Novel : Si Adik Manja dengan Menantu Pilihan Abah 11, 12

17 January 2012  
Kategori: Novel

3,882 bacaan 3 ulasan

Oleh : shima/hawahashima

Bab 11

“kenapa dengan adik tu mi?” soal Kak Long setelah Cuma tinggal mereka berempat sahaja di dapur. Nur telah membawa dua orang anak saudaranya itu jalan-jalan di tepi pantai setelah Siti Nur Umairah mendesaknya untuk pergi bermain pasir di sana. Siap bawa baju untuk mandi lagi. padahal rumah mak tok dan tok abah dekat je.

“tanyalah abah kamu ni, umi tak boleh nak masuk campur” jawab umi dan memandang abah.

“kenapa bah? Adik macam melancarkan perang senyap dengan abah je. Kalau tak biasanya Nampak je abah terus di terkamnya. Ada-ada je soalan yang diajukan. Selalunya Nur ikut abah ke kebun kalau dia ada kat rumah. Tapi kali ini kenapa pulak. Macam ada yang tak kena je” desak kak long.

“ada orang merisik adik” beritahu umi setelah melihat abah macam tak mahu menjawab soalan anak sulungnya itu.

“cepat jodoh adik sampai. Siapa mi?” soalan Abang Long pula.

“anak pak cik hasyim kamulah”

“haaaa….untuk siapa? Takkanlah untuk si Hisyam pula?” soal Kak Long memandang abah.
Abah mengangguk. Lagi-lagi kak long terkejut. Selama ini, dia tahu sangat adik memang anti dengan anak pak cik hasyim yang bernama hisyam itu. jika ternampak bayang-bayang lelaki itu dari jauh, terus sahaja dia mengelak dari bertembung. Betapa bencinya adik dengan lelaki itu, sebut nama pun dia tak ingin. Apatah lagi untuk bercakap dan berkahwin dengan lelaki itu.

“habis itu abah terimalah?” soal kak long lagi. suaminya hanya mendengar tanpa menyampuk. Dia juga kenal lelaki yang dimaksudkan oleh isterinya itu. Nampak baik dan warak orang. Dengar kata kelulusan al-Azhar, Mesir. Elok sangatlah. Tapi kenapav pulak isterinya itu terkejut. Di matanya tidak ada apa yang kurang pun hisyam itu.

“abah dah lama berkenan kat hisyam tu. Eloklah dia sukakan adik. Adik pun dah memang dah patut kahwin. Senang hati abah kalau dah ada orang tengok-tengokkan dia. Lagi pun abah dan umi ni dah tua..bila-bila masa akan pergi” ujar abah.

“ke situ pulak abah ni, orang doakan abah dan umi panjang umur, ni abah sokmo cakap macam tu” muncung mulut Kak Long. Abah memang selalu cakap macam tu, memang tak dapat dinafikan hidup mati ini bukan kita yang tentukan. Mengingati kematian memang disuruh di dalam islam tetapi tak perlulah asyik sebut-sebutkan. Buat orang tak senang hati je.

“yerlaaa kita tak tahu hidup kita ni macam mana esok lusa. Abah tak cakaplaa abah akan pergi esok ker atau bila. Tetapi sekadar mengingatilah. Dah sampai masa abah akan pergi jugak”

“yerlaa itu kak long tahu, tapi kita ni memang tak tahu ajal maut ker, haa mana tau kot –kot anak abah yang pergi dulu. Kita tak tahu kan panjang mana umur kita. Mengingati kematian itu bagus tetapi kalau selalu sangat sebut tak ada bagusnya jugak”

“agak-agak sebab abah dok sebut pasal mati kot adik setuju dengan pinangan tu. Adik tu Nampak je manja, Nampak je brutal, hati dia mudah tersentuh tau bah. Lebih-lebih lagi kalau abah cakap macam ni” kak long mengeluarkan pendapatnya.

“issyyyyy..yang kamu ni berburuk sangka kat abah sendiri kenapa?” celah umi. Tidak setuju dengan kata-kata anak sulungnya itu.

“yerlaaa..kalau bukan abah paksa tentu sekali adik takkan terima pinangan itu. bukan tak tahu adik tu, pak we pun tak de, apatah lagi bertunang dengan orang yang dia paling benci tu”

“eh… adik tahu tak siapa tunang dia tuh?” kak long memandang kedua orang tuanya itu. dilihat umi menggelengkan kepalanya.

“tak umi..abah..habis tu macam mana sekarang ni? Dia tak Tanya ke siapa bakal tunang dia tuh?”celah abang Long.

“tak…lepas dia cakap setuju, umi rasa setuju dalam paksalah terus dia menangis. Jadi umi tak sampai hati nak beritahu siapa dia. Dia pun tak Tanya-tanya lagi lepas tuh. Dengan abah lagi laa, sepatah-sepatah bercakap. Itu pun kalau penting je”

“dia memberontak dalam diam laa tuh. Abah tak boleh ke kalau tolak dulu pinangan itu. biar adik habis belajar dulu. Dah kerja barulah kahwinkan dia” usul kak long.

“bukan ker kamu dulu pun kahwin masa belajar juga. ada apa-apa masalah ker masa kamu dulu?” soal abah tegas. Terkulat-kulat kak long mendengarnya. Abang long apatah lagi terdiamlah dia.

“tak adalaa.. Cuma kasihan kat adik tu. Kami dulu kes lain. kami memang sama-sama kenal dan berkawan rapat” perlahan sahaja kak long menjawabnya.

“habis tu adik tak kenal ke hisyam tuh? Bukankah lebih dari kenal lagi. sejak kecil lagi mereka berkawan. Sejak tak pandai rasa malu lagi. jadi abah rasa tak ada apa-apa masalah” balas Abah

“tapi bah, abah patut bagi adik kebebasan untuk dia memilih teman hidupnya sendiri. Bukan menerima sahaja pilihan abah. Pulak tu orang yang dia paling tak suka” kak long tetap juga tidak berpuas hati.

“pilihan abah tak eloklah bagi kamu. Apa tak hensem lagi ke si hisyam tu? Tak cukup tinggi ke dengan kelulusan master dalam bidang syariah tu? Tinggi ilmu agamanya. Hal dunia pun dia tahu, hal akhirat pun dia tahu. Segala ilmu dia ada” terang abah lagi.

“itu orang tahu. Tapi berilah adik pilihan. Ini tentang masa depan dia” tegas kak long lagi.

“abah pun buat semua ni untuk masa depan dia jugak. Kamu dan kak chik ada pilihan sendiri abah ikut ju, apa salahnya yang adik ni kamu sokong abah. Dah lama abah berkenan dengan si hisyam tu. Masa budak-budak lagi. memanglaa masa kecik-kecik dulu dia nakal, tapi abah tengok dia suka usik adik je. Budak-budak lain tak de pulak dia giat mengusik. Dari situ abah tahu dia memang sukakan adik. Kamu jangan risau, bila mereka kahwin nanti tahulah bagaimana hisyam tuh nak amik hati adik buat dia sayang kat laki dia tu” terang abah panjang lebar.

“sudahlaaa..keputusan abah muktamad. Kamu tak payah nak cakap apa-apa lagi” tegas abah seraya bangun setelah mendengar azan yang berkumandang tanda masuknya waktu asar.

“sudahlaa tu yang. Betul jugak apa yang abah buat tu. Awak pun tahu adik macam manakan. Abah macam mana. Abah buat semua ini untuk kebaikan dia juga. lama-lama dia terima laa tuh. Jangan awak risaulah” pujuk abang long.

“tapi kasihan kat adik. Hari tu nangis-nangis minta tolong pujuk abah supaya tolak pinangan itu” keluh kak long.

“lama-lama okeylaa tuh. Biarlaa abah tunaikan hajat dia kali ini. Umi pujuk pun tak jalan, ini kamu nak pujuk. Bukannya kamu tak tahu perangai abah tu macam mana” sela umi pula.

“dah laa tu…asar dah masuk dah. Pergi solat dulu. Adik dengan anak-anak kamu ke mana. Senyap je” Tanya umi.

“entahlaa..pergi main tepi pantai kot. Dari dalam kereta lagi kakak dan adik dok bising-bising cakap nak ajak cik su mereka bina istana pasir” beritahu kak long.

“dah laa..tap payah fikir lagi. Dah sampai jodoh dia. Apa yang abah buat tu adalah terbaik untuk adik. Orang dekat pula tu. Senang kalau ada apa-apa nanti.” Putus abang Long.
Dia juga sebenarnya kurang setuju adik dijodohkan awal. Mereka dulu pun walaupun berkahwin ketika belajar tetapi telah di tahun akhir pengajian mereka. Tetapi adik pula, belum pun habis matrikulasi telah pun abah berkisah pasal jodohnya. Berat tanggungjawab yang perlu dipikul apabila telah berkahwin nanti.

“ada dah fikirkan buruk dan baik laa tu. Tak usah bimbang lagi. Tahulaa suami dia nanti nak tackle adik macam mana” katanya lagi.

“betul tu..umi setuju. Lagipun si hisyam tu membesar di depan mata umi dan abah juga. Buruk dan baik dia semua kami tahu. Umi yakin dia dapat mendidik adik sebaik-baiknya. Menjadi seorang isteri yang solehah. Lenturkan sifat manja adik tuh.” Sokong umi.

“dah..dah tak payah fikirkan sangat. Pergi sembahyang dulu.” gesa Umi. Dia juga telah pun melangkah memasuki bilik air setelah abah keluar dari situ.

Bab 12

“Cik Su ..meh laa sini tolong kakak pulak, asyik tolong adik je” panggil Siti Nur Umairah dengan mulutnya telah muncung panjang. Tak puas hati dengan Cik Su yang asyik dok buat istana pasir untuk adiknya sahaja.

“alaaa kakak dah besar, dah pandai buat sendiri. Adik kecik lagi. Cik Su kena tolong adiklah. Bukan kakak” balas si kecil Siti Nur Batrisya pula.

“mana boleh” lantang kakak bersuara dan terus menghampiri cik su mereka yang sedang membuat pagar untuk istana pasir adiknya. Di tarik tangan cik su dengan sekuat hatinya sehingga Nur terduduk di atas pasir kerana tidak bersedia dengan tarikan si kakak itu.

“hey..apa ni, kakak!!”

“meh laa cik su buat yang kakak pulak”

“tak boleh…cik su kena siapkan yang adik dulu” Siti Nur Batrisya menarik tangan Nur yang lagi satu.

“woit..nanti..nanti..jangan laa tarik tangan cik su. Nanti putus… ”

“kalau putus siapa nak tolong buat istana untuk adik dan kakak pula” perolok Nur sambil mengaduh kesakitan.

“ooopppsss…sorry…sorry cik su..tak sengaja” serentak mereka melepaskan kedua tangan cik Su mereka.
Nur tersengih-sengih. Tahu pun takut kalau apa-apa terjadi kat cik su mereka ini. Sayang juga yerr..

“kita buat satu sudahlaa istana pasir nih. Kakak tak payah buat yang lain, meh kita buat sama-sama yang ni. Dah nak siap dah ni” ajak Nur.

“tak nak. Itu yang adik punyer. Kakak pun nak buat yang kakak punyer jugak. Mana boleh buat satu je” bentak Siti Nur Umairah. Mukanya sudah pun masam kelat.

“kalau macam tu, tunggu dulu.. Cik Su siapkan yang adik dulu”

“ok…tapi nanti Cik Su buatkan istana kakak lebih besar dari adik tau. Sebab kakak lebih besar dari adik. Jadi yang kakak punyer kena besarlah” kata Siti Nur Umairah.

“Iye…nanti Cik Su buatkan yerr” pujuk Nur. Cepat saja Siti Nur Umairah menganggukkan kepalanya. Nur tersenyum. Berjaya juga dia memujuk. Jadi tak adalah dia menjadi mangsa rebutan dua beradik nih. Itu nasib baiklah mereka tak bergaduh. Kalau bergaduh, suara jeritan mereka berdua boleh dengar sampai ke rumah abah barangkalinya. Haaaa jangan main, Nampak je cerdik dan pandai tapi kalau time mereka buat perangai, boleh sakit jiwa jadinya.

Tanpa Nur sedari, gelagat mereka bertiga diperhatikan oleh seseorang. Untuk mendekati dia tidak berani. Dia tahu Nur ada perasaan benci padanya. Hmmmmm…dalam diam dia mengeluh. Bagaimanakah caranya untuk membuatkan gadis itu menerimanya. Paling tidak pun sebagai rakan sekampung. Bolehlaa berbual-bual kosong ke. Ini tidak, melihat kalibatnya dari jauh pun, gadis itu terus menjauhkan diri. Apatah lagi berdepan dan bertentang mata dengannya, sedikitpun dia tiada peluang langsung.

Ditebarkan pula pandangannya di sekitar kawasan pantai itu, di gelanggang bola sepak telah terdapat beberapa orang sedang bermain-main bola. Mungkin saja memanaskan badan dahulu sementara menanti rakan-rakan yang lain. Semakin ramai orang memenuhi pinggiran pantai itu biarpun ia bukanlah sebuah tempat peranginan yang dimajukan oleh majlis daerah. Ia Cuma sebuah tempat yang dijadikan tempat berkumpulnya anak-anak muda di waktu petang untuk bermain bola dan juga berbual-bual sesame mereka. Jadi tidaklah mereka menghabiskan masa yang terluang begitu sahaja.

Dikalihkan kembali pandangan kepada tiga orang yang sedang membuat istana pasir itu. Hatinya terlalu ingin untuk menyertai mereka bertiga. Tetapi dia masih lagi was-was. Bukan dia tak tahu hati keras gadis itu, selangkah dia menghampiri, sepuluh langkah dia melangkah ke belakang. Tidak ada peluang langsung. Tetapi mujurlah pinangannya diterima. Syukur, itulah yang selalu dia berdoa sejak hatinya mula dikunjungi angin rindu. Dan mujurlah adiknya Nisa memahami tentang betapa parahnya hati abangnya ini. Dari dialah dia mengetahui perkembangan demi perkembangan mengenai gadis itu. Biarpun ketika itu jarak beribu batu memisahkan mereka, tetapi dia sentiasa merasa dekat dengan gadis itu. Jauh tetapi dekat. Dan sekarang keadaan menjadi sebaliknya, dekat tetapi jauh. Ingin digapai hatinya tetapi tangan tak juga sampai, apatah lagi hatinya tak juga disambut.

Menurut kedua ibu bapa Nur, Nur telah menerima pinangan itu, tetapi kenapa kini macam tak ada tanda-tanda pun, gadis itu datang bersoal jawab dengan. Datang menyerangnya. Dia buat tak kisah atau dia tidak tahu dengan siapa dia bertunang? Hisyam terus leka memerhati gadis itu dari jauh sambil bersoal jawab sendiri di dalam hatinya.

Menurut Nisa, Nur macam dah tahu dia bertunang tetapi dia tidak ada pula memberitahu apa-apa kepadanya. Selalunya mereka selalu sahaja berkongsi rahsia. Selalu tidak merahsiakan sesuatu antara satu sama lain. Menurut Nisa lagi, dia juga turut merisik daripada Sita dan Misah tetapi mereka juga seolah-olah tidak mengetahui apa-apa. Biasanya kalau seorang tahu, tentu sekali yang lain akan tahu juga. Tetapi rahsia itu tetap rahsia. Mungkin dia tidak ingin berkongsi dengan sesiapapun. Tetapi menurut Nisa lagi, Nur kelihatan sedih. Senyumannya pun tidak ceria seperti biasa. Mungkinkah dia dipaksa untuk menerima pinangan itu?

Kalau difikirkan kembali, segera fikiran waras Hisyam bersetuju, tentu sahaja Nur dipaksa untuk menerima pinangan itu. Dia baru sahaja berusia 18 tahun, baru belajar untuk berjauhan dengan kedua ibubapanya, tetapi telah dipinang orang. Tentu sahaja gadis itu memberontak dalam diam barangkalinya. Dalam diam, dia meresa bersalah. Bersalah kerana pinangannya telah menghilangkan senyuman manis gadis itu. Tetapi kalau dia tidak berbuat demikian, dia takut Nur semakin jauh darinya. Apatah lagi dunia gadis itu semakin luas dan bebas. Jauh dari pandangan keluarga. Yang paling dia bimbangkan, dia takut kalau-kalau Nur berjumpa dengan seseorang yang membuatkan gadis itu jatuh cinta. Dan tentu sekali peluang takkan ada lagi. Itu yang dia ingin elakkan. Itu yang dia ingin hindarkan. Sebab itulah tanpa membuang masa dia menghantar pinangan tanpa memikirkan tentang penerimaan dan perasaan gadis itu. Yang penting dia mahu gadis itu menjadi miliknya yang sah. Kemudian takkan ada peluang untuk lelaki lain memiliki hati dan dirinya.

Hatinya bersoal lagi, betul ker dengan apa yang dia buat nih? Tiba-tiba bahunya ditepuk orang.

“ralit merenung anak dara orang, jangan main-main ustaz, kena jaga maksiat mata tu” kejut Halim merangkap sepupu Hisyam.

“issssyyy..kau nih terkejut aku. Bagi salam dulu bro..nanti ada sekali orang lain yang tumpang singgah” tegur Hisyam sambil bersalam dengan sepupunya itu.

“assamualaikum.. Ustaz…isyyyyy..isyyy tak baik terhendap-hendap anak dara orang. Kalau ia pun berkenan terus masuk meminang je” usiknya lagi sambil tersengih-sengih.

“Waalaikumussalam…kau dari mana ni?” tanpa menghiraukan usikan itu, Hisyam bertanya kepada Halim.

“dari Kota Bharu, ingat nak singgah rumah kau jap” beritahunya.

“kenapa? Ada apa hal?”

“tak ada apa, takkan datang ke rumah bapa saudara sendiri kena ada hal dulu kot?”

“hahahahaha..tak adalaa macam tu. Kau tu yang lama sangat tak timbul kenapa? Sebab itulah aku Tanya”

“aku sibuk sikit, uruskan bisness aku nih..sekejap turun KL, Johor ..sekejap ada kat sini. Tak dan nak jenguk saudara mara” terang Halim. Dia sebenarnya merupakan usahawan menternak ikan keli dan juga ikan linang kuning atau lebih dikenali sebagai belut. Mula-mulanya dia menternak secara kecil-kecilan tetapi kini kian menampakkan hasilnya apabila dia membuat pula produk yang berasaskan ikan-ikan tersebut. Alhamdulillah usaha yang tidak perna jemu kian membuatkan hasilnya.

“kau lihat siapa tuh? Lawa jugak orangnya” Tanya Halim sambil memuji.

“haaa kau jangan, aku dah cop awal-awal lagi dah. Kau jangan nak mencelah pula” pantang orang memuji terus Hisyam mengingatkan awal-awal. Takut sungguh dia andai bunga yang diminatinya, ada orang lain yang berminat.

Halim tersengih-sengih. Tindakan reflex yang pantas dari Hisyam seolah-olah memberitahunya sesuatu, Hisyam sukakan gadis itu. Lalu dia juga memandang kembali ke arah gadis yang dimaksudkannya.

“siapa namanya?” soal Halim tiba-tiba.

“Nur”

“bukan ke itu anak Pak teh yang bongsu erk” soal Halim lagi apabila dia mengamatinya dia seakan-akan mengenalimnya.

“budak lagi tu” katanya lagi.
Hisyam tersengih lalu berkata ” cinta tak mengenal usia laa.. dia umur 18 aku 25 eloklah. Aku boleh bombing dia jadi muslimah sejati”

“ewah-ewah..belum ada apa-apa lagi..angan-angan tinggi ke langit. Entah orang tu hendak entah tidak” provoke Halim.

“insyaallah.. Jodoh, ajal maut di tangan tuhan. Tetapi kita juga kena sentiasa berdoa agar dipermudahkan setiap urusan di dunia ini” jawab Hisyam tenang. Penuh makna yang tersirat.

“dalam maknanya itu, ada apa-apa yang aku ketinggalan ker?” soal Halim lagi. Sedikit sebanyak hatinya tertanya-tanya.

“eh hari tue aku ada dengar mak aku cakap tak lama lagi ayah kau akan buat kenduri. Kenduri apa pulak, kan baru je buat kenduri kesyukuran? Aku minta maaf sebab tak dapat datang hari tu sebab aku ada kerja sikit kat KL, meeting dengan pengedar ubat aku nih”

“no hallah beb, tapi kalau majlis kahwin aku nanti kau tak ada, siap kau! Ugut Hisyam.

“jadi betullah apa yang mak aku dok cakap-cakap tuh?”

“betullah tu” akui Hisyam.

“tapi dengan siapa? Dengan orang Mesir ke?” soal Halim lagi.
Hisyam tersengih-sengih.

“adalah. Nanti sampai masa kau tahu laa..isyaallah hujung tahun ni, tunggu dia habis belajar dulu” jawab Hisyam berteka teki.

“kau nih, dengan aku pun kau nak berahsia juga ke? Bagitahulaa beb, takut nanti aku terbekenan dengan bakal orang rumah kau tu plak. Manalaa tahu kan, selalunya citarasa kita ni hampir sama.

“hahahhahaa…soal jodoh ni beb bukan boleh tertukar dengan sekelip mata je. Tapi kalau dah ditakdirkan bukan jodoh aku dengan dia, tapi jodoh dia dengan kau nak buat macam mana, terpaksalah aku redha je.” Ujar Hisyam.

“alaaa…kau ni dengan aku pun kau nak berahsia” rajuk Halim. Nampaknya usahanya tidak menjadi. Kalau itu yang dijawab oleh Hisyam sampai bila-bila pun dia takkan tahu siapa orangnys. Nak tak nak kenalah tunggu hari kendurinya.

Hisyam tersenyum-senyum sambil menepuk bahu sepupu merangkap kawan baiknya itu. Mereka sebaya bahkan satu sekolah semasa sekolah rendah dulu. Ketika sekolah menengah mereka terpisah apabila Hisyam dihantar belajar di Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi dan Halim menyambung belajar di sekolah harian biasa di Bachok ini. Walaupun jarak dan kekangan masa memisahkan mereka tetapi keakraban itu tidak terjejas. Apabila ada kesempatan mereka akan bertemu dan saling kunjung mengunjung. Halim merupakan pemegang diploma di dalam bidang sains pertanian di Uitm, Jengka. Selepas dia memperolehi diploma tanpa membuang masa terus dia menceburi bidang perternakan ikan keli dan ikan linang kuning ini. Itulah minatnya sejak dari dulu lagi.

“ke orang di hujung sana?” serkap Halim pula. Alang-alang bermain teka teki, hentam je laa labu. Bisik hatinya.

“tak habis – habis lagi kau nak korek rahsia aku nih”

“korek rahsia apa abang Syam” soal suara dari belakang. Spontan mereka berdua menoleh ke belakang. Kelihatan Nisa’ yang sedang tersengih-sengih. Di sampingnya Misah dan Siti. Biasala di waktu petang begini mereka mengambil angin petang di tepi pantai ini. Tak ada tempat lain yang best selain bergossip di tepi pantai yang indah dan damai nih.

“haaa..kebetulan Nisa dah datang, abang nak Tanya sikit siapa yang bakal jadi kakak ipar Nisa ni? Dari tadi abang dok Tanya Hisyam ni, tak jawab-jawab. Lagi berbelit-belit katanya adalaa. Soalan simple, penerangan berjela tapi tak sampai ke matlamatnya” ujar Halim.

Nisa telah melepaskan tawanya. Misah dan Siti tersenyum – senyum. Nak ketawa macam Nisa terasa malu pula. Lagipun Halim ni boleh tahan jugak hensemnya. Mana laa tau kot-kot boleh dibuat stok pakwe ke. Hahahahha..angan-angan gadis melayu.

Cepat-cepat hisyam memberikan isyarat mata kepada adiknya itu. ‘ jangan pandai-pandai beritahu siapa, kalau tak siap Nisa balik nanti’ matanya berkata-kata.
Reda je ketawa, Nisa tersenyum ” itu abang kena Tanya tuan punya dirilah. Kalau Nisa yang bagitahu ……”kata Nisa dan menghabiskan kata-katanya dengan menunjukkan isyarat potong leher dengan tangannya.

“oklaa kami tak nak kacau abang berdua berbual-bual. Kami nak pergi main pasir dengan Nur dan anak-anak dia di sana nuh haaa” beritahu Nisa sambil melangkah menuju ke arah Nur yang sedang asyik bermain dengan anak-anak saudaranya. Misah dan Siti mengikutinya dari belakang.

Tercengang-cengang Halim melihat Nisa melangkah meninggalkan mereka berdua di situ. Tanpa memberikan dia peluang untuk tawar menawar lagi. Hampa. Dua beradik ni, memanglah. Tak bagi can kat dia langsung. Bukan orang lain pun. Sepupu sendiri pun nak berahsia ker?

Hisyam pula tersenyum, malah berterima kasih di dalam hati. Dia menoleh melihat wajah tidak puas hati sepupunya itu.

“alaaa apa yang tak puas hati sangat ni, hari nikah nanti kau tahulah. Sabar sikit” Hisyam menepuk bahu sepupunya itu.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Si Adik Manja dengan Menantu Pilihan Abah 11, 12”
  1. rieda says:

    la..napa pendek sangat?

  2. rosmpkmn says:

    apa jd lepas ni ye?

  3. huda says:

    Best juga ceritanya
    Sambunglah lagi……

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"