Cerpen : Jatuh Cinta Lagi!

7 January 2012  
Kategori: Cerpen

34,789 bacaan 120 ulasan

Oleh : Liya Zafrina

“Adik! Adik!” Along menjerit memanggil aku dari tingkat bawah. Aku yang tengah membaca novel terus meletakkan novelku ke tepi lalu membuka pintu dan menjenguk Along dari celah tangga. Malas nak turun bawahlah katakan…

“Apa Along?”

“Ada interview dekat syarikat Along!” Jerit Along lagi sambil mengibarkan sehelai kertas yang berada di tangannya. Dengar aje pasal kerja, terus aku berlari turun ke tingkat bawah.

“Betul ke, Along?!” Aku ambik kertas dari tangan Along. Punyalah lama aku mencari kerja, akhirnya jumpa jugak! Rasa macam nak menangis pun dah ada ni.

“Betullah. Jadi setiausaha! Kalau diikutkan memang tak sesuai dengan kelulusan adik tapi ni je yang ada. Try jelah…”

“Jadi setiausaha untuk siapa, Long?”

Along tersengih sambil menggaru kepala. “Bos besar.”

Mata aku terus terbeliak. “Bos besar yang kerek tu?”

Along menggeleng. “Yang lain. Tu abang dia, ni adik dia. Lagi handsome dari abang dia. Nasib baik Along ni dah bertunang…”

Aku terus menepuk lengan Along. Gatal sangat siapa suruh? Bagitahu Abang Kimi nanti baru tahu.

“Tapi rasanya dia single lagi. Sesuai kot dengan adik…”

Sekali lagi lengan Along menjadi mangsa aku. “Hish, Along ni…tunang adik tu nak letak mana? Adik nak naik atas dululah. Malas nak layan Along.” Aku menjelir lidah sebelum naik ke tingkat atas.

“Adik, esok pakai baju kurung tau.”

Aku berpatah ke belakang sedikit. “Kenapa?”

“Dia suka pekerja dia pakai baju kurung dari pakai kemeja.”Balas Along. Aku mengangguk sambil tersenyum. Aku memang suka pakai baju kurung daripada pakai kemeja. Dahlah susah nak cari kemeja yang labuh melebihi punggung.

“Baguslah macam tu. Senang hidup adik.”Aku berkata sebelum meneruskan perjalanan ke bilik. Surat yang berada di tangan dibaca sekali lagi. Setiausaha pun jadilah! Asalkan ada kerja…

**

“Assalamualaikum…” Aku menegur receptionist yang sedang menaip. Dia menoleh ke arahku sebelum mengangguk kecil.

“Waalaikumussalam. Ye saya, cik?”

“Boleh saya tahu dekat mana tempat interview?”

Wanita itu tersenyum sebelum mengangguk. “Cik masuk ikut pintu ni. Dekat sebelah kanan tu je. Rasanya dah ada yang menunggu dekat situ.”

Aku mengangguk kecil sambil mengucapkan terima kasih. “Doakan saya berjaya tau.”

“InsyaAllah…”

Aku lambai tangan sedikit sebelum menolak pintu kaca. Terkejut jugak bila tengok ramai yang datang nak interview. Nak-nak bila tengok masing-masing bukan main lagi bergaya. Muka pun muka berkarisma. Aku pandang baju kurung dekat badan aku ni. Memang tak secantik baju-baju diorang tu tapi aku masih ingat apa yang Along cakap. Bos besar suka pekerja dia pakai baju kurung.

Aku terus duduk dekat sebelah wanita yang sedang sibuk membetulkan rambut dia. Sesekali dia mengerling ke arahku sambil tersenyum sinis. Aku pulak buat muka selamba aje. Adalah tu nak mengutuk aku!

“Nurul Maisarah…”

Eh, nama aku kena panggil dulu ke? Aku terus bangkit sambil memandang wanita di sebelahku tadi. Dia pun terkejut bila dengar nama aku yang dipanggil dulu. Bukan kena ikut giliran ke?

Perlahan-lahan aku mengetuk pintu dan sebaik saja aku mendengar suara di dalam yang membenarkan aku masuk, terus aku bukak pintu sebelum melangkah ke dalam. Di dalam bilik itu, seorang lelaki sedang duduk membelakangiku. Tapi kalau tengok dari belakang, lelaki tu nampak macam sangat berkarisma orangnya. Dari belakang jelah, dari depan tak tahu lagi.

“Cik Nurul Maisarah…” Dia memanggil namaku sambil memusingkan kerusinya. Aku pulak terus terkedu. Kenapa Bos Besar handsome sangat ni?! Memang hampir sama dengan bos Along yang kerek dulu tapi adik dia lagi handsome! Aku menepuk dada sendiri. Jangan gatal, Mai!

“Silakan duduk.” Dia menghalakan pandangan ke arah kerusi di hadapan mejanya.

Aku hanya mengangguk sedikit sebelum duduk. Kemudiannya, aku menghulurkan resume aku kepada dia tapi sebelum tu sempat lagi mata aku meliar ke atas meja dia. Cuba mencari nama Bos Besar ni. Masa nak masuk tadi, aku tak sempat nak pandang dekat tanda nama kat pintu masuk tu.

“Faiz Hakimi…”

“Ye?”

Aku tercengang. “Err..takde apa-apa, encik. Saya tersebut nama encik tadi.” Aku sengih aje. Macam manalah boleh terlepas kat mulut ni? Ingat cakap dalam hati je tadi.

Bos Besar memandang aku sekejap sebelum kembali menyelak resume aku. Lama jugak dia membelek dan aku pulak hanya mendiamkan diri.

“Betul ke awak nak jadi setiausaha ni?”

“Betul, encik.”

“Tapi awak punya kelulusan awak ni…”

“Saya memang perlukan kerja ni, encik. Along saya bersusah-payah carikan kerja ni.” Aku memandang muka dia dengan tepat bagi menyakinkan dia yang aku amat memerlukan kerja ni. Tak sanggup dah lagi nak menganggur. Walaupun aku ni dah bertunang dan dah dekat nak melangsungkan perkahwinan tapi aku masih nak merasa kerja jugak.

“Siapa Along awak?”

“Nurul Marina…”

“Ohh…” Bos Besar mengangguk kecil. Tiba-tiba pintu bilik terbuka luas. Terus aku berpaling ke belakang. Siapalah yang ganas sangat bukak pintu ni?

“Faiz!”

Seorang wanita cantik melangkah masuk dengan muka yang masam mencuka. Siapa pulak perempuan ni? Tak menyempat nak interview dah ke? Dahi aku berkerut seribu. Ikutkan hati aku nak keluar dari bilik ni tapi bila tengok muka Bos Besar yang nampak cool semacam, aku duduk aje. Teringin jugak nak tengok apa yang bakal terjadi.

“Encik Faiz, saya dah cuba halang…” Receptionist tadi yang aku jumpa dekat kaunter bersuara perlahan.

“It’s okay, Sofi.” Pintas Bos Besar sambil tersenyum kecil. Aku pulak memang sedikit lagi nak terlopong. Boleh muka Bos Besar cool macam ni? Dia tak sedar ke ada orang yang tengah panas dalam bilik ni?! Aku yang tengok muka dia pun takut tau!

Sofi mengangguk kecil sebelum melangkah keluar meninggalkan aku, Bos Besar dan wanita cantik ni. Wanita cantik tu pandang aku sebelum merengus.

“You ni kenapa, Faiz?! I call tak jawab. I mesej, you tak balas.”

“I busy…” Balas Bos Besar ringkas. Aku mula dapat mengesan ketegangan di antara mereka berdua. Aku dah berhajat nak keluar dari bilik ni sebab takut aku pulak yang jadi mangsa nanti dan mula mengambil beg tangan yang diletakkan di kerusi sebelah dan apabila aku nak bangun…

“Awak nak ke mana, Cik Nurul Maisarah?” Tanya Bos Besar sambil memandang aku dengan tajam. Aku mula menelan liur. Garang gila muka Bos Besar! Takut aku tengok!

“Saya nak keluar…”

“Interview kita masih belum habis. Sila duduk…”

Terus aku duduk balik. Tak berani nak bangkit dah lepas tengok pandangan mata dia yang tajam. Sebenarnya aku tak nak masuk campur dengan kisah diorang ni. Dah macam novel la pulak. Yang si wanita mengejar si lelaki yang kacak bergaya dan kaya.

“You nak apa sebenarnya ni, Tania?”

“You dah bertunang ke?” Tanya wanita yang bernama Tania itu sambil memandang Bos Besar. Aku yang mendengar ni pun, turut memandang ke arah Bos Besar. Dah bertunang rupanya Bos Besar ni!

“Kalau ya, kenapa?”

“I…” Aku makin terkedu apabila melihat muka Tania yang dah berubah. Oh tidak, jangan nangis kat sini!

“And for your information, ni tunang I.” Aku berpaling ke arah Bos Besar. Pandangan matanya menghala ke arahku tetapi entah kenapa aku berpaling ke belakang. Siapa tunang Bos Besar ni?

“Dia ni?”

“Kenalkan Nurul Maisarah…” Mulut aku terus terlopong. Aku tunang dia?! Apa ni apa ni? Rasa macam nak pengsan pun dah ada sekarang ni. Memandai je Bos Besar cakap aku tunang dia. Kot iya pun nak menjauhkan diri dari masalah, janganlah libatkan aku!

Aku pandang Tania. Nak aje aku cakap yang aku ni takde kena mengena pun dengan Faiz ni tapi belum sempat aku cakap apa-apa, dia dah berlari keluar.

“Memandangkan awak dah tolong saya, so jawatan tu milik awak. Bila awak boleh start kerja?” Ucapnya tenang seolah-olah tak ada apa pun yang berlaku tadi. Macam kehadiran Tania tadi tu cumalah sekadar satu gangguan kecil. Aku yang pening fikir pasal ni walaupun sepatutnya aku tak terbabit pun!

“Kenapa encik cakap saya ni tunang encik?”

“Saya nak dia cari orang yang lebih baik.”

“Tapi saya dah ada tunang. Buatnya tunang saya tahu pasal ni, habislah saya!”

Dia tersenyum kecil. “Kisah ni akan stay dalam bilik ni je asalkan awak tak bukak mulut. Saya tak rasa Tania akan datang sini lagi.”

“Memang saya tak nak cakap dah pasal ni.”

“So, nak kerja tak kat sini? Jadi setiausaha saya?”

“Err… tapi yang lain-lain tu macam mana?” Tanyaku. Yelah, aku bukan tolong dia pun. Dia je yang pandai-pandai cakap yang aku ni tunang dia. Aku nak membantah pun tak sempat tau!

“Yang tu jangan bimbang. Tahulah saya macam mana nak uruskan.”

“Haih, serba salahlah pulak saya…”

“Jangan risaulah. Saya tahu apa nak buat. So, nak tak kerja tu?”

Aku terdiam sekejap. Akhirnya aku mengangguk. “Nak…”

Dia tersenyum kecil sambil menghulurkan kembali resume kepada aku. “Welcome to Pelangi Cemerlang.”

“Terima kasih, Encik Faiz.”

**

“Sini tempat duduk awak.” Aku memandang Bos Besar dengan muka kurang percaya. Biar betul ni tempat duduk aku? Kenapa ekstravaganza sangat ni?

“Kenapa awak tengok saya macam tu?”

“Serius ni tempat saya?”

Bos mengangguk. “Ada masalah ke?”

“Kenapa macam lawa je?”

“Lawa?” Dahi Bos Besar berkerut. Akhirnya aku mengangguk faham. Mungkin bagi dia semua ni biasa aje. Laptop sendiri, kerusi empuk, meja kayu jati, dan partition yang berlainan dengan orang lain dan tempat duduk aku ni berhadapan dengan meja dia di dalam bilik. Memang kalau nak buat jahat, alamatnya memang Bos Besar nampak.

“Tak adalah, encik. Terima kasih ye.” Aku senyum sambil menunduk hormat. Dia turut mengangguk sebelum melangkah masuk ke biliknya. Aku pulak turut melabuhkan punggung di atas kerusi sambil memerhatikan meja kerja aku ni. Mesti lagi cantik kalau hias dengan bunga ni. Balik nanti nak singgah pergi kedai Tassha.

**

Dah dekat sebulan aku kerja dekat sini. Alhamdulillah semuanya okey. Bos Besar pun baik sangat! Tapi dia tu macam perahsia sikit, pendiam pun ada tapi dia baik. Kadang-kadang tu ada jugak dia join aku dengan staf-staf yang lain makan dekat gerai bawah tu. Aku ingat orang kaya ni tak suka makan dekat gerai tapi Bos Besar ni lain sikit. Ala Mai, bukan semua orang kaya ni nak makan benda mahal-mahal je.

“Awak kata awak dah bertunang kan?” Soalnya ketika aku datang membawa secawan air nescafe. Bos Besar suka minum nescafe setiap pagi dan menjadi tugas aku secara tak rasmi untuk membuatkan air tersebut untuk dia.

“A’ah. Kenapa encik?”

“Kenapa saya tak pernah nampak dia pun sepanjang awak kerja dekat sini?”

“Ohh… kitaorang tak pernah jumpa pun.”

“Tak pernah jumpa? Maksud awak?” Dia sudah mengalihkan pandangannya ke arah aku.

“Jodoh pilihan keluarga.”

“Pilihan keluarga? Tapi bukan ke awak patut tengok siapa dia?”

Aku tersenyum. Semua orang cakap macam tu dekat aku. Bukannya sekali dua, mama dengan abah suruh aku tengok gambar dia tapi aku tak nak. Aku memang pelik sikit… Tak perlu nak mempertikai keputusan aku. Aku tahu apa yang aku buat.

“Mama dengan abah tahu apa yang terbaik untuk saya, encik. Jadi saya serahkan semuanya pada ibu bapa saya dan pada Allah.”

Bos Besar tersenyum. “Beruntung tunang awak tu.”

“Bos pulak?”

“Saya? Kenapa dengan saya?”

Aku tersengih sambil melabuhkan duduk di kerusi. Langsung lupa kerja yang bertangguh dekat luar tu. “Ramai perempuan-perempuan cantik suka encik. Takkan takde satu pun yang dapat hati encik tu?”

Bos Besar terus ketawa. “Ada.”

“Wow, siapa?”

“Someone yang sangat special. Dia dulu kawan saya masa kecil. Kami selalu main sama-sama dan bila saya dah besar, saya baru sedar rupanya saya dah jatuh cinta pada dia. Takde wanita lain yang mampu buat apa yang saya rasa setiap kali saya bersama dia.”

Aku tersenyum kecil. Dari mata Bos Besar, aku dapat rasa cinta Bos Besar untuk kawan dia tu. Jiwang jugak rupanya bos aku ni!

“Dia tahu encik suka dia?”

Bos Besar menggeleng. “Belum lagi tapi saya memang bercadang nak bagitahu dia. Very soon…”

Aku menepuk tangan. “Bagus-bagus. Memandangkan encik dah sure dengan perasaan encik dekat dia, lepas ni dah boleh hantar rombongan meminang. Wah, jangan lupa jemput saya tau! Kalau tak, saya merajuk dengan Encik Faiz.”

“Mestilah… kalau awak takde, tak meriahlah…”

Aku sengih. “Bagus-bagus. Okeylah, saya keluar dulu ye. Enjoy your nescafe.”

“Hmm… Maisarah, boleh tolong saya tak?”

“Tolong apa, encik?”

“Teman saya pergi beli cincin…”

Aku angguk. “Boleh aje. Dekat mana?”

“Alamanda…”

“Okey! Nanti saya jumpa encik dekat Alamanda. Encik jangan lewat sangat tau.”

Dia mengangguk. “Okey.”

**

“Awak rasa yang mana satu yang dia suka?” Tanya Bos Besar pada aku. Aku memandang dua bentuk cincin di hadapanku sekarang. Yang satu tu, ada sebutir berlian manakala yang satu lain lagi agak mewah gayanya.

“Kawan encik tu jenis yang simple ataupun jenis yang suka bergaya?”

“Hmm…simple.”

“Yang nilah okey. Simple je.” Aku pilih yang ada sebutir berlian tu je. “Tapi ni bagi sayalah, tak tahu kawan encik tu suka ke tak?”

“Hmm… rasanya dia suka.” Bos Besar memandang jurujual yang sedang tersenyum. “I’ll take this one.”

Sementara menunggu Bos Besar membuat pembayaran, sempat jugak mata aku melihat cincin-cincin yang ada dekat sini. Kemudian aku tilik cincin tunang aku. Tadi sebelum keluar, aku sempat beritahu tunang aku yang aku teman Bos besar beli cincin. Buatnya dia bertembung dengan aku, tak pasal-pasal dia cakap yang aku ni curang dengan dia. Dahlah aku tak tahu muka dia macam mana.

“Rindu tunang ke?” Usik Bos Besar.

Aku hanya diam. Rindu ke aku pada dia? Yup, memang rindu.

“Dah settle ke?” Tanyaku pada Bos Besar.

“Dah.”

“Baguslah kalau macam tu. Saya balik dulu ye. Mak saya dah mesej cakap nak tunggu saya makan.”

“Okey. Thanks sebab temankan saya beli cincin ni. Jaga diri baik-baik.”

Aku mengangguk sambil tersenyum. “Assalamualaikum encik.”

“Waalaikumussalam…”

**

Hari ni aku cuti. Memang aku cadang nak rehat puas-puas je hari ni tapi bila mak cakap yang hari ni keluarga tunang aku nak datang, terus aku jadi serba tak kena. Rasa takut, rasa malu, rasa berdebar-debar… Kalau keluarga dia datang, agak-agaknya dia datang sekali tak?

“Err…tunang Mai ada sekali ke?”

“Mama tak pasti Ahmad datang ke tak. Rasanya tak kot sebab dia pun malu nak jumpa dengan Mai.”

“Ohh…”

“Kenapa?”

Aku geleng. “Takde apa. Saja tanya…”

Along yang baru masuk dalam dapur tersengih. Agak dah, mesti dia dengar apa yang aku dengan mama duk cakap tadi.

“Nak jumpa dia ke?”

“Mana adalah…”

Along ketawa kecil. “Yelah tu… Adik, biar Along bagitahu something dekat adik.”

“Apa dia?”

“Ahmad tu orangnya hensem tau. Sedap mata memandang. Kulit dia putih…hmm..lebih kurang macam adiklah. Rambut dia macam rambut Dennis Oh tu. Kenal kan Dennis Oh? Lepas tu, dia tak merokok…”

“Macam mana Along tahu dia tak merokok?” Celahku.

“Along tahulah. Bibir dia nampak merah je. Gigi pun putih je.”

“Hmm..lagi?”

“Haih, nak tahu lagi ke?”

“Saja je nak usik Along. Tak nak tahu dah. Nanti kalau tahu banyak sangat, lepas kahwin dah tak tahu nak cakap apa.”

Along sengih sebelum mengusap kepalaku. “Tau takpe! Oh ye, macam mana kerja? Hehehe…Along lupa nak tanya. Lepas sebulan, baru teringat nak tanya.”

“So far, so good. Bos baik! Seronok kerja bawah dia.”

“Encik Faiz tu memang kesayangan pekerja-pekerja kat situ. Kalau abang dia yang kerek tu, memang ramai yang kurang berkenan.”

“Yang minat pun ramai tapi dia tak layan…”

“Orang hensem katakan…memang ramailah yang minat.” Balas Along selamba sambil meneguk jus oren.

“Hmm….”

**

“Bos dah bagi cincin tu?” Soalku ketika dia meletakkan bungkusan makanan atas meja. Kata dia, ni hadiah sebab temankan dia cari cincin masa hari tu.

“Belum. Tak sempat nak jumpa dia.”

“Ohh…” Aku bukak bungkusan makanan. Ada makanan kegemaran aku! Nasi goreng paprika!

“Macam mana encik tahu saya suka makan nasi ni?! Sedapnya bau…” Aku tersengih sambil mengusap tapak tangan.

“Saya tahulah.”

“Hehehe…terima kasih ye, encik. Encik dah makan ke belum?”

Dia mengangguk. “Dah. Makan tu jangan lupa bismillah. Tercekik karang…”

“Ai ai bos! Saya nak pergi basuh tangan. Perut dah berdondang sayang ni..” Terus aku ke pantry untuk mencuci tangan. Bila aku sampai dekat meja, ada semug milo panas dengan nota kecil diletakkan di bawahnya..

‘Enjoy your meal…’

“Hehehe.. ada-ada je Bos Besar ni!” Aku tersengih sebelum menyuap nasi ke dalam mulut.

**

Aku masuk ke dalam bilik Bos Besar sambil mengenggam sampul surat di tangan. Aku hanya tersenyum apabila melihat pandangan pelik Bos Besar. Dahlah aku buat gaya malu-malu kucing kononnya.

“Kenapa?”

“Saya nak bagi ni.” Aku hulur sampul surat tadi pada Bos Besar.

“Wedding invitation…” Ucapnya perlahan sebelum memandangku. “Minggu depan?”

“Err… a’ah. Encik datang tau!”

“Tapi…”

“Kenapa encik?”

“Saya ada meeting penting masa ni. Kena pergi Singapura.”

Muka aku terus berubah. Macam mana aku boleh tak tahu yang Bos Besar ada meeting dekat Singapura ni?!

“Saya tak tahu pun…”

“Saya lupa nak cakap dekat awak. I’m so sorry, Sarah. Saya memang nak pergi tapi…”

Aku hanya menundukkan kepala. “Hmm…takpelah kalau macam tu. Saya keluar dulu…”

“Sarah…”

Aku berpaling ke arahnya.

“Selamat pengantin baru.”

Aku hanya mengangguk. “Terima kasih…” Ucapku ringkas sebelum keluar dari bilik. Terus hilang mood aku! Aku nak Bos Besar datang majlis aku nanti tapi nak buat macam mana kan? Aku tahu dia tu sibuk je.

Kemudian, intercom aku berbunyi. “Yes, bos?”

“Janganlah buat muka macam tu. Tak tenang hati saya ni…”

Aku pandang Bos melalui cermin kaca. “Saya okeylah…”

“Nanti saya bagi hadiah ye…”

Aku hanya mengangguk kecil.

“Jangan marah saya ye.”

Aku tergelak kecil. Takut sangat kalau aku marah. “Saya tak marahlah.”

Aku nampak Bos Besar senyum. “Lega hati saya. Okeylah, tak nak ganggu awak. Sambunglah buat kerja tu…”

“Okey…”

**

Aku memandang jari aku yang sudah berinai. Mukanya aku pun sudah siap disolek oleh mak andam tadi. Sekarang ni, aku hanya menunggu detik-detik untuk majlis pernikahan aku. Kata mama dengan abah, keluarga Ahmad akan sampai dalam pukul 8.30 macam tu.

“Wow, cantiknya adik Along…” Along yang sudah siap bersolek melangkah masuk dengan baju pengantinnya. Majlis pernikahan aku memang diadakan serentak dengan Along.

“Along tu pun, apa kurang…”

“Encik Faiz tak datang ke?”

Aku menggeleng. “Dia kena pergi Singapura. Ada meeting…”

Along mengangguk faham. “Adik dah ready?”

“Ready…”

“Terima dia seadanya?”

Aku mengangguk. “Adik terima dia seadanya. Mama dengan abah kan tahu apa yang terbaik untuk adik.”

“Adik… Along percaya dia memang yang terbaik untuk adik.”

Aku senyum sambil melentokkan kepalaku di bahu Along. “Kalau Along cakap macam tu, adik yakin dia mampu bimbing adik…”

“Jaga suami elok-elok tau.”

Aku cuit pinggang Along. “Along pun… Jangan cakap kat adik sorang je.”

“Yelah…yelah. Kita berdua kena jaga suami elok-elok…”

“Adik, Along…” Mama membuka pintu sebelum tersenyum. “Diorang dah sampai…”

Aku mula berdebar-debar. First time nak jumpa Ahmad! Rasa nak pengsan pun dah ada ni!

**

Masa duduk bersimpuh, memang aku langsung tak pandang muka Ahmad. Memang aku tak berani dengan tak bersedia lagi. Tunggu lepas akad nikah, barulah aku nak tengok dia. Sekarang ni, aku nak tengok aje lantai.

“Amboi, bukan main hensem cik abang awak…” Usik Along sambil mencuit-cuit lengan aku. Hish, Along ni! Jangan nak goda aku untuk pandang muka dia!

Saat aku mendengar suara Abang Kimi, terus aku merasakan genggaman tangan Along di tanganku. Aku mengangkat muka untuk memandang Along yang dah berair biji mata. Aku tahu Along sebak sekarang ni dan bila-bila masa aje lagi, aku pulak yang mungkin akan sebak.

Entah kenapa saat tiba giliran Ahmad untuk melafazkan akad nikah, aku terpanggil untuk memandangnya.

“Aku terima nikahnya Nurul Maisarah binti Ariffin dengan mas kahwin 300 ringgit tunai…”

Hampir terlopong mulut aku. Rasa macam dunia aku gelap sekejap. Berkali-kali aku menepuk pipi aku bagi menyakinkan bahawa ini semua bukan mimpi tapi tetap muka dia yang aku nampak.

“Encik Faiz!” Jeritku tiba-tiba dan kemudiannya aku pengsan.

**

Aku memandang muka Bos Besar dengan tajam. Ikutkan hati nak aje aku baling segala bantal dekat atas katil ni mengenai diri dia. Geram sangat! Sangat geram!

Selepas aku sedar dari pengsan, semua orang dah balik dan tinggal aku dan dia dalam bilik ni. Mama dengan abah pulak menunggu dekat rumah. Nak bagi peluang untuk kami berbincang. Aku terus bangkit dari katil dan mencapai tuala.

“Sarah nak pergi mana?”

“Mandi.” Jawabku sepatah lalu menutup pintu bilik air. Sengaja aku mandi lama-lama.

Selepas aku siap mandi, aku terus keluar tanpa memandang muka dia. “Sarah…”

“Saya rasa baik encik rehat kat rumah encik. Esok ada majlis lagi…”Celahku sambil menyikat rambut.

“Abang mintak maaf… Esok abang akan jelaskan semuanya.”

“Yeah, memang encik perlu terangkan segalanya…” Ucapku tenang tanpa memandang dia.

“Abang balik dulu…”

Aku hanya mengangguk kecil tetapi sempat aku menyalami tangan dia sebelum merebahkan badanku di atas katil. Walaupun aku marah dia, dia tetap suami aku. Aku melepaskan keluhan lemah…

“Bos Besar…”

**

Sekarang ni, aku berpeluk tubuh sambil memandang Bos Besar. Majlis persandingan kami dah selesai petang tadi. Memang aku senyum pura-pura aje sepanjang majlis tadi. Sakit di hati aku ni masih lagi terasa. Nasib baik aku tak menepis tangan dia yang asyik memegang tangan aku sepanjang majlis tadi.

Saya tak sangka encik sanggup tipu saya!” Aku berkata dengan geram. Rasa panas satu badan aku ni. Berkali-kali aku meraup muka menahan rasa kecewa. Selama ini, tunang aku ada dekat depan mata je.

“Sarah, please…” Dia cuba memegang lengan aku tapi aku bergerak menjauhinya.

Bos Besar pulak yang meraup muka. Dia memandang aku lama sebelum melepaskan keluhan lemah.

“Sarah dengar cakap abang dulu. Abang buat semua ni sebab abang sayangkan Sarah. Yang pasal kerja, sebenarnya memang jawatan setiausaha tu untuk Sarah. Yang lain tu datang untuk jawatan lain…”Jelas Bos Besar dan sekali lagi dia mara menghampiriku.

“Encik, jangan dekat.”

“Fine, abang tak dekat. Sarah, janganlah buat macam ni… You know how much I love you, right?” Ucapnya lembut. Aku hanya memandang dia tanpa sebarang ekspresi di muka. Aku tahu yang dia memang sayangkan aku, kalau tak… takdenya dia nak buat macam ni.

“Sarah perlu berfikir dulu.” Tanpa sedar, aku dah mengubah panggilan diri aku. Tadi ber’saya’ sangat.

Bos Besar tersenyum. “Ambiklah seberapa masa yang Sarah nak. Abang tak kisah…”

“Sarah letih. Nak tidur…” Aku terus berjalan ke arah katil. Rasa lemah satu badan aku ni.

“Assalamualaikum… good night.” Bos Besar datang menghampiriku dan membetulkan selimut sebelum mengucup dahiku. Kali ni, aku hanya membiarkan aje. Dah tak larat nak bising-bising.

Tapi apabila aku nampak dia mengangkat bantal dan menuju ke arah sofa, terus aku bangun. “Kenapa encik tidur situ?”

“Err…”

Aku menepuk katil. “Tidur jelah kat sini. Kat situ sakit badan nanti. Sarah tak kejam nak bagi suami Sarah tidur kat atas sofa.” Ucapku selamba sebelum turun dari atas katil dan mengambil bantal di tangannya.

“Tapi takpe ke?”

“Takpe, asalkan encik tidur diam-diam je.” Balasku sambil merebahkan badan di atas katil sambil menghadap dia. Aku masih ingat lagi pesan mak, jangan tidur membelakangi suami.

“Okey.” Dia turut merebahkan badan di atas katil. “Thanks Sarah…”

Aku hanya mengangguk kecil sebelum memejam mata rapat-rapat. Akhirnya aku terlena sambil mengenggam tangan suamiku.

**

“Sarah… bangun. Solat subuh berjemaah dengan abang.”

Perlahan-lahan aku membuka mata dan memandang Faiz yang sedang tersenyum. “Dah pukul berapa?”

“6.15. Bangunlah ye. Kita solat sama-sama…” Aku hanya mengangguk sebelum melangkah ke bilik air. Selepas selesai membersihkan diri dan mengambil wuduk, aku keluar dari bilik air dan mengambil kain telekung yang bersangkut di dalam almari. Faiz pulak membentangkan sejadah dekat atas lantai.

“Dah ready?” Soalnya ketika aku sudah berdiri di belakang.

“Dah…”

Selepas siap solat, Faiz membacakan doa. Sayu jugak hati aku ni ketika mendengar doanya. Jauh menyusup dalam hati aku ni terutama sekali doanya yang terakhir.

“Tempatkanlah isteri aku di dalam syurga-Mu, Ya Allah kerana dia memang seorang isteri yang baik. Biarlah dia bersama-samaku sehingga ke syurga. Amin…”

Ketika ini, aku hanya menahan sebak. Hampir je air mata aku nak mengalir tapi aku cuba tahan. Faiz berpaling ke arahku dan menghulurkan tangannya. Perlahan-lahan aku sambut lalu ku cium lembut. Kali ni memang aku tak dapat nak tahan. Laju je air mata aku mengalir.

“Sarah…kenapa nangis ni?” Soalnya lembut sambil mengelap air mataku.

“Sarah sedih dengan abang.” Ucapku sambil menanggalkan kain telekung.

“Kenapa?”

“Abanglah.. saja nak buat Sarah touching tadi. Dahlah hati ni lembut dengan sensitif.” Aku mencebik sambil membalas genggamannya di tanganku.

Faiz tersenyum dan kemudiannya dia tergelak kecil. “Sarah dah maafkan abang?”

Aku menggigit bibir sebelum mengangguk. “Mana boleh nak marah lama-lama. Abang kan suami Sarah and plus my favourite and handsome boss.” Aku usap pipi dia. Semalam memang aku agak kejam dengan dia. Langsung tak nak dengar apa yang dia nak cakap.

“Sarah mintak maaf. Semalam tu…”

Faiz meletakkan jarinya di bibirku. “Jangan cakap dah pasal semalam. Let bygone be bygone…” Aku hanya tersenyum kecil sambil melentokkan kepala di bahu dia.

“Hmm… kerja setiausaha tu memang abang khaskan untuk Sarah ke?”

“Yup.” Dia senyum. “Yang lain-lain tu datang untuk jawatan HR.”

“Ohh…” Aku mengangguk.

“Maknanya selama ni Along yang selalu jadi spy abang?”

“A’ah… Masa nak pinang Sarah dulu pun, abang mintak tolong dia.”

“Pandai eh…” Aku cuit hidung dia. “Kenapa nak kahwin dengan Sarah?”

“Ingat tak cerita pasal kawan abang tu?”

Aku mengangguk. “Mestilah ingat. Kawan yang abang suka tu kan? Yang dah jatuh cinta tu kan?” Nada suara aku macam cemburu. Bukan macam, memang cemburu pun.

“Dia tu Sarah…”

Dahi aku berkerut. “Sarah kawan abang?”

Dia mengangguk. “Dulu masa kecik-kecik, Sarah ada kawan baik lelaki kan?”

“Hmm… ada tapi lepas tu dia pindah.”

“Tu abang…”

“Hah? Betul ke?”

“Betullah…”

“Dah tu, macam mana abang boleh jatuh cinta dekat Sarah?”

Dia tersenyum sebelum mencuit hidungku. “Entah kenapa, setiap kali abang jumpa Sarah… abang jatuh cinta lagi.”

Aku tersipu malu sebelum menggaru kepala. “Sejak bila?”

“Sejak abang masuk sekolah menengah. Mungkin Sarah tak perasan abang tapi abang pernah datang rumah Sarah masa kenduri arwah untuk nenek dengan atuk Sarah…”

“Masa tu ke abang suka Sarah?”

Dia mengangguk. “Mungkin lagi lama dari tu…”

“Sebab tu abang pinang Sarah?”

“A’ah… Nasib baik Sarah terima. Lagilah abang suka..” Dia tersenyum sambil mengeratkan pelukan di bahuku.

“Masa Sarah nak sign borang nikah hari tu, Sarah langsung tak tengok nama pengantin lelaki. Tak perasan langsung rupanya nama abang Ahmad Faiz Hakimi…”

“Mana nak tengok? Entah-entah hati tu tak rela sangat…”

Aku pantas menghalakan jari telunjuk pada bibirnya. “Tak baik tau cakap macam tu. Kalau Sarah tak rela, Sarah tak kahwin tau dengan abang.”

“Abang tahu…”

“I love you, Bos Besar!” Aku sengih. Tak perlu nak tunggu berbulan-bulan sebab sekarang ni hati aku memang untuk dia. Sejak aku setuju jadi tunang dia dan sekarang isteri dia. Nak merajuk lama-lama pun tak menjadi…

Dia mengucup dahi aku. “I love you more…”

p/s : Tak perlu nak bercinta lama-lama. Bila Allah dah datangkan rasa cinta di hati kita buat dia, baru kenal satu saat pun kita dah boleh jatuh cinta pada si dia J Lagi indah, kalau rasa itu wujud buat suami/isteri sendiri.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

120 ulasan untuk “Cerpen : Jatuh Cinta Lagi!”
  1. Aisyh says:

    Srsly best! hee :D

  2. Amanina says:

    Cerpen ni the best! Thumbs up writer :)

  3. one-na says:

    best ar!!!thumbs up writer… :D

  4. fea says:

    best..touching lak baca

  5. Ikha says:

    Best sgt cite awk..ada unsur keagamaan.wish gud luck utk strusnya.

  6. nik siti hajar says:

    best gilerrr

  7. wawa says:

    ske2….sweet sgt2..

  8. najera says:

    Gud job

  9. hanin says:

    best..best..gud job writer!! : )

  10. NDSKH says:

    Besttttttttt !!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"