Novel : Projek Memikat Suami 5, 6

30 January 2012  
Kategori: Novel

41,971 bacaan 20 ulasan

Oleh : Hanina Abdullah

BAB 5

Pagi-pagi lagi Nawrah dah sampai ke rumah Umminya. Siap dengan gerabak-gerabaknya, Izwan, 2 tahun dan Izmal, 5 bulan. Selepas menyalami Umminya, dia menerpa ke arah Husna yang sedang membasuh pinggan usai sarapan pagi.

“So, amacam?” Bisiknya, straight to the point!

“Amacam apa?” Husna pura-pura tak faham. Malas sebenarnya dia nak bercerita tentang datenya dengan Zahrain semalam. Bagai mimpi ngeri! Buat menyakitkan hati saja. Mukanya dibuat-buat terlebih bosan agar Nawrah berhenti bertanya tentang date yang entah apa-apa.

“That bad?” Buntang mata Nawrah, cepat menangkap maksud adiknya.

“That bad.” Jawab Husna dengan suara mendatar.

“Habis, tak ada cakap pasal kahwin?” Nawrah masih nak mengorek-ngorek cerita.

“Ye Kak, memang habis. Habis cerita. The end!” Jawab Husna, asyik membasuh pinggan mangkuk, macamlah pinggan mangkuk tu ada lumpur, ada selut.

“Mak Dah, tolong tengokkan budak-budak tu kejap. Kami dua beradik ada mesyuarat tergempar!” Dengan terkocoh-kocoh, dia menarik tangan Husna dan keluar ke laman belakang rumah. Pinggan mangkuk yang belum siap dicuci terbiar saja di dalam singki.

“Una, apa jadi?” Memanglah Kak Nora ni sesuai jadi penyiasat persendirian, dia korek sampai ke lubang cacing getus Husna dalam hati.

“Macam ni lah Kak, pendek cerita….pinggan tak retak, nasi tak dingin.” Terlopong mulut Nawrah mendengar jawapan adiknya.

“Macam tu punya handsome, punya kaya, nasi kau tak dingin Una?” Eleh, Kak Nora ni, balik-balik handsome, balik-balik kaya. Apa guna handsome, apa guna kaya, kalau menyakitkan hati.

“Iya, Puan Nawrah Hanna, nasi saya hangat saja, tak dingin langsung.” Perlu ke nak cerita secara detail? Buat buang karan! Husna membuka langkah untuk masuk semula ke dapur.

“Oh no! Disaster! Masalah besar ni, Una!” kedua-dua tangannya menggenggam dan menggoncang-goncang lengan kanan Husna.

“Kak Nora, sakitlah!” Pagi-pagi lagi dah jadi drama queen kakak aku ni!

“Oops! Sorry, sorry, sorry!” Lengan Husna dilepaskan dan Nawrah duduk di bangku panjang di laman belakang rumah mereka. Matanya melekap ke muka Husna tak lepas-lepas. Ada kerisauan di matanya.

Kenapa kakak aku ni? Dia ni jenis manusia ceria 24 jam, pagi ni pula dia nampak risau satu macam. Date aku hancus, apa hal pula dia yang over?

“Ada benda yang Husna tak tahu tapi patut tahu ke Kak?” Mata Nawrah direnungnya dalam, konon-kononnya macam seorang inspektor menyoal pesalah di lokap.

“Macam mana Akak nak cerita ni? Betul ke Una dengan dia tu tak ada chemistry?” Kenapalah Kak Nora ni tak boleh percaya yang aku dengan Zahrain tu memang tak ngam?

“Iya, kaaaaak! Tak ada chemistry, tak ada firework, tak ada adrenalin. Tak ada apa-apa!” Aik! Tak percaya lagi ke kakak aku ni? “Nak bercakar lagi adalah.” Sahaja Husna menambah cerita.

“That’s not good news, Dik.” Berkerut kening Nawrah.

“Saya tak kisah Kak. Kumbang bukan seekor. Come on lah Kak! Una ni muda lagilah. Tak rasa desperate pun. Kalau tak dapat jodoh nanti, Una minta Abang Dinlah tolong rekomenkan dengan kawan dia.” Gurau Husna, cuba nak buat mood ceria.

“Kumbang yang seekor ni penting, Una. Penting untuk Babah kita.” Perlahan sahaja suara Nawrah.

“Apa maksud Kakak?” Ada kena dengan Babah pula, ish hairanlah.

“Bapa si kumbang tu nak bagi kontrak kat Babah. Una tak tahu…setahun dua ni syarikat Babah ada masalah. Kontrak ni penting sangat-sangat! Kalau tak dapat, boleh jadi bungkus syarikat Babah.” Satu per satu diterangkan oleh Nawrah.

“Betul ke syarikat Babah ada masalah? Una tak dengar apa-apa pun?”

“Bukan Una tak tahu. Babah takkan lah nak buat kita bimbang. Masalah dia tanggung sorang-sorang saja. Akak pun Ummi yang bisik-bisik bagi tahu.”

“Kak, maksudnya kalau Una tak kahwin dengan Zahrain tu, bapa dia takkan kasi kontrak kat Babah kita?” Husna sudah mula susah hati.

“Entahlah, Una. Tan Sri dan Puan Sri tu datang, tanya-tanyakan Una untuk anak mereka. Lepas tu masuk pula topik business. Masa tulah Tan Sri tu tawarkan kontrak tu kat Babah. Habis tu macam mana? Takkan kontrak tu nak disapu tapi si anaknya kita tak mahu?” Terangkat kening Nawrah, menyuruh Husna jawab.

“Sebab syarikat, Ummi dan Babah nak suruh Una kahwin?” Patutkah aku rasa kecil hati? Walhal kalau nak balas jasa Ummi dan Babah, seumur hidup pun tak terbalas.

“Akak rasa Ummi dan Babah sebenarnya memang berkenan nak berbesan dengan Tan Sri dan Puan Sri. Mereka tu baik sungguh Una!”

“The contract is just a bonus?” Ya Allah, tak baik aku cakap macam ni tentang ibu bapa sendiri.

“Ada lagi yang Una tak tahu….” teragak-agak Nawrah nak berkongsi maklumat yang satu ini. Wajah Husna ditenung tak berkelip, dia nak pastikan adiknya ini bersedia dengan berita yang kurang baik ini.

“Babah tak sihat sekarang, Una.” Hati-hati Nawrah membuka rahsia.

Husna sudah mula cemas. “Tak sihat macam mana Kak?” Kali ini lengan Nawrah pula yang digenggamnya. Ya Allah! Panjangkanlah usia Babah, jauhkanlah dia dari penyakit merbahaya!

“Babah ada lemah jantung. Doktor cakap Babah tak boleh terlalu stress, membahayakan kesihatannya.” Hanya setakat itu mampu Nawrah khabarkan. Dia bimbang jika berkata lebih-lebih.

Agak lama juga Husna terdiam, memikirkan implikasi maklumat yang baru didengarinya ini. Kesimpulannya dia tahu….

“Husna perlu jadi menantu Tan Sri tu kan?” Mata kakaknya direnung dalam-dalam.

“Sorry, Una. Kalau sayangkan Babah, Una kahwinlah dengan Zahrain tu….”

BAB 6

“Husna, pagi tadi Auntie Mai telefon. Katanya petang ni dia nak bertandang ke rumah kita.” Selamba saja cakap Hajjah Rahmah. Walhal dia tak tahu betapa berkocaknya jiwa Husna mendengar berita ini.

Husna yang sedang sedap menjamu selera makan tengahari bersama Umminya dan Nawrah, terasa hilang nafsu makan. Dijelingnya Nawrah, kakaknya pun sudah berhenti menyuap makanan dan sedang menanti responnya.

“Ummi…..semalam baru saja jumpa anaknya, petang ni Puan Sri pula nak datang?” Bagai ada protes dalam respon Husna.

“Ish, tak baiklah Husna, tetamu nak datang, takkan kita nak kata jangan? Tak pernah dibuat dek orang. Tetamu datang bawa rezeki, tau!” Hairan juga Hajjah Rahmah, kenapa begini pula Husna ni, macam tak tahu adat.

“Kadang-kadang bawa jodoh,” spontan Nawrah menambah. Kan kena jegil dengan Husna! Baru kakaknya tersedar yang dia terlajak cakap.

“Haah, Husna. Auntie Mai kata Zahrain pun ikut.” Bom kedua pula dijatuhkan oleh Umminya.

Tersedak Husna mendengar Zahrain akan ke rumah mereka petang ini. Bukankah semalam dia kata tak mahu kat aku ni? Habis datang nak buat apa? Buat meyakitkan hati saja.

“Eh, eh, budak Husna ni, kenapa?” Tanya Hajjah Rahmah, sambil menghulurkan segelas air kosong kepada Husna. Husna memandang tajam ke arah Nawrah, bagaikan minta tolong. Nawrah pula tunduk memandang pinggan makannya, macam tak pernah tengok corak kat pinggan Ummi.

“Nawrah, tunggu ye sampai Auntie Mai datang. Boleh tolong Ummi buat kuih untuk minum petang ni. Ummi ingat nak goreng bihun Singapura sekali.” Hajjah Rahmah merangka-rangka menu untuk petang ini, kan tetamu istimewa nak datang.

“Eh, maaflah Ummi. Lepas makan ni, Nora kena balik. Abang Din nak ajak jenguk kawannya yang masuk hospital.” Betul ke ni? fikir Husna. Entah-entah alasan Kak Nora nak melepaskan diri. Husna mengerutkan dahinya ke arah Nawrah, bagai memberi isyarat suruh dia tunggu juga petang ni. Nawrah membalas dengan menjongketkan bahu.

“Husna ajalah yang tolong Ummi ye.” Itu sudah pastilah. Macamlah dia boleh lari. Kalau dia nak lari pun, nak lari ke mana.

Usai makan tengahari, Husna menarik tangan kakaknya, mengajaknya sama-sama membasuh pinggan. Sebenarnya dia nak melancarkan kempen, kempen Bantu Nawwal Husna!

“Kak Nora, Akak tak boleh balik. Saya nak buat macam mana berjumpa dengan Zahrain petang ni? Semalam bukan main lagi saya berlagak dengan dia. Takkan petang ni saya nak merayu dia suruh kahwin dengan saya pulak?” Husna betul-betul sudah cemas.

“Tak bolehlah Una, memang betul Abang Din nak melawat kawan dia sakit kat hospital. Akak tak tipu.” Nawrah mempertahankan dirinya.

“Alah Kak, saya ni pun sakit juga ni. Sakit teruk ni. I need your support.”

“Una, play it by earlah. Ada peluang kau katalah kau setuju nak kahwin dengan dia.” Nawrah memberi cadangan.

“Wah, wah, wah. Bernasnya cadangan Akak. Kak, Kak ingat senang ke nak tarik balik apa yang saya kata kepada dia semalam.” Waah! Where to put my face!!

“Una, yang kau semalam brutal sangat dengan dia kenapa? Selalunya kau tak delah extreme sangat.” hairan juga Nawrah. Eh, dah jadi salah aku ke ni Kak? Getus Husna. Kalau Kak Nora yang berjumpa dengan Zahrain semalam, entah-entah lagi teruk dia kerjakan.

“Kak, Kak kena tolong Una!” merayu-rayu Husna, dia sudah tak tahu apa yang nak dibuat nanti.

“Una, kalau Akak ada pun, bukan Akak boleh buat apa. Tambah pula ada Izzat dan Izmal, asyik mengelek dia orang sajalah.” Memang Kak Nora dah tak boleh nak diminta tolong.

Sudahnya, Nawrah pulang dengan anak-anaknya selepas selesai membasuh pinggan. Sempat pula dia membisikkan di telinga Husna, “Apa-apa pun, Una ingatkan Babah ye. Good luck, Dik!”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

20 ulasan untuk “Novel : Projek Memikat Suami 5, 6”
  1. jayjay says:

    tajuk dia funny la. but the story ssuai ke dgn tjuk?

  2. Hanina Abdullah says:

    jayjay, projeknya bab 10 atau 11 baru mula

  3. deqna says:

    assalam..akak de blog x?????xbezla bce sekerat cter jew…spoil mood…laww ley na taw episod strusnya dgn cpt…..ples2…na taw sgt blog akak……

  4. Yierda says:

    lambatnya nak tunggu tips2 dlm projek ni. manalah tau boleh guna skrg. memang nak pikat suami ni pula…help, pls…

  5. Salam deqna, haninaabdullah.blogspot.com. Kat blog pun slow uploadnya. br blk out stn.

    Dear Yierda, ha ha, actually i pun tak sure whether tipsnya tu bagus ke tak. Main agak2 je. entah2 nnt readers yg lebih berpengalaman kat “ini tak boleh jalan”, habis, collapse la citer ni. LOL

  6. Kathy Tuah says:

    baru start baca.. best sangat2 ^^

  7. Qaireena Airysha says:

    sukanya!

  8. Qaireena Airysha says:

    love fovea!

  9. Qaireena Airysha says:

    cool…

  10. nini tohmaytus says:

    awesome…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"