Novel : Projek Memikat Suami 2

27 December 2011  
Kategori: Novel

44,936 bacaan 39 ulasan

Oleh : Hanina Abdullah

Bab 2

Hanina Abdullah.

Usai solat maghrib, Husna bersiap untuk bertemu Zahrain dengan hati yang bercampur-campur. Rupa menawan tapi dia jenis lelaki yang macam mana? Dia berdandan sederhana, bagai nak ke panggung wayang dengan teman-teman saja rupanya. Blaus kain kapas warna kuning lembut berbunga-bunga kecil dan seluar panjang berwarna krim tersarung di badan.

“Comel apa?”komennya bila melihat dirinya dalam cermin, cuba meyakinkan diri sebenarnya. Mana pernah dia keluar dating dengan lelaki. Keluar beramai-ramai adalah. Ataupun keluar dengan Atai, kawan baiknya di U.K., pergi beli barang-barang dapur. Bagus pergi beli barangan dapur dengan Atai, sebab dia tukang bawa barang.

Mukanya dioles bedak nipis dan lip gloss disapukan di bibir. Beg sandang kulit yang dibelinya di Barcelona 3 tahun lalu disangkutkan ke bahu. Beg kulit kegemarannya itu sudah hampir lunyai kerana dibawa setiap kali mengembara ke Eropah. Siap! Biarlah kalau Zahrain hanya menilai dia dari luaran, just by a book’s cover, jelaslah dia bukan lelaki yang sesuai untuk berkongsi hidup dengan aku. Atau adakah aku ni nak menonjolkan sangat kesederhanaan ku supaya dia tak berkenan dengan aku, senang tak perlu kahwin. Boleh teruskan rancangan dengan geng nak mengembara ke sebelah Asia pula. Tapi….dia….handsome….

“Just be yourself, Husna! And this is you,” omelnya untuk hilangkan kegugupan yang bersarang di hati.

“Nawwal Husna! Pakai blaus dengan seluar ini saja ke?” tanya Hajjah Rahmah tidak puas hati. Ummi memang kalau dia sebut nama penuh tu, adalah yang dia tak berkenan.

“Iya lah Ummi, takkan nak pakai baju berlabuci pula? Lagi pun Una pun tak tahu kami nak ke mana. Nanti kalau jalan-jalan ke mall saja, tentu over-dressedlah Mi,” jawab Husna santai.

“Anak Ummi sayang…. takkan lah bakal isteri nak dibawa berjalan-jalan ke mall saja? Inikan kali pertama berjumpa, pakailah baju yang lebih cantik!” gesa Hajjah Rahmah.

Belum sempat Husna menjawab, telefonnya berbunyi. Tertera nombor yang tidak dikenalinya di skrin telefonnya.

“Hello,” jawab Husna kehairanan.

“Nawwal Husna?” terbit suara yang tidak pernah didengarinya.

“Ya. Siapa ni?”

“Zahrain, saya di depan rumah awak. Tolong cepat, boleh?” Ayat yang terakhir itu lebih berbunyi bagaikan suatu perintah dan bukan suatu permintaan. Ini tentu Ummi dengan Puan Sri tu dah kaw tim bagi nombor telefon aku kat dia.

“Tak nak masuk dulu, jumpa Ummi dan Babah saya?” pelawa Husna.

“Nope, saya nak cepat.”

Aik, nak bawa anak dara orang keluar, kok iya pun, jumpalah mak bapanya. Macam tak beradablah pula. Hm, macam mana ni Husna, belum jumpa, baru bercakap sekali, dah ada yang tak berkenan di hati.

“Nawwal Husna? Are you coming?” terdengar suara kurang sabar Zahrain di corong telefonnya. Boleh ke kalau aku jawab “No”? Hajjah Rahmah yang berada di hadapannya sudah mengangkat kening seolah bertanyakan siapa pemanggilnya. Kalau aku tak pergi, boleh tenang ke duduk di rumah malam ni? Mesti Ummi hampa, Babah pula….apa aku nak cakap kepada dia? Memang sah tiada pilihan langsung.

“See you in a minute,” jawab Husna ringkas.

“Ummi, itu Zahrain, dia dah sampai.”

“Eh, ajaklah dia masuk dulu, jumpa Babah.”

“Dia nak jalan dulu Mi, dia bimbang kalau jalan jam,” Husna berbohong sunat demi menjaga hati ibunya. Bagus lah tu, belum apa-apa lagi aku dah berbohong dengan Ummi, getus Husna dalam hati. Ah, jangan fikir banyak, Husna, jumpa dia malam ini, tengok apa jenis orang si Zahrain ini, lepas tu senang buat keputusan, fikir Husna dengan hati yang tawar.

Sekali pandang Husna mengaku dah jatuh hati dengan kereta yang terparkir di laman rumah ibunya. Husna bukannya gadis yang mementingkan kemewahan tapi sungguh siapa pun tentu berkenan dengan kereta itu. Kereta sports warna hitam. Tuannya pula macam mana? Sekali pandang terus berkenan juga ke? In real life, rupanya macam dalam gambar ke?

Husna melangkah laju ke arah kereta itu, memang itu gayanya berjalan. Terus ke arah tujuan tanpa lenggang lenggok yang membuang masa. Bila tiba hampir di kereta mewah itu, Husna berhenti, menunggu tuan kereta keluar membukakan pintu kereta untuknya. “Senyum, Husna, senyum,” dia mengingatkan dirinya sendiri. Tuan kereta yang dinanti tidak keluar, sebaliknya cermin tingkap kereta pula yang dibuka.

“Masuklah, tunggu apa lagi?” terdengar suatu suara memberi arahan dari dalam kereta itu. Tunggu apa lagi? Tunggu awak bukakan pintu, getus Husna dalam hati. Ingatan kepada dirinya untuk senyum hilang entah ke mana, digantikan dengan kerutan di dahi. Tak gentleman langsung, tak reti ke nak bukakan pintu kereta untuk wanita? Sabar, sabar. Biarlah, ini hanya pengorbanan kecil untuk Ummi dan Babah. Bukannya mati aku keluar dengan dia ni. Mungkin ini kali pertama dan terakhir. Husna memaksa dirinya senyum dan membuka pintu kereta itu.

“Assalamualaikum” Husna memberi salam sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi kulit kereta itu.

“Waalaikumsalam,” jawab tuan kereta sambil terus menekan minyak kereta sebaik sahaja Husna menutup pintu kereta. “Hish, nasib baik sempat tutup pintu kereta. Tak sabar langsung,” terlintas di benak Husna yang terkocoh-kocoh memasang tali pinggang keledar.

“Are we in a rush?” tanya Husna sedikit sinis sambil berpaling memandang sipemandu kereta. Saat matanya menatap wajah tuan kereta yang memandu dengan penuh fokus itu, Husna mendapat jawapan kepada soalannya. Bukan soalan “in a rush” itu tapi yang lebih awal tadi. Ya, tuan kereta pun, sekali pandang boleh terus jatuh hati. Dalam keadaan kelam kereta itu, Husna dapat melihat wajah Zahrain yang tampan. Hmm, pakej 3-dalam-1 nih: rupa, harta, darjat.

Ingat, Husna, book’s cover. Luarannya cantik, dalam pula macam mana? Siang tadi pandai aku mengingatkan Ummi, sekarang ingatkanlah diri sendiri. Book’s cover, book’s cover, book’s cover , book’s cover ….dah jadi mantralah pulak. Mantra pendinding ilmu pengasih.

“Saya lapar. Kali terakhir saya makan pukul satu tengahari tadi,” jawab Zahrain, matanya tak lekang memandang ke depan.

Kesian pula, lapar rupanya dia. “Tak sempat minum petang tadi?” Husna cuba berbual-bual kecil.

“Tak,” jawab Zahrain pendek. “Hang tight.”

Kereta mewah itu terus laju membelah kota raya Kuala Lumpur. Kecut perut juga rasanya Husna bila kereta itu dipandu terlalu laju. Hang tight to what? To the seat or my heart?

“Kita nak ke mana?” Tanya Husna untuk menghilangkan rasa kecut perutnya.

“Restoran kegemaran saya.”

“Sea food?” Husna bagai mengidam makanan laut di Malaysia yang sentiasa segar, tak seperti makanan laut di U.K.

“Italian.”

Oh, penggemar masakan Itali rupanya. Baguslah, bukan susah nak masak. Aik, Husna, susah ke senang ke, kau dah mula berangan nak masakkan untuk dia ke? Hati-hati dengan hatimu, Husna.

Tiba di restoran itu, Husna mula sedar akan kesilapannya – pakaiannya terlalu kasual untuk restoran yang jelas berkelas tinggi itu. Betul kata Ummi, takkan bakal isteri dibawa ke mall. Pengunjung-pengunjung lain dalam restoran itu bergaya sakan. Kecuali dia. Walau pun blaus yang dikenakannya itu comel pada pandangannya, ianya tak cukup dressy untuk restoran mewah itu. Zahrain sendiri kelihatan bagaikan seorang model dalam photoshoot, walaupun dia hanya berkemeja tangan panjang berjalu-jalur kecil hitam, biru dan ungu. Ringkas tapi bergaya.

Pelayan restoran menunjukkan meja mereka. Zahrain terus duduk dan membuka menu yang dihulurkan oleh pelayan. Hm, dia langsung tak jemput aku duduk atau tolong tarikkan kerusi untukku, gerutu Husna.

“Wid mushroom risotto. Apple juice,” cepat sekali Zahrain memesan makanannya, tanpa sebarang appetizer.

“Hmmm lasagna! ” kecur air liur Husna, ini memang makanan kegemarannya.

“Pesto pasta, orange juice” pesan Husna kepada pelayan, menukar fikiran.

“Kenapa tak order lasagna? Takut tak muat baju pengantin?” tanya Zahrain.

Merah menyambar muka Husna bila baju pengantin disebut. Dia mengusik aku kah? Tapi kenapa bunyi macam perli saja? Kenapa pula dia nak perli aku? Muka Zahrain dipandang kebingungan. Tiada senyuman, di bibir atau dimatanya. Say something Husna, cat got your tongue?

“Dah malam, lasagna heavy sangat. Nanti susah nak tidur.” Husna berkata sejujurnya.

“Tak boleh tidur, think of me then.” Buat sesaat, rasanya terhenti jantung Husna. Sangat provokasi ayatnya nih. Sekali lagi Husna tak mengerti maksud Zahrain. Kalau dia mengusikku, kenapa tiada senyuman langsung, malah mukanya serius dan sinis. Apa yang tersirat di hatinya?

“Why should I?” lancar saja mulut Husna bertanya. Dah terkeluar, menyesal pun ada.

“Aren’t we getting married?” soalan dibalas dengan soalan. Ini satu perkara yang pantang bagi Husna yang lebih suka berterus terang. Arrrgh tension, I don’t want to play games. Straight to the point sajalah, hal ini bersangkut paut dengan hidup aku, masa depan aku. Mana boleh buat main-main.

“Are we?” Soal Husna balik. Pandangan tajam Zahrain dibalasnya dengan renungan yang dalam. Steady, Husna, steady. Terlintas di mindanya, Zahrain bagaikan mempermainkannya. Lain di mulut, lain di hati. Memang dia tak arif, tak berpengalaman tentang lelaki, tapi ini firasatnya tentang lelaki yang duduk semeja dengannya.

Zahrain terus-terusan memandangnya tanpa langsung berkelip mata. Entah apalah di mindanya. Jantung Husna berdegup-degup laju tak usah nak cakaplah. Dilarikan pandangan matanya ke lain. Tak tahan menatap pandangan tajam jejaka pilihan keluarganya. Malu pula Husna bila teringat semula soalan yang ditanyanya tadi, “Are we?” Wei! Kenapalah aku lancar saja tanya soalan tu, macam perempuan tak malu!

“Here you are, Sir. Miss.” Warrrgh, dahlah aku tengah suspense menunggu jawapan dia, apasallah waiter, waktu ini, ketika ini, saat ini kau nak sampai?

Tanpa menjawab soalan Husna, Zahrain terus menyerang risotto yang dipesannya. Dia nampak lapar sangat, macam orang tak jumpa makanan sebulan. Zahrain makan bagaikan Husna tiada di depannya. Okey, tak nak jawab sudah. Husna pun meyuap pasta ke dalam mulutnya. Hmm, tak sangka lebih sedap dari pasta yang dia pernah rasa di U.K. Tapi logiklah, di U.K. kalau dia ke restoran pun, dia hanya ke restoran yang biasa-biasa sahaja. Tak semacam restoran ini. Walau pun keluarganya selesa dari segi kewangan, Husna dididik supaya bercermat. Ada duit lebih, semua untuk travelling!

Alang-alang makan percuma, biar nikmati puas-puas, fikir Husna. Bila masuk saja sebiji sun dried tomato ke dalam mulutnya, terasa sedap sampai terpejam mata Husna, nikmat habis. Dikunyahnya pelan-pelan. Selepas ditelan, barulah dia membuka matanya. Terkejut dia! Rupa-rupanya Zahrain sedang memandang tepat ke mukanya. Mesti dia ingat aku ni dah setahun tak jumpa makanan.

“You like Italian food?” Reti jugak ketul ais beku ni berbual ye.

“Hm hm,” jawab Husna pendek. And Chinese food, and Indian food, and Japanese food….I love food. Dicucuknya sebiji sun dried tomato dengan garfunya, ditunjukkan kepada Zahrain, “especially this! Letak atas pizza crust yang nipis, taruh goat cheese, daging ayam kalau suka, sos, 10 minit dalam oven, 200 degrees, hea-ven!”

“Pandai masak?” Interview bakal isteri dah mula ke?

“Nah, so-so,” jawab Husna merendah diri. Memanglah bila melepak dengan kawan-kawan, dia yang selalu jadi tukang masak. Bukan sebab dia pandai, sebab yang lain tu pemalas. He he.

“Boleh masak untuk saya hari-hari.” There he goes again, macam kucing main-main dengan tikus. Pasta sedap, pasta tak sedap, Husna dah nak naik angin.

“You dah habis makan?” Pinggan Zahrain memang dah kosong, lelaki ni memang makan laju.

“Dah.”

“Tak nak dessert?”

“What’s for dessert? You?” Zahrain merenung ke dalam mata Husna. Bagai magnet, Husna tak dapat mengalih pandangan matanya. Oh, ini rasanya kena ubat guna-guna ya. Rasa melayang-layang.

O-key! E-nough! Husna mengingatkan dirinya sendiri. Ke mana kewarasan aku pergi?

“No, sorry, I am not on the menu. Kalau dah habis makan, kalau tak nak order dessert, saya nak tanya.”

“Shoot.”

“Awak nak kahwin dengan saya ke?” Wah, macam bagus punya soalan, Husna. Walau pun merah membahang rasa pipinya, Husna memberanikan dirinya bertanya. Kalau tak tanya terang-terang, sampai entah ke bilalah, asyik you-for-dessert, cook-for-me, think-of-me B.S.

“Awak rasa?” Dia ni tak reti ke nak jawab soalan dengan jawapan ke?

“Kenapa? Penting ke awak nak tahu perasaan saya?” Sudah, Husna. Aku pun dah kena penyakit dia, answering a question with a question.

“Penting jugaklah, kalau awak ada perasaan kat saya….”

Belum sempat Zahrain menghabiskan ayatnya, Husna hampir terjerit, “We have just met, less than an hour. Macam mana saya nak ada perasaan kat awak?”

“Good. Awak tak ada perasaan kat saya, saya pun tak ada perasaan kat awak. You’re not my type. Settled. Shall we inform our parents? No wedding.”

“You’re not my type” Terngiang-ngiang di telinga Husna. He. Is. So. Blunt. Tapi kenapa hati aku rasa ngilu macam kena hiris-hiris pisau yang tajam.

Terdiam Husna. Tak tahu apa nak dibalas, dia menguis-nguis pasta di atas pinggannya. Biji matanya terasa hangat. Oooh! Please, please, Husna, jangan nangis. Buat malu je depan mamat ketul ais beku ini.

Kenapa yang kau sedih sangat ni? So what if he says that you’re not his type. Well, he’s not your type either. Sombong, tak berperasaan. Tak pernah dengar ke orang tua-tua kata “cakap berlapik”? Kok iya tak nak kat aku, cakaplah elok-elok. “You’re still young, I think you should live life a bit rather than rushing into a marriage.” Atau boleh juga kata “Sebenarnya saya ni tak setuju dengan arranged marriage.” Atau katalah apa-apa pun, ini tidak “You’re not my type!” Husna mengomel-ngomel dalam hati.

No wedding means Ummi dan Babah kecewa. Sejujurnya, dia pun kecewa. Mana dia part mengenal hati budi yang disebut-sebut Ummi tu. Sebenarnya, dia pun dah termakan nasihat Ummi, “Kalau jodoh yang elok dah datang, buat apa ditolak.” Tapi jelaslah, bagi Zahrain, dia bukanlah jodoh yang elok. Nampak sangat dia tidak mencapai piawaian seorang isteri bagi Zahrain. Wah, sahlah aku ni bukan perempuan Melayu terakhir, lawak Husna dalam hati, cubaan untuk memujuk hati.

“Well, Cik Nawwal Husna, do we have a deal?”

Husna mengangkat mukanya, dipandangnya wajah Zahrain. I owe it to Ummi and Babah to give this relationship a try, but…, but…, he’s a jerk! Okeylah, okeylah….a handsome jerk, bluek!

“Awak dah ada calon ke?” pelan Husna bertanya.

“None of your business.” Ngilu rasa hati Husna dengan jawapan yang bukan jawapan dari Zahrain itu. Serius, di mana tingkah laku elok yang disebut Ummi tu?

“Business kita sebenarnya. Kalau kita tak nak kahwin, apa alasan nak kita beri kepada parents kita?” Secara lembut Husna cuba mengajak Zahrain berbincang.

“Cakap yang sebetulnya, awak tak suka dekat saya.” Mudah jawapan keluar dari mulut Zahrain.

“Sebetulnya, saya suka awak,” terlintas di benak Husna tapi dia cepat-cepat gumam rapat-rapat bibirnya, takut terlepas. Suka book’s cover yang handsome, tapi dalamnya tak handsome, buat apa. Cubaan Husna untuk kekal waras.

“So, settle, kita berdua cakap kepada parents kita yang kita tak suka each other?” tanya Husna meminta penjelasan.

Zahrain hanya mengangkat kedua bahunya. Eeee, mamat sombong, getus Husna dalam hati. Apa? Ada emas ke dalam mulut tu? Tipikal macam dalam drama-drama, anak orang kaya yang sombong!

Usai makan malam, Zahrain menghantarnya pulang. Dalam perjalanan, kedua-duanya diam seribu bahasa. What else is there to say? Fikir Husna. Kalau inilah rasanya dating, baik tak payah, hampeh!

Tiba di rumahnya, tanpa menunggu Zahrain membuka pintu kereta untuknya, Husna terus keluar dari kereta mewah itu. Harap-harap inilah kali pertama dan terakhir dia berjumpa lelaki sombong ini.

Sebelum menutup pintu kereta, tanpa memandang muka Zahrain, Husna berkata, “Thanks for the wonderful meal, can’t say the same for the company.” Pintu kereta dihempas dan cepat-cepat dia berlari masuk ke dalam rumahnya. Belum sempat pintu rumah ditutup, enjin kereta mewah itu mengaum meninggalkan perkarangan rumah.

Tuan punya kereta, si jejaka terhangat di pasaran tersenyum sendiri, “Mission accomplished!”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

39 ulasan untuk “Novel : Projek Memikat Suami 2”
  1. Hanina Abdullah says:

    rohayu, ha ha saya pun dah lama tunggu bab 3 & 4 naik kat sini. berkira2 juga nak bukaa blog tp bimbang hangat2 ta** ayam je, nnt tak sempat nak manage. PMS saya dah tulis masuk bab 20! he he. ye dulu saya study oversea dan mmg kaki backpacking. kahwin atas kehendak keluarga ni sangat common di malaysia (or at least in my family lol). nak buat filem, idak kut. menulis utk redakan stress sj. tq for yr comments!

  2. rohayusulaiman says:

    Finally..bleh jgk baca novel Hanina tnpa tsekat2. Klu x mcm broadband xdpt signal je. Geram weh…hehe..

  3. fifie says:

    hm, kt blog tuh ada bab 3… kalo bab 4 da ada bgtau ek… hehe..

  4. Bieliber says:

    Oh oh! Buat lah blog! Takkan hangat hangat ta** ayam punya lah. Saya penyokong nombor SATU!

  5. Qaireena Airysha says:

    so sweet…

  6. Qaireena Airysha says:

    love it very much!

  7. Qaireena Airysha says:

    awesome!!!

  8. Jesxie says:

    Nak tnya buku ni terbitan karyaseni ke kakinovel??nak beli tpi xjmpa2…;-(

  9. t0MaYTus 99 says:

    ohh no…
    so sweet…
    awesome….!!!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"