Novel : I love you Mr. Egois 1

26 December 2011  
Kategori: Novel

12,282 bacaan 37 ulasan

Oleh : Hamba_ALLAH

“Aku terima nikahnya, Nur Iman Arnisya bt. Mohd. Yusoff dengan mas kahwinnya seratus tujuh belas ringgit tunai.”

Siapa sangka aku akan berkahwin dengan musuh aku sendiri, Tengku Farish Izhan bin Tengku Syharan. Ish! Tak suka betul! Dahlah suka ejek aku gemuklah, tak lawalah, tak pandailah. Huh!

“Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau, hah ‘Panda’! Kalau bukan disebabkan mak aku yang suruh, jangan haraplah aku nak kongsi hidup aku dengan kau,tahu tak?!” Itulah apa yang dikatakan suami yang baru beberapa minit aku nikahi semasa pertemuan pertama kami setelah bertunang. ‘Mr. Annoying’ betullah mamat ni!

“Iman. Apalagi yang dimenungkan tu. Salam tangan suami kamu tu. Hish! Apalah budak ni. Time nikahkan pun boleh lagi termenung.”.

“Tak payahlah sibuk fikir hal malam nanti. Nanti dah selesai karang, baru boleh difikirkan” kata mak andamku itu nakal. Disambut pula ketawa saudara-maraku. Alamak! Malunya aku. Dahlah dari tadi ‘Mr. Annoying’ ni tersenyum sinis kat aku. Habislah aku.

Aku menyambut huluran tangan tersebut dan ‘Mr.Annoying’ mencium dahiku lembut. Aku berasa syahdu sekali. Lantas air mataku gugur menyembah bumi setitik demi setitik.

“Alahai. Habis make-up nyah. Kena touch up balik ni. Dah. Jangan nak nangis. Nanti habis make-up nyah.” Kata mak andamku sambil mentouch upkan mukaku supaya kelihatan berseri lagi.

Kelihatan air mata tua ibuku juga menitis. Ibu mendekati diriku lalu memelukku sambil memberi nasihat.

“Nanti makan pakai suami kamu jaga elok-elok. Jaga maruah suami kamu. Jangan buat perangai. Ikat perut suami kamu tu dengan air tangan kamu tu. Bawa banyak bersabar sebab alam rumahtangga ni banyak halangannya. Dengar cakap ibu ni?” nasihat ibuku sambil mengusap kepalaku lembut.

“Mak. Adik tak yakin boleh hadapi alam baru ni, mak. Adik takut. Kalau suami adik ceraikan adik nanti macam mana?” kataku yang sememangnya bermulut celupar. Gelaran aku di dalam keluarga memang adik kerana aku merupakan anak yang terakhir dalam keluarga. Aku mempunyai dua orang abang. Mereka sahajalah tempat aku mengadu apabila dibuli oleh rakan-rakan.

“Ish! Apa cakap macam tu. Tak elok. Dah. Pergi salam ibu mertua kamu tu. Dari tadi asyik pandang kamu. Tersenyum-senyum dia. Dah pergi sana.” Arah ibuku sambil menolak badanku lembut.

“Tengku…” Aku mencapai tangannya dan menyalamnya.

“Eh! Kenapa panggil Tengku pula. Panggil mama. Okay, sayang?” katanya lembut sambil mencium kedua-dua belah pipiku sambil menangis.

Aku tergamam dengan tindakan spontan ibu mertuaku. Aku lantas memeluk dan memujuknya agar tidak menangis. Aku lebih tergamam apabila melihat ‘Mr. Annoying’ tersenyum manis kepadaku. Terserlah kedua-dua belah lesung pipitnya. Aku merasakan seolah-olah ada arus elektrik mengalir pada urat sarafku. Jantung aku berdegup pantas. Nafasku pula makin sesak. Adakah ini dipanggil cinta pandang pertama?

Aku makin kalut apabila ‘Mr. Annoying’ mendekati kami. Aku melihat dia menarik badan ibunya lalu memeluknya sambil terkumat-kamit sesuatu. Aku melihat ibu mertuaku hanya terangguk-angguk.

Tiba-tiba……

“Aaaaahhhh….. Tepi! Aku nak jumpa Nisya. Yang kau nak halang aku apahal?! Ini urusan aku dengan dia.” Aku terdengar satu suara yang amat aku kenali. Aku kalut apabila suara tersebut makin mendekati aku. Aku hanya memandang lantai kerana aku berasa amat takut.

“Nisya, sampai hati awak buat saya macam ni! Saya sayang awak. Tahu tak?! Kenapa awak tak boleh nak tunggu saya? Kenapa, Nisya?!”katanya kasar sambil mengenggam tanganku erat.

“Mungkin kita dah memang tak ada jodoh , Rif.” Kataku sambil meronta sekuat hati untuk meleraikan genggamannya. Aku risau apabila melihat semua tetamu memandang kami.

Dia semakin bertindak kurang ajar apabila dia cuba untuk memelukku. Aku cuba mempertahankan maruah aku dan keluargaku. Dia tidak pernah begini sebelum ini. Selalunya, dia menjaga adab sebagai orang Islam dan tidak pernah menyentuhku. Ini membuatkan aku senang berkawan dengannya. Tetapi kebaikanku telah disalah erti. Dia menyangka aku menyukainya.

Suamiku a.k.a ‘Mr. Annoying’ menarik aku dan memeluk bahuku seraya berkata ” Kalau kau nak sentuh bini aku ni, kau langkah mayat aku dulu. Ada faham?” kata suamiku a.k.a ‘Mr. Annoying’ dengan tenang.

Aku tahu suamiku hanya mahu menyelamatkan maruahnya dan keluarga. Alangkah bagusnya kalau tindakannya datang dari hatinya. Akulah perempuan yang paling bahagia saat ini agaknya kalau tindakannya itu datang dari hatinya.

“Baiklah,Nisya! Kau jangan ingat aku akan lepaskan kau macam tu sahaja. Aku akan pastikan kau menyesal kerana mempermainkan cinta aku. Kau ingat,Nisya! Kau ingat!” katanya dengan muka yang tegang dan berlalu pergi. Serentak dengan itu,air mata aku mengalir deras. Setitik demi setitik.

Aku meronta minta dilepaskan. Aku berlalu pergi menuju ke dapur rumah. Aku malu. Apa yang harus aku lakukan? Aku takut kalau ‘Mr. Annoying’ menceraikan aku sekarang. Aduh! Macam mana ni?

“Sayang. Sayang. Sayang kat mana? Cepatlah tukar baju. Kejap lagi acara memotong kek.” Jerit suamiku lantang. Aku tahu dia hanya berpura-pura mesra dengan aku. Aku cepat-cepat keluar dari tempat persembunyianku.

“Sayang….. Sayang pergi mana? Penat abang cari.” Kata suamiku lembut. Dia mencapai tanganku seraya berkata, “Sayang tak usah risau. Abang akan melindungi sayang daripada dia. Sayang janganlah risau sangat.”

Aku memandangnya pelik. Apahal lak layan aku baik semacam ni? Musykil! Musykil! Mesti ada yang tak kena ni. Sejurus itu aku terpandang di penjuru dinding dapur. Oh, patutlah! Ada mak dengan mama kat situ. Hah! Mulalah hati jahat aku merancang sesuatu.

“Abang…Abang janji tau abang kena lindungi Nisya. Janji tau?” kataku sambil memeluk pinggangnya. Aku dapat melihat mukanya yang tergamam. Mulutnya pula ternganga. Hahahahaha….Nak main lagi dengan aku. Kan dah kena.

” Hei, ‘Panda’! Kau jangan nak main-main dengan aku. Karang, aku ngap kau sekali kang. Habis kau. Menangis tak berlagu karang.” Bisiknya sambil mengelus pipiku lembut.

” HAH??!”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

37 ulasan untuk “Novel : I love you Mr. Egois 1”
  1. aisyah says:

    best la cte nih…jalan cerita yg menarik….keep it up..

  2. syuhairah says:

    sangat menarik…teruskan writer!!!!

  3. cinta sumaiyyah says:

    jalan cerita yang menarik… jalan cerita yang xbosan… buat yang terbaik yer… :)

  4. cinta sumaiyyah says:

    kalo boleh bia la smbungan nye sampai ending.. skunk nie bace sangkut2. aser xsabar lak nk tau lbh lnjut.. :)

  5. AliahMohdSalleh says:

    Buat permulaan ceriter nampak macam abrupt. Jer. Ceriter belum ‘hook’ kerana pembacasendiri pun tergamam tentang latar apa latarbelakang ceriter. Ceriter Okay.

  6. DRwannabe says:

    tahniah! nice intro.. bisa dimantapkan.. bangga dgan kau, keep it up friend! ;)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"