Novel : Antara mahligai ego dan cinta 18

15 December 2011  
Kategori: Novel

9,783 bacaan 40 ulasan

Oleh : Dilza Adina

Baru puas hatinya kini melihat sekujur tubuh milik gadis itu yang jatuh rebah ke belakang sebelum tenggelam hingga ke dasar kolam renang tersebut sambil disaksikan oleh para tetamu. Dia sendiri yang menolak gadis itu dengan tangannya. Merasa geram dengan Larra yang masih cuba menperbodohkan dirinya tentang identiti sebenar gadis itu. Membalas dendam terhadap Elle. Memang itu yang diinginkannya selama ini.

Memikirkan apa yang gadis itu telah lakukan tehadap sahabatnye Syazriel, sehingga lelaki itu sanggup membunuh diri hanya kerana gadis itu. Elle? Betul ke kau Elle? Dia menarik nafas panjang sebelum menoleh memandang sekeliling. Orang ramai semua memerhati Larra yang sudahpun tergapai-gapai di dalam kolam renang. Eh? Perempuan ni tak reti berenang ke? Perasaannya mula jadi tidak senang.

“Larra!” jeritnya. Lalu kotnya pantas dibuka bersedia untuk menyelamatkan Larra namun belum sempat dia terjun, seseorang terlebih dahulu masuk ke dalam kolam renang itu berenang bagi menyelamatkan Larra. Tengku Dzafril Haidhar terkedu. Faris kini sudahpun memaut tubuh Larra sebelum menarik gadis itu ke pinggir.

“cepat angkat dia” jerit Faris membuatkan Tengku Dzafril Haidhar tersedar. Cepat-cepat tubuh Larra ditariknya dan membantu gadis itu untuk naik ke atas. Tubuh Larra dilihatnya menggigil. Kesejukan barangkali. Dalam keadaan basah membuatkan jelas kelihatan tubuh gadis itu. Cepat-cepat dia menutup tubuh Larra yang terdedah dengan kotnya. Dia lupa seketika tentang rasa marahnya ke atas Larra.

Larra mula terasa sebak. Masih lagi terkejut dengan tindakan lelaki itu yang tiba-tiba menolak dirinya ke dalam kolam renang? Kenapa dia sampai hati tolak aku? Depan orang ramai pulak tu. Perlahan-lahan dia menoleh sekeliling. Para tetamu yang hadir ada yang berbisik-bisik memandang dirinya. Tak kurang yang seolah mengetawakannya. Seolah-olah dia sendiri yang salah langkah dan terjatuh masuk ke dalam kolam renang tersebut. Agh! Malunya.

“Larra. Are you okay?” soal satu suara. Larra pantas menoleh. Faris telahpun duduk di sisinya. Juga dalam keadaan basah kerana menyelamatkan dirinya tadi. Dia menarik nafas panjang sebelum mengangguk.

“Nasib baik you ada. Terima kasih” ujar Larra perlahan. Dia sendiri tidak tahu apa akan jadi padanya sekiranya Faris tidak turun menyelamatkannya. Bukan dia tidak tahu berenang. Namun semuanya berlaku dengan cepat. Kakinya gagal digerakkan tiba-tiba. Kasut yang dipakainya membuatkan agak sukar untuk dia bergerak. Faris tersenyum.

Tengku Dzafril Haidhar diancam satu perasaan hebat melihat Faris dan Larra saling tersenyum memandang antara satu sama lain. Agh! Tak boleh jadi ini. Lalu lengan Larra pantas dicengkamnya sebelum tubuh gadis itu ditariknya perlahan. Larra terkejut. Matanya bulat memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar. “apa awak buat ni?” soal Larra. Tengku Dzafril Haidhar terus memapah gadis itu. Larra terpaksa bangun.

“kita balik sekarang” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Tubuh Larra dipapahnya sebelum berjalan melepasi orang ramai menuju ke luar pekarangan banglo.

“lepaskan saya” ujar Larra. Namun bisikan Larra itu langsung tidak diendahkannya. Sebaliknya dia mencengkam dengan lebih kuat pinggang Larra sehinggalah mereka kini sudahpun keluar dari pekarangan rumah milik Tuan Idham.

“i said let me go! I’m fine!” jerit Larra sambil meronta. Nasib gadis itu agak baik kerana pegangan Tengku Dzafril Haidhar terlepas juga setelah meronta beberapa kali. Kini Larra sudah pun lari meninggalkannya. Tengku Dzafril Haidhar mulai panik melihat tubuh Larra yang sudah kian menjauh itu.

“Larra! Larra” panggilnya namun gadis itu langsung tidak menjawab. Sebaliknya terus berlari lebih laju meninggalkannya. Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang. Kakinya turut diatur berlari mengejar Larra. “Larra! Stop!” panggilnya lagi.

Larra terus berlari. Dia benar-benar sakit hati dengan lelaki itu. Ketika itu dia hanya mahu pergi jauh dari lelaki itu. Dia hilang arah tujuan. Kakinya mula sakit kerana berlari tanpa memakai kasut namun dia langsung tidak menghiraukan keadaan itu.

Sakit pada tapak kakinya tidak setanding dengan rasa sakit hati terhadap lelaki itu kerana telah memalukan dirinya di depan tetamu. Aku benci kau Zaf! Air matanya pantas dikesat. Kakinya tiba-tiba terpelecok. Serentak dia merasakan tubuhnya hilang keseimbangan sebelum kemudian dia tersungkur di jalan berturap tersebut.

“aduuhhh” dia mengaduh panjang apabila dirasakannya lutut dan sikunya terkoyak. Air matanya tumpah juga. Dia menangis di situ. Merasakan nasibnya benar-benar malang. Sudahlah dimalukan oleh lelaki itu dan sekarang dirinya pula luka. Perlahan-lahan dia menggagahkan dirinya untuk bangun namun ada satu bayang yang menghalangnya kini. Dia mendongak. Tengku Dzafril Haidhar telahpun berdiri di situ sambil memandangnya.

“Kau nak pergi mana malam-malam buta macam ni?” soal Tengku Dzafril Haidhar. Dia menelan air liurnya. Cuba menahan getar dirinya apabila melihat Larra menangis. Lalu, dia cuba untuk membantu gadis itu bangun.

“Don’t touch me. saya benci awak. Awak kejam!” ujar Larra sambil menolak dan menepis tangan Tengku Dzafril Haidhar yang cuba untuk membantunya. Kemudian dia mencuba untuk bangun dengan kudratnya sendiri. Dengan bersusah payah akhirnya dia berjaya juga untuk berdiri.

Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang melihat kedegilan Larra. “apa yang aku buat dekat kau tadi, cuma benda kecil kalau nak bandingkan dengan apa yang kau dah pernah buat selama ni dekat orang lain” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

Larra tersenyum sinis. Dia masih tidak faham kenapa lelaki itu begitu berdendam dengannya. “apa maksud awak? Apa masalah awak dengan saya?!” balas Larra.

Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya yang terasa kelat. Melihat Lara dalam keadaan itu membuatkan dia tidak sampai hati. Namun apabila memikirkan bertahun-tahun lamanya dia mencari gadis itu hanya untuk membalas dendam dia harus ketepikan perasaannya sendiri. Dia harus mendapatkan kepastian tentang siapa gadis itu malam itu juga.

“Masalah aku, adalah kau! Kenapa tak nak berterus terang dekat aku pasal siapa kau? Aku tanya kau, siapa Elle?” soal Tengku Dzafril Haidhar mengulangi soalannya. Dia benar-benar ingin mendengar sendiri gadis itu mengatakan sendiri dari mulutnya tentang kepastian tentang dirinya. Tolonglah cakap kau bukan Elle. Tolonglah beritahu aku yang tak kenal pun Elle. Semua yang kawan aku cakap tadi, adalah tipu. Kau bukan Elle. Kau diam maksudnya kau mengiyakan semua tuduhan aku dekat kau, rintih Tengku Dzafril Haidhar dalam diam. Dia benar-benar berharap gadis itu menidakkan kata-katanya.

Larra memandang lama wajah Tengku Dzafril Haidhar. Rasa perit yang dipendamnya sejak dari kejadian lampau itu mula berdarah kembali. Kenapa kau ungkit balik? Aku dah tak nak fikir lagi pasal Elle dan kumpulan HotVicious. Kalau boleh aku putar balik masa, aku tak nak jadi mcam tu pun. Dia menelan air liurnya. Dadanya terasa pedih seolah ditusuk-tusuk” matanya bergenang. “awak tak akan faham, Zaf. Awak tak akan faham” ujar Larra.

Dia menggeleng perlahan sebelum berpaling ingin berjalan meninggalkan lelaki itu. Tidak sanggup lagi berhadapan dengan Tengku Dzafril Haidhar. Lututnya terasa pedih setiap kali ingin digerakkan. Dia tahu lututnya luka. Air matanya mengalir dengan lebih deras. “jawab soalan aku” kedengaran lelaki itu berkata sebelum lengannya tiba-tiba ditarik dari belakang membuatkan dia tergamam. Tidak jadi terus melangkah. Serentak dia berpaling dan menampar pipi lelaki itu.

Pang!

Tengku Dzafril Haidhar terdiam sejenak. Dunianya terasa sunyi sejenak. Pipinya terasa panas seketika kerana ditampar oleh Larra. Itu adalah kali kedua dia ditampar oleh gadis itu. Dan Larra adalah satu-satunya gadis yang pernah menamparnya. Dia menelan air liurnya yang terasa kelat. Tangannya perlahan-lahan diarahkan menggosok pipinya yang terasa pedih.

Larra menarik nafas dalam sebelum memalingkan tubuhnya menghadap Tengku Dzafril Haidhar. Matanya tepat memandang wajah lelaki itu yang masih terkejut dengan tindakannya tadi yang menampar pipi lelaki itu

“Fine! Dengar sini baik-baik Tengku Dzafril Haidhar, awak nak tahu sangat kan siapa saya? Apa hubungan saya dengan HotVicious. Sekarang awak dengar betul-betul. Saya mengaku, memang saya ada hubungan dengan HotVicious. Group yang selama ni awak dan kawan-kawan awak cerita tu. Saya juga mengaku, yang saya memang kenal Elle. Lebih dari kenal…………….” kata-katanya terhenti sejenak di situ. Mengumpul kekuatan dirinya. Rasa sebak mula menyelubunginya.

“……Sebab Elle adalah masa silam saya. Saya Elle. Sekarang puas hati awak? Silakan benci saya sebanyak mana yang awak benci dekat Elle tu” ujar Larra. Dia melangkah beberapa tapak sebelum pantas berpaling. Merasa puas kerana akhirnya dia masih ada kekuatan untuk berterus terang terhadap lelaki itu tentang dirinya.

Tengku Dzafril Haidhar tergamam sejenak mendengar pengakuan Larra. Jadi memang benar orang yang dicarinya selama ini adalah isterinya sendiri. Kakinya terasa lemah. Dia terduduk di situ. Otaknya berserabut. Larra Adlea adalah nama sebenar bagi Elle, ketua kumpulan HotVicious yang dicarinya. Tiada alasan lain untuk menidakkan bahawa gadis itu bukan Elle kerana semua maklumat yang diterimanya menepati Larra. Dia menoleh sejenak ke arah Larra yang sedang berjalan terhencot-hencot menuju ke jalan utama.

Kaki dia kenapa? Sebab jatuh tadi. Otaknya di asak pelbagai soalan namun dia tiada kekuatan untuk menghalang gadis itu dari pergi. Sekadar membiarkan tubuh itu berlalu sebelum hilang di sebalik teksi yang telah ditahannya. Kini hanya tinggal dia di situ. Termangu sendirian.

*****

Larra termenung jauh. Menyesal dia kerana mengikut lelaki itu ke majlis itu malam ini. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap. Peristiwa tadi, serentak membuatkan dia teringat kembali tentang Syazriel. Kenangan lampau tentang masa sekolahnya mula mengisi kotak memorinya. Bagaimana pertama kali dia menjerat lelaki itu dalam tipu muslihatnya.

“Elle! Hujung minggu ni kau nak keluar tak?” soal Hani. Larra mengeluh perlahan sebelum menarik air tinnya.

“aku bukan tak nak keluar. Tapi bosan lah sekarang. Nak dekat exam makin bosan aku rasa” ujar Larra sambil berjalan mendapatkan rakan-rakannya yang duduk tidak jauh darinya. Ajierah tersenyum ke arahnya.

“kau pandai. Tak belajar pun boleh dapat high marks. Kita orang ni terkial-kial nak jawab” ujar Farah pula. Larra menggeleng lemah sebelum membuka penutup tin tersebut.

“mana ada. Kau orang lagi pandai kot” ujar Larra. Natalia menggelengkan kepalanya sebelum memalingkan wajahnya ke satu arah. Senyumannya mati. Lalu lengan kirinya disenggolkan ke arah Farah membuatkan gadis itu pantas menoleh ke arah Natalia.

“kau kenapa ni? Aku nak makan lah” marah Farah. Merasa terganggu barangkali. Larra turut menoleh ke arah yang dimaksudkan oleh Natalia itu. Kelihatan seorang lelaki sedang makan bersendirian di situ. Larra mengalihkan semula pandangannya ke arah Natalia. Gadis itu tersenyum memandangnya.

“Aku ada idea baik punya untuk kau Elle” ujar Natalia. Larra mengerutkan dahinya.

“kau jangan macam-macam Nat” marah Larra sambil meneguk air di tinnya. Malas mahu melayani karenah gadis itu.

“Alah! Please Elle! Bosan kot. Try lah” ujar Natalia. Farah tersenyum.

“agak lah. Dah lama kot kita tak mainkan perasaan orang” ujar Farah sebelum pandangannya diarahkan ke arah Larra. “…..go la Elle” ujar Farah.

“eh tak naklah. Budak tu pun aku tak kenal latar belakang dia. Tiba-tiba je. And by the way. Why me?” soal Larra kembali. Ajierah tersenyum.

“sebab kau paling cantik. Kau macam tak pernah buat je. Make he loves you and tinggalkan dia” ujar Ajierah pula. Larra menoleh sekali lagi ke arah lelaki itu. Kulitnya sederhana dan tingginya juga sederhana. Rupa paras yang biasa-biasa sahaja.

“pasal siapa dia. Kau tak perlu risau. Dia tu budak baru dekat sini. Tua setahun daripada kita. Dengar macam dia ada masalah dekat sekolah lama dia. Tu yang bertukar ke sini tu. Swasta kan” ujar Natalia pula. Larra menarik nafas panjang sebelum tesenyum.

“Macam ni lah Elle. Make he falls for you in just one month. Lagipun, dia tak tahu siapa kau. Dia tak tahu apa-apa pun pasal HotVicious. So just buat biasa je” ujar Farah pula. Larra mengangguk perlahan sebelum bangun. Dia tersenyum sambil menoleh ke arah lelaki itu. Kali ini ada mangsa baru. Lalu langkahnya diaturkan menuju ke arah lelaki itu.

*****

Tidurnya terganggu. Kakinya sedikit kebas. Tengku Dzafril Haidhar mendengus perlahan. Apasal katil aku keras pulak ni. Biasa lembut! Menggangu betullah, omelnya. Lalu, tubuhnya dipusingkan mencari posisi lain sebelum seketika kemudian dia dapat merasakan tubuhnya jatuh menghempap lantai. oh mak kau! Lantas dia membuka matanya luas-luas. Terus hilang rasa mengantuknya apabila menyedari kini dia sudahpun terbaring di lantai. Dia duduk sebelum menoleh ke sekeliling.

“apasal aku tidur dekat sini?” soalnya perlahan sambil menggaru-garu kepalanya. Dia masih memikirkan tentang sebab dia tidur di ruang rehat di tingkat bawah itu. Kepalanya dijatuhkan memerhati tubuhnya. Dia hanya memakai baju T-shirt bersama seluar short. Kakinya pantas diarahkan untuk bangun sebelum melabuhkan punggungnya ke sofa tempat dia tidur itu.

Perlahan-lahan dia mula sedar atas sebab apa dia tidur di situ? Semalaman dia menunggu Larra pulang ke rumah apabila gadis itu pergi meninggalkannya setelah bergaduh malam tadi. Fikirnya gadis itu akan pulang ke rumah namun tidak. Entah ke mana gadis itu pergi dia pun tidak tahu. Lantaran bimbang akan gadis itu, dia menunggu gadis itu pulang di situ sehingga tertidur. Wajahnya di raup perlahan.

Ish, dah balik belum agaknya dia? Telefon bimbitnya yang telah terpelanting jauh di lantai segera di capainya. Ingin melihat sekiranya ada panggilan kembali atau setidak-tidaknya pesanan ringkas dari gadis itu. Namun harapannya sekadar angan-angan apabila tiada sebarang panggilan mahu pesanan diterimanya. Lantas dia bangun dari sofa itu berjalan laju menuju ke bilik Larra.

Pintu bilik gadis itu diketuk beberapa kali namun masih tiada sebarang jawapan. Tengku Dzafril Haidhar mula berasa sedikit cemas. Takut-takut sesuatu yang lebih buruk berlaku. Jam tangannya ditilik sekilas.

Dah pukul 11.25 pagi. Entah-entah dia ada dekat pejabat. Lalu pantas telefon bimbitnya diseluk dari kocek seluar sebelum pantas mendail nombor Larra. Senyap. Tiada yang mengangkat. Dia masih belum berputus asa. Segera dia menelefon pejabat hotel milik isterinya itu pula. Beberapa minit kemudian talian disambungkan.

“Hello. Ermm. Boleh saya tahu, Larra ada dekat pejabat ke tak?” soalnya agak kabut. Langkahnya diatur menuju ke arah cermin kaca di hujung koridor.

“oh maaf. Ni saya, Tengku Dzafril Haidhar, suami Puan Larra. Boleh saya tahu isteri saya ada dekat pejabat atau tak?” soalnya lagi sambil memperkenalkan dirinya. Sangkanya Larra dipejabat namun hampa apabila dia diberitahu gadis itu cuti kecemasan hari itu. Tengku Dzafril Haidhar mematikan talian sebelum mengeluh perlahan. Kalau dia tak ada kat pejabat. Tak ada dekat bilik. Dia ada dekat mana?

“Marah sangat ke dia dekat aku? Mana dia pergi?” soalnya sendiri. Ke dia pergi mengadu dekat parent dia pasal aku. Namun kemudian dia menggeleng laju. Tak mungkin! Dia tak mungkin beritahu dekat orang lain pasal hubungan kita orang. Nak-nak lagi parent dia. Dia kan tak nak parent dia sedih sebab dia lagi. Dia yakin Larra tidak mengadu pada mereka. Tapi jauh di sudut hati dia, dia masih bimbang tentang di mana gadis itu kini.

Lalu memandang ke luar tingkap sebelum tiba-tiba matanya menangkap seseorang sedang duduk bersendirian di tepi kolam renang. Dia tergamam sejenak. Larra!

*****

Dia mengelamun jauh. Masih duduk di tepi kolam renang itu sejak sejam yang lalu. Entah apa yang menarik perhatiannya namun ketika itu dia hanya mahu duduk di situ. Peristiwa malam tadi masih segar dalam ingatannya. Bagaimana tubuhnya ditolak oleh lelaki itu. Mengakibatkan dia menanggung malu di hadapan orang ramai. Dia hampir pasti, tiada seorang pun yang tahu lelaki itu yang telah menolaknya ketika itu. Agh! Mesti dia orang ingat aku sendiri terjatuh. Dia menarik nafas panjang sebelum membetulkan rambutnya yang ditiup angin.

“Aku ingat kau dah tak tahu jalan nak balik rumah lagi dah” tegur satu suara membuatkan dia terkedu. Pantas dia menoleh melihat ke arah pemilik suara itu. Kini Tengku Dzafril Haidhar sedang berjalan ke arahnya sambil tersenyum.

Larra mengerutkan dahinya sebelum mendengus kasar. Jelas tidak senang dengan kehadiran lelaki itu tiba-tiba di situ. Pagi tadi ketika dia balik, lelaki itu dilihatnya tertidur di ruang rehat bawah. Namun dia sengaja membiarkan sahaja lelaki itu di situ. Malas mahu mengejutkannya.

Dia segera memalingkan wajahnya. Tidak sanggup terus memandang wajah milik Tengku Dzafril Haidhar. Baru je aku nak duduk sini tenang-tenang. Dah dia datang pulak. Kacau betullah!

“Saya balik ke, tak balik ke. Awak peduli apa? Sekarang baik awak pergi! leave me alone! Saya malas nak gaduh dengan awak” balas Larra keras.

Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang. Dia tahu Larra masih marahkannya gara-gara semalam namun dia sedikitpun tidak kisah. Biar lah perempuan tu nak benci aku. Aku tak peduli. Aku nak kau tahu, aku benci kau Elle! Lalu tanpa mengendahkan arahan Larra dia berjalan menghampiri gadis itu. Berdiri di sisi gadis itu. Kedua tangannya diselukkan ke dalam kocek. Matanya memerhati kolam renang di hadapan mereka kini.

“Ada ke aku cakap nak gaduh dengan kau? Kau pergi mana semalam tak balik rumah?” soal Tengku Dzafril Haidhar tegas.

“awak tak perlu tahu” ujar Larra. Semalaman dia tidur di suite hotelnya. Pagi-pagi lagi dia balik kerana khuatir terserempak dengan pekerja hotel yang lain.

Tengku Dzafril Haidhar memandang lama wajah Larra. Perempuan ni cakap macam tak tahu betapa risaunya aku malam tadi bila dia tak balik rumah. Dia tersenyum sinis. Memang dia tak tahu pun “tak perlu tahu? Erm, Kau duduk sini, mesti nak rasa masuk dalam kolam lagi kan?” soalnya. Dia kembali menoleh ke arah Larra.

Pandangannya jatuh pada lutut Larra yang kelihatan luka. Memerah lutut gadis itu. Bulat matanya melihat luka itu. Ish, ni ke luka dia sebab jatuh semalam? Dia jalan hencot-hencot sebab luka ni ke? Malam tadi gelap membuatkan luka itu kelihatan samar-samar namun kini dia dapat melihat jelas luka itu. Dia menelan air liurnya. Mula terasa bimbang.

Larra mencebik mendengar kata-kata lelaki itu. Dia tahu Tengku Dzafril Haidhar menyindirnya atas kejadian malam tadi ketika di rumah Tuan Idham. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa malunya diperlakukan seperti itu. Dia menoleh memandang tepat wajah Tengku Dzafril Haidhar. Wajah lelaki itu kelihatan kaget. Tapi kenapa?

“saya benci tengok awak! Lebih baik awak pergi dari sini sekarang! Tak ada gunanya bertekak dengan saya dekat sini. Awak tak dapat apa-apa benefit pun” tengking Larra.

Tengku Dzafril Haidhar menghela nafas panjang apabila dijerkah Larra begitu. Marah benar nampaknya gadis itu. Tapi lantaklah. Aku tak kisah. Kau memang patut pun kena tolak masuk dalam kolam. Lalu dia melangkah pergi ingin meninggalkan Larra sendirian di situ. Namun baru beberapa langkah, dia berhenti. Ada sesuatu yang menarik-nariknya kini untuk tidak terus pergi meninggalkan Larra. Perlahan dia menoleh semula ke arah gadis itu.

Dia menarik nafas lega sebaik sahaja lelaki beredar. Dia takut dia gagal mengawal emosi lagi. Cukuplah apa yang telah berlaku semalam. Namun rasa leganya hanya buat seketika apabila dirasakannya tangannya ditarik kasar membuatkan dia pantas menoleh. Tengku Dzafril Haidhar sedang berdiri di situ dengan memegang tangannya.

“Zaf! Apa awak buat ni?” soal Larra jelas terkejut apabila dirasakan tangan lelaki itu menariknya kuat untuk mengikutnya. Bulat matanya memandang lelaki itu. Janganlah dia apa-apakan aku. Takkanlah dia marah sebab aku halau dia tadi kot. Lelaki ni memang gila!

“Ikut aku” arah lelaki itu tegas. Larra terpaksa bangun dan berjalan laju mengikut gerak langkah lelaki itu. Lututnya yang luka mula terasa pedih dan berdenyut-denyut. Sudahlah kaki aku sakit. Lelaki ni pulak tarik aku macam apa? Apa juga nasib aku lepas ni. Larra merintih sendiri.

“Eh awak jangan buat kerja gila, Zaf! Lepaskan saya!” marahnya sambil cuba meronta dari terus dipegang oleh lelaki itu namun usahanya sia-sia apabila lelaki itu langsung tidak menghiraukannya. Sebaliknya menariknya dengan lebih kasar dan memaksanya untuk berjalan dengan laju. Larra mengetap bibirnya. Rasa sakit di lututnya sudah tidak tertahan. Air matanya mula merembes keluar.

“Zaf! I said stop! Kaki saya sakit!” jeritnya kuat membuatkan serentak langkah lekaki itu berhenti. Menoleh memandangnya sejenak sebelum pandangan lelaki itu jatuh memandang lututnya pula. Sangkanya lelaki itu ingin melepaskan pegangannya namun tekaannya meleset. Lelaki itu masih memegangnya dengan kuat.

Tengku Dzafril Haidhar diancam rasa kasihan melihat Larra. Agh aku lupa lutut dia sakit sebab luka tu. Apa sengal sangat aku pergi tarik dia. Dia memarahi dirinya sendiri. Lalu tubuh gadis itu ditariknya perlahan sebelum tangannya pantas mendukung tubuh Larra. Jantungnya berdegup kencang. Langkahnya kembali diatur menuju ke ruang rehat tempat dia tertidur malam tadi. Larra di dalam dukungannya sudah meronta-ronta meminta dilepaskan.

Larra tergamam sejenak apabila menyedari dirinya kini sudahpun didukung oleh lelaki itu. “hei! Apa buat ni! Aaaaaa!! Lepaskan saya” jerit Larra kuat sambil meronta semahunya. Dia benar-benar berharap agar lelaki itu melepaskannya namun lelaki itu terlalu kuat. Sungguhpun dia mencuba sedaya upaya, dia masih gagal untuk lari dari lelaki itu.

“kau boleh diam tak! Kalau kau meronta macam ni, makin sakitlah kaki kau!” jerit lelaki tiba-tiba membuatkan Larra terkedu. Masih terkejut kerana ditengking tiba-tiba. Rontaanya menjadi semakin kuat. Lantaklah, janji aku tak kena dukung dengan lelaki gila macam kau! Akhirnya dia berjaya melepaskan diri dan kini tubuhnya terhenyak di kusyen. Lara terdiam sejenak. Erk, aku berjaya lepaskan diri atau dia yang letak aku dekat sini?

“duduk sini kejap” arah Tengku Dzafril Haidhar. Suaranya sudah lagi tidak setinggi tadi. Dia melangkah menuju ke arah almari yang tidak jauh dari mereka.

Setelah tubuh Tengku Dzafril Haidhr menjauh membuatkan Larra melihatnya sebagai peluang untuknya melepaskan diri. Dia sendiri masih gusar akan tujuan sebenar lelaki itu membawanya ke situ. Entah apa agaknya yang lelaki tu nak buat? Baik aku larikan diri dulu. Pantas dia bangun dan berjalan menuju ke pintu keluar dari ruang rehat itu. Keadaan kakinya yang sakit membuatkan pergerakannya menjadi agak perlahan. Namun dia mencuba sedaya upaya untuk melarikan diri dari lelaki itu.

“woi! Kau nak pergi mana tu? Aku cakap duduk situ” marah Tengku Dzafril Haidhar apabila menyedari Larra yang sedang berjalan keluar dengan kakinya yang terhencot-hencot. Cepat-cepat dia berlari mendapatkan Larra. Dia ni dah sakit tapi tak padan sakit. Masih nak buat perangai degil. Cuba lari dari aku! Tengku Dzafril Haidhar memarahi Larra di dalam hati. Lalu tubuh gadis itu pantas ditangkapnya.

Larra menjerit apabila merasakan bahunya ditangkap seseorang. Tubuhnya kini diangkat laju sebelum ditolak ke atas sofa. Tempat di mana lelaki itu meletakkannya mula-mula tadi. Terkebil-kebil matanya memandang Tengku Dzafril Haidhar yang masih memandangnya. Lalu lelaki itu mengambil tempat di meja di hadapannya. Duduk bertentangan dengannya.

“Kau ni, tak padan sakit, tapi melawan mengalahkan orang yang sihat” ujar Tengku Dzafril Haidhar smbil membuka kotak kecemasan yang baru diambilnya dari almari ketika Larra hendak melarikan diri tadi.

Sempat dia mengerling sekilas ke arah Larra di hadapannya yang membisu. Bebola mata gadis itu tak lepas memandang gerak langkah tangannya yang sedang mencapai satu persatu alatan di dalam kotak tersebut. Muka cuak habis . Macam lah aku nak apa-apakan kau. Dia tergelak sendiri.

Larra mengerutkan dahinya melihat lelaki itu mengeluarkan kapas dan ubat antibiotik. Apa dia ni nak buat dekat aku? Tiba-tiba dirasakannya kakinya dipegang sebelum mula diangkat dan diletakkan di atas paha lelaki itu. Eh apahal dengan dia ni? Nak pegang-pegang kaki aku pulak. Cepat-cepat dia menarik kembali kakinya. Tidak mahu kakinya terus berada di atas paha lelaki itu. Dia perasan Tengku Dzafril Haidhar mendongak memandangnya dengan wajah yang terkejut. Mungkin agak geram dengan tindakannya yang melawan.

“kau. Kalau tak melawan aku, tak boleh ke? Aku nak tolong kau ni” Sekali lagi tangan kasar milik lelaki itu mencapai kakinya namun kali ini cengkamannya kuat dan Larra tidak mampu untuk menarik kembali.

‘Lepaskan kaki saya!” marah Larra namun memang sia-sia berbicara dengan orang yang pekak. Sedikitpun lelaki itu tidak mengendahkan jeritannya. Kakinya diletakkan di atas paha milik lelaki itu sebelum lelaki itu mula melekapkan kapas yang sudah dibasahkan dengan cecair antibiotik ke lukanya.

“Ouch!” jeritnya apabila lukanya diusik. Lututnya terangkat sedikit. Menahan rasa sakit. Lukanya terasa pedih.

Perlahan Tengku Dzafril Haidhar mendongak. Memandang wajah Larra yang berkerut. Rasa sakit barangkali. Dia menelan air liurnya.

“Sakit ea? Sorry, aku buat slow-slow” ujar Tengku Dzafril Haidhar seolah memujuk. Fokusnya kembali pada lutut Larra. Luka pada lutut gadis itu ditiupnya perlahan sebelum mula menyapu kembali luka itu dengan cecair antibiotik. Dengan penuh berhati-hati.

Larra mengerutkan dahinya memandang pelik kelakuan lelaki itu yang sedang asyik meniup luka pada lututnya. Biar betul dengan lelaki ni? Semalam dia kata dia benci aku. Tapi sekarang kenapa dia pergi tolong sapukan ubat antibiotik pulak ni? Dia ni sebenarnya benci ke tak? Persoalan itu mula bermain-main di kepalanya. Buat pertama kalinya dia merasakan lelaki itu bersikap ‘gentleman’. Agh! Dia bukan gentleman. Mesti ada sebab kenapa dia nak pergi tolong sapukan ubat dekat kaki aku.

Tengku Dzafril Haidhar diancam rasa bersalah melihat luka sebesar 5 cm di lutut Larra itu. Mungkin kelihatan kecil baginya namun dia yakin bagi seorang perempuan, luka sebesar itu pasti sakit. Dia dikejutkan apabila gadis itu sekali lagi cuba menarik kakinya dari pahanya. Ish! Perempuan ni tak boleh duduk diam-diam ke?

“Dahlah saya boleh buat sendiri” ujar Larra.

Serentak membuatkan ego Tengku Dzafril Haidhar sedikit tercabar. Wajah mulus Larra dipandangnya. Geram dengan kelakuan Larra. Dia ni, kenapa? Ingat senang ke aku nak sapu ubat dekat perempuan? Dia tahu tak, dia satu-satunya perempuan yang pernah dapat layanan macam ni dari aku. Tapi tak reti-reti bahasa lagi. Still lagi nak berlagak. Tak nak aku sapu konon.

“Kau boleh duduk diam-diam tak?! Dah tahu luka besar macam ni, pun tak tahu nak sapu ubat sendiri! Bodoh sangat kenapa?” tengkingnya sambil menyapu ubat sapu pula di luka itu. Meluahkan rasa geramnya kerana Larra menolak untuk disapu ubat olehnya. Kaki Larra masih dipegangnya.

“Suka hati sayalah nak sapu ke tak nak. Lutut tu saya punya bukan awak!” jerkah Larra kembali. Tengku Dzafril Haidhar menjeling seketika ke arah Larra. Malas hendak membalas kata-kata gadis itu. Memang lah lutut ni lutut kau. Tapi aku yang tengok tak senang. Agak-agak kalau dah baik, ada parut tak nanti? Dia menyoal dirinya sendiri. Risau sekiranya lutut Larra cacat dengan parut.

Namun seketika kemudian, tumpuannya bukan lagi ke atas lutut Larra. Sesekali matanya melirik ke paha putih yang kelihatan di sebalik skirt birunya yang terselak. Dia dapat merasakan perubahan pada dirinya. Fikirannya bukan lagi tertumpu pada lutut Larra. Namun pada sesuatu yang lain. Dia mula jadi tidak tentu arah.

“Agh! Kau buatlah sendiri” marahnya tiba-tiba sambil menolak kaki Larra dari pahanya sebelum bangun berdiri dan terus berjalan keluar dari bilik rehat itu meninggalkan Larra serta merta. Larra dilihatnya sedikit tercengang dengan tindakannya tiba-tiba itu. Lantaklah! Dia tak tahu apa yang aku tengah fikir sekarang. Dari aku buat something yang tak patut dekat dia, baik aku pergi cepat-cepat.

Larra mengerutkan dahinya sambil memandang Tengku Dzafril Haidhar yang telah pun menghilang di sebalik gerbang keluar ruang rehat itu. Dia mencebik. Apa kena dengan lelaki tu? Tadi kau jugak yang beriya-iya nak sapu. Matanya melihat kembali lukanya yang hanya siap dibalut separuh. Teringat kembali kata-kata lelaki itu padanya sebentar tadi.

“kau boleh duduk diam-diam tak. Dah tahu luka besar macam ni pun tak nak sapu ubat. Bodoh sangat kenapa?” dia mengejek ayat lelaki itu sambil tangannya mengemaskan balutan di lututnya.

Kemudian, dia segera memasukkan kembali ubat-ubatan yang digunakan oleh lelaki itu yang masih bersepah-sepah di atas meja. Satu keluhan berat dilepaskannya. Dia keliru dengan sikap lelaki itu terhadapanya. Kalau kau dah benci sangat dekat aku sebab aku Elle, kenapa kau nak tolong aku rawat luka aku?

*****

Aqiem menyangkutkan jaket yang dipakainya ke kerusi sebelum matanya menangkap Ayie dan Fahim yang terlebih dahulu berada di situ. “asal kau telefon ajak jumpa ni? Dekat McD pulak tu. Jarang kot kau ajak kita oang lepak sini” ujar Aqiem sedikit hairan. Kebiasannya mereka berlima akan lepak di Pub Zeen. Namun kali ini berbeza apabila Ayie tiba-tiba menelefonnya dan meminta dia untuk datang ke situ.

Ayie tesenyum. “saja nak tukar angin. Lagipun, budak Zaf tu aku rasa dah stop minum. Dua kali dia lepak dengan kita dekat situ. Dua kali tu aku dah tak nampak dia sentuh minuman keras. So tak salah kan kalau kita lepak McD je?” soal Ayie lagi. Fahim tergelak sendiri sambil mengangguk.

“Memang tak salah pun. Kau dah order belum Qiem? Pergi lah order dulu sementara tunggu Zaf dengan Joe” ujar Fahim pula. Aqiem mengangguk sambil bangun meninggalkan mereka. Joe datang dengan senyuman lebar. Sempat dia menahan Aqiem yang hendak beredar dari situ.

“weh kau nak pergi order eh? Tolong orderkan untuk aku sekali” ujar Joe. Fahim tergelak melihat Joe.

“pemalas betul” ujar Ayie.

Aqiem tersenyum memandang Joe dan Fahim yang sekadar memerhati. Pandangannya kembali pada Joe “kau nak apa? Cepat lah” ujarnya.

“Big Mac pun boleh lah” ujar Joe sambil ketawa. Aqiem mengangguk perlahan sambil berjalan menuju ke kaunter. Lalu, Joe mengambil tempatnya. Dia tersenyum lebar memandang ke arah Ayie dan Fahim.

“kau apahal doh? Ceria semacam je? Ada berita baik ke?” soal Ayie. Sedikit hairan melihat Joe. Sememangnya dalam mereka berlima, Joe adalah yang paling ceria namun malam itu luar biasa cerianya.

“tak ada apa-apalah. Just pelik sikit je apasal kau ajak kita orang lepak sini pulak malam ni” ujar Joe.

Ayie tersenyum. Menoleh memandang Fahim. “aku rasa kita patut nasihatkan Zaf. Apa yang dia buat dekat Larra tu salah. Dia benci Larra sebab Elle. Padahal kita semua tahu yang Elle tu dah jadi baik sekarang” ujar Ayie.

Fahim pantas menyenggol bahu Ayie apabila melihat Tengku Dzafril Haidhar kini sudahpun berjalan ke arah mereka dengan set makanan di dalam dulangnya. Duduk di hadapan mereka. Joe menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar.

“kau baru potong rambut eh? Lawa seh style rambut kau” ujarnya sambil memerhati rambut Tengku Dzafril Haidhar. Sememangnya dalam kalangan mereka berlima, Tengku Dzafril Haidhar adalah orang yang paling suka menukar gaya rambutnya. Dah kalau handsome, buat gaya rambut macam mana pun kena je dengan muka kau.

“eh mana ada. Dah lama kot” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil tersengih.

“bohong la kau. Ni style baru ni. Rambut kau sebelum ni aku rasa macam panjang sikit kot. Ni macam kau tukar. Siap highlight lagi” soal Fahim. Dia sudah menyedari perubahan rambut lelaki itu sejak dari tadi lagi. Aqiem kembali ke meja mereka sambil tersenyum.

“oii Zaf” tegur Aqiem sambil meletakkan dulangnya pula ke atas meja. Menghulurkan set makanan yang dipesan oleh Joe. Tengku Dzafril Haidhar menoleh ke arah Aqiem sebelum kembali menoleh ke arah Joe pula yang tersenyum lebar.

“kau suruh Aqiem belikan? Sian kawan aku” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil memegang bahu Joe. Seolah-olah mempertahankan Aqiem. Joe tersengih.

“habis aku ni bukan kawan kau lah eh Zaf? Dah time tu dia nak pergi order. Sekali je lah” ujar Joe seolah berjauh hati. Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sebelum menoleh ke arah Ayie. Sedikit terkejut kerana Joe terasa hati dengan kata-katanya. Alah! Dia ni aku gurau je kot.

“alah Joe. Apa ni? Tak macho lah aku baru acah-acah sikit dah nak touching. Aku gurau” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Tangannya menepuk bahu Joe di sisi. Lelaki itu sekadar berdiam diri. Langsung tidak melayan pujukan Tengku Dzafril Haidhar.

“ambil kau Zaf. Pujuk si Joe ni” ujar Fahim sengaja membuatkan Tengku Dzafril Haidhar brtambah bimbang.

Joe membetulkan duduknya sebelum menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang masih memandangnya. “haa tau pun kau. Takut kan? Takut kan aku merajuk? Kan kan? Eh kau datang sini Larra tahu tak?” soal Joe sengaja membuka cerita tentang Larra. Jelas kelihatan riak wajah sahabatnya itu berubah apabila nama Larra di sebut.

Tengku Dzafril Haidhar menoleh sekilas ke arah rakan-rakannya yang lain. Semua sedang asyik memandangnya. Perlahan dia menggeleng sebelum tertunduk. Otaknya masih sarat memikirkan masalah Larra. Satu keluhan berat dilepaskannya. “dia tak tahu” ujarnya perlahan.

Fahim merenung lama wajah sahabatnya itu. Wajahnya jelas kusut apabila disebut tentang Larra. Dia menghela nafas panjang. “Zaf. Aku tak berniat nak masuk campur urusan rumah tangga kau orang. Tapi aku rasa apa yang kau buat malam tu, tak patut. Sebagai lelaki aku rasa tak patut” ujar Fahim perlahan. Sengaja dia berterus terang. Memang itulah tujuan mereka ingin berjumpa malam itu. Menasihati Tengku Dzafril Haidhar.

Tengku Dzafril Haidhar berhenti mengunyah. Menoleh ke arah Fahim. Meminta penjelasan tentang kata-kata sahabatnya itu. Makanan di mulutnya ditelan perlahan. “apa maksud kau?” soalnya. Macam mana dia boleh tahu pulak aku yang tolak Larra? Tak ada siapa pun perasan pasal hal tu?

“Larra. Aku tahu kau yang tolak dia malam tu. Walaupun aku tak nampak tapi pelik kalau dia boleh tiba-tiba jatuh masuk dalam kolam renang tu tanpa sesiapa tolak dia. Lagipun kau bersama dia masa tu” ujar Fahim lagi.

“kau orang cakap apa ni?’ soal Tengku Dzafril Haidhar. Dia mula berasa tidak senang hati dengan sahabatnya itu. Itukah tujuan mereka berkumpul malam ni? Nak slow talk dengan aku pasal Larra?

“Zaf, relax dulu. Sebagai kawan, aku just…..” belum sempat Ayie menghabiskan kata-katanya Tengku Dzafril Haidhar terlebih dahulu bersuara.

“semua ni tak ada kaitan dengan kau orang. So just mind your own business” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Dia sememangnya malas mahu bercerita tentang Larra. Kalau ditanya dirinya sendiri pun belum tentu dia dapat menjawab semuanya dengan mudah. Dia sendiri tidak tahu apa perasaannya terhadap Larra kini. Agh! Kenapalah aku boleh kahwin dengan Larra pulak.

“okay. Aku mind business aku sendiri je. Tapi kau kena ingat. Larra tu isteri kau. Just sebab dia Elle, macam tak fair kalau kau nak layan dia teruk macam tu. Berdendam dengan dia ? aku tak faham lah kenapa dengan kau” ujar Joe mula menyampuk setelah lama berdiam diri. Dia menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang sudahpun tersandar. Termenung jauh dengan wajah murungnya.

“aku tak berdendam dengan dia sebab kenapa dia Elle. Aku dendam dengan dia atas perbuatan dia dekat kawan aku” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Rasanya, sudah sampai masa untuk aku beritahu sebab sebenar kenapa aku berdendam dengan Elle. Aku takkan apa-apakan dia kalau dia bukan orang yang buat kawan aku terjun dari tingkat 3. Tapi masalahnya di adalah perempuan tu. Perempuan yang sebabkan kawan aku nak bunuh diri.

Aqiem mengerutkan dahinya mendengar kata-kata Tengku Dzafril Haidhar itu. Seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan oleh lelaki itu namun tidak mahu bercerita. Apa sebenarnya ni? Apa yang sebenarnya dirahsiakan oleh Tengku Dzafriel Haidhar dari pengetahuan mereka.

“okay. kenapa kau cari dia? Kau ada dendam apa sebenarnya dengan dia?” soal Aqiem. Sengaja dia bertanya begitu. Dia sudah malas hendak duduk diam dan melihat sahaja. Tengku Dzafril Haidhar menoleh ke arahnya sebelum memandang meja di hadapannya. Satu keluhan berat dilepasakannya.

“Lelaki yang kau orang kata koma. Mangsa buli Elle tu, adalah kawan baik aku sendiri. Dia kawan aku dari sekolah rendah. Masa kita orang Form 4, aku dengan dia sama-sama terpaksa keluar daripada sekolah asal kita orang sebab masalah disiplin. Dia masuk sekolah Elle, dan aku masuk sekolah kau. That’s how aku boleh kenal Aqiem” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“what? Jadi lelaki tu kawan kau? Kau jangan cakap, tujuan kau suruh kita orang cari Elle adalah untuk balas dendam dekat dia pasal apa yang dia pernah buat dekat kawan kau?” soal Joe. Tengku Dzafril Haidhar dilihatnya mengangguk.

Ayie yang sedang minum air hampir tersembur mendengar pengakuan lelaki itu. Merasakan perbuatannya mencari identiti Elle adalah satu kesilapan. Agh! Tapi aku mana tahu budak Zaf ni nak balas dendam. Aku ingat sebab saja saja.

Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya yang terasa kelat. Memikirkan tentang kejadian itu hampir sahaja membuat otaknya kacau bilau. “sebab aku pernah berjanji dengan kawan aku, yang aku akan balas dendam dekat perempuan yang dah buat dia koma masa tu. Tapi aku langsung expect bila aku jumpa balik siapa perempuan tu. Dia adalah isteri aku sendiri. Langsung aku tak expect Larra tu adalah Elle” ujar Tengku Dzafril Haidhar meluahkan rasa hatinya kini. Kenapalah Larra tu Elle? Kalau Elle bukan Larra aku takkan ada masalah nak balas dendam.

“Zaf. apa pun yang Larra dah buat. Kau patut fikir rasional. Jangan sebab janji kau dekat kawan kau, rumah tangga kau goyang. Kenyataanya, Larra atau pun Elle dah sah jadi isteri kau. Sebagai suami dia kau patut protect dia, bimbing dia. Bukan makin hancurkan dia. Aku tak nak kau menyesal satu hari nanti just sebab kau terburu-buru nak balas dendam dekat Elle” ujar Ayie lagi.

“betul kata Ayie tu. Semua yang dia buat tu, dari masa silam dia. Lagipun aku boleh nampak macam mana dia sekarang. Dia dah berubah Zaf. Tak adil kalau kau nak hukum dia sebab masa silam dia” ujar Joe pula.

“sekarang apa yang aku boleh nampak. Kau tersepit antara kawan baik kau dan isteri kau sendiri. Nasihat aku, lupakan jelah benda lama tu. Seingat aku, bukan ke yang lelaki yang koma tu dah okay sekarang? Dia ada dekat mana sekarang?” soal Aqiem pula.

“Syazriel. Dia ada dekat Amsterdam sekarang. Entahlah. Aku stuck. Aku tak tahu apa yang patut aku buat. Memang betul, aku yang tolak Larra malam tu. Aku ingat aku rasa puas hati bila buat dia macam tu tapi sebaliknya. Aku tak rasa puas hati pun. Makin rasa teruk adalah” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Dia lupa tentang egonya buat seketika. Di situ, dia meluahkan rasa hatinya di hadapan rakan-rakannya yang lain.

Joe terdiam sejenak sebelum menoleh ke arah Ayie dan Fahim. Itu adalah pertama kali Tengku Dzafril Haidhar berkata begitu. Meluahkan perasaannya. Rasa teruk sebab perempuan? Zaf ke ni?

“Zaf. Aku rasa kau dah jatuh cinta dekat Larra tu lah” ujar Joe. Fahim menoleh ke arahnya sebelum memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar dengan wajah yang tidak percaya.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan dahinya. Merasa kelakar dengan kenyataan yang baru dikeluarkan oleh Joe. Walaupun dia mungkin menyatakan dia rasa makin teruk kerana menyakiti Larra namun tak bermakna aku suka dia. Entah apa-apalah kau ni Joe. Dia tergelak sendiri sebelum menggeleng perlahan. “Tak. Tak mungkin aku suka dekat perempuan yang dah buat member aku koma. Lagipun aku jelas dengan perasaan aku sendiri. Tak mungkin aku suka dia” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Jelas? Yang tu bohong. Yang sebenarnya aku tak jelas langsung pasal perasaan aku terhadap Larra. Aku keliru.

“Kalau tak mungkin, kenapa kau nak rasa teruk pulak? Listen Zaf, kau pernah dengar tak.. Errr aku lupa lah apa ayat betul dia. Just translate lah. Lelaki bersifat kejam dengan perempuan yang paling dia suka. This true? Aku terpaksa terus terang, tapi kau ego. Kau buat sema tu sebab kau nak halang perasaan kau dekat dia” soal Aqiem.

Tengku Dzafril Haidhar kehilangan kata. Betul ke? Aku berpura-pura benci dekat dia just sebab aku nak halang perasaan aku sendiri? Kalau betul, maksudnya dari first time aku jumpa dia dekat rumah mummy aku dah suka dia? Macam tu ke? Kalau tak kenapa aku layan dia paling teruk antara semua perempuan yang aku pernah jumpa? Dia cuba memikirkan kata-kata Aqiem itu. Namun masih buntu. Bahunya ditolak perlahan membuatkan dai pantas menoleh ke arah Joe di sisi.

“Man! Kau patut syukur apa yang kau ada sekarang. Rumah, kereta, kekayaan dan rupa semua kau ada. Kau lengkap dari segi luaran. Tapi kau sedar tak yang hati kau tu kosong. Kau tak pernah betul-betul suka perempuan. Lagipun, aku tak nampak dekat mana salahnya kalau kau betul dah suka dekat Larra. Dia isteri kau. Milik kau. Apa masalahnya?” ujar Joe ceria. Fahim dan Ayie mengiyakan kata-kata lelaki itu.

“betul. Kalau aku jadi kau, aku rasa aku memang lelaki yang bertuah gila lah. Larra tu, semua orang tahu betapa cold nya dia dengan lelaki. Hey, lagipun dia tu cantik okay. Cantik gila tapi tak pernah layan seorang pun lelaki. Aku harap kau tak terasa, tapi lelaki tu semua termasuk dengan kawan baik kau tu sekali. Aku pernah dengar dia ada main-mainkan perasaan lelaki tapi semua tu benda lepas. Alah, cantik. Biasalah tu. Berapa ramai lelaki gilakan dia tapi kau yang dapat dia. Kau tak rasa betapa untungnya kau ke?” ujar Ayie.

Sememangnya gadis itu terkenal dengan sikap dinginnya terhadap lelaki. Sedangkan nak jadi boyfriend perempuan tu pun mungkin mimpi memandangkan dia tak bagi mana-mana lelaki jalinkan hubungan serius dengan dia. Tapi kau, dah jadi suami dia pun. Langsung tak bersyukur. Ish gila betul Zaf.

“jangan ikat diri kau dekat janji lama kau lah Zaf. Its good, menepati janji tapi kau perlu berfikir dengan wajar. Benda tu dah lama berlaku. Kawan kau tu sekarang pun dah tak ada apa-apa. Dan Larra dah berubah jadi baik. Kau patut terima Larra seadanya. Siapa dia, apa pun dia pernah buat, terima Zaf. She’s your wife, man! Tu hakikat dia sekarang. Kau dah pun kahwin dengan Elle. Lupakan benda yang lepas” ujar Fahim pula. Dia benar-benar berharap Tengku Dzafril Haidhar faham maksudnya. Dia hanya mahu melihat lelaki bahagia dengan Larra. Tanpa perlu terikat dengan janjinya lamanya.

“i don’t know. Aku rasa aku perlukan masa lah nak fikir pasal semua ni. Aku sekarang betul-betul serabut” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“tapi yang pasti, kau betul-betul jumpa Elle dekat KL Tower tu” ujar Joe sambil ketawa.

Tengku Dzafril Haidhar menoleh. Eh? Baru aku perasan. Aku datang situ sebab nak jumpa Elle. Dan kalau Larra yang Joe jumpa masa tu. Dan Larra adalah Elle. Jadi memang dia yang aku jumpa masa tu. Dia seolah tidak percaya dengan dirinya sendiri. Ketawa sendiri.

“dia dah senyum-senyum tu. Lain macam ni. Baik kau pergi check doctor lah Zaf” ujar Fahim sambil ketawa.

*****

Perutnya yang lapar membuatkan dia terpaksa turun ke dapur itu. Ketika kakinya melangkah masuk di dapur itu, dia sedikit tersentak apabila mendapati sekujur tubuh milik lelaki itu sedang berada di situ. Termenung menghadap ke tingkap kaca sambil bersandar di tepi meja. Larra mencebik sebelum segera menuju ke tepi dapur dan mencapai periuk. Langsung tidak menegur lelaki itu.

Tengku Dzafril Haidhar menjeling Larra. Gadis itu langsung tidak menegurnya. Agh! Dia nak tegur aku pun buat apa.

“Kita pergi Korea” ujar Tengku Dzafril Haidhar sengaja menarik perhatian Larra namun hampa apabila Larra langsung tidak menoleh ke arahnya. Sebaliknya berpura-pura seolah tidak dengar. Tengku Dzafril Haidhar mula geram melihat sikap acuh tidak acuh gadis itu. Perlahan dia menghampiri tubuh Larra sebelum menarik tangan gadis itu . Tubuh Larra dihadapkan memandangnya. Dai memandang lama wajah Larra. Larra mendongak dengan wajah yang tekejut.

“Honeymoon tu kita pergi Korea” ujar Tengku Dzafril Haidhar dengan lembut. Larra pantas menarik lengannya dari terus berada di dalam genggaman Tengku Dzafril Haidhar. Tidak suka berada dekat dengan lelaki. Lalu dia pantas bergerak sedikit jauh dari lelaki itu. Kelakuan lelaki itu kelihatan aneh di matanya.

“saya tak nak pergi” ujar Larra dingin. Periuk itu diisikannya dengan air.

Tengku Dzafril Haidhar terdiam sejenak. Cuba memikirkan ayat seterusnya bagi memujuk Larra untuk turut serta. Tubuhnya disandarkan dia kabinet itu sambil matanya tak lepas memadnang ke arah Larra. Sikap dingi gadis itulah yang seringkali mencabar egonya. “kau kena pergi’ ujar Tengku Dzafril Haidhar tegas.

Larra mengerutkan dahinya sebelum menoleh memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar. Dia tersenyum sinis. Kau benci aku? Jadi nak buat apa lagi spend masa kau, buang masa kau pergi honeymoon dengan aku. Kita bukannya baik pun. “kenapa pulak? Suka hati sayalah saya nak pergi ke tak nak” ujar Larra cuba melawan kata-kata lelaki itu.

Tengku Dzafril Haidahr mendengus geram. Larra memang pandai menaikkan kemarahannya. “then kau jawab sendirilah dekat mak bapa kau, dan mak bapak aku sebab kenapa kau tak nak pergi. Sebab aku dah settlekan semuanya” ujar Tengku Dzafril Haidhar lagi. Ayatnya kedengaran seolah mengugut.

Larra kehilangan kata. Dia mengeluh perlahan. Air liurnya yang terasa kelat ditelan juga. Perlahan dia memalingkan tubuhnya menghadap Tengku Dzafril Haidahr yang berdiri tidak jauh darinya. “Kenapa Korea?” soal Larra.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sinis. Soalan Larra itu merupakan petanada baik bahawa gadis itu mahu pergi bersamanya. Tangannya diselukkan ke dalam kedua-dua kocek seluarnya. Berjalan menghampiri Larra “kau pernah pergi Korea?” soal Tengku Dzafril Haidhar. Larra mengerutkan dahinya sebelum mula berundur.

“tak” ujar Larra perlahan sambil menggeleng. Sedikitpun tidak berani memandangnya. Berpura-pura sibuk dengan sesuatu yang lain. Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang.

“Oh aku lupa. Kau habiskan banyak masa kau dekat London kan? Sian kau terpaksa tinggal sana dalam usia yang muda. Kau baru form 4 kan masa tu?” ujar Tengku Dzafril Haidahr ambil berjalan semakin hampir Larra. Perlahan-lahan tangannya menggosok lembut kepala Larra. Larra pantas menepis tangannya. Wajah gadis itu kelihatna merona merah. Menahan marah barangkali, teka Dzafril Haidahr.

Larra menoleh ke arah lelaki itu. Dia tahu Tengku Dzafril Haidhar sengaja memerlinya. “benda tu tak ada kaitan okay. Kenapa awak pilih Korea?” soal Larra kembali. Matanya dijegilkan memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang sedang merenungnya.

“sebab i think its a romantik place for us” ujar Tengku Dzafril Haidhar lagi. Larra mengangkat keningnya. Sedikit lucu mendengar kata-kata lelak itiu. Tak boleh nak hiperbola lagi ke ayat lelaki ni?

“romantik. Perkataan romantik tu takkan pernah ada antara kita” ujar Larra. Tengku Dzafril Haidhar merenung lama wajah milik Larra. Dia menganguk.

“tahu. that’s why aku pilih Korea rather than Venice” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil berjalan meninggalkan gadis itu. Langkahnya mati. Dia menoleh memandang ke arah Larra. Perlahan matanya jatuh pada lutut Larra yang masih berbalut. Menelan air liurnya. “weh! Luka kau tu jangan lupa sapu ubat” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Selesai berkata dia pantas berjalan meninggalkan Larra sendirian di dapur itu. Tanpa menoleh lagi.

Larra mengerutkan dahinya. Pelik dengan sikap aneh lelaki itu. Buat apa dia sibuk pulak nak ingatkan aku pasal luka aku? Aku bukan budak kecik! Ish, pelik!

*****

Larra melemparkan pandangannya ke luar tingkap pesawat itu. Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Perjalanan dari lapangan terbang KLIA ke kota Incheon mengambil masa lebih kurang 6 jam. Waktu di sana adalah lewat satu jam dari Malaysia.

Tengku Dzafril Haidhar di sisinya dikerling sekilas. Sejak dari mereka berlepas lagi, lelaki itu langsung tidak mengendahkannya. Lebih senang menyumbat telinganya dengan Ipod di tangan. Lelaki itu fokus membaca majalah yang sempat dibelinya ketika mereka masih di KLIA tadi.

Agh! Bosan gile! Larra mendengus perlahan sebelum kembali menoleh ke luar tingkap. Teringat kembali bagaimana lelaki itu memaksanya untuk turut serta ke bulan madu mereka ini sedangkan hubungan mereka masih belum baik. Eh? Memang tak pernah baik pun kan. Larra menguap perlahan. Matanya mula kuyu menahan kantuk yang tiba-tiba datang.

“mengantuk pulak” ujarnya perlahan sambil menguap lagi.

Mungkin kerana dia masih penat seharian di pejabat. Setelah pulang di pejabat, dia dikejutkan dengan berita lelaki itu yang tiba-tiba memberitahu bahawa mereka akan berlepas ke Seoul hari itu juga. Gila! Cakap last minute. Kelam kabut aku kemaskan baju. Patutlah papa pelik semacam je bila nampak aku tengahari tadi. Rupa-rupanya dia tahu aku nak pergi bercuti hari ni. Ish! Matanya kini sudah gagal ditahan. Beberapa kali dia tersengguk-sengguk gara-gara terlelap. Akhirnya dia tertidur juga.

Tengku Dzafril Haidhar menyelak-nyelak majalah di tangannya itu. Tidak ada satu pun yang menarik perhatiannya. Satu keluhan berat dilepaskannya sebelum tiba-tiba matanya menangkap satu tajuk artikel di hujung kecil pada muka yang diselaknya itu. Indahnya Hubungan Yang Halal? Dia tersenyum sinis. Tajuk apa lah dia bagi ni. Siapa yang nak baca. Lalu dia terus menyelak ke halaman berikutnya tanpa memberi perhatian pada artikel itu. Namun senyumannya mati apabila tiba-tiba bahunya menangkap sesuat yang berat di situ. Sedang bersandar di bahunya. Pantas dia menoleh. Bulat matanya melihat kepala Larra yang sedang terlentok di bahunya. Perempuan ni biar betul? Sengaja nak buat aku gabra ke apa?

“weh! Kau buat apa ni?” soal Tengku Dzafril Haidhar sambil menjungkitkan sedikit bahunya berharap Larra akan tersedar.

Namun hanya sia-sia. Aduh! Dia ni tidur mati ke apa? Sedikit geram apabila menyedari gadis itu sudahpun tertidur lena. Haruman dari rambut Larra mula menusuk hidungnya. Pegh! Wangi gila rambut perempuan ni. Dia mula terbuai-buai. Namun buat seketika dia mula tersedar keadaan mereka berdua. Aku tak boleh biarkan ni. Mesti kena halang.

Lalu tangan kanannya pantas dirahkan memegang kepala Larra yang masih bersandar di bahunya. Perlahan dia menolak kepala Larra dari bahunya sebelum kepala milik gadis itu disandarkannya ke tingkap. Dia tersenyum puas melihat Larra yang langsung tidak menyedari kepalanya sudah dialihkan.

“Peh! Gila la tidur mati dia ni. Aku angkat kepala kau pun tak sedar. Sedap je nak landing kepala dia yang berat 2 kilo tu dekat bahu aku” ujarnya sambil tersenyum sebelum menyambung kembali pembacannya yang terhenti tadi.

Serentak otaknya mula memikirkan artikel yang dilihatnya tadi. Cepat-cepat tangannya menyelak kembali ke muka surat majalah yang ditinggalkannya itu. Mula membaca artikel tersebut. Dia membaca kesemua ayat-ayat yang tertulis pada artikel itu.

Terangkat keningnya apabila terbaca bahawa apabila suami dan isteri bersentuh tangan maka akan ada pahala. Gugur dosa-dosa kecil? Eh biar betul? Pegang tangan pun dapat pahala? Dikerlingnya seketika tangan Larra yang diletakkan di tepinya. Halus dan runcing. Namun cepat-cepat dia mengosongkan fikirannya. Tidak mahu terus memikirkan tentang hal itu. Matanya ditutup rapat. Dia juga letih kerana seharian menguruskan segala-galanya tentang percutiannya bersama Larra itu.

“penatnya” dia mengeluh perlahan.

Dupp! Jantungnya berdegup hebat. Matanya yang sudah tertutup pantas dibuka kembali. Peristiwa itu berulang lagi. Bahunya terasa ditindih oleh sesuatu. Dia menoleh perlahan dan seperti dijangkanya kepala Larra berada di situ.

“ish. Dia punya kepala ni asyik-asyik nak lentok sini” marahnya sebelum tangannya sekali lagi diarahkan ingin menolak kepala gadis itu dari terus berada di bahunya. Namun melihat wajah Larra yang sedang nyenyak membuatkan dia terhenti. Diperhatinya lama wajah Larra itu. Kedengaran jelas hembusan nafas gadis itu. Tangan kanannya ditarik kembali. Tidak sampai hati untuk menolak Larra. Dia menelan air liurnya sebelum tersenyum nipis. Tangan Larra dipandangnya sejenak.

“tak salah kalau aku cari pahala kejap” dia bersuara lalu tangan kirinya pantas diletakkan pada tangan kanan Larra. Kecik gila tangan dia ni kalau nak bandingkan dengan tangan aku. Buat seketika dia membandingkan tangannya dengan Larra. Dia tergelak sendiri. Kepalanya direbahkan kembali pada kerusi sebelum menutup matanya. Membiarkan kepala Larra terus berada di bahunya. Tersenyum lebar.

*****

Larra terbangun dari tidurnya pagi itu apabila tempat yang menjadi sandarannya ditarik secara tiba-tiba. Dia hampir-hampir hendak marah kerana dirasakannya tidurnya sudah diganggu. Siapa pulak yang ambil bantal aku ni? Ni mesti kerja Zaf! Lalu dia dengan wajah yang berkerut-kerut menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar di sisinya yang turut memandangnya dengan wajah yang tidak bersalah.

“Kau pehal tengok aku macam tu?” soal Tengku Dzafril Haidhar memecahkan suasana. Hairan melihat Larra yang memandangnya dengan wajah masam. Mamai lagi lah tu.

Larra sempat menoleh sekilas ke sekeliling sebelum memandang kembali ke arah Tengku Dzafril Haidhar. Baru dia sedar kini mereka masih berada di dalam kapal terbang. Dia merenung tajam wajah lelaki itu. Ish kau! Dah kacau aku punya tidur lepas tu buat-buat muka tak bersalah pulak. Kau memang nak kena. Sengaja je kacau aku tidur.

“Eh, awak sengaja eh ambil bantal saya?” soal Larra. Dia masih berang kerana bantalnya tiba-tiba diambil oleh lelaki itu. Lelaki itu dilihatnya tersenyum sinis memandangnya sebelum menggeleng lemah. Tergelak sendiri. Larra mencebik. Apa yang kelakar sangat pun aku tak tahu.

“Bantal? Sedap je eh kau cakap bahu aku ni bantal” balas Tengku Dzafril Haidhar kembali sambil menutup laptopnya yang terbuka. Larra ingin membuka mulut lagi bagi melawan kata-kata lelaki itu namun otaknya tiba-tiba boleh memproses maklumat dengan normal. Eh? Memang tak ada bantal? Dia kata, bahu dia bantal? So maksudnya, tempat yang aku baring semalaman tadi tu. Bahu dia?!!!

“err. Saya” Larra kehilangan kata. Masih terkejut apabila menyedari situasi mereka. Malu nye! Tak pernah aku tidur dekat bahu orang lain sepanjang aku naik kapal terbang. Tidur dekat bahu lelaki ni pulak tu? Kenapa dia tak kejutkan aku je?

Tengku Dzafril Haidhar bangun sambil tersenyum memandangnya. “kau ni nak turun ke tak nak?” soalnya. Sedikit lucu melihat reaksi gadis itu setelah mendapat tahu semalaman gadis itu tidur berbantalkan bahunya. Larra mendongak memandangnya. Terkebil-kebil di tempatnya tanpa menjawab soalan. Tengku Dzafril Haidhr mendengus keras.

“Aku cakap dengan dinding ke? Kau tak nak turun sudah” ujarnya. Sengaja memerli gadis itu apaila soalannya langsung tidak berjawab.

“Nak la. Siapa pula cakap saya tak nak turun” ujar Larra sambil turut membetulkan rambutnya.

“Lagi satu….” kedengaran lelaki itu bersuara tanpa menghabiskan ayatnya membuatkan Larra kembali mendongak. Lelaki itu sedang meraba-raba sekitar mulutnya sambil kemudian menunjukkan jari telunjuknya ke arah dirinya pula. Seolah-olah memberi tanda bahawa ada sesuatu di sekitar bibirnya. Larra mula panik. Cepat-cepat dia mengarahkan tangannya lalu dirabakan sekitar tepi mulutnya. Pelik ! Kerana tiada apa-apa di situ.

“Silly” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil tergelak melihat gelagat Larra yang percaya akan kata-katanya.

Bulat mata Larra memandang Tengku Dzafril Haidhar. Ternyata lelaki itu telah berjaya mengenakannya. Cis. Mati mati aku ingat betul lah ada air liur basi dekat tepi mulut aku. Rupanya dia saja je nak kenakan aku.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

40 ulasan untuk “Novel : Antara mahligai ego dan cinta 18”
  1. Icy Make - Lia says:

    apehal best gile ni!

  2. ivoryginger says:

    hahaha… lawak la Dzafril ni. dah hati jatuh suka sm larra tp nk nafikan jugak. tak sedar ke khadiran Larra mngubah awk??? sbb dia awk dah jarang kuar mlm n blik lewat dah tak mabuk-mabuk. sbb larra awk mcm jd org lain smpai sahabat-sahabat awak pun sedar. but yg paling respect kwn yg dzafril ada mmg benar2x sahabat, sangguo nasihat dzafril demi lihat keharmonian perkahwinan dia. mmg sahabat dunia akhirat la. bahkan smua turut berubah bsama2x zaf. hope mereka akan jd benteng yg membantu zaf tuk turun kan ego dia n sedar akan perasaan dia sebenar. mgkin benar hidup dia scr fizikal mmg mewah tp kosong dr segi dalaman. smua nya kerana keadaan family dia n rasa tpinggir dr kasih sayang ibu. mgkin kahadiran zarra dpt mengisi kekosongan Dzafril. then tuk Zarra juga, perubahan yg dia lakukan tu mmg benar2x baik cuma sikap dia yg tak percaya lelaki tu mesti ada reason kan??? sbb apa ya??? pernah frust ke??? sbb khidupan keluarga dia aman bahagia ja n sll dimanjakan shgga lupa diri satu ketika dahulu. apapun still hope zaf mainkan peranan dia tackle zarra ms kat korea. ahaks… apapun love to see this most sweet couple to be apart. keep up writing i love tis storuies.

  3. mia says:

    bila lagi sambunganya ni tak sabar tunggu heeeee

  4. nora'z says:

    best sgt

  5. rosmpkmn says:

    bila nk sambung lg ni. dah lama tggu ni, x sabar la

  6. ivoryginger says:

    sambungannya mana??? we miss so much. huhuhu

  7. maiza98 says:

    mne smbgnnye..??
    da lame x follow citer niyh..
    igt bab 19 da kuar…

  8. afielieya says:

    mana sambungannya ni?dah lama tunggu,xda pun bab 19

  9. to readers. saya betul-betul minta maaf sebab lewat post. exam saya baru habis. you all boleh bace next entry dekat sini http://dilzaadina.blogspot.com/2012/01/antara-mahligai-ego-dan-cinta-19.html

  10. rosmpkmn says:

    ok cantik

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"