Cerpen : Dialah cintaku

24 January 2012  
Kategori: Cerpen

21,033 bacaan 52 ulasan

Oleh : Kira

“Kamu kena cepat-cepat selesaikan tugas kamu ni.Tak lama lagi kita nak dah nak pergi UK,”ujar Uncle Hisham.Kadang-kadang dia bimbang dengan keselamatan anak saudaranya itu.Dalam IC,jantina perempuan tapi perangai mengalahkan jantan.

“Orang tahulah uncle tapi orang masih tak jumpa dia lagi.”Dania melepaskan nafasnya.Dia memandang langit yang redup.Amanah yang diberikan kepadanya amat berat.Amanah daripada bapa angkatnya yang menyuruhnya memberikan sesuatu kepada anak lelakinya.Disebabkan lelaki tua itu sudah banyak menabur jasa terhadapnya,dia berani menyahut cabaran yang diluar jangkaan seorang perempuan sepertinya.Sudah dua minggu dia menetap di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Alam Shah sebagai seorang ‘lelaki’.Sekolah itu hanya untuk golongan yang berpengaruh saja.Kira macam untuk golongan kelas elit la.Dia perlu menyelesaikan misinya secepat yang mungkin kerana dia tidak mungkin akan kembali ke sini lagi.Dia bernasib baik kerana pak ciknya ada untuk membantu.

“Uncle,tak ada call daripada mama ke?”soal Dania.Terbayang wajah mamanya setelah lama tidak bersua.

“Semalam ada.Dia tanya pasal kamu.Dia kirim salam,”balas Uncle Hisham sambil memandang wajah Dania yang persis muka mamanya.Kacukan Melayu-Inggeris.Dania hanya membisu.

“Tak pelah Uncle,dah petang ni.Dania masuk hostel dulu.”Dania menyalami tangan pak ciknya.Kemudian dia beredar meninggalkan pak ciknya di taman.

?:*´¨`*:..:*´¨`*:.??:*´¨`*:..:*´¨`*:.? ?:*´¨`*:..:*´¨`*:.?

Dania mengelap rambutnya yang basah.Dia memandang katil di sebelahnya.Kosong.Agaknya siapalah roomate aku?Desisnya dalam hati.Dia berasa hairan sebab sejak hari pertama dia masuk ke sekolah ni,dia tak pernah bersua muka dengan roomatenya itu.Dia sendiri tak pernah ambil tahu.Tiba-tiba bunyi pintu bilik diketuk.Dania membuka pintu.

“Danny,om pergi cafe.Aku dah lapar ni,”ujar Jeboy atau nama sebenarnya ialah mohd akira.Dia kacukan melayu-jepun.

“Give me five minute,”pinta Dania.Sementara itu,Jeboy dan Amir sudah pun baring di atas katil dalam biliknya.Dania tidak risau kerana dia sudah menyimpan barang yang sepatutnya ‘disimpan’ di tempat rahsia.

“Wei,korang tahu tak siapa roommate aku?Aku tak pernah jumpa dia”soal Dania sambil mengemas barangnya di dalam loker.

“You mean…Syahran?”jawab Jeboy.

“Syahran??”Dania mengerutkan dahinya tanda tak faham.

“Syahran u roommate kau.Dia taka da kat sekolah dah nak dekat sebulan,”kini giliran Amir mencelah.

“Kenapa?”soal Dania.Dia sudah pun selesai mengemas.Dia kemudian mengambil tempat duduk di sebelah Jeboy untuk mendengar kisah si Syahran.

“Aku ada dengar yang dia mengalami accident time pergi beli buku rujukan.Ada juga versi lain yang aku dengar,”kata Amir.

“Versi lain?”

“Yup.Ada orang kata yang dia balik ke rumah kerana ada hal.Macam-macam versi ada cerita pasal dia sebab budak ni jenis pendiam orangnya,”ujar Jeboy.Dania hanya menganggukkan kepalanya.

“Eh dahlah,jom lah pergi makan.Aku dah lapar ni,”ajak Amir.

“Jomlah.Kesian kau Mir..”Dania ketawa kecil.

Setelah selesai makan,mereka bertiga menuju ke kelas untuk study.

“Wei.korang ada kenal tak pelajar yang bernama Taufik?”soal Dania.

“Taufik???Hurm…kalau Taufik form 4 tu ada lah sorang tapi kalau form 5 rasanya taka da.Kenapa?”soal Jeboy.

“Tak ada apa-apa,”balas Dania.Aik!!!Mustahil tak ada nama Taufik kat sekolah ni.Maybe diorang berdua ni tak tahu kot.Dania cuba menyedapkan hatinya.Sedang Dania berkhayal,tiba –tiba dia melanggar seseorang.Bukk!!!

“WOI,BUTA ke?!!!!”jerkah satu suara keras.Dania sudah tahu itu suara siapa.

“Sorry bro.Gua tak perasan lu di depan.”Dania meminta maaf.Kalau boleh,dia tak mahu bergaduh.Bahaya kalau dia naik minyak.Lelaki di depannya tersenyum sinis.

“Guys,tengok budak pendek ni.Bahasa bukan main….”ejek Ariz.Dania tidak mempedulikannya.Dia malas nak melayan kerenah si Ariz.Eeeiii……Kenapa lah mamat ni suka sangat nak kacau hidup aku?Dania cuba untuk melepaskan diri daripada mulut harimau.Dia ke kiri,Ariz ke kiri.Dia ke kanan,Ariz ke kanan.Eeii…mamat ni kan….sekali aku bagi kang baru tahu.Ariz ketawa sinis.Akhirnya Dania mengambil jalan yang terakhir.Biarlah jalan jauh pun,asalkan aku tak berjumpa dengan hantu Ariz dengan konco-konconya iaitu Aqil,Buntal,Khairul dan Hairy.Dania memusingkan badannya untuk beredar.Dia sudah memberi isyarat kepada Jeboy dan Amir dan mereka memahaminya.Mereka berdua beredar ke kelas.

Dania mula berjalan pergi.Ariz cuba menarik baju Dania tapi Dania bijak membaca tindakan Ariz mula mempercepatkan langkahnya sehingga menybebkan Ariz jatuh tersemban di lantai.Dania ketawa berdekah-dekah.Padan muka kau!Rasakan!Kau yang cari pasal dulu.Merah padam muka Ariz.Dia bangun untuk mengejar Dania tapi Dania terlebih dahulu melarikan diri.

“Tak guna!!!Aku nak korang semua cari budak tu sampai dapat,Aku nak kerjakan dia cukup-cukup.Memalukan betul!!”ujar Ariz berang.Mereka mula mencari Dania.

?:*´¨`*:..:*´¨`*:.??:*´¨`*:..:*´¨`*:.? ?:*´¨`*:..:*´¨`*:.?

Dania berhenti seketika melepaskan lelah.

“Mana aku nak menyorok ni??Ishh …masalah betul lah.”Mata Dania meliar melihat keadaan sekeliling.Kat mana aku ni?Daniaberasa hairan melihat keadaan sekelilingnya.Tempat yang dia berdiri dipenuhi dengan tanaman bunga mawar.Bau mawar menusuk hidung.

“Hah!!!Tu dia.Cepat kejar!!!”Jerit Ariz.Dania mula cemas.Menyusahkan betul.Dania cepat-cepat melarikan diri lalu menyorok di dalam dekat dengan sebatang pokok besar.Dia cuba menenangkan dirinya.

“Mana budak tak guna tu lari.Cepat pergi cari dia.Aku rasa dia menyorok kat sini.”Ariz memberi arahan seperti seorang bos.Yang lain hanya menurut.Mereka mula mencari di sekitar taman.Dania mula berdebar.Debaran di hati Dania semakin kencang tatkala Hairy datang menghampiri tempat persembunyiannya.Apa aku nak buat sekarang ni?Dania berundur ke belakang tapi malangnya lengannya luka terkena duri pokor mawar yang melingkari semak.Dia kemudian melihat ada sebiji batu.Tanpa berlengah lagi,Dania terus mencampakkan batu tu ke arah lain.Hairy termakan dengan helah yang dimainkan oleh Dania.Kini Dania selamat.

“Ariz,kitorang semua tak jumpalah budak tu,”ujar Khairul.Ariz merengus marah.Tak apa.Hari ni hari kau.Lain kali turn aku pulak.Tekad Ariz dalam hati.

“Dah!Jom kita blah!!”ujar Ariz kasar.Mereka berlima beredar meninggalkan tempat itu.Dania menarik nafas lega apabila melihat Ariz dan gengnya sudah beredar.Dia menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan-lahan.Tiba-tiba telefonnya berbunyi tanda ada mesej masuk.

‘Kau masuk kelas tak?’

Dania memmbalas mesej daripada Jeboy.

‘Aku off hari ni’

Butang send ditekan.Dania menyandarkan dirinya di pokok.Luka di lengannya sudah berdarah.Ahh…biarkanlah ia berdarah.Cahaya bulan yang samar menerangi malan yang memenatkan baginya.Sekolah ni agak luas jugak.Desis hatinya.Dania melihat jam di tangan.dah pukul 12.Kiranya dah 2 jam aku main kejar-kejar dengan Ariz.Tiba-tiba dia terlihat kelibat seseorang.Macam kenal je susuk tubuh ni?Dania memerhati dengan penuh minat.Nampak macam lelaki.Pemuda itu duduk di bangku sambil ditemani oleh seorang lelaki tua.

“Uncle,bulan malam ni cantik kan?”pemuda itu memulakan bicara.Kemudian dia tersenyum.

“Tuan muda,bila Tuan nak masuk ke sekolah balik?”Lelaki tua itu menyoal.

“Entahlah,mungkin tiga hari lagi kot,”jawab pemuda itu.Kemudian,dia ketawa.Dania sudah tidak berminat untuk mendengar perbualan mereka kerana dia sudah kepenatan.Dia ingin tidur.Perlahan-lahan,mata Dania mulai terkatup rapat.

?:*´¨`*:..:*´¨`*:.??:*´¨`*:..:*´¨`*:.? ?:*´¨`*:..:*´¨`*:.?

Dania tersedar apabila terasa lengannya dipegang seseorang.Dalam keadaan mata yang separuh terbuka,dia melihat seseorang lelaki sedang membalut luka dilengannya.Wajahnya persis wajah Taufik.

“Kau dah sedar?Sorry kalau aku ganggu kau tidur.Aku cuma kesian tengok lengan kau berdarah.So,aku pun tolong balutkan”ujar lelaki itu memulakan bicara walaupun Dania belum sempat mengeluarkan sepatah kata pun.

“Kau ni siapa?Kau buat apa kat sekolah ni pada waktu macam ni?”Soal Dania setelah membisu.Lelaki itu tersenyum menampakkan lesung pipit.Manis!Puji Dania dalam hati.

“”Nama aku Syahran.Kau mesti kenal aku kan?”Dania yang mendengar membeliakkan matanya.Biar betul mamat ni?Desisnya dalam hati.Mana ke tidaknya.Lelaki tu roommate dia.

“Dah siap dah!”ujar Syahran.Dia terlihat ada daun di atas kepala Dania.Tatkala tangannya mahu membuang daun di atas kepala Dania,Dania cepat-cepat mengensot ke belakang.Syahran berasa hairan.

“Apasal kau jauhkan diri kau?Aku cuma nak buang daun atas kepala kau tu.”Dania menjamah kepalanya.A’ah laa…ada daun atas kepala aku.Bisiknya sendirian.Dania melihat jam ditangannya.Mak oiii!!! Dah pukul 5 pagi.Gila!!!

“Kau bila nak masuk sekolah?Kawan-kawankau mesti miss giler kat kau,”ujar Dania.Syahran tersenyum hambar.Kenapa muka dia sedih?Tiba-tiba Syahran bangun.

“Aku pergi dulu.”Ujar Syahran berlalu tanpa pamitan meninggalkan Dania sendirian.

?:*´¨`*:..:*´¨`*:.??:*´¨`*:..:*´¨`*:.? ?:*´¨`*:..:*´¨`*:.?

Read more

Persekolahan bermula seperti biasa.Dania masih lagi meneruskan misinya mencari Taufik.Dania,Jeboy dan Amir menuju ke kantin untuk mengisi perut yang lapar.Dania tidak menceritakan apa yang terjadi semalam kepada Jeboy dan Amir.Setelah makan,mereka menuju ke taman Water Crystal untuk lepak.

“Ahh!!!Lega dapat isi perut lepas penat dengar Miss Sunny pot pet,”ujar Amir.

“Padan la kau tak siap kerja dia.So…makan kerepek la kau,”perli Jeboy.

“”Siap ada extra lagi.Kena berdiri atas kerusi sambil junjung buku,”tambah Dania.Dia dan Jeboy mentertawakan Amir.Amir pulak buat muka slamber jer.Sedang mereka seronok ketawakan Amir,kelihatan Ariz and the gang muncul.Balak dah datang dah.Desis Dania dalam hati.

“Wei korang,tengok siapa kita jumpa kat sini.Si pendek dengan kawan-kawannya yang lembik,”ejek Ariz.Ariz merenung tajam muka Dania.

“Woi pendek kau tahu tak yang kau berhutang dengan aku and hutang kau tu tak settle lagi,”ujar Ariz.

“Oh yeah?Hutang apa?Gua tak ingat lah broo..”Dania tersenyum sinis.Mamat ni memang menyekitkan betul.Ariz tersenyum sinis.

“Kau dah lupa ke?Kau nak aku tolong ingatkan kau?”Tanpa menunggu masa Ariz pantas menghayunkan buku lima di muka Dania tapi nasib baik Dania pantas mengelak.Dania tersenyum sinis.Wek..wek.. tak kena…Dania mengejek Ariz dalam hati.Muka Ariz sudah merah menyala.Semalam dia dah malu besar gara-gara perbuatan Dania dan ia tidak boleh berulang.Ariz cuba memberikan tumbukan kedua tetapi ditahan seseorang.Mata Ariz terbeliak.

“Kau Syahran?”Ariz menjatuhkan tangannya.Dia tersenyum sinis.

“Mimpi apa hah yang dah suruh kau datang ke sekolah hari ni?”Ariz bertanya dengan dengan kasar.Lelaki dihadapannya ini amat dibencinya.Syahran tidak mempedulikannya.Syahran memusingkan badannya.Klihatan Dania di belakangnya.

“Eh..eh..kau?Kau sekolah kat sini?Nama kau apa eh?Aku lupa nak tanya semalam,”tegur Syahran kepada Dania.Dania masih lagi kaku.Mana tidaknya.Semalam baru tanya.Tup tup dia dah datang ke sekolah.Amir dan Jeboy juga terdiam sama.Tidak percaya dengan apa yang dilihat.Syahran masih tidak mempedulikan Ariz dan membuatkan Ariz rasa tercabar.Lantas,bahu Syahran ditolak kasar menyebabkan dia terjatuh di atas Dania.Dada Dania berombak kencang.Dia tidak tahu apa yang sedang dia rasa.Tapi apa yang pasti dia merasakan sesuatu yang aneh.Syahran cepat-cepat bangun.Dia membantu Dania bangun.Dania masih lagi dalam keadaan terkejut.

“Ada debu di punggung kau,”ujar Syahran lalu cuba membantu.Dania pantas tersedar.

“Tak..tak ..tak payah.Aku boleh buat sendiri.”Dania menepuk punggungnya untuk membuang debu.

“Guys.Cuba tengok si penakut ni.Baiknya dia nak bantu si pendek,”perli Ariz.Dia masih berasa tidak puas hati dengan sikap Syahran.Dia cemburukan ketenangan Syahran.Tiba-tiba nama Dania dipanggil seseorang.Dania tahu siapa yang memanggilnya.Dia cepat-cepat beredar menuju ke arah Uncle Hisham.

?:*´¨`*:..:*´¨`*:.??:*´¨`*:..:*´¨`*:.? ?:*´¨`*:..:*´¨`*:.?

Kini sudah semasuk minggu ketiga tapi dia masih buntu dalam pencarian Taufik.Hari berganti hari.Malam silih berganti.Dania kini tidak keruan sejak Syahran sebumbung dengannya.Dia pening dengan perasaannya.Tidak pernah dia mengalami perasaan yang cukup ganjil baginya.Dania membaringkan dirinya di atas katil menghadap tingkap.Dia memandang langit yang dipenuhi kerlipan bintang disinari dengan cahaya bulan.Syahran sedang mandi di dalam bilik air.Dania mengelamun seorang diri.Jam menunjukkan sudah pukul 11 malam.Selalunya dia sudah terlelap tapi entah kenapa malam ni susah sangat matanya hendak terkatup.Tiba-tiba Dania tersenyum sendirian.Mimpi semalam adalah mimpi yang paling indah antara dirinya dan Taufik.Mereka berdua bertemu di sebuah taman yang dipenuhi dengan bunga mawar disertai dengan cahaya bulan.

Tiba-tiba Dania merasa kurang enak.Dia merasa macam ada cecair meleleh.Entah-entah…..Dania cepat-cepat bangun.Dia ternganga tatkala dia bangun,dia melihat cecair merah di atas katil.Apa aku nak buat sekarang??UNCLE!!!!!Dania menjerit dalam hati.Time macam ni jugak lah dia nak datang.Kemudian,Dania mendengar bunyi tombol pintu dipulas.Alamak!!!!Takkan la mamat tu dah siap mandi kot??Siot betul!!Dania cepat-cepat menutup darah haidnya dengan kain selimut.Dia memusingkan badannya apabila Syahran sudah keluar dari bilik mandi.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Syahran yang hanya memakai kain tuala.Dia cepat-cepat memandang ke arah lain.Apasal la dia ni pakai seksi sangat??Apasal la dia tak tutup bahagian atas.Buat malu aku jer.Bisiknya sendirian

“Apasal kau tak tidur lagi, Danny?Apa yang kau pandang ke arah tingkap?”Soal Syahran.Dia mencapai baju di atas katil lalu memakainya.

“Aku pandang tingkap sebab …sebab cermin tu berkilat!Hah berkilat,”balas Dania.Kau gila nak suruh aku tengok kau.Agak-agak lah wei!!Dania berjalan mengensot menuju ke arah locker untuk mencapai sweeternya.

“Apasal kau jalan mengensot ni?Kaki kau sakit eh?”Soal Syahran sambil menyidai tualanya di kepala katil.

“Tak ada apa-apa.Saja nak try jalan mengensot,”ujar Dania.Tak masuk akal betul alasan aku.Ahh!!!Lantak la.

“Kau ni pelik la.Ke kau ada rahsia?”Syahran membuat serkap jarang.Muka Dania dah berpeluh.Mati aku kalau mamat ni tahu rahsia aku.

“Ma..mana ada.Ak…aku mana ada rahsia.Memandai jer kau.”Dania sudah tidak keruan.Dia cepat –cepat mencapai sweeternya.Sweeter labuh berwarna hitam itu cepat-cepat dipakainya.

“Kau nak pergi ke mana tu Danny?”Syahran bertanya.

“Aku nak pergi bilik Jeboy.”Dania terus berlalu.

?:*´¨`*:..:*´¨`*:.??:*´¨`*:..:*´¨`*:.? ?:*´¨`*:..:*´¨`*:.?

Dania menuju ke arah sebuah rumah di mana Unclenya tinggal.Pintu diketuk bertalu-talu.Kelihatan Uncle Hisham yang baru bangun dari tidur.

“Kenapa ni Dania?Tengah malam macam ni cari Uncle.Uncle nak tidur,”rungut Uncle Hisham.Dia menggosok matanya.

“Uncle…hurm..hurm…Dania period…”Terbeliak mata Uncle Hisham.

“Apa??Period???Masuk cepat.Nanti orang Nampak,”ujar Uncle Hisham.Rasa mengantuknya terus hilang.Hurm..Dania…Dania…dah besar pun perangai tak ubah macam budak tadika.Desisnya kecil.

“Kamu tunggu kat sini.Biar Uncle pergi beli ‘pampers’ kamu tu.Okey?Jangan panik.”Uncle Hisham terus mencari kunci motornya lalu bergegas keluar.

?:*´¨`*:..:*´¨`*:.??:*´¨`*:..:*´¨`*:.? ?:*´¨`*:..:*´¨`*:.?

“Syahran tak nampakkan?”Dania menggelengkan kepalanya.Uncle Hisham menarik nafas lega.

“Dania,hari tu mama kamu ada telefon Uncle.Dia suruh kita balik UK.Dia bagi tempoh dua minggu.Dia nak kamu settlekan semua hal kamu kat sini,”terang Uncle Hisham.

“Dah tu?Macam mana dengan misi mencari Taufik?”soal Dania.

“Tu yang Uncle tengah peningkan sekarang ni.Nak buat macam mana?Dah mama kamu cakap macam tu.”Dania terdiam.

“Hah !!Satu lagi.Uncle baru dapat satu information pasal Taufik.Uncle ada Tanya kat cikgu-cikgu kat sekolah ni.Diorang cakap yang Taufik dah balik ke sekolah.”

“Betul ke Uncle?Dania ada tanya kat kawan-kawan.Diorang cakap tiada orang nama Taufik.”

“Itu Uncle tak tahu.Ynag Uncle tahu yang Taufik ada kat sini.Maksudnya dia bersekolah kat sini.Kamu kena cari dia cepat.”

“Okey.Dania akan try,”ujar Dania hambar.

“Dania balik hostel dulu la Uncle,”kata Dania lalu bangun untuk beredar. Uncle Hisham turut bangun mengiringi pemergian Dania.

“Baik-baik jalan tu,”pesan Uncle Hisham.

“Okey.”Bayang-bayang Dania semakin hilang ditelan kegelapan malam.

?:*´¨`*:..:*´¨`*:.??:*´¨`*:..:*´¨`*:.? ?:*´¨`*:..:*´¨`*:.?

Amir,Jeboy,Syahran dan Dania sedang megulangkaji di taman Quite Sound.Kelihatan juga beberapa orang pelajar yang tekun mengulangkaji pelajaran.

“Eeeiiii…susahlah subjek biologi ni.Serabut kepala otak aku,”rungut Jeboy.

“Dalam belajar mana ada yang senang,”balas Amir.

“Kaun tak apa la bijak subjek biologi.Ada minat lagi.Aku lain.Aku tak suka menghafal,”kata Jeboy.Dania dan Syahran hanya tersenyum.

“Aku laparlah.Danny,jom teman aku pergi kantin beli makanan.”Jeboy mengajak Dania.

“Malas aku.Kau pergi dengan Amir je la.Amir kan kalau bab makanan ni dia nombor satu,”sakat Dania.Jeboy memandang ke arah Amir sambil membuat muka innoncentnya.

“Dah buat dah.Jomlah aku temankan kau.Aku pun lapar jugak ni,”ujar Amir.Mereka berdua berlalu pergi meninggalkan Dania dan Syahran.

“Err..err…Syahran…kau …ada kenal tak budak sama tahun dengan kita namanya Taufik?”Soal Dania teragak-agak.

“Taufik?Hurm…entahlah.Kenapa?”

“Tak ada apa-apa.”Dania berasa hampa.

“Bagitau la aku.Manalah Tahu kot kot aku boleh tolong,”ujar Syahran menawar diri untuk membantu.

“Tak ada apa-apa.Aku Cuma nak jumpa dia.Aku nak bagi barang kat dia.”

“Barang?Barang apa?”tanya Syahran ingin tahu.

“Adalah.”Mereka diam seketika.

“Hah!Aku rasa ada sorang budak sama tahun dengan kite nama Taufik.”

“Ya ke?Budak tu kelas mana?”Harapan Dania kembali cerah.

“Kelas mana aku tak pasti.Tapi aku ada ternampak budak tu kat taman mawar.”

“Taman mawar?”

“Ala..taman mawar.Tempat kita first time jumpa.Masa aku jumpa dia tu pada waktu malam.Kau cubalah pergi malam ni.Mana tahu nasib berpihak kepada kau,”Syahran member cadangan.Dania termenung seketika.Patutkah aku pergi???

?:*´¨`*:..:*´¨`*:.??:*´¨`*:..:*´¨`*:.? ?:*´¨`*:..:*´¨`*:.?

Seperti yang dicadangkan oleh Syahran,Dania pergi ke taman mawar tempat dia mula-mula bertemu dengan Syahran.Dania mencari kelibat seseorang.Puas dicari tapi tidak jua diketemu.Betul ke si Syahran ni?Entah-entah dia bagi aku information salah kot.Desis hati kecilnya.Tiba-tiba matanya menangkap bayangan seorang lelaki berpakain putih.Hantu ke tu?Tatkal itu juga dia teringatkan mimpinya.Taufik pakai baju putih.Macam sama je dalam mimipi aku.Dani mengatur langkah perlahan-lahan.Dia semakin menghampiri lelaki itu.

“Taufik?It’s that you?”perlahan suara Dania.Lelaki itu memusingkan badannya.Dania terkejut.

“Kau Syahran?Kau buat apa kat sini?”soal Dania hairan.Syahran tersenyum.

“Kau masih tak faham lagi ke cik Dania Sakura?”

“Macam mana kau tahu nama aku?Entah-entah…kau ni….”

“Yup.I’m Taufik.Taufik Syahran.Orang yang kau cari selama ini.”Dania terkelu seketika.

“Tapi macam mana kau tahu nama aku?Aku tak pernah cakap pun yang aku ni Dania Sakura kat kau.”

“Tiga malam yang lepas kau ada mengigau.Dari situlah aku tahu yang kau ni Danial Sakura.au cakap kau ada benda yang kau nak bagi aku.Apa dia?”

“Sungguh aku tak menyangka yang jarak antara kita sungguh dekat.Ni dia benda yang ayah ku amanahkan kat aku supaya bagi kat kau.”Dania menghulur seutas jam tangan.Taufik menyambutnya.

“Ayah kau pesan supaya kau ingat selalu kat dia.Jam tu dah direka khas untuk kau.”Kemudian masing-masing diam seribu bahasa.Taufik menilik jam tangan itu sedangkan hakikat yang sebenarnya ialah dia melihat wanita yang dicintai dalam diam.Ya.Dania Sakura adalah wanita yang dicintainya.Dania ,kau tetap tidak berubah.Masih seperti dulu.

Dania merasakan bulu tengkuknya meremang.Apasal aku rasa ada orang tengok aku je ni?

“Err..err…Taufik…kenapa kau guna nama Syahran?”Soal Dania.

“Kau nak tahu ke sebabnya?”Dania menganggukkan kepalanya.Taufik tersenyum.

“Sebab hanya seorang sahaja yang boleh panggil aku dengan nama tu.”

“Siapa?”

“Kau.”

Gulp!Dania menelan air liur.Tidak percaya dengan apa yang didengarnya.Dadanya sudah mula bergelora.

“Kau ni mengarut je.”Dania cuba menyedapkan hatinya.Perlahan-lahan Taufik mendekati Dania.Dia membisikkan sesuatu di telinga Dania.

“Aku..dah..lama sukakan kau.Cuma kau yang tak nampak cinta di mata aku.”Dalam tenang Taufik meluahkan perasaan yang sudah sekian lama terbuku.Dania menolak kasar bahu Taufik.

“Kau jangan nak merepek tengah malam buta macam ni.Dahlah.Tugas aku dah selesai.”

“Tugas?”Walaupun terkilan dengan perbuatan Dania tapi dia tetap tenang.

“Yup.Tugas aku dah selesai.Esok Aku dah boleh balik ke UK.”Ujar Dania seolah-olah tiada perasaan.Pengakuan yang dibuat oleh Taufik sebentar tadi agak mengejut dan dia keliru dengan perasaannya sendiri.

“Kau macam tak gembira jer jumpa aku.Kau tak suka aku ke?”ujar Taufik dalam nada gurauan tapi serius.Dia berharap agar cintanya tidak bertepuk sebelah tangan.Dania diam.

“Tujuan aku datang ke sekolah ni sebab nak tunaikan amanah yang diberikan.Bukan…”

“Kau tak ingin jumpa aku kan?Maknanya cinta aku selama ini bertepuk sebelah tangan.”Taufik katawa.Dia memalingkan mukanya ke arah lain. Dia tak ingin menangis di hadapan Dania biarpun terluka.Tapi apakan daya wanita yang dicintainya seolah-olah menolak cintanya.Setitik dua airmatanya jatuh jua.

“Bukan macam tu maksud aku.Aku…aku…”

“Dah tu apa?”

“Aku Cuma tak ingin terluka lagi.Sekali dah cukup,”luah Dania.Dia menundukkan kepalanya.Pengalaman cinta tak berbalas cukup mengajarnya tentang lelaki.Lelaki tidak boleh dipercayai.Sikit pun tak boleh.

“Jadi pengalaman yang dulu telah membuatkan hati kau tertutup rapat untuk menerima cinta lain?Begitu?”luah Taufik yang cukup kecewa.Dia mengetahui kisah cinta Dania.Benarlah orang kata cinta itu memeritkan.

“Aku pergi dulu.”Dania ingin pergi.Pergi jauh dari cinta.Dia tak ingin bercinta.Aku benci cinta.CINTA ITU DERITA!!!Dania melangkah pergi tapi belum sempat dia melangkah pergi ada tangan kasar yang memegang lengannya.

“Dania,aku betul-betul cintakan kau.Aku harap ada ruang di hati kau untuk aku isi.Cinta aku ikhlas,”luah Taufik.Dania tersenyum sinis.Dia berasa lucu dengan kata-kata Taufik.Dia menarik kasar lengannya.

“Ikhlas?Huh…Kau tahu cinta ikhlas pada aku tu apa?CINTA DUSTA!!!Aku benci cinta.”Dania segera berlalu pergi meninggalkan Taufik yang terluka.Kenapa kau masih tak nampak cintaku Dania?Sungguh Aku berasa terluka.Kaulah satu-satunya wanita yang Berjaya merobek hatiku.Taufik hanya memandang susuk tubuh Dania yang semakin menghilang.Tanpa disedari,airmata lelakinya jatuh berjuraian.Memeritkan!

?:*´¨`*:..:*´¨`*:.??:*´¨`*:..:*´¨`*:.? ?:*´¨`*:..:*´¨`*:.?

Lapan tahun sudah berlalu.Kini Dania sudah membesar sebagai seorang yang berjaya dalam bidang perniagaan.Dia juga sudah bahagia disamping suami tercinta disertai dengan sepasang kembar sebagai penyeri hidup.Dia ingin melupakan kisah dulu.Dia ingin kebahagian dan seseorang sudah pun memberikannya kebahagian.Dia mengajarnya erti cinta sebenar.Ya.Taufik Syahran banyak mengajarnya erti cinta sebenar.Cinta bukan dusta tapi satu kurnia.Pertemuan di negara matahari terbit di taman bunga sakura adalah sesuatu yang sukar dibayangkan.Betapa dia merindui lelaki itu dan dia sedar bahawa Taufik tercipta untuknya.Taufik sanggup menunggunya selama lapan tahun untuk membuktikan bahawa cintanya yang tulus selama ini terhadap dirinya.

“Dania..terima kasih kerana memberikan abang peluang untuk bertakhta di hati sayang.”

“Saya nak berterima kasih jugak kata bang sebab abang sanggup tunggu saya.Saya bertuah kerana abang mencintai saya seadanya dan setulus hati abang.”

Taufik memeluk tubuh Dania erat.Betapa dia sangat menyayangi isterinya itu.Laut menjadi saksi cintanya terhadap Dania.Percutian di pulau Langkawiakan menjadi percutian yang paling bermakna.

“Ibu…”si kecil Daniel memanggil.

“Kenapa ni sayang?”soal Dania.Daniel menunjukkan ke arah Syakira yang sedang seronok bermain air.Dania dan Taufik tersenyum.

“Daniel nak main jugak ke?”Daniel menganggukkan kepalanya.

“Jom kita main sama-sama.”Tangan si kecil dipimpin erat.Jika dulu dia merasakan ada sesuatu yang hilang tapi kini segalanya sudah lengkap.Tiada apa yang boleh pisahkan aku dengan dia kecuali mati….


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

52 ulasan untuk “Cerpen : Dialah cintaku”
  1. good jobs n good try
    all the best!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  2. MIss A says:

    that’s not good but nice…you can’t kembangkan lagi idea coz is so simple and dramatic i like..but if you rnovid you idea you can awesome ok that good :)
    -Miss A

  3. Narzrai says:

    Salam~waa…terbest sngat.so c dania nie cam tomboy la yer?herm cute,…nice job!TERBAEK… :)

  4. Bella Hanna says:

    cter ni trlalu simple..maybe leh dkembangkn lg..pe2 pon leh diperbaiki…:)

  5. Assalam, nak baca tapi mungkin esoklah…huhuuhu… mesti best cite nie… hehhehe

  6. rosmpkmn says:

    ok la

  7. aimanfarhan says:

    best…but byk lg yg perlu ditambah…simple sgt ,dan cite ni mcm ala-ala cite korea/jepun…buku komik :-)

  8. miera says:

    hmm , best … tp taufik dengan dania nih kenal dari kecil ke ?

  9. tukang komen says:

    errmm. a bit boring. cite mcm ni dh bnyk tayang dlm tv la… kalau ending buat lain sikit gerenti best…

  10. wanie says:

    byk psoalan dlm cite ni..tp ok la

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"