Novel : Bidadari Cinta Romeo 14

9 February 2012  
Kategori: Novel

1,244 bacaan 4 ulasan

Oleh : Lya Aqila

Bab 14

” Wei per cerita terbaru kau dengan Eira. Ada perkembangan tak? ” Zura masuk ke bilik adiknya. Bilik itu terngangga. Baru dia ada kesempatan menjenguk keadaan adiknya itu.

” Kau ni kak. Bagi ler salam kalau nak masuk bilik orang bujang.” Ahmad mendengus. Dia baring di atas tilam. Kakinya bersilang lurus. Kedua-dua tangan Ahmad pula memangku belakang kepalanya. Lamunan lelaki itu terencat dengan suara lantang kak Zura.

Zura mencebik. ” Mana aku tau. Hai, Sebelum ni tak ada pon kau bising kalau aku menonong terjah bilik kau. Moody ker ” Zura mencebik.
Ahmad mendengus nafasnya dengan kasar.

” Sawan apa yang melanda kau ni ”

” Tak ada pape. ..”
Zura senyum sinis. ” Orang macam kau ni bukan betul sangat. Kalau tak ada pape tu, maknanya ada pape kan? ” teka Zura.

Sejak bila pula bakal bini singa ni boleh baca apa yang ada kat pale aku?. Tak boleh nak sorok pape. Tau jer minah ni……

” Yer ” Ahmad bersuara malas.

” Eira tolak cinta kau ker? ” soal gadis itu tidak sabar ingin tahu. Lagaknya seperti wartawan.

” Tak cakap pon lagi ”

” Lorh ” mulut Zura muncung bulat..

” Pe la kau ni Ad. Wat pecah pale aku jer piki jalan nak rapatkan korang. Nape kau tak luah? ” soal Zura.
Ahmad terdiam. ” Aku pon manusia kak. Ada gak kelemahan. Ad memang tak takut pape pon kecuali tuhan. Tapi..bab cinta ni Aku jadi lembik ” sayu suara itu.

Ermmmmmmm….

” Kita guna plan baru ”

Ahmad angkat kening. Pakar cinta tul kakak aku ni…….

” Cinta. Tajuk karangan kau mengenai cinta! ” suara Zura kedenganran teruja. Matanya bulat merenung Ahmad.

” Mana aku nak ciplak ayat jiwang kak?. Aku dah la bengap bab sastera ni.” Ahmad membangkang.

” Eira kan dah ajar seba sedikit tentang sastera.” Soalnya pelik. Berkerut keningnya.
Ahmad tersengih-sengih ” Masuk telinga kanan keluar telinga kiri kak ”
Zura geleng kepala.

” Ala kau ciplak lah kat mana-mana. Zaman sekarang makin canggih. Senang-senang ko search je kat goggle. Aku pon ada gak buku sastera. Kau bantai lah curi ayat ”

” Ah, aku bantai ayat selamba aku jer lar ” spontan bicaranya.
Sambungnya dengan nada perlahan ” Tapi kan..malu lar Ad kak, antar ayat jiwang tu. Ada plak yang muntah darah bacer karangan tu nanti. Wuishhh..tak ker pelik bekas anak jin cam Aku wat sume tu. mane aku nak sorok muka kak. Jatuh reputasi aku ” Ahmad berceloteh.

” Pe ler bebal kau ni. Ini lakonan ler. Hanya Eira jer yang baca karangan kau. Aku tau lah kau tak minat nak masuk pertandingan tu. Lagipun wat malu aku jer nanti kalau kau masuk. BM kau pon dapat cacing. Eeee…memang tak layak nak masuk ” Zura mencebik

” Terima kasih atas pujian itu ”
Zura menjelir lidahnya.

………………………….
” Tahniah dik. Eira memang berbakat ” Zura menyalami tangan Eira. Dia sendiri tidak menduga gadis itu akan memenangi pertandingan penulisan kreatif.

” Ramai lagi yang lebih bagus daripada saya kak. Rezeki saya murah kat pertandingan ni” lembut tutut kata gadis itu.

Patut ler adik aku yang mereng tu makin tak betul. Eira memang baik. Merendah diri, hormat orang, pandai dan banyak lagi lah kelebihan dia. Dia dapat terima tak si beruk tu?. Jauh beza kut perangai dia. Huhuhu..risau lak adik aku tu frust kalau cinta separuh mati dia kena tolak. Tak pasal-pasal masuk wad giler. Huuuuuwaaa….kes berat ni !!!

” Nah ” Zura menyerahkan kertas yang telah dilipat kepada empat bahagian.
Eira mencapai kertas A4 yang telah dilipat itu.

” Apa ni kak? ”

” Ini hasil tulisan Ahmad dalam pertandingan tu. Sajer akak nak bagi Eira bace. Mungkin ada sesuatu yang Eira patut tahu..” Zura tersenyum penuh makna.
Eira ketap bibir menahan sebak. Nama itu cukup mengganggu naluri wanitanya.

” Akak nak pergi bilik kaunseling. Bye Eira ” Zura melambaikan tangan. Gadis itu meninnggalkan Eira yang sedang terpingga-pingga.
……………………………..
” Bu, ni untuk ibu ”
Eira menyerahkan sampul berwarna coklat yang terisi wang tunai sebanyak RM 100. Memang tidak banyak. Namun cukup bererti buat Eira. Sebab itu dia bersungguh-sungguh ingin memenangi pertandingan itu. Dia mahu mengembirakan hati ibunya. Selama ini mereka menyara hidup berpandukan wang bulanan dari Dato’ Herman kerana upah buat ibunya yang menyediakan keperluan rumah itu. Zeti selalu mengejek ibunya seperti orang gaji. Sedangkan Dato’ Herman tidak pernah menganggap ibunya orang suruhan keluarga mereka. Hanya dengan itu satu-satunya cara, agar dia dapat membantu mereka disebabkan Puan Emelda tidak mahu menerima bantuannya secara percuma.

” Siapa yang bagi Eira duit sebanyak ni? ” Puan Emelda kaget.
Eira tersenyum lebar. Matanya bersinar. ” Eira menang pertandingan penulisan kreatif. Hadiah untuk ibu ” gadis itu kenyit mata.
Puan Emelda memeluk tubuh Eira. Eira sentiasa membahagiakan hidupnya. Anaknya itu tidak pernah merungut dengan cara hidup mereka. Tidak pernah minta itu. Ini. Eira seorang anak yang baik. Dia bersyukur kerana masih ada harta yang paling bernilai di dunia ini..

” Eira nak naik atas. Nak tukar baju. Mandi. Nanti kita makan sama-sama ya bu”
Puan Emelda menghantar pemergian anaknya itu dengan airmata keharuan. Dia mengesat airmata yang menitis.

“Hai sayang. Baru balik.” Renungan mata Farid tajam ke arah susuk tubuh itu. Dari atas ke bawah.
Eira mendongak kepalanya sedikit. Dia menjeling susuk tubuh yang sedang menuruni anak tangga. Ish..ada jer dia ni. Tak gi keje ker..huh.
Dia tetap meneruskan pendakiannya. Tidak menghiraukan teguran lelaki yang semakin menghampirinya itu.
Lelaki itu mendepa tangan. Laluan Eira dihalang.
Langkah mereka berdua terhenti di tengah-tengah anak tangga.

” Saya nak naik. Jangan halang saya boleh tak? ” tegur gadis itu agak kasar.
Farid tergelak. Dia menghadiahkan senyuman sinis.

” Amboi sombongnya. Kalau nak lalu. Tolak lah tangan ni ” ugut lelaki itu..
Eira merenung tajam. Benci sungguh gadis itu terhadap Farid.
Eira tiada pilihan. Berbekalkan tenaga wanita, dia cuba menepis tangan sasa itu dari menyekat perjalanannya.

“T epi lah.!! ” bentak Eira.
Lelaki itu cuba mengambil kesempatan dengan memeluk Eira.
Eira tergamam. Dia menggunakan sekuat tenaga menolak lelaki itu.
Imbangan badan Farid tidak stabil. Dia terdorong ke tepi dinding tangga itu.
Eira ambil peluang itu dengan melarikan diri. Sampai di bilik. Dia mengunci pintu. Takut juga kalau Farid naik gila masuk ke biliknya.

Ya Allah..selamatkan aku dari Farid. Bisiknya cemas.

Dia terkejut dengan keberanian lelaki itu terhadapnya. Dia bimbang Farid akan bertindak lebih ganas pada masa akan datang. Eira menitiskan airmata. Mengenangkan nasib dirinya yang seperti berada di kandang harimau. Tunggu masa untuk diterkam.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Bidadari Cinta Romeo 14”
  1. adik says:

    ada balik citer ni.huhuhuhu

  2. rieda says:

    la…napa pendek sangat?

  3. Lily says:

    ha’ah…betul tu…pendek sangat…

  4. lya aqila@salju qaseh says:

    salam semua…sori pendek. time wt novel ni still blajr karang citer. citer ni memg agk pendek.tpi papepun tq klu eppy bcer tau..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"