Novel : Be My Wife! 24

19 December 2011  
Kategori: Novel

35,659 bacaan 92 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada

24

Hannah duduk di sisi Elman yang masih terkulai layu. Mimpi yang dia dapat beberapa minggu lalu, menakutkan. Tapi dia tahu, dia perlu akur jika apa-apa terjadi pada Elman. dia sudahpun memberitahu ahli keluarganya tentang Elman. Dia yang akan menjaga Elman hingga Elman sedar. Datin Faridah hanya mampu bersetuju. Dia juga sedar, suaminya juga perlukan perhatian selain anaknya.

“Abang.” Panggil Hannah. Tubuh Elman merenggang seakan menggeliat bila tubuhnya disentuh.

“Abang dengar apa yang Hannah cakap, kan?” tanya Hannah.

“Abang, macam mana pun abang kena lawan sakit abang. Okey?” Hannah menghadiahkan segaris senyuman.

“Anak kita tunggu abang.” Sambung Hannah. Dia menyentuh perutnya. Dia lupa, dia juga perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

“Hannah lupa la bang. Hannah kena jumpa doktor. Nanti kalau abang dah sedar, abang kena selalu teman Hannah jumpa doktor tau.”

“Hannah tinggalkan abang kejap je. Nanti Hannah datang balik, ye?” Hannah keluar dari bilik Elman. Dia berjumpa seorang jururawat di kaunter.

“Cik, boleh tolong tengok-tengokkan suami saya kejap tak? Saya nak jumpa doktor kejap.” Pinta Hannah. Gadis itu hanya mengangguk dan tersenyum. Hannah lega.

“KANDUNGAN puan tak apa-apa. Baik je.” Kata doktor Sakinah setelah membuat pemeriksaan ultra bunyi. Hannah gembira.

Selesai memeriksa kandungannya, dia kembali ke bilik Elman. Dah berminggu-minggu Elman terbaring kaku. Syarikatnya diuruskan oleh papanya untuk sementara waktu.
Hannah membaca Yasin bagi mengisi masa lapangnya. Tamat dia membaca surah itu, dia menggenggam kembali tangan Elman.

Hannah dapat merasa getaran pada jari Elman. Namun Hannah tidak mahu berharap. Dia takut dia akan kecewa. Mungkin getaran itu hanya seperti yang berlaku sebelum ini.

“Assalamualaikum.” Datin Faridah muncul bersama suaminya. Hannah tersenyum.

“Masuk la ma, pa.” Pelawa Hannah sambil memberikan kerusi kepada mama dan papanya untuk duduk.

“Kat umi takde?” tiba-tiba Datin Hanani masuk bersama suaminya. Hannah memeluk tubuh uminya.

“Masuk la. Ada. Banyak kerusi ni.” Hannah memberi ruang kepada umi dan ayahnya untuk duduk.

“Macam mana dengan keadaan Elman?” soal Datin Faridah.

“Macam biasa jugak.” Jawab Hannah. Datin Faridah hanya mengangguk.
Lama mereka berada di bilik Elman. Berbual itu dan ini. Bersama-sama ketawa. Berharapkan Elman dengar dan kembali pada mereka. Namun Elman tetap membisu.

“Kami balik dulu la, ye. Hannah, jangan penat-penat sangat. Make sure awak pun rehat. Baby awak perlukan rest.” Kata Dato’ Faris. Hannah hanya mengangguk.
Kini tinggal Hannah dan Elman. berdua seperti biasa. Jemari Elman bergerak sedikit. Hannah hanya memandangnya sepi. Kerana seringkali juga jemari itu bergerak. Bebola mata Elman kelihatan bergerak juga ke kiri dan kanan.

Hannah segera merapati Elman. Hannah menggenggam jemari Elman.

“Abang?” panggil Hannah. Namun pergerakan bebola mata Elman terhenti. Hannah hampa. Dia bangun dari kerusi dan ingin menuju ke bilik air.
Tangannya ditarik kasar. Hannah terkejut lantas menoleh. Elman membuka matanya perlahan-lahan. Senyuman terukir perlahan-lahan dari bibir Hannah.

“Abang!” Hannah mendekati Elman. Elman tersenyum.

“Don’t say i didn’t love you.” Elman berkata. Air mata gembira Hannah menitis. Dia mengetap bibir. Lantas dipeluknya tubuh Elman.

“Sakit! Sakit!” Elman mengadu.

“Sorry!” Hannah melepaskan pelukan.

“Its okay.”

“Hannah panggil mama dengan umi kejap.” Hannah terus berlari mendapatkan keluarganya. Sempat Elman berpesan.

“Jangan lari! Baby tu kena jaga.”
Hannah tersenyum dan mengangguk.

“Umi! Mama!!” panggil Hannah. Kelibat keluarganya masih kelihatan. Lantas Datin Faridah dan Datin Hanani menoleh.

“Abang Elman dah sedar!” jerit Hannah gembira. Datin Faridah dan Datin Hanani berpandangan. Dato’ Faris dan Dato’ Firdaus mengucapkan kata syukur dari dalam hati.

“HMM… let me see. Waktu abang koma, apa yang Hannah cakap? Abang dengar, tapi abang lupa la. boleh ulang tak?” sengaja Elman mengenakan Hannah. Hannah menjeling. Epal yang dikupas diletakkan ke dalam piring.

“Ala sayang, jangan la diam. Hari tu banyak pulak celotehnya. Tau tak kenapa abang bangun? Sebab nak suruh awak tu diam. Banyak pulak mukadimahnya!” sindir Elman lagi.

“Abang nak makan isi epal ke, nak kulit epal? Pilih.” Ugut Hannah.

“Tangkai epal ada tak?” sengaja Elman mengenakan Hannah. Hannah mengetap gigi.

“Melawan!”

“Mana ada. Abang baik je tau. Tak melawan.”
Hannah hanya ketawa perlahan.

“Hannah..” panggil Elman. Hannah menghentikan kerjanya seraya memandang Elman.

“You love me. Right?” Elman menyoal. Hannah mula merasakan darah merah menyerbu pipinya.

“Ala, tanya soalan pun nak blushing.” Elman lantas mengambil epal yang telah dikupas dan menggigitnya. Dia tau jawapan Hannah. Tak payah jawab, dengan rekasi Hannah saja, dia dah tau.

“Baby hari ni macam mana? Sihat tak? Mommy dia makan ikut jadual tak?” Elman merenung perut Hannah.

“Dia sihat je.” Hannah tak mahu menjawab lebih. Sebenarnya dia malu.

“Abang.” Panggil Hannah. Dia menghentikan perlakuannya. Elman masih lagi mengunyah epal.

“Kenapa abang buat macam ni? I mean, kenapa abang jumpa Hani? She’s not worth it.” Kata Hannah. Elman yakin Arif telah menceritakan semuanya pada Hannah.

“Kenapa Hannah buat macam ni? I mean, kenapa Hannah rahsiakan hal santau tu? She’s not worth it untuk awak protect dia.” Elman copy paste serta edit sikit kata-kata Hannah. Hannah memuncung.

“Muncung! Nanti anak keluar jadik macam ikan todak baru tau.” Perli Elman.

“Ha! Doa la, nanti keluar betul-betul baru tau.”

“Eh, abang tegur je.”

“Tegur tak kena.”

“Ala, you ni. Bila dah pregnant ni, asyik sensitif je.”

“Mana ada!”

“Tak mengidam apa-apa ke?” soal Elman memancing minat untuk berbicara soal anak.

“Takde la pulak. Baby ibu ni baik je. Dia makan je apa yang ibu dia makan.” Hannah tersenyum memandang perutnya.

“Ibu? You nak baby you panggil you, ibu ke?”

“Ye la. kenapa? Tak boleh?”

“Abang nak baby kita panggil abang, papa ke, daddy ke. Tak nak ayah.” Rungut Elman.

“Kenapa?”

“Pelik la. Dulu papa panggil arwah wan, daddy. Dalam family abang, tak pernah pulak abang dengar ayah or abah or abi or else.”

“Then, you buat a change sikit la.”

“Ayah?”

“Yup.”

“Tak nak.”

“Nak jugak!”

“Tak nak!!”

“Nak jugak!!”

“Tak nak!!!”

“Degil ea!” Hannah terus mencubit lengan Elman. Mengaduh kesakitan suaminya itu.

“Sakit la.” rengek Elman. hannah mencebik.

“Tau pun sakit.”

“Semua nak ikut cakap dia je.”

“Eh, kenapa pulak? Dah berapa lama saya asyik ikut cakap awak je? Tu awak tak nak kira pulak.”

“Eh! Memori abang nak mengira dah hilang la.” jawab Elman. Tak sempat Hannah nak mencubit Elman lagi, pintu bilik diketuk dari luar. Tersembul wajah Arif dan Amalina dari luar.

“Assalamualaikum.” Kata Arif.

“Waalaikumussalam. Masuk-masuk.” Pelawa Elman dengan riangnya.

“Macam mana kau El?” soal Arif prihatin.

“Dah okey sikit. So, apa cerita ni?” Elman menyoal. Hannah membari ruang kepda Arif untuk berbual di tepi katil Elman. Manakala dia duduk di sofa menemani Amalina.

“Guys, aku ada benda nak cakap.” Arif menarik perhatian Hannah dan Amalina yang baru ingin memulakan perbualan.

“Apa dia?” soal Hannah teruja.

“Aku nak kawen next month.” Jawab Arif. Elman tersenyum. Begitu juga Amalina. Hannah diam. Elman mula mengesan riak wajah Hannah yang sedikit berkerut.

“Kenapa sayang?” soal Elman.

“Kenapa? Kenapa apa? Takde apa-apa.” Jawab Hannah.

“Kenapa? You still sayang kat Arif ke?” soal Elman terus terang. Arif terkedu. Amalina menoleh memandang Hannah. Lantas segera dia memandang Hannah. Hannah terkesima.

“Ya Allah! Sampai macam tu abang fikir? Bukan la. Kata nak kawen next month, how’s your study nanti?” soal Hannah yang menitikberatkan pendidikan.

“Jangan risau la Nah, saya dah ada plan sendiri.” Jawab Arif.

“Kaki awak?” sambung Hannah.

“Kenapa yang you risau sangat, Hannah?” soal Elman mula tak puas hati.

“Apa pun, he’s still my friend. Kan? Kena la amek berat jugak.” Hannah membela diri.

“Betul tu.” Sokong Amalina. Tajam pandangan Amalina pada Arif. Arif buat-buat tak nampak. Keputusan dia bulat! Dia nak jugak kawen bulan depan!
Elman mencebik. Merajuk la kononnya!

“Lagi satu. El, Akif dengan Hani dah lari.” Kata-kata itu membuatkan Hannah dan Elman tersentap.

“Lari? Takkan tak boleh carik?” pantas Elman bertanya.

“Awak nak carik dorang lagi buat pe?” soal Hannah pula tak puas hati.

“Buat apa? Sayang! dorang yang buatkan I koma. Takkan nak lepaskan dorang cam tu je?” Elman merengus.

“Abang, cuba awak fikir. Hani’s pregnant now. Takkan awak nak dakwa Akif? Then, siapa yang akan jaga Hani nanti?” Hannah yang sudah tahu semuanya dari Amalina dan Arif cuba membatalkan niat Elman.

“Hannah! They try to kill me. Your husband! Macam mana you boleh cakap macam tu?” Elman mula naik angin. Kenapa nak bela si bedebah tu sedangkan suami dia yang terlantar sakit sekarang ni?

“But still! You fikir la keadaan Hani!”

“Tu problem dorang. Takde kena mengena dengan kita.” Tegas Elman.

“You cakap senang la! bukan you yang pregnant. I know how it feels kalau takde suami kita yang jaga while we’re pregnant!”
Arif memandang Amalina. Mengarahkan untuk keluar dari bilik itu. Keadaan semakin tegang.

“Weh, kitorang balik dulu ea?” Arif mengajak Amalina keluar apabila tiada sahutan dari Hannah atau Elman. Keadaan betul-betul tegang!

“Jom.” Bisik Arif pada Amalina.

“APA yang betulnya tadi?” soal Arif pada Amalina. Amalina buat muka tak bersalah. Apa? Salah ke apa aku cakap?

“Betul la. yang nak kawen awal-awal tu kenapa?” Amalina berjalan selamba di dalam hospital.

“Kan kita dah setuju! Saje je tau budak ni!”

“Boleh tak kalau aku tak nak kawen dengan kau?” soal Amalina tiba-tiba.

“Hey! Aku dah cancel dengan calon mak aku, kau nak buat hal pulak?” marah Arif.

“Hehe. Saje je.” Terus Amalina lari dalam hospital. Arif tak mampu mengejar berikutan kakinya yang masih belum sembuh. Hanya tawa yang mampu meniti di bibir. You’re special. Bisik Arif perlahan dalam dirinya.

“KENAPA dengan awak ni? Yang awak nak fikirkan kebajikan perempuan tu kenapa? Awak dah lupa ke apa yang dia dah buat dengan awak?” marah Elman.

“Saya tak pernah lupa. Tapi awak kena fikir, anak yang dia kandung tu tak bersalah. Jangan sebab salah parents dia, anak yang jadik mangsa!” tukas Hannah.

“Please la! I tak perlu fikir untuk anak dia.” Elman memeluk tubuh.

“Sampai hati abang cakap macam tu! Cuba abang letak position abang pada Akif! And try to understand how I feel kalau abang masuk penjara! He’s doing that untuk protect his wife and their baby! That’s all! Plus, it’s your fault! If you didn’t push her, Akif won’t do the same to you!” tegas Hannah. Tinggi suaranya.

“What? Then you wanna say it’s all my fault? Huh? Okay! Okay! It’s my fault i’m getting injured. It’s my fault for letting you suffer all these days. All mine! Dia baik. Akif baik. Hani baik. I’m sorry. My bad!” Elman memalingkan mukanya dari mengadap Hannah. Hannah mengeluh.

“Abang, please. Just once. Let them go. Biar Allah yang balas perbuatan dorang. Kita tawakal, kita berserah je.” Hannah mencapai jemari Elman. Hati Elman masih mendidih.
Elman memandang Hannah engan ekor matanya.

“It’s easy to forgive, but hard to forget apa yang perempuan tu buat kat awak.” Elman mengeluh.

“Sekarang ni, jangan fikir apa dah. Just you and me. And our baby. Kita lupakan yang past and bina yang baru. Okey?” Hannah merenung anak mata Elman. Cair dibuatnya! Elman terus mengalah.

“Jangan pandang I macam tu. Tergoda la.” ucap Elman perlahan. Hannah ketawa kecil.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

92 ulasan untuk “Novel : Be My Wife! 24”
  1. Aliah Mohd Salleh says:

    Ceriter ni semakin best.Tunggu next entry.

  2. sue says:

    best…good job :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"