Novel : Sebenarnya, Saya isteri dia! 21

17 January 2012  
Kategori: Novel

186,489 bacaan 281 ulasan

Oleh : Addy Rifqhiey

BAB 21

PUAN AIDA melempar tas tangan berjenama Louis Vuittionnya ke meja kopi itu. Punggung pula dilabuhkan kasar ke sofa mewah buatan Itali itu. Panas betul hatinya ketika ini. Masih terngiang-ngiang lagi di cuping telinga akan perkara itu. Dan dia tidak menyangka yang kedatangannya ke pejabat suaminya itu untuk membuat kejutan berakhir dengan kejutan besar. Huh! Tak sangka pula yang suaminya itu akan menyerahkan majoriti saham syarikat kepada anak lelakinya itu. Habis tu anak aku dua orang itu dapat apa? Rengusnya perlahan sambil memejamkan mata.

‘Firash Arshad?’ Nama itu bermain-main di kepalanya. Rasanya itulah nama yang sering diutarakan oleh anak bongsunya itu. Puan Aida tersenyum nipis. Otaknya mula ligat merancangkan sesuatu.

“Puan nak minum?” Tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara seseorang. Pantas matanya dicelikkan kembali. Orang gajinya yang berasal dari Sumatera itu setia menunggu.

“Tak payah. Raina mana? Panggilkan dia untuk saya.” Pinta Puan Aida.

“Raina ada di kamarnya. Nanti saya panggilkan.” Balas Santi lalu menapak menuju ke tingkat atas. Rasanya anak majikannya itu masih berada di dalam bilik. Baru saja pulanng dari berjalan-jalan.

“Cik Raina, Puan panggil.” Santi mengetuk perlahan pintu bilik anak majikannya itu. Seketika kemudian, pintu bilik itu dibuka. Rambut Raina yang sedikit kusut tanda dia sedang tidur itu dipandang seketika. Wajah gadis itu seperti tidak berpuas hati. Mungkin tidak suka yang tidurnya diganggu.

“Ada apa bik?” Soal Raina malas. Dia yang baru saja melelapkan mata itu mengeluh perlahan. Penat keluar seharian berjalan-jalan dengan Haris tadi masih lagi terasa.

“Puan suruh saya panggil cik turun.” Jawab Santi sopan. Raina berkerut dahi. Kenapa pulak dengan mama nya itu? Kebiasaannya mamanya itu agak susah untuk berjumpa. Seringkali keluar sehingga lewat malam.

“Nanti aku turun.” Balas Raina seraya menutup kembali pintu biliknya itu. Santi laju saja turun ke bawah selepas menyampaikan pesanan majikannya itu. Masih banyak lagi kerja yang perlu dibuat walaupun hari sudah jauh malam.

Beberapa ketika kemudian, Raina keluar dari biliknya. Dia melangkah turun dan mendapati mamanya itu masih lagi menunggu di ruang tamu.
“Ada apa ma nak cakap dengan Raina ni?” Soal Raina lalu melabuhkan punggung di sofa bertentangan dengan mamanya itu. Puan Aida tersenyum kecil melihat anak gadisnya itu.

“Raina kenal Firash Arshad?” Soal Puan Aida sambil menyilangkan kaki. Wajah Raina tiba-tiba berubah apabila mendengar sebaris nama itu. Jantungnya mula berdegup kencang. Ada apa yang tak kena dengan Firash ke? Atau mamanya itu sudah mula menghidu segala gerak-gerinya selama ini? Kalau macam tu, susahlah!

“Kenal. Kenapa ma?” Soal Raina dengan perasaan ingin tahu.

“U know what? Firash Arshad tu anak kandung papa.” Puan Aida bersuara tenang dan cuba melihat reaksi anak gadisnya itu. Raina hampir tenganga. What? Anak kandung papa?! Maknanya aku dengan dia adik beradik tiri lah? Macam mana mama boleh tahu semua ni?

“Betul ke semua ni ma? Mama jangan main-main dengan Raina.” Dengan nada sedikit mengugut Raina membalas. Puan Aida ketawa kecil. Lucu melihat reaksi anak gadisnya yang terkejut sakan.

“Betul lah ni. Hmm, mama ada plan untuk Raina. Raina suka dia kan?” Soal Puan Aida dengan senyuman. Raina sudah tersenyum kelat lalu mengangguk perlahan.

“Macam ni, mama nak Raina goda dia habis-habisan. Dia tu pewaris tunggal untuk syarikat papa nanti. Mama kalau boleh tak nak dia makan sorang aje harta papa tu. And kalau boleh pastikan Raina dapat kahwin dengan dia.” Raina sedikit tersentak. Pewaris syarikat? Bibirnya mula menguntum senyum mekar.

“Okay ma. Tak ade hal lah pasal tu. Raina okay aje.” Raina bersetuju dan tersenyum lebar. Walaupun rancangan pertamanya untuk mendapatkan Firash itu gagal, dia dapat merasakan plan yang kedua ini akan berjaya. Tidak kisahlah jika terpaksa melaksanakan rancangan itu dengan cara apa-apa pun. Dia sanggup.

“Good young lady. Okaylah mama nak pergi berehat. Nanti jangan lupa fikirkan cara macam mana nak goda Firash tu.” Pesan Puan Aida sebelum melangkah menuju ke tangga. Raina menyandarkan tubuhnya ke sofa. Mata dipejam rapat. Firash, kau akan jadi milik aku!

RAINA MENGHAMPIRI Firash dengan langkah menggoda. Blaus pendek biru lembut yang ketat itu membaluti tubuh seksinya. Lenggang lenggok kakinya melangkah mendekati Firash dengan kasut tumit tingginya. Dari jauh lagi dia sudah memfokus ke arah Firash yang berada tidak jauh darinya. Bibirnya mula menguntum senyum lebar.

“Hai Fir.” Sapa Raina dengan nada manja. Dengan perasaan tidak malu dia melabuhkan punggung di sisi Firash. Mie sudah membuat muka kelat. Terasa menyampah dengan kelakuan gadis itu.

“Hmm…” Balas Firash dengan tiada perasaan. Bosan betul dia dengan perempuan ni. Di mana saja dia ada di universiti ini pasti Raina akan datang menganggu. Walau acapkali sudah dinyatakan yang dia kurang suka namun perempuan ini seperti tiada perasaan. Dia sudah lelah untuk menangani perempuan ini. Sudahlah Raina langsung buat-buat tidak tahu dengan hal dua bulan lepas. Dan sejak itu dia sudah mula membenci pada perempuan itu.

“Kenapa you nampak monyok aje ni?”Soal Raina pelik. Dia cuba merapati tubuh Firash sehingga berlaga bahu. Serta merta Firash sedikit menjauh. Betul-betul tak suka dengan tindakan Raina yang terlalu berani ni.

“Tak ada apa-apalah.” Balas Firash. Dia tidak suka untuk menceritakan hal peribadinya kepada orang lain. Kecuali pada kawan-kawannya yang terdekat saja. Inikan Raina yang belum tentu dia terima sebagai kawannya. Bukannya dia tak tahu yang Raina ni suka mendekati lelaki-lelaki kacak dan dari golongan berada di universiti ini.

“Ala Fir. Cakap aje lah kalau ada masalah. Manalah tau I boleh tolong.” Sambung Raina lagi sambil melemparkan senyuman semanis mungkin buat Firash. Sementara Mie di depannya sudah mencebik. Seakan hendak termuntah saja bila Raina membuat aksi manja begitu. Manakala Firash membuat reaksi selamba saja seperti tidak terkesan langsung dengan perbuatan Raina.

“Sorry. Aku tak suka cerita masalah aku pada orang lain. Aku harap kau faham.” Balas Firash dengan nada sedikit tegas. Kalau diikut rasa hatinya, mahu saja dia menghalau Raina dari situ. Tetapi memandangkan tempat itu tempat awam, dia cuba menyabarkan hatinya yang sudah mula kepanasan.

“Tak bestlah you ni Fir. Orang lain kalau ada masalah tu, mestilah share dengan kawan-kawan. Apatah lagi kawan yang special macam I ni.” Tambah Raina dengan nada sedikit bangga. Rambutnya yang diwarnakan perang itu dimain-mainkan dengan jari. Seolah-olah Firash telah menganggpa dirinya sebagai yang istimewa walau hakikatnya tidak begitu. Firash menjeling tajam ke arah Raina. Diketap giginya kuat-kuat. Bosan betul dengan perempuan yang tak sedar diri ni!

“Kau dengar sini Raina! Aku tak pernah pun anggap kau kawan aku! Inikan nak special bagai pulak! So aku harap kau faham!” Firash bingkas bangun. Merempuh kasar bahu Raina yang berhimpit dengannya itu. Hampir terjatuh Raina dengan rempuhan yang agak kuat itu. Matanya membulat memadang Firash yang tengah menggalas bagpacknya itu.

“Aku akan pastikan satu hari nanti aku akan dapatkan kau Firash Arshad!” Jerit Raina sedikit kuat. Mie hanya memandang Raina tanpa perasaan lalu mengejar Chad yang dah berjalan laju ke hadapan. Walaupun Raina boleh dikategorikan gadis cantik di universiti mereka tapi sedikit pun dia tak menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Ini kerana perangai liar gadis itu suka berkepit dengan ramai lelaki dan kerap-kali bertukar pasangan.

Raina mendengus geram lalu menghentakkan kakinya ke rumput itu. Tanpa sedar tumit kasut tingginya terbenam ke tanah. Terkial-kial dia hendak mencabutnya sehingga jatuh terduduk.

“Tak guna!!” Jerit Raina sekuat hati. Sehingga mengalihkan perhatian beberapa pelajar yang melalui kawasan itu. Mereka hanya ketawa tanpa ada niat pun mahu menolong perempuan berlagak seperti Raina itu.

DIA MENGHEMPASKAN tas tangannya ke meja kopi lalu membaringkan tubuh di atas sofa panjang. Tas tangan yang dihempas kasar itu mengenai pasu bunga kristal lalu jatuh berderai ke lantai. Dia mendengus geram. Langsung tidak dihiraukan pasu bunga yang sudah berkecai itu.

“Kenapa ni Cik Raina?” Santi yang tadinya berada di dapur itu terkocoh-kocoh ke ruang tamu untuk melihat apa yang sedang berlaku. Berkerut dahinya melihat serpihan kaca kristal yang bertaburan di atas lantai.

“Kemas ni semua, aku nak naik!” Balas Raina lalu meragut kasar tas tangan yang di atas lantai itu. Santi sudah mengurut dada kerana terkejut. Mesti anak majikannya itu sedang naik angin. Bukannya dia tak tahu dengan perangai anak majikannya yang panas baran itu.

Santi berlari-lari anak mengambil vakum untuk mengemaskan ruang tamu. Bimbang dimarahi jika lambat mengemaskan semua itu Tanpa sedar sesusuk tubuh seseorang telah berada di sofa.

“MasyaAllah.” Bibik mengurut dada kerana terkejut.

“Kenapa ni bik?” Soal si pemuda berkerut kening.

“Kok baliknya tiba-tiba aja, terkejut bibik.” Suis vakum di-onkan. Muncung vakum itu dihulur ke kawasan lantai yang masih dipenuhi dengan selerakan kaca kristal.

“Raina mana?”

“Kat atas tuan.”

“Okay.” Si pemuda lantas menapak ke tangga. Santi yang tengah tekun membersihkan kaca yang berselerakan itu dipandang sekilas. Mesti kerja Raina ni, getus hatinya.

Sesampainya di tingkat atas, laju saja kakinya menapak ke bilik adiknya. Pintu yang bertutup rapat itu dipandang lama sebelum memulas tombol pintu. Kelihatan Raina sedang menumbuk-numbuk bantal. Bibirnya terkumat-kamit membebel benda yang dia tidak fahami.

“Kenapa ni?” Soalnya lalu duduk di birai katil. Wajah adiknya yang berkerut menahan marah itu dipandang dengan penuh rasa prihatin.

“Raina tak suka dia!!” Jerit Rina kuat. Raimy mengeluh kecil. Seakan sudah dapat mengenal pasti yang adiknya itu punyai masalah dengan lelaki.

“Hmm, lelaki mana ni yang buat adik abang sakit hati ni? Cuba cerita sikit kat abang. Manalah tau abang boleh tolong sound sikit.” Pinta Raimy lembut. Adiknya itu memang manja dengannya. Apatah lagi mamanya sering saja sibuk ke sana sini.

“Firash bang. Sakit hati betul dengan dia.” Raina menekup wajahnya ke bantal. Manakala Raimy pula sedikit tersentak. Firash? Firash mana? Firash yang aku kenal tu ke?

“Firash mana ni?” Soal Raimy menahan debaran di dada. Takkan Firash yang tu kut? Tak mungkinlah!

“Ala yang datang party kita dulu tu. Kan Raina dah kenalkan kat abang malam tu.” Gulp! Raimy tertelan liur. Memang betullah sangkaannya sebentar tadi.

“Raina betul-betul suka kat dia ke?” Soal Raimy sedikit kacau. Raina mengangguk perlahan. Memang dia betul-betul suka dengan Firash. Lelaki itu tidak seperti lelaki lain yang suka mengambil kesempatan terhadap perempuan. Dan apabila mendengar cadangan mamanya itu, membuatkan keinginan untuk mendapatkan Firash semakin meluap-luap.

“Nanti kita fikir cara nak tackle hati dia. Jom teman abang makan kat bawah. Abang tak makan lagi ni.” Cadang Raimy cuba memujuk adiknya itu. Dia tahu yang adiknya itu pasti saja menurut kata-katanya.

“Okay, tapi abang janji tau.” Raimy hanya mengangguk dan mereka berdua melangkah ke bawah untuk menikmati makan malam.

“ADA APA Encik Izam panggil saya ni?” Soal Syaf sopan. Matanya hanya memerhati encik Izam yang sedang mencari sesuatu di atas mejanya yang sedikit bersepah. Pelan-pelan serta fail-fail berlambak di atas meja menambahkan sepahan yang sedia ada.

“Hmm, tunggu kejap eh. Lupa pulak saya letak kat mana surat tu tadi.” Rungut encik Izam. Syaf melabuhkan punggung di kerusi dengan perlahan. Seketika matanya ralit melihat encik Izam yang masih lagi kalut mencari. Surat apalah tu? Desis hatinya.

“Ha, jumpa pun.” Encik Izam tersenyum memandang Syaf dan menghulurkan sampul surat coklat yang baru saja dijumpainya itu. Lambat-lambat tangan Syaf menyambut huluran sampul surat coklat itu. Hatinya dilanda dengan seribu persoalan. Takkan surat berhenti kerja pulak kut?

“Jangan risau, ni bukan surat berhenti kerja.” Usik Encik Izam dengan ketawa kecil. Masakan dia tidak perasan gadis yang di hadapannya berkerut saja wajah ketika memandang surat itu. Dan dari tadi seperti takut-takut saja untuk membukanya.

Dengan bacaan Basmallah, Syaf menarik perlahan isi surat itu. Seketika anak matanya memfokus pada apa yang tertera di dada kertas putih yang berlipat itu. Berkali-kali dia membaca surat pendek itu dengan riak tidak percaya.

“Saya kena transfer?” Soalnya pada Encik Izam dengan dahi berkerut.

“Ha’ah. Saya baru aje terima surat tu pagi tadi. Syarikat kita yang ada kat Kerteh sana tu kekurangan pekerja. So dia suruh saya transfer salah seorang pekerja kat sini. Dan saya rasa awak memang berkelayakan untuk jawatan itu.” Terang Encik Izam dengan panjang lebar. Syaf sedikit mengeluh. Kerteh? Jauh jugak tu. Dalam tiga atau empat jam juga perjalanan dari sini.

“Kira saya kena pergi jugak lah ni?” Soal Syaf lagi seakan tidak percaya. Encik Izam mengangguk. Sebenarnya dia pun tidak mahu melepaskan pekerjanya pergi namun terpaksa apabila cawangan di Kerteh sana merungut yang mereka kekurangan pekerja. Disebabkan syarikat di sini paling hampir dengan Kerteh jadi ketua mereka di sana bersetuju saja untuk menarik salah seorang pekerjanya dari sini.

“Kena pergilah. Kalau boleh lusa sebab dia orang memang perlukan sangat pekerja.” Terang encik Izam lagi. Syaf sudah tidak mampu untuk berkata apa-apa. Nampaknya terpaksalah dia berjauhan dengan mamanya kali ini. Dia mula merasa sedikit bimbang apabila mengingatkan keadaan itu.

“Baiklah. Saya akan ke sana secepat mungkin.” Balas Syaf dengan lemah.

“Saya bukan tak kata kerja awak tak bagus kat sini tapi awak lebih diperlukan kat sana.” Balas encik Izam.

“Kalau tak ada apa-apa agi, saya keluar dulu.” Pamit Syaf lalu segera melangkah keluar dari bilik encik Izam.

Tiqah yang sejak tadi setia menunggu di luar tergesa-gesa datang menghampiri. Wajah keruh Syaf itu dipandang dengan pandangan pelik.

“Kenapa ni?” Soal Tiqah dengan ingin tahu.

“Aku kena transfer.”

“Transfer?”

“Ha’ah. Kat Kerteh.” Tiqah sudah membulatkan matanya. Jauh jugak tu dari sini.

“Bila kena transfer ni?” Soal Tiqah lagi.

“Kalau boleh lusalah.” Sekali lagi Tiqah hampir tersedak. Biar betul bos dia ni? Sudahlah jauh. Kalau kena transfer mesti kena cari rumah sewa. Kalau senang tu tak apalah, ni makan masa jugak kalau nak cari semua tu. Dengan nak pindah barang lagi.

“Urgent lah tu kut.” Tambah Tiqah cuba menyedapkan hati walau hatinya sedikit sedih dengan pemergian gadis itu nanti. Syaf hanya mengangguk dan melabuhkan punggung di kerusi. Hilang terus moodnya untuk bekerja hari ni.

“Dah tu rumah sewa macam mana?” Soal Tiqah lagi. Syaf hanya mengeleng-gelengkan kepala tanda tidak tahu. Memang dia benar-benar tidak menyangka akan menerima kejutan macam ni untuk hari ini.

“Tak ape lah. Aku tolong kau cari dalam Mudah.My ye.” Cadang Tiqah dan kembali ke mejanya. Ikon Google Chrome itu diklik sebelum laju jemarinya menaip sesuatu di kotak carian Google. Dikerlingnya Syaf yang hanya bersandar lemah di kerusinya.

FIRASH BERSANDAR di badan kereta sambil menyeluk kedua-dua tangannya ke poket seluar. Matanya meligas ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat orang yang ditunggu. Jam di pergelangan tangan dikerling sekilas. Sudah menginjak ke pukul 6 petang. Namun orang yang ditunggu masih muncul. Dia sedikit kegelisahan di situ. Sesekali sebuah keluhan kecil dilepaskan.

I-Phone di poket kiri seluar denim itu ditarik perlahan. Mungkin dia patut cuba menelefon gadis itu. Mungkin juga gadis itu terpaksa kerja lebih masa. Memang berjanggut lah untuk dia menunggu di situ kalau-kalau betul telahannya itu.

Baru saja punat dail ditekan, kelibat Syaf yang sedang melangkah keluar dari bangunan pejabat sepuluh tingkat itu menyapa matanya. Dia kembali menyimpan I-Phone di poket seluar.

Syaf melangkah lemah menuju ke arah jalan tanpa sedar yang kelibatnya itu diperhatikan sseorang. Apabila tubuhnya sudah hampir-hampir tiba berdekatan dengan kereta Firash, barulah dia mengangkat wajahnya. Kelihatan lelaki itu sedang memandangnya dengan riak pelik.

“Kau apasal?” Soal Firash apabila Syaf sudah betul-betul berada di hadapannya. Gadis itu kelihatan seperti tidak bermaya saja. Syaf tersenyum tawar. Betul-betul tidak menyangka yang lelaki itu sanggup menunggunya pulang. Dia yang agak sibuk dengan kerja-kerja akhir di pejabat tadi langsung tidak teringat akan bagaimana untuk pulang ke pejabat. Semua itu seolah-olah terus hilang dari ingatannya sejak dia mendapat berita akan penukaran tempat kerja tadi.

“Aku tak ada apa-apa lah. Okay aje.” Balas Syaf dengan tiada mood untuk berbual. Firash mengeluh perlahan. Muka dah macam cekodok basi boleh lagi cakap tak ada apa-apa?

“Aku tengok macam tak okay aje. Apa-apa hal boleh aje nak cerita kan kat aku. Aku ada je kat sini untuk dengar.” Balas Firash dengan niat cuba untuk menolong. Syaf memandang wajah lelaki itu dengan riak tidak percaya. Betul ke dia sanggup dengar semua masalah aku?

“Tak apa lah. Tak penting kut. Dahlah aku nak balik je.” Laju saja Syaf memotong. Entah kenapa dia seperti tidak mahu menceritakan hal penukaran tempat kerja itu pada Firash. Tapi kalau Firash tak benarkan dia pergi nanti macam mana pulak? Mungkin lelaki itu bimbangkan akan mamanya yang bakal keseorang di rumah nanti. Syaf pening dengan persoalan-persoalan yang berlegar di mindanya. Serabut rasanya dengan semua itu.

Firash memandang Syaf seketika sebelum membolos masuk ke perut kereta. Gadis itu hanya mengekori perbuatannya tanpa berkata apa-apa. Sejujurnya Firash seperti agak terkilan dengan apa yang diperkatakan oleh Syaf. Aku ni tak boleh jadi tempat dia kongsi masalah ke? Atau dia lebih selesa meluahkan masalahnya kepada orang lain?

Kereta mula bergerak menuju ke jalan besar. Syaf hanya diam dan sesekali mengurut dahinya dengan jari. Terasa agak pening dengan semua yang berlaku hari ni. Teringatkan sesuatu, dia kembali memandang Firash di sebelah. Lelaki itu hanya tenang memandu.

“Erm, boleh tak kalau kau hantar aku balik rumah aku kejap?” Pinta Syaf perlahan. Firash berpaling dengan menaikkan sedikit kening. Nak buat apa pulak pergi rumah dia masa-masa macam ni? Kereta dia pun ada lagi kat rumah mama selepas hantar pergi bengkel untuk servis tadi.

“Nak buat apa pergi sana? Kereta kau baru aje lepas servis tadi.”
Balas Firash dengan nada ingin tahu. Syaf menarik nafas panjang.

“Aku ada benda nak ambik kejap. Boleh ye hantar aku pergi sana.” Sambung Syaf lagi. Dengan lambat-lambat Firash mengangguk. Sebenarnya dia masih tak puas hati lagi dengan jawapan dari gadis itu. Seolah-olah ada menyimpan satu rahsia saja dengannya.

SYAF MENOLAK masuk pintu rumah selepas kunci grill dibuka. Keadaan rumah itu masih bergelap kerana Fara masih lagi bercuti. Tadi dia dah menelefon Fara untuk memberitahu akan hal penukaran tempat kerjanya itu. Dan ternyata kawan baiknya itu terperanjat sakan. Namun apa boleh buat, terpaksalah dia menurut kehendak syarikat.

Firash hanya berada di luar rumah. Entah kenapa dia seperti tidak mahu memasuki rumah sewa gadis itu. Mungkin juga bimbang akan kehadirannya di situ menyebabkan Syaf dengan rakan serumahnya dipandang serong kerana membawa lelaki masuk ke rumah bujang. Apatah lagi rumah itu disewa oleh anak gadis yang masih belum berkahwin.

Syaf melangkah masuk ke dalam biliknya lalu menarik beg beroda yang berada di bawah katil. Semua pakaiannya yang disangkut kemas di dalam almari pakaian itu diangkut keluar dan dimasukkan ke dalam beg. Nasiblah pakaiannya itu tidak terlalu banyak kerana separuh darinya sudah berada di rumah Firash. Buku-buku serta fail-fail yang berada di atas meja belajar dimasukkan ke dalam kotak sederhana besar.

Hampir setengah jam juga dia berkemas apa yang patut sebelum kembali keluar dari biliknya itu. Beg beroda bersaiz besar ditarik keluar sehingga ke pintu utama. Manakala sebuah kota sederhana besar diangkatnya selepas itu.

Firash yang sedang menunggu di luar itu agak terkejut apabila melihat Syaf sedang bersusah-payah menarik beg beroda itu ke luar. Cepat saja dia datang untuk menolong walau hatinya masih lagi ingin tahu apa yang menyebabkan gadis itu berbuat begitu.

“Kau nak pergi mana dengan beg besar ni? Nak pindah ke?” Soalnya lalu mencapai pemegang beg beroda itu. Syaf merenung Firash seketika sebelum mengeluh perlahan. Kotak sederhana besar itu diangkat keluar dan diletak ke lantai. Pintu rumah ditutup dan pintu grill dimangga yang bersaiz sebesar penumbuk.

“Aku nak balik rumah.” Balas Syaf perlahan namun masih didengari oleh lelaki itu. Firash berkerut dahi memikirkan semua itu. Nak balik rumah? Maksudnya nak tinggal dengan mama lah? Fikirnya lagi sebelum mengheret beg beroda itu ke bonet kereta. Manakala Syaf pula mengekori lelaki itu dengan kotak di tangan.

“Hmm..” Firash hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa. Lagi pula wajah sedikit keruh milik gadis itu membuatkan dia tak sampai hati untuk memaksa. Pintu kereta dibuka dan sebentar kemudian, kereta meluncur laju ke jalan raya.

“LAMBAT BALIK?” Tegur Datin Farizah pada Syaf yang baru saja keluar dari kereta Mitsubishi Evo hitam milik anaknya itu.

“Syaf balik rumah kejap ambik barang.” Balas Syaf tersenyum tawar sebelum menunggu Firash membuka pintu bonet belakang. Dahi Datin Farizah sedikit berkerut. Ambil barang apa lagi? Namun apabila melihat Firash dan Syaf masing-masing membawa satu kotak yang sederhana besar serta beg beroda, barulah dia faham. Namun hatinya masih tertanya-tanya dengan tindakan gadis itu.

“Banyak sangat barang ni, macam nak berpindah rumah aje.” Sambung Datin Farizah setelah mengekori langkah Firash serta Syaf yang baru saja masuk ke rumah. Firash meletakkan kotak sederhana besar itu ke lantai sebelum duduk di sofa untuk menghilangkan penat. Syaf pula menarik beg beroda itu ke sisi sofa.

“Entah lah ma, tadi ada yang cakap macam nak pindah.” Tiba-tiba Firash bersuara. Laju saja mata Datin Farizah menghala ke arah Syaf yang baru duduk di sofa. Gadis itu hanya tersenyum tawar sebelum mengangguk.
Dia mengerling seketika ke arah jam di dinding. Ada masa lima belas minit lagi sebelum masuk waktu Maghrib. Mungkin ini masa yang sesuai kut untuk memberitahu hal sebenar.

“Sebenarnya Syaf memang kena pindah pun. Tapi bukan pindah sini. Kena pindah untuk tukar tempat kerja.” Dengan perlahan Syaf memulakan bicara. Bimbang juga hal ini membuatkan mereka berdua terkejut. Datin Farizah tepat memandang ke arah gadis itu seakan tidak percaya. Firash pula yang sedang bersandar di sofa kembali menegakkan tubuhnya.

“Maksudnya kau kena transfer?” Soal Firash tiba-tiba dengan wajah yang serius. Tajam matanya memandang Syaf yang berada di sebelah mamanya itu. Entah kenapa perkhabaran itu seakan merenggut jantungnya. Sudahlah gadis itu langsung tidak memberitahu hal sebenar masa dia bertanya tadi.

“Kena transfer ke mana?” Soal Datin Farizah lembut. Tidak sanggup untuk bertanya apabila dilihat wajah gadis itu seolah-olah keruh saja. Mungkin terlalu bimbang dengan hal penukaran itu agaknya.

“Terengganu.” Perlahan Syaf menjawab. Datin Farizah mengeluh perlahan. Jauhnya! Sementara Firash sudah hampir-hampir ternganga. Biar betul ni? Maknanya dia akan jauh dari aku la? Tiba-tiba terselit rasa tidak puas hati.

“Jauhnya. Habis tu bila kena transfer ni?” Sambung Datin Farizah lagi. Syaf mengeluh kecil sambil memandang Datin Farizah di sebelah. Wajah tua itu seakan menampakkan riak sedih. Dia pun sedih juga sebenarnya untuk meninggalkan mamanya itu di sini.

“Lusa ma.” Jawab Syaf pendek. Datin Farizah tersentak. Firash pula mempamerkan riak tidak puas hati dengan gadis itu. Dia bingkas bangun dan seraya melangkah ke tangga. Meninggalkan Syaf dengan mamanya sahaja di situ.

“Hmm, cepatnya.” Keluh Datin Farizah perlahan. Dia memandang Syaf yang masih memandang kelibat Firash yang sudah mendaki tangga. Tentu anaknya itu masih dalam tempoh terkejut. Kalau tidak, masakan laju saja naik ke atas.

“Syaf pun rasa macam tu tapi dah orang atasan yang suruh jadi Syaf kena pergi jugak lah.” Sambung Syaf lagi. Datin Farizah menyentuh lembut tangan gadis itu.

“Mama pun terkejut jugak tapi bila difikirkan balik semua ini memang luar dari jangkaan kita. Hmm, nampaknya Firash masih tak dapat terima tu. Nanti Syaf pergi cakap baik-baik eh dengan dia.” Datin Farizah cuba memberi nasihat.

“Yelah ma. Syaf naik dulu lah. Lagipun dah nak masuk Maghrib ni.” Pamit Syaf sebelum melangkah meninggalkan Datin Farizah di situ. Dia melangkah lemah menuju ke tangga.

FIRASH SEDANG termenung di atas katil. Otaknya masih ligat berfkir tentang hal tadi. Entah kenapa hatinya seakan menjauh apabila mendengar bait-bait kata yang dikeluarkan dari gadis itu. Yelah, dia dah penat bertanya namun Syaf langsung tidak menjawab. Aku ni tak penting ke pada dia? Dia tak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu dengan status kau sebagai suami dia?

Syaf berhenti seketika di hadapan pintu bilik Firash. Mengambil nafas sebanyak yang boleh untuk berhadapan dengan lelaki itu. Bukannya dia tidak perasan akan reaksi lelaki itu tadi. Salahnya juga keran tidak memberitahu hal yang sebenarnya tadi walaupun dia memang mempunyai masa untuk memberitahu lelaki itu tadi.

Pintu bilik diketap perlahan bersama dengan genggaman rapat di jari sendiri. Dia menarik tombol pintu bilik lelaki itu perlahan sebelum menjengukkan kepala ke dalam. Kelihatan lelaki itu sedang duduk bersila di atas katil dan sedang memandangnya tidak berkelip. Sesaat dia menelan liur.

“Firash, kau masih marah lagi ke pasal hal transfer tu tadi?” Syaf memberanikan diri untuk bertanya soalan itu walaupun dia tahu yang lelaki itu seperti marah saja dengannya. Ah! Susahnya nak hadapi semua ni!

Namun lelaki itu hanya mendiamkan diri. Syaf sudah serba-salah. Kalau boleh dia mahu menyelesaikannya malam ini kerana esok dia sudah kena bersiap-siap untuk pergi. Tambahan pula lelaki itu seperti dingin dengannya sejak pulang dari kampung.

“Kereta kau aku dah hantar servis.” Tiba-tiba Firash bersuara. Langsung lari dari topik yang sedang dibincangkan. Syaf berpaling laju melihat lelaki itu. Seakan tidak percaya dengan apa yang terluah dari mulut Firash. Dia mengeluh perlahan. Tanpa sedar dia melabuhkan duduk di samping Firash di birai katil.

“Thanks pasal servis tu. Nanti aku ganti balik duit kau. Aku nak tanya ni, kau marah aku lagi ke pasal hal transfer tu? Aku sebenarnya bukan tak nak beritahu tapi aku takut kau tak bagi aku pergi aje.” Luah Syaf sambil memandang wajah Firash yang langsung tidak berpaling ke arahnya. Lelaki itu lebih suka memandang ke arah pintu gelungsur yang ditutupi dengan langsir.

“Kalau aku tak bagi kau pergi macam mana?” Firash bersuara tiba-tiba. Memandang tepat ke arah Syaf yang berada di sebelahnya. Ada rasa sedih bermukim di hatinya saat itu. Sudah pasti selepas ini, susah untuk dia berjumpa. Sudahlah selama ni masing-masing sibuk dengan tanggungjawab sendiri.

“Ha?” Syaf seakan tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut lelaki itu. Walau pada mulanya dia sudah menjangka keadaan itu sebenarnya. Tapi takkanlah Firash tak sanggup bagi aku pergi sana? Habis tu aku nak buat macam mana ni? Kusut fikiran Syaf memikirkan semua itu.

“Err…Betul ke kau tak bagi aku pergi sana?” Soal Syaf tidak berpuas hati. Sudahlah tadi dia dah bersetuju dengan encik Izam. Lepas tu dia dengan Tiqah dah siap-siap cari rumah untuk disewa lagi.

“Aku rasa kau dah dengar apa yang aku cakap tadi kan? Dahlah, aku nak tidur.” Balas Firash dengan nada mendatar. Syaf mengeluh lemah.
Nampaknya lelaki itu betul-betul tidak mengizinkan dia pergi ke sana.

“Firash, boleh tak kau consider sikit? Aku dah persetujuan pun nak pergi sana. Surat mereka pun aku dah balas. Rumah sewa pun aku dah cari. Susahlah macam ni.” Tiba-tiba Syaf merungut. Betapa malunya dia nanti jika semua dibatalkan walaupun sudah menyatakan persetujuan. Rasa macam dah tak sanggup nak datang kerja seminggu!

“Oh masa ni baru kau nak suruh aku consider? Habis tu masa kau buat keputusan nak pergi sana tu kau tak fikir pasal aku pulak?” Mencerlung mata Firash memandang Syaf yang agak terkejut dengan reaksinya itu. Biarlah! Aku pun ada hak untuk hal ni!

Syaf menelan liur apabila mendengar suara Firash yang sudah berubah nada itu. Entah kenapa dia rasa bersalah dengan perbuatannya itu. Nampaknya lelaki itu tidak mengambil mudah akan perkara ini walau pada mulanya dia tidak menyangka yang Firash tidak akan berkata begitu.

“Erm, sorrylah Firash. Aku pun terkejut tadi. Sebab tu aku terus setuju. Tapi kalau kau betul-betul tak bagi aku pergi sana, tak apalah. Aku akan beritahu bos aku esok. By the way, good nite. Aku keluar dulu.” Syaf berkata perlahan. Dia berdiri lalu melangkah keluar dari bilik lelaki itu dengan perasaan sedih bercampur dengan kecewa. Sedih kerana ditengking begitu tadi. Dan kecewa dengan perbuatannya sendiri yang membelakangkan suami sendiri.

SYAF MENGELUARKAN beberapa keping not biru dari dompetnya. Bayaran untuk servi kereta yang akan diganti pada Firash nanti. Hari ini dia tidak bekerja kerana semalam encik Izam sudah memberikannya cuti untuk bersiap sedia untuk penukaran tempat kerja itu. Namun bila teringatkan hal semalam, hatinya diusik perasaan sedih. Tak apalah, esok aku bagitahu baik-baik kat encik Izam tu. Harap-harap dia fahamlah! Bisik hatinya seraya keluar dari bilik.

Syaf sedikit terkejut dengan kehadiran Firash yang tiba-tiba muncul di depannya. Mereka berbalas pandangan seketika sebelum lelaki itu bergerak ke tangga. Wajah lelaki itu nampak biasa saja dan tidak tegang seperti semalam.

Setelah beberapa saat berfikir, Syaf berjalan laju menuju ke tangga.
“Err Firash. Tunggu kejap.” Panggil Syaf apabila lelaki itu sudah melangkah turun ke satu anak tangga. Firash memberhentikan langkah. Kepalanya dipalingkan ke belakang.

“Berapa kos servis kereta semalam?” Soal Syaf sambil cuba mengeluarkan beberapa kepingan not biru dari poket seluarnya. Firash berkerut dahi seketika.

“Seratus lima puluh.”

Syaf cepat-cepat menghulurkan tiga keping not biru itu sebelum menghulurkan pada lelaki itu. Namun huluran itu tidak bersambut. Syaf dah mula rasa pelik.

“Aku dah halalkan.” Balas Firash pendek. Syaf sedikit terkejut.
“Tapi nanti kau tak cukup duit macam mana?” Soal Syaf kembali. Manalah tahu kalau-kalau lelaki itu tidak cukup duit. Tambahan pula tentulah banyak duit yang diperlukan untuk menampung kos belajar.

“Takpe. Aku dah ada duit. Hmm, pasal transfer tu aku benarkan kau pergi sana.” Sambung Firash lagi. Syaf seolah-olah pegun di situ. Kenapa tiba-tiba lelaki itu boleh berubah sikap sekelip mata? Semalam bukan main lagi duk menengking aku.

“Tapi…Eh…” Syaf tidak tahu untuk membalas kata-kata dari Firash itu. Lagipun semalam dia dah mula merancang bagaimana untuk berhadapan dengan bosnya itu. Namun apabila Firash berkata begitu tadi, semua yang dirancangkan semalam seakan mula hilang.

“Aku faham. Lagipun kalau kau ada kat sini ada aje yang datang menggatal.” Balas Firash pula. Syaf mula berkerut-kerut dahi. Apa maksud Firash tu? Siapa pulak yang datang menggatal?

“Apa maksud kau?” Soal Syaf laju. Firash tersenyum nipis. Takkan buat-buat tak tahu pulak kut? Tak apa lah, biar aku aje yang faham semua tu!

“Kau tak payah tahu lah, tak penting pun. Tapi kau kena janji satu perkara dengan aku.” Mata Firash tepat memandang mata Syaf sehingga mengundang debaran di hati. Syaf mula menelan liur. Nak suruh janji apa pulak ni?

“Janji apa?”

“Aku tak nak kau menggatal dengan lelaki lain pulak kat sana nanti.” Pinta Firash. Syaf sedikit tercengang dengan permintaan Firash itu namun bibirnya mula mengukir senyum kecil. Ingatkan apa lah tadi. Bikin cuak aje!

“Oh pasal tu ke? Taklah. Aku setia pada yang satu aje.” Balas Syaf tersenyum senang. Tanpa menyedari yang kata-katanya itu mengundang persoalan serta kejutan pada Firash. Lelaki itu memandangnya dengan penuh tanda tanya.

Menyedari dirinya sudah terlanjur kata, cepat-cepat tangannya menutup mulutnya dengan tangan. Adeh..Macam mana boleh terlepas cakap ni? Firash sudah mula mengukir senyum. Entah kenapa kata-kata dari gadis itu membuatkan hatinya sedikit berbunga walaupun dia tidak pasti lagi dengan kenyataan gadis itu.

“Kau cakap apa tadi?”

“Ha? Err…Tak ada apa-apa lah. Okay lah, aku nak pergi kemas barang dulu.” Cepat-cepat Syaf cuba menukar topik atau dengan kata lain melarikan diri. Walhal pipinya mula terasa berbahang dengan pengakuan separuh mati tadi. Memang giler lah kalau diigatkan kembali.

“Hey, nak ke mana?” Laung Firash sedikit kuat namun Syaf sudah berlari-lari anak menuju ke biliknya. Waa, malunya! Dia cepat-cepat menutup pintu dan tersandar di situ. Jantung pula masih berdetap laju.

SYAF MENGANGKUT barang-barangnya yang terakhir sebelum menutup bonet belakang kereta. Tidak banyak barang yang dibawanya kerana yang selebihnya itu boleh diambil lagi pada masa cuti akan datang. Dia melangkah menuju ke arah Datin Farizah yang berdiri di sisi keretanya. Mata tua itu seakan berkaca memandangnya.

“Ma, jaga diri baik-baik eh? Syaf dah nak gerak ni.” Tangan Datin Farizah diambil dan dikucup lembut. Datin Farizah yang tidak dapat menahan sebak lantas meraih tubuh gadis itu ke dalam pelukannya. Air matanya yang tertahan-tahan sejak dari tadi akhirnya mengalir juga.
Syaf merungkai pelukan mamanya sambil tersenyum kelat. Sayu hatinya apabila Datin Farizah mengalirkan air mata untuknya. Apa lagi yang dia perlukan jika sudah mempunyai seorang ibu mertua yang menyayanginya seperti anak sendiri?

“Yelah. Syaf pun hati-hati nanti kat sana. Kalau ada apa-apa terus call mama eh?” Datin Farizah lagi. Sekali lagi dia memeluk tubuh satu-satunya menantu yang dia ada.

“Yelah ma. Syaf janji.” Mereka berdua berpelukan lagi untuk seketika sebelum pelukan itu terlerai akibat dehaman seseorang. Syaf kembali tegak berdiri. Kelibat Firash yang segak berpakaian kemas berada tidak jauh darinya itu menarik perhatian. Mungkin sudah bersiap untuk balik ke rumah sewa agaknya.

Datin Farizah mengukir senyum kecil pada gadis itu itu sebelum meninggalkan mereka berdua di situ. Sengaja untuk memberi peluang untuk berdua-duaan. Syaf menggigit bibirnya perlahan. Masih teringat lagi akan kejadian pagi tadi yang amat-amat memalukan. Terasa ingin menyorok seharian dalam bilik pun ada.

Walaupun keadaan jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi, keadaan cuaca yang agak dingin kerana semalam hujan menambah lagi rasa sejuk yang sedia ada bila berlama-lama berada di luar.

Kakinya seakan-akan sudah melekat di situ apabila susuk tubuh lelaki itu mula menghampiri. Firash berhenti tepat di hadapan gadis itu. Matanya masih memaku pandang ke arah Syaf tanpa berkelip. Syaf dah mula rasa tak senang duduk. Redup pandangan dari mata hazel lelaki itu agak meresahkannya.

“Dah nak gerak?” Soal Firash pada Syaf yang sudah gelisah. Dia perasan akan semua tu tapi dia sengaja berbuat selamba. Senyuman nipis terukir di hujung bibir.

“Ha…Dah nak gerak ni.” Balas Syaf sedikit gugup. Melihat senyuman nipis yang terukir di bibir lelaki itu membuatkan wajahnya berbahang. Adeh…Masa ni lah jantung nak sibuk nak pecut! Aku dah tak tahu dah nak letak muka kat mana!

“Erm, rasanya aku jalan dulu lah. Takut lewat pulak sampai.” Sambung Syaf lagi. Dah tak sanggup nak berhadapan dengan lelaki itu lama-lama. Rasa malu, segan, berdebar semua bercampur-baur menjadi satu.

“Nak gerak macam tu aje?” Soal Firash laju bersama dengan kerutan di dahi. Takkanlah nak pergi macam tu aje kut?

“Err…Gerak macam tu aje lah.” Balas Syaf agak blur. Langsung tak faham akan apa yang diperkatakan lelaki itu. Firash mengeluh lemah. Tak faham ke dengan apa yang aku cakap tu?

“Okay…Take care and drive safely.” Ucap Firash sambil tersenyum kecil sebelum laju saja menarik tubuh Syaf yang agak tak bersedia itu. Syaf yang agak terkejut dengan tindakan Firash itu jatuh tersembam ke dada lelaki itu. Tanpa sempat berbuat apa-apa terasa tubuhnya dipeluk erat. Syaf kaku dalam pelukan Firash dengan jantung yang masih berdegup kencang.

Firash tersenyum lebar apabila hajatnya untuk memeluk gadis itu tercapai. Tanpa sedar dia mengusap lembut kepala Syaf yang dibaluti tudung itu. Beberapa ketika kemudian dia merungkaikan pelukan. Syaf yang masih terperanjat dengan semua itu tidak tahu untuk bereaksi apa-apa apabila lelaki itu memandangnya.

“I think you should go now.” Ucap Firash perlahan. Matanya masih menatap wajah gadis itu dalam-dalam. Cuba untuk mengingati segenap inci wajah gadis itu sebelum berpisah nanti.

“Err..Aku nak pergi lah ni.” Syaf membalas. Rasanya dah dua kali dia mengulangi ayat yang sama pada lelaki itu namun masih lagi tak bergerak-gerak dari tadi.

“Okay.” Balas Firash sepatah. Tangannya laju mencapai tangan gadis itu dan ditariknya perlahan menuju ke kereta. Syaf hanya akur walaupun timbul bermacam rasa di dalam hatinya. Firash membuka pintu kereta Myvi Syaf lalu menolak lembut tubuh Syaf ke dalam. Saat pintu kereta itu ditutup, Syaf dah mula terasa sebak. Entah kenapa semua perlakuan Firash itu pagi ni membuatkan dia rasa terharu. Seperti tidak mahu semua saat itu berlalu pergi. Matanya mula terasa berkaca namun dia cuba untuk menabahkan diri.

Seketika kemudian, enjin dihidupkan. Syaf sempat memandang lelaki itu sekilas sebelum mengundurkan keretanya. Dan beberapa saat kemudian, keretanya mula keluar dari perkarangan rumah banglo itu.

p/s : thanks for reading…last bab kat sini..hope enjoy n wish me luck…thanks again :D DD

——————————————————————
Bab terakhir disiarkan. tunggu kemunculan novel di pasaran….




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

281 ulasan untuk “Novel : Sebenarnya, Saya isteri dia! 21”
  1. siti fadilla abd kadir says:

    best gila novel ni.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"