Novel : Cinta Masam Manis 15

9 February 2012  
Kategori: Novel

3,143 bacaan 6 ulasan

Oleh : Wardina Aisyah

**15**

"TENGKU DANISH?" Tegur seseorang.
Tengku Danish berpaling. Dahinya berkerut seribu. Di hadapannya berdiri seorang lelaki yang tidak dikenali. Siap tersenyum seolah-olah mengenalinya. Siapa pulak ni? Aku kenal diakah? Atau dia memang kenal aku? Hatinya mula bersuara sendiri.

"Tak sangka jumpa Tengku dekat sini. Tengah tunggu seseorangkah?" ramah pula lelaki itu berkata. Sedari tadi dia melihat tingkah Tengku Danish di situ. Kelihatan agak resah seperti menanti seseorang. Sekejap-kejap mengerling jam tangan. Tentu tunggu seseorang yang penting. Mungkinkah juga lelaki itu tengah menunggu buah hatinya? Tanpa sedar ada api cemburu yang hadir.
Tengku Danish yang masih kebinggungan hanya mengangguk perlahan. Mengiyakan tekaan lelaki di hadapannya. Tiada ayat yang keluar dari bibirnya.
Menyedari air muka Tengku Danish yang dilanda kebinggungan, lelaki itu segera bertanya, "Tengku ingat saya lagikah?"

Semakin bertambah kerutan pada dahi Tengku Danish mendengar soalan daripada lelaki yang kelihatan sebaya dengan usianya itu. Wajah lelaki berkemeja kelabu itu diamati. Cuba mengingati di manakah mereka pernah berjumpa. Namun otak warasnya gagal memproses maklumat mengenai lelaki itu. Cuma apa yang mampu diingati, dia seolah-olah pernah nampak sepasang mata tajam yang merenungnya itu. Tapi di mana, ya?
"My name is Amar. Remember?" ujar Amar London memperkenalkan diri. Lambat pick-up betul si Tengku ni. Macam manalah Qisya boleh terjatuh cinta dengan lelaki lambat pick-up seperti ini? Hmmm…

"Amar? Amar mana, ya? I tak berapa ingat." Jujur Tengku Danish mengakuinya.

"Amar kawan sekampung Qis…" kata-kata Amar London terhenti bila ayatnya dipotong oleh suara seorang wanita.

""Danish! Sorry… sorry… I’m late. Movie tu dah mula ke?" Intan Natasha menghampiri Tengku Danish. Wajahnya dibuat-buat manja seperti budak yang mahu memohon maaf kerana telah melakukan satu kesalahan. Kala melihat wajah manja yang menggoda itu, senyuman pada bibir Tengku Danish melebar. Inilah wanita yang ditunggu-tunggunya sejak dari dulu lagi.

"It’s okey. Lagipun movie tu belum mula pun. Lagi lapan minit baru mula tayangan. I dah beli jus mangga dan pop corn kesukaan you." Tengku Danish mengangkat dua bakul plastik di tangannya. Bibirnya mekar dengan senyuman. Gembira sungguh dia bila Intan Natasha bersetuju keluar menonton dengannya.

Intan Natasha tersenyum senang. Sudah agak lama juga dia tidak keluar berdua dengan Tengku Danish. Seingatnya kali terakhir dia bertemu Tengku Danish sewaktu majlis persandingan Badrul. Itupun hanya sebentar. Jadual pertunjukan fesyen yang terlalu banyak menyukarkan dia untuk keluar bersama rakan-rakan dan keluarga. Mujurlah hari ini dia free. Dapatlah keluar tengok wayang bersama Tengku Danish. Dia sudah pesan pada Qiqish, pembantu peribadinya agar jangan menganggu aktivitinya hari ini bersama Tengku Danish.

Ada jugadia mengajak Syed Aiman untuk pergi menonton bersama. Seperti yang selalu mereka bertiga lakukan dahulu sewaktu masih menuntut di University Of Oxford. Namun lelaki itu seperti biasa dengan seribu satu alasan. Sibuk dengan urusan kerja.

Mata Amar London memandang tepat wajah wanita anggun bergaun putih bunga-bunga kecil itu. Bukankah wanita cantik itu Intan Natasha? Model terkenal tanahair yang mula melakar nama di Luar Negara. Anak kesayangan Datuk Megat Idris, majikan tempat dia bekerja. Bukan main mesra lagi anak manja Majikannya itu dengan Tengku Danish. Siap peluk-peluk lengan lagi. Kalau Qisya nampak kekasih hatinya yang kacak ini keluar berdua dengan wanita lain, tentu sahaja gadis manis itu akan menangis tak berlagu. Mana tidaknya, kekasih hati yang dibangga-banggakannya itu sedang berpeluk-peluk lengan dengan perempuan lain. Bukan sembarangan perempuan pulak tu. Model terkenal yang mempunyai ramai peminat lagi.

Intan Natasha yang mula sedar dirinya diperhatikan mula menoleh pada seorang lelaki yang berdiri di sebelahnya. Matanya yang dilekap dengan contect lens warna biru membulat.

"Amar? What are you doing here?" terjerit kecil Intan Natasha sebaik sahaja terpandangkan wajah lelaki yang sedang memerhatikan dirinya sedari tadi.
Dia kenal lelaki itu. Amar Bin Azman. Staf yang menjadi kepercayaan papanya dalam menerajui bidang kejuruteraan di Megat Corporation Snd.Bhd. Papa selalu puji Amar. Kata papa Amar seorang pekerja yang berkebolehan. Papa bertuah sebab punya pekerja seperti Amar.

"Tunggu kawan. Kita orang ada janji nak lawan main bowling. Dah lama tak nampak Cik Intan datang ke pejabat."
Intan Natasha ketawa kecil. "I busy dengan show. Faham ajelah kerja orang macam I ni. Tak tentu pada masa. Bila ada masa lapang baru I dapat rest. Dapat keluar dengan kawan-kawan pergi tengok movie and lepak-lepak. Ini pun I baru aje balik dari Bali. Ada show dekat sana." Ujar Intan Natasha dengan ramahnya.

Tengku Danish yang hanya jadi pemerhati mula rasa kurang senang. Bukan cemburu tapi rasa kurang selesa kerana dirinya bagaikan terpinggir. Kemudian dia berdehem kecil. Cuba menyedarkan Intan Natasha dan Amar London akan kewujudannya di situ. Dia bukan patung cendana.
Segera dua insan berpaling serentak.

"Oh ya, Amar. Kenalkan ini…" belum sempat Intan Natasha menghabiskan ayatnya, Amar London sudah memotong.

"Tengku Danish." Ujar Amar London.

"Yeah… macam mana kenal?" pelik Intan Natasha. Macam mana Amar London kenal Tengku Danish? Kemudian pandangannya dibuang pada wajah Tengku Danish yang masih berkerut-kerut dahinya. Nyata sangat cuba memerah otaknya untuk mengingati lelaki itu.
Amar London tersenyum. "Actually… I ni teman sekampung Qisya, girlfriend Tengku Danish. I pernah terserempak dengan Tengku Danish dan Qisya dekat KFC alam manda tiga minggu lepas. Tapi, rasanya Tengku Danish tak berapa ingat pasal I." Ujar Amar London selamba. Perkataan GIRLFRIEND yang keluar dari mulutnya cuba ditekankan agar dapat didengar dengan jelas oleh pasangan itu. Dia yakin Intan Natasha tidak tahu tentang hal ini. Air muka Intan Natasha yang ternyata beriak terperanjat itu sudah cukup menjelaskan segalanya.
Tengku Danish? Pemuda itu hanya beriak selamba. Pandai betul dia mengawal keadaan. Membuatkan Amar London dipukul rasa sedikit cemburu melihat lelaki itu. Disebabkan ketampanan dan kekayaan yang dimilikintya, dia cukup senang mendampingi wanita-wanita cantik.

Cis… kalau dia main-mainkan perasaan Qisya, siaplah dia aku kerjakan. Amboi… si Amar London dah mula pasang niat.
Agak terkejut Intan Natasha mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Amar London. Dia berpaling pada Tengku Danish. Pandai sungguh temannya itu cover line. Danish… Danish! Selalu sangat bertukar pasangan. Sudah banyak kali dia menasihati Tengku Danish. Jangan suka sangat main-mainkan perasaan wanita. Namun lelaki kacak itu langsung tak mahu dengar. Malah dengan selamba pula Tengku Danish mengenakan dia.

"I SUKAKAN YOU… YOU BUAT TAK LAYAN PULAK. JADI I CARILAH PEREMPUAN LAIN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN HATI I NI. TAPI KALAU YOU SUDI TERIMA CINTA I… SUMPAH I TAK AKAN CARI PEREMPUAN LAIN."

Itulah ayat Tengku Danish setiap kali dia memberi nasihat.

Patutlah Tengku Danish seakan pernah nampak lelaki itu. Rupanya itulah lelaki yang telah dikelentong hidup-hidup oleh perempuan gila itu. Disebabkan hendak melepaskan diri dari lelaki ini, tak pasal-pasal dia terpaksa menjadi hero dalam cerita yang direka oleh Qisya.

Nada dering telefon bimbit Amar London berlagu dengan kuatnya. Mak ai… besarnya volume. Full volume agaknya. Pantas Amar London memandang skrin telefon bimbitnya. Panggilan dari rakan yang ditunggu.

"Okeylah, Cik Intan. I have to go now. My friend is waiting for me. Bye…" Ujar Amar London penuh dengan lagak seperti hero. Huh! Perasan! Kemudian pandangannya dialihkan pula pada Tengku Danish.

"Sampaikan salam I pada Qisya. Nice to meet you again, Tengku Danish."
Setelah Amar London berlalu meninggalkan mereka berdua, Intan Natasha menyiku lengan Tengku Danish. Bibirnya mekar dengan senyuman sambil keningnya diangkat berkali-kali.

"Who Qisya? Girlfriend baharu you ke?"

"Takde la."

"Alaaa… ceritalah dekat I. Siapa Qisya tu? Ini tentu ganti girlfriend lagi. Danish… kan I dah pesan banyak kali jangan asyik tukar girl……." Belum sempat ayat Intan Natasha habis, Tengku Danish dengan pantas telah memintas.

"Okey my princess… I akan ikut cakap you tu. Dah… jom pergi! Movie dah nak mula ni. I tak nak tertinggal part pertama tayangan."
Tengku Danish berjalan menuju ke panggung wayang yang sudah mula dibuka pintunya. Membuatkan Intan Natasha mengeluh. Lelaki ini… bila tiba bab dia nak bagi nasihat. Pandai sangat dia mengelak.

HUK!HUK!HUK! Qisya menepuk-nepuk dadanya. Seluruh ahli keluarga yang sedang duduk menjamu selera di pondok buatan Tok Ling, member perhatian kepadanya. Tengah sedap menikmati makan tengahari di atas pontok bertikarkan daun mengkuang dan beranginkan angin sepoi-sepoi bahasa, tiba-tiba pula ada suara manusia yang terbatuk akibat tersedak. Memalukan.
Aduh… siapa punya kerjalah yang pergi sebut nama dia time macam ni. Tak tahu ke yang dia tengah makan? Ikut suka hati aje pergi sebut nama dia yang sedap tu. Ini tak lain tak bukan, mesti kerja orang-orang yang dengki dekat dia. Mengumpat! Biasalah… dia kan glamor. Hehehe… perasan!

"Kenapa ni?" Tanya Nek Tee. Nadanya sedikit risau. Pantas air dihulurkan pada cucu kesayangannya itu.
Qisya menyambut air yang Nek Tee hulurkan. Habis satu cawan diteguknya. Almandulillah…

"Entah. Tiba-tiba aje rasa seperti ada sesuatu yang tersangkut dalam kerongkong."

"Hmmm… ini mesti makan tak baca bismillah." Babah bersuara sambil mengambil timun lalu dicecah pada sambal belacan yang ditumbuk. Kemudian dimasukkan ke dalam mulut. Nyam… sedapnya!

"Tak pun cik abang jauh nun di sana sedang merindu. Pasal tu anak sedara mak su ni tersedak. Buah hati sebut nama sebab rindu." Usik mak su.

Dengar sahaja usikan mak su itu, seisi keluarga ketawa. Bukan main seronok lagi pakat ramai-ramai gelakkan Qisya yang sudah merah menyala mukanya menahan geram. Sampaikan di Aqil yang langsung tak tahu apa-apa itu pun bukan main kuat lagi gelak. Ceh… budak kecik ni, macamlah dia tahu kenapa satu keluarga tengah gelak sakan. Main ikut aje.

Inilah yang tak best bila makan ramai-ramai, mesti jadi bahan usikan satu keluarga. Yang jadi tukang usik tak lain tak bukan mesti mak su tersayang. Bukan main suka menyakat anak buah kesayangannya ini. Kadang-kadang rasa nak merajuk aje. Tapi bila difikirkan balik, suasana meriah ini hanya dapat dinikmati bila berada di kampung sajalah.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

6 ulasan untuk “Novel : Cinta Masam Manis 15”
  1. rieda says:

    la…napa pendek sangat?

  2. alahai..klu nk panjang2 masuk dlm blOg akak ye..hehehe

  3. Ita says:

    Kak wardina..blog x leh masuk pun…

  4. Ana says:

    Nape jln cerita citer ni cam drama korea full house je.

  5. ita~ ye ke xle msk??bOle..ce laie..ce laie..hehehe
    ana~ada le sm ckit..klu nk tau lebih lanjut msk blOg..kt c2 update..

  6. jiwang says:

    yelah..pendeknya

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"