Cerpen : Pengorbanan Seorang Guru~~Terima Kasih

4 January 2012  
Kategori: Cerpen

9,000 bacaan 11 ulasan

Oleh : Si Ting Tong

Setelah dimarah dan dipukul oleh abang,Aqid terus pergi ke bandar Seremban untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.Ini kali pertama abang memukul dia.Dia merasakan dirinya tercabar setelah dipukul oleh abang.Aqid Amsyar adalah seorang pelajar perempuan yang menuntut di sebuah sekolah di Seremban.Aqid atau nama sebenarnya Siti Zuraidah telah mengubah identiti dirinya sejak berumur 12 tahun.Aqid merupakan anak bongsu dari 2 adik-beradik.Nama Siti Zuraidah Zainal telah ditukar sendiri menjadi Aqid Amsyar Zainal.Nama,diri dan percakapannya juga ditukar seperti seorang lelaki.

“Zuraidah telah merokok didalam tandas sekolah pada waktu rehat tadi!!” kata-kata Cikgu Bob iaitu GPK HEM sekolah masih terngiang-ngiang di telinga abang.

Kata-kata itu juga yang menyebabkan dia memukul adiknya sendiri menggunakan getah paip.Hal itu telah menyebabkan Aqid tidak pulang ke rumah sehingga larut malam.Jauh disudut hati abang,dia kesian melihat tangan dan kaki Aqid berbirat kesan daripada getah paip itu.Tapi abang ingin menjadikan Aqid seorang perempuan yang sempurna.Jadi dia harus mendidik Aqid menggunakan pelbagai cara.

Sejak di pukul oleh abang,perangai Aqid menjadi semakin teruk.Daripada menghisap rokok,Aqid mula belajar menghisap shisha.Hampir setiap malam Aqid akan pergi ke Dataran Senawang untuk berkumpul dengan kawan-kawan sambil mengisap shisha.Aqid juga menjalinkan hubungan songsang bersama salah seorang rakannya.Dikelas,Aqid seorang pelajar yang sentiasa menyiapkan kerja rumah yang diberi.Aqid juga merupakan pelajar harapan guru-guru disekolah itu.Tetapi perangai Aqid yang sering merokok dikawasan sekolah telah memburukkan reputasi dirinya sendiri.

Suatu hari setelah pulang dari sekolah,Aqid sekali lagi dipukul pleh abang.Kali ini merupakan kali kedua abang memukulnya pada bulan itu.Kemarahan abang terhadap Aqid makin hari semakin dingin sehingga abang sanggup menyepak Aqid.

“Apa salah Qid pada abang sehingga abang pukul Qid macam ni?” Tanya Aqid pada dirinya sendiri.

“Abang tak mahu kamu bergaul dengan budak-budak jahanam itu lagi!!”marah abang kepada Aqid.Aqid menjadi hairan,mengapa abang melarang dia berkawan?Sedangkan sebelum ini mama dan papa tak pernah melarang dia berkawan dengan siapa sahaja.Dia bebas hidup bersama mama dan papa.Aqid mula merasakan dia dikongkong oleh abangnya.

“Syam…malam tadi sekali lagi saya nampak Zura dekat Senawang!!Masih belum terlambat Syam untuk kamu bentuk adik kamu tu.Kamu kena ingat Syam dia tu perempuan.Apa-apa jadi pada papa kamu,kamulah satu-satunya wali dia nanti.Ingat itu Syam…Dia tanggungjawab kamu!!” panas hati Aqid membaca mesej dari Arif.
Arif merupakan bekas senior abang masa di universiti dulu.Hubungan mereka sangat rapat.Arif juga merupakan kaunselor disekolah Aqid.Kini baru Aqid tahu kenapa abang sering marah pada dia ketika pulang dari sekolah.Cikgu Arif yang melaporkan hal-hal disekolah kepada abang rupanya.Hati Aqid semakin panas memikirkan Cikgu Arif.

“Kalau aku bunuh cikgu ni….Aman hidup aku,” kata Aqid pada dirinya sendiri.Marah sungguh Aqid pada cikgu itu.

Hari ini merupakan hari pertama Aqid pergi ke sekolah setelah dia membaca mesej yang dihantar oleh Cikgu Arif kepada abang.Sebelum ini hubungan Aqid dengan Cikgu Arif sangat rapat.Jika ada waktu lapang Aqid akan pergi ke bilik Cikgu Arif untuk bertanya tentang pelajaran.Aqid tidak menyangka Cikgu Arif sanggup melaporkan hal dirinya kepada abang.Mulai hari itu Aqid terlalu membenci cikgu itu.Kesalahan maksimum yang sering dilakukan oleh Aqid di sekolah hanyalah merokok.Tetapi sejak dia membenci Cikgu Arif,dia mula memancitkan tayar kerata Cikgu Arif.Tidak cukup dengan tayar,kereta Cikgu Arif dicalarkan pula.Aqid melakukan itu semua untuk membalas apa yang dilakukan oleh Cikgu Arif terhadap dirinya.Dia sangat membenci cikgu itu!

Satu hari,Aqid merayau-rayau dikawasan Seremban dan dia ternampak sebuah kereta yang sangat dia kenal terbabas di tepi jalan.Aqid cuba menghampiri kerta itu.Sah!! itu kereta yang dicalarkannya kemarin.

“Apa orang tua ni buat dekat sini?” hati Aqid berbisik sendiri.

Tergamam Aqid melihat Cikgu Arif didalam kereta itu.Wajah Cikgu Arif pucat sangat.Tangan Cikgu Arif erat memengang dadanya sendiri.Nafasnya berombak!Cikgu Arif seolah-olah susah untuk bernafas.Aqid mula cemas melihat Cikgu Arif dalam keadaan begitu.

“Cikgu kenapa ni??Cikgu sakit ke? Cikgu sakit apa? ” tanya Aqid bertalu-talu.Tapi satu soalan pun tidak dijawab oleh Cikgu Arif.

Aqid bertanya lagi, ” Cikgu kenapa ni? Cikgu sakit ke? Ubat ke apa-apa sahaja tak ada ke? ”

Cikgu Arif menunjukkan begnya.Aqid faham,mungkin Cikgu Arif meminta dia mengambil ubat .Tapi sayang,ubat Cikgu Arif sudah habis ketika itu.Hanya botol kosong yang tersimpan didalam beg itu.Aqid cuba menghubungi abang,tetapi abang mematikan telefonnya.Aqid membuat keputusan untuk membawa sendiri Cikgu Arif ke hospital ketika itu.

“Ayah cik terkena serangan jantung.Mujur cik pantas membawanya ke hospital.Keadaan Encik Arif stabil,saya rasa lebih elok cik membiarkan dia berehat dulu.” Kata doktor Lau yang merawat Cikgu Arif ketika itu.Aqid tersenyum sendiri mendengar doktor itu menyatakan Cikgu Arif adalah ayahnya.

Lebih kurang dalam 30 minit Aqid duduk di luar wad,dia akhirnya masuk ke dalam untuk memulangkan kunci kereta Cikgu Arif.Langkah Aqid terhenti apabila melihat Isteri dan anak Cikgu Arif disitu.Aqid berniat untuk keluar dari wad itu,belum sempat dia melangkah Cikgu Arif memanggil namanya.Kali ini Aqid akur dengan Cikgu Arif,dia pergi ke katil Cikgu Arif.

“Terima kasih Zura,kalau kamu tak ada tadi rasanya saya sudah mengadap illahi sekarang!” kata Cikgu Arif saat aku berada di sebelahnya.

Aqid hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.Disudut hatinya dia masih membenci cikgu itu.Tetapi dia sendiri tak tahu kenapa dia membantu Cikgu Arif tadi.Bukankah aku ingin cikgu ni mati??kata Aqid pada dirinya.Kenapa aku mesti tolong dia tadi???Aqid terdiam…

“Zura awak dengar tak saya tanya ni? “lamunan Aqid terhenti.

“Cikgu tanya apa?”soal Aqid semula tanpa menjawab soalan Cikgu Arif.

“Boleh tak saya ambil awak jadi anak angkat saya?” ulang Cikgu Arif sekali lagi.

Aqid hairan.”Anak angkat? Kenapa cikgu ni? Dah ada anak,lagi mahu ambil anak angkat ke?”Bisik Aqid sendiri.

“Kenapa pula nak saya jadi anak angkat cikgu?Saya dah buat macam-macam pada kereta cikgu…cikgu masih mahu menjaga saya??”tanya Aqid pada Cikgu Arif.

Cikgu Arif hanya tersenyum sambil berkata

“tapi jasa kamu sebentar tadi telah membuatkan saya rasa sayang pada kamu seperti anak saya sendiri.”

Soalan Cikgu Arif masih tidak dijawab.Cikgu Arif telah pun berjumpa dengan papa,mama dan abang.Mereka bertiga setuju jika Aqid tinggal dengan keluarga Cikgu Arif dengan harapan Cikgu Arif dapat membimbing Aqid.Bagi Aqid pula,dia tidak kisah dimana sekali pun dia tinggal,kerana bagi dia dirinya tetap sama walau berada dimana sahaja.

Sudah sebulan Aqid tinggal bersama Cikgu Arif,segala suruhan cikgu Aqid lakukan.Masa solat dan belajar sering dilakukan bersama Cikgu Arif.Aqid seorang yang liat untuk melakukan solat akhirnya akur dengan perintah Cikgu Arif yang tidak pernah jemu menyuruh Aqid menunaikan solat.Aqid berasa seperti tinggal dengan mama dan papa dia kerana ketika dengan mama dan papa dia sering solat berjemaah begini.Tetapi ada satu kelainan! Dengan Cikgu Arif,Aqid tidak boleh keluar malam seperti dulu,dia tidak dapat lagi melepak sambil menghisap shisha.

Cikgu Arif tersenyum sendiri melihat Aqid gembira bermain dengan anak lelakinya yang berusia 3 tahun itu.

“Alhamdulillah,dia tak lagi merokok di sekolah dan tidak keluar malam lagi.Moga Kau bantu aku Ya Allah untuk mengubah personaliti dia pula,” hati Cikgu Arif berbisik sendiri.

Cikgu Arif menyangka Aqid sudah tidak merokok tetapi hakikatnya Aqid masih lagi merokok!
Kuasa Allah tidak siapa yang tahu,suatu pagi ketika Cikgu Arif ingin mengejut Aqid bangun dari tidur,dia ternampak satu kotak rokok dan pemetik api dibawah bantal Aqid.Termenung Cikgu Arif ketika itu.Apa yang membuatkan Cikgu Arif lebih kecewa apabila dia ternampak satu botol air minuman ‘coke’ dan sepapan ubat tidur ditepi Aqid.Cikgu Arif terus keluar daripada bilik itu.Tiada kata untuk diucap ketika itu. Airmata Cikgu Arif mengalir deras ketika itu.

“Aku gagal Ya Allah,aku gagal!!Aku gagal mendidik dia dan menjaga dia,aku telah mungkir janji pada keluarganya!!Ampunkan aku Ya Allah ,” bisik hati kecil Cikgu Arif ketika itu.Cikgu Arif terlalu rasa bersalah pada dirinya sendiri.

Mula dari hari itu Cikgu Arif mula bersikap tegas apabila berhadapan dengan Aqid.Cikgu Arif berharap dia dapat mendidik Aqid dengan sepenuhnya.Aqid mula menjadi berang apabila Cikgu Arif mula berubah sikap.Dia memberanikan diri bertanya,

“kenapa ni walit? 4 bulan lepas walit tak layan Qid macam ni….Selalunya Qid nak keluar pergi kedai walit kasi…tapi…kenapa sekarang ni tak kasi pula?? ”

Lama Aqid bertentang mata dengan Cikgu Arif.
“Memang sebelum ini walit tak layan kamu macam ni,tapi perangai kamu sendiri yang membuatkan walit berubah macam ni!!!” tengking Cikgu Arif.Aqid terdiam lama.

” Apa Qid dah buat? ” tanya Aqid lagi.

Cikgu Arif semakin marah apabila Aqid menyoal dia pula.
Dia terus menarik tangan Aqid masuk ke bilik dan menyuruh Aqid membuka almarinya itu.Pada awalnya Aqid enggan membuka almari itu,setelah dipaksa baru Aqid bukak.Rokok,pemetik api,lima botol air ‘coke’,dua papan ‘panadol’ dan sepapan ubat tidur bersusun didalam almari itu.

“Sekarang cakap kat walit siapa punya semua ni!!Siapa punya??Macam ni kamu nak walit layan kamu dengan baik?Macam ni?Kamu buat walit kecewa dengan kamu,lepas tu kamu nak walit layan kamu dengan baik!!!Ha?Kamu ingat walit ni apa?Baruah kamu??nak dengar saja cakap kamu……..” sekali lagi Aqid di tengking.
Aqid cuba untuk menerangkan semuanya tapi Cikgu Arif terus menengking Aqid.Aqid lihat sebutir permata jatuh dari kelopak mata Cikgu Arif.Aqid berasa berdosa pada Cikgu Arif.

Beberapa minggu sahaja lagi Aqid akan menduduki peperiksaan SPM.Keputusan peperiksaan percubaan Aqid yang dulu sangat membanggakan.Aqid lulus dengan cemerlang ketika itu.Ketika itu hubungan Aqid dengan Cikgu Arif sangat rapat.Setiap hari Cikgu Arif akan pastikan Aqid belajar didepan matanya untuk persiapan peperiksaan percubaannya.Selepas solat berjemaah bersama Cikgu Arif dan isterinya,Cikgu Arif pasti akan mendoakan tentang diri Aqid,terutamanya tentang persediaan Aqid yang ingin menduduki peperiksaan.
Tapi menjelang peperiksaan sebenar,hubungan Aqid dan Cikgu Arif menjadi renggang.Ianya berpunca dari sikap Aqid sendiri.Aqid sedar ini semua salah dia sendiri.Dia mula menjadi takut untuk berhadapan dengan Cikgu Arif.

“Cikgu Arif bukan lagi walit yang aku kenal masa mula-mula aku jejakkan kaki dirumah ini dulu,dia telah berubah!!Kini ummi yang banyak bantu aku untuk membuat persiapan menghadapi SPM nanti.Walit langsung tidak bertanya tentang persiapan aku.Aku rindu walit……Rindu untuk mendengar dia mengajar aku,rindu untuk duduk semeja dan menceritakan segala masalah aku….walit tidak lagi mengambil peduli tentang aku..Aku inginkan walit yang dulu,yang sering mengambil berat tentang aku .”Luah Aqid didalam blog laman sesawangnya.Sejak di tengking oleh Cikgu Arif,Aqid mula belajar untuk berhenti merokok.Dia tahu Cikgu Arif kecewa dengan dirinya.

“Hari ini kamu balik ummi yang jemput,” Cikgu Arif memberitahu Aqid ketika dalam perjalanan ke sekolah pagi itu.Aqid hanya berdiam.

Setelah beberapa minit Aqid bertanya sesuatu pada Cikgu Arif,
“kanapa walit tak jemput Qid??selalu lepas balik mesyuarat walit terus saja ambil Qid……”

Sunyi dalam kereta itu sehinggalah sampai di sekolah.Soalan Aqid tadi masih tidak dijawab oleh Cikgu Arif.Setelah bersalam dengan Cikgu Arif sebelum keluar dari kereta Cikgu Arif berkata,

“lepas ini ummi yang akan uruskan kamu,pergi dan balik sekolah ummi yang uruskan,bukan walit lagi,”

Bermacam-macam soalan yang bermain didalam fikiran Aqid ketika dia mendengar kata-kata Cikgu Arif tadi.Aqid menjadi semakin hairan dengan keadaan pagi itu.Tapi dia cuba untuk melupakan segala-galanya kerana dia harus menumpukan perhatian sepenuhnya didalam kelas.SPM akan menjelma seminggu sahaja lagi.Dia harus fokus kerana dia tahu Cikgu Arif hanya akan memaafkannya jika dia membawa keputusan yang cemerlang nanti.

Selepas rehat Aqid terdengar suara seseorang memanggil namanya.

“Qid,Cikgu Arif kemalangan!” bertabur buku yang dipengang Aqid ketika itu.
Berita yang disampaikan oleh kawannya itu betul-betul membuatkan dia mengalirkan air mata.Serta merta wajah Cikgu Arif bermain dimata Aqid saat itu.

“Cikgu Arif dah tak ada Qid..Dia dah meninggal…Dia!!Cikgu Arif,walit kau dah meninggal Qid..Kau sabar ye Qid” Hanya tuhan sahaja tahu perasaan Aqid ketika dia mendengar berita itu.
Terduduk dia menangis mendengar berita itu,berita Cikgu Arif telah meninggal dunia.Orang yang menghantar dia ke sekolah pagi itu meninggal dunia pada waktu tengaharinya pula.

“Zura,walit ada terbaca blog kamu hari tu.Walit bukan tidak mahu pedulikan kamu lagi.Walit cuma tidak berdaya untuk berhadapan dengan kamu sejak walit jumpe ubat tidur didalam bilik kamu tu dulu.Walit rasa bersalah sangat pada diri walit sendiri sebab tak dapat mendidik kamu dengan betul.Maafkan walit Zura.Untuk pengetahuan kamu walit sering bertanya pada ummi tentang pelajaran kamu.Walit masih mengambil berat tentang kamu!!!Walit tahu kamu kecewa sebab walit tak bersama-sama ummi bantu kamu membuat persiapan menjelang SPM ni.Tapi percayalah Zura,doa walit sentiasa ada untuk kamu menghadapi SPM ni.Maafkan walit atas segala-galanya.Pesan walit buat kamu,kamu harus menjadi anak yang taat pada ibubapa dan seorang adik yang mendengar kata.Yang paling penting walit ingin kamu menjadi seorang perempuan yang sempurna yang tidak alpa untuk menunaikan solat dan seorang pelajar yang berjaya.Sekian dari walit.”

Air mata Aqid laju mengalir takkala membaca cebisan kertas yang ditinggalkan Cikgu Arif untuk dirinya.Cebisan kertas itu di genggam erat,kini baru di terasa yang dirinya disayangi dan baru dia tahu yang dia amat menyanyangi Cikgu Arif.

Enam bulan selepas Cikgu Arif meninggal keputusan SPM pun diumumkan.Aqid Amsyar atau nama sebenarnya Siti Zuraidah telah diumumkan sebagai pelajar cemelang SPM 2009.Berkat doa keluarga dan juga doa Cikgu Arif,Aqid berjaya dengan cemerlang.Aqid kini tidak lagi merokok,tidak lagi mengambil ubat tidur dan tidak lagi meminum air ‘coke’ bersama panadol yang hanya akan menghayalkan dirinya.Perubahan yang paling ketara adalah Qid tidak lagi menjalinkan hubungan songsong bersama rakannya.Mama,papa dan abang sangat berterima kasih kepada Arwah Cikgu Arif kerana berjaya menghalang Aqid daripada melakukan perkara-perkara yang tidak elok.Dan bagi diri Aqid sendiri dia sangat bersyukur dapat hidup dalam keluarga Cikgu Arif kerana tanpa Cikgu Arif mungkin dia tak akan berjaya dengan cemerlang.
Cukup besar pengorbanan Cikgu Arif buat dirinya.

“Terima kasih walit.Walaupun Qid buat macam-macam pada walit,tapi walit masih menjaga Qid dengan elok dan sentiasa mendoakan Qid.Moga walit tenang disisi-Nya.”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Cerpen : Pengorbanan Seorang Guru~~Terima Kasih”
  1. shafiqah says:

    best sgt…………but sedih gak ar

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"