Novel : Curi-Curi Cinta 1

9 January 2012  
Kategori: Novel

8,884 bacaan 11 ulasan

Oleh : RinsyaRyc

Irisya Sareefa & Adam Hafizi

Aku membuang pandangan ke lantai. Tidak sanggup bertentang mata dengan lelaki yang selama ini tetap bertakhta di hatiku. Dia tetap sama seperti dulu. Tetap kacak, tetap bergaya, tetap berkarisma, dan mungkin tetap… membenci insan bernama Irisya Sareefa.

1

Seorang budak lelaki berumur 14 tahun sedang bermain bola sepak dengan rakan-rakannya. Dia terhenti tatkala melihat seorang budak perempuan berumur 8 tahun duduk di bawah pokok rambutan sambil menangis teresak-esak.

“Aku nak pergi sana. Kau orang sambunglah main.” Adami Hafizi melangkah laju menuju ke arah budak perempuan itu.

“Apani Apis??!”Rungutan kawan-kawannya tidak diendahkan.

“Hai, adik… Adik buat apa?”Adami Hafizi menegur. Budak perempuan itu mendongak wajahnya.

“Adik menangis?”Adami duduk mencangkung di depan budak perempuan yang masih teresak-esak menangis.

“Mak…”

“Kenapa dengan mak adik?”tanya Adami Hafizi lembut.

“Dia kata Ica bodoh…” Serentak itu tangisan Ica semakin kuat. Adami Hafizi memandang simpati.

“Mak Ica tak sengaja kut..”pujuk Adami.

“Mak sengaja! Mak tak sayang Ica…”Ica mencampakkan batu ke depan dengan penuh geram.

“Mak benci Ica!”Ica menjerit lagi. Adami menggeleng-geleng kepala.

“Ica ada buat salah ke?”

“Mak pukul Ica..”Ica tunduk dan menyembunyikan kepalanya di lutut. Adami tersentak. Pukul? Sepanjang umur hidupnya, mama dan papa tidak pernah mengangkat tangan kepadanya.

“Abangkan ada?”Adami mengusap lembut bahu Ica. Ica masih menangis.

“Ica jangan duduk sini. Sini banyak semut merah. Jom kita duduk kat tepi padang? Tengok abang main bola,”pujuk Adami meraih tangan Ica. Ica menggosok-gosok mata dengan sebelah tangan. Sebelah lagi di pegang Adami. Dia mengikut jejak Adami sehingga ke tepi padang. Hanya memandang kosong melihat Adami Hafizi dan rakan-rakannya bermain dengan penuh keseronokan.

“Ica, kau dah berani balik lewat, ya?”Suara mak menyapa telinga Ica. Ica terpaku berdiri di tepi pintu rumahnya. Kaku. Pucat.

“Ke mana kau pergi, hah?”herdikan mak mengundang air mata Ica.

“Kenapa menangis? Jangan menangis!”mak piat telinga Ica.

“Mak.. Mak ampun mak! Ica kat tepi padang sana saja..”Ica merayu-rayu sambil memegang tangan mak kuat. Telinganya benar-benar pedih.

“Sampai pukul enam petang baru balik?!”Telinga Ica dilepaskan. Tetapi tangan mak laju memukul lengan Ica. Ica mengaduh.

“Bukan Ica.. Abang bola ajak Ica tengok dia main!”Ica berundur dan mengelak. Mak membeliakkan mata.

“Kecik-kecik sudah menggatal? Geram aku dengan kau ni, Ica! Pandai kau sekarang?!”Mak ambil tali pinggang ayah. Ica mengogoi ketakutan. Kesekian kalinya, tubuh Ica jadi mangsa.

“Mak! Sakit mak…”sepanjang malam Ica menangis sehingga tertidur.

“Awak pukul dia Ina?”tanya Zafri merenung wajah isterinya yang sedang mengupas bawang.

“Dia tu degil!”rungut Ina. Zafri melepaskan nafas berat.

“Cubalah bawa bersabar. Dia kecil lagi. Dia anak awak, Ina. Satu-satunya anak kita,”ujar Zafri menyalakan api rokok Dunhill. Ina mencebik.

“Ya, dia anak saya. Tahulah saya mengajar dia. Awak jangan nak mengungkit atau masuk campur.” Ina meninggalkan Zafri menuju ke dapur. Zafri menggeleng-gelengkan kepala.

“Budaktu tak makan lagi malamni. Merajuk sebab awak pukul gamaknya.” Zafri menguatkan suara.

“Saya tahulah. Bukannya matipun kalau tak makan sehari.”

Zafri mengurut-urut dahinya. Setiap kali hal Ica dibangkitkan, setiap kali itulah baran isterinya memuncak. Di mana hilangnya sifat keibuan wanita itu?

* * * *

Ica duduk menunggu Adami sendirian. Dua jam dia menunggu barulah Adami muncul bersama rakan-rakan.

“Eh, adik angkat kau tunggu tu,”usik Ilham tersengih menunjuk Ica yang menyepi seorang diri. Adami menolak bahu Ilham.

“Sejak bila dia jadi adik angkat aku?” Pertanyaan itu terbiar sahaja apabila Adami melangkah meninggalkan rakan-rakannya menuju ke arah Ica.

“Ica! Lama tunggu abang?”tanya Adami duduk di samping Ica. Rakan-rakannya yang lain sudah mula bermain. Ica tersengih riang. Dia gembira ada Adami. Satu-satunya teman dan abang.

“Tak lah. Ica tengok pemandangan.”

“Amboi.. Pandai pula Ica menjawab ya? Tengok pemandangan apa pula kat sini? Ada rumput dan langit saja.” Adami tergelak.

“Ica suka.” Jawapan Ica mematikan gelak Adami.

“Mak Ica ada pukul Ica lagi ke?”tanya Adami memandang wajah Ica. Sudah sebulan Ica dan dia menjadi teman rapatnya. Dia jatuh sayang pada Ica, budak perempuan yang paling comot dan cengeng yang pernah dia jumpa.

“Ada, semalam,”ucap Ica sayu.

“Kenapa?” Adami bertanya.

“Dia tak suka Ica tunjuk keputusan Ica kat ayah.” Adami mengerut dahu mendengar jawapan Ica.

“Ica malas belajar tak dapat markah cemerlang, kan?”teka Adami laju. Ica tersengih.

“Ica dapat markah 40 dalam matematik,”jawab Ica jujur. Adami tidak mampu menyembunyikan tawanya.

“Patut lah!”

“Abang suka perli!” Ica merajuk. Adami menyiku lengan kecil Ica. Akhirnya tawa Ica dan Adami bersatu.

‘Ica sayang abang…’bisikan itu terlontar di hati si gadis kecil.

* * * *

“Hoi, berhenti!”

Ica segera mendongak melihat wajah-wajah budak lelaki berumur 11 tahun seramai empat orang itu. Ica tahu mereka adalah budak-budak nakal di sekolah. Ica tidak takut.

“Kenapa? Ada hutang?!”tanya Ica berani. Budak-budak lelaki itu ketawa kuat.

“Woh! Berani kau menjawab, ya? Mak bapak kau tak ajar cara hormat senior ke? Kurang ajar betul budakni!” Adif ketawa kuat. Ica mengetap bibir.

“Suka hati akulah nak kurang ajar ke apa ke.. Tak mengganggu hidup kau orang pun!” Ica melangkah ke hadapan.

“Kejap! Apa kau beli? Bagi aku tengok..” Emir menghadang laluan Ica. Dia merampas beg plastik di tangan Ica. Ica mula panik.

“Eh, bagi aku balik, Mir! Mak aku marah nanti…” Ica cuba merampas daripada Emir. Emir mengelak dan mengambil barang-barang di dalam bungkusan beg plastik Ica.

“Telur?” Emir campak ke tanah. Habis telur tiga biji pecah. Air mata Ica mengalir.

“Apa kau buatni?! Mak aku marah! Sekarang kau ganti! Aku tak kira, kau ganti seringgit!!” Ica memekik. Budak-budak lelaki itu terus ketawa. Seronok mempermainkan Ica.

“Cakap kat mak kau, belikan kau baju baru untuk ke sekolah. Bertampal-tampal! Jijik aku, tau tak?! Sudahlah bodoh!” Hakim menujal kepala Ica sehingga Ica terjatuh. Ica teresak-esak menangis.

“Kau merokok!” Ica terjerit. Hakim, Emir, Adif dan Safuan berpandangan. Serta-merta mereka tertawa.

“Syyyhhh.. Senyap-senyap sudah. Kau jangan report kat cikgu. Kalau tak, nahas!” Adif menolak kepala Ica. Tangisan Ica semakin kuat.

“Apa kau orang buat ni?” Adami tiba-tiba muncul bersama-sama kawan-kawannya.

“Amboi, kecil-kecil dah pandai buli orang?” Sergah Ali, kawan Adami. Hakim, Emir, Adif dan Safuan terdiam. Adami dan kawan-kawannya tinggi-tinggi. Mereka jadi takut.

“Sudah-sudah. Kalau kau orang kacau Ica lagi, aku lapor kat guru besar kau orang. Biar mak bapak kau orang pula yang tahu lepasni,”gertak Adami. Serta-merta keempat-empat budak lelaki itu berlari pergi. Adami menggeleng-geleng kepala sambil segera mendapatkan Ica.

“Ica? Ica okay?”tanya Adami mencapai bahu Ica supaya berdiri.

Ica masih menangis.

“kenapa ni Ica?” Ilham mengerut dahi melihat telur-telur yang telah pecah di dalam plastik.

“Mere.. Mereka pecahkan. Mak.. Mak.. Ica takut mak marah..”Teresak-esak Ica mengadu. Adami menepuk belakang Ica.

“Ni abang bagi seringgit, Ica pergi beli lagi. Dah, jangan nangis. Abang tak suka Ica menangis.” Adami menghulur seringgit kepada Ica. Ica mengambil. Dia banyak terhutang budi kepada Adami, dia tahu. Tetapi dia tidak mampu menolak wang seringgit itu kerana dia amat takut ibunya marah.

“Abang dan kawan-kawan pergi main bola dulu. Nanti kita jumpa lepas Ica hantar telur kat mak, ya?”pujuk Adami. Ica mengangguk.

Ica hanya melihat kelibatan Adami dan rakan-rakannya berlalu pergi. Adami semakin tinggi. Tinggi sangat. Dan dia masih rendah. Rendah sangat. Dia suka Adami, dia sayang Adami. Tetapi dia rendah, dia masih budak. Adami sudah tinggi. Ica sepi memerhati lelaki berumur 15 tahun itu pergi bersama rakan-rakannya.

“Ica pun nak jadi tinggi,”bisik Ica kecil.

* * * *

“Abang, apa itu love?”tanya Ica. Adami tersengih membalas pandangan budak perempuan itu.

“Love? Love itu bahasa Inggeris,”ucap Adami ketawa. Geli hati dengan pertanyaan budak berumur 10 tahun itu.

“Bahasa Melayu dia apa?”tanya Ica lagi.

“Cinta,”jawab abang. Ica melongo.

“Abang ada cinta?”tanya Ica merenung wajah Adami. Sebenarnya dia tahu apa itu love ataupun cinta. Love atau cinta itu perasaan dia terhadap Adami.

“Tak adalah! Abang masih belajar lagi, dik.. Tak nak main cinta-cinta lagi,”balas Adami tersengih.

“Abang cinta Ica ke?”tanya Ica tunduk. Adami tergamam. Dia memandang wajah gadis kecil itu.

“Kenapa?” Adami pula yang bertanya. Ica tersengih malu.

“Abang ada setiap kali Ica sedih.” Ica membuang pandangan ke arah langit. Adami senyum lebar.

“Selagi abang bernafas, abang akan ada untuk Ica. Abang akan sayang Ica, abang akan lindungi Ica..”

“Betulke? Abang janji?”

“Yes, I promise..”

“Abang cakap orang putih! Ica tak faham!” Ica memuncungkan bibir. Adami ketawa.

“Itulah, abang dah suruh Ica rajin-rajin belajar.. Ica malas. Cuba Ica bawa buku ke sini, study.” Adami menasihati si kecilnya.

“Abang tak study pun?” Ica menjawab pantas. Jangan ingat dia tak tahu apa itu ‘study’..

“Abang study masa malam-malam. Tahun depan abang SPM. Abang tak dapat main ke sini selalu. Abang ada kelas tambahan, tusyen… Abang nak minta maaf awal-awal,”

“Ala…” Ica sudah hampir menangis.

“Ica, abang sayang Ica tahu? Ica tetap di hati abang. Ica kena ingat itu..” Adami memujuk.

“Macam cinta, kan?”tanya Ica lagi. Adami tergamam semula.

“Ya.. Ya.. Macam cinta.” Adami membalas dengan senyuman. Ica tersengih lebar.

“Cinta abang sampai mana?”

“Ica banyak tengok tv lah ni? Cinta abang tu ha.. Tinggi macam Gunung Santubong!”

“Ica nak Kinabalu. Lagi tinggi,”balas Ica sedikit bangga. Adami tersengih. Tahu pula budakni Gunung Kinabalu tinggi daripada Gunung Santubong.

“Iya lah.. Tinggi macam Everest..”

“Everest tu apa?”

“Gunung lah! Paling tinggi.. Tinggi daripada Kinabalu dan Santubong!”

“Abang cinta Ica tinggi Everest?”

“Ermm.. Ya.”

* * * *

“Adam, Ica cari kat luar tu.”

Adami memandang wajah mamanya.

“Kejap, Adam ada kerja sikit lagi. Suruh dia tunggu.”

Puan Nafisa mengangguk dan menutup pintu anak bujangnya serta terus menuju ke ruang tamu.

“Ica tunggu kejap. Abang Adam tengah ada kerja dalam bilik dia. Musim cuti, abang Adam tu memang tak habis-habis bawa assignment dia balik rumah,”rungut puan Nafisa menuju ke dapur. Ica mengangguk.

Lama dia tidak berjumpa Adami. Sudah dua bulan. Adami menuntut di USM dan jarang-jarang balik ke rumah. Ica menilik jam dinding. Pukul 4 petang. Dia harus pulang sebelum pukul 5. Takut mak marah.

“Ica, sihat?” Tiba-tiba suara Adami kedengaran. Ica berdiri. Terus menyalami tangan Adami.

“Ica sihat, Ica rindu abang tau.” Ica tersengij. Adami turut sama tersenyum.

“Abang banyak kerja. Susah sikit nak lepak kat padangtu lagi.”

“Ica faham. Abang macam mana? Sihat?”tanya Ica. Adami angguk kepala. Tidak berminat untuk bercerita panjang.

“Ica balik dulu, bang. Sudah lewat. Nanti mak marah.” Ica berdiri. Adami angguk dan turut sama berdiri.

“Okay,”balas Adami melemparkan senyuman. Ica terpesona. Sudah lama dia tidak melihat senyuman itu. Rindu mencengkam kalbu remajanya. Adami sepi memandang gadis berusia 15 tahun di hadapannya. Gadis itu sudah tinggi. Mungkin mencapai 160 cm ke atas. Dia sendiri tidak pasti. Malas untuk menilai Ica yang dianggapnya bagaikan adik kandung sendiri.

“Ica ke dapur, jumpa mak cik sekejap.” Ica berlalu ke dapur diiringi Adami.

“Ica balik dulu, mak cik.”

“Eh, cepat balik? Mak cik baru nak hidangkan makan petang.”

“Terima kasih, mak cik.. Takut lambat pula. Sudah petang sangatni,”balas Ica menghulurkan tangan untuk bersalaman. Puan Nafisa menyambut. Kelibatan Ica sudah hilang. Puan Nafisa merenung wajah kelat anak bujangnya.

“Penat sangat mama tengok Adam.”

“Semalam tak tidur. Lusa kena siap assignment ni. So Adam boleh relax lepastu,”jawab Adami menuju ke ruang tamu. Puan Nafisa mengekori Adami sambil menatang goreng pisang di pinggan. Adami duduk.

“Adam rapat dengan Ica dah lama, kan? Adam sayang dia ke?” Adam tersentak.

“Apa mama cakap?”

“Adam sayang dia?”tanya Puan Nafisa lagi.

“Sayang lah,”jawab Adami acuh tak acuh. Puan Nafisa tersenyum.

“Lepasni Adam nak tidur kejap. Mama gerak masa nak Maghrib ya,”pinta Adami. Puan Nafisa mengerut dahi.

“Tak baik tidur lepas Asar, Adam..”

“Adam penat lah mama..”

Adam berlalu pergi tanpa menyentuh goreng pisang mamanya. Puan Nafisa hanya mampu menggeleng kepala.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Novel : Curi-Curi Cinta 1”
  1. effa says:

    best giler..nnti nk beli lah..tpi dh keluar ke blom ek??

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"