Novel : Suamiku Vampire 29

20 January 2012  
Kategori: Novel

21,025 bacaan 45 ulasan

Oleh : RIA NATSUMI

Haris rasa bersalah kerana dia, Danish demam. Dia tahu pun melalui Aman. Biarlah masalah itu dulu. Haris bangun dari katilnya dan menuju ke kamar mandi. Entah mengapa saat ini dia teringatkan Sarah. Gadis yang pernah bertakhta dihatinya hampir tiga tahun.

Sarah selalunya suka mengikut moodnya. Kalau Haris marah, Sarah tidak akan menegur atau bertanya apa-apa melainkan Haris sendiri yang memulakan dulu.

‘Tapi aku ni jarang marah dengan Sarah.’

Kalau Haris murung, Sarah akan menunggu sehingga murungnya berkurangan barulah mengajak berbual hal yang menyenangkan.
‘Ini pun aku jarang juga buat. Murung!’

Kalau Haris gembira, Sarah terlebih-lebih lagi gembira. Ketika itulah baru Sarah berani bertanya itu ini, bergurau dan bermanja.

“Ini selalu la.” Ada senyuman terukir dibibir Haris. Waktu dalam bilik air juga dia kuat berfikir. “Tetapi Damia seorang gadis yang amat berbeza.”

“Sebaliknya pula dengan Damia. Tanpa mengira mood aku, dia akan bergurau apa saja kalau dia mahu. Dia memang selamba. Perempuan yang tiada perasaan tapi ada aku kisah? Aku tak kisah la! Aku tetap mahukan dia menjadi milik aku yang muthklak.” Azam Haris.

Haris meneruskan aktivitinya yang dalam bilik air sebelum mencari kelabat Damia. Itulah kerja sambilannya yang baru.

Danish tersedar daripada tidurnya. Selepas makan sedikit bubur yang Lidya buat dan menelan ubat demam, dia terus terlena. Tidak mampu lagi mahu berfikir. Terlalu banyak masalah pula.
Perlahan-lahan Danish membuka matanya. Kepalanya masih pening sikit. ‘Di mana Alyaku, sayang?’ hanya melihat seraut wajah itu mampu membuat dia rasa lebih bersemangat.

‘Tangan siapa sedang memeluk aku ni? Apa? Alya?’ Danish terpana. Wajah penat Lidya ditatapnya. Di sisinya, Lidya tidur dengan wajah yang begitu tenang sekali. Direnung sekujur wajah putih bersih itu. Wajah itu memang cantik. Dalam diam Danish merasa betapa bertuahnya dia dapat memiliki gadis secantik itu yang sudi berkongsi kasih darinya biar pun hubungan mereka kini timbul pelbagai masalah.
Tangan Danish membelai lembut pipi Lidya dan tangannya turun ke leher Lidya. ‘Parut itu!’ Barulah dia perasan yang parut itulah yang menyebabkan kehidupan gadis kesayangannya musnah. Kerana mengikut kata nafsu dan Syaitan, inilah akibatnya. Orang lain menjadi mangsa.

Danish meraup berkali-kali wajahnya. Rasa menyesal kembali menghantuinya. ‘Bukan nafsu dan syaitan masa aku lakukan itu tapi perasaan cinta begitu membuak-buak dalam diri aku. Aku benggang masa tu sebab semalaman aku menunggu Alya. Dia yang tak datang.’ Kata hati Danish mengimbau kembali perasaannya.

‘Oh, Alya! Danish mencintai Alya, sayang. Selamanya.’ Danish mengucup rambut Lidya yang semakin panjang itu.
Lidya tersedar dan bangun. Danish pula terpana. Saat itu pandangan mata mereka. Tiada butir bicara dikedengaran. Lidya memandang Danish dengan pandangan yang sayu lalu dia baring semula dan tertidur semula.

Danish tidak mengerti mengapa wajah Lidya begitu sayu. Danish bangun untuk ke bilik air. Solat subuh kena dikerjakan.
Lidya membuka matanya. Dia memandang pintu bilik air yang ada Danish di dalamnya. Air mata Lidya mengalir. ‘Alya, rindukan abang.’ Bisik segenap hati Lidya lalu dia memejam matanya semula.
Danish menggosok giginya. Selesai sahaja, Danish menatap wajahnya yang pucat dalam cermin. Dia akui sejak berkahwin wajahnya tidaklah pucat sangat macam dulu.

‘Betul ke aku ni macam Vampire yang selalu digelarkan oleh kawan-kawan sejak kecil? Sekarang ada Alya, memang aku rasa hidup ini lebih bermakna. Adakah Alya penyebab segalanya?’ hati Danish mula terbuai.

‘Jika aku vampire itu, kaulah yang menjadi darah untuk aku terus hidup, Lidya Alya. Kaulah segalanya. Jikalau kau tiada, tiada juga aku di dunia ini. Vampire itu akan mati tanpa darah kau.’ Danish tersenyum.

‘Pagi-pagi hari aku dah berpujangga sorang-sorang.’ Danish tersenyum. Pening kepalanya bagaikan kurang sedikit.
Selepas itu dia pun mengambil wuduk. Perlahan-lahan Danish keluar dan melihat Lidya masih tidur. Danish membiarkan dahulu. Masih awal.

“Allahuakhbar….” Danish mula bersolat. Sembahyang duduk kerana dia tidak kuat untuk berdiri lama. Bimbang rebah.
Usai solat. Danish berpaling ke arah Lidya di katil tetapi gadis itu sudah tiada di situ. ‘Ke mana darah aku pergi ni? Hahaha ada pula panggil isteri aku ‘darah’. Memang tak sopan sungguh.’ Danish tersenyum sendirian. Dia tahu yang Lidya tidak marah padanya. Kalau tidak, Lidya tidak akan pulang melihat dia yang sakit.

Lidya masuk ke bilik dengan membawa dulang yang ada satu mangkuk bubur yang besar. Lengkap dengan ayam, sayur dan sedikit kicap.

“Abang, mari sini.” Lembut sahaja Lidya mengajak suaminya duduk di sofa yang ada dalam bilik tersebut. Danish bagaikan terpukau lalu terus duduk di sofa satu itu.

Lidya menyentuh lembut dahi Danish untuk merasa suhu badan suaminya itu. Disentuh juga leher. ‘Panas!’ bisik hati Lidya. Tangannya jatuh di kaki Danish. ‘Sejuk!’ Dahi Lidya sudah berkerut.

“Masih demam ni.” Lidya mula berkata. Wajahnya serius sahaja. Tidak berkelip mata Danish melihat wajah Lidya.

“Abang…” panggil Lidya apabila Danish tidak memberi respon apabila dia menyuapkan bubur di mulut lelaki itu. Berkelip-kelip mata Danish apabila ditegur seperti itu. Cepat-cepat dia membuka mulutnya.

“Nyum!!” Ada bunyi yang terhasil oleh Danish.

“Hahaha!” Lidya terasa lucu apabila mendengar bunyi itu. Lidya berusaha membuat muka serius tetapi tidak menjadi. Meletus juga ketawanya. Danish pun terkejut juga dengan ketawa Lidya tetapi masih nampak ayu.

‘Adakah ini tandanya Lidya tidak marah kepadaku?’ Hati Danish berasa senang dengan gelak ketawa Lidya.
Lidya menghentikan ketawanya dan menyambung menyuap Danish. Kadang-kadang dia menyuap diri sendiri. Makan bubur bersama-sama.

“Kejap sayang!” kata Danish.

“Kenapa?” tanpa mempedulikan pertanyaan Lidya, Danish terus mengelap kesan nasi yang ada di tepi bibir Lidya dengan ibu jarinya dan dia….
Muka Lidya sudah kemerahan sedikit. Dia mengambil tisu dan mengelap mulutnya.

“Dah tak ada la sayang. Dah comel.” Puji Danish. Danish sengaja mendekatkan diri dengan Lidya yang sedang duduk di lantai. Dia kini juga di lantai dan mereka semakin dekat. Entah mengapa saat ini, hati Lidya berdegup kencang. Peluh mula mengalir keluar.

“Assalamualaikum!” Damia muncul entah dari mana. “Oppss, again!” Damia tersenggih dan menghampiri mereka berdua.

“Tak habis-habis dengan romantiknya. Bukan tengah bergaduh ke?” Sindir Damia kepada Danish.

“Masuk rumah orang tu, bagilah salam.” Amuk Danish. Walaupun dia demam tetapi Lidya ada disisinya pun sudah memadai.
Lidya meletakkan sudu bubur itu dan menyambut salam Damia. Mereka berpelukan seketika. Sebenarnya Lidya berasa pelik sebab bagaimana Damia boleh masuk ke dalam rumah mereka.

“Mia, macam mana masuk rumah akak ni? Bukan ke berkunci?”

“Sebab berkuncilah Mia boleh masuk. Ada orang tu dah bagi kuncinya. Dia takut apa-apa jadi kat isterinya. So kalau ada Mia, boleh tengok-tengokkan.” Damia tidak habis-habis mahu mengusik.

“Sudah-sudah!” tiba-tiba Danish terbatuk. ‘Eh, tadi tak batuk pun. Ini batuk pula.’ Bisik hati Lidya. Dia mengelengkan kepalanya.

“Akak pergi buat air untuk Mia. Mia, tolong suapkan orang sakit ni ye?” Lidya bangun dan menuju ke dapur.

“Abang makan sendiri ok?” Damia pun bercakap apabila kelibat kakak iparnya menghilang.

“Tolonglah suap. Abang tak larat ni.”

“Tak nak!”

“Fine!” amuk Danish tiba-tiba.

“Fine what?”

“Abang bagitau BKK Mia tu perkara sebenarnya. Gara-gara Mia la, abang dengan Kak Lidya gaduh. Sekarang abang nak Mia terangkan situasi sebenar.” Jelas Danish. “Mia, pergi mana semalam. puas abang hubungi tak dapat-dapat?” sambungnya lagi. Nasib baik Damia sudi datang. Kalau tidak, dingin sahaja perhubungan mereka berdua.

“Eh, apa ni main ugut-ugut! Tak mau la. Baiklah orang sakit. Kita jelaskan hal sebenar kepada isteri tercinta abang tu. Mia off telefon. Tak ke mana pun.” Damia mengalah. Dia juga rasa bersalah jika hubungan mereka dingin.

Lidya datang membawa tiga cawan air teh. Damia mengeluh melihat air teh yang kini di tangannya. ‘Teguk ajelah. Datang sini memang wajib minum air ni.’ Perlahan-lahan air itu diteguknya dan dia tersenyum.

“Sekarang kak Lidya bertenang dengan apa yang Mia nak cerita ni. Harap jangan marah dan paling penting jangan ketawakan Mia.”

“Bunyi macam serius je. Pasal apa ni?”

“Pasal madu akak la.” Air muka Lidya berubah. Dia tertunduk.
‘Mia ni. Awat berterus-terang sangat. Guna ayat bunga-bunga ke? Kiasan ke? Kesian aku tengok muka buah hati aku ni. Monyok aje.’ Desis hati Danish. Dia bimbang Lidya terluka pula.

“Sebenarnya Mia la madu akak!” kata Damia dengan nada yang ceria. Terkejut Lidya. Gurauan apa ni?

“Mia…?” dahi Lidya makin berkerut.

“Betul kak. Macam ni. Akak tahu perkara ni dari siapa?”

“Haris.”

“Hah! Haris tu suka Mia. So, Mia minta abang Danish menyamar jadi suami Mia supaya si BKK tu tak kacau Mia tapi tak ada kesan dalam hatinya. Dia tetap kacau Mia walaupun Mia dah kahwin. Ini tipu-tipu aje.” Panjang lebar Damia menerangkannya.

“Tipu-tipu?” terus pandangan Lidya jatuh pada wajah Danish. Lelaki itu menggangguk kepala menandakan apa yang dikatakan oleh Damia adalah benar sebenar-benarnya.

“Betul kak? Abang Danish hanya sayang akak sahaja.”

“Betul?” Mata Lidya masih setia memandang suami tercinta.

“Betul Alya. Betul Sayangku.” Danish menyentuh jemari Lidya dan tangan mereka bersatu. Lama mereka berpandangan.

“Ehem… Ehem!” Damia berdehem dengan penuh kesopanan. Mereka pun tersedar. Lidya mempamerkan senyuman.

“Terima kasih Damia. Abang maafkan Alya.” Lidya memohon maaf dan dia bersalam dengan Danish. Mengucup tangan itu dengan lembutnya.

“Abang maafkan sayang. Abang tahu ini hanya salah faham sahaja.” Danish berasa sedikit lega. Mereka makin rapat.
Damia mengeluh. ‘Mereka berdua ni memang tak habis-habis dengan romantiknya. Geli aku!’ Damia bangun dan mencelah antara mereka berdua.
Kini Damia berada di tengah-tengah antara Danish dan Lidya dengan ke dua belah tangannya di atas bahu mereka berdua.

“Kalau abang dan kakak nak beromantika di depan Mia, tunggulah Mia kahwin dulu. Disebabkan Mia ni dah la belum kahwin apatah lagi nak ada calon suami pun tak ada. Abang dan Kak Lidya kena belanja makan. Huhuhu.” Cadang Damia sambil tersengih.

“Beromantika? Apa tu Mia? Ada-ada aje budak sorang ni.” Danish terasa pelik.

“Beromantika itu adalah satu perkataan baru dalam kamus Damia Eryna. Memang dalam kamus dewan tak kan jumpa punya.” Jelas Damia.

“Tak apa la, Mia. Akak belanja Mia lain kali sebab abang Danish tak sihat hari ni.” Pinta Lidya.

“Baiklah setuju!” Tiba-tiba telefon Damia berbunyi lagu ‘Nur Kasih’ dinyanyikan oleh kumpulan ‘Inteam’. Lidya tersenyum.

“Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian. Penentu jodoh pertemuan. Seandai dirinya tercipta untukku. Rela ku menjadi miliknya.” Lama Damia memandang skrin telefon tersebut lalu meminta diri dan menjawabnya.

“Assalamualaikum Mia.”

“Waalaikumusalam, BKK!” Damia tersenyum kelat. Danish dan Lidya serentak memandang Damia. Ada bunyi rengusan kasar oleh Haris. Mungkin terasa kerana Damia masih mengelarkannya BKK.

“Ada apa telefon saya ni?” Damia bertanya.

“Boleh kita berjumpa sekejap? Kejap pun tak apa. Aku ada perkara penting nak cakap dengan kau.” Pinta Haris.

“Kejap, saya tanya suami yang tersayang. Boleh jumpa atau tak? Nanti saya hubungi awak.” Damia terus menamatkan panggilan.

“Mia, tak baik buat BKK macam tu. Kesian tau.” Kata Danish. Walaupun kepalanya terasa pening tetapi dia berusaha untuk bersama Damia menyelesaikan masalah.

“BKK tu apa?” Lidya berbisik di telinga Danish tetapi Damia masih dapat mendengarnya. Dia tidak peduli itu semua lalu berdiri tegak.

“Bos King Kong..” Danish menjawab juga dengan berbisik. Lidya mengangguk-angguk kepalanya tanda mengerti.

“Tak apalah abang, kak. Mia pergi dulu, biar Mia selesaikan dengan dia baik-baik. Biar Mia jelas sejelasnya kepadanya supaya dia faham situasi Mia.” Damia kini di depan pintu. “Pergi dulu!”

“Abang, Alya pergi tengok Mia sekejap ye?”

“Pergilah sayang.” Jawab Danish. Sememangnya hati dia tenang apabila salah faham ini dapat diselesaikan cepat.
Lidya berlari mengikut jejak langkah Damia. Gadis itu sedang duduk di depan pintu untuk memakai kasut.

“Mia baik-baik sahaja?”
Damia ketawa kecil apabila Lidya bertanya begitu.

“Akak ni tanya macam indon sudah. Mia, tak apa-apa. Jangan risau.” Damia berdiri kini. Dia mengambil beg galasnya yang sengaja ditinggalkan di situ.

“Akak cuma risau pada adik aje.”

“Mia ok!” Damia ingin berlalu pergi.

“Mia!” Panggil Lidya dan Damia berpaling. Dia mengerutkan keningnya. “Terima kasih tau!” Ucap Lidya. Damia tersenyum.
Lidya menutup pintu dan menguncinya.
Dia membuka perlahan-lahan pintu bilik. Danish sudah lena atas katil. Bubur juga ada separuh tidak disentuh. Ubat juga Danish sudah makan. Lidya tersenyum.
Dia pun makan bubur ayam yang ditinggalkan oleh Danish. Dia baru perasan telefonnya ada dekat dengan dulang tersebut.

‘Apasal telefon aku berkelip-kelip ni?’ desis hati Lidya. ‘Ada mesej baru rupanya.’ Lidya buka lalu membacanya. Lidya tersenyum sambil memandang Danish yang sedang tidur.

Abang rasa gembira sebab salah faham antara kita selesai juga. Abang harap lepas ni tiada lagi masalah dan jika ada, tolonglah beri abang peluang untuk menjelaskannya. Danish Aniq mencintai Lidya Alya.
-Suamimu-

Lidya mengangkat dulung dan meletakkan ke dapur. Dia juga gembira. Al-maklumlah dia suka perasaan bahagia yang mula hadir dalam hatinya. Lidya memgemas dapur. Selesai sahaja, dia pun segera ke bilik untuk melihat kedaan Danish.

Perlahan-lahan dia menyentuh dahi Danish. ‘Masih panas.’ Tangannya turun menyentuh kaki. ‘Tak berapa sejuk.’ Lidya tersenyum. Tenang wajah itu ketika tidur.

‘Vampire? Kenapa dia digelar begitu? Muka pucat dia juga tidak kelihatan. Entahlah. ‘ Lidya mengusap lembut rambut Danish. Lelaki itu betul-betul jujur dan baik hati. Lidya tersenyum lagi.

“Alya cintakan Danish…” bisik Lidya dengan perlahan sambil membawa tangan kanan Danish yang kaku itu ke bibirnya lalu diciumnya penuh kasih. Tumpah kasih sayangnya untuk lelaki itu.
Apabila Lidya ingin meleraikan pegangannya, dia berasa ia semakin kemas digenggam. Rupa-rupanya Danish sudah tersedar.
Danish tersenyum melihat wajah isterinya. ‘Bangun sahaja dapat tengok muka orang tersayang. Memang seronok!’ Hati Danish begitu gembira.

“Kenapa sedar awal sangat abang? Abang masih tak sihat tu. Tidur la lagi.” Pujuk Lidya. Terlalu banyak perkara yang dia buat menyusahkan Danish. Biarlah saat lelaki in sakit, dia dapat menjaganya dengan sempurna.

“Tak ada orang nak teman abang tidur.” Danish bercakap manja persis seorang kanak-kanak kecil yang mengharap perhatian ibunya. Lidya ketawa kecil.

“Baiklah, Alya teman abang tidur ye? Baru pukul 10 pagi. Tengah hari Alya kejut dan kita makan sama-sama ye?” Lidya menarik selimut supaya menutup tubuh Danish yang kesejukan itu. Pelukkan itu erat.

“Kenapa sayang peluk macam ni? Tak sudi nak tengok muka abang ke?” soal Danish apabila melihat Lidya memeluk tubuhnya dari arah belakang.

“Ke situ pula abang. OK. Marilah!” Lidya menanti Danish berpaling ke arahnya. Lidya tersenyum sambil memandang wajah Danish. Mata lelaki itu terpejam semula dan akhirnya lena semula. ‘Kesian buah hati aku ni. Apa pula kisah Mia ye? Aku harap semuanya baik-baik sahaja.’ Perlahan-lahan Lidya bangun dan menyelimutkan Danish. Dia ingin pergi memasak. Sekejap lagi mahu masuk tengah hari.

*****

Damia mengeluh melihat muka Haris yang berserabut itu. Dia tidak peduli itu semua. Yang penting urusan dan apa sahaja yang berkaitan dengan Haris Akmal perlu diselesaikan hari ini juga.
“Boleh tak awak jangan ganggu saya lagi?” pinta Damia sebelum sempat Haris menyuarakan tujuan dia berjumpa dengan Damia.

“Damia, dengar apa yang aku nak cakapkan ni.”

“OK fine!” Damia duduk sambil memeluk tubuhnya. Sengaja Haris mengajak Damia berjumpa di tasik di Ulu Yam. Cantik! Pemandangan berwarna hijau dan air itu akan menenangkan hatinya atau Damia. Mungkin!

“Mia, aku suka kan kau. Aku cintakan kau. Aku tak minta apa-apa pada kau dan harap kau terima aku seadanya.” Belum sempat Haris menyambung nafasnya Damia sudah berkata.

“Masalahnya saya tak boleh terima awak.” Jawab Damia yang masih memandang jauh pemandangan indah dihadapanya.
“Tapi kenapa?”

“Kan saya ni isteri orang.” Damia masih menggunakan alasan yang sama.

“Danish sudah berjanji nak lepaskan kau. Isu kau isteri Danish tak boleh gugat aku sudah!” penuh keyakinan Haris melafazkannya.
‘Hish, abang ni! Tak boleh harap. Ada cakap macam tu kat BKK ni? Apa lagi alasan yang boleh aku beri. Fikir Damia. Fikir!’ hatinya bermonolog. Walaupun mukanya serius tetapi hatinya tidak keruan. Melihat Haris yang tidak lepas dari memandangnya.

“Saya jolok mata awak dengan kayu, nak tak?”

“Kenapa tiba-tiba nak jolok mata saya ni?” Dahi Haris sudah berkerut. Dia terasa pelik. ‘Bukan ke kita tengak bincang isu yang hangat ni?’ Hatinya mula keliru.

“Yang awak pandang saya macam nak terkeluar biji mata tu kenapa? Alang-alang dia nak terkeluar, baik saya jolok dulu.” Cadang Damia dalam keadaan geram.
Meletus ketawa Haris. ‘Kenapalah gadis ini terlalu lawak.’ Haris tersenyum.

“Apa gelak-gelak ni? Saya datang sini bukan nak buat lawak. Tolong sikit!”

“Kau akan berkahwin dengan aku juga!”

“Aku tak nak la!”
Damia tidak petah lagi untuk terus berada di situ. Dia mula melangkah. Haris mengejarnya. ‘Lelaki ini memang tak penat berlari ke? Atlet lumba lari ke mamat ni? Naik menyampah dah aku tengok.’ Damia mengeluh.

Kini lelaki itu sudah di hadapanya.

“Damia Eryna, aku cinta kan kau!” terus terang Haris.
Entah mengapa Damia berasa masa bagaikan terhenti. Matanya pula tidak lepas memandang wajah Haris. ‘Kenapa baru sekarang aku nampak wajahnya begitu kacak macam…..’ Air mata Damia mengalir. Sudah lama air mata ini tidak mengalir.

‘Eh, kenapa pula minah ni menangis? Dia terharu ke sebab aku cakap macam tu?’ Haris mula rasa gembira. Air mata yang mengalir itu ingin diseka oleh Haris.

“Jangan sentuh saya!” Damia undur sedikit ke belakang.
Haris terkejut kerana ini kali pertama gadis itu meninggikan suaranya. Haris tergamam. ‘Kenapa dengan Mia? Kenapa dirinya berubah tak macam selalu?’ Haris mula terasa sakit di hatinya. Hatinya sakit.

“Saya benci awak!!!” Jerit Damia lagi kuat dari tadi. Mujur tiada orang di kawasan mereka berdiri.

“Mia, kau ni kenapa?” Haris menyambar lengan Damia. ‘Mia ada penyakit sawan ke? Haris, tolong serius untuk situasa genting macam ni.’ Nasihat kepada diri sendiri.

‘Ya Allah. Kenapa ia sangat serupa. Sangat sama saat Izz meluahkan perasaannya kepada ku? Keadaan sekarang sangat sama. Ya Allah, aku tak kuat untuk menghadapinya. Kuatkan hatiku.’ Damia berdoa dengan harapan dia lebih kuat untuk menghadapi Haris.

Damia tidak peduli dengan orang sekeliling lagi. Dia menarik tangannya sekuat hati dan masuk ke dalam kereta. Dia mengelap air mata yang mengalir tanpa jemu. Bagaikan lima tahun Damia mengumpul air mata itu dan kita tangkinya pecah bagaikan tiada tanda mahu surut.

“Damia Eryna, dengar sini! Kau kena kuat! Kuat! Izz dah lama pergi! Tolong jangan terlalu mengharap pada yang sudah tiada! Izz sudah tiada!” Damia mula berkata bersendirian.

“Tidak! Tidak!” jeritnya. Kepala Damia digeleng berkali-kali.
Tiba-tiba cermin tingkat dia diketuk.
‘Bkk..’ Damia memandang sepi wajah lelaki itu.

“Mia, bukak Mia. Aku ada perkara lagi nak cakap dengan kau. Tolong Mia. Bagi aku peluang.”Haris mula tidak menentu. Tambahan pula melihat Damia menangis.
Damia yang Haris kenal tidak mudah menangis dan tabah. Tetapi kini sebaliknya. Haris betul-betul bimbang.

“Kenapa dengan kau,Mia?!” Tiada jawapan bagi pertanyaan itu. Haris melangkah longlai menuju ke tempat keretanya diparking.
Dia terus memandu pecut meredah jalan raya itu dengan perasaan yang kecewa.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

45 ulasan untuk “Novel : Suamiku Vampire 29”
  1. RIA NATSUMI says:

    masih dijual…..boleh cari di kedai2 atau tempah dengan fajar pakeer….kalau nak beli dengan saya….cuma ada dua buah lagi…..

  2. zidan says:

    boleh. saya nak beli dgn awk,macam mana eh?

  3. mahirah says:

    salam ria..saya sebenarnya dah lama cari novel ni tapi tak jumpa2..ria d lagi x novelnya.??

  4. elin says:

    Ada lagi tak ria buat sambungn bab 30 ? Best laa . Ade buku dia ya ? Nak beli kt mana ya ?

  5. RIA NATSUMI says:

    Zidan, mahirah dan elin.. boleh PM saya di fb azalea eshal… atau email love_kelip@yahoo.com jika mahu membelinya dari saya….masih ada 5 buah dalam stok saya…cepat2 mesej ye…terima kasih sebab suka novel ini…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"