Novel : Suamiku Vampire 26

6 December 2011  
Kategori: Novel

19,269 bacaan 44 ulasan

Oleh : RIA NATSUMI

Perasaan marah, benci, rindu dan keliru bagaikan bersatu di dalam hati Lidya sehingga dia tidak mampu berbuat apa-apa. Mengetahui perkara itu membuat Lidya bertambah serabut sehingga dia berasa tidak berguna. Dia tidak menyangka Umi Kalsom menyimpan perkara sepenting itu darinya.

Lidya merenung jauh laut dihadapannya. Laut yang bergelora itu bagai mengerti apa yang melandanya. Hati Lidya benar-benar sedih.

Umi Kalsom adalah wanita yang paling dia hormati dan kagumi tetapi wanita itu menipunya. Menyimpan rahsia tentang dirinya yang sebenar. Hati Lidya benar-benar terluka.

Tiba-tiba Lidya merindui Danish. Sejak malam tiada elektrik itu, dia sudah tidak berjumpa dengan lelaki itu.

“Danish…” Apabila menyeru nama itu, hatinya di pagut kerinduan. Lelaki itu lembut melayannya. Jarang sekali meninggikan suara. Lidya merindui bebelan Danish yang menyakitkan telinga itu. Akhinya Lidya ketawa. Terasa lucu apabila mengenangkan sikap Danish yang suka bercakap banyak mengalahkan perempuan. Lidya tersenyum sendirian.

“Danish….” rintih Lidya lagi. Kini bukan ketawa atau senyuman yang terukir tetapi air mata jernih yang mengalir deras. Betapa hatinya merindui Danish. Tetapi dia terpaksa membawa diri untuk mencari ketenangan diri. Mencari kemaafan untuk lelaki itu dan Umi Kalsom. Bukanlah sikapnya untuk terus mendendami orang-orang yang dia kasihi. Cuma dia memerlukan masa untuk memberi kemaafan tersebut.

Lidya bangun dari terus duduk di atas batu besar di tepi pantai.

“Lidya!” Seorang lelaki memanggil namanya.

“Zafri?!” Terkejut bukan kepalang Lidya dengan kehadiran lelaki itu. ‘Cari nahas, memang cari nahas sahaja aku ni kalau bersama lelaki ini tapi aku memang pelik. Di mana aku berada, dia mesti ada.’ Lidya mula rasa tidak senang duduk.

“Kenapa you terkejut tengok I?” Zafri bertanya apabila melihat wajah Lidya.

“You intip pergerakkan I, Zafri?” Lidya bertanya dan Zafri terdiam. “So, memang benarlah yer?” Lagi sekali Lidya rasa kecewa dengan sikap seseorang. “I benci you Zafri!” Lidya berlari terus ke chaletnya. Menangis semahunya di atas katil.

Dia merenung gambar perkahwinan Lidya dengan Danish. Sangat meriah dan tidak akan dia lupakan saat-saat itu.

“Abang! Kenapa abang tak call Alya? Alya tunggu abang call.” Rintih Lidya. Semasa membawa diri ke sini, telefon bimitnya terjatuh atas jalan dan dia tidak sempat menyelamatkan telefon tersebut lalu dilenyek hancur oleh kereta. Yang selamat hanyalah kad memorinya sahaja.

Itu pun nasib baik boleh digunakan lagi sim tersebut.

Air matanya berhenti mengalir apabila melihat senyuman Danish. Lidya turut tersenyum. Kemaafan untuk Danish sudah hadir di dalam hatinya. Cuma terhadap Umi Kalsom sahaja. Masalah yang wujud itu terasa berat sekali.

Lidya mengambil keputusan untuk pergi menjamu selera memandangkan dari pagi lagi dia tidak makan apa-apa.

Lidya makan dengan penuh selera. Tiba-tiba Zafri datang dan duduk bersamanya. Sunngguh! Sikap Zafri sudah berubah dan lebih kepada memaksa.

Lidya malas mahu melayan dan teruskan makan.

Tanpa Lidya sedari ada seseorang yang memerhatikan mereka dan mengambil gambar.

*****

Lidya Amira tersenyum di sebalik dinding itu. Dia yakin dengan gambar tersebut Danish akan mengamuk dan menceraikan Lidya. Memang itu yang dimahukan tetapi dia tidak boleh lama-lama di sini sebab ada perkara yang lebih penting dalam hidupnya.

Mira memandu laju menuju ke destinasinya yang sangat jauh. Dia rindukan biliknya. Bertolak waktu tengah hari dan dia sampai di rumah lewat malam. Penat memang penat.

Dia menghantar mesej bergambar kepada Danish dengan harapan Danish akan ke sana dan mengamuk. Dia berharap kemusnahan rumah tangga mereka akan berlaku.

Mira memanjat tangga dan menuju ke biliknya. Dia membuka sebuah kotak. Dia tersenyum manis.

“Selamat hari Lahir kakak!” Mira tersenyum manis. Ada sekeping gambar seorang kanak-kanak perempuan. Tanpa pengetahuan mamanya, Mira mengambil gambar tersebut.

Apabila dia terdengar perbualan mama dengan seseorang dalam panggilan telefon tujuh tahun yang lalu yang dia mempunyai seorang kakak dan mereka merahsiakan daripada Mira. Mira memang rasa gembira apabila mengerahui yang dia ada seorang kakak. Memang itu yang diingini. Kasih sayang seorang kakak. Maka, dia memilih hari itu adalah hari lahir kakaknya yang tidak pernah dikenali.

Sejak kecil lagi dia amat cemburu apabila melihat kawan-kawannya dan sesiapa yang mempunyai kakak yang amat menyayanginya.

Mira selalu berangan yang kakak tirinya itu selalu wujud dan akan menyayanginya sepenuh hati. Akhirnya Mira terlena atas katil.

*****

Danish tersedar daripada tidurnya apabila terdengar bunyi telefon bimbitnya. Dia menguap berkali-kali. Sudah beberapa hari dia mencari Lidya. Umi Kalsom sudah menceritakan hal sebenar kepadanya. Dia tahu isterinya itu dalam tekanan dan kecewa.

“Mungkin Alya yang mesej.” Pantas Danish bangun dan mengambil telefon bimbitnya yang berada dalam poket seluarnya yang tergantung dalam almari.

“Mesej daripada Mira?” Dahi Danish sudah berkerut. Mesej bergambar lagi. Dia membukanya. Gambar Lidya bersama Zafri? Hatinya betul-betul diburu api cemburu yang melampau.

Danish menukar kain pelekatnya kepada seluar panjang. Dia benar-benar rasa sakit di dalam hatinya.

Danish bergerak pantas menuju ke tempat yang Mira nyatakan. Perjalanan ini mengambil masa lama. Maka terpaksalah dia bertolak lebih awal. Dia memandu selaju yang mungkin. Danish mahu cepat sampai ke destinasi.

*****

Lidya berasa rimas apabila Zafri asyik bersamanya. Sampai sekarang dia tidak tahu bagaimana lelaki itu mengetahui dirinya berada di sini.

“Sudah lewat malam ni, Zafri. I balik bilik dulu ye?” Lidya cuba pulang awal sedikit.

“Baru pukul 9 malam. Awal lagi.”

“Tak apa. I mahu berehat di biik sahaja. Terima kasih.” Ucap Lidya. Kini mereka berdua sudah berada di hadapan chalet milik Lidya. Bilik tersebut tidaklah besar tetapi amat selesa untuk dirinya.

“Baiklah. Kita jumpa lagi esok. Selamat malam.” Ucap Zafri pula sambil melihat Lidya sehingga gadis itu hilang dipandangannya.

Lidya bersandar pada pintu. Dia merenung kosong katil bujang itu. Lidya mengeluh berat. Tiba-tiba perasaan rindu kepada Danish begitu mencengkam sanubari.

Lidya berbaring di atas katil sambil menghubungi Danish.

Danish terkejut kerana dia mendapat panggilan daripada Lidya. Pantas tangannya menekan butang jawab.

“Assalamualaikum….” Lembut sahaja suara Lidya di pendengaran Danish.

“Waalaikumusalam. Kenapa baru sekarang nak hubungi abang? Tahu tak abang ni separuh nyawa mencari Lidya. Umi risaukan Alya.” Panjang lebar Danish berkata. Lidya termenung. Dia teringatkan Umi Kalsom. Hatinya susah untuk menerima kenyataan yang diberitahu oleh Umi Kalsom.

“Alya…” seperti biasa Lidya tidak dapat berkata apa-apa tiap kali Danish menanyakan pelbagai soalan. Lidya terdiam.

“Sudahlah. Alya kecewakan abang. Agaknya Alya suka abang pergi dari hidup Alya.” Sengaja Danish bersuara sedih. Hatinya memang sedih dengan gambar yang dilihatnya tetapi dia yakin Lidya tidak akan kecewakan dirinya. Tidak akan menduakan dirinya.

“Abang…” Belum sempat lagi dia berkata apa-apa Danish memutuskan taliannya. Dia sengaja buat begitu sebab dia baru sahaja sampai ke tempat Lidya menginap. Walaupun badannya terasa penat, hubungan mereka perlu dipulihkan dengan segera. Cinta Lidya harus menjadi hak mutlaknya.

Danish sampai ke kaunter.

“Encik, isteri saya menginap di sini tetapi isteri saya tidak sempat memberitahu chaletnya nombor berapa sebab bateri habis. Boleh encik beritahu nombor chaletnya?” Danish cuba mendapatkan nombor bilik isterinya.

“Nama isteri encik?” Danish mula mengukir senyuman.

*****

Lidya terpana apabila Danish menamatkan talian tersebut seperti itu. Hatinya tidak tenang. Memang dia akui yang cinta Danish sudah mula tumbuh subur dalam hatinya. Lidya mengemas barang-barangnya untuk pulang ke rumah. Walaupun sudah lewat malam, Lidya mahu pulang ke rumah.

Lidya keluar daripada biliknya bersama beg pakaiannya. Lidya ingin menutup pintu dan tiba-tiba dirinya dipeluk dari belakang. Lidya betul-betul terkejut.

“Danish!” Terpana Lidya melihat lelaki itu kini dihadapannya. Lelaki itu tersenyum kacak. Lidah Lidya betul-betul kelu. Pandangan matanya tidak lepas daripada memandang wajah suaminya yang amat dirindui dalam diam.

Tangan Lidya digenggam erat oleh Danish. Dia mengajak Lidya masuk ke bilik semula.

“Kenapa diam ni? Tak suka abang datang sini?”

“Tak ada apa-apa.” Lidya cuba sorokkan beg pakaiannya. ‘Malulah aku kalau Danish tahu yang aku dah nak pulang ke rumah.’

“Macam tak suka abang datang sahaja. Jauh abang mencari sayang!” Entah mengapa Danish terbayang saat mereka bahagia. Tidak mungkin dia melupakan peristiwa yang paling indah dalam hidupnya.

Lidya masih membisu. Dia menanggalkan tudungnya dan disanggul tinggi rambutnya.

“Tak apalah. Biar abang pergi!” Kata Danish dan ingin berlalu pergi. Tangannya disambar oleh Lidya.

“Abang nak pergi ke mana pula?” Soal Lidya.

“Sayang kan tak suka abang di sini?”

“Siapa pula yang cakap macam tu?” Lidya menjawab dengan soalan.

“Perbuatan sayang sudah mengambarkan segala-galanya. Maksud di hati Alya.” Nada suara Danish amat sedih.

“Kalau macam tu, ni mengambarkan hati Alya yang macam mana pula?” kata-kata Lidya terhenti di situ. Bibir Lidya bertaup dengan bibir Danish. Lama.

Kini, mereka saling bertatapan. Sungguh! Danish terkejut dengan tindakan pantas isterinya. Pipi Lidya sudah kemerah-merahan kerana malu.

“Ini mengambarkan Alya cintakan Danish, betul ke?”

“Entahlah!” Lidya mengelak untuk mengakui perasaan cintanya kepada Danish.

“Nakalnya dia. Tak mahu mengaku ye? Tunggulah. Abang akan buat sayang mengaku.” Danish ingin memeluk Lidya tetapi gadis itu menggelak. Mereka berkejaran didalam bilik yang sempit itu. Dimana lagi yang mampu Lidya lari dengan bilik yang sebegitu?

Akhirnya Danish dapat memeluk tubuhnya dan mereka bersama-sama berbaring di atas katil bujang itu.

Mata mereka saling bertatapan bagai melepaskan rindu yang hadir dalam jiwa masing-masing. Lidya rasakan perasaan bahagia dalam hatinya. Begitu juga Danish.

“Alya, kenapa dera hati dan perasaan abang?” Danish bersuara akhirnya.

“Mana ada Alya dera? Bila masa pula ni?”

“Ish, buah hatiku ini!” Danish sudah berasa geram. Apabila dia bersikap serius, Lidya pula seperti main-main sahaja.

“Sabar abang. Sabar. Tak dapatlah Alya nak tolong.” Lidya ketawa manja tetapi wajah Danish tetap serius.

Dia memegang dagu Lidya dengan lembut. Sentuhan itu membuat Lidya berhenti ketawa. Mata mereka bertaup lagi.

“Abang serius ni. Abang nak tahu jawapan sayang malam ni juga.” Danish merenung tajam ke dalam mata Lidya. Lidya terkebil-kebil.

Di dalam hatinya penuh dengan debaran. ‘Haruskah aku mengakui perasaannya sekarang?Aku belum bersedia. Aku takut dikecewakan.’ Lidya berperang dengan perasaannya sendiri.

“Jawapan apa ni abang? Soalan pun tak tanya lagi.” Lidya ketawa sedikit tetapi jelas kelihatan kaku.

Danish mengeluh.

“Soalannya. Lidya Alya mencintai Danish Aniq tak? Ya atau Yes?!” Danish geram dengan sikap Lidya seperti mahu main tarik tali dengannya.

“Macam pernah dengar jawapan seperti ini.” Kata Lidya dengan nada gurau. Terimbau kembali kenangan pahit itu tetapi Lidya tidak lagi menyimpan dendam atau marah. Dalam hatinya hanya ada bunga-bunga cinta Danish.

“Tak payah jawablah sayang.” Danish meleraikan pelukan tersebut. Dia bangun dan duduk di kerusi kayu yang ada dalam bilik tersebut.

Lidya tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. ‘Aduh, dah merajuk pula!’ Lidya tidak pasti cara apa yang harus dilakukannya.

Dia berdiri tegak dihadapan Danish.

“Abang…” panggilan lembut daripada Lidya. Dalam hati Danish sudah tersenyum. Lidya cuba memujuknya sudah menunjukkan jawapan yang dia perlukan.

Danish kaku dan diam. Lidya sudah gelabah. Dia mahukan bahagia dan bahagia itu seharusnya menjadi miliknya tetapi sekarang Danish merajuk. Dia bimbang yang dia tidak dapat memujuk Danish.

Danish sengaja memejamkan matanya. Tidak sanggup menatap wajah Lidya yang begitu cantik dipandangan matanya.

“Abang.” Sengaja Lidya membuat suara yang manja. Dia betul-betul tidak tahu mahu memujuk Danish dengan cara apa.

“Tak apalah abang. Alya keluar dari sini la macam ni.” Lidya ingin melangkah keluar tetapi tangannya pantas ditarik oleh Danish dan punggung Lidya terduduk atas Danish. Perlahan-lahan tangan Lidya melingkari leher Danish.

“Cepatnya mengalah.” Danish berbisik ditelinga Lidya. Debaran di hati Lidya makin kuat. Dia yakin yang Danish dapat mendengar denyutan jantung yang pantas itu.

“Alya…” Lidahnya kelu bila Danish mengusiknya.

“Tengok tu. Pantang abang tanya sikit, dah tak dapat jawab.”

“Hmmm…”

“Baiklah. Abang tanya soalan ini untuk kali terakhir. Adakah Lidya Alya mencintai Danish Aniq?” Serius suara Danish. Dia merenung tajam ke dalam mata Lidya.

Lidya menelan air liurnya. Terasa perit sekali apabila memandang wajah Danish. Lidya lagi sekali berperang dalam hatinya. Pelukan tangan Danish dipinggangnya makin erat.

“Ya!” Akhirnya lega tetapi Danish diam dan merenungnya. Lidya terasa pelik.

“Ya apa?” Selamba sahaja Danish bertanya.

“Ya. Jawapannya ya.” Lidya cuba menyakinkan Danish.

“Yelah. Ya untuk apa?” Danish masih memandang Lidya.

“Ya, Lidya Alya cintakan Danish Aniq!” Sejurus sahaja Lidya melafazkan kata-kata itu, Danish memegang kepala Lidya dan tangannya itu turun ke belakang leher dan mencium bibir Lidya. Lidya terpana dan merelakan sahaja.

Malam itu lagi sekali mereka melayar bakhtera yang begitu indah dengan rasa cinta yang utuh dihati masing-masing.

*****

Danish tersedar daripada lenanya. Ketika itu Lidya masih lena dalam pelukan Danish. Rambut panjang milik Lidya dicium oleh Danish. Masih wangi seperti biasa. Danish tersenyum. Selepas pengakuan Lidya malam tadi, perasaan Danish kini tenang. Tiada lagi perasaan cemburu. Hanya yakin dengan cinta Lidya.

Danish mengucup dahi Lidya. Perlahan-lahan dia bangun lalu menyelimutkan tubuh Lidya dengan selimut. Jam di telefon bimbitnya baru pukul 5 pagi. Dia membuka pintu jendela. Terasa indah dengan udara pagi yang nyaman dan segar.

“Terima kasih Alya.” Pandangan Danish jatuh pada Lidya yang masih terpejam matanya. Danish tersenyum. Dia bersyukur kerana hubungan mereka sudah kembali pulih. Danish yang hanya bertuala itu, bersandar di dinding. Dia mendonggak memandang langit yang penuh dengan bintang.

“Malam yang indah.” Danish tersenyum nakal. Dia ingin mengusik Lidya. Perlahan-lahan dia memanjat katil. Tangannya mencari leher Lidya yang putih gebu itu. Kini hidungnya pula bergesel-gesel dileher itu.

Lidya terasa geli. Dia menolak lembut sentuhan Danish itu tetapi Danish tidak mahu mengalah. Dia memeluk tubuh Lidya erat. Tangannya nakal merayau ke tubuh Lidya.

Lidya tersedar lalu tangannya melingkari leher Danish.

“Pagi-pagi pun nak nakal juga ke?” kata Lidya tersenyum. Baru kini dia terasa bahagia.

“Ala, abang nakal dengan sayang aje.” Danish mencium wajah Lidya. Makin lama makin menganas. Lidya mula rasa lemas. Dia menolak lembut tubuh Danish sehingga lelaki itu berdiri.

“Abang guna tuala Alya. Alya nak guna apa ni?” Marah Lidya apabila melihat tualanya berbalut di tubuh Danish. Danish tersenggih.

“Sayang tak payah guna apa-apa la. Biar abang tengok sayang.” Kata-kata Danish telah membuat pipi Lidya kemerah-merahan.

“Ish!” Lidya malu. Dia cuba mencubit lengan Danish tetapi tangannya ditangkap oleh tangan kasar Danish.

“Janganlah marah. Nanti abang gigit leher sayang.”

“Abang, takutnya! Takut….” Lidya sengaja berpura-pura takut. Danish geram. “Alya gurau aje. Abang pergi ambil kain batik Alya dalam beg tu.” Arah Lidya sambil menunjukkan jari telunjuknya arah penjuru almari.

‘Alamak, aku lupa! Beg tu sengaja aku sorok kat situ.’ Lidya tersipu malu.

“Eh, sayang dah siap kemas semua barang ni?! Sayang memang bercadang nak balik rumah yer?” Danish meneka.

“Hmm..ya…ya…” Gagap Lidya. “Sudahlah tu abang. Ambilkan Alya kain batik. Alya nak mandi ni. Lepas tu nak solat pula.” Lidya cuba menutup malunya.

“Baiklah sayang.” Danish menyelongkar pakaian isterinya dalam beg pakaian tersebut. “Sayang ni apa?” Danish menunjukkan sesuatu. Terus merah muka Lidya.

“Abang!” Lidya mengamuk. Danish kini memegang pakaian dalamnya. “Alya nak kain batik. Tolonglah jangan main-main cik abang!” Lidya cuba bersabar. Danish tersenggih. Seronok dapat mengusik isterinya.

“Nah!” Danish menghulurkan kain batik yang diminta oleh Lidya. Lidya menyarungkan ke tubuhnya. Kini Lidya berkemban.

Sejurus itu, Danish mencembung tubuh Lidya dan menuju ke bilik air.

“Abang!!!!” Jerit Lidya. Lidya tersenyum bahagia. Danish sememangnya manja. Muka sahaja nampak ganas.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

44 ulasan untuk “Novel : Suamiku Vampire 26”
  1. RIA NATSUMI says:

    CGN….selamat membaca bab seterusnya…terima kasih…hihihi

  2. anGeL says:

    BLeh Than CiTe ! RomanTic ! :)

  3. Nur Sarah Qistina says:

    sweet couple lah, Danish dengan Lidya, susah nak jumpa lelaki yang baik ,

  4. Nur Sarah Qistina says:

    mase tu, pergi kedai buku, ternampak buku nie, tajuk die Suamiku Vampire, gbr depan gbr muka Robert Pattinson, nak beli , tapi nak test tengok dlm enternet, lah2 ade,x jadilah nak beli, But The Way, cite ni memamng best <3 :D

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"