Novel : Bila blogger jadi maid 16

15 December 2011  
Kategori: Novel

11,874 bacaan 39 ulasan

Oleh : Zati mohd

Tengahari itu aku ada special date dengan Ash. Selalunya dia boleh makan seorang tapi hari ni jadi gatal pula nak makan dengan aku. Tanpa banyak soal aku pun melayan karenah Ash yang tiba-tiba menjadi manja sejak bergelar suami.

Aku melihat jam di tangan lagi lima pukul dua belas empat puluh lima minit tengahari. Tudung bawal yang sedikit senget aku betulkan. Aku masih lagi memerhati sekeliling. Dah lambat lima belas minit ni. aku dah la jenis tak suka nak tunggu lama-lama macam ni. menyusahkan betul la.

“Lambat!” aku terus masuk ke kereta bila Ash sampai. Seat belt terus aku pakai. Kereta Audi merah itu meluncur laju. Dan Ash terus mendiamkan diri.

“Tengku” aku memanggil.

Diam.

Kereta Audi Ash memecut laju. Ni apa hal nak diam segala bagai. Tadi bukan main beria ajak aku makan. Kalau aku tahu tak adanya aku nak ikut. Baik aku ikut officemate aku pergi makan tadi. Dah rasa macam tumpang orang yang tak kenal saja ni.

“Kalau nak diam-diam baik tak payah nak ajak saya keluar. Buang masa saja. ajak orang keluar lepas tu nak mengamuk pula.” Aku sengaja keraskan suara.

Diam.

Pergh! Aku rasa macam nak cekik-cekik Ash dah ni. nasib baik tahap kesabaran aku setinggi KLCC. Kalau tak memang dah melekat kepala Ash dekat tingkap pintu kereta audi ni kalau aku tumbuk. Aku yang merajuk semalam pun dia buat bodoh saja. pujuk pun tak!

“Tengku! Cakap la.. nak marah saya ni kenapa? Saya buat salah apa Tengku?” aku masih tak puas hati. Rasa nak menangis pun ada.

Eeee! Geramnya rasa hati aku. Macam cakap dengan dinding saja rasanya ni. Ah! Memang mencabar tahap kesabaran aku betul la.

Lantak kau la Tengku. Aku pun turut sama mendiamkan diri. Menyampah rasanya. Benci!

Ash memakirkan kereta di lot kawasan petak khas di Hotel Royal Style. Tapi aku masih tak keluar. Apa hal nak bawak aku pergi hotel ni? sudah.. jangan-jangan dia nak….

“Cepat keluar” dia dah bukakan pintu untuk aku.

Laju kepala aku gelengkan. Air mata yang tadi hampir gugur akhirnya gugur jua.

“Cepat la keluar.” Suaranya kedengaran keras.

“Saya tak sedia lagi Tengku. Umur saya masih muda, lagipun saya baru saja kenal Tengku.. Tengku cakap nak makan tapi kena bawak saya datang Hotel pulak ni.” belum aku habis cakap Ash dah memintas.

“Apa Risya merepek ni? kita datang nak makan bukan nak buat tu..” Ash tekan perkataan ‘tu’

Aku terus menyeka air mata. Ooo. Salah la erh, tu la pandai sangat buat andaian sendiri, haaa.. rasakan. Malunya aku, rasa macam nak lari balik sahaja sekarang ni.

Tangan aku ditarik. Bila saja melangkah masuk ke dalam hotel tu, mulut aku ternganga. Memang cantik. Memang rasa macam dekat dalam istana. Ash membawa aku ke dewan makan hotel tersebut. Memang superb la aku cakap dekat korang. Ala-ala istana lama. Yeye! Nak ambik gambar nak masuk blog.. Hehe.

“Surprise!” Ash menjerit setibanya di meja makan. Nasib baik orang tak ramai jadi tak la malu sangat.

“Apa benda yang surprise nya?” aku yang memang tak tahu apa-apa bertambah tak tahu. Tiba-tiba pulak surprise.

Ash memuncungkan mulut. Aku menoleh ke belakang. Ada seorang pelayan berdiri sambil menghulur jambangan bunga tersebut. Aku yang tersipu-sipu malu terus mengambil bunga tersebut. Cantiknya. Besar-besar pulak tu.

Mana dia tahu aku suka bunga tulip ni. dah tu bunga tulip kegemaran aku pula tu. Campuran pink dan putih. Cantik sangat. aku tak pula kira berapa kuntum. Takkan nak kira satu-satu kut.

Dia mula menarik kerusi untuk aku duduk. Wow! Atas meja ni dah di hias cantik la, ada cup cakes lagi. Ni kenapa tiba-tiba sahaja ni? tapi tak boleh lawan Tengku Mahkota Johor atau panggilan singkatnya TMJ buat surprise dekat Fazura, pergh! Memang mantap habis. Memang TMJ ni lelaki romantik abad ni la.

Ash tersenyum memandang aku. “Suka?” boleh pulak tanya aku. Ingatkan dah bisu tadi.

“Nak saya cakap jujur ke tipu?” aku meletakkan bunga tadi di atas riba.

“Mesti la jujur..” dia memandang aku.

“Suka la.. Suka sangat-sangat.. tapi tadi ingatkan Tengku ni bisu. Al-maklum la tadi dalam kereta bukan main senyapnya. Macam ada batu saja kan.?” Aku muncungkan mulut tanda merajuk.

“Risya macam mak nenek! Suka pot pet.”

Wei! Suka hati dia saja cakap aku ni mak nenek. Cis!

“Cakap la apa pun.. tak kisah pun!” aku bermain-main dengan kelopak bunga tulip.

“Tadi tu saja nak buat kejutan. Konon-konon macam marah la. tapi tu la tak jadi la pulak.”

“Tak payah konon-konon memang tak jadi pun.”

Eleh ada hati nak buat-buat marah. Konon nak jadi pemarah yang macho. Tapi last-last jadi hancur. Huahuahauah.

Makan tiba di atas meja. Spaghetti dan chezzy macaroni. Aku bukan boleh kalau tengahari tak dapat nasi. Mula la tak tenang hidup aku.

“Kenapa Risya tak suka?” Ash dah tarik pinggan Spagetti.

“Eh suka la.” takkan aku nak hampa kan orang yang bersusah payah untuk aku. Nak tak nak aku telan juga la. aku memang suka pun chezzy macaroni ni. tapi yang tu time malam atau petang. Tengahari macam ni nak nasi. Aku dah la perut orang melayu. Tak boleh tak makan nasi..

“Abang!” Satu suara menyapa kami. Aku menoleh. Oh! Aimie ke..

“Eh.. Aimie..”Ash menegur.

“Abang buat apa dekat sini?” langsung Aimie tidak memandang Risya. Seolah-olah Risya ni memang tak wujud pun dekat situ.

Nak sahaja aku jawab ‘tengah buat bom atom!’ Apa punya sengal la soalan dia ni.

“Lunch dengan wife abang la. Aimie buat apa dekat sini?”

Aku hanya memerhati dua manusia di hadapan aku ni dengan perasaan yang marah dan meluat! Marah sebab Ash boleh lagi la layan perempuan macam ni. meluat sebab perangai Aimie ni macam perempuan tak tahu malu.

“Aimie ada shooting tadi dekat tingkat tiga. Boleh Aimie duduk.?” Tanpa persetujuan dari Risya dan Ash, Aimie terus menarik kerusi dan duduk bersama mereka.

Boleh, boleh.. boleh belah! Amboi-amboi perempuan ni, suka hati dia saja nak duduk dengan aku. Suami aku tak bagi izin pun. dia yang lebih-lebih. Kut ia pun hormat la aku sikit. Tegur ke salam ke.. ni senyum pun tak. Ingat aku luak sangat ke orang macam kau ni.

“Eh! Boleh, duduk la.” Ash memandang Risya. Nak buat macam mana dah dia yang terus duduk. Nampak muka Risya macam tak suka saja. Ash menjadi serba salah.

“Abang makin lama, makin handsome Aimie tengok. Dah tak pakai macam dulu. Sekarang ni dah macam serius saja nak kerja.” Aimie tersenyum sambil bermain-main dengan hujung rambut.

“Ye la abang Ash kan dah kahwin, kena la kerja takkan nak bagi isteri kesayangan dia ni makan batu kut kan..” Aku tersenyum memandang Aimie. Aku terus menyumbat chezzy macaroni ke dalam mulut. Tadi tak berselera tapi sekarang tiba-tiba aku jadi berselera.

“Abang memang rajin pun dari dulu lagi.” Aimie melirik manja ke arah Ash.

Buek! Nak muntah aku. Nak menggedik pulak la dia ni depan aku. Aku menghirup air tembikai laici dengan rakus sekali.

“Teringat masa zaman dulu-dulu kan sayang.. kita selalu lepak sini, Risya nak tahu tak dulu Ash suka buat surprise dekat Aimie tau.” Aimie tersenyum memandang aku. Seolah-olah nak menyakitkan hati aku.

Ooo..nak main kasar erh? “Ye ke? ala-ala sweetnya abang Ash ni, untung Risya kan dapat abang..sebab tu Risya sayang dekat abang.” aku terus mengucup pipi Ash. Kenapa bila aku cium pipi dia terasa macam syahdu sangat. terasa macam indahnya dunia. Aku menelan air liur.

Ash tersenyum bangga, biar betul Risya cium pipi dia..

“Dulu Aimie pun suka cium pipi Ash macam ni..”

Berubah riak wajah Ash mendengarnya.. Ash memandang aku seolah-olah nak cakap.. ‘itu fitnah Risya..fitnah’

“Yeke? Dulu Aimie cium Ash dapat dosa tapi sekarang Risya cium Ash dapat pahala, abang Ash dah bertaubat.. Aimie bila lagi? Tak teringin ke nak dapat pahala, nanti Aimie boleh la cakap dekat kawan-kawan yang tersesat jalan tu, dulu Aimie pun suka dosa macam ni.. tak nak?” nahh! Ambik kau..

“Ala.. belum dapat seru lagi..” Aimie tak nak mengaku kalah. Takkan nak mengaku kalah dekat budak hingusan ni.

“Seru tu dapat sejak kita bergelar orang islam Aimie. Eh! Tadi kata ada shooting kan.. pergi la.. lagi pun kami nak makan dekat sini bukan nak sembang kenangan dulu-dulu..” Aku tersenyum sambil menandang-nendang kaki Aimie di bawah meja membuat isyarat supaya dia berambus dari situ.

“Aha la.. baik Aimie pergi sekarang nanti tak fasal-fasal director marah pulak.” Ash bersuara menyokong kata-kata aku.

Rasa macam nak tepuk melambung-lambung untuk Ash ni.

Ash pun dari tadi berdoa supaya Aimie pergi segara dari situ. Dia memang ada kejutan buat Risya. Kejutan yang mungkin di tunggu-tunggu oleh semua wanita seluruh dunia.

“Ingat aku hadap apa nak duduk sini?” tanpa banyak soal lagi Aimie terus mengambil tas tangannya dan berlalu dari situ.

“Kalau tak hadap buat apa duduk tadi.” Aku terus merungut dan merungut.

“Haha..” tiba-tiba terdengar suara Ash ketawa.

“Kenapa?” aku jungkit kening.

“Pot pet..pot pet.. makan la cepat..”

Setelah habis makan kami di hidangkan dengan dessert pulak. lava chocolate cake with ice cream. Nyum.. nyum.. aku rasa macam kek coklat tu panggil aku saja. Risya mari makan aku. Risya mari.. mari..

Tapi apasal kek ni muat-muat dengan piring ni saja? nasib baik ada lekuk sikit. Kalau tak mesti melimpah keluar dah ni. dah tu kecik pulak kek ni. macam untuk setengah orang makan. Bukan seorang ye. Tapi setengah. Setengah..

“Tak nak ke?” aku pandang dia sambil pegang sudu.

“Tak nak.. Risya makan la.. memang abang order untuk Risya pun.”

Tanpa cakap banyak aku terus makan kek coklat tu. Ya Allah nikmatnya rasa.. sedap betul kek ni kek ni..

Tapi bila dah tinggal suku baru aku perasan yang ada tulisan atas piring tu. Aku makan jugak coklat yang cair tu sebab nak tengok tulisan apa.. dan akhirnya aku dapat tahu jugak..

‘Risya my love, abang cintakan Risya dan sudi Risya jadi hak milik abang untuk selamanya?’

Aku tengok dia kemudian aku tengok piring tu. Tiga kali aku buat benda yang sama terus dia tanya kenapa. Aku rasa macam mimpi la pulak kan.. nak jawab apa erh?

Tak salahkan kalau aku bagi dia peluang..

“Abang tak paksa Risya suruh terima abang seratus peratus, tapi cukup la sekadar Risya buka hati Risya untuk abang.. selepas kita kahwin tiap-tiap malam abang buat sembahyang istiqarah, sejak tu hati abang hanya untuk Risya.. Kita jadi semakin dekat. Mungkin Risya bukan wanita pertama tapi abang nak Risya jadi yang terakhir untuk abang.. Abang tak paksa Risya terima abang.. tapi abang berharap sangat sayang..”

Terkedu aku sekejap. Ya Allah baiknya dia.. aku menarik nafas.

“Baiklah Risya terima abang tapi jangan terlalu memaksa dan jangan terlalu berharap..”

Melebar senyum Ash hingga ke pipi. Gembiranya hati dia bila Risya membahasakan Ash abang..

“Terima kasih sayang.. abang janji takkan sia-siakan Risya.” Ash mengucup tangan aku.

“Tapikan buat la yang romantik sikit. Letak cincin dalam kek ke.. melamar atas kapal ke.. buat candle light dinner tepi pantai ke..”

Tanpa sempat aku menghabiskan kata-kata terus hidung aku ditarik. “Mak nenek betul la”

Kami sama-sama ketawa. Sukar nak menggambarkan perasaan saat ini. Yang aku tahu kami sama-sama bahagia. Alhamdulillah.

****************************************************************************
“Ada roti tak?” aku tanya Encik akauntan bila sampai saja di pejabat. Mana taknya tadi aku makan sikit saja.

“Tak ada la.. ingat saya perempuan ke?” dia mengerutkan dahinya. Ya Allah ke situ pulak la mamat ni. adoi! Penat kalau cakap dengan orang otak kuning ni. “Maksud saya biskut.” Aku bercekak pinggang.

Encik akauntan tersengih. “saya main-main saja la. mana nak ada biskut, cuba tanya sesiapa.” Encik akauntan ni memang suka melawak dan agak friendly walaupun berpangkat.

“Terima kasih.” Aku berjalan keluar dari bilik Encik akauntan. Pintu bilik Encik akauntan ni tak pernah tutup. Aku pun pelik kenapa tak tutup pintu. Mungkin sebab dia takut kut. Takut hantu.

Aku mengusap-ngusap perut aku perlahan. Laparnya! Ni semua Aimie tu punya fasal la, kalau bukan sebab dia mesti aku dah kenyang.

“Ada sesiapa ada biskut tak?” aku menjerit dari meja aku. Lantak la kalau siapa tak menyahut pun.

Masing-masing menyambut dengan perkataan ‘tak ada’ dan ada juga yang menggeleng. Boleh pulak la diorang tak ada biskut. Pelik betul.

“Masuk bilik saya kejap.” Wafiy terjengul dari pintu biliknya.

Aku mengangguk. Tapi staff lain sudah tersenyum-senyum. Nak kata aku ada skandal la tu.

Bila masa kaki aku melangkah masuk ke dalam bilik Wafiy. Dia sudah tersenyum. Aku duduk di kerusi di hadapan mejanya.

“Lapar?” dia tanya aku sambil melonggar-longgarkan tali leher.

Aku anggukkan kepala.

“Tadi tak makan?”

Aku gelengkan kepala.

“Suami awak ambik awak balik.?” Dia tanya lagi.

Aku gelengkan kepala. Tadi masa dalam kereta Ash dah beritahu yang dia akan balik lambat. Katanya ada kerja tak siap lagi. Di suruhnya aku naik teksi.

“Pergi kemas barang awak, hari ni ikut saya. Awak tak masuk office tau.” dia tersenyum.

“Nak pergi mana?” aku tanya dia pula.

“Pergi kilang.” Dia berkata lagi.

“Sekarang?”aku menjungkit kening.

“Yes!” Wafiy menyandarkan badannya sambil memeluk tubuh.

“Ye bos.”

Aku terus berjalan keluar. Kemudian aku mengemas meja aku.

“Nak pergi mana?” kak Watie bertanya.

Aku memandang kak Watie. “Pergi kilang.”

“Kau nak pergi dengan siapa?” kak Watie ni macam tak puas hati saja ni kenapa?

“Dengan bos la.” aku membetulkan tudung aku.

“Kau biar benar! Tak pernah bos nak ajak siapa-siapa keluar dengan dia. Korang ni couple ke apa?” Sobri pula bertanya.

“Pandai saja kau ni buat cerita.” Aku terus menyandangkan beg tangan di bahu.

“Dah?” Wafiy berdiri di hadapan meja aku.

“Dah bos.”

Aku berjalan mengikut Wafiy dari belakang. Kak Watie dengan Sobri sudah tersengih-sengih dekat aku. Zu pula memandang aku dengan pandangan curiga. Oh! Apakah ni semua. Esok mesti ada gosip yang aku dengar.

************************************************************************
Yusra yang baru lepas tamat sesi persekolah terus pergi ke KLCC. Dia dan rakan-rakannya perlu membeli lagi beberapa buah buku rujukan maklum la tahun depan SPM. Mereka berjalan-jalan di sekitar KLCC, sambil bergelak ketawa dengan rakan-rakannya Yusra tiba-tiba terlanggar seseorang.

“Woi! Buta ke?” kuat sungguh suara wanita terbabit hingga menyebabkan beberapa orang yang berada di situ menoleh melihat mereka.

“Ala..akak tu jalan tak tengok depan, asyik duk tergedik-gedik saja.mana nak nampak orang.” Yusra membetulkan baju sekolahnya. Malas dia nak pandang muka Aimie tu, menyampah.

“Budak ni mulut kurang ajar kau erh.. mak bapak kau tak ajar ke?” lancang sungguh kata-kata Aimie.

“Woi! Agak-agak la mak bapak jangan nak buat main. Pantang sungguh aku.” Yusra menguatkan suaranya. Main mak bapak pulak!

“Dah tu? Siapa suruh kau kurang ajar sangat?” Aimie bercekak pinggang.

“Habis tu kau cukup ajar ke?” Yusra pun turut sama bercekak pinggang. Kawan-kawan Yusra hanya memerhati.

“Dah la tu wei! Malu orang tengok.. jom la..” Cika salah seorang kawan Yusra cuba menghalang Yusra dari terus bertekak.

“Aku tak boleh belah la dengan perempuan ni nasib baik la tak jadi kakak ipar aku. Kalau tak buat malu keluarga kami saja.”

“Kau ingat aku suka sangat nak jadi akak ipar kau ke? tak pelahap la aku.!” Ada orang yang mula berhenti untuk menyaksikan aksi tarik rambut sebentar lagi. Mungkinkah?

“Amin ya rabbulalamin” Yusra menyapu mukanya dengan kedua belah tapak tangan seolah-olah baru selesai berdoa.

“Belah la kau budak hingusan!”

“Jadi budak hingusan lagi bagus la dari jadi perempuan macam kau, perempuan rosak!!” Yusra terus berlalu dari situ..dibiarkan Aimie terpinga-pinga.

“Kurang ajar, dari Risya sampai Yusra, memang kurang ajar nak mampus! Pergi mampus la korang, semoga kena langgar dengan lari tanah! Sial!”

Aimie terus berlalu dengan perasaan marah, dasar tak guna! Di mata Aimie penuh kebencian dan dendam, tunggu la korang.. tunggu.. lagipun tak guna bergaduh dengan budak hingusan macam ni! buat malu saja. macam orang tak matang.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

39 ulasan untuk “Novel : Bila blogger jadi maid 16”
  1. iza says:

    bila nak di terbitkan novel ni?x sbr nak memiliki novel ni….

  2. KakiNovel says:

    best sangat . . cepat-2 sambung ya !

  3. zue 96 says:

    nape belom ad episod 17 dan setrusnye???dah x sabar dah nie..:P

  4. rosmpkmn says:

    writer cepatla upload part 17 please….

  5. Roseayu says:

    la…lamanya nak smbg episod 17…

  6. Zati mohd says:

    sorry semua..zati dah post lama dah bab 17 cuma pihak p2u lambat sikit nk update..maaf ye..

  7. hn says:

    cepatlh ye writer upload episode 17

  8. rosmpkmn says:

    x de sambungan lg ke? dah lama tggu ni

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"