Novel : Cerita Selepas Hujan 42

23 February 2012  
Kategori: Novel

950 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Ismail Hashim

Bab 42

Kematian Dukun Maimunah begitu tragis sekali.Kematiannya tidak ada sesiapa pun yang menyedarinya. Itu pun Mak Cik Kartini yang sudah lama tidak menziarahi dukun itu datang mengujunginya.Rasa kerinduan itu mendorongkan Mak Cik Kartini,ibu kandung Sudin itu berbuat demikian.
Mak Cik Kartini, ibu kandung Sudin menuju ke rumah Dukun Maimunah untuk bertanya khabar. Semenjak berpisah dengan bekas suaminya itu,Mak Cik Kartini tidak pernah pulang ke kampung.

Dukun Maimunah banyak membantunya. Dukun itu juga memintanya mengamalkan ayat-ayat tertentu sebagai ilmu pengasih seorang suami kepada isterinya.Tetapi,penawar yang diberikan oleh Dukun Maimunah itu kurang mujarab ke atas Pak Cik Sabri. Pak Cik Sabri yang kaki judi tidak dapat diruntun jiwanya kepada kebaikan.
Tambahan pula,bila masa Mak Cik Kartini mahu mempraktikkan ilmu pengasih yang Dukun Maimunah berikannya. Ini kerana Pak Cik Sabri seringkali tidak ada di rumah.Mak Cik Kartini menganggap jodohnya dengan Pak Cik Sabri sudah berakhir.

Setelah Mak Cik Kartini meninggalkannya, hebuh di serata kampung,Pak Cik Sabri canangkan di Restoran Muhammad supaya jangan ada lelaki yang ‘dijatuhkan’ semata-mata kerana kecewa pada seorang wanita. Menurutnya,pemergian Mak Cik Kartini dari hidupnya pasti ada galang-gantinya.
Mungkin didorongkan rasa kekuatan dalam dirinya itu, Pak Cik Sabri tidak mengalami gila talak terhadap Mak Kartini.
Setelah Pak Cik Sabri menikahi Mak Cik Zakiah, Mak Cik Kartini tidak menaruh harapan baginya untuk berbaik-baik semula dengan bekas suaminya itu. Mak Cik Kartini pun berkahwin lain.

Cuma kepulangannya ke kampung Binjai Manis atas kaitan dengan rasa rindunya kepada Sudin.Sudah lama benar,dia tidak mengambil tahu tentang anaknya itu. Bukan itu sahaja,Mak Cik Kartini juga mahu mengenali Manisah secara lebih dekat.
Setelah beberapa kali memberi salam,salamnya tidak disambut oleh dukun itu. Timbul pula curiga di hati Mak Cik Kartini. Mak Cik Kartini menuju ke kereta Kancilnya.
Setelah injin keretanya dihidupkan itu, Mak Cik Kartini menuju ke rumah Mak Ngah Odah.

“ Assalamualaikum,Odah,” sapa Mak Cik Kartini yang sedang duduk berehat bersama Hisyam di sebuah bangku di bawah pohon rambutan.Setelah bersalaman dan bertanya khabar,Mak Cik Kartini melahirkan rasa khuatirnya itu.

“ Waalaikummussalam, bila kau sampai…duduklah dah lama kau tak pulang kat sini,” ujar Mak Ngah Odah.
Hisyam bersalaman dengan Mak Cik Kartini.Mak Cik Kartini meraup ke tubuh Hisyam. Sudah besar,anak muda ini,mungkin tubuh Sudin pun sebaya dengan Hisyam.Bisik hati kecilnya.

“ Kau duduklah…sembang-sembang dengan Hisyam…biar aku masuk ke dalam rumah,buatkan air,” ucap Mak Ngah Odah.

“ Egh,tak payah….aku dah minum air tadi dalam perjalanan pulang ke kampung ni,” balas Mak Cik Kartini.

“Kau dari mana ni?” soal Mak Ngah Odah.

“ Aku dari rumah dukun Maimunah tu…tapi aku risaulah,” ucap Mak Cik Kartini.

“ Kenapa?” tanya Mak Ngah Odah. Hisyam menangkap dengar perbualan Mak Cik Kartini dengan emaknya. Dukun Maimunah tinggal seorang diri di rumahnya itu.

“ Aku risaulah, Odah…dukun tu pergi mana…dah puas aku beri salam padanya..tak menyahut,” ujar Mak Cik Kartini.

“ Egh, dia pergi mana pulak…ada dalam rumahnya itulah,” balas Mak Ngah Odah.

“ Tak ada..dukun tu tak ada dalam rumah….kalau ada..tentunya salamku tu bersambut,” jawap Mak Cik Kartini.Mak Ngah Odah mengerutkan keningnya.Bagi menghilangkan rasa khuatirnya,Mak Ngah Odah memaling kepada Hisyam.

“ Cuba Hisyam pergi ke rumah,dukun tu,” pinta Mak Ngah Odah.Ada rasa bimbang memagut hatinya.

“ Pergilah Hisyam, Mak Cik pun rasa bimbang ni…kalau berlaku sesuatu pada dukun tu…tak sempat aku nak mintak maaf darinya salah silap aku yang dulu,” ucap Mak Cik Kartini.

“ Agh, semua orang buat silap dalam dunia ni,Tini…bergantunglah kepada kita menerima kesilapan tu,” balas Mak Ngah Odah.Hisyam mengangkat punggungnya dan menuju ke arah basikalnya.

“ Hisyam pergi dulu,mak,….mak cik,” ujar Hisyam lalu menuju ke basikalnya.

“ Hati-hati yer di jalanraya tu,” pesan Mak Ngah Odah.

***

Sepeninggalan Hisyam,Mak Cik Kartini mendiamkan diri.Mukannya agak berkerut bagaikan orang yang mempunyai permasalahan sahaja.

“ Apa hal kau ni,Kartini?” soal Mak Ngah Odah.

“ Boleh ker aku tumpang tidur rumah kau semalam dua,Odah?” tanya Mak Cik Kartini.

“ Egh,tidurlah…sapa yang melarangnya…ada perkara yang aku bincangkan dengan kau,” ujar Mak Cik Kartini.

“ Bukannya apa,aku nak tahu cerita Sudin,anakku itu dengan Nisah..anak si Jah tu,”ujar Mak Cik Kartini.

“ Aku dengar Jah dengan Salim dah bernikah semula,” ujar Mak Cik Kartini.

“ Betul tu,eluklah mereka berbaik-baik semula…dapat sama-sama menyelesaikan masalah yang berlaku dalam keluarganya tu,” terang Mak Ngah Odah.

“ Aku juga dulu..tak ingat nak bernikah semula dengan orang lain…tapi…bekas suami aku tu..tak berubah perangainya…macam dulu-dulu jugak..kaki judi,” ucap Mak Cik Kartini.

“ Dahlah Kartini…sanggup ker kau..menerima orang yang pernah menghina-hina kau satu ketika dahulu…Sabri canangkan seluruh penduduk kampung Binjai Manis…yang dia tidak akan berasa kecewa akibat ditinggalkan seorang perempuan,” tingkah Mak Ngah Odah.

“ Itu aku tahu..Sabri dapat membuktikannya….sebab dia boleh mencari perempuan lain…sebagai pengganti aku,” balas Mak Cik Kartini.

“ Tahu pun kau….dah tahu…..tak apa,” usik Mak Ngah Odah.
Suasana menjadi sepi seketika,bagaikan ada malaikat lalu.Angin petang itu bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pohon rambutan bergerak-gerak dibuai angin. Beberapa helai daun yang berwarna kekuningan,terpisah dari tangkainya dan gugur ke bumi.Manakala di laman rumah Mak Ngah,daun-daun yang sedia ada saling berterbangan disebabkan alunan angin itu.

“ Aku ada dengar Sabri nak nikahkan Sudin dengan Nisah tu….sejak berlakunya peristiwa hitam tu…dalam kampung Binjai Manis ni,” ujar Mak Cik Kartini.

“ Betul jugak tu…dulu aku ada juga hajat nak baik-baikan Nisah dengan Hisyam tu….tapi..bila berlakunya peristiwa tu…hati aku menjadi tawar…bukan Sudin sahaja yang ‘kerja’kan budak perempuan tu…tapi Sahak dan Jeman pun ambil kesempatan jugak,” ujar Mak Ngah Odah sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Hisyam pulang dengan keadaan yang agak cemas.

“ Dalam perjalanan pulang tadi, Hisyam terserempak dengan Tuk Penghulu Kahar….Hisyam maklumkan apa yang Mak Cik Kartini cakapkan…Tuk Penghulu pun rasa khuatir lalu memanggil beberapa pemuda kampung…..ikutnya ke rumah dukun Maimunah,” ujar Hisyam sambil duduk di atas bangku setelah menyimpan basikal di dalam bangsal basikal.

“ Nek Maimunah…dah meninggal dunia,mak…Mak Cik Kartini,” terang Hisyam sambil mulut berkumat kamit menyebut kalimah tertentu.

“ Innailaihiwainnailaihi..rajiun,” kalimah itu keluar dari bibir kedua-dua wanita itu.

“ Tuk Penghulu Kahar dah pun menghubungi pihak hospital…mayat arwah Nek Maimunah…dah pun di hantar ke hospital untuk dibedahsiasat,” ujar Hisyam lagi.
Esuk paginya, rumah arwah dukun Maimunah dikunjungi orang. Bekas YB Dato’ Seri Alam,Tuk Penghulu Kahar datang menziarahi arwah arwah dukun itu.Jenazahnya telah dibawa pulang oleh van yang disediakan oleh pihak hospital agak lewat pagi.Menurut Tuk Imam, jenazah dukun Maimunah akan disembahyangkan sebelum solat Zuhur.
Tuk Imam telah berjaya mengumpulkan tenaga wanita kampung untuk memandikan mayat.Jenazah itu kemudiannya dikafankan dan di bawa ke masjid untuk disembahyangkan. Jenazah dukun Maimunah telah disemadikan di tanah perkuburan Islam kampung Binjai Manis.

Bekas YB Dato’ Seri Alam,bekas ADUN Kampung Binjai Manis dan Tuk Penghulu Kahar turut sama menyembahyang jenazah itu.
Mendengarkan khabar itu, Manisah yang baru pulih dari demam,datang bersama Mak Jah dan Pak Cik Salim.Mak Jah menitiskan airmata kerana banyak jasa dukun itu padanya. Antaranya mengeluarkan hantu saka dari dalam tubuhnya.Setelah hantu saka itu keluar dari tubuh badannya,barulah keinginannya untuk beribadat dan melakukan solat datang secara tiba-tiba.

Keluarga Mak Jah meminta bantuan dukun itu dalam ‘menenguk’ bersama telekannya sewaktu kehilangan Manisah satu waktu dulu. Tenaga muda seperti Hisyam,Sudin, Sahak dan Jeman telah digunakan untuk menurunkan jenazah itu ke liang lahad.
Meskipun,di kampung Binjai Manis terdapat tukang penggali kubur,kehadiran anak-anak muda dalam kampung itu dapat melicinkan perjalanan perkebumian jenazah dukun Maimunah.

Mak Cik Kartini yang berada di sisi Mak Ngah Odah itu telah diperkenalkan dengan Manisah. Dada Manisah gugup sejenak apabila bersalaman dengan Mak Cik Kartini.
Malam itu selepas majlis kenduri tahlil arwah itu, Dato’ Seri Alam datang mendapatkan Pak Cik Salim dan Mak Jah.Tuk Penghulu Kahar datang setelah Dato’ Seri Alam mengamitnya.

“ Apa yang lihat pagi tadi tadi…merupakan pengajaran bagi kita…yang hidup..akan mati…dan kita yang hidup perlulah menghitung kebaikan yang pernah kita lakukan sewaktu kita masih hidup…saya berpuas hati melihat ramainya penduduk kampung Binjai Manis menghantar jenazah arwah ni ke tanah perkuburan…….
…..dah terlanjur..kita berkumpul ni..Jah, Salim, Sabri..Kartini…saya jemput datang ke rumah sekejap…ada perkara penting nak kita bincangkan….saya pun dah tua…
……saya pun akan mengikut langkah yang sama Tuhan tetapkan iaitu kematian…sebab itulah…saya ingin satukan Sudin dengan Manisah ni…..
…..saya dah bincangkan perkara ni pada Sabri…dia tak ada bantahan pun,” ujar Dato’ Seri Alam dengan panjang lebar.
Malam itu ada perbincangan di kediaman Dato’ Seri Alam. Datin Fatimah isteri kepada Dato’ Seri Alam menyediakan makanan untuk tetamu-tetamu mereka yang datang pada malam itu.

Pak Cik Sabri dan Mak Cik Kartini melahirkan rasa syukur kerana penglibatan Dato’ Seri Alam yang sudi dan banyak membantu mereka di dalam menangani masalah tersebut.

***

“ Salim…Jah…sebenarnya…aku dah memang lama nak berbincang bersama Kartini…emak kandung Sudin ni…tentang rancangan aku nak meminang Nisah tu…tak baiklah rasanya aku membelakangkan emak kandung Sudin, Kartini…lagipun dengan adanya Salim dan kau,Jah bolehlah kita bertukar-tukar fikiran,”

“ Sudin mahu bertanggungjawap,Salim,Jah…jadi aku dan Kartini sebagai emaknya kenalah mendokong tanggungjawap itu…tanggungjawap anak kami jugak..yang telah merosakkan Nisah..waima bersama rakan-rakannya sekali,” ucap Pak Cik Sabri.Mak Cik Kartini tunduk menahan malu.

“ Perkara ini…tidak seharus dipanjangkan…saya tidak mahu penduduk kampung Binjai Manis ni berpecah-belah…lihatlkah apa yang berlaku sekarang ni…kita sesama bangsa bercakaran sesama sendiri…tuduh-menuduh,saman-menyaman….semata-mata mahu menegakkan kita ni berada di pihak yang betul……..
……semakin lama…disebabkan terbawa-bawa gaya hidup yang lebih mementikan materi itu…kita kehilangan budi…amalan pekerti luhur semakin terhakis dan…saya nak nak tuan..puan di sini…..
…..kalau bukan kita yang menegakkan kembali…nilai-nilai murni ni….siapa lagi nak kita harapkan,hah?” soal Dato’ Seri Alam dengan panjang lebar.
Suasana menjadi sepi seketika. Masing-masing mengunyah tentang apa yang telah diucapkan bekas YB itu kepada mereka.

“ Saya menyangjungi penuh sikap Nisah yang mengorbankan cinta tentang kampung Binjai Manis ni…Nisah tak mahu keluarga Sabri dengan keluarga Salim bercakaran disebabkan angkara-angkara anak masing-masing……
…..Nisahlah satu-satu gadis yang sanggup mengorbankan cintanya pada kampung ni…sebab itulah…saya sanggup membiayai perbelanjaan majlis perkahwinannya antara Sudin tu….saya mahu masalah ini diselesaikan dengan baik….tanpa sebarang perasaan dendam,” ujar Dato’ Seri Alam dengan panjang lebar.
Apa yang dikatakan oleh bekas ADUN menusuk sanubari mereka.Pak Ngah Lasim mengerling kepada Mak Ngah Odah yang berprasangku buruk terhadap Manisah satu ketika dahulu.

***

“ Ayah aku dah bawa berbincang dengan bekas YB kita…YB Dato’ Seri Alam…dia sanggup mengeluarkan wang hantaran dan perbelanjaan bagi perkahwinan Nisah dengan aku,”ujar Sudin di luar pondok usang itu.

“ Hei, Sudin…aku nak kau berjanji pada aku..kau akan menjaga Nisah sebaik mungkin…kalau tak disebabkan Nisah tu rosak kerana kau dan kawan-kawan kau kerjakan…belum tentulah Nisah tu jadi milik kau…entah-entah Nisah bakal milik aku,” jerit Hisyam.

“ Janji apa ni,Hisyam..janji apa,hah…Nisah akan memihak pada aku….suka hati kaulah, Hisyam…ibarat ayam berkokok…kokok kau tidaklah senyaring mana..bezanya dengan aku….aku ni ada Dato’ Seri Alam,ayah aku,emak aku yang menyokong aku..tapi kau ada siapa…perjuangan kau hanya sendiri-sendiri…masakan berhasil,” ucap Sudin dalam nada menyindir dan ketawa.

Hisyam berasa dirinya dihina.Darjah kemarahan meningkat secara tiba-tba.Tiba-tiba dia meluru kepada Sudin. Baju T Sudin dicengkamnya dan serentak dengan itu sebuah penumbuk dilepaskan kearah muka Sudin.Sudin cuba mengelak dan terdorong ke depan.

“ Sudahlah, Hisyam…tak guna kita nak bergaduh, sebab seorang perempuan,” ujar Sahak. Jeman meleraikan pergaduhan Sudin dengan Hisyam.

“ Hisyam…kita jangan terlalu kecewa….sebab seorang perempuan….jangan ikut perasaan,” ucap Jeman yang cuba menenangkan perasaan Hisyam.
Hisyam menuju ke basikalnya.Perjalanan pulang berasa lega kerana dapat melepaskan sebuah penumbuk ke muka Sudin kerana merampas Manisah dari tangannya dengan cara yang tidak bertamadun itu.Hatinya memang berasa puas sekali.Malam semakin kelam.

Sewaktu masuk ke laman rumah,Hisyam melihat Pak Ngah Lasim dan Mak Ngah Odah dalam perjalanan pulang. Dari mana mereka?. Hisyam tertanya-tanya dalam hati.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"