Cerpen : Dia jauh lagi baik

26 February 2012  
Kategori: Cerpen

11,505 bacaan 31 ulasan

Oleh : sarah laila

Selepas majlis malam tadi, dia mangajakku tidur dirumahnya di Kempas, Johor kerana rumahku terlalu penuh dengan saudara mara. Pada mulanya aku menolak kerana masih tidak dapat membiasakan diri dengan dia. Maklumlah hari pertama perkahwinan dan aku sememangnya manja dengan family. Selepas dipujuk dengan mak serta ayah aku pun menurutinya.

Janggal. Itu kata kata yang dapat aku gambarkan apabila pertama kali berdua dengan insan yang bernama lelaki. Lebih tepat nama dia yang kini bergelar suami ialah Mohd Faiz bin Aiman. Aku tak pernah terlalu rapat dengan lelaki sebelum ni. Dalam sekelip mata hidup aku berubah sekarang ni kerana aku akan buat semua benda dengan seorang lelaki yang begitu asing dalam hidup aku selama ni.

” sayang, bangun. Dah subuh ni. Jom kita Jemaah. Sayang! Ohh sayangku sayang. Jomlah bangun..”, pujuk suamiku untuk mengejutkanku subuh. Sempat juga dia kucup pipiku sambil mengejutkanku.
Aku yang malu diperlakukan begitu dengan berat aku buka mataku perlahan perlahan lalu kucapai handset yang ada disebelahku. Alahai, baru pukul 5.30. aku biasa bangun dah dekat pukul 7. Dah nak habis subuh tu baru aku bergegas solat. Haishh, terasa macam pergi kem pulak kena bangun awal awal.

“abang, kita nak tidur kejaaaapp je lagi boleh? Kita ngantuk lagilah. Mata kita susah nak bukak. Kita selalu bangun pukul 6.30.”
Aku cuba uutuk menarik selimutku. Cepat cepat suamiku mengambil selimut tu pergi jauh dari tanganku. Aku memuncungkan bibir tanda protes.

” nur jannah khalisa, kebiasaan yang tak elok tulah yang kita kena ubah. Mulai hari ni kita bangun subuh awal. Kita mandi dulu barulah kita solat berjemaah. Kita sama sama perbaiki diri ye. Dah jom bangun,” ajak suamiku sambil mencubit pipiku.

Aku tersenyum kerana terasa diperlakukan seperti anak kecil. Akur dengan kata katanya, aku terus ke bilik air untuk mandi. Pagi tu kami solat berjemaah berdua. Pertama kali aku diimamkan oleh seorang lelaki yang bernama suami. Aku cukup terharu. Satu perasaan yang tak pernah aku jangkakan. Begitu tertib solatnya, bacaan surah yang dibaca, memberi ketenangan yang indah dalam diriku. Selesai solat subuh, aku mengaminkan doa yang dibacanya. Doanya cukup ikhlas dan sempurna mahukan yang terbaik untuk perkahwinan kami ini. Sewaktu bersalam dengannya seusai doa, aku tidak mampu menahan sebak lalu air mataku jatuh berguguran membasahi tangannya yang aku kucup tanda hormatku. Dia mengesat air mataku lalu mengucup dahiku. Aku merasakan sangat selamat disampingnya. Mula dari saat itu telah ku rasekan dialah pelindungku, menemaniku menempuhi liku liku kehidupan. Indah..

“kita tak nak la ma. Kita tak suka dia. Kita mana kenal dia pon. Tiba tiba je nak kita kahwin dengan dia,” protesku bersungguh sungguh.

“dia orang baik lisa. Ma selalu jumpa dia kat majlis majlis agama. Solat tak pernah tinggal. Family dia pun dari golongan orang alim. Dulu dia belajar kat mesir ambik pasal agama. Sekarang ni dia dah jadik pensyarah kat kolej kat JB tu. Untung kalau kau kahwin dengan dia lisa. Ma dengan ayah kalau boleh nak yang terbaik untuk kau. Boleh bimbing kau masuk syurga,” pujuk ibuku ikhlas.

“tapi ma, ma tak pelik ke. Kita ni biasa biasa je. Dia orang alim. Macammana pulak dia boleh setuju nak kahwin dengan kita. Kita nak kahwin dengan orang macam kita je ma. Tak nak la alim alim. Lebih baik sikit dari kita je. Dia tu baik sangat. Macammana nak bersama nanti.”

“sebab tulah ma dengan ayah pilih dia untuk kau. Kau tu perlu dibimbing. Dia tu taat kata kata mak ayah dia. Ayah kau dengan ayah dia yang nak satukan kamu. Dia pun dah setuju. Tak de pulak dia merengek macam kau ni. Dia pun dah tahu kau macammana. Lepas kahwin nanti pandailah dia nak ajar kau jadik orang baik.”

Aku terdiam. Sejujurnya aku dah ada pilihan hati sendiri. Orangnya biasa je macam aku jugak. Bukan jenis alim tapi aku dah cukup suka dia. Tiada sikit pun perasaan suka untuk Faiz Aiman. Aku tahu ape yang family aku buat untuk kebaikanku juga tapi aku takut aku tak mampu untuk menyayangi dia.

Edry, pilihan hatiku buat masa ni. Kami saling menyukai. Walaupun masing masing tahu akan perasaan itu, tapi kami tidaklah terlalu rapat. Dalam seminggu dia akan menghubungiku hanya sekali. Kadang kadang kami berjumpa walaupun tak selalu. Dia selalu memberi nasihat untukku dan membantuku diwaktu kesusahan. Walaupun kami tidak terlalu rapat, hubungan kami tidak disenangi keluargaku setelah mereka tahu akan hubungan kami. Walaupun aku orang biasa sahaja tapi family aku adalah orang alim yang disegani masyarakat. Memang benarlah sebenarnya iman itu tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa.

Untuk menghindari aku daripada melakukan lebih banyak kemunkaran, ayah pun mengatur janji dengan temannya untuk menjodohkan anak masing masing. Ayah kata dia yakin aku boleh berubah menjadi kebih baik jika kena dengan caranya.
Aku mengambil masa 2 minggu memikirkan sedalamnya keputusan yang akan aku ambil. Sejujurnya aku tidak mahu menghampakan harapan kedua orang tuaku. Dalam 2 minggu tu jugak mereka telah memujukku tanpa jemu. Setelah meminta pendapat rakan sekerja di sekolah menengah Tasik Permata, kawan kawan dan membuat solat isthikharah, akhirnya aku telah membuat keputuan untuk menerima Faiz Aiman. Tapi ternyata keputusan ini amat berat bagiku. Melepaskan Edry yang selalu aku ingati dan rindui dan menerima Faiz Aiman yang cukup asing bagiku adalah satu pengorbanan yang besar bagiku. Pada mulanya Edry seakan tidak mahu menerima keputusan aku, tapi syukur setelah aku menerangkan dengan mendalam dia mampu menerima walaupun sebenarnya aku pun sukar untuk mengatakan keputusan ini.

Sebelum berkahwin hanya sekali je aku berjumpa dengan dia. Itupun bersama dengan ma dan kakak. Akibat terlampau malu aku hanya mendiamkan diri dan menjawab bila ditanya je. Nak pandang muka dia pun aku segan. Apatah lagi bila kami bertentangan mata. Cepat cepat aku melarikan pandangan. Dia yang cukup tenang berbual mesra dengan ma yang sekali sekala cuba menjeling kearahku. Terdetik di hatiku pandai juga dia melayan orang tua. Pasti ma lagi suka padanya nanti.

” aku terima nikahnya Nur Jannah Khalisa binti Amri dengan mas kahwinnya RM33.50 tunai..”

“sah?,” Tanya tok kadi kepada saksi.

“sah..” semua saksi menjawab
Dengan sekali lafaz Nur Jannah Khalisa sah menjadi isteri kepada Faiz Aiman. Akanku cuba membuka hatiku untuk dirinya

__________________________________________________________________________________

” abang , kita nak terus terang. Kita memang tak pandai masak. Ma dengan ayah suruh kita kahwin cepat cepat sampai kita tak sempat nak belajar masak. Pagi ni, tengahari nanti, malam nanti, kita tak tahu nak masak apa.”
Aku tahu pasti semua lelaki inginkan isteri yang pandai masak. Dan sudah pasti suamiku juga begitu. Tentu dia kecewa sekiranya dia tahu aku tak pandai masak. Jujur aku berdebar untuk menunggu jawapannya.
Dengan memberikan senyuman yang cukup manis “sayang tak tahu masak takpe. Asalkan sayang ada kesungguhan untuk belajar masak. Kita boleh masak sama sama. Tak ada masalah. Lama lama nanti tak mustahil kalau masakan sayang mengalahkan chef wan taw.”

Aku cukup terharu mendengar kata katanya. Tak menyalahkan tapi kata kata yang sangat membina. Sejak dari detik itu aku berazam untuk belajar masak dan masak yang sedap sedap untuk dia.

“sayang, dah masuk waktu maghrib ni. Jom solat sama sama.”

“lambat sikit boleh tak bang. Nanti kita boleh sekali dengan solat Isyak. Kita selalu buat macam tu dulu.”

“dulu lain sekarang lain awak. Sekarang ini kita berubah menjadi yang lebih baik sayang. Setiap waktu kita solat cepat. Nanti lama lama dah terbiasa nak solat lambat pun rasa bersalah. Boleh?”
Aku memberikannya senyuman tanda setuju. Selepas solat kami mengaji. Setiap malam sabtu dia akan membawaku pergi mendengar kuliah dan kadang kadang dia akan membawaku pergi usrah di masjid masjid berdekatan.
Cara hidupku cukup berbeza jika dibandingkan dulu dan sekarang. Aku memanglah tidak tinggal solat 5 waktu dulu tapi selalu je lewat nak mengerjakannya. Aku selalu je gabung solat zuhur dengan asar, maghrib dengan isyak dulu. Buat semua benda yang wajib je. Yang sunat susah betul nak buat. Mengaji pun jarang. Pergi kuliah agama pun sekali dua je. Sekarang ni baru berapa minggu kahwin tapi macam macam perubahan dalam diriku atas bimbingan dan tunjuk ajar dia. Dan yang aku pelik aku boleh je turuti apa yang dia suruh. Aku sangat hormat dia sebagai seorang suami walaupun kadang kadang aku memprotes juga perubahan yang dia cuba lakukan terhadap aku. Dulu dengan family aku susah nak dengar cakap.

” sayang, nak kuar rumah kena tutup aurat dengan sempurna. Dan jangan lupa pakai stokin.”

” kita dah biasa macam ni. Kalau kita berubah sikit sikit dulu boleh. Hari ni kita pakai baju longgar dulu eh,” pujukku manja.

” okay. Hari ni satu, esok satu. Lusa satu, tulat satu. Kalau sayang buat nanti abang ajak pergi satu tempat ni yang sangat istimewaaaa. Okay?”

“okay,” kataku sambil tergelak manja. Dia sangat memahami. Lembut dan tidak berkasar denganku. Nasihatnya mudah untuk aku turuti kerana kata katanya sungguh indah.
Sejak dari itu aku berubah bukan sahaja dari segi amalan malahan penampilanku juga. Aku sedaya yang mungkin ingin menjadi isteri yang terbaik buatnya kerana aku mula menyayanginya dan merasa tenang akan perubahan yang aku alami. Tidakku sangka alam perkahwinan bersamanya membawa kebahagiaan dan ketenangan yang sukar untuk aku ungkapkan. Walaupun terdapat juga kekurangan dalam diriku dan dirinya tapi kami dapat menerimanya dengan baik.
Betul seperti yang dikata. Kalau kita ingin cari suami, cari yang lebih baik dari kita agar dapat membimbing kita kearah yang lebih baik. Kalau aku dulu tak terima perkahwinan ni mungkin aku masih berada di tempat yang sama dan tidak berubah. Aku bersyukur sekarang diatas nikmat yang diberi.

” Puan Jannah Khalisa, suami puan kemalangan dan sekarang berada di ICU di Hospital Kuala Lumpur.”
Untuk seketika, dunia aku terasa kabur. Aku seakan akan tidak percaya kejadian ini boleh berlaku padaku. Handset di tangan ku genggam erat. Air mata mencurah curah jatuh ke lantai tanpa henti. Kemudian aku terus mengumpul kekuatanku bangun dan cuba untuk menghubungi keluarga kami. Ayat ayat suci AlQuran tidak lekang dari bibirku berharap agar suamiku selamat.

Cukup sayu tatkala aku melihat suamiku terlantar lemah diatas katil tidak sedarkan diri. Kepalanya dan kakinya dibalut. Tidak dapat menahan sedih yang teramat aku memeluk suamiku erat. Air mataku menitik nitik membasahi bajunya. Ku usap mukanya penuh shahdu. Walaupun dia sedang sakit tidak sedarkan diri tapi wajahnya tetap tenang. Ku pegang tangannya dan cium tangannya dengan penuh kasih sayang. Aku terlampau rindukannya. Rindu untuk dia sihat dan melayanku dengan penuh mesra. Rindu untuk mendengar dia membisikkannya kata kata cintanya.

Doctor memberitahu bahawa suamiku mengalami pendarahan otak akibat daripada kemalangan itu dimana keretanya dilanggar oleh lori yang menyebabkan suamiku cedera teruk dan koma. Aku menangis tidak henti tetapi berjaya ditenangkan family ku dan family mentuaku. Baru 2 tahun berkahwin dan aku sudah ditimpa dengan dugaan sebegini.

Selama 2 bulan aku menjaganya di hospital. Hospital sudah menjadi rumah pertama buatku. Hari hari aku jaga Faiz Aiman dengan penuh sabar. Aku lapkan badannya, aku cukurkan misainya, ku rapikan janggutnya dan tiap tiap hari itu juga aku berharap agar dia membuka matanya. Tidak pernah sehari pun aku tidak mendoakannya agar dia sedar dan sihat seperti dulu.

“doctor! Doctor! Suami saya doctor. Suami saya.”
Selepas melihat mesin hayat suamiku berubah dengan tiba tiba aku terus memanggil doctor. Aku sangat berdebar dan tidak berhenti berdoa untuknya. Aku disuruh keluar dan doctor pun memeriksa suamiku. Aku tidak dapat duduk diam. Aku mundar mandir di luar bilik rawatan kerana terlampau cemas. Seakan akan sukar untukku bernafas.

” maaf puan, kami dah mencuba yang terbaik. Allah lagi sayangkan suami puan.”
Aku terus terjelopok jatuh ke lantai. Inilah dugaan yang teramat besar dalam hidupku. Suami yang telah mengubahku kini sudah pergi meninggalkanku. Sedihku tidak tertahan. Sedih yang tidak pernah aku rasa sebelum ni. Namun ku redha diatas ketentuanNya dan bersyukur kerana dia pernah hadir dalam hidupku.

Terima kasih suamiku kerana kini ku telah menjalankan kehidupanku dengan jauh lagi baik. Terima kasih kerana mempercayai dan memberi ruang untuk aku berubah. Terima kasih kerana membimbingku dengan penuh kesabaran..


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

31 ulasan untuk “Cerpen : Dia jauh lagi baik”
  1. saza says:

    sedey…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"