Novel : Hello, Mr. Perfect! 10

29 December 2011  
Kategori: Novel

9,427 bacaan 5 ulasan

Oleh : misz_waniey

Alya memandang skuternya yang rosak. Malam-malam macam ni la skuter dia buat hal. Dicuba berulangkali menekan punat start skuternya tetapi masih lagi tidak berfungsi. Dia menampar skuter tu tanda geram. Mana dia nak cari orang bantu dia malam-malam macam ni?

Alya mengeluh. Nak telefon Hana dan Isma, kredit habis pulak! Simpang yang sedang dia lalu sekarang ni pun gelap dan tidak nampak satu manusia pun di situ. Nak kata seram tu takde la sangat. Tapi macam-macam boleh jadi dalam keadaan macam ni. Alya melihat jam di tangan. Sudah hampir pukul 12 malam. Adoyai, sudah lewat malam ni. Dia sudah semakin risau. Menunggu dan mengharap agar ada yang datang untuk membantunya.

Selang beberapa minit kemudian, datang sebuah kereta dari hujung simpang. Lampu dari kereta tersebut menyilaukan mata Alya yang ketika itu sedang sibuk menunggu di divider dengan penuh harapan. Sekilas bibirnya tersenyum. Mengharapkan agar yang datang itu dapat membantunya.

Alya bangun lalu segera melambai-lambaikan tangannya untuk menghentikan kereta tersebut. Kereta mewah model Hyundai Elantra itu mula menghampiri Alya sebelum berhenti. Alya begitu berharap agar pemandu itu sudi membantunya. Lelaki yang memandu kereta mewah itu segera keluar dari keretanya. Senyuman Alya semakin melebar.

“Ada apa hal ni bro?” tanya lelaki itu. Senyuman Alya mati.

‘Bro? Dia kata aku bro? Aku perempuan la!’ bentak Alya dalam hati. Geram pulak bila orang mengingati yang dia adalah lelaki. Dia cuba berlagak tenang. Tak nak create apa-apa masalah memandangkan banyak benar masalah yang dia sedang hadapi sekarang ni.

“Bro, tolong saya bro. Skuter saya ada prob la!” balas Alya dengan suara sengaja dibuat garau. ‘Alang-alang kau dah panggil aku bro.. so aku balas la dengan suara ala-ala ‘BRO’ ni’.

Lelaki itu menutup pintu keretanya lalu menghampirinya. Alya masih tidak jelas melihat raut wajah lelaki yang baik hati itu. Namun sebaik lelaki itu menghampirinya, sekali lagi dia terkejut. Bukan dia sahaja, lelaki itu juga! Masing-masing kaku.

“Kau!?” tanya mereka serentak. “Apa kau buat dekat sini!?” sekali lagi persoalan itu keluar dari mulut masing-masing.

Alya berdehem. Cuba menenangkan perasaan yang semakin kusut tu. Haish! Macam mana pulak la boleh jumpa dengan mamat perasan bagus ni!? Tengah-tengah malam macam ni pulak tu! Bikin spoil mood betul!

“Apesal dengan skuter kau ni!?” tanya lelaki itu dengan nada tinggi. Tangannya disilangkan ke dada. Memandangnya dengan pandangan yang cukup tajam. Alya tidak membalas soalan lelaki itu. Menyampah pulak rasanya! Kalau nak tolong tak payahlah tanya dengan suara tinggi macam tu. Nampak sangat diri tu tak ikhlas nak membantu! “Tulah, kalau dah tau skuter cabuk kau ni dah season, tak payah la nak keluar malam-malam buta macam ni! Mahunya ada lelaki tak siuman ganggu macam mana? Bla.. bla.. bla..” bebel lelaki itu panjang lebar. Naik panas telinga dia mendengar.

‘Hamboih! Sesuka hati kau panggil skuter aku skuter cabuk ye? Rasa ringan je tangan ni nak kasik pelempang dekat mamat depan aku nih! Nasib sebabkau datang nak tolong aku, kalau tak.. lama dah mamat depan akuni terpelanting kena penerajang dari aku! Huh.. ’

“Jangan nak membebel la! Meh tolong aku tengokkan enjin ni lagi baik la!” geram betul rasanya. Sudah la hari ni hari malang sedunia bagi dia, jumpa mamat ni bertambah malang lagi nasib dia ni.

Lelaki itu tersenyum sinis. Tiba-tiba dia ketawa seolah-olah memerli.

“Ada aku cakap yang aku nak tolong kau, ke?” balas dia lagi dengan penuh sombong dan angkuh. Alya mengetap bibir. Argghh.. rasa nak kasik penyepak dekat muka lelaki ni boleh tak?

“Habis tu yang kau berhentikan kereta kau dekat sini kenapa? Kalau dah tak nak membantu tu tak payah la kau tercegat lagi dekat sini. Baik kau blah la!” halau Alya. Lelaki itu tak membantu pun dia tak kisah! Masih ada lagi yang nak bantu dia time-time macam ni. Tapi.. hem, ada ke yang nak membantu? Satu kereta pun takde. Jangankan kereta, motor pun tak nampak kat simpang jalan ni. Haish!~

Mamat perasan bagus itu ketawa lagi.

“Sure? Jangan sesekali kau nak menyesal ye?” sengaja Izzul menguji Alya. Nak tengok sejauh mana ego gadis tomboy itu dapat menangkis egonya. Alya memeluk tubuh. Malas nak bertekak dengan mamat perasan bagus itu.

“Pergilah! Menyemak je dekat sini…!” tambah dia lagi.

Izzul tersenyum sinis. Segera dia kembali ke keretanya. Sebaik dia masuk ke dalam keretanya dan enjin dihidupkan, kereta itu berlalu meninggalkan asap hitam ke arah Alya, gadis itu terbatuk-batuk. Deruman kereta itu semakin menjauh. Bayangannya pun sudah jauh menghilang. Alya mengeluh. Betul-betul mamat tu meninggalkan dirinya.

‘Tu la kau, El! Bodoh sombong! Kan mamat tu dah tinggalkan kau sorang diri dekat sini! Hah sekarang ni macam mana? Kau nak buat apa sorang-sorang dekat sini? Alamat kau tidurlah dekat tepi jalan ni ye wahai Alya?’kutuk dia dalam hati.

Alya mengeluh. Nak jalan kaki, rumahnya jauh. Takkan nak tinggalkan macam tu je skuter dia ni? Kang kalau tinggal macam tu, tak pasal-pasal esok pagi tinggal rangka je. ‘Haiyooo macam mana ni? Dah ada yang datang tadi, kau buat-buat sombong? Huh.. bukan aku yang sombong.. mamat tu yang berlagak nak mampus! Kalau tak nak tolong, tak payah la nak cakap sinis sampai naikkan darah aku ni! Haiseh!’

Setengah jam menunggu, akhirnya datang sebuah kereta menghampirinya. Hati Alya berbunga-bunga. Dia kembali tersenyum. Akhirnya, ada juga kereta yang lalu ke kawasan ni. Kereta itu berhenti betul-betul di hadapan Alya. Sekilas, pemandunya keluar dari dalam kereta tersebut.

“Motor rosak ke dik” tanya pemandu tu.

Alya mengangguk laju.

“Ye, abang! Boleh bantu tak?” balas Alya dengan penuh harap.

“Confirm la! Abang mekanik! Mari abang tengokkkan motor adik tu…” jawab lelaki itu lagi. Senyuman Alya semakin melebar. Syukur akhirnya ada juga yang nak membantu dia malam-malam macam ni. Kebetulan pulak yang berhenti tu mekanik motor. Macam dah takdir pulak kan? Tapi bagus jugak! Kalau nak harapkan mamat gila perasan bagus tu, alamat sampai kiamat la takde orang nak bantu.

Bebel Alya dalam hati. Matanya hanya memandang sahaja lelaki di depannya itu membaiki skuternya. Dia sudah boleh menarik nafas lega. Malam ni takdelah dia tidur tepi jalan. Alhamdulillah..~

15 minit berlalu, akhirnya enjin skuternya dapat dihidupkan.

“Siap akhirnya…” balas lelaki itu. Barang-barang baiki seperti skrew driver dan lain-lain segera disimpan dalam tool box. Lelaki itu bergerak ke bonet kereta untuk menyimpan tool box itu.

“Terima kasih, bang. Berapa kena bayar ni?” tanya Alya. Alang-alang abang yang baik hati ni sudah membaiki skuternya, takkan tak nak hulur apa-apa, kan? Kalau betul dia mekanik, baik bayar servis dia.

“Takpelah, adik! Adik ni kawan kepada kawan baik abang. Abang kasi free je..” jawab lelaki itu tersenyum. Alya tercengang. Kawan baik? Siapa?

“Err… siapa kawan baik abang tu?” tanya Alya. Sebaik bonet ditutup, dia segera mendekati Alya. Senyuman semakin melebar.

“Dia suruh abang rahsiakan. Okla, dah malam sangat ni. Baik adik balik sekarang.. tak elok anak dara keluar malam-malam macam ni..” nasihat lelaki itu.

Alya tersenyum. ‘Huh! Abang ni pun boleh perasan yang aku ni perempuan. Bukan macam mamat perasan bagus tu! Meluat betul aku bila teringatkan mamat tu! Huh!’

Segera enjin skuter dihidupkan kembali.

“Terima kasih, bang! Ucapkan terima kasih saya pada kawan abang tu ye?” balas Alya lalu segera melambaikan tangan kepada lelaki itu sebelum skuternya bergerak meninggalkan simpang jalan itu.

Lelaki itu tersenyum. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

“Hello, bro!” sapa lelaki itu sebaik sahaja mengetahui siapakah yang menghubunginya. “Yeps.. aku dah baiki dah motor dia. No hal je bro.. kau kan kawan aku.. Ok.. ok.. esok kita jumpa! Bye..” lelaki itu segera menamatkan perbualan mereka lalu segera bergerak ke keretanya. Kereta wira berlalu meninggalkan kawasan itu.

Alya yang sedang leka memandu tiba-tiba teringat sesuatu. Diketuk kepalanya kerana lupakan sesuatu.

‘Aiseh! Macam mana boleh lupa nak tanya nama abang tu.. tak pun minta no telefon ke. Nanti pasni kalau rosak skuter kesayangan aku ni, boleh la telefon dia.. haiyoo!! Apesal la kau boleh lupa El!?’ kutuk dia lagi.

Skuter berlalu dengan laju. Dia perlu segera sampai ke rumah. Matanya sudah semakin kuyu. Mengantuk yang amat. Tapi siapakah lelaki yang baik hati menelefon abang tu untuk bantu dia malam-malam macam ni?

Alya membiarkan persoalan tu berlalu begitu sahaja. Malas dia nak fikir lelaki misteri itu. Yang penting, dia doakan semoga lelaki itu selamat dunia akhirat kerana sudi membantu dia….




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Hello, Mr. Perfect! 10”
  1. leenz says:

    pendek sgtla…

  2. dieya says:

    alaa tak puas laa bace..

  3. farafera says:

    sweet jew…
    hahahah..
    btw,dew blog x???nak link..

  4. rieda says:

    best2…nak lagi…:-)

  5. putri cinta says:

    sambunglah cepat…
    nak lagi lah..
    tak puas ni

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"