Novel : Taaruf Cinta 1

26 December 2011  
Kategori: Novel

700 bacaan 2 ulasan

Oleh : ShahMie

BAB 1

Dari kejauhan lisa merenung keletah anak-anak kecil sedang asyik bermain.Terdetik dihati nya bilakah masanya untuk dia merenung anak-anak nya sendiri. Hatinya bergetar lagi. Entah mengapa kebelakangan ini hatinya kerap bergetar. Risau jua jika di serang penyakit jantung. Sakit sekarang bukan kira umur. Muda-muda juga akan diserang. Tapi entah lah. Hatinya mula bergetar sekembali dari menghadiri majlis `reunion’ kecil-kecilan itu.

Bertemu kawan-kawan lama terpisah hampir 10 tahun,semua sudah punya keluarga. Terasa segan sebenarnya. Tapi setelah di desak beberapa kali oleh sahabat baiknya,Hanisa,Lisa tega menghadiri juga. Walaupun tak ramai yang datang namun suasana sangat meriah. Pelbagai cerita yang di kongsi sama ada gembira ataupun sedih.

Dalam gelak tawa itu,matanya terpandang kelibat insan yang seperti pernah dikenalinya dulu. Insan yang selalu mengganggunya tika sekolah dahulu. Amir Hamzah. Lelaki itu la yang tak pernah berhenti mengusiknya dahulu. Setiap hari ada saja perkara yang diusiknya.

“Arghh..benci betul budak tu…” Monolog lisa sendirian.

Mungkin terlalu lama lisa merenung,membuatkan insan itu tersedar ada mata yang memandangnya. Sekuntum senyuman di lemparkan pada Lisa, namun cepat-cepat lisa melarikan matanya ke arah lain.

“Hah..apa yang kau dok tengok khusyuk sangat”Hani menepuk bahu Lisa.

“tu…tu…Amir kan..Amir Hamzah..” Lisa mencari kepastian.

“Betul la…tu la Amir. Budak yang selalu dok kacau kau dulu. Yang selalu buat kau nangis…dan hampir-hampir tukar sekolah…hmmm…dengar cerita dia dah berjaya. Dah jadi akitek kat bandar. Dan yang penting dia masih lagi bujang…”Panjang lebar Hani menceritakan pasal Amir.

Hanya Amir sahaja yang tidak ditegur lisa di majlis itu. Mati akal Lisa untuk pergi berbicara dengan amir.

Adakah kerana perasaan benci dulu masih bersisa atau timbul perasaan yang tidak mampu ditafsir oleh hati. Lisa hanya memandang Amir dari kejauhan. Dan sekali lagi mata mereka bertembung. Ada getar di hati Lisa. Namun senyuman Amir kali ini disambut lisa.

***

Seusai solat subuh, seperti biasa lisa bersiap-siap ke pejabat. Hari baru di tahun baru. Semangat baru…”yoshhh…ganbatte lisa..”Kata semangat untuk diri sebelum mula kan kerja. Baru sahaja melangkah keluar hujan turun renyai-renyai.

“Hmmm…hujan rahmat di tahun baru. Ya allah,permudahkan segala urusan ku hari ini.”Tiba-tiba hatinya bergetar lagi…ya allah,apakah tanda ini.

“Cik Lisa ooii…apa gerangan puteri bermuram durja pagi-pagi ni..”Usik hani.

Hanisa bt Hashim atau Hani bukan hanya sahabat dari zaman sekolah dan universiti malah kebetulan bekerja di syarikat yang sama, walaupun di lain bahagian. Kerana itu la mereka menyewa bersama rumah teres setinggkat. Tapi hanya mereka berdua sahaja.

“Ramai-ramai susah pulak, lagipun keluarga dari kampung kerap juga datang”…begitulah pendapat mereka.

“Huhh..siapa yang bermuram pagi-pagi pulak. Aku tengah tunggu kau bersiap la. Lama benor. Mengalahkan mak datin bersiap..”Balas lisa tidak mengalah.

“Dah..jom bertolak.Nanti merah pulak ‘punch card’ aku…”Bebel hani bergegas masuk kereta.

“ehh..aku pulak yang kena..”

Pagi itu seperti biasa.Hujan renyai-renyai menemani perjalanan ke pejabat. Tiada bicara. Masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri. Mendengar lagu dicorong radio menjadi peneman hati kebosanan.

“Lisa,hujung minggu depan aku nak balik kampung…mau ikut..?” Hani memecah sunyi pagi itu.

Tiada balasan dari Lisa…sepi…

“hei..tuan puteri…jauh kamu fikir…apa kamu mahu ikut gue pulang ngak…?” Kali ini agak tinggi nada Hani.

“Hani..slow sikit volume suara kau boleh tak. Aku belum pekak lagi la” Pekikan hani menyedarkan lisa tersedar dari lamunan…

“Apa pulak. Dah berapa kali aku tanya tadi, kau senyap je. Jawab tidak. Aku naikkan la volume…mana la kau terbang tadi. Jauh benor..?”

“errr ye ke.? Sorry..sorry…kau tanya apa tadi..?”Lisa cuba menyembunyi perkara yang terdetik di hatinya itu.

“Hujung miggu depan aku nak balik kampung, nak ikut tak..?Cuti lama juga…”Soal Hani kembali.

“Oh..minggu depan,rasanya aku ada hal la.Nak kena siapkan design rumah Dato’ Rashdan tu.Dah nak kena hantar.Kau nak balik dengan apa,mau aku hantar ke? Tapi kat stesen je la…” Jadual kerja Lisa memang sibuk walaupun baru masuk tahun baru.

“Sibuk benor cik Lisa kita ni kan,tak pa..aku balik dengan adik aku,luqman,dia cuti semester sekarang ni. Tapi nanti balik sini aku naik keretapi,kau tolong datang ambil aku ye…”

“Baiklah tuan puteri…”Seloroh lisa.

***
Hampir sebulan sekembali dari majlis ‘reunion’ , hati Lisa masih belum reda bergetar. Tiap kali terkenang kembali zaman persekolahan dulu pasti wajah itu jua yang muncul diminda. Ada rasa benci namun getaran dihati jua menerpa,apakah tanda semua ini? Amir Hamzah…satu nama yang tidak akan mudah luput dari ingatan,rakan sekelas sejak awal persekolahan.

Mulanya mereka berkawan seperti rakan-rakan lain. Namun acara usik-mengusik ini bermula tika penghujung sekolah rendah.
Entah di mana silapnya. Hampir setiap hari Lisa menjadi bahan usikan amir. Air matanya tak pernah kering. Sehinggakan pernah menyuarakan untuk bertukar sekolah,tapi sebaliknya Lisa dimarahi ibu dan ayahnya pula. Walaupun ditempatkan di sekolah menengah yang sama,nasibnya baik bila Amir berlainan kelas. Usik-mengusik masih ada tapi tidak seperti dahulu.

Antara yang masih segar diingatan Lisa,di suatu hari selepas kelas fardhu ‘ain dan selesai solat zuhur di sekolah,dia dan kawan-kawan yang lain bersiap-siap untuk pulang dan memakai kasut. Tiba-tiba Lisa menjerit dan melempar kasut sekolahnya.Apabila Hani mengambilnya tersembul seekor katak dari kasut Lisa.Dari belakang surau terdengar suara ketawa dan yang pastinya Lisa mengenali suara itu.

Dengan linangan air mata Lisa pulang berkaki ayam hari itu.Walaupun puas dipujuk Hani dan kawan-kawan yang lain Lisa masih enggan menyarungkan kasut tersebut.

Tindakan Lisa menyebabkan Amir diselubungi perasaan bersalah.Puas dia minta maaf namun Lisa tidak mengendahkannya.Tapi mogok bercakap dengan Amir hanya bertahan selama tiga hari sahaja.

“Aku dengar ustazah cakap kalau kita tak tegur lebih dari tiga hari berdosa” perlahan suara Amir memujuk Lisa.

Perasaan Lisa bercampur aduk bila mendengar kata-kata Amir.Entah kenapa walaupun sering diusik dan merajuk dengan Amir,tapi dia tak dapat merajuk lama-lama,kerana Amir pandai mengambil hatinya.

Tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR),Lisa mendapat tawaran memasuki sekolah berasrama penuh. Manakala Amir masih di sekolah yang sama,maka sejak dari itulah mereka tidak lagi berjumpa.
Tambahan pula,ayahnya telah ditukarkan ke bahagian lain dan berpindah.

Kawan Lisa,Hani masih bersekolah yang sama dan sekelas dengan Amir. Maka dari situlah cerita-cerita pasal Amir dan kawan-kawan lain diceritakan oleh Hani kepada Lisa bila mereka berjumpa,sehinggakan kisah surat layang cinta Amir pun Lisa tahu.

Bila difikir-fikirkan balik…kenapa mesti Hani ceritakan semua itu pada Lisa tiap kali mereka bertemu. Walaupun Lisa dan Amir tidak lagi berjumpa,namun apabila mendengar cerita-cerita dari Hani terasa mereka masih dekat,sesekali Lisa merindui akan usikan Amir.Ahhhh…kenapa ada rindu?

Kali terakhir Hani ada beritahu,selepas tamat persekolahan, Amir melanjutkan pelajaran di luar negara. Selepas itu tidak lagi kedengaran khabar dan cerita mengenai Amir. Namun tiba-tiba saja muncul di majlis `reunion’ hari tu.

Bukan Lisa tidak mahu menegur Amir,tapi hatinya agak keberatan. Fikirnya, kalau Amir yang datang menegurnya dulu mungkin mereka akan berbual. Sebagai perempuan perasaan malu masih menebal, walaupun hatinya ingin sekali bersama Amir. Mahu dibuang jauh-jauh perasaan bencinya dahulu. Lisa ingin sekali berbicara dengan Amir, berbual pasal zaman persekolahan. Zaman kenakalan. Amir hamzah…nama itu muncul dihati Lisa…

“Amir…kenapa kau selalu mengganggu aku?kenapa tidak kita berkawan seperti rakan-rakan lain?jika tidak mungkin kita akan bersahabat baik,atau mungkin kita…..”Lisa monolog sendirian.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Taaruf Cinta 1”
  1. anna says:

    best..ada blog tak:)

  2. Nurul Hidayah says:

    Boleh tahan la..agak menarik..sambung lagi k..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"