Novel : Cinta untuk sedetik lagi 21, 22, 23

6 December 2011  
Kategori: Novel

6,999 bacaan 27 ulasan

Oleh : s@r@ sassy gurlz

BAB 21

“Macam mana dengan laporan saya doktor. Sakit biasa je kan?” Tanya Farafeesa. Hari ini dia keputusan pemeriksaannya akan keluar. Pelik juga dia dengan kemerahan yang berada di pipinya dan sakit kepala yang sering melanda.

“Berat untuk saya menuturkan.” Kata-kata doktor pun dah saspen.

Farafeesa hanya mampu menelan air liur yang terasa kelat itu. Dari suara Doktor Hidayah itu, Farafeesa sudah dapat mengagak. Akan ada sesuatu yang akan bakal merubah nasibnya nanti.

“Saya sakit apa Doktor?”

Perlahan-lahan, persoalan itu keluar dari mulutnya. Berat untuk lidahnya bergerak untuk menuturkan soalan. Namun berat lagi hati yang bakal memikulnya. Beberapa kali Doktor Hidayah memandang pesakitnya itu.

“Doktor, beritahu je… saya boleh terima.” Farafeesha mula mengetap bibir. Berat untuk Doktor mengungkapkannya, berat lagi bahu yang menanggung.

“Dari pemeriksaan yang dijalankan, awak menghidap panyakit Systemic Lupus Erythematosusatau atau singkatannya dipanggil SLE.”

Farafeesha mula menutup mulutnya dengan telapak tangan. Dapat dirasakan yang kelopak matanya sedikit panas. Air mata mula bergenang di tubir mata. Menunggu masa untuk jatuh menyapa pipi.

Terpana dia seketika.

‘Ya Allah, adakah ini adalah dugaanMu atau ini adalah bala dariMu?’ Farafeesa mula ambil sikap sedar diri. Dia tidak berhak mempersoalkan apa-apa sekalipun.

“Awak tak apa-apa?”

Doktor Hidayah dapat mengesan kecelaruan fikiran pesakitnya tika ini. Ini bukan pertama kali dia melihat kondisi seperti ini. Sudah acap kali. Bahkan dirasakan, Farafeesa lebih tenang mendengar kenyataannya tadi.

Kebanyakan orang sebenarnya pasti akan terus menangis dan meraung sekuat hati. Tapi gadis ini hanya tergaman sahaja. Tiada tanda-tanda yang gadis itu akan menangis.

“Teruk ke Doktor?”Setelah diambil nafas berulang kali, barulah dia berupaya mengeluarkan pertanyaan.

“SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba berubah dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.

Penyakit ini menyerang individu secara tiba-tiba dan masa ia menyerang tidak diketahui. Ia mempunyai spektrum yang luas di mana ada pesakit yang mendapat penyakit SLE ringan dan ada yang memperoleh serangan sangat serius.”

Jelas Doktor Hidayah panjang lebar. Namun dia perasan yang jiwa Farafeesa seakan-akan terbang melayang. Jasadnya berada di hadapannya. Namun rahsia hatinya, siapa yang tahu.

“Saya akan sembuh kan?”

Entah kenapa, soalan itu lahir dari mulutnya. Farafeesa dapat merasakan yang jiwanya lemah dalam menanggung ujian Allah kali ini. Farafeesa sangat akui yang dia terlalu lemah…. Namun setelah difikir-fikir, sejak bila dirinya kuat?

‘Aku tak pernah berdaya dalam apa juga perkara sekalipun!’ Rasa sedih mula menimpa-nimpa membelah jiwa.

“Terus terang, kajian menunjukkan bahawa penyakit ini tidak boleh disembuhkan. Namun masih boleh dikawal dengan pengambilan ubat secara berterusan. Dalam hal ini, awak perlu kuat Feesa.. Sebab kalau awak lemah, penyakit ini akan mudah menyerang antibodi awak sendiri.”

Farafeesa tunduk merenung jauh. Entah apa yang difikirannya, dia sendiri tidak tahu. Semuanya seakan-akan bertebangan ditiup angin.

‘Ya Allah, tolong tiupkan semangat kepadaku.. untuk aku melangkah dengan diiringi oleh kekuatan… Pinjamkan aku kekuatan Ya Allah…’ Farafeesa teramat mengharapkan belas ehsan dari Yang Maha Pencipta.

“Ada kebarangkalian untuk membawa maut?” Dirinya sendiri tidak dapat mengelak dari bertanya soalan yang tidak-tidak.

Mata mereka saling beradu. Mencari kepastian yang pasti akan terjadi. Kepastian yang yang menuntur kekuatannya untuk terus melangkah.

Doktor Hidayah menarik nafas sedikit. Mencari ruang untuk cuba memberikan peluang kepada pesakitnya sendiri bernafas di bumi Allah ini.

“Sejujurnya, penyakit ini memang boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat dan dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah. Ia boleh menyerang kulit dan ia boleh menyerang sendi, buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf dan otak.”

Sejurus mendengar pengkhabaran dari Doktor, Farafeesa mula bersandar lemah ke kerusi. Entah kenapa, dia mula terfikirkan keluarganya di rumah. Mula terfikirkan kembarnya itu. Memikirkan tanggungjawabnya yang masih belum dilunaskan dengan sempurna. Semua ini mampu membuatkan air matanya kabur.

‘Bertahanlah wahai hati. Bersabarlah wahai jiwa…Bersatulah wahai sanubari..’

Farafeesa cuba mengelipkan matanya beberapa kali. Dengan cara itu, pasti air mata tidak jadi hendak mengalir. Jika air mata itu hendak mengalir sekalipun, dia akan pastikan yang tiada sesiapa yang akan melihat permata jernih ini.

Mungkin air mata itu bukan tanda lemah, tapi Farafeesa tetap tidak suka menzahirkan permata itu dengan kesedihan. Dia sedaya upaya cuba untuk menangkan pendiriannya. Walaupun sebenarnya, dia sudah sedia kalah dari sejak mula.

“Saya akan sarankan beberapa jenis ubat yang perlu awak ambil. Sebarang perubahan bilangan ubat akan ditentukan oleh saya. Jangan sesekali membuat keputusan sendiri untuk berhenti atau mengurangkan bilangan ubat apabila rasa sudah baik sedikit.”

Doktor Hidayah terus menulis sesuatu di atas buku rekod kesihatan milik Farafeesa. Farafeesa mula merenung kembali masa silam. Mencari silapnya yang bersepah dimana-dimana.

Mungkin inilah masanya untuk dia memperbetulkan kembali hubungannya dengan Allah. Mencantumkan kembali hubungan silaturahim dengan ibunya yang keretakan itu. Banyak perkara sudah mula mendapat tempat di fikiran Farafeesa.

Dia perlu terus menyimpan duit untuk adik-adiknya. Sekarang dia akan terus berkerja keras untuk menyimpan duit untuk bekalan buat keluarganya. Jika dia tiada satu hari nanti, mungkin duit yang ada mampu meringankan beban ibu dan abah.

Usah pernah disalahkan takdir yang melanda. Farafeesa kembali merenung kembali sejarah silam. Dia akui yang dirinya tidak mampu untuk mengubah masa silam. Tapi dengan izin Allah, dia teramat teringin untuk merangka masa depan. Semuanya untuk keluarganya.

Dia tidak akan berputus asa. Dia tidak akan berputus harap pada Allah. Itu tekadnya. Moga Allah bersamanya untuk setiap langkah perjalananya nanti.

“Nanti nurse akan beritahu tarikh appointment yang seterusnya. Ubat jangan lupa makan. Penyakit ni memang amat bergantung pada ubat. Bersabarlah Feesa… Allah menguji manusia itu berdasarkan kemampuan seseorang itu.”

Nasihat Doktor Hidayah itu Farafeesa sambut dengan senyuman. Bukankah senyuman itu tanda kerelaan hati menempuh ujian Ilahi.

“Terima kasih doktor.”

Baru sahaja Farafeesa bangun, namun suara Doktor Hidayah membantutkan niatnya.

“Feesa, saya tak pernah anggap pesakit itu sebagai orang luar. Saya anggap dia macam kawan saya sendiri. Sebab masa merawat pesakitlah waktu saya berteman dan berkawan. Kalau tak, asyik sibuk memanjang dengan tugas yang tak pernah selesai. Kalau ada apa-apa masalah, jangan segan-segan minta tolong dengan saya ya.”

Entah kenapa, Doktor Hidayah terpanggil untuk menjadi sahabat pada Farafeesa. Air muka gadis itu penuh dengan rasa tabah mengharungi semua ini.

“Terima kasih Doktor… Bangga pula ada kawan dalam bidang kedoktoran.” Sempat pula dia mengusik Doktor Hidayah. Entah kenapa, kata-kata Doktor Hidayah seperti dapat mengurangkan bebanan yang sudah mula rasa tidak tertanggung.

‘Segala yang berlaku, pasti ada hikmah. Pasti…’

Bab 22

“Asal muka kau monyok je weh?” Sergahan Faraneesha itu tidak langsung dapat mengejutkan Farafeesa dari mimpi ngerinya. Bagaimana ya dia hendak menerima hakikat yang hidupnya akan berakhir secepat ini.

“Weh, aku cakap dengan kau ni? Kau apasal? Nak kata gaduh dengan pakwe, tak ada pakwe, nak kata gaduh dengan suami, lagilah jauh menyimpangnya. Single-single lagi dah buat muka ketat. Dah ada laki nanti tak tahulah macam mana.” Bebelan Faraneesha itu langsung tidak apat menyembuhkan kesedihan kembarnya itu.

“Helo, kau ni dah pekak ke atau dah buta. Aku dok bebel dari tadi, sikit pun kau tak layan.” Kali ini, nada suara Faraneesha sudah mula meninggi. Sakit hati melayan adiknya yang sakit jiwa.

Farafeesa mengeluh sedikit. Namun kedengaran sungguh berat.

“Aku tak ada mood ni. Jangan kacau boleh tak?” Terdiam Faraneesha dibuatnya. Entah apalah yang menganggu saraf permikiran Farafeesa ini.

“Nak kacau jugak.” Sakat Faraneesha sengaja. Ketika dia sedang bengang atau marah, pasti Farafeesa akan menganggunya. Kini tiba masanya pula ingin membalas dendam.

“Kau ni kenapa? Kang kalau aku marah kang kau nangis pulak. Dah tak ada kerja lain ke? Keluarlah!”

Dia bukan bimbang jika kemarahanya tumpah pada Faraneesha. Tapi dia bimbang andai air mata yang sudah mula bertakung ini akan tumpah membasahi pipi. Berhadapan dengan Faraneesha membuatkan kekuatan yang dikumpul dari tadi hilang begitu sahaja.

“Helo, yang kau tak pasal-pasal mengamuk ni kenapa? Cubalah belajar bersabar sikit. Ini tidak, cepat sangat nak melenting. Tak ada pasal aku nak keluar, ini pun bilik aku jugak. Kau siapa nak halau orang.” Sudah lama rasanya mereka tidak bergaduh sebegini rupa.

“Serabutlah kau ni.” Dibalingnya bantal ke arah Faraneesha. Bengangnya tidak terkira rasanya. Sedangkan dia sedaya upaya mengawal rasa hati yang menangis.

‘Cukuplah sekadar di hati.. Cukuplah sekadar di jiwa… jangan terluah dek fizikalku Ya Allah..’

“Otak kau tu yang serabut. Nak mengata aku pulak.” Balas Faraneesha berani.

“Yang kau memekak ni kenapa. Kalau nak duduk dalam bilik ni, tutup mulut tu. Telinga yang Allah bagi kat aku ni bukan untuk dengar kau membebel.”

“Mulut yang Allah bagi kat aku ni bukanmya untuk ditutup. Fungsinya ialah untuk bercakap. So, aku hanya gunakan kelebihan yang Allah bagi pada manusia je. Salah ke?” Naik darah Farafeesa dibuatnya.

Mula-mula sekadar ingin memainkan emosi milik Farafeesa. Alih-alih emosinya pula yang bercelaru. Aishh…

“Ini amaran aku yang terakhir, sekali lagi kau bercakap, nahas kau aku kerjakan.” Muka Farafeesa sudah kemerahan kerana menanggung marah yang tidak terkira banyaknya. Sumpah rasa hendak menangis!

Sudahlah dia mengetahui satu hakikat yang bagai tidak boleh diterima oleh akal fikirannya, Faraneesha pula asyik mencari pasal dengannya. Dia bukanlah seorang serikandi Islam yang dibekalkan dengan kesabaran yang menggunung. Dia hanya manusia biasa yang dikurniakan perasaan marah, sedih, kecewa dan banyak lagi.

“Eleh, tak takutlah. Pirahhhhh!!!!”

Farafeesa sudah berdiri dari pembaringannya. Tangannya sudah dikepal dengan sekuat hati. Faraneesha mula menelan air liur. Tidak pernah membayangkan yang Farafeesa bakal bertindak sebegini rupa. Nampaknya, dia bergurau memang tidak kena masa.

“Apahal korang berdua ni? Satu lorong boleh dengan suara korang bergaduh.” Puan Azah muncul disebalik pintu. Nyaring sungguh suaranya.

Farafeesa buat muka. Bengang pastinya. Dan selepas ini, dia sangat pasti yang ibunya pasti akan membela Faraneesha. Buah hati pengarang jantungnya. Merangkap anak kesayanganlah katakan.

Farafeesa mendegus kasar!

“Feesa, kamu tak ada kerja lain ke selain dari cari gaduh hah?” Tengok, sememangnya semua ini sudah berada dalam percaturannya.

“Siapa yang ganggu siapa sekarang?” Jawab Farafeesa keras.

Ya, selepas ini ibunya boleh berbahagia dengan pemergiannya nanti. Nanti, ibu tak payah peningkan kepalanya dengan karenah anaknya yang berbagai ini. Mungkin inilah hikmahnya. ‘Pemergianku ini pasti dinanti-nanti oleh Ibu.’

“Bila aku cakap sikit menjawab. Tak reti langsung nak hormat orang tua.”

‘Bebellah lagi ibu. Nanti ibu tak akan memebebel dah kat angah ni. Nanti bila angah dah pergi, memang senanglah hati ibu kan?’ Ya Allah… hatinya melarang dari terus berfikir yang tidak-tidak. Tapi emosinya juga seperti manusia biasa. Dia tidak punya kekuatan luar biasa untuk menghadapi semua ini.

“Ibu, dahlah. Neesha yang salah. Neesha kacau dia.” Tidak sanggup rasanya untuk melihat Farafeesa dimarahi sedemikian rupa. Memang ini semua berpunca dari salahnya. Salah kerana mencari pasal dengan mood Farafeesa yang bercelaru itu.

“Kalau tak nak kena kacau, pergi duduk dekat gua nuh. Hah, masa tu jangan sibuk nak mencari keluarga pulak. Hiduplah kamus orang-sorang dengan dunia kamu tuh.’

Sesudah itu, Puan Azah berlalu keluar. Meninggalkan si kembar sendirian. Muka Farafeesa sudah merah menahan marah dan tangis. Faraneesha hanya mempu mengigit bibir. Tidak tahu hendak berkata apa lagi.

“Puaslah hati kau sekarang kan?” Jerkah Farafeesa.

Namun bibirnya diketap sedikit. Mengawal intonasi suara dan agar tidak terlalu kuat hingga boleh mengundang kedatangan ibuna semula.

Entah kenapa, Farafeesa terasa hendak berdoa agar ajal cepat-cepat menjemput dirinya. Senang sikit hati orang disekelilingnya ini. Namun cepat-cepat dia sedar diri. Mengapa dengan mudah emosi mengawal akal fikiranku. ‘Ya Allah.. Ampunkan dosaku!’

“Aku bergurau je. Kau tu yang ambik serius sangat. Kau ingat aku suka ke bergaduh dengan kau.” Jawab Faraneesha perlahan.

“Yalah. Balik-balik aku jugaklah yang salah. Kaulah manusia yang paling berguna dan perfect dalam dunia ni.” Hambur Farafeesa lantang.

‘Mungkin sedikit kebencian harus ditinggalkan sebagai kesan di dalam hati Neesha. Nanti bila aku pergi, dia tak akan terasa sangat kehilangan aku.’

Sejurus kemudian, Farafeesa menyembamkan mukanya ke dalam bantal. Malas ,mahu terus bertikam lidah dengan kembarnya itu.

Faraneesha menyesal kerana membangkitkan kemarahan ibu pada adiknya itu. Bukan niatnya untuk mencari gaduh. Dia hanya cuba ingin menceriakan Farafeesa sebagaimana gadis itu tidak pernah gagal dalam mengembalikan hatinya yang rawan tika bersedih.

Seringkali dia akan mengelak jika berlaku pertempuran di antara mereka berdua. Kerana dia tahu, jika mereka terus bertikam lidah dan bermasam muka, yang terlebih terluka ialah Farafeesa kerana ibu pastinya akan membela dirinya walaupun kesalahan itu bermula dari dirinya.

‘Maaf Feesa, aku sentiasa menjadi kakak yang tak berguna pada kau.’ Matanya mula kabur dek genangan air mata yang mula bertakung. Dia memang sensitif orangnya. Apatah lagi hal yang melibatkan Farafeesa, lagilah hatinya cepat tersentuh.

BAB 23

“Sejak akhir-akhir ni saya nampak muka awak macam tak bermaya je? Ada apa-apa masalah ke?”

Farafeesa hanya menunduk sedikit. Tidak langsung punya niat untuk menjawab pertanyaan bosnya itu.

“Feesa.. I’m talking to you. Jangan buat saya rasa macam cakap dengan tunggul.” Tersentak sedikit Farafeesa dibuatnya apabila mendengar suara Ezrakil yang agak meninggi itu.

“Sorry bos. Saya okay je.”

Ezrakil rasa tidak sedap hati melihat bidadari hatinya itu. Entah apalah masalah gadis itu sehingga dapat meragut segala keceriaan dan sifat banyak cakap gadis itu.

“Bos dah siap sign dah?”

Melihat Ezrakil hanya memandangnya kosong, Farafeesa melahirkan pertanyaan. Dia tidak mahu terus berlama-lama di dalam bilik bosnya ini. Sesak rasanya kepala otaknya.

“Apa sebenarnya masalah awak ni?” Keras Ezrakil bertanya.

“Bos, kalau saya ada masalah pun, ada menyusahkan bos ke?” Hah, tak pasal-pasal pulak bos yang terkena tempias kemarahannya. Seketika, terus dia tersedar dari kealpaannya kerana terlepas laku.

‘Nasib kaulah bos.. suka sangat cari pasal kenapa?’

“Kalau ada masalah sekali pun, jangan pandai-pandai nak menimbulkan masalah saya pulak. Ni apa hal ni? Cop terbalik, resolution banyak yang salah. Spelling salah eja. Kerja macam budak tak sekolah ni kenapa?”

Bukan niatnya untuk memarahi bidadari hatinya itu. Tapi Farafeesa benar-benar kelihatan tidak berdaya. Adakah mungkin gadis itu tension dengan lambakan kerja di office ataupun masalah dirumahnya? Persoalan ini hanya Farafeesa sahaja yang dapat menjawabnya.

“Saya mintak maaf bos. Biar saya buat semula.” Dia memang malas hendak bertekak dengan sesiapa pun. Tapi makin dia cuba menghindari perbalahan, makin kuat pulak ujian yang mendatang. Jangan sampai office ini terbalik kerana terkejut dengan kemarahannya nanti.

“Awak dah tak ada kerja sampai buat satu kerja banyak-banyak kali. Ingat Feesa, saya bukan bayar gaji buta dekat awak. Kita ni profesional, jadi buat kerja macam orang profesional. Jangan bawak masalah masuk dalam tempat kerja. Kalau tak macam nilah jadinya.”

Kalau ikutkan hatinya yang agak membara itu, hendak sahaja diluku-luku kepala Ezrakil itu. Suka hati bercakap sampai lupa hendak menjaga hati dan perasaan orang lain. Cukuplah dia seorang sahaja yang tak berperasaan. Jangalah nak melibatkan orang lain pulak.

“Awak dengar tak apa yang saya cakap ni Feesa?” Apa kenalah dengan Farafeesa ini? Bingung dia memikirkan bidadari hatinya ini.

“Saya dengar bos. Sound bos tu memang dah cukup kuat dah.” Memang berani sungguh dia bertikam lidah dengan bosnya sendiri.

“Habis tu, tunggu apa lagi? Pergilah betulkan!” Dia cuba mengeraskan nada suaranya walaupun dihalang keras oleh hatinya sendiri. Kusut dia melihat Farafeesa yang terus mencapai semua fail dan berlalu keluar.

Farafeesa yang ada masalah, dia pulak yang pening sebegini rupa? Entah-entah gadis itu merasa tension kerana layanannya? Kasar sangat ke? Nampak sangat ke? Arghhhh, kusut rambutnya dibuatnya apabila tangannya tidak henti-henti dari menguak rambutnya.

Lantas ditekan interkom memanggil Atiq masuk. Sungguh dia tidak boleh menghadapi keadaan seperti ini.

“Ada apa Encik Akil panggil saya?” Sudahlah muka Farafeesa kelat semacam, masuk dalam pun sama jugak. Dia orang ni bergaduh ke? Sebab apa? Entah-entah dia orang ni bercinta senyap-senyap kot? Begitu banyak spekulasi daaaa…

“Kenapa dengan Farafeesa tu? Kerja dia banyak tak betul sejak akhir-akhir ni.” Tanpa kenyataan dari Ezrakil pun, Atiq sudah pun mengetahuinya. Dia sendiri menjadi saksi betapa tidak terurusnya Farafeesa ketika ini. Entah apalah masalahnya. Jika ditanya, hanya kebisuan yang hadir sebagai jawapan.

“Saya sendiri tak tahu bos.”

Ezrakil mengeluh perlahan. Hatinya digaru rasa bimbang. Sudahlah muka Farafeesa sudah mahal dengan senyuman malah mulutnya juga sudah seperti ada jongkong emas. Payah benar untuk mendengar suara bidadari hatinya itu.

Atiq tersenyum di dalam hati dikala melihat perlakuan bosnya yang jauh menyimpang dari perangai asalnya. Sepertinya, Ezrakil kelihatan sungguh serabut. Mungkin akibat dipanah cinta oleh rakan sekerjanya itu.

‘Hebat jugak penangan si Feesa ni.’

“Dia ada masalah kewangan ke?” Entah kenapa, soalan itu tiba-tiba terpancul keluar dari mulutnya. Atiq hanya mampu mengeleng. Tanda dia tidak punya jawapan kepada soalan majikannya itu.

‘Ambik berat jugak bos ni kat Feesa. Nasib badanlah Feesa. Mujur badan kau tak berat je. Kalau tak jenuh si Ezrakil nak mengangkatnya. Hehehe..’

“Awak boleh tolong saya.” Kali ini dibetulkan sedikit postur duduknya. Mukanya kedepan sedikit.

“Tolong apa bos?”

“Tolong siasat kenapa Feesa jadi macam ni.” Tak tertelan rasanya air liur mendengar pengakuan majikannya itu.

‘Muka aku ni ada gaya macam James Bond ke? Ada ke patut dia suruh aku yang tengah bunting ni menyiasat. Ish, mahu terberanak aku nanti.’

“Eerr, saya cuba tolong mana yang saya tahu eh.” Atiq memilih jawapan yang selamat. Kalau ditolak karang, ada pulak kena potong gaji nanti.

“Saya mintak tolong sangat dengan awak Atiq. Lagipun, awak sorang je yang rapat dengan Feesa dalam office ni.” Tanpa sedikit pun rasa malu, Ezrakil terus merayu hingga membuatkan Atiq serba salah sendiri.

“Saya cuba semampu saya bos. Err tapi boleh saya tanya sesuatu?” Dalam takut bin berani dia melahirkan pertanyaan.

“Teruskan.”

“Bos tanya-tanya ni sebab bos suka dekat Feesa ke?” Gulp. Tak tertelan rasanya air liurnya. Bagai tersekat di anak tekak. Seperti ada polis trafic yang menyekatnya.

“Saya bukan apa Atiq, saya tak nak pekerja saya bermasalah dengan masalah yang sama. Kalau kita boleh tolong untuk settlekan, apa salahnya kan.”

Dia cuba control kelakuan, riak wajah dan macam-macam lagilah agar tidak dikesan oleh Atiq.

“Memang beruntung Feesa sebab dapat bos yang prihatin macam Encik Akil ni.” Dalam diam-diam, dia memerli majikannya itu.

“Eh, bukan dia je. Semua pekerja saya pun beruntung tau. Termasuklah awak Atiq. Kalau saya ni tak berperikemanusiaan, mesti saya tak suruh awak buat kerja dalam office je walaupun kerja hantar documen ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia sepatutnya dilakukan oleh awak. Tapi saya suruh Feesa kan. Sebab, awak tu bawa budak.”

Atiq tersenyum malu sendiri. Dia tahu yang majikannya itu amat mengambil berat hal ehwal pekerjanya. Ezrakil menjaga pekerjanya lebih baik dari Dato Effendi dahulu. Firma ini berjaya diterajui oleh Ezrakil dengan caranya yang tersendiri.

“Saya tahu bos. Hmm, kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu ya.”

“Jangan lupa tau dengan apa yang saya suruh tu.”

“InsyaAllah tak lupa. Lainlah kalau saya hilang ingatan. Hehehe.” Atiq sekarang pun bukan main lagi suka menjawab. Ini semua mesti hasil didikan si Farafeesa. Hmm, Farafeesa lagi.

‘Feesa, boleh tak awak duduk diam-diam dalam kepala otak saya ni. Ini tidak, asyik menyerarabutkan je adalah. Sudahlah hati saya awak dah curi, jadi tolonglah saya sikit sayang oit.’

Ah sudah. Ezrakil sudah diserang sakit jiwa. Jiwa kacau kerana dipanah cinta si Farafeesa. Bidadari hatinya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

27 ulasan untuk “Novel : Cinta untuk sedetik lagi 21, 22, 23”
  1. LIYANA says:

    makin saspen pulak cerpen ni..
    tapi kesian feesa.. dahlah sakit lepas tu ezrakil cari gaduh pula..
    geram3

  2. kusyi03 says:

    kesian feesa.. macam2 dugaan. kalau kusyi dah lama bagitahu tentang penyakit tu.. biar sume orang tahu.. bhahaa.. geram!!!

  3. rihani says:

    biasanya baca novel gelak-gelak..
    ni sedih pulak.. mungkin penyakit feesa x teruk kot…
    ada blog x?? novel awk ni best

  4. ivoryginger says:

    sian feesha… hope ezrakil bt siasatan ttg apa yg jd dgn feesha n dia boleh jd kekuatan pd feesha tuk tempuhi penyakit dia n ibu dia.semoga dgn khadiran cinta ezrakil akan mampu mhapuskan penyakit. kdg2x bukan ubat yg mampu merawat but kekuatan diri kita sendiri mampu merawatnya dr dlm.

  5. aju_ism says:

    adoi…sian la plak si feesa ni…harap2 de la org tau die ni sakit..

  6. en0n says:

    aku tak suke r citer yg ending sedeh2 ni..
    sara!ending dye mmg sedeh ea?

  7. liya says:

    SLE tu macam penyakit adik pada Badrul dalam Trilogi cinta…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"