam kocek seluarnya sebelum menjerit. ‘Zaffffffffffffff!!! Baik awak buka pintu ni!”

Kedua tangannya mengetuk-ngetuk pintu itu. Aku akan pastikan kau tak boleh tidur dengan aman. Aku ketuk pintu ni sampai kau bangun jugak! Ternyata usahanya berhasil apabila kemudian kedengaran pintu itu dibuka dari dalam.

Krikk

Pintu bilik lelaki itu dikuak serentak terpacul tubuh Tengku Dzafril Haidhar tanpa baju dengan rambutnya yang tidak terurus. Wajahnya kuyu dan matanya masih tertutup. Sah! Lelaki ni memang baru bangun tidur. Dilihatnya Tengku Dzafril Haidhar menguap.

“hey! awak baru bangun tidur ke apa ni?” soal Larra. Sejam aku ketuk-ketuk pintu bilik kau baru ni kau nak bangun? Pegh, hebat betul!

Tengku Dzafril Haihdar menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil memandang Larra di hadapannya. Soalan jenis apa juga dia ni tanya aku. Dah terang lagi bersuluh rupa aku macam ni, mestilah baru bangun tidur. Eh dia boleh still tanya lagi? Agh, perempuan. Perempuan.

“Kau apahal doh? ketuk pintu bilik aku macam nak cabut terus. Lain kali tak payah letak pintu lah dekat sini. Memekak betul” ujar Tengku Dzafril Haidhar sebelum menggeliat. Masih terasa bengang kerana tidurnya diganggu oleh Larra.

Larra mengigit bibirnya sebaik sahaja mendengar perlian dari lelaki tu. Ish dia ni kalau bab memerli, boleh dapat anugerah dekan. Hebat betul. “awak tahu tak pukul berapa sekarang? Awak dah janji kan dengan saya?” soal Larra lagi sambil mengunjukkan jam tangannya ke arah Tengku Dzafril Haidar. Merasa sedikit geram kerana lelaki itu lupa pada janjinya.

Tengku Dzafril Haidhar memandang lama wajah gadis itu sebelum mengeluh. Apa juga yang perempuan ni cakap ni? Janji apa pulak? Lalu tangannya pantas mencapai tangan Larra sebelum menilik jarum jam di tangan gadis itu. Berkerut-kerut dahinya sebelum melepaskan pegangannya. Wajah Larra dipandangnya dengan tidak bersalah.

“Janji apa kau ni? Baru pukul 3 petang. Jadah apa kau pergi kejut aku?” jerkah Tengku Dzafiil Haidhar sedikit kasar. Aduh, perempuan ni memang tak boleh tengok aku senang sikit lah. Ada je nak ganggu, getus hatinya.

Larra membalas pandangan lelaki itu. Still mamai lagi ke? Sakitnya hati aku! Kau ingat aku saja-saja ke nak pergi kejut kau? Lalu dia tanpa berlengah pantas berjalan menghampiri Tengku Dzafril Haidhar sebelum kedua tangannya menggengam erat lengan lelaki itu “Hey! Awak ni mamai lagi ke apa? Tak ingat ke hari ni kita nak pergi mana? Kan awak dah janji nak………….” Larra bersuara kuat sambil tangannya mengoncang kuat tubuh lelaki itu ke depan dan ke belakang.

Tengku Dzafril Haidhar tergamam. Bulat matanya memandang Larra. Langsung tidak fokus dengan apa yang sedang diperkatakan oleh gadis itu. Dia benar-benar terkejut dengan tindakan gadis itu menggoncangkan tubuhnya membuatkan kini dia gagal bergerak. Sekadar kaku mengikut alunan gadis itu. Hilang terbang rasa kantuknya. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Dia mula panik dengan dirinya. Lalu tanpa berlengah dia segera menolak tubuh Larra menjauhinya membuatkan gadis itu terdorong beberapa langkah ke belakang.

“Hey! Apa tolak-tolak saya ni?” soal Larra jelas terkejut dengan tindakan lelaki yang menolak tubuhnya secara tiba-tiba. Mukanya kelihatan bengang.

Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya. “stay situ kejap” ujarnya sebelum pantas menolak pintu dan menutupnya kembali. Setelah pintu ditutup rapat dia menarik nafas panjang sebelum melepaskannya kembali. Bertujuan untuk menenangkan dirinya. Tangannya diletakkan ke dada sebelum mula bersandar ke pintu. Gila! Apa kes dengan aku ni? Takkan setakat dia pegang pun kau dah gabra. Kau ni kenapa, Zaf?!

Larra mendengus geram Eh dia ni? Sesuka hati dia je main tolak-tolak aku lepas tu tutup pintu. Ni mesti time sekolah dulu selalu ponteng kelas Sivik. Lalu dia kembali mengetuk pintu bilik lelaki itu. “Zaf! Saya tak habis cakap lagi. Buka pintu ni” jerit Larra.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan dahinya apabila mendengar jeritan Larra dari luar pintu biliknya. Matanya dipejam rapat. Relax Zaf. Kau jadi macam ni, sebab terkejut. Bukan sebab dia pegang. She’s got nothing to do with this. Kau tak berdebar pun sebab dia. Dia menarik nafas panjang sebelum melepaskannya kembali. Lalu tubuhnya dipalingkan semula menghadap pintu. Berdiri sejenak mengumpul sekelumit kekuatan sebelum membuka kembali pintu itu.
“apasal awak pergi tutup pintu? Saya tak habis cakap lagi!” marah Larra sambil tangannya menolak pintu itu.

Bulat mata Tengku Dzafril Haidhar.”eh jangan dekat!” jerit Tengku Dzafril Haidhar tiba-tiba membuatkan Larra terhenti dari menghampiri lelaki itu. Dia memandang pelik. Apa kena dengan dia ni? Pelik gila.

“aku tutup sebab….sebab kau tu bising sangat! Kau patut pergi temuduga jadi deejay kat radio atau dekat pasaraya lah lain kali. Aku tak ingat apa-apa janji. So sekarang kau pergi balik bilik kau. Jangan kacau aku” ujarnya dingin. Cuba menyembunyikan perasaannya.

Larra mengeluh perlahan. Memandang lama wajah lelaki itu seolah tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Bukan ke harit u dia yang janji. Aku rasa dah dekat 3 kali aku ulang-ulang benda yang sama. “kan awak dah janji. Malam ni kita nak pergi makan malam dekat rumah parent saya” ujar Larra. Suaranya kedengaran sayu.

Tengku Dzafril Haidhar terdiam sejenak. Baru dia teringat, beberapa hari yang lalu, Larra ada memberitahunya tentang hal itu. Agh ! Macam mana aku boleh lupa. Aku juga yang cakap nak pergi hari ni. Tapi aku malas. Agh lantaklah.

“bila masa pulak aku ada janji? Kau pergi seorang. Aku malas” balasnya kembali.

Larra masih merenungnya. “awak jangan ea Zaf. Saya dah bagi tahu dekat mama yang saya nak datang sana dengan awak. Kalau mama tanya nanti,……………” belum sempat dia menghabiskan kata-katanya lelaki itu terlebih dahulu berrsuara.

“Pandai-pandailah kau bagi alasan” ujar Tengku Dzafril Haidhar sebelum menutup pintu bilik itu. Meninggalkan Larra sendirian di ruang koridor luar bilik lelaki itu.

Larra mengerutkan keningnya. Sedikit terasa dengan kelakuan lelaki itu. Tak pernah nak bagi kerjasama. Matanya jatuh pada tangannya yang sedikit merah. Mengeluh perlahan. Buat penat je aku ketuk-ketuk pintu bilik kau. Kejut kau. Kau tahu tak, aku nak sangat balik jumpa parent aku. Tapi kalau aku pergi seorang mestilah dia orang tanya kau. Aku nak jawab apa? Aku betul-betul nak balik jumpa parent aku hari ni. Tapi, last-last kau cakap macam ni dekat aku. Suruh aku pergi sendiri? Kau memang kejam, Zaf!

Entah mengapa dia tiba-tiba mula terasa sebak. Ada air mata yang keluar di tumbir matanya. Dia berjalan meninggalkan bilik lelaki itu dengan perasaan yang masih sebal.
Kenapa aku sensitif tiba-tiba ni? Eh? Setakat lelaki tu kau nk sedih pun buat apa? Macam tak tahu pulak perangai si Zaf tu. Buang masa je lah nangis sebab dia. Cepat-cepat dia memujuk dirinya dan mengesat matanya yang sudah berair. Cuba menenangkan kembali dirinya.

“erk Larra!!!” kedengaran satu suara memanggilnya dari arah belakang. Langkahnya terhenti sebelum menoleh. Dari jauh, kelihatan Tengku Dzafril Haidhar berdiri di tepi pintu itu sambil memandangnya. Tersenyum lebar. Agh! Aku benci tengok muka kau senyum senyum macam tu. Tak suka! Kau ingat kau handsome sangat ke?

“what?!” soalnya kembali. Kasar. Dia masih marah. Malas mahu melayan lelaki itu.

“pukul 4.. kita gerak. Dah, tak payah nangis. Okay?” ujar lelaki itu sebelum tersenyum lagi sebelum masuk kembali ke biliknya meninggalkan Larra yang masih berteka-teki sendirian di luar.

Larra mengerutkan dahinya. Kata-kata lelaki itu berunsur pujukan. Menangis? Mana ada aku nangis? Aku baru nak nangis je? Tapi belum sempat menangis lagi. Nampak sangat ke muka aku macam nak nangis. Perlahan-lahan dia memegang mukanya. Seperti biasa. Tak ada air mata pun. Satu keluhan berat dilepaskannya sebelum kembali memandang pintu bilik lelaki itu.

“mana dia tahu aku nak nangis?” soalnya perlahan. Tapi, apa kena dengan lelaki tu, bukan ke tadi dia kata tak nak. Kenapa tiba-tiba dia tukar watak pulak ni? Ish, lelaki yang pelik.

*****

“Mama!!” jerit Larra seperti anak kecil sebaik sahaja menangkap kelibat mamanya. Dia segera mendapatkan wanita itu sebelum memeluk dan mencium pipi mama kesayangannya itu. Sungguh, dia rindukan mamanya itu.

Tengku Dzafril Haidhar sekadar memerhati gelagat Larra bersama ibu mentuanya itu. Jauh di sudut hatinya, timbul rasa cemburu melihat kemesraan gadis itu dengan mamanya. Dia juga ingin merasakan bagaimana perasaan disayangi oleh seorang ibu. Kalaulah hubungan aku dengan mummy macam ni. Dia tersenyum sendiri membayangkan tempat Larra adalah dirinya. Namun seketika kemudian, dia cepat-cepat menepis. Membuang jauh-jauh perasaan itu. Dia berjalan dan turut bersalam dengan Datin Marissa.

“Mama sihat?” soalnya cuba untuk. memesrakan diri. Terasa janggal bertanya begitu. Agh! Dengan mummy pun aku tak pernah tanya macam ni. Ni tiba-tiba dekat mak mentua pulak aku terpaksa berlakon macam tu. Memang bukan macam kau lah Zaf. Tapi, dia terpaksa. Berlakon demi menjaga imejnya sebagai menantu yang baik. Kah kah kah!

“Mama sihat je. Eh Zaf, buat je rumah ni macam rumah sendiri. Zaf nak buat apa, Zaf buat je” ujar Datin Marissa. Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sejenak sambil memerhati sekitar ruang banglo dua tingkat milik keluarga itu. Dia merasa sedikit janggal dengan suasana rumah gadis itu. Bukan dia tidak pernah menjejakkan kaki di situ. Pernah, namun selalunya sebagai tetamu.

“okay mama” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil tersenyum. Menjeling sekilas ke arah Larra di sisinya. Sebenarnya dia memang tidak mahu datang ke situ. Namun di saat terakhir dia menukar keputusannya kerana tidak sanggup melihat wajah gadis itu. Dari cara gadis itu merenungnya, dia tahu Larra benar-benar ingin bertemu dengan mamanya. Apatah lagi dia telah berjanji dengan gadis itu. Kerana itulah dia bersetuju untuk pergi.

“okay macam tu, baguslah. Erm, Larra. Larra bawa lah Zaf ni naik bilik dulu. Nanti biar mama suruh Kak Nafisah siapkan makan mlaam. Okay?’ ujar Datin Marissa. Dilihatnya Larra tersenyum sambil mengangguk.

Datin Marissa kembali menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar. Sedikit risau kalau-kalau lelaki itu tidak selsesa berada di rumahnya. “Zaf ada teringin nak makan apa-apa ke? Kalau ada, beritahu mama. Nanti mama suruh Kak Nafisah, tukang masak rumah ni tolong masakkan” ujar Datin Marissa.

Tengku Dzafril Haidhar sejenak. Jujur dia merasa janggal dilayan baik sebegitu. Aku dengan mummy pun tak macam ni. Untunglah kau Larra dapat mak baik macam ni. Dia mngeluh perlahan sebelum menoleh ke arah Larra lagi. Timbul satu idea jahat di kepalanya untuk mengenakan Larra. Gadis itu turut memandangnya. Hahaha! Habislah kau.

“awak dengar tak mama tanya apa ni? ” soal Larra apabila lelaki itu masih tersenyum memandangnya tanpa memberikan sebrang jawapan terhadap soalan mamanya. Ish, apasal aku rasa tak sedap hati ni? Lain macam je aku tengok dia ni senyum.

“mama, boleh tak bagi Larra yang masak untuk makan malam ni?” soal Tengku Dzafril Haidhar membuatkan Datin Marissa sedikit terkejut. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Larra.

Bulat matanya memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar. Apasal aku pula yang kena masak ni? Lelaki ni memang sengaja nak suruh aku masak. “erk, kenapa pula saya yang kena masak? kan ada Kak Nafisah. Biar lah Kak Nafisah yang masak. Saya mana reti masak sangat” ujar Larra.

“Aik? Yang selalu masak dekat rumah tu siapa? Awak kan? Alah, Larra. Tolonglah masak” pujuk Tengku Dzafril Haidhar. Larra mengetap bibirnya. Geram dengan lelaki itu.

“Larra bukannya reti masak sangat pun. Biar Kak Nafisah je lah yang masakkan, Zaf” pujuk Datin Marissa membuatkan Larra tersenyum lebar. Dia tahu, mamanya itu tidak percaya dengan dirinya bab memasak.

“erm betul tu. Kak Nafisah masak sedap. Dah lama saya tak rasa masakan dia” ujar Larra menyokong kata-kata mamanya. Dia berniat untuk mematahkan harapan lelaki itu untuk menyuruhnya memasak makan malam. Selesai dia berkata begitu dia merasakan ada satu tangan sasa memeluknya erat membuatkan dia terdorong ke arah tubuh lelaki itu. Dia kaku. Ish! Apahal lelaki ni?

“alah mama. Takkan tak boleh kot? Macam ni, mama, Zaf tak boleh lah kalau rasa masakan selain dari Larra. Kalau kat rumah tu, Larra masak baru Zaf selera makan. So dekat sini pun, boleh tak kalau Larra jugak yang masak. Zaf tak lalu lah nak makan kalau bukan Larra yang masak tapiiii…. Kalau tak boleh jugak, tak apalah” ujar Tengku Dzafril Haidhar seolah-olah berjauh hati. Dia mengeluh perlahan.

Larra mengerutkan keningnya sambil menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar. Sedikit hairan melihat lelaki itu. Wah! Tak sangka kau pun ada bakat dalam berlakon. Aku selalu masakkan untuk dia? Jadah apa yang lelaki ni cakap. Sejak bila pulak aku ada masakkan untuk dia. Tak pernah! Kecuali nasi goreng yang dia paksa aku masak tu. Tapi sekali tu je.

Datin Marissa kehilangan kata. Bersungguh-sungguh benar lelaki itu mahu Larra yang masak. Manja rupanya budak Zaf ni. Dia menoleh ke arah Larra. “erm kalau macam tu, tak apalah. Nanti mama suruh Kak Nafisah balik awal. Larra masak ya? Kesian dekat Zaf” ujar Datin Marissa sambil tersenyum memandang Larra. Dia sempat mengerling ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang sedang tersenyum memandang Larra.

“Please sayang. Masak please” ujar Tengku Dzafril Haidhar pula memujuk Larra membuatkan Datin Marisssa ketawa melihat gelagat menantunya itu. Tak ubah seperti anak kecil.

Larra kehilangan kata. Dia tidak tahu bagaimana caranya lagi untuk mempertahankan dirinya. Agh, lelaki ni memang licik. Pandai buat cerita. Perlahan-lahan dia tersenyum nipis sebelum mengangguk. “okay mama. Larra masak” ujarnya pendek. Ahhh. Macam mana ni? Aku tak ikhlas nak masak.

Jawapan Larra itu membuatkann senyuman di bibir Tengku Dzafril Haidhar bertambah lebar.

Datin Marissa mengangguk “kalau macam tu, Larra hantar Zaf naik bilik dulu. Biar mama cakap dekat Kak Nafisah pasal Larra nak masak ni” arah Datin Marissa.

Larra kehilangan kata. Dia sekadar mengangguk tanda faham sebelum menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang tersenyum ke arahnya. Jelas kelihatan lesung pipit di pipi kiri lelaki itu. Agh kau. Bab mengenakan aku memang pakar. Mamanya sudah pergi meninggalkan mereka menuju ke dapur. Lalu langkahnya pantas di atur melepasi Tengku Dzafril Haidhar. Malas mahu melihat wajah lelaki itu.

Tengku Dzafril Haidhar mengangkat keningnya melihat Larra yang sudah berjalan laju meninggalkannya itu. Jelas gadis itu marah dengan dirinya. Lalu langkahnya turut diatur laju mengekori langkah Larra. “lajunya jalan. Tunggulah!”

*****
Dia tersenyum setibanya di ruang makan itu apabila melihat Larra yang sedang menyusun pinggan-pinggan di atas meja. Sedikit tertarik melihat gadis itu melakukan kerja-kerja rumah sebegitu. Kan bagus kalau dekat rumah pun kau buat macam ni? Desis hati kecilnya. Larra yang perasaan akan kehadirannya di ruang itu mendongak sebelum memandang tajam ke arahnya. Eh jeling pulak.

“eh Zaf! Dah hari-hari duduk serumah pun, tak puas pandang ke?” tegur satu suara garau membuatkan Tengku Dzafril Haidhar yang sedang leka memandang Larra terkejut sebelum pantas menoleh ke satu arah. Senyuman di bibirnya serta merta mati apabila dilihatnya Dato’ Qamal telah duduk di situ sambil memerhatikannya. Kulit mukanya terasa membahang. Bila pulak bapa mentua aku ni datang? Kacau daun betullah.

“eh. Mana ada. Tengok muka Larra tu masam sangat. Erm bila uncle…….errrr papa ada dekat sini. Tadi Zaf tak perasan pun” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil duduk di kerusi berhampiran. Sengaja mengubah topik perbualan kerana malu ditegur begitu. Dilihatnya bapa mentuanya itu tersenyum sebelum menggelengkan kepalanya perlahan. Sempat dia mejeling Larra di sisi Dato’ Qamal yang sedang mencedukkan nasi ke pinggan lelaki itu.

“Zaf..Zaf. Papa memang ada duduk dekat sini dari tadi lagi. Dari kamu masuk ke ruang ni lagi. Kamu tu, mana nak perasan kalau masuk-masuk je terus tengok Larra. Sampai tak sedar papa ada dekat sini” ujar Dato’ Qamal sambil ketawa. Larra sudahpun beralih mencedukkan nasi ke pinggan Tengku Dzafril Haidhar pula.

“tak adalah papa’ ujar Tengku Dzafril Haidhar sedikit malu ditegur begitu sambil menoleh ke arah pinggannya. Terkedu sejenak dirinya apabila melihat pinggannya yang kini pernuh dengan nasi. Perempuan ni dah gila ke apa? Macam satu periuk nasi dia letak dekat pinggan aku. Apahal dia ni? Tak puas hati sangat ke? Dia menoleh ke arah Larra yang masih belum berhenti dari mencedukkan nasi ke pingannya. Wah! Extreme sangt perempuan ni sendukkan aku nasi!

“errr Larra. Cukup cukup” ujarnya sambil mencuba untuk menahan Larra dari terus meletakkan nasi ke pinggannya yang sudah pun penuh. Tangan gadis itu dipegangnya. Terasa gementar sejenak membuatkan dia pantas melepaskan tangan gadis itu. Larra menoleh ke arahnya.

“Mana cukup. Biasa awak makan lagi banyak dekat rumah kan Zaf? Tak apa, tak payah malu. Makan je. Lagipun saya yang masak. Awak tak suka ke saya masak? Hmm?” soal Larra sambil tersenyum memandang Tengku Dzafril Hadhar. Haa! kau nak berlakon sangat kan? Meh tengok lakonan aku pulak.

Tengku Dzafril Haidhar kehilangan kata. Dia sekadar membiarkan pinggannya diisikan dengan nasi oleh Larra sehingga tiada ruang untuk meletakkan lauk pauk. Dia mengeluh perlahan. Akhirnya Larra berhenti juga dari mencedukkan nasi ke pinggannya. Dia mengeluh perlahan. Kau memang suka cabar aku kan Larra? Siap lah kau.

“cukup ke? Nak saya tambah lagi tak?” soal Larra tiba-tiba. Cepat-cepat Tengku Dzafril Haidhar melarikan pinggannya dari Larra serentak membuatkan Dato’ Qamal ketawa besar melihat reaksi spontan lelaki itu. Terasa lucu.

“no. Its okay. Cukup” ujar Tengku Dzafril Haidhar kembali. Lagaknya seperti takut benar pingganya akan diisi dengan nasi lagi. Dah banyak macam ni, dia boleh nak tambah lagi nasi dekat pinggan aku. Eh gila ke apa? Aku tak pernah makan dekat pinggan yang penuh nasi sampai macam ni sekali. Aku rasa lebih sepuluh senduk dia letak dekat pinggan aku tadi. Dia mengomel di dalam hati. Perlahan dia merasakan ada satu tangan lembut memegang lehernya. Dia pantas menoleh. Larra sedang tersenyum memandangnya.

“awak kena lah makan banyak-banyak sikit? Lagipun, saya masak ni khas untuk awak. Makan okay sayang?” ujar Larra berpura-pura manja membuatkan Tengku Dzafril Haidhar kaku. Beberapa kali dia menelan air liurnya seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Larra sedang berlakon. Agh! Jangan pandang aku dengan mata kau yang macam tu boleh tak, Larra? Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya. Kau tak boleh cair Zaf. Tak boleh! Dato’ Qamal di sisi masih lagi dengan gelaknya yang masih bersisa.

“Ada apa ni? Semua orang nampak happy je?” soal satu suara dari arah tepinya membuatkan dia menoleh. Datin Marissa berjalan ke arah mereka sebelum duduk di hadapannya. Sempat wanita itu menjeling ke arah Dato’ Qamal dan dirinya. Dia tidak dapat berbuat apa-apa melainkan sekadar tersenyum.

“menantu awak ni ha.. Kelakar” ujar Dato’ Qamal sambil ketawa memandang Tengku Dzafril Haidhar.

Datin Marissa sekadar tersenyum ke arah Tengku Dzafril Haidhar sebelum pandangannya jatuh pada satu persatu lauk yang terhidang di atas meja. Sedikit terkejut. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Larra. “semua ni Larra yang masak?” soalnya kurang percaya. Larra menoleh sambil mengangguk.

“apa? Ni Larra yang masak? Saya ingat Nafisah? Iya ke ni Larra yang masak?” ujar Dato’ Qamal pula. Masih terkejut dengan hal itu. Setahunya Larra tidak pernah menjejakkan kakinya ke dapur untuk memasak. Dia arif benar tentang hal anaknya itu. Memang tak reti memasak.

“erm. A’ah papa. Ni memang Larra yang masak. Larra sekarang dah pandai masak. Kan sayang?” soal lelaki itu pula sambil menoleh memandang ke arah Larra.

Burp! Sayang? Dia panggil aku sayang depan keluarga? Hahaha! Geli lah Zaf dengar kau panggil aku sayang. Namun dia sekadar mengangguk. Tersenyum dengan terpaksa.

“awak tahu, bang. Zaf beriya-iya suruh Larra yang masak. Saya ingat, dia masuk lauk biasa-biasa je. Tak sangka pula sampai gulai ni pun dia reti masak” ujar Datin Marissa pula. Larra merasa sedikit kembang dipuji begitu. Baru mama tahu, kepakaran aku dalam memasak. Tu lah, selama ni tak nak bagi aku belajar masak lagi.

“eh baguslah macam tu kalau Larra dah memang pandai masak. Ni yang papa tak sabar nak rasa ni. Sedap ke tak, anak papa masak. Hmmm. Dah jom jemput makan” ujar Dato’ Qamal sebelum membaca doa makan.

“Mana Larra belajar masak? Erm sedap” puji papanya serentak membuatkan Larra terkedu. Alamak! Apa aku nak cakap dekat papa ni? Takkanlah aku nak cakap aku belajar masak pun sebab aku jadi orang gaji dekat rumah orang? Ish. Dia mejeling sekilas ke arah Tengku Dzafril di sisinya mengharapkan lelaki itu membantunya.

“dari kawan dia, papa. Dia belajar pun sebab dia kata, senang nak masakkan untuk Zaf. Yelah, kita orang pun berdua kan dekat rumah tu. Tak ada siapa lagi. So, Larra lah yang masak” sahut Tengku Dzafril Haidhar.

Bulat mata Larra mendengar kata-kata lelaki itu. What? Dia ni memang suka tokok tambah cerita. Ish. Sejak bila entah aku masak untuk dia. Belajar masak untuk Zaf? Haha! Tak ada kerja aku nak belajar masak semata-mata sebab lelaki ni.. Dilihatnya Dato’ Qamal sudah menoleh ke arahnya sambil tersenyum. Mesti ada lepas ni, nak tanya aku. Baik aku pura-pura tak tengok. Lalu matanya dijatuhkan semula ke pinggannya. Berpura-pura khusyuk makan.

“baguslah kalau Larra belajar masak untuk Zaf. Tenang sikit hati papa tengok kamu berdua ni happy” ujar Dato’ Qamal.

“betul tu papa. Zaf pun tak sangka yang Larra sanggup belajar masak untuk Zaf. Dahlah masak sedap. Rugi kalau tak rasa masakan dia” ujar Tengku Dzafril Haidhar membuatkan Larra pantas menoleh ke arah lelaki itu. Kata-kata lelaki itu berbaur perlian sebenarnya. Agh! Aku benci betul lelaki ni buat cerita. Nak je aku jahit mulut dia tu bagi diam sikit.
Tak pe! Tak pe! Depan family boleh lah kau sakat aku. Suka sangat berlakon gaya macam nak dapat award kan?

*****

Dia menghembuskan asap itu ke udara. Suasana hingar bingar kawasan itu langsung tidak menarik perhatiannya.

“Kau kenapa? Moody semacam je malam ni aku tengok?” soal Joe di sisinya. Ayie menggeleng perlahan sebelum mengeluh.

“sekarang ni aku rasa Devil Drift ni macam dah tak ada function. Kau tengoklah. Zaf mana drift lagi sekarang. Nak nampak batang hidung dia pun susah bila kita ajak lumba” ujar Ayie lagi sambil menyandarkan tubuhnya ke kereta. Sekali lagi menyedut rokok di tangannya sebelum melepaskan kembali ke udara.

“Pehal ni?” soal Aqiem yang baru tiba sambil menoleh ke arah Ayie di sisi Joe. Kelihatan masam. Seolah-olah tiada mood. “pasal awek?” soal Aqiem lagi. Joe tersenyum sambil menggeleng.

“bukan doh. Pasal pakwe” ujar Joe sambil tergelak menoleh ke arah Ayie. Aqiem mengerutkan dahinya sambil berjalan menghampiri kedua mereka.

“gila lah. Kau gay ke? Suka lelaki ? Sapa weh?” soal Aqiem dengan soalan bertubi-tubinya. Hairan aku. Setahu aku, budak Ayie ni straight je. Mana ada pakwe.

“banyaklah kau punya pakwe. Kau Joe, kalau aku tinggalkan kau dekat sini, sia-sia je kau ikut aku datang sini malam ni’ ujar Ayie sebelum mencampakkan puntung rokok itu ke tanah. Kakinya diletakkan ke atas puntung itu sebelum memijaknya.

“oh okay-okay. Dia ugut aku pulak. Dia ni, kata yang Zaf sekarang dah berubah. Entahlah, dia sekarang dah jarang join kita. Lumba ni pun, last time 4 bulan lepas. Tu je” ujar Joe pula sambil menoleh sekilas ke arah Ayie.

“oh patutlah kau cakap gay. Pasal Zaf rupanya” Aqiem tergelak kecil sambil membetulkan rambut cacaknya. ” tapi betul juga apa yang Ayie fikir tu. Memang jarang nak nampak Zaf keluar malam dengan kita sekarang” ujar Aqiem. Ayie mengeluh perlahan mendengar kata-kata Aqiem itu.

“dia busy sangat ke sekarang?” soal Ayie. Menoleh memandang ke arah Aqiem.

“dia datang pejabat tak?” soal Joe pula. Aqiem mengerutkan dahinya sebelum menoleh ke arah Joe. Perlahan-lahan dia mengangguk.

‘Tapi nak cakap dia busy, bolehlah. Dia sekarang, dah memang berubah. Jauh beza dari Zaf yang aku kenal dulu. Dia mula start gila bekerja. Sampai kadang-kadang time lunch pun dia skip. Semata-mata nak siapkan kerja. Gila tak?’ soal Aqiem kembali sambil tergelak.

“Peh. Dia? Gila bekerja? Macam tak caye lak aku dengar” ujar Ayie sambil tergelak sinis. Joe menjungkitkan bahunya sebelum menarik nafas panjang.

“aku tak tipu doh. Memang dia datang pejabat hari-hari. Tak pernah ponteng kalau tak ada hal. Datang mesyuarat pun, on time. Bukan macam dulu. Nak call dia suruh hadir dekat mesyuarat pun punya lah payah. Tapi sekarang, terbalik dah. Dia pulak yang pesan aku jangan lupa datang meeting awal” ujar Aqiem kembali.

Joe menoleh memandang ke arah Ayie seketika sebelum menarik nafas panjang. “aku tak tahu kenapa? Dan apa sebab dia berubah Tapi apa yang aku tahu, dia tengah berubah sekarang. Semenjak di kahwin. Tu yang aku pasti” ujar Joe kembali.

Ayie memandang ke arah Joe sebelum menoleh memandang ke arah Aqiem pula. Cuba memikirkan kebenaran tentang kata-kata lelaki itu. “aku pun rasa macam tu” ujarnya.

*****

“Papa ada hal nak tanya kamu berdua ni” ujar Dato’ Qamal tiba-tiba membuatkan serentak Larra dan Tengku Dzafril Haidhar berhenti mengunyah. Menoleh memandang ke arah Dato’ Qamal. Wajah lelaki itu kelihatan serius.

“Apa dia papa?” Larra bersuara. Dari reaksi papanya, seolah-olah memberitahu apa yang bakal ditanyakan oleh lelaki itu adalah sesuatu yang serius. Tapi apa yang dia nak tanya?

Dato’ Qamal meneguk air di gelasnya sebelum menoleh ke arah Datin Marissa yang sedang tersenyum kecil. Dia kembali memandang Larra dan Tengku Dzafril Haidhar sambil menarik nafas panjang. “Macam ni. Kamu berdua dah dekat 3 bulan dah kahwin. Takkan tak teringin nak pergi honeymoon. Hmm?” soal Dato’ Qamal.

Larra tergamam sejenak mendengar soalan papanya itu. Apa masuk cerita nak pergi honeymoon pulak ni? Honeymoon dengan Zaf? No! Tak nak aku. Duduk dengan lelaki ni lama-lama boleh stress aku jadinya. Tak boleh jadi ni. “erm tak apalah papa. Kita orang tak perlu kot nak honeymoon. Dekat rumah pun boleh honeymoon. Kan Zaf?” soal Larra sambil menyenggol perlahan lengan lelaki itu.

Tengku Dzafril Haidhar menoleh sejenak ke arah gadis itu. Dia faham bahawa Larra tidak mahu pergi honeymoon. Agh, leceh je nak honeymoon. Dengan perempuan ni pulak tu. Dahlah suka pakai seksi-seksi. Tak nak aku duduk lama-lama dengan dia. Getus hatinya. Dia kembali menoleh ke arah bapa mentuanya itu sambil mula memikirkan alasan terbaik untuk menolak. “erm lain kali je lah kot, papa. Lagipun, buat masa terdekat ni, Zaf pun agak busy dengan urusan pejabat. Kerja banyak. So, lain kali je lah” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Dia menoleh sekilas ke arah Larra di sisinya. Gadis itu mengangguk tanda bersetuju.

“kenapa pulak? Kalau setakat hal pejabat tu, bukan masalah besar. Semua boleh settle. Elok kalau masa awal-awal ni pergi. Nama pun pengantin baru. Nanti kalau dah lama-lama bila nya lagi nak pergi. Ke, kamu berdua ada sembunyikan apa-apa dari mama. Sengaja tak nak pergi honeymoon eh?” soal mamanya pula.

Tengku Dzafril Haidhar kehilangan kata. Dia menelan air liurnya yang terasa kelat. Cukup tersepit dengan situasi yang mereka alami kini. “ermmmm….” ish macam mana ni.

“eh mana ada apa-apa mama. Kita orang okay je. Just memang Zaf agak busy sekarang. Tapi apa-apa pun Larra ikut keputusan Zaf je” ujar Larra. Tengku Dzafril Haidhar terdiam sejenak. Jawapan Larra itu semakin membuatkan kepalanya serabut. Dah, dia nak main ikut keputusan aku pulak.

“kamu cakap je Zaf nak pergi honeymoon dekat mana. Nanti papa uruskan semuanya. Come on Zaf, honeymoon. Tak nak pergi ke?” soal Dato’ Qamal lagi.

Tengku Dzafril Haidar menarik nafas panjang sebelum mengangguk. “okay. Kalau macam tu okaylah. Zaf dengan Larra setuju pergi honeymoon” ujarnya seraya memandang ke arah Larra.

“Hahhh?”! Jerit Larra jelas terkejut dengan keputusan yang keluar dari bibir Tengku Dzafril Haidhar. Di ni kenapa? Pergi setuju pulak. Bagi lah alasan ada meeting ke, ada urusan penting ke. Ish.

“Kenapa ni Larra?” soal mamanya jelas terkejut mendengar dia menjerit tiba-tiba. Tengku Dzafril Haidhar di sisi turut menoleh memandangnya hairan. Dia tersenyum malu apabila menyedari dirinya menjadi perhatian tiba-tiba.

“erm tak ada apa-apa. I’m just a bit excited je dengan honeymoon ni” ujarnya sebelum tersenyum memandang ke arah Tengku Dzafirl Haidhar yang masih memandangnya pelik. Eh lelaki ni, tak payahlah pandang aku macam tu sangat. Kau yang pandai-pandai setuju nak pergi honeymoon.

“sebenarnya. Kita orangg. Aaaaaaaaaa!!!!” Tengku Dzafril Haidhar menjerit kuat sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya apabila kakinya terasa dipijak oleh seseorang dari bawah meja. Dia menoleh memandang ke arah Larra di sisinya.

“eh Zaf? Kenapa?” soal Dato’ Qamal melihat wajah menantunya yang seolah-olah menahan kesakitan.

Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya sebelum tangan kirinya pantas menggosok kakinya di bawah meja yang masih terasa perit kerana dipijak oleh Larra. Suka-suka pijak kaki aku. Dia ingat ni kaki apa? Pijak punyalah kuat! Mahu sahaja dia memarahi gadis itu di situ namun mengenangkan meraka sedang berada di hadapan keluarga terpaksa dia membatalkan niatnya sahaja

“err. Tak ada apa-apa. Ada nyamuk. Haaa ada nyamuk” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil berpura-pura memukul nyamuk di hadapannya. Kelakuannya itu sekadar di perhatikan oleh Dato’ Qamal dan Datin Marissa dengan pandangan tidak percaya.

Dato’ Qamal memandang hairan kelakuan menantunya itu. Nyamuk? Sejak bila pulak ada nyamuk dekat rumah aku ni? Biar betul Zaf ni. Matanya masih belum lepas memandang lelaki itu yang masih memukul sesuatu di udara. Lagaknya seperti sedang memukul nyamuk.

Larra mengangkat keningnya sambil memandang Tengku Dzafril Haidhar itu. Nyamuk ? Alasan apa dia bagi ni? Tak masuk akal langsung!

“haa dah dapat sekor” ujar Tengku Dzafril Haidhar lagi sambil tersengih memandang mereka bertiga. Larra mengeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Sedikit kelakar melihat lagak lelaki itu. Nampak serius lelaki ni, tapi tak sangka, kelakar juga dia ni kadang-kadang. Dia menoleh kembali memandang Dato’ Qamal dan Datin Marissa yang masih ternganga memandang Tengku Dzafril Haidhar.

“err tak apa. Macam ni papa. Boleh tak kalau bagi kita orang bincang dulu nak pergi mana. Nanti kita orang cakap dekat papa lah” ujar Larra pantas berkata sekaligus berjaya menarik perhatian papanya dari terus memerhatikan Tengku Dzafirl Haidhar yang beraksi pelik itu.

“erm baiklah kalau macam tu. Papa kasi tempoh sampai minggu depan untuk kamu berdua decide nak pergi mana. Once dah fikir tempat, tell me. Okay?” soal Dato’ Qamal. Larra mengngguk sambil tesenyum.

“kamu okay ke Zaf?’ soal Datin Marissa sedikit bimbang melihat menantunya itu. Aneh! Macam mana boleh ada nyamuk pulak dekat rumah aku ni? Dilihatnya Tengku Dzafril Haidhar menoleh sambil tersenyum.

“sakit lagi ke kaki kamu yang kena gigit nyamuk tu?” soal Dato’ Qamal pula. Sekali dengar, macam perli pun ada. Tengku Dzafril Haidhar mengangguk sambil tertunduk memanang hadapan. Malu dengan tindakannya.

Larra tergelak mendengar soalan papanya itu. Pegh! Terbaik la. Padan muka. Setakat kena gigit nyamuk pun over gila jerit. Padan muka kaki kena pijak. Siapa suruh setuju pergi honeymoon! Dia memandang ke arah Tengku Dzafril Haihdar dengan wajah yang tidak bersalahnya. Tersengih.

****
Kakinya dilangkahkan ke dalam bilik itu sebelum merebahkan tubuhnya ke atas katil. Dia benar-benar kenyang. Agh! Best jugak katil perempuan ni. Sempat dia memerhati tabir halus bewarna putih yang melitupi sekeliling katil itu. Pantas tangannya mencapai anak patung bewarna putih bersaiz besar yang berhampiran dengannya sebelum memeluknya erat. Perlahan-lahan dia tersenyum. Macam ni rupanya katil perempuan. Pegh! Bestnye!

Dia melemparkan pandangannya ke sekitar bilik milik Larra. Cukup kemas dan tersusun. Cantik bilik dia. “Agh masa time kita orang kahwin dulu mula-mula aku tak sempat explore habis pun bilik dia. Dah terkejut sangat bila dapat tahu siapa gadis itu yang sebenarnya. Maid mak aku rupa-rupanya adalah tunang aku sendiri. Sekarang baru aku sempat check memandangkan cik Larra Adlea tu sedang sibuk mengemas di bawah. Hehe dia tersenyum lagi sebelum menggolekkan dirinya di atas katil itu.

Tak semena-mena matanya terpaku pada susunan album yang diletakkan di rak yang terletak di sebelah katil itu. Entah mengapa, dia rasa tertarik untuk melihat isi album itu. Perlahan-lahan dia menuruni katil dan mencapai salah satu album yang paling besar bewarna kelabu sebelum memanjat kembali ke atas katil milik Larra. Dia meniarap sambil tangan kirinya mula membuka satu persatu helaian di album itu. Matanya asyik memerhati satu persatu gambar di dalamnya. Cukup menggambarkan betapa gembiranya gadis itu ketika zaman sekolahnya. Untunglah.

“gila gambar betul perempuan ni” bisiknya perlahan. Nasib baik muka okay. Kalau buruk, memang nak kena gelakkan je dengan aku. Namun seketika kemudian senyumannya mati serta merta apabila matanya menangkap satu gambar milik Larra. Bukan gadis itu yang menarik perhatiannya kini namun sesuatu yang tergantung di leher gadis itu. Berkerut-kerut dahinya.

“rantai ni” ujarnya perlahan sambil tangan kanannya memegang sekitar rantai pada gambar itu. Cukup jelas di gambar itu, loket berbentuk huruf L dan A serupa dengan rantai yang pernah dijumpainya dahulu ketika bertembung dengan perempun ketika airport dahulu. Dia yakin, rantai di dalam gambar itu sama dengan rantai yang berada di dalam simpanannya.

Krikkkk

Kedengaran pintu bilik itu dibuka membuatkan dia terkejut. Kelam kabut dia menyorokkan album milik gadis itu masuk ke bawah bantal. Lalu setelah selesai, bebola matanya diarahkan menuju ke pintu. Larra sedang berjalan masuk ke bilik itu tanpa memandangnya. Masih leka memndang PDA nya. Tengku Dzafril Haidhar mengangkat sedikit kepalanya.

“lawa bilik kau” pujinya membuatkan Larra pantas menoleh. Dari riak wajah gadis itu jelas terkejut melihat dia yang kini sedang terbaring di atas katil milik gadis itu. Bhahaha! Mata kau tu memang macam nak terkeluar bila tengok aku baring dekat sini. Dia tergelak sendiri melihat reaksi Larra.

“Hei! Awak buat apa dekat katil saya!” jerit Larra sambil membeliakkan matanya. Langkahnya diatur laju menghampiri katil itu. Tengku Dzafril Haidhar mengangkat sedikit kepalanya sambil tersenyum. Dah agak dah, memang mcam ni lah respon dia bila marah. Kelakar! Wajah Larra semasa marah sememangnya menarik perhatiannya. Lagi kau marah, lagi aku suka! Eh? Suka? No! No!

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum melihat Larra. Siap lah kau. Aku sakat kau sampai jerit-jerit punya kali ni. Berani sangat letak nasi banyak-banyak dalam pinggan aku kan tadi?

“malam ni aku nak tidur sini. Aku tak nak turun dari katil ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil merebahkan kembali kepalanya ke bantal. Kakinya dibuka luas sebelum kedua tangannya di depakan seluas yang mungkin. Membuatkan keseluruhan ruang pada katil itu dimonopoli olehnya seorang. Matanya dipejam, berpura-pura hendak tidur.

Tingkah laku lelaki itu semakin menaikkan kemarahan Larra. Memang kau nak tidur seorang dekat katil ni kan? Lalu tanpa berfikir panjang dia mencampakkan PDA di tangannyake atas katil sebelum pantas mencapai kaki milik lelaki itu yang terjulur dengan kedua tangannya sebelum menarik kaki Tengku Dzafril Haidhar sekuat hati.

“turun! Saya nak tidur sini” jerit Larra.

Tengku Dzafril Haidhar membuka matanya. Terkejut dengan Larra yang kini sedang berusaha menarik kakinya untuk menuruni katil itu. Cepat-cepat dia memegang pada palang kayu pada katil yang berhampirannya. Berkeras tidak mahu mengalah dengan gadis itu. Dia tergelak sendiri melihat Larra yang berusaha sedaya upaya untuk menariknya namun masih gagal itu.

“tak nak! Malam ni aku nak tidur dekat katil kau ni. Kau tidur tempat lain” balas Tengku Dzafril Haidhar kembali. Dia ketawa melihat Larra masih belum berputus asa dan terus berusaha sedaya upaya menariknya turun dari katil itu. Wajah Larra yang merah padam itu menggeletek hatinya. Yes! Marah!

Larra menarik nafas panjang. Wajah Tengku Dzafril Haidhar dipandanngnya lama. Lelaki itu seolah seronok mengenakannya. Mencabar aku betul. Dia terus menarik dan nasibnya baik apabila kini tubuh lelaki itu berjaya ditariknya sedikit.

“Zaf!!! Turuuuunnnnn!” jerit Larra sekuat hati.

Tengku Dzafril Haihdar menoleh memandang Larra dengan riak terkejut. Tidak menyangka gadis itu mampu menariknya. Tapi eleh! Sikit je boleh tarik. Tak hairanlah. Lalu dia memanjat kembali ke atas katil. Mencuba untuk menolak Larra dari terus memegang kakinya. Sangkanya Larra akan mengalah namun ternyata tekaanya meleset. Gadis itu masih belum menyerah kalah “haha. Kau tarik macam perempuan lah. Sikit je dapat tarik” ujarnya lagi sengaja membakar api kemarahan Larra. Dia tergelak kuat. Seronok dapat mempermainkan Larra.

Larra mengetap bibirnya. Oh kau, ingat kau seorang je pandai kenakan aku? Aku lagi pandai. Lalu seluar lelaki itu pula dipegangnya sebelum ditarik kuat.

“Weh ! Apa ni main tarik seluar aku pulak! Jangan ar. Tanggal lah nanti” jerit Tengku Dzafril Haidhar sambil cuba menolak tangan Larra yang memegang seluarnya itu. Dia mula panik. Dahlah aku tak pakai tali pinggang. Kalau tertanggal sia-sia je. Malu lah aku! Tangan kirinya pantas diarahkan memegang pinggang pada seluarnya dari terlorot akibat ditarik oleh Larra.

Larra tersenyum melihat lelaki itu yang sudahpun panik dengan tindakannya. Sebelah tangannya memegang birai katil manakala yang satu lagi pula berusaha memegang seluarnya pula dari tidak terlorot kerana ditarik oleh Larra.”turun kalau taaaaakkkk…seluar awak ni saya tanggalkan!” balas Larra.

Tengku Dzafril Haidhar dapat merasakan seluarnya sudah tidak dapat bertahan dengan lebih lama. Mana aci! Gadis itu menarik seluarnya dengan kedua belah tanganya. Aku pulak just sebelah tangan je. Agh! Tension! Tangan gadis itu masih menarik kuat seluarnya. Pegh gila betul la. Dia menoleh ke arah Larra. “kau jangan macam-macam. Larra!!!! Lepas lah doh. Tanggal nanti seluar aku! ” jeritnya sekuat hati.

Larra cuba bersuara namun pintu biliknya yang tiba-tiba diketuk membuatkan mereka berdua serentak menoleh ke arah pintu. Datin Marissa sedang berdiri di situ. Memandang merka berdua dengan hairan. Larra menelan air liurnya yang terasa kelat. Ah sudah, bila masa pulak mama ni buka pintu?

“Larra? Zaf Ada apa-apa yang tak kena ke? Kenapa ni? Dari luar tadi mama dengar kamu berdua jerit-jerit” soal wanita itu lagi. Jelas bimbang memandang mereka berdua.

Larra tergamam. Tidak tahu hendak menjawab bagaimana soalan itu. Soalan ni macam lagi susah je dari soalan tadika aku dulu. Air liur yang ditelannya terasa kelat melalui kerongkongnya.

“eh mama. Tak ada apa-apa pun. Larra ni. Dia urut kaki Zaf kuat sangat. Sakit! Tu yang jerit tu” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Sempat dia menoleh sekilas ke arah Larra di hujun katil itu yang masih memegang seluarnya.

Larra mengerutkan keningnya sebelum beralih pandangan ke arah lelaki itu yang masih berada di atas katil. Baru dia sedar keadaan dirinya yang masih memegang seluar lelaki itu. Cepat-cepat dia memegang kaki pula. Ish, lelaki ni memang bijak bab cipta alasan. Urut kaki dia? Hahaha. Dia tergelak sendiri.

Datin Marissa mengeluh perlahan. Lah, pasal urut kaki je rupanya. Ingatkan kenapalah sampai jerit-jerit. Dia tersenyum memandang Larra yang masih memegang kaki Tengku Dzafril Haidhar. “Larra. Kalau urut tu biar slow lah. Janganlah kasar sangat. Sian dekat Zaf tu” bela Datin Marissa membuatkan senyuman di bibir Tengku Dzafril Haidhar semakin lebar.

Larra mengetap bibirnya. Dia menjeling geram ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang sudah tersenyum lebar. Haaa? Sian dekat lelaki ni? Mama patut sian dekat aku! Lelaki ni dah rampas katil aku. Geram kerana dirinya tiba-tiba dipersalahkan pula. Namun dia tiada cara lain. Nak atau tak, dia terpaksa meneruskan lakonan.

“Okay mama. Larra dah urut dengan penuh lemah lembut ni ma” ujar Larra kembali sambil memicit-micit kaki Tengku Dzafril Haidhar. “okay tak macam ni Zaf?’ soal Larra pula.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum. “macam ni lah baru betul. Lembut. Okay mama. Kita orang okay je. No need to worry” ujar Tengku Dzafril Haidhar kembali.

Datin Marissa mengangguk perlahan sambil tersenyum. Sedikit lega. Ingatkan dia orang ni gaduh. Rupanya sebab urut je. “okaylah. Mama tak nak kacau kamu berdua. Berehat je lah. And you Larra. Be nice to Zaf ” ujar Datin Marissa. Seketika kemudian wanita itu keluar dari bilik itu sebelum menutup kembali pintu.

Larra menarik nafas lega serentak melepaskan pegangannya di kaki Tengku Dzafril Haidhar. “eh apa ni? Urut lah dulu” jerit lelaki itu. Larra mencebik sebelum mencapai PDA nya.

“urut awak? Tak ingin saya. Seronok lah awak kan dapat kenakan saya depan mama” ujar Larra sebelum berjalan meninggalkan Tengku Dzafril Haidhar menuju ke sofa. Sakit betul hatinya kerana dipermain-mainkan oleh lelaki itu. Malas nak layan lelaki ni, siapkan kerja lagi bagus.

“eh eh! Nak pergi mana tu?” soal Tengku Dzafril Haidhar apabila melihat Larra telah pun berjalan meninggalkannya. Alamak, dah pergi pulak. Marah ke?

“malas nak layan awak” balas Larra.

Tengku Dzafril Haidhar duduk di atas katil itu sambil memerhati Larra yang sudahpun duduk di sofa. “Perempuan kalau time bulan macam ni memang asyik nak marah je eh?” soalnya. Larra mengerutkan dahinya sebelum menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar.

“what? Apa awak cakap?” soal Larra kembali. Tengku Dzafril Haidhar dilihatnya tersenyum. “erk tak ada apa-apa” balas lelaki itu.

*****

Peristiwa sebentar tadi masih mencuit hatinya. Dia berjalan masuk ke bilik itu tanpa menghiraukan Dato’ Qamal yang sedang memandangnya pelik.”eh Marissa. Yang awak senyum-senyum ni kenapa?” soal Dato’ Qamal. Sedikit hairan melihat wajah isterinya. Tak pernah-pernah dia senyum macam ni sekali. Ada apa yang tak kena ke dengan dia ni?

Datin Marissa melabuhkan punggungnya di kerusi meja solek. Tersenyum memandang Dato’ Qamal. “tadi saya pergi bilik Larra dengan Zaf” ujarnya sambil mengikat rambutnya.

Dato’ Qamal mengangkat keningnya. Sedikit berminat untuk mendengar dengan lebih lanjut cerita isterinya itu. Lalu buku di tangannya di tutup. “awak pergi bilik dia orang? Buat apa?” soal Dato’ Qamal.

Datin Marissa tersenyum lebar sebelum berpaling dan berpusing menghadap Dato’ Qamal. “awak tahu apa saya nampak?” soal Datin Marissa.

Dato’ Qamal mengeluh perlahan. Dia ni suka cakap sekerat-kerat. Bukan nak terus bagi tahu apa yang dia nampak. Lalu buku yang baru sahaja di campakknya tadi segera di capai kembali. “Mana lah saya tahu apa yang awak nampak kalau awak tak nak cerita dekat saya” balas Dato’ Qamal sebelum menyandarkan badannya ke katil dan mula membaca.

Datin Marissa menarik nafas panjang. Dia bangun dan berjalan menghampiri suaminya itu sebelum duduk di birai katil. Kaki suaminya disentuh perlahan membuatkan Dato’ Qamal menoleh memandangnya. “saya nampak Larra urut kaki Zaf. Macam ni” ujarnya sambil mula mengurut kaki Dato’ Qamal.

“Larra? Urut kaki Zaf? Macam tu?” soal Dato’ Qamal kurang percaya.

Datin Marissaa tersenyum mengangguk laju sambil tersenyum. “awak tahu bila saya tengok dia orang tadi. Saya teringat balik kita masa baru mula-mula kahwin dulu. Nampaknya Larra dan Zaf get well along together” ujar Datin Marissa sebelum berhenti mengurut kaki suaminya.

“eh jangan stop. Teruskan urut. Tapi sekarang saya rasa lega sikit lah Marissa. Saya rasa berbaloi saya paksa dia kahwin. Kurang sikit perasaan bersalah saya bila tengok mereka berdua bahagia. Saya tengok Zaf layan dia pun baik. Dekat meja makan tadi, siap bersayang sayang lagi. Saya pulak yang tengok geli” ujar Dato Qamal sambil ketawa.

Datin Marissa mencebik. Ish, aku urut kaki dia pun sebab buat demo je. Bukan sebab nak urut betul-betul. Namun tangannya diaarahkan juga untuk mengurut kaki lelaki itu. Akur dengan permintaan suaminya. Memang benar, melihat kemesraan Larra dan Zaf membuatkan dia kini yakin tindakannya untuk mengahwinkan Larra adalah betul.

“betul tu bang. Kalau tak saya ni mungkin rasa bersalah kalau hubungan mereka tu tak okay. Larra tu satu-satunya anak kita. Kalau dia tak bahagia kahwin dengan Zaf, saya yang rasa bersalah” ujar Datin Marissa.

“tapi budak Zaf tu kadang-kadang lawak. Kelakar pun ada bila tengok dia orang berdua tu.” soal Dato’ Qamal.

****

“Zaf. Lunch jom” ajak satu suara membuatkan fokusnya terhenti sejenak dari kertas-kertas di atas mejanya. Dia mengangkat wajahnya memandang ke arah Aqiem yang sudah pun siap mengemas mejanya. Bangun berdiri ingin keluar makan barangkali. Perlahan dia mengeluh.

“Kau pergi jelah lunch. Aku ada banyak kerja lagi ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil terus menyemak kertas-kertas itu.

Aqiem menarik nafas panjang. Sejak bila pulak lah dia ni reti tolak lunch semata-mata nak siapkan kerja? Lalu langkahnya diaturkan menuju ke meja lelaki itu. “kau ni. Kerja-kerja lah jugak. Tapi perut tu kena isi. Jom la pergi makan dulu” ujar Aqiem lagi belum berputus asa untuk memujuk lelaki itu

Perlahan Tengku Dzafril Haidhar menggeleng tanpa mengalihkan pandangannya dari kertas di tangannya. Langsung tidak memandang Aqiem. “alah. Kau ni. Kau nak lunch pergi je lah. Ajak la Natasya sana. Jangan kacau aku. Aku kena siapkan kerja ni hari ni jugak” ujarnyas sedikit tegas menandakan dia memang benar-benar tidak mahu keluar makan.

Aqiem menghela nafas panjang. Sedikit hampa mendengar jawapan lelaki itu. “erm kalau macam tu, aku pergi dulu lah ea Zaf. Kau ada nak pesan apa-apa tak?” soal Aqiem.

“No. Aku tak lapar” balas Tengku Dzafril Haidhar. Beberapa minit kemudian bayang Aqiem hilang dari pandangan matanya. Dia mengeluh perlahan sebelum memejamkan matanya. Perlahan-lahan dia merebahkan kepalanya ke meja. Dia tidak tahu apa yang kini berada di dalam otaknya. Yang pasti dia merasa cukup terganggu. Agh apasal aku asyik ingat dekat perempuan tu? Kau jangan jadi gila Zaf!

“Zaf…Zaf..” panggil satu suara membuatkan dia terkejut dari lamunannya.

“Qiem. Kan aku kata aku tak nak makan. Kau pergi lah ajak orang lain” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“woi Zaf! Ni aku lah! Suara Aqiem dengan aku pun kau dah tak boleh beza ke/” tegur suara itu kembali membuatkan Tengku Dzafril Haidhar pantas mengangkat wajahnya. Memandang lama tubuh di hadapannya itu. Perlahan-lahan dia tersenyum sendiri.

“kau rupanya Fahim. Aku ingat Aqiem” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

Fahim menoleh seketika ke meja kosong yang menjadi tempat setia Aqiem sebelum kembali menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar semula. “mana Aqiem? Tak datang kerja ke?” soalnya.

Tengku Dzafril Haidhar mengunjukkan jam tangannya sambil tersenyum ” waktu lunch. Dia pergi lunch lah. Eh duduk lah. Apasal diri?” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Sambil mempersilakan Fahim untuk duduk.

Fahim tersenyum sambil mengangguk. “aku baru ingat nak buat surprise dekat kau dengan Aqiem datang mengejut macam ni. Sekali dia pulak tak ada” ujar Fahim. Dari nadanya seolah hampa dengan ketiadaan Aqiem ketika itu.

Tengku Dzafril Haidhar tergelak. “dah kau datang time orang lunch memang lah tak ada” balasnya sambil mengemaskan kertas di atas meja itu. Tidak mahu kelihatan terlalu berselerak.

Fahim sekadar memerhati Tengku Dzafril Haidhar sebelum mula bersuara “yang kau pulak? Dah tahu waktu lunch, kenapa tak pergi makan?” soal Fahim semula.

“aku tak ada selera lah” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Dia menoleh memandang ke arah Fahim.

“makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Teringat dekat Larra lah tu” usik Fahim sambil tersengih.

“eh kau! Mengarut je. Tak ada masa lah aku nak pergi ingat dekat dia” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil mencebik.

“iyalah kau. Cakap besar. Jangan sampai satu masa, kau betul-betul rasa apa yang aku cakap ni. Eh by the way, aku ada hajat datang sini ni” ujar Fahim.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan dahinya. Memikirkan maksud di sebalik kata-kata Fahim. “Hajat? Hajat apa?” soalnya kembali.

“malam esok lusa ada majlis dekat rumah aku. Ni kad undangan. Aku harap, kau dengan Larra boleh datang lah ea” ujar Fahim sambil meletakkan kad bewarna hitam itu ke atas mejanya.

Tengku Dzafril Haidhar memandang lama kad bewarna hitam itu sebelum mengambilnya lalu dibaca. Berkerut dahinya. Wajib bawa pasangan? Hah? Tak bawa tak boleh ke?

*****

Tengku Dzafril Haidhar menyelak-nyelak majalah di hadapannya. Tiada satu pun yang menarik perhatiannya. Otaknya masih memikirkan akan Larra yang masih belum muncul.
“Apasal lambat sangat dia ni bersiap? Ke dia memang sengaja tak nak pergi majlis tu? Dah pukul berapa dah ni?”

Dia mula membuat pelbagai andaian berikutan kelewatan Larra turun ketika itu. Jam tangannya dikerling sekilas. Sudah menunjukkan angka 8.09 malam. Lalu satu keluhan berat di lepaskannya. Terbayang sejenak di layar matanya bagaimana petang tadi dia memujuk gadis itu untuk turut hadir ke majlis itu bersamanya. Pertengkaran antara mereka petang tadi sekali lagi mengisi memorinya.

“saya dah kata tak nak. Means saya tak naklah!” balas Larra sambil berjalan meninggalkannya. Tengku Dzafril Haidhar tergamam. Macam tu je? Senang-senang dia tolak bila aku ajak teman? Cepat-cepat dia bangun dari sofa mengejar gadis itu. Menghalang gadis itu dari terus berjalan.

“apasal pulak? Aku boleh tolong kau. Takkan pergi majlis macam ni pun kau tak boleh kot? Aku kena bawa pasangan datang situ” ujarnya lagi. Geram dengan kedegilan Larra. Katanya dia penat. Mahu berehat di rumah. Apa seh? Takkan tak boleh nak teman langsung.

Larra mengangkat keningnya sebelum tersenyum “well Tengku Dzafril Haidhar, dia kata bawa pasangan tapi tak cakap pun yang awak wajib pergi majlis tu dengan saya. Awak ajaklah sesiapa je pergi. Saya tak nak! Awak faham tak! Saya tak nak. Saya dah janji dengan Hak…..” kata-katanya terhenti. Baru tersedar akan ketelanjuran kata-katanya barangkali.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan keningnya. Tubuhnya dirapatkan ke tubuh gadis itu sambil matanya merenung tepat wajah Larra yang juga terkejut. Entah mengapa timbul satu perasaaan aneh apabila mendengar jawapan gadis itu tadinya. Hatinya membara-bara “kau sebut apa? Hak? Hakimi ke?” soalnya. Larra membalas renungan matanya seketika sebelum tertunduk. Merasa serba salah barangkali.

“Zaf. Bu..bukan. Tapi saya… Hakimi” Larra tergagap gagap ingin menjawab soalan lelaki itu. Agh, susah betul nak jawab. Macam mana aku nak jawab ni? Kenapalah mulut aku pergi gatal-gatal sangat sebut nama dia. Dia mengutuk dirinya sendiri.

Entah mengapa, dia tidak senang apabila Larra menyebut nama Hakimi. Meski dia tahu, gadis itu dan Hakimi rapat namun kali ini dia benar-benar tidak boleh bersabar lagi. Mata Larra direnungnya tajam. Dadanya berombak kencang, menahan rasa marahnya. “kau tahu, kau betul-betul mencabar kesabaran aku sekarang” ujarnya.

“Zaf” Larra cuba berkata sesuatu namun semuanya jadi kaku. Dia tidak dapat berkata-kata lagi bagi mempertahankan dirinya. Memang sudah terang dirinya bersalah.

“sekarang. Kau jawab soalan aku. Kau tak nak teman aku sebab kau nak keluar dengan Hakimi? Bukan sebab kau penat kan? Jawab. Ya atau tak?” soal Tengku Dzafril Haidhar. Nada suaranya kedengaran bergetar. Masih mencuba mengawal perassaannya barangkali. Larra tertunduk.

“Ya..errr tak…” Larra menjawab.

“aku tanya kau! Ya atau tak!!!!!!!!” dia menengking kuat untuk kesekian kalinya membuatkan Larra terkejut. Langsung tidak berani untuk membalas pandangannya. Sekadar mengangguk. Tengku Dzafril Haidhar semakin diasak satu perasaan aneh. Jadi memang benar Larra menolak untuk hadir ke majlis itu bersamanya semata-mata kerana telah berjanji dengan Hakimi. Jadi, janji dia dengan Hakimi lagi penting dari aku?

“Saya dah janji dengan Hakimi” kedengaran Larra bersuara perlahan.

Okay Zaf. Dia dah mengaku pun. So memang betul tekaan kau. Dia tolak request kau sebab Hakimi. Jawapan Larra itu benar-benar membuatnya marah. Lalu pergelangan gadis itu digengamnya erat sebelum tangan kanannya menolak kasar tubuh gadis itu ke dinding. Larra dilihatnya jelas terkejut melihat tindakan kasarnya.

Bulat matanya memandang Tengku Dzafril Haidhar yang sudah hampir hilang kawalan. Jujur dia takut melihat lelaki itu dalam keadaan begitu. “Zaf!” Larra menjerit.

Tengku Dzafril Haidhar tidak mempedulikan jeritan itu sebaliknya bertindak lebih berani. Wajahnya didekatkan ke wajah Larra sebelum bersuara. “Kau lagi pentingkan Hakimi dari aku? Kau lagi utamakan Hakimi dari suami kau sendiri? Aku ni apa?” jerkahnya. Benar-benar geram apabila dirasakannya gadis itu melebihkan Hakimi darinya. Permintaanya dipandang rendah oleh gadis itu

Larra memejam erat matanya. Dia benar-benar takut dijerkah begitu. “awak ni kenapa? Sebelum ni awak tak penah pun…..” belum sempat Larra menghabiskan kata-katanya Tengku Dzafril Haidhar terlebih dahulu menekup mulutnya dengan tanan kanan lelaki itu membuatkan dia sukar berkata. Tangannya cuba untuk menolak tangan lelaki itu dari terus menekup mulutnya namun masih gagal. Tangan lelaki itu lebih kuat.

Matanya tak lepas merenung tepat mata Larra. Dia yakin gadis itu sudah menggeletar ketakutan. Selalunya, dia hanya berbuat begitu untuk menakut-nakutkan gadis itu sahaja. Namun kali itu, dia hampir hilang pertimbangan. Egonya benar-benar tercabar dengan kenyataan yang baru diterimanya.

“tolong jangan cakap apa-apa sekarang, Larra. Aku betul-betul tengah marah sekarang. So tolong diam sekejap. Jangan cakap apa-apa lagi yang boleh buat aku marah. For a few minutes, let us be like this for awhile” ujar Tengku Dzafril Haidhar perlahan.

Larra memejam celikkan matanya sambil memandang Tengku Dzafril Haidhar. Nadanya seolah merayu juga dalam masa yang sama kedengaran sebagai satu arahan. Dia berhenti menolak tangan lelaki itu sebelum buat beberapa ketika membiarkan dia dan lelaki itu terdiam lama dalam keadaan itu. Matanya terasa panas dan dia dapat merasakan dadanya sebak tiba-tiba. Air matanya sudah bertakung. Agh! Apasal aku tiba-tiba nak nangis ni?

Melihat wajah Larra membuatkan dia diasak satu perasaaan aneh. Di tumbir mata gadis itu kelihatan cecair jernih yang mula bertakung. Eh? Nak menangis ke? Jangan menangis lah! Tekaannya benar apabila seketika kemudian air mata Larra jatuh juga. Terkena pada tangannya yang masih menekup mulut Larra. Hilang rasa marahnya sebaliknya mula serba salah. Agh, aku kasar sangat ke dengan dia? Satu keluhan berat dilepaskannya.

Perlahan-lahan tangannya dialihkan dari wajah Larra sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya. “Kau call Hakimi sekarang. Cakap yang kau tak dapat keluar dengan dia” ujarnya sambil menghulurkan telefonnya. Suaranya sudah kendur. Sudah tidak sekeras tadi. Wajahnya dipalingkan dari terus memandang Larra. Tidak sanggup melihat gadis itu menangis.

Larra memandanng lelaki itu dengan pandangan yang terkejut. Teragak-agak dirinya untuk menerima telefon itu dari tangan Tengku Dzafri Haidhar. “i said. Call him, Larra” ulang Tengku Dzafril Haidhar dengan suaranya sedikit keras berbanding tadi. Wajahnya langsung tidak menoleh memandang ke arahnya. Perlahan-lahan Larra mengambil telefon bimbitnya dari tangan lelaki itu.

Lamunannya serta merta mati apabila mendengar satu suara menegurnya membuatkan dia tesentak. Larra sudah pun siap berdiri di hadapannya dengan baju gaun malamnya. Cantik! Pujinya.

“awak ni nak pergi ke, atau terus senyum seorang-seorang dekat sini?” tegur Larra lagi membuatkan Tengku Dzafril Haidhar malu sendiri. Perlahan-lahan dia berdiri sambil tersenyum. Membetulkan baju yang dipakainya sambil menjeling Larra dengan sedikit perasaan kagum.

“tunggu kau siap ah. Lambat sangat. Jomlah” ujarnya sambil berjalan menuju ke pintu utama.

*****

Dia menyarung seliparnya sebelum berjalan menuju ke taman mini di hadapan rumahnya itu. Perlahan dia melabuhkan punggungnya di salah satu bangku kecil di situ. Mug di tangannya diletakkan ke atas meja. Satu keluhan kecil dilepaskannya. Sedikit hampa apabila Larra tiba-tiba memberitahu bahawa dia tidak dapat keluar.

“saya ada hal dengan Zaf malam ni. Maafkan saya, saya tak dapat jumpa awak malam ni”

Sebab Zaf? Tak apalah Hakimi. Zaf kan suami dia. Dia cuba memujuk dirinya meski ketika itu dia benar-benar rindukan gadis itu. Kedua tangannya disatukan. Dia mendongak memandang langit yang cerah. Tersenyum.

“Kimi buat apa dekat sini? Pagi tadi cakap dekat mummy, malam ni nak keluar. Tak jadi ke?” soal Puan Zahnita tiba-tiba membutkan Hakimi pantas menoleh. Sedikit terkejut dengan kehadiran wanita itu tiba-tiba di situ.

“eh mummy. Duduklah” ujar Hakimi sambil tersenyum. Diihatnya Puan Zahnita sudah mengambil tempat di sisinya. Dia menelan air liurnya yang terasa sedikit kelat. Tersenyum hambar.

“tak jadilah. Kimi rasa tak sihatlah mummy” ujarnya perlahan sengaja memberi alasan. Tangan kirinya memegang tengkuknya.

Puan Zahnita merenung lama wajah anak terunanya itu sebelum tangannya pantas menggengam tangan Hakimi yang berada di atas meja. Lelaki itu menoleh ke arahnya. “kalau tak sihat, buat apa duduk sini? Kimi tak sihat badan ke? Tak sihat hati?” soal Puan Zahnita.

Hakimi mengerutkan keningnya sebelum tergelak kecil. Merasa sedikit lucu mendengar kata-kata wanita itu. “eh mummy. Ada ke tak sihat hati?” soalnya kembali.

Puan Zahnita tersenyum sebelum mengangguk. Tangan anaknya itu digenggam erat. “ada. Sakit hati?” soal Puan Zahnita. Serentak membuatkan senyuman di bibir Hakimi mati mendengar kata-katanya itu. Riak wajahnya berubah. Puan Zahnita sedikit kaget melihat perubahan wajah anaknya itu “kenapa ni? Kimi okay tak ni?” soalnya lagi jelas bimbang.

Hakimi terkedu. Sakit hati? Betul ke aku sakit hati? Sakit hati sebab Larra cancel last minute? Mungkin ke? Tapi patut ke aku nak sakit hati. Aku ni bukannya sapa-sapa.

“Kimi? Dengar tak mummy tanya ni?” soal Puan Zahnita apabila dilihatnya Hakimi seolah mengelamun jauh dalam dunianya.

Hakimi menoleh. Tersedar mummy nya masih di situ. Dia tersenyum sendiri “i’m sorry. Just tak boleh fokus. Entahlah, sejak akhir-akhir ni banyak sangat mengelamun. Tak tahu kenapa” luahnya.

“Ingatkan Larra?” teka Puan Zahnita lagi. Hakimi menoleh tanpa menjawab. “or Ajierah?’ soal Puan Zahnita lagi.

Hakimi menelan air liurnya sebelum menghela nafas. Dia tergelak sendiri apabila mummy nya mengaitkan tentang Ajierah. “haha. Ada Ajierah pulak masuk ni. Bukan la. Sebenarnya, Kimi sendiri pun tak pasti. Kimi pun tak tahu apa yang Kimi fikir sangat tapi serabut. Tu je yang boleh Kimi cakap. Otak Kimi serabut” ujarnya.

“Kalau serabut, ambil lah cuti. Berehat je. Tak payah pergi kerja” ujar Puan Zahnita lagi. Hakimi menggeleng lemah tanda tidak bersetuju dengan cadangan mummy nya itu.

“kalau duduk seorang-seorang lagi lah serabut mummy. Kimi rasa, mungkin Kimi patut cuba lupakan Larra” ujarnya lagi. Kata-katanya itu membuatkan Puan Zahnita tersenyum. Meski dia tahu sukar namun itu adalah yang sepatutnya. Mungkin sudah tiba masanya dia cuba menerima hakikat. Larra adalah milik lelaki lain. Dia perlu hormat tentang hal itu. Selagi aku still suka kan Larra, selagi tu aku akan jealous dengan bila dia dengan Zaf. Padahal kau tak layak langsung nak cemburu dengan dia orang, Hakimi. Kau tak layak! Dia menarik nafas panjang sambil mendongak memandang langit.

*****

Larra memerhati ruang sekeliling. Telah ramai tetamu yang hadir membuatkan suasana di sekitar kawasan banglo dua tingkat itu kelihatan agak meriah. Dia tersenyum. Sudah lama dia tidak hadir ke majlis sebegitu.

Ehem! Kedengaran seseorang berdehem dengan kuat membuatkan dia menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar di sisinya. Ehem! Sekali lagi lelaki itu berdehem dengan kuat. Larra mengerutkan dahinya merasa sedikit hairan dengan kelakuan aneh lelaki itu.

“apasal dengan awak ni?” soalnya kembali.

Tengku Dzafril Haidhar menoleh ke arah Larra. Eh perempuan ni. Tak nampak ke hint aku suruh dia buat apa. Lengan kirinya dihulurkan sebagai tanda untuk menyuruh Larra memautnya.

“buta ke apa? Tak nampak ni?” soalnya kasar sambil mengunjukkan tangannya yang sudah terkepak meminta Larra memautnya.

“Perlu ke?” soal Larra lagi. Tengku Dzafril Haidhar tahu, gadis itu masih lagi marahkannya gara-gara peristiwa petang tadi namun baginya memang wajar di marah kerana gadis itu lebih mendahulukan Hakimi dari dirinya. Dia pun tahu kan aku tak suka Hakimi. Sengaja nak buat aku jealous. Eh! Jealous? Bukan bukan! Marah. Lalu tanpa banyak bicara dia menarik tangan kanan Larra dan meletakkannya di lengan kirinya.

“apa pun masalah kau dengan aku, jangan lupa. Sekarang tempat public. So, act like profesional one” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil merenung wajah Larra. Terkedip-kedip mata Larra dipandang begitu. Agh! Jangan tengok aku dengan mata kau yang macam tu boleh tak! Cepat-cepat dia menoleh ke tempat lain. Panik!

“Zaf. Are we gonna just like standing here like a stupid odd person or walking in?” tegur Larra membuatkan dia tersedar. Dia menoleh ke arah Larra sebelum tersenyum. “walking in” ujarnya.

Lalu, langkahnya di atur menuju ke kawasan yang dikhaskan untuk majlis. Dia tersenyum apabila matanya menangkap orang penting majlis iaitu Tuan Idham sendiri, bapa kepada Fahim. Dia berjalan mendapatkan lelaki itu.

“Uncle, Happy birthday” ucap Tengku Dzafril Haidhar sebelum bersalam dengan lelaki yang seusia papanya itu. Lelaki itu bulat mata memandangnya seolah-olah terkejut.

“Eh Zaf! Lama uncle tak nampak kamu. By the way, terima kasih sebab datang” ujar Tuan Idham sambil menepuk-nepuk perlahan belakang badan Tengku Dzafril Haidhar sambil tersenyum. Sempat dia melirik sekilas ke arah gadis yang menjadi pasangan lelaki itu malam itu. Serentak senyumannya mati melihat seraut wajah milik gadis itu. Budak perempuan ni bukan ke…..

“tak ada hal la uncle. Bukan selalu kan dapat jumpa uncle datang sini” kedengaran Tengku Dzafril Haidhar bersuara membuatkan dia kembali menoleh semula ke arah lelaki itu sambil tersenyum. Mengangguk tanda bersetuju. Namun otaknya masih memikirkan tentang identiti gadis di sisi lelaki itu.

“erm, ni girlfriend kamu ke?” soal Tuan Idham meminta kepastian. Wajah gadis itu memang pernah dilihatnya sebelum ini dan dia sekadar mahu memastikan gadis itu adalah gadis yang sama yang pernah dimaksudkan oleh anaknya suatu ketika dahulu.

Tengku Dzafril Haidhar tergelak kecil sambil memndang Larra di sisinya. “ni isteri Zaf, uncle. Larra kenalkan ni Uncle Idham. Share partner papa. Dan uncle, kenalkan ni Larra Adlea. My beautiful wife” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

Larra terkedu sejenak mendengar kata-kata lelaki itu. What? Hahaha! Beautiful wife. Tak pernah aku dengar dia puji aku.Tak sangka aku, lelaki ni sweet talker. Pandangannya beralih ke arah lelaki yang dipanggil Tuan Idham itu sambil kemudiannya tersenyum. “happy birthday, uncle” ujar Larra.

Encik Idham menoleh sekilas ke arah Larra sambil tersenyum. Sememangnya gadis itu cantik. Malah kecantikan semula jadi. Dia memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar kembali. “oh my bad. Uncle lupa Zaf kahwin hari tu masa Uncle still dekat Hong kong. I’m sorry. By the way, yes! she’s beautiful. Memang padan dengan Zaf” pujinya.

Larra tersenyum nipis sebelum memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang sudah tersenyum lebar ketika itu. Larra mula menyampah melihat lelaki itu yang tak sudah-sudah dengan senyuman palsunya itu. Aku tahulah kau tu ada lesung pipit. Sengaja nak tayang lesung pipit la tu.”Its okay uncle” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

Sekali lagi pandangan Tuan Idham tertumpu pada Larra. “But Zaf. seems like i’ve meet her before. Uncle pernah nampak Larra sebelum ni” ujar Tuan Idham sambil merenung lama wajah Larra. Dia semakin yakin Larra adalah gadis yang dimaksudkan oleh anaknya.

Kata-kata lelaki itu serentak membuatkan Larra terkedu. Berderau darahnya mendengar kata-kata lelaki itu. Pernah nampak aku? Ah sudah. Janganlah dia nak cakap yang dia tahu, siapa aku sebenarnya. Janganlah dia beritahu dekat Zaf tentang siapa aku. Matilah aku.

Tengku Dzafril Haidhar menoleh ke arah Larra di sisinya. “awak dengan Uncle ni pernah kenal ke, Larra?” soalnya.

Larra menelan air liurnya. Cuba mengingat sesuatu sebelum perlahan-lahan dia menggeleng. Dia sememangnya tidak mengenali lelaki di hadapannya kini. Macam mana dia boleh kata pernah nampak aku since aku langsung tak kenal aku. “i’m sorry uncle. Tapi saya tak cam uncle. Mungkin saya terlupa kot” ujar Larra. Cuba berlapik dengan kata-katanya meski hakikatnya dia langsung tak ingat.

Tuan Idham ketawa melihat reaksi Larra. “memang Larra tak kenal uncle, tapi uncle kenal Larra. Larra dulu sekolah dekat Victoria Hill High School kan?” soal Uncle Idham lagi.

Larra mula merasakan dadanya sesak. Alamak! Uncle ni tahu aku sekolah mana dulu. Janganlah dia bongkarkan rahsia siapa aku depan Zaf. Tolonglah, aku tak sedia lagi. Dia merasa terperangkap dengan situasinya kini. Aku tak boleh menipu. Tapi aku takut Zaf tahu. Agh! Lalu, perlahan-lahan dia mengangguk. Serentak membuatkan senyuman di bibir Tuan Idham semakin lebar.

“tapi macam mana Uncle boleh tahu, saya sekolah situ dulu?” soal Larra kembali meluahkan rasa anehnya. Tengku Dzafril Haidhar sekadar berdiam diri. Tidak tahu pucuk pangkal cerita itu. Sekadar menelinga sahaja.

“uncle tahu sebab Uncle pernah nampak gambar Larra dalam bilik anak Uncle. Gambar kelas. Rasanya, Larra kenal anak uncle. Faris. Kenal tak?” soal Tuan Idham lagi. Ah yang sebenarnya bukan gambar kelas tetapi gambar-gambar kandid gadis itu sebenarnya. Kerana itu dia tahu Faris menyukai gadis itu dalam diam. Terpaksa dia berkata begitu kerana tidak mahu Tengku Dzafril Haidhar bersangka buruk pula.

Bulat mata Larra mendengar kata-kata lelaki itu. Faris? Doktor Faris yang dijumpanya ketika di hospital untuk merawat Mak Munah. Faris itu kah? Eh tak mungkin! Kecilnya dunia ni. “Faris?” dia menyebut perlahan nama itu.

“kenal ke?” soal Tengku Dzafril Haidhar di sisinya. Larra mengerutkan dahinya. Tidak berani untuk menjawab.

“erm its okay kalau Larra tak ingat. I’ll call him for you. Boleh lah Larra bual-bual sikit dengan dia” ujar Tuan Idham membuatkan Larra tersentak. Aduh! Ni nak pergi panggil Faris tu pulak. Aku kalau boleh nak lari jauh-jauh. Tak nak jumpa dengan dia.

“erk uncle…..” belum sempat dia menyudahkan kata-katanya, Tuan Idham terlebih dahulu memanggil anaknya yang bernama Faris itu. Larra memejamkan matanya. Tidak sanggup utnuk memikirkan apa yang bakal terjadi padanya sekiranya rahsia tentang dirinya terbongkar.

“Kenapa daddy?” soal satu suara. Larra pelahan-lahan membuka matanya. Dia yakin itu suara Faris. Memang tak salah. Doktor Faris. Jadi, Tuan Idham ni bapa dia?

“Ni, kawan sekolah kamu. Larra. Kenal tak?” soal Tuan Idham kepada anaknya itu.

Faris mengalihkan pandangannya ke arah gadis tinggi lampai di sisi sahabat abangnya itu sebelum sejenak dia tergamam melihat seraut wajah yang telah lama menghilang itu. “Larra? Larra Adlea?” soal lelaki itu.

Larra menarik nafas panjang apabila lelaki itu tidak menyebut tentang Elle di hadapan Tengku Dzafril Haidhar. Sempat dia menjeling ke arah Tengku Dzafril Haidhar di sisinya yang masih memandang ke arahnya.

Tuan Idham tersenyum. “emm jadi betul lah kamu berdua ni kenal ya? Kalau macam tu, daddy tak nak kacau. Faris, you have a conversation first with her. Excuse me” ujar Tuan Idham sebelum melangkah pergi meninggalkan mereka bertiga.

Buat beberapa ketika, suasana antara mereka menjadi sunyi. Masing-masing sekadar membisu. Tiada siapa yang bersuara. “erm, so how are you now?” kedengaran Faris bersuara memecahkan kesunyian antara mereka membuatkan Larra menoleh. Terasa janggal.

Dia mencuba tersenyum sebelum mengangguk ” i’m good. And you?” soal Larra kembali.

Faris terdiam sejenak. Masih tidak mempercayai apa yang dilihatnya. Larra terrsenyum padanya. Sepanjang mereka sekelas, tidak pernah walau sekali gadis itu tersenyum memandangya. Agh! buat apa aku fikir lagi pasal kisah lama.

“I’m good too. Macam ni jelah. Tak ada berubah apa. I’m just the same” ujarnya kembali. Larra mengangguk. Suasana antara mereka masih kelihatan janggl. Masing-masing tidak tahu hendak memulakan perbualan bagaimana.

Tengku Dzafril mula berasa tidak selesa dengan kehadiran insan bernama Faris di situ. Dia tahu Faris adalah adik Fahim, sahabatnya namun melihat Faris dan Larra berbual tanpa mempedulikannya membuatkan dia jadi cacing panas di situ. Yang Larra ni, tak reti-reti ke nak kenalkan aku sekali? “Huk! Huk!” lalu dia berpura-pura batuk dengan kuat mengharapkan Larra dan Faris sedar akan kehadirannya di situ.

“baru balik lima bulan lepas……” perbualan mereka terganggu apabila Tengku Dzafril Haidhar batuk dengan kuat di sebelahnya. “Zaf? Ok tak ni?” soal Larra sambil memandang lelaki itu yang masih terbatuk-batuk.

“You dengan Zaf ni memang kenal ke?” soal Faris sebaik sahaja melihat Larra yang mengambil perhatian terhadap Tengku Dzafril Haidhar yang terbatuk-batuk.

Tengku Dzafril Haidhar menjeling seketika ke arah Faris. Hei budak ni. Dia boleh tanya lagi. Kalau tak buat apa aku tercegat diri sebelah Larra tadi. Nasib baik dekat kawasan public sekarang, kalau tak memang nahas budak ni, desis hati Tengku Dzafil Haidhar. Lagi satu, apahal nak ber you I dengan Larra. Aku dengan Larra pun tak ada panggil you you macam tu pun.

“erm. Lupa nak kenalkan. Faris, ni husband I” ujar Larra memperkenalkan Tengku Dzafril Haidhar.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum. Jelas wajah Faris berubah apabila Larra memperkenalkan dirinya sebagai suami. Dia sudah dapat mengesan ada sesuatu tidak kena melalui pandangan lelaki itu terhadap Larra dari awal mereka bertemu tadi. Seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan oleh lelaki itu dari pengetahun Larra. Tapi aku lelaki, aku tahulah apa maksud pandangan dia tu. Suka Larra!

Faris tergamam. Gelap seketika dunianya mendengar kenyataan yang keluar dari bibir Larra itu. What? Dah kahwin? Zaf yang playboy ni suami dia? Dia seolah agak sukar untuk menerima kenyataan itu. Dalam banyak-banyak lelaki kenapa dengan Zaf ni juga kau pilih. Sedangkan dari zaman sekolah, setahunya gadis itu lebih senang menolak mentah mana-mana lelaki yang ingin menjalin hubungan serius denganya. Dia juga punya hati terhadap Larra sejak sekolah namun dia tidak berani meluahkannya. Cukuplah memendam rasa dan memerhati gadis itu dari jauh. Aku memang pengecut! Marahnya.

“You..You dah kahwin? serious? Asal i tak tahu pun. I thought you baru je balik sini kan?” soal Faris masih tidak percaya.

“three months” balas Tengku Dzafril Haidhar serentak membuatkan Faris kehilangan kata. Dia menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar di sisi gadis itu yang sedang merenungnya tajam. Dia tidak tahu apa maksud dari renungan lelaki itu.

“emm ha’ah. Kita orang baru kahwin tiga bulan” ujar Larra kembali. Faris menoleh ke arahnya.

“oh okay” jawabnya sambil tergelak sendiri. Gelak? Apa yang lawak pun aku tak tahu. Yang penting aku rasa frust gila sekarang. Dipandangnya wajah Larra di hadapannya itu. Masih cantik seperti dahulu. “so rasanya belum terlambat lagi kan kalau I nak wish, Selamat Pengantin Baru?” ujar Faris. Larra merenung wajah lelaki itu.

“terima kasih” ujar Larra sambil tersenyum.

“erm. I’m sorry, Faris. I hope that you don’t mind. Please excuse us” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil menggengam erat tangan Larra. Faris sekadar memerhati sebelum memandang lama Tengku Dzafril Haidhar.

“Yeah. Sure” ujar Faris kembali sambil tersenyum memandang Larra. Dan Larra membalas senyumannya itu.

Cepat-cepat Tengku Dzafril Haidhar menarik Larra segera berlalu dari situ. Dia tidak betah lagi berada lama-lama di hadapan lelaki itu. Pandang Larra macam apa. Tak pernah tengok perempuan ke? Marahnya di dalam hati. Setelah agak jauh dari Faris, Tengku Dzafril Haidhar mula bersuara. Dia memandang lama wajah Larra. “Kau dengan dia ada apa-apa ke dulu?” soalnya. Keinginannya membuak-buak ingin tahu hubungan sebenar Larra dan Faris itu.

Larra mengerutkan keningnya. Jelas tidak suka ditanya begitu. “None of your business, Tengku Dzafril Haidhar. Saya tak tahu lah apa masalah awk ni. Dari siang tadi, pelik” ujar Larra sambil berjalan meninggalkan lelaki itu sendirian di situ. Ish, memang tak boleh lah aku dengan lelaki tu. Sejak akhir-akhir ni perangai jadi makin pelik. Kejap okay, kejap marah-marah.

Tengku Dzafril Haidhar masih memikirkan kata-kata Larra. Dia kata aku pelik? Aku pelik ke? Apasal aku jadi macam ni? Dia perasan akan perubahan dirinya itu namun tidak menyangka Larra juga berpendapat sedemikian. Agh! Apa aku nak buat sekarang ni?

Dia menoleh ke sekeliling sebelum matanya menangkap Aqiem dan Joe berdua tidak jauh dari mereka. Dia menarik nafas panjang sambil melangkah menuju ke arah mereka. Dari aku fikirkan Larra baik aku lepak dengan dia orang ni. Dia meninggalkan Larra bersama masalahnya dan berjalan mendapatkan rakan-rakannya.

******

“i’m sorry. You ni Elle kan?” soal satu suara dari arah sisinya membuatkan dia pantas menoleh. Memandang dengan riak terkejut. Gadis dengan gaun merah itu tersenyum melihat reaksi wajahnya. Larra mengerutkan dahinya. Siapa pulak ni? Aku rasa aku tak pernah kenal dengan perempuan ni.

“No i’m not. You ni siapa?” soal Larra kembali dengan gementar. Sedikit aneh melihat bagaimana gadis itu boleh mengecamnya sekaligus tersenyum memandangnya.

“iya ke bukan? But muka you memang macam Elle. Seriously ke you ni bukan Elle?” soal gadis itu lagi yang masih belum berpuas hati tanpa menjawab soalan dari Larra.

Larra menelan air liurnya. Perutnya kecut. Habislah aku. Rambutny dibetulkan sebelum menoleh ke arah gadis itu lagi. “sorry. Wrong person. I don’t know you’ ujar Larra lagi sambil ingin berjalan cepat-cepat meninggalkan gadis itu.

“eh wait!” jerit Dareena sambil mencuba untuk mengejar Larra. Gadis itu berhenti dari terus berjalan dan menoleh memandangnya.

Dareena menarik nafas panjang sambil merenung lama wajah cantik gadis itu. Dia sudah memerhatikan gadis itu dari awal majlis lagi. Ketua kumpulan HotVicious itu sememangnya popular ketika zaman sekolahnya. Mana mungkin aku boleh silap orang. Aku yakin dia Elle.”i’m Dareena. Maybe you ingat, makcik stationary. You yang panggil i macam tu” ujarnya lagi. Walaupun gadis itu menidakkan tentang identiti dirinya namun dia cukup yakin itu adalah Elle.

Larra terdiam sejenak. Dareena? Gadis itu sememangnya termasuk sebagai salah seorang pelajar yang kerap dibulinya gara-gara keskemaan melampau gadis itu dahulu. Memakai cermin mata dengan rambut yang diikat dua kiri dan kanan. Selau berjalan dengan buku ke mana sahaja, memang weird habis budak ni. Tapi sekanrag, dia cantik. Jauh berbeza dari dulu.

“Mak cik stationary? Apasal dah lain? You dulu bukan ke….” soal Larra aneh. Eh? Opss! Apasal aku pergi tanya pulak? Agh sengal gila kau ni Larra. Apa ke bodohnya aku pergi tanya niiiiii. Larra! Dia memarahi dirinya sendiri.

Dareena tersenyum lebar. Larra sudah teperangkap dengan kata-katanya sendiri. Sah kau Elle, kalau tak mana kau tahu aku dulu macam mana “I tahu, you terkejut dengan perubahan I. I memang skema pun dulu. So ini juga maksudnya you kenal lah kan siapa mak cik stationary masa sekolah dulu. Am i right, Elle?” soal Dareena lagi sambil tersenyum sinis.

Larra menghela nafas panjang. Tidak tahu hendak membalas kata-kata itu menggunakan alasan bagaimana. Agh, dah terkantoi. Aku tak boleh nak backup diri aku sendiri lagi sekarang. Dia menyalahkan diirnya kerana menyoal tanpa berfikir panjang. Bibirnya diketap sebelum matanya dijatuhkan memandang ke tempat lain. Mencuba untuk menenangkan dirinya.

“guess you are right. You can laughing at me now” ujar Larra kembali. Tidak sanggup untuk dia bertentang mata dengan Dareena. Gadis itu membuatkannya teringat akan kisah silamnya.

Dareena menghela nafas panjang. “Elle, i tak pernah rasa apa yang berlaku dekat you tu, something yang lawak. Its not funny at all. I tahu, peristiwa tu mesti tinggalkan kesan yang besar dalam hidup you” ujar Dareena mencuba untuk memujuk.

Larra mengerutkan dahinya. Aku ni tak salah dengar ke? Dia ni kan mangsa buli aku? Apasal dia pergi cakap benda macam nak pujuk aku pulak ni? Bukan dia patut ketawakan aku ke? Dia kembali menoleh memandang wajah Dareena yang masih memandangnya. “Kau cakap semua tu sebab nak tenangkan aku je kan? Kau tak payah cakap semua tu just sebab nak jaga hati aku. Semua orang ketawakan aku. Salahkah aku. So takkan kau yang dah kena buu…” katanya terhenti apabila Dareena memegang bahunya. Sengaja dia menukar kata ganti diri I dan You.

“Elle. Maybe for other people, yes. But not for me. Aku tak pernah rasa apa yang jadi dekat kau tu sebagai something yang patut diketawakan. I hope you don’t look me in that way. I’m just kindly want to be your friend now. Just forget the past? Hmm?” pujuk Dareena Lagi. Larra mengerutkan dahinya. Mana mungkin gadis itu yang pernah dibulinya dengan bermacam-macam cara mampu untuk memaafkannya dengan begitu mudah. Menerimanya sebagai kawan.

“ke, kau still tak nak kawan dengan aku sebab aku bukan part of HotVicious?” soal Dareena lagi. Larra menghela nafas panjang sebelum pantas menggeleng.

“No. Bukan macam tu. Just aku tak sangka. kau boleh lupakan apa yang aku dah buat dekat kau. Teruk kot aku dulu” ujar Larra dengan nada sesalnya. Dia kembali tertunduk. Merasa malu dengan dirinya.

“semua orang ada masa baik dan buruk kan, Elle? So just let it go. Eh boleh aku mintak number kau tak? Nanti bila-bila kita boleh jumpa” ujar Dareena kembali. Larra tersenyum sebelum mengangguk.

*****

Dari jauh Joe memerhatikan gadis berbaju maroon yang kini sedang berjalan di samping Tengku Dzafril Haidhar itu. Wajah gadis itu mengingatkannya kepada sesuatu. Ya, dia pasti gadis itu adalah orang yang sama yang pernah di jumpanya dahulu. Dia menyenggol Aqiem di sisinya membuatkan lelaki itu yang sedang leka menoleh ke arahnya.

“Pehal?” soal Aqiem jelas tidak senang. Joe memuncungkan bibirnya ke arah pasangan itu.

“perempuan sebelah Zaf tu sapa? Larra?” soal Joe. Dilihatnya kini gadis itu telahpun berjalan sendirian sementara Tengku Dzafril Haidhar pula sedang berjalan mendapatkan mereka berdua.

“eh kau ni. Kenapa? Tu Larra la. Tak kan tak kenal kot!” gumam Aqiem. Jelas terkejut dengan soalan yang diajukan oleh sahabatnya itu. Apa seh! Dah tahu dia boleh tanya lagi.

“weh korang. Kat sini rupanya. Pusing-pusing cari tak jumpa pun” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil tersenyum dan bersalam dengan Joe dan Aqiem.

“Kau datang dengan siapa tu?” soal Joe sambil mengunjukkan ke arah Larra yang sedang berbual dengan seseorang tetamu yang lain. Sempat dia kembali mengerling sekilas ke arah Aqiem di sisinya yang sedang memandangnya dengan pelik.

“dengan siapa lagi. Larra la” balas Tengku Dzafril Haidhar sambil tersenyum. Kot yang di pakainya di betulkan.

“aku pelik dengan mamat ni. Tadi kau dah tanya aku kan Joe, tu sapa. Sekarang ni kau pergi tanya Zaf soalan sama. Buat penat je aku jawab. Larra.. Larra. ” marah Aqiem. Joe tersengih dimarahi Aqiem.

“alah Qiem. Kau pehal nak marah-marah ni sayang? Aku nak confirmkan je. Sebab dulu time si Zaf ni kahwin, aku tak perasan sangat muka Larra. Tengok dari jarak jauh kot. Hari ni baru aku jumpa dia dekat-dekat. Aku rasa aku pernah jumpa dia la Zaf” ujar Joe sambil menepuk perlahan bahu Tengku Dzafril Haidhar. Matanya kini sedang asyik memandang Larra.

“ah kau. Semua perempuan kau cakap pernah nampak” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil menyandarkan dirinya di tembok tinggi itu. Joe menoleh ke arahnya dengan wajah yang tidak puas hati. “what?” soal Tengku Dzafril Haidhar lagi.

“masalahnya aku cakap betul ni Zaf. Aku memang pernah nampak dia. Dan aku yakin dia yang aku jumpa masa tu. Sumpah” ujar Joe bersungguh-sungguh sambil mengangkat tangannya. Dia pasti Larra adalah gadis itu. Tengku Dzafril Haidhar dilihatnya mengerutkan dahinya sebelum tergelak.

“okay-okay. Dekat mana kau pernah nampak dia?” soal Tengku Dzafril Haidhar sambil mengerling ke arah Aqiem yang turut memandangnya. Tersenyum.

“KL Tower” ujar Joe. Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan keningnya. Tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh sahabatnya itu. Apa masuk pasal KL Tower ni?

“apasal dengan KL Tower pulak ni?” soal Tengku Dzafril Haidhar.

“ha’ah. Apasal ngan KL Tower?” sokong Aqiem. Joe tesenyum.

“Zaf. Dia lah perempuan yang duduk dekat bangku sebelah kau masa tu. Time aku jumpa kau hari Valentine tu. Larra. Perempuan yang aku tegur tu adalah Larra. Memang aku cam muka dia” ujar Joe bersungguh-sungguh. Tengku Dzafril Haidhar terkedu. Masih cuba menganalisa apa yang baru sahaja didengarnya kini.

“KL Tower? Apa yang Zaf buat dekat KL Tower time hari Valentine?” soal Aqiem yang masih kurang faham. Tengku Dzafril Haidhar sekadar berdiam. Membiarkan soalan itu dijawab oleh Joe sendiri. Otaknya masih cuba memutarkan kembali peristiwa ketika itu.

“tak apa. Aku tak dapat nombor dia, tapi aku tahu nama dia, Zaf! Larra”

Kata-kata Joe itu serentak mengisi kembali ruang memorinya. Biar betul? Perempuan yang duduk sebelah aku masa tu adalah Larra? Larra Adlea? Kebetulan apa ni? Lamunannya mati apabila lengannya ditumbuk perlahan oleh Aqiem.

“gila la kau. Nak jumpa Elle sanggup seh kau keluar time hari Valentine. Kelakar la kau Zaf” ujar Aqiem dengan gelaknya. Namun Tengku Dzafril Haidhar masih tetap dengan wajah seriusnya. Pandangannya beralih pula memandang ke arah Joe di sisi.

“Kau sure ke Joe, yang kau tegur time tu Larra? Kau jangan main-main dengan aku” soalnya masih belum berpuas hati. Joe menghela nafas panjang sebelum mengangguk.

“aku sure dan confirm, Zaf. Dia ni lah perempuan yang aku jumpa time tu. Kan aku tanya nama dia sekali masa tu dan dia jawab Larra. Memang dia, bro. Bini kau tu” ujar Joe lagi sambil sekali lagi pandangannya beralih memandang ke arah Larra yang tidak jauh dari mereka.

Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang sebelum turut memerhati Larra. Biar betul? Apasal boleh kebetulan macam ni? Dia adalah maid mummy aku, tanpa dia tahu rumah yang dia kerja tu, adalah rumah mummy, mak tunang dia. Aku duduk dengan dia sebulan tanpa tahu yang sebenarnya maid aku adalah tunang aku sendiri. Dia juga mungkin adalah perempuan yang aku langgar time dekat airport tu berdasarkan rantai L dan A yang aku nampak dalam album tu. Dan sekarang, satu lagi kebetulan, Larra adalah perempuan yang Joe tegur masa dekat KL Tower tu? Maknanya perempuan yang aku usya time tu, Larra?

*****

“boleh aku tanya something?” soal Dareena lagi. Larra tersenyum sebelum menganguk.

“sure. Tanya je lah” ujarnya kembali. Dilihatnya anak mata Dareena memandang ke satu arah sebelum kembali ke arahnya. Dia turut memandang ke arah yang dilihat oleh Dareena itu. Oh, Zaf dengan kawan-kawan dia dekat situ. Dia kembali menoleh ke arah Dareena yang masih memandangnya. Hairan.

“Macam mana kau kenal Zaf?” soal Dareena. Larra terdiam sejenak.

“erm, macam mana kau tahu aku kenal dia? aku tak kenal sangat dengan dia sebelum ni? Kita orang kenal pun sebab family kita orang rapat” ujar Larra kembali. Menjawab dengan jujur. Si Zaf ni memang aku tak pernah kenal dulu kalau tak sebab papa.

Dareena mengerutkan dahinya. “sebab dia partner kau datang majlis malam ni kan? Aku nampak kau jalan masuk berdua dengna dia tadi. So maksudnya kau dengan dia kenal gitu-gitu je lah” ujar Dareena kembali.

Larra tersenyum nipis. Sukar untuk dia menjawab soalan itu. Tengku Dzafril Haidhar adalah seorang lelaki yang sangat complicated dan sikapnya sukar dijangka. Dia sudah berkahwin dengan lelaki itu selama 3 bulan. Namun dia masih merasakan terlalu banyak rahsia tentang diri lelaki itu. Kadang-kadang kejam dengan aku, tapi kadang-kadang baik sampai aku sendiri pun lupa yang aku dengan dia musuh. Sikapnya berubah-ubah. Lelaki yang misteri. Dia tersenyum sendiri.

“Elle. aku tanya kau ni. Boleh pulak senyum” tegur Dareena. Larra mendongak sedikit terkejut apabila ditegur. Tidak menyangka dia mengelamun jauh apaibla memikirkan tentang Tengku Dzafri Haidhar.

“oh i’m sorry. Errm apa soalan kau tadi?” soal Larra kembali. Dareena tergelak kecil sebelum memutarkan matanya ke atas.

“kau ni. Aku tanya kau, kau boleh tanya aku balik. kau kenal ngan Zaf tu gitu-gitu je lah ea?’ soalnya kembali.

“dia suami aku” balas Larra.

Dareena terpempan. Suasana dirasakan sunyi sejenak baginya. Dia menelan air liurnya. “you say what? You are kidding right? Kau? Dengan Zaf dah kahwin?” soal Dareena kurang percaya.

Larra mengerutkan dahinya sebelum mengangguk. Pelik betul perempuan ni.

Dareena tertawa kecil sebelum tertunduk memandang lantai. Masih kurang percaya dengna apa yang didengarnya. Larra terkenal dengan sikapnya yang menolak hubungan dengan lelaki. Namun tak sangka, hidup gadis itu berakhir dengan berkahwin dengan lelaki seperti Tengku Dzafril Haidhar. Dia pernah mendengar sendiri dari mulut lelaki itu, yang lelaki itu tak mungkin menikahi mana-mana gadis. Seingatnya, baru dalam tempoh 4 bulan dia dan lelaki itu berpisah. Dan dalam masa tak sampai setahun, lelaki itu sudahpun berkahwin. Dengna Larra Adlea? Aku tak pernah dengar lelaki tu ada hubungan dengn Elle.

“kenapa kau tanya?” soal Lara apabila dilihatnya Dareena pula diam membisu.

Darrena ketawa kecil. Ah memang pura-puranya kau ni Dareena. “No. Just aku tak sangka. Kau kahwin dengan dia. Aku ingat kau kawan biasa je since yang aku tahu Zaf memang ramai perempuan keliling pinggang pun” laju sahaja dia berkata. Wajah Larra serta merta berubah membuat Dareena serba salah. “erk i mean dia..dia”

“banyak perempuan? Macam mana kau tahu dia ada banyak perempuan? Kau kenal dia rapat ke?” soal Larra pula. Entah mengapa ada satu perasaan tidak enak dirasakannya kini sebaik sahaja mendengar kata-kata Dareena itu. Zaf? Ramai perempuan? Ramai sangat ke? Apasal aku tak pernah tahu pun. Nak kata dia selalu keluar malam. Jarang rasnya. Masa dia, banyak habis duduk terperap dalam bilik dia je kalau hari-hari biasa. Sekali-sekali je dia ada keluar. Tu pun lepak dengan kawan-kawan dia tu.

“aku ex girlfriend dia. So aku tahu lah perangai dia. aku bukannya apa. aku just beritahu apa yang aku tahu je. Tapi kau kan isteri dia. For sure la you know him better than me. Kalau tak takkan la sampai kahwin kan?’ ujar Dareena kembali.

Lara mengeluh perlahan. “aku tak paham. Apa yang kau tahu tentang Zaf. Just tell me” ujar Larra kembali.

“entahlah. Setahu aku, Zaf memang banyak girlfriend. Yelah, he’s hot. Rupa macam dia tu, perempuan mana yang tak nak. Nak-nak lagi bila perempuan tahu, siapa dia. Pewaris tunggal Vermilion Hotel. Lagilah naik market dia. But sayangnya, dia tak pernah hargai perempuan. Dia buat perempuan ni, macam something yang langsung tak valuable. Sebab tu aku tak sangka, yang dia akan kahwin secepat ni” ujar Dareena kembali.

Larra terdiam sejenak. Dia tahu, lelaki itu pernah memberitahunya tentang betapa dia membenci perempuan. Tapi kenapa? “i’m sorry. I didn’t know that” ujar Larra perlahan dia tersenyum. Agh aku pun tak tahu apa tujuan aku senyum. Bahunya dipegang perlahan.

“you don’t have to worry. kau lawa, logiknya tak ada lelaki yang akan cakap tak nak dekat kau. So, i guess, no wonder lah kalau Zaf boleh berubah sebab kau” ujar Dareena kembali.

Larra terkedu sejenak. Heh? Kalau lah dia tahu macam mana aku boleh kahwin dengna lelaki tu, try dia boleh cakap ke tak yang semua ni make sense. Zaf? Nak beubah ? Mmang takkan punya lah. Lelaki tu telalu ego. Dia tiada jawapan untuk kata-kata Dareena. Lalu dia mengambil keputusan untuk skadar tersenyum.

******

“Woi. Apa khabar?” sapa satu suara membuatkan Tengku Dzafril Haidhar menoleh. Ayie sudah pun berada di situ bersalaman dengan kedua-dua sahabatnya yang lain Lambat-lambat dia menghulurkan tangannya. Ayie dillihatnya tersenyum memandangnya.

“kau apahal ni Zaf? Muka macam tak ceria je?” soal Ayie cuba meneka. Tengku Dzafril Haidhar menoleh sebelum berpura-pura tersenyum.

“mana ada apa-apa. Aku okay je” ujar Tengku Dzafril Haidhar sengaja menunjukkan wajah gembira. Ayie dilihatnya tersenyum sebelum memandangnya lama.

“Kau asal pandang Zaf macam nak telan je, Yie?” tegur Aqiem yang turut akan perasan akan hal itu. Ayie merenungnya lama. Joe ketawa.

Ayie menoleh sekilas ke arah Aqiem sebelum kembali memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar “tak adalah. Actually Zaf. Aku ada berita baik dan berita tak berapa nak baik untuk kau ni” ujar Ayie membuatkan Tengku Dzafril Haidhar terdiam sejenak. Memandang sahabatnya itu tanpa berkata-kata. Ah sudah, apa lagi yang aku kena dengar ni. Belum habis terkejut lagi aku pasal berita Larra, sekarang apa jugak yang Ayie nak sampaikan dekat aku ni?

“berita baik dan tak baik?” soal Tengku Dzafril Haidhar kembali. Ayie mengangguk sebelum menarik nafas panjang.

“kau jangan buat suspens, Yie. Ape doh kau nak cakap ni?” soal Joe pula. Ayie menelan air liurnya sebelum tertunduk sejenak memandang ke tanah. Berkira-kira untuk memberitahu atau tak. Tapi ini soal hidup lelaki itu sendiri. Lelaki itu harus tahu tentang kebenaran.

“aku sedia dengar kedua-dua berita yang kau nak cakap kat aku. Bagi tahu ah, ape bende yang kau nak cakap” ujar Tengku Dzafril Haidhar memberikan persetujuannya untuk mendengar. Dia menarik nafas panjang sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Apa-apa pun berita yang ingin disampaikan oleh lelaki itu, dia siap menerima.

“Aku kalau boleh tak nak bagi tahu kau pasal hal ni, tapi aku terpaksa, Zaf. Aku minta maaf banyak-banyak dekat kau kalau apa yang mungkin lepas ni aku cakap effect dekat kau” ujar Ayie lagi. Aqiem mengerutkan dahinya tidak faham dengan apa yang berlaku. Dilihatnya sahabatnya itu seolah-olah sedang serius memperkatakan sesuatu. Namun dia tidak mahu mencelah. Sekadar memberi ruang kepada kedua mereka. Cukuplah dia menjadi pendengar sahaja.

“Baiklah, kalau kau dah sedia, aku cerita pasal berita baik dulu” ujar Ayie sambil menelan air liurnya yang terasa kelat. Wajah Tengku Dzafril Haidhar dipandangnya lama. “aku dah dapat dah info yang kau nak. Pasal Elle. Siapa sebenarnya dia dan dekat mana dia sekarang” ujar Ayie. Perlahan-lahan dilihatnya Tengku Dzafril Haidhar tersenyum.

“what? Serious?? Kau betul-betul dah dapat cari info pasal Elle?” soal Tengku Dzafril Haidhar agak teruja Ayie mengangguk.

“erm baguslah. Dapatlah kau selesaikan urusan businesss kau yang tak habis tu dengan Elle lepas ni. Tak adalah kau pergi cari dia dekat KL Tower lagi kan” seloka Joe tiba-tiba. Tengku Dzafril Haidhar menoleh sambil tergelak kecil. Dia benar-benar gembira dengan kenyataan itu.

“so dekat mana dia sekarang?” soal Tengku Dzafri lhaidhar lagi.

“Dia ada dekat sini” ujar Ayie lagi serentak membuatkan senyuman Tengku Dzafril Haidhar mati. Dia menoleh ke arah Joe.

“weh Yie. Satu je aku nak tahu. Dia tu single lagi ke? Kalau betul dia dekat sini, boleh jugk aku usya usya dia. Kalau dah double takut aku kena hempuk je dengan suami dia” ujar Aqiem pula. Joe tergelak. Ayie menoleh sebelum menghela nafas panjang. Dikerlingnya ke arah Tengku Dzafril Haidhar.

“dia dah kahwin lah Qiem” ujar Ayie.

“hah? Alamak melepas lah kita Qiem. Aku baru nak tumpang sekaki kalau dia single” ujar Joe pula. Tengku Dzafril Haidhar sekadar tergelak.

“kau orang tak payahlah. Masing-masing dah ada awek tapi gatal lagi nak cari lain. Lagipun, tak payahlah dekat Elle tu. Jahat” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“eh aku single lagi lah wei. Mana kau tahu dia jahat? Kot kot dia dah jadi baik ke?” soal Aqiem lagi. Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

“eh Yie. Tadi kau kata dia dekat sini? Mana dia?” soal Tengku Dzafril Haidhar. Agh, tak sabar rasanya aku nak tengok sendiri rupa perempuan yang dah sebabkan kawan aku koma.
“nanti dulu Zaf. Ada lagi satu kebenaran yang kau patut tahu. aku belum beritahu kau pasal berita buruk lagi” ujar Ayie kembali. Dia memandang lama wajah Tengku Dzafril Haidhar. Dia yakin, sahabatnya itu akan terkejut dengan berita yang bakal disampaikannya lepas ni.

“apa berita buruknya?” soal Tengku Dzafril Haidhar lagi. Senyuman di bibirnya mati. Dia menanti dengan debar apa yang bakal diperkatakan oleh sahabatnya itu.

“Elle tu sebenarnya adalah…….” belum sempat dia meneruskan kata-katanya satu suara lain lebih dahulu memotong kata-katanya dari belakang.

“Larra Adlea binti Dato’ Qamal” balas suara itu. Tengku Dzafril Haidhar menoleh dan dilihatnya kini Fahim datang dan berdiri di sisinya. Turut memandangnya dengan serius.

“Haa? Apa kaitan Larra pulak ni?” soalnya yang masih bingung. Aqiem mengerutkan dahinya sebelum menoleh ke arah Joe.

“aku pun baru tahu tadi” ujar Fahim.

“jangan cakap yang sebenarnya Larra tu adalah…..”Aqiem berhenti berkata-kata lalu menelan air liurnya. Melihat Tengku Dzafril Haidhar yang masih berada di dalam keadaan bingung. Fahim mengangguk sambil memandang ke arah Aqiem.

“bingo! Dengan kata lain, Larra Adlea dan Elle adalah orang yang sama. Orang yang kau cari selama ni, adalah isteri kau sendiri” balas Ayie sambil memandang tepat ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang jelas terkejut besar mendengar kenyataan yang baru sahaja keluar dari mulutnya. Matanya bulat memandang ke arah Fahim dan Ayie . Silih berganti sebelum tersandar kembali di dinding.

“What? You are kidding right?” soal Tengku Dzafril Haidhar. Ini tak mungkin! Tak mungkin Larra adalah Elle. Gadis yang dicarinya selama ini adalah isterinya sendiri. Kebetulan apa macam ni?

“aku tahu kau terkejut dengar pasal hal ni. Tapi maklumat memang betul seratus peratus. Larra Adlea adalah perempuan yang kau cari. Dia dihantar oleh bapa dia time dia form 4 untuk sambung study dekat London lepas kes tu. Dan dia baru jejakkan ke Malaysia 5 bulan yang lepas” ujar Ayie panjang lebar.

“dua bulan sebelum kau dengan dia bernikah” ujar Fahim kembali. Dia sendiri tidak menyangka kenyataan itu yang akan dijumpanya setelah menyiasat tentang Larra. Teringat kembali peristiwa ketika dia bersama gadis itu makan bersama di R&R Ayer Keroh beberapa minggu yang lepas. Meraka ada menyebutkan perihal Elle di hadapan gadis itu. Sumpah, aku tak tahu langsung, kau sebenarnye Elle.

“it can’t be. Kebetulan apa macam ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar masih belum dapat menerima kenyataan Larra, isterinya adalah perempuan yang dicarinya selama ini. Kalau Larra adalah Elle, maksudnya di ada kaitan dengan Syazril. Agh! Dia meraup wajahnya. Cuba mengawal kembali perasaannya kini.

“kau okay tak ni Zaf? Aku tahu kau terkejut dengar pasal hal ni tapi kita orang sendiri pun tak expect yang Larra tu sebenarnya…..” Tengku Dzafril Haidhar pantas memotong kata-kata leaki itu. Dia menggeleng sebelum kembali berdiri. Mencari kembali kekuatan dirinya.

“no. Tak apa. Its okay. Terima kasih dekat kau orang sebab tolong aku carikan detail pasal dia. Terima kasih banyak-banyak” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil berjalan meninggalkan sahabatnya itu pergi mendapatkan Larra. Fikirannya kini bercelaru. Pelbagai kebenaran diterimanya tentang Larra.

*****

Larra tersenyum memandang Dareena. Tengku Dzafril Haidhar yang baru tiba di sisinya dikerling sekilas.

“Excuse me, i’m sorry. Can i have her back, Dareena?” soal Tengku Dzafril Haidhar sambil memandang ke arah Dareena di hadapannya. Gadis itu tersenyum sambil mengangguk.

“Sure. Enjoy. Nice to meet you back, Elle” ujar Dareena sebelum berjalan meninggalkan mereka berdua. Larra terkedu sejenak ketika Dareena memanggilnya dengan nama Elle. Alamak! Kantoilah aku macam ni. Harap-harap lelaki itu tak perasan.

Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang setelah Dareena pergi meninggalkan mereka. Dia memandang Larra di sisinya lama.

“kenapa awak pandang saya macam tu?”

“Kau kenal siapa Elle?” soal Tengku Dzafril Haidhar serentak membuatkan riak wajah Larra berubah. Menoleh memandangnya dengan terkejut. Reaksi gadis itu membuatkan dia pasti, rakan-rakannya tidak menipu.

“awak tanya apa ni? Mana saya tahu” ujar Larra perlahan sebelum kakinya mula melangkah ingin meninggalkan Tengku Dzafril Haidhar.

Perasaannya sudah bertukar tidak enak dengan pandangan tajam lelaki itu. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Namun langkahnya terhenti apabila tangan lelaki itu lebih pantas menarik tangannya. Menggengam dengan kuat. Dia memandang wajah lelaki itu. Perasaan takut mula menyelinap.

“apa hubungan kau dengan HotVicious?” soal lelaki itu lagi.

Larra melarikan pandangan matanya dari terus memandang lelaki itu yang masih merenung wajahnya. Jantungnya mula berdegup kencang. Ingin sahaja dia menangis di situ. Soalan lelaki itu tidak mampu dijawabnya dengan tenang. Lelaki itu menapak menghampirinya membuatkan Larra terpaksa berundur sedikit demi sedikit ke belakang.

“saya tak tahu soalan apa yang awak tanya ni” ujar Larra tanpa memandang wajah Tengku Dzafril Haidhar itu.

Dia benar-benar cemas ketika itu. Kenapa lelaki ni tanya aku soalan macam ni? Janganlah dia buat apa-apa dekat aku, doanya ketika itu. Air mata yang sudah keluar di tumbir matanya itu sedaya upaya di tahan. Tidak mahu dikesan oleh tetamu di sekitarnya.

“Tak tahu?” lelaki itu bersuara. Larra menelan air liurnya sebelum perlahan-lahan memandang wajah Tengku Dzafril Haidhar itu. Lelaki itu semakin dekat.

“tak tahu, atau pura-pura tak tahu?” soal lelaki itu lagi. Larra terdiam. Itu ayat terakhir yang didengarnya sebelum dia merasakan dirinya ditolak dengan kuat ke belakang dan dalam sekelip mata kini dia sudahpun berada di dalam kolam renang itu. Tergapai-gapai meminta pertolongan. Seisi ruang itu gempar melihatnya kini yang sudahpun tenggelam.

P/s : saya minta maaf sebab lewat post. Minggu test. :)




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

52 ulasan untuk “Novel : Antara mahligai ego dan cinta 17”
  1. atie ys : haha. fuhh ye? haha

    icy make-lia : haha. cerita dia ada dekat next entry

    rieda : haha. dia tak lemas pun

    halisamohsoff : haha insyaallah. dalam proses

    ice90 : memng tak patut kan?

    nora: thanks. erm tu lah :)

    erica 71: haha. perhaps :)

    imy princess : haha. watak dia memang mcm tu

    liza rais : haha thanks :)

  2. lavagurl: dia terburu2

    azie : thanks :)

    iela : okay. :)

    farah hana : haha. dia kan memang kejam. dia yang tolak Larra

    awanbiru : okay :)

    irda : haha. thanks

    hana : eh haha. dia tak lemas pun

    ilah : boleh bace dekt my blog http://dilzaadina.blogspot.com/2011/12/antara-mahligai-ego-dan-cinta-18.html :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"