Novel : Kahwin Ganti 10

14 December 2011  
Kategori: Novel

23,018 bacaan 78 ulasan

Oleh : Aifa Batrisya

BAB 10

Hembusan angin dari kawasan lapang tanah sawah tidak sedikit pun mendamaikan hati Luqman yang resah sejak tadi. Entah kenapa, dia sangat terganggu dengan kejadian tadi. Dalam tidur pun, nama dia. Entah-entah, dalam sedar ketika dia bercakap dengan aku pun, dia anggap aku Nuqman. Gila lah! Aku bukan Nuqman. Aku Luqman lah! Luqman hanya mampu menjerit sekuatnya di dalam hati. Makin kuat dia memeluk kakinya rapat ke badan.

” Hai, layan perasaan nampak. Awat dok sini sorang-sorang?”. Luqman hanya menjeling sekilas pada suara yang menegurnya. Tanpa di pelawa, Qaseh duduk mencangkung di sebelah Luqman sambil tersenyum.Matanya ralit memandang setiap inci wajah Luqman Hakim. Sempurna sungguh wajah lelaki itu dimatanya. Sayang sungguh, dia sudah berkahwin.

” Awatnya ni? Gaduh dengan Zara ka?”. Diam. Tiada sahutan dari Luqman. Matanya mencerun tajam memandang ke arah sawah padi yang terbentang luas di belakang kawasan rumah Tok Wan itu.

” Pelik kan? Awak dok buat muka ketat macam tu pun, saya tetap nampak awak hensem. Untung Zara dapat suami hensem macam awak”. Diam. Masih lagi tiada sahutan. Qaseh sedikit mengeluh. Boleh tahan sombong juga lelaki ni rupanya. Ada rupa, ada harta memang selalunya sombong ke orangnya ye?

” Kau pernah jatuh cinta tak?”. Tersenyum panjang Qaseh bila Luqman mula bersuara. Perlahan-lahan dia merapatkan duduknya dekat sedikit dengan Luqman. Matanya bersinar-sinar memandang wajah Luqman tanpa jemu.

” Mestilah pernah. Baru sangat-sangat tau. Baru hari ni.Ehhh..tapi awatnya awak tanya lagu tu? Bukan awak dengan Zara bercinta dah lama ka?”. Berkerut dahi Qaseh seketika bila terfikirkan soalan Luqman. Sedikit ganjil pada pemikirannya soalan seperti itu untuk orang yang sudah berkahwin.

” Apa kau buat, kalau orang yang kau sayang tu suka kat orang lain?”. Tanpa menjawab soalan Qaseh, Luqman terusan bertanya biar sedikit pun dia tidak menoleh ke arah Qaseh. Wajahnya masih serius seperti tadi.

” Ohhhh…kalau awak tanya saya,saya akan cuba sedaya upaya carik cara buat orang tu jadi hak saya. Tak kiralah apa cara pun. Kadang-kadang, mungkin orang tu tak sedar kita sayang pada dia sebab dalam fikiran dia dok fikir orang lain. Makanya, kita kena buat sesuatu supaya dia ingat kat kita dan bukan lagi ingat kat orang tu.Tapi tu lah kan, orang yang saya dok suka tu laki orang”. Wajah Qaseh berubah mendung. Sekilas dia merenung wajah Luqman penuh minat. Kemudiannya dia mengeluh perlahan. Beruntungnya Zara dapat lelaki macam Luqman!

Luqman menarik nafas panjang. Kata-kata Qaseh memang ada benarnya. Dia suaminya! Dia ada hak pada Mya Zara. Dia perlu lakukan sesuatu supaya Mya Zara tetap jadi haknya sampai bila-bila. Dia perlu lakukannya supaya nama Nuqman hilang sama sekali dari ingatan Mya Zara. Luqman menggengam penumbuknya kuat. Suka atau tidak, hari ini dia terpaksa lakukannya. Sekarang ada lah peluang yang baik. Jika Mya Zara menolak, dia akan tetap lakukannya.Yang penting, dia dapat mengikat Mya Zara dari sesiapa pun…sama ada dari gangguan Nuqman atau Iskandar. Luqman senyum sendiri.Perlahan-lahan dia bangun lalu mengibas belakang punggungnya yang terkena tanah.

” Thanx”. Tanpa sedikit pun memandang Qaseh, Luqman berlalu meninggalkannya dengan kedaan terpinga-pinga.

***************************

Kenduri doa selamat malam itu berakhir agak lewat. Selepas pukul 11 malam barulah jemaah masjid dan para tetamu beransur pulang. Walaupun ada sedikit halangan dalam memahami bahasa perbualan masyarakat di situ, Luqman rasa gembira dapat ada sama di situ. Sekurang-kurangnya dia dapat mempelajari sesuatu yang baru. Mujur juga lah ada Pak Long Hamdan, ayah kepada Qaseh yang agak ramah orangnya. Kebetulan , dia juga orang luar. Jadi tidaklah Luqman keseorangan ternganga bila penduduk di situ berbual panjang dalam bahasa banjar.

Selesai membasuh pinggang mangkuk beramai-ramai, Luqman meminta diri untuk berehat. Letih memandu dari JB masih bersisa. Badannya terasa lenguh-lenguh bisa. Perlahan-lahan dia memanjat tangga belakang rumah itu menaiki dapur.

Pintu kayu bilik tengah dibukanya perlahan. Dia sedikit terkejut melihatkan Mya Zara yang hanya duduk tegak dibirai katil dengan bertelekung dengan wajah sedikit kelat. Mungkin dia baru sahaja sudah solat Isyak.

Songkok di kepalanya di tanggal dan diletak perlahan atas meja solek lalu mengambil tempat di kerusi meja solek.

” Kau ni apesal? Muka dah macam ape tah.”.

” Awak buka tudung saya ye petang tadi?”. Soal Mya Zara tegas. Luqman mencebik.

” Apesal tuduh aku pulak. Tudung kau, kau lah yang bukak. Apehal aku sibuk-sibuk nak bukakan?Macam tak ada kerja lain” balas Luqman bersahaja. Sikat di atas meja solek dicapainya, perlahan-lahan dia menyisir rambutnya yang sudah sedikit panjang itu.

“Luqman, cakap lah betul-betul. Saya memang tak sedar tadi. Kalau bukan awak, siapa lagi?”.

” Siapa-siapa ajelah. Apa masalahnya ni? Pasal tudung pun nak kecoh ke?”. Luqman mendengus kasar. Rambutnya yang sedikit menutupi matanya di tolak ke tepi.

” Memang jadi masalah bila ada kaitan dengan aurat saya Luqman. Selama ni,saya memang cukup jaga aurat saya pada orang bukan muhrim saya.Tapi petang tadi…”. Nada suara Mya Zara sedikit menurun. Ada nada sebak di sebalik kata-katanya. Luqman menjeling sedikit pada Mya Zara. Aikkk? Pasal tudung pun nak nangis? Macam budak-budak!

” Luqman, cakaplah. Awak yang bukakan tudung saya tadi kan? “. Luqman garu kepalanya yang tak gatal. Dia mula rasa bersalah bila air mata Mya Zara mengalir perlahan dari mata bulatnya. Tak tahu pula dia, hal tudung pun boleh jadi sesensitif ini!

” Mungkin, pada orang lain pakai tudung hanya perlu bila keluar dari rumah. Bila dengan sepupu, saudara mara lelaki tidak pula bertudung kerana ahli keluarga sendiri. Salah sebenarnya konsep itu. Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki bukan mahram walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Sebab itu, hal macam petang tadi saya ambil serius”. Tidak berkerdip mata Luqman memandang ke wajah Mya Zara. Setiap patah perkataannya, bagai meresap perlahan ke dalam hatinya. Selama ini, hal aurat diambil enteng saja baginya. Sewaktu dia dengan Sofia dahulu pun, dia pernah melihat rambut Sofia sewaktu mereka berkelah beramai-ramai. Fikirnya ketika itu, Sofia dan budak perempuan yang lain hanya bertudung kerna hendak ke sekolah. Itu saja.
” Luqman….betulkan, awak orangnya?”. Pertanyaan lembut dari Mya Zara menghalau jauh ingatan Luqman pada Sofia dan zaman persekolahan mereka. Matanya yang sedikit sepet redup memandang ke wajah Mya Zara yang minta kepastian darinya. Luqman mengeluh perlahan.

” Yelah..yelah. Memang aku yang tolong buka kan tudung kau tadi. Tak kan nak tidur dalam bilik pun pakai tudung kot! Bukan ada orang lain pun, aku kan suami kau!”. Mya Zara mengeluh panjang. Beraninya dia buka tudung aku ye!

” Awak cuma suami saya di atas kertas saja Luqman. Ingat tak masa malam perkahwinan kita, apa awak beritahu saya? Bila Nuqman balik, awak akan pulangkan saya pada dia kan? Sebab itu, di depan awak saya masih jaga aurat saya. Aurat saya hanya untuk ‘suami’ saya. Bukan pengganti nya”.

Berderau darah Luqman mendengar kata-kata Mya Zara. Walau dalam nada suara yang lembut, tapi sudah cukup untuk buat hatinya rasa disiat dan ditikam berkali-kali. Itu anggapan dia selama ini pada aku rupanya. Bukan suami! Tapi pengganti! Penumbuknya digenggam kuat,cuba ditahannya kemarahan yang makin meluap-luap.Kepalanya terasa panas dan berdengung. Bibirnya di ketap kuat.

” Kau ni nampak aje macam ni kan? Tapi mulut boleh tahan jugak. Kau dah lupa agaknya Zara, kalau aku tak ada malam tu kau satu keluarga terpaksa tanggung malu.Kau rasa, apa pandangan makcik-makcik kau kalau kau tak jadi kahwin hari tu? Mesti diaorang kata, kau yang beria-ia ajak lelaki kahwin. Kemudiannya lelaki tu tak sanggup kahwin dengan kau sebab tu lari masa hari nikah! Kalau bukan aku yang sanggup ganti tempat suami idaman kau tu, hari ni belum tentu kau boleh tunjuk muka pada mereka semua. Kau sedar tak semua tu Zara?Kau sedar tak!!?”. Suara Luqman sedikit meninggi.Tangannya mengeletar menahan marah. Mya Zara diam menikus. Takut-takut dia memandang wajah Luqman.

” Kau ingat, aku hadap sangat ke nak kahwin dengan kau Zara? Memang tak lah! Berpuluh lagi perempuan lebih baik, lagi cantik dari kau aku boleh dapatkan.Setakat perempuan biasa-biasa macam kau ni,bila-bila masa aku boleh dapat. Sekarang, aku nak kau simpan baik-baik dalam otak kau yang pandai sangat sampai dapat ‘master’ tu, yang aku kahwin dengan kau hanya sebab ummi dengan abah bukan sebab aku suka-suka nak jadi tukang ganti ‘suami’ kau yang lari tu. Kau ingat baik-baik tu.Kalau sebab tudung tu lah, kau nak hina aku sampai macam ni sekali,lepas ni baik kau tak payah pakai dah. Aku rasa, tak ada guna kau beria-ia tutup sana sini, tapi mulut macam tu. Satu lagi, lepas aku keluar ni, kau cuba buka buku, cek internet apa hukum isteri menyakitkan hati suami. Dah, kau jangan tunjuk muka depan aku lagi”. Perasaan marahnya yang membuak-buak tadinya mulai bertukar rasa. Matanya mulai berkaca.Dia cepat-cepat bangun lalu menuju ke arah hujung bilik itu. Baik dia pergi sebelum air matanya nampak di mata Mya Zara.

Kain pelekat yang dipakainya ditukarkan kepada jeans. Usai memasukkan semua barang-barangnya ke dalam beg dia mencapai handphone dan kunci keretanya yang ada di atas meja solek.

” Awak nak pergi mana malam-malam ni Luqman? Saya mintak….”.

” Diam! Kau simpan saja maaf kau tu dalam tong sampah.Aku tak minat nak dengar!”. Mya Zara bingkas bangun lalu menarik tangan Luqman.

“Luqman, jangan lah macam ni. Nanti, apa pula kata mama dan papa kalau awak keluar bawa beg malam-malam begini.Maafkan saya. Saya tak ada niat nak cakap macam tu sebenarnya…..mungkin sebab saya terlalu marah tadi…”.

” Ehhhh….aku tak kisahlah apa keluarga kau nak kata tentang aku. Itu bukan masalah aku.Dah, tepilah! “. Tangannya direntap kasar dari pegangan Mya Zara. Beg galasnya di sangkutnya ke atas bahu sebelum dia menolak kasar pintu kayu bilik itu. Tanpa membalas teguran dari Qaseh di hadapan pintu dapur, dia berlalu ke arah keretanya yang di parkir di seberang jalan. Otaknya benar-benar kosong ketika itu. Selama ini, fikirnya Mya Zara berbeza dengan Sofia. Tapi anggapannya benar-benar salah.Perempuan bertudung, semuanya sama! Dalam kegelapan malam, Luqman Hakim menjerit sekuat hatinya di dalam kereta.Bersaksikan bulan dan bintang, sekali lagi dia dikecewakan oleh perempuan yang bertudung!

***************

” Ehhhh…awalnya balik? Kata nak duduk kampung 2,3 hari. Tapi baru semalam pergi pagi ni dah sampai rumah? Mana Zara?”. Teguran Datia Zahrah di ruang makan tidak dijawab oleh Luqman. Dia masih leka menghirup milo panas yang dibuatkan oleh Mak Yah. Tepat pukul 8 pagi, dia sampai di Johor Bharu. Itu pun setelah hampir sejam dia berhenti melelapkan mata di R& R Jejantas Sungai Buloh.

” Luqman, mana Zara?”.

” Zara..zara..zara. Muak la Luqman dengar nama dia ummi. Boleh tak, hari ni jangan sebuat nama tu depan Luqman?”. Datin Zahrah sedikit tersentak dengan jawapan Luqman tapi kemudiannya dia tersenyum.

” Okey. Emmm…mana isteri Luqman? Dia tak balik sini sama-sama?”. Luqman mencebik. Ada-ada saja ummi ni. Tak diberi sebut nama, disebut itu pula!

” Entah. Dah kena geles dengan lori simen tengah jalan tadi kot!”. Balas Luqman bersahaja.

” Astaghfirullah al azim. Kamu ni Luqman, tak baik cakap macam tu. Dengar dek isteri kamu tu, tentu kecik hati dia”. Menggeleng panjang Datin Zahrah melihatkan gelagat anak bongsunya. Itu mesti ada yang tak kena lah tu.

” Senang sangat perempuan nak kecik hati kan? Hal remeh temeh pun nak kecik hati. Habis lelaki ni, tak boleh kecil hati? Besar selalu lah hatinya walaupun di kata, di kutuk macam-macam “. Datin zahrah dan Mak Yah saling bertukar pandangan. Memang sah ada yang tak kena ni!

” Luqman…”.

” Luqman dah kenyang ummi. Luqman naik dulu.Mak Yah, kalau ada sebarang call untuk Luqman suruh jangan call dah sampai bila-bila pun. Luqman tak mahu diganggu”. Luqman terus mengatur langkah menaiki biliknya tanpa menunggu jawapan dari Mak Yah atau ummi nya. Perlahan-lahan Datin Zahrah berlalu ke arah meja telefon.

“Kalau ummi sayangkan Luqman, ummi jangan call perempuan tu”. Perlahan-lahan gagang telefon diletakkan semula. Datin Zahrah mengeluh panjang. Memang kes berat kali ini!

*********************

Bunyi barang bertaburan masih berterusan sejak tadi. Datin Zahrah tak mampu berbuat apa-apa lagi. Memang itulah sikap Luqman sejak kecil.Kalau ada sesuatu yang tak kena, memang habis satu bilik di amuknya. Matanya tak habis-habis menjeling ke arah jam di dinding. Rasa tak sabar menunggu kedatangan tetamunya itu.

Tak sampai 10 minit, bunyi enjin kereta kedengaran dari arah hadapan banglo itu. Datin Zahrah tersenyum kelegaan. Cepat-cepat dia berlalu ke hadapan pintu utama.

“Assalamualaikum ummi. Maaf, Nuha lewat. Lewat pula habis meeting di Batu Pahat tadi. Lepas meeting, Nuha singgah beli barang pula”. Datin Zahrah menjenguk sedikit ke arah Pak Mahad yang sedang sibuk mengeluarkan kotak-kotak dari belakang bonet kereta.

” Kamu beli apa banyak-banyak tu Nuha? Macam nak buat kenduri saja ummi tengok”. Nuha Aleesya tersenyum panjang.

” Hadiah untuk anak bongsu ummi tu lah. Pak Mahad, Mak Yah, tolong bawakan kotak-kotak ni ke dalam bilik Luqman ye. Pesan pada dia, gelas-gelas ni semuanya Nuha beli untuk dia. Dia boleh baling dan pecahkan seberapa banyak yang dia suka, asalkan dia puas hati. Petang nanti lepas asar, Nuha jumpa dia”. Pak Mahad dan Ma Yah hanya menangguk menerima arahan. Datin Zahrah pula hanya mampu menggeleng lalu tersenyum sendiri.

” Kamu ni Nuha, ummi suruh kamu balik nak suruh kamu nasihatkan dia. Ini tidak, kamu makin menggalakkan pula dia mengamuk tak tentu pasal”. Nuha senyum sendiri.

“Ummi..ini lah yang dinamakan ‘reverse physicology’. Dia nak mengamuk, nak baling barang kan? Haaa…Nuha bagi dia 10 kotak gelas.Dia balinglah sepuas hati dia, lepas tu dia dah penat dia berhentilah mengamuk” Nuha gelak sendiri. Datin Zahrah menggeleng lagi.Macam-macam idea budak sekaang ni!

**************************************

Tanpa salam dan ketukan di pintu, Nuha membuka kasar pintu bilik adik bongsunya. Ketika itu, Luqman sedang berehat di beranda biliknya sambil menghisap rokok. Bila tersedar akan kehadiran tetamu secara tiba-tiba, puntung rokok di buangnya ke bawah. Sempat juga Nuha melirik ke arah timbunan kotak gelas yang dibawanya.Satu pun tidak terusik. Dah berakhir agaknya ‘tsunami’ adiknya tu.

” Ni sejak bila merokok ni? Dah tak sayang nyawa?”. Teguran Nuha di balas dengan dengusan kasar dari Luqman.

” Kak Long tak payah sibuk hal adik. Nanti, bawa balik saja gelas-gelas tu. Simpan dalam almari kaca rumah kak long untuk hiasan, lagi bagus”. Nuha tersenyum panjang. Niat dia membeli gelas-gelas itu sampai mesejnya pada Luqman.

” Kenapa ni adik? Bergaduh dengan Zara, tak kan lah sampai macam ni? Habis barang bersepah. Adik kan dah besar, dah jadi suami orang lagi tu. Be matured! Bawa lah bersabar sikit.Biasalah tu, adat orang berkahwin kadang-kadang baik. Kadang-kadang ada juga bergaduh. Barulah namanya asam garam berumah tangga”. Diam. Tiada sahutan dari Luqman. Yang kedengaran hanyalah keluhan panjang darinya. Nuha tidak puas hati bila respon dari Luqman terlalu dingin.

” Give her some time. Dia masih perlukan masa untuk terima adik dalam hidup dia. Bukan senang berada di tempat dia dik. Ditinggalkan masa hari nikah, tapi bernikah dengan orang yang hampir sama tanpa pengetahuan.Kalau kak long jadi dia, dah lama kak long minta cerai tau tapi Zara berbeza. Dia perempuan yang baik. Dia sayangkan ummi, sayangkan keluarga kita. Sebab itu lah dia bertahan sampai sekarang. Besar pengorbanan dia pada keluarga kita adik dan dah jadi tanggungjawab kita, terutamanya adik untuk layan dia dengan baik”. Diam lagi. Masih tiada tindakbalas dari Luqman. Cuma tanpa disedari oleh Nuha,mata Luqman mulai berkaca-kaca.

” Pengorbanan dia, semua orang nampak kan? Kesusahan dia, semua orang faham. Macam adik pula yang perangkap dia untuk kahwin dengan adik. Tapi, ada orang fikir pasal adik? Tak ada kan? Yang galas tanggungjawab sebagai suami, adik. Yang tanggung dosa dia keluar dengan lelaki lain pun adik. Yang semua orang tahu, bila ada hal macam ni semuanya nak suruh adik faham keadaan dia. Kak long, dipaksa kahwin, ganti tempat orang lain lagi teruk rasanya dari kahwin dengan orang yang kita tak kenal. Kalau orang lain di tempat adik, belum tentu diaorang sanggup kahwin dengan perempuan yang dia tak kenal. Gantikan tempat abang kembar sendiri pula tu!”.

” Itu semua salah adik. Adik yang tak mahu orang lain tahu tentang status adik dengan Zara. Kalau tidak, tak kan ada lelaki lain nak dekat dengan Zara”, balas Nuha. Luqman mendengus lagi. Ahhhh..perempuan. Pusing macam mana pun, masih nak mempertahankan jantina sendiri.

” Status bukan masalahnya sekarang Kak Long. Masalahnya, dengan perempuan bertudung tu! Tutup sana sini, tapi tak tahu macam mana nak jaga hati suami sendiri. Apa Kak Long rasa kalau dalam tidur abang Ikmal, dia sebut nama perempuan lain? Tentu marah, sedihkan? Tapi kes adik lagi berat. Dalam tidur, dia sebut nama Nuqman. Jadi adik ni siapa? Jasad Luqman, tapi di mata dia adik ni Nuqman kak Long, Nuqman! Adik ni cuma pengganti Nuqman, bukan suami dia!Dah lah, orang boleh cakap apa saja. Tapi yang menanggungnya, adik juga”. Nuha Aleesya terdiam.Terasa berat untuk dia membuka mulut dan membalas kata-kata adiknya. Memang benar tekaannya selama ini, Luqman dah mula menyayangi Mya Zara dalam diam. Sayangnya, dia tak mahu mengakuinya. Tindakannya selalu saja bertentangan dengan apa yang dirasanya.

Tanpa menunggu balasan dari Nuha, Luqman mengatur langkah memasuki biliknya semula sambil mencapai beg galasnya di atas katil. Beg pakaiannya yang sudah siap dikemas rapi, ditarik ke sisi.

” Adik nak kemana ni? “. Luqman berpaling.

” Kak long tolong adik carikan Nuqman ye. Adik nak pulangkan semula ‘hak’ dia yang adik tolong jaga kan. Bila kak long dah jumpa dia, adik akan balik”. Perlahan-lahan Luqman melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Nuha dengan titisan air mata yang keluar secara tiba-tiba. Terasa menyesal mengeluarkan kata-kata sebegitu tadi. Memang benar, Luqman sebenarnya yang lebih menderita dalam hal ni. Semuanya kerana Nuqman!

kita bersambung lagi ye…

p/s: mohon komen anda semua untuk sya terus memperbaiki gaya penulisan saya, tqvm untuk support anda :-)




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

78 ulasan untuk “Novel : Kahwin Ganti 10”
  1. senyorita says:

    klo bukukan cerita ni msty lg best…smbnglh lg…
    peace….:)

  2. siwoni says:

    kesiannyer luqman..

  3. sara iman says:

    adoi!..sedih la plak…

  4. illa says:

    ciannya luqman..nk nangis pun ade bc citer nie..

  5. syaza says:

    huhuhh nangis….sdih sngat2 dh smpai mnaglir air mta tahniah aifa batrisya sbb dpt buat org menangis bila bca cerita awwk nie..awk memng penulis terbaik

  6. hana efryna says:

    cdey… cyan luqman

  7. nini says:

    luqman ngis cyan ye!!!

  8. haziq says:

    sedihh…tp best….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"