
Novel : Cinta untuk sedetik lagi 33, 34, 35
Oleh : Ezza Mysara / s@r@ sassy gurlz
BAB 33
Farafeesa hanya mendiamkan diri tika rakan sekerja yang lain asyik membincangkan tentang annual dinner syarikat yang akan diadakan pada malam nanti. Entah, kalau ikutkan hatinya, terasa malas benar dia hendak menghadiri majlis itu. Sesak kepala otaknya.
Bertambah pula ketika melayan perangai Ezrakil yang terlalu pelik sejak dua menjak ini. Sakit yang dihidapinya ini makin teruk akibat melayan perangai Ezrakil. ‘Entah dari planet manalah mamat ni muncul? Sakit yang sikit makin menjadi-jadi sakitnya.’
“Weh, kau pakai baju apa malam nanti?” Ini sorang lagi, tak padan dengan mak buyung. Sibuk bergaya mengalahkan artis yang hendak menghadiri Anugerah Bintang Paling Porpular sahaja.
“Entah…”
Farafeesa malas hendak melayan topik yang tidak memikat hatinya. Sebenarnya dia sudah plan untuk tidak menghadirkan diri pada majlis malam nanti. Lagipun, dia malas hendak fikir pasal baju, pasal persiapan segala bagai dan pasal office. Dia ingin rehat-rehat sahaja di rumah.
Lagipun dia bimbang jika Faraneesha ingin mengajak dia menemani Luqman di wad nanti. ‘Neesha tengah sedih-sedih, tak kan aku nak bergalak kat dinner pulak.’
“Feesa.. Kau ni kenapa sebenarnya?” Atiq sudah mula merapat. Dia akui sejak dua menjak ini, perangai Farafeesa berubah seratus peratus! Makin kuat menyendiri. Sejenis manusia yang suka simpan masalah sorang-sorang.
“Kenapa apa? Tak ada apa-apa pun…” Tanganya masih laju mengemaskinikan dokumen client.
“Feesa… tak kemananya document tuh.. Orang lain tengah sibuk-sibuk cerita pasal dinner, kau sibuk buat kerja… Sudah-sudahlah tu tunjuk rajin.. Bos memang dah tahu yang kau memang bekerja yang rajin.. Sebab tu dia sayang kau sangat-sangat.”
Atiq tersenyum-senyum menyampaikan kata. Farafeesa mengetap bibir. Balik-balik Ezrakil. Balik-balik Ezrakil… Pi mai pi mai… tang tu jugak yang Atiq suka hendak menyebut.
Apa ada pada Ezrakil tu? Nak kata hensem, Remy Ishak lagi hensem kot.. Nak kata baik… tang mana yang baik kalau kerjanya nak membuli orang ajeh. Pokoknya, tak ada yang menarik tentang Ezrakil di hatinya.
“Atiq, kalau orang lain dengar, boleh bawa maksud lain tau.. Kang tak pasal-pasal kecoh sekampung office ni.. Kau bukan tak tahu department lain tu macam mana…” Farafeesa memperingatkan temannya itu. Malas hendak melayan.. tapi alih-alih pasti terlayan juga perangai kecoh Atiq ini.
‘Suka sangat mengosipkan aku dengan Ezrakil… Aku tak sukalah mamat tu.. Sebab dia sentiasa perasan bagus dalam serba-serbi.. Kot ya pun bagus, tak perlu nak menunjuk sangat kot…Huh!!!’
Persoalan Farafeesa sekarang ialah, kenapa Atiq suka benar mengosipkan dirinya dengan Ezrakil? Kenapa tidak rakan pejabat yang lain? Ramai lagi lelaki? Kenapa lelaki itu? Kalau hanya sebab harta, memang Ezrakil punya kelebihan berbanding yang lain-lain. Tapi dia bukan sejenis perempuan yang memandang pada harta atau paras rupa. Lagipun, Ezrakil tidak akan mampu memiliki hatinya. Kerana awal-awal lagi telah disorok hatinya ini dari gapaian sesiapa pun dan dia juga pasti yang lelaki seperti Ezrakil bukan memandang perempuan spesis sepertinya.
“Hah, senang sikit… tak payah susah-susah buat kenduri lagi.. kita combine je kenduri kahwin kau masa annual dinner malam nanti… Senang kerja, habis cerita.” Selamba badak dia mengutarakan pendapat. Atiq tergelak besar.
Farafeesa mengigit bibir. Tanpa berfikir panjang, terus dia membaling pen yang sedari tadi menari di tangannya. Atiq laju sahaja mengelak namun pen tersebut terkena pada muka Ezrakil yang tiba-tiba muncul dari arah belakang.
“Aduh!”
Bagai dipanah petir, segera Farafeesa bangun dari duduknya. Ketawa Atiq terus mati. ‘Bila masa pulak mamat ni boleh muncul? Ish, pantang sebut.. pasti muncul.’
“Bos, bos tak apa-apa?” Cepat sahaja dia mendapatkan Ezrakil. Dia mengetap bibir. Geram dengan Atiqah!! Tak pasal-pasal pen yang dibaling terkena muka bosnya sendiri.
Farafeesa menjeling sedikit ke arah Atiq. Ingatkan mak buyung itu cuak, tapi boleh pulak dia tersenyum macam kerang busuk. Hampeh!!! ‘Untung saja kau mengadung Atiq, kalau tak memang dah lama kena belasah! Nanti tak pasal-pasal aku pulak yang jadi mak bidan tak bertauliah!’
“Ganasnya awak ni Feesa…” Ezrakil meraut beberapa kali wajahnya. Perit!
“Err sorry sangat-sangat bos…. saya tak sengaja.. Lagipun saya…” Kata-katanya terhenti. Tidak jadi hendak meneruskan ayat. ‘Tak akan nak cakap Atiq menggosipkan mereka berdua. Tak pasal-pasal dapat masalah baru nanti!’
“Tak apalah Feesa… tapi kesian suami awak nanti.” Ezrakil mengeleng-gelengkan kepalanya sedikit.
“Kenapa dengan suami saya nanti?”
“Yalah.. saya masuk office lambat pun kena baling dengan pen.. Kalau suami awak balik kerja lambat, mahu kena baling dengan periuk belanga kan…” Usik Ezrakil sengaja. Dia terlalu merindui Farafeesa yang dahulu. Yang kuat menyakat dan kuat menjawab.
Farafeesa buat muka kelat. Sakit di hati tak usah dicakaplah… Bukan rasa nak baling periuk sekarang, tapi nak baling si Ezrakil ni ke tingkat bawah. Tiba-tiba datang idea nakal.
“Aish.. kalau dia berani balik lambat, dengan dia-dia saya baling ke luar rumah.” Hah, ambik kau! Terbeliak mata Ezrakil.
“Hahhh…!!!” Ezrakil terkejut. Sudah lama Farafeesa tidak menjawab sebegini rupa. Sejak dua menjak ini, gadis ini makin menyepikan diri. Senyuman manis mula lahir di wajah Ezrakil.
“Garangnya!” Komen Ezrakil selamba.
“Memang kena garang dengan lelaki ni.. Kalau kita baik dia akan naik lemak, lepas tu mulalah jadi tamak!” Banyak pula idea nak menjawab. Farafeesa juga sudah terasa rindu hendak mengenakan bosnya itu.
Ezrakil ketawa kecil. ‘Alhamdulilah.. dia sudah mampu tersenyum.. kalau dengan membelasah aku dapat membuatkan dia gembira dan ketawa, aku rela menjadi mangsanya. Belasahlah diriku ini semahumu, namun rasa cinta aku padamu tidak akan pernah pudar ditelan rasa.’
“Saya ni jenis yang tak tamak.. Jenis setia pada yang satu. Kiranya, boleh memenuhi piawaian awaklah ya..” Kali ini giliran Farafeesa pula yang membulatkan mata. Terkejut tahap king kong.
Atiq menutup mulutnya untuk menahan tawa. Kelakar melihat gelagat mereka berdua ini. Farafeesa dengan keras kepalanya. Ezrakil dengan sikap control machonya. Memang menjadi sangat.
“Saya bergurau je.. tak payahlah awak gadaikan mata awak tu untuk saya Feesa.” Farafeesa menyumpah seranah dalam hati. ‘Memang nak kena lempang mamat ni!!!’
“Eleh, saya pun sayang lagilah mata saya ni..” Menjawab-menjawab. Itulah ajelah kerjanya. Farafeesa mula angkat kaki. Bertelagah dengan bos sendiri, memanglah payah nak menang! Kang tak pasal-pasal kena potong gaji. Ezrakil ni bukan boleh kira. Kedekut tak ingat dunia. Segala benda kena catu!
“Yalah.. awak nak guna untuk pandang saya kan…” Perlahan namun sempat singgah di cuping pendengaran milik Farafeesa. Sembilan puluh darjah dia berpaling. Mencari wajah Ezrakil.
‘Alamak… dia dengar ke?’ Ezrakil cepat-cepat berpaling ke arah Atiqah. Cuba mengawal keadaan yang seakan-akan tidak menyebelahinya kali ini.
“Err… Atiq, macam mana dengan persiapan hotel untuk annual dinner malam ni? Saya tak nak dengar sebarang masalah masa majlis berlangsung.” Suaranya diseriuskan. Tidak mahu membenarkan Farafeesa terus mengacau-bilaukan perasaannya. Semua urusan melibatkan majlis malam ini telah diserahkan bulat-bulat kepada Atiqah dan Sumayyah. Tidak sedikit pun dibenarkan Farafeesa mengambil alih tugas tersebut walaupun sebelum ini, Farafeesa yang banyak mengelola majlis seperti ini.
Tanpa pengetahuan gadis itu, dia sebenarnya sudah merancang sesuatu. Sesuatu yang bakal merubah hidup mereka berdua. Dia sudah tidak betah menunggu lagi. Dia akan suarakan rasa hatinya malam ini jugak!
Mujur sahaja Atiq banyak membantu. Dia tidak hairan lagi jika Atiq mengetahui rahsia hatinya. Kerana malam ini, semua orang akan menjadi saksi kasih sayangnya pada Farafeesa.
“Semuanya berjalan dengan lancar bos…” Atiq mengenyit sedikit matanya. Menghantar pesanan yang malam ini akan menjadi malam teristimewa buat Ezrakil.
“Bagus… jangan lupa bawak cik abang kamu sekali.” Ezrakil tersenyum senang. Lega sedikit hatinya. Kemudian kakinya melangkah pula ke meja Farafeesa. Tak tahulah sama ada sedang betul-betul sibuk atau buat-buat sibuk.
“Awak datang dengan siapa malam ni?” Serius sahaja nada suaranya.
“Erk… saya tak pasti lagi….”
“Saya nak dengar jawapan yang pasti?” Gesa Ezrakil serius. Farafeesa mengeluh dalam hati. ‘Tak habis-habis perangai mendesak dia ni?’
“Saya datang sorang bos…” Entah, dia memang terfikir nak ponteng annual dinner ni. Nanti balik mesti penat. Esok nak kerja lagi. Lagipun, dia memang malas hendak melayan semua agenda yang telah diberitahu oleh Atiq tempoh hari.
Ada kejutanlah, ada kelainanlah, pokoknya ada macam-macamlah. Sesungguhnya sangat malas! Nanti petang, dia akan buat-buat pening. Nanti tak payahlah menghadiri majlis tersebut.
“Jangan awak ada niat untuk tak datang pulak?” Tembak Ezrakil tiba-tiba. Membulat mata Farafeesa dibuatnya apabila mendengar kata-kata Ezrakil. Bila lelaki itu sudah angkat kening, Farafeesa sudah mula rasa pening!
“Err… kenapa saya kena buat macam tu pulak?” Macam manalah Ezrakil boleh membaca apa yang berada di fikirannya sekarang. Sejak bila pula serkap jarang Ezrakil mengena?
“Saya faham sangat awak ni Feesa… sekilas awak bergerak, saya dah tahu apa yang awak fikir.” Farafeesa mencebik. Menyampah, meluat, menggelikan dan mengada-ngada sungguh!
“Okay, then apa yang saya tengah fikir sekarang?” Cabar Farafeesa berani. Atiq hanya bertindak sebagai pemerhati. Terlebih sampuk karang, ada pula si Feesa menyumpah seranahnya.
Ezrakil tersenyum sedikit. Namun itu sudah cukup untuk memperlihatkan kekacakkannya.
“Awak sakit kan?” Berubah air muka Farafeesa. ‘Macam mana mamat ni boleh tahu?’ Hati Farafeesa mula bergetar hebat. Atiq juga ikut turut terkejut. Terus dia berpaling ke arah Farafeesa. Memang sejak dua menjak ini muka Farafeesa pucat dan adakalanya diserang ruam di wajah cantiknya.
“Macam mana bos boleh tahu?” Tak mahu tanya tapi terpaksa juga bertanya. ‘Memang betul ke dia ni boleh baca fikiran aku?’
“Hah, kan betul saya cakap saya boleh baca apa yang awak fikir… Comfirmlah awak sakit hati dengan saya sekarang..” Oh… sakit hati rupanya. Memang pun… Bagai hendak tercabut hati miliknya ini. Farafeesa mendengus kasar. Sudah dua kali hampir-hampir hendak terkantoi. Sampai bila dia akan selamat?
Atiq mula dapat merasakan kelainan berdasarkan respon Farafeesa. Mula rasa ada yang tidak kena dengan gadis itu. ‘Adakah Farafeesa memang betul-betul sakit?’ Acap kali dia menemui Farafeesa di hospital. Macam-macam alasan diberikan. Adakah ini jawapan kepada persoalannya dulu?’
“Memang sakit hati pun… kalau sakit hati ni tak hilang sampai ke malam, alamatnya tak dapatlah eden nak datang annual dinner tu.” Ugut Farafeesa berani. Kali ini riak wajah Ezrakil pula yang berubah.
“Awak jangan berani ya…” Cuak muka Ezrakil. Siapa suruh banyak cekadak sangat tadi.
“Eh, suka hati sayalah….” Sentiasa ingin menang. Buat macam office sendiri pulak.
“Farafeesa, kalau awak tak ada pukul lapan malam dekat hotel malam ni, saya datang jemput dekat depan rumah awak nanti.” Muka, suara, tingkah laku Ezrakil dikala ini, tersangatlah serius!
“Jangan berani cabar saya!”
Ezrakil kembali memberikan ingatan kepada si gadis. Mahu tak cuak mendengar kata-kata Farafeesa. Kalau gadis itu tidak menghadirkan diri, segala yang dirancang untuk malam ini pasti akan musnah. Dia sudah terlalu bersedia untuk malam ini. Lagipun, dia bimbang andai tidak punya kekuatan lagi untuk dikumpul, untuk meluahkan perasaannya kepada Farafeesa di kemudian hari.
Bergaduh mengalahkan orang bercinta. Siap ada ugut bagai lagi. Usai Ezrakil berlalu, Farafeesa mencebik. Dia menghempaskan badan ke kerusi miliknya. Mungkin merawat hati yang kesakitan.
Tergeleng-geleng kepala Atiq melihat pergaduhan mereka berdua ini. Tangannya mengusap lembut perut miliknya. Tidak mahu bayi dalam kandungannya mendengar suara orang dewasa yang tidak matang ini. ‘Aish, semua orang akan jadi tak matang ketika bercinta meyh.’
“Feesa, kau okay ke tak ni?” Atiq merapati Farafeesa yang sedang memagung kepalanya dengan kedua belah tangan itu.
“Tak okay.” Jawab Farafeesa jujur.
“Lah, kenapa pulak?”
“Aku tak ada baju nak pakai malam ni…” Keluh Farafeesa. Nampak kusut benar.
“Lah, kau tak cari lagi ke?”
“Sebenarnya aku memang rancang tak mahu pergi pun.” Jelas Farafeesa selamba.
“Hah!” Terkejut Atiq dibuatnya. Sampai macam tu sekali.
“Sekarang kau kena teman aku cari baju untuk malam ni.. Lunch karang kita pi cari. Mati aku kalau betul-betul mamat tak bertuah tu terkam rumah aku.. Naya je kena dengan ibu aku nanti.”
Atiq tersenyum. Senang dengan kata-kata Farafeesa itu. Moga-moga segala perancangan malam ini akan berjaya dengan lancar. Dia sangat berharap agar Farafeesa dapat menerima Ezrakil sepenuh hati. ‘Untungnya kalau ada orang sayang… tapi aku lagi beruntung sebab aku dah ada bukti tanda sebuah kasih.’ Perutnya diusap lagi. Wajahnya tersenyum tanda senang hati. Tiba-tiba teringatkan suaminya. Rindu tiba-tiba mencengkam hati.
BAB 34
Ezrakil berjalan ke hulu hilir. Hatinya resah semacam. Jam sudah mencapai angka 8.15 namun kelibat Farafeesa langsung tidak kelihatan. ‘Apa aku nak buat sekarang?’ Aish.. bukan badan sahaja yang tidak duduk diam, hatinya juga bagai tidak cukup tempat hendak bergolek. Terlalu menahan debar.
“Bos… relekslah ….” Atiq cuba menenangkan bosnya itu walaupun dia juga sedang menahan getar yang sabar. ‘Apasal aku pulak yang berdebar ni? Patutnya aku releks-releks je? Hmm, mungkin sebab aku tak sabar nak tengok bos melamar Feesa.’
“Macam mana saya nak releks.. dah pukul berapa ni? Kejap lagi majlis nak mula. Daddy saya pun dah nak sampai tau. Tapi kelibat dia langsung tak ada. Saya berani tunggu sampai pukul 8.30 je. Kalau dia tak ada lagi, saya memang pergi serang rumah dia. Apa nak jadi, jadilah..”
Melopong Atiq mendengar kata-kata Ezrakil. Lelaki itu memang kelihatan sangat gelisah dan gundah. ‘Feesa, aku tabik gila kat kau sebab dapat buat bos kelam kabut sampai macam ni sekali. Minah ni pun satu, manalah dia ni? Tadi kata memang confirm nak datang.’
“Cuba try call dia?” Gesa Ezrakil tidak sabar.
“Dah try… tapi tak ada orang angkat.” Sudah hendak tercabut tangan Atiq mendail nombor Farafeesa. Kalu keypard telefonnya tercabut, memang dia akan claim dengan Farafeesa.
“Mana dia pergi ni?” Tanya Ezrakil lagi. Tapi lebih kepada diri sendiri sebenarnya.
“Mana saya tahu bos…” Atiq buat muka tak bersalah. Sememangnya kerana dia benar-benar tidak bersalah.
‘Asal Feesa tak datang lagi ni? Dah siap beli baju cantik-cantik lagi… membazir je… dah lah aku sponsor separuh kot…’ Kali ini Atiq pula yang kegeraman. Tetamu sudah ramai yang hadir. Para pekerja pula sudah mula mengambil tempat masing-masing. Sekarang hanya menunggu Datuk Efendi sahaja. Dan sudah tentulah Ezrakil sedang menunggu ketibaan VVIP di hatinya.
“Feesa…feesa… dalam banyak-banyak perkara, kenapa awak pilih untuk menyusahkan hati saya.” Rungut Ezrakil geram. Dia sudah tidak boleh terus menunggu. Dia memang perlu serang rumah Farafeesa sekarang. Mujurlah dia memang sedia tahu rumah gadis itu.
“Salah tu… Saya tak pernah menyusahkan bos… apatah lagi hati bos..” Tanpa menunggu lama, terus Ezrakil berpaling. Farafeesa!
“Feesa, awat lambat sangat hah?” Bisik Atiq geram. Hendak sahaja disepak perempuan ini. Sebab Farafeesa, kelam kabut dia dibuatnya. Huru hara bos jadinya.
“Kau ingat senang ke nak bersiap pakai benda alah ni? Susah tahu tak, kalau aku hilang kesabaran tadi, memang dah selamat aku tidur tau.” Giginya diketap sedikit. Menjawab persoalan teman sepejabatnya itu.
Mahu tak lama untuk bersiap. Drees labuh ni dah lah membuatkan dia susah nak berjalan. Lepas tu cerewet pulak nak memakainya. Bukan boleh main sarung je. Ditambah pulak dengan selendang lilitan Faraneesha yang hampir membuatkan dia tercekik ini. Bertambah-tambahlah lambat… Bukan itu sahaja, mukanya yang selalu dibiarkan natural itu juga selamat dibelasah oleh kakak dan adik-adiknya.
“Weh, ni bukan nak pergi dinner ni.. ni nak pergi parti zombi nih…” Itulah ayat pertama yang keluar dari mulutnya setelah melihat keadaan dirinya di hadapan cermin.
‘Betul ke aku ni? Tak macam aku pun?’ Nak kata buruk itu tidaklah.. tapi kalau nak kata cantik tu macam pelik pulak. Serius rasa macam zombi hidup balik! Ini betul-betul kerja GILA!
“Tak mahulah pakai baju ni.” Ingin sahaja dicabut segala bagai yang tersarung dibadannya. Namun dihalang keras oleh Faraneesha dan adik-adiknya.
“Weh, mata akak tu yang buta… Kak Ngah dah cantik macam bidadari dah.. pi cepat kak ngah…” Gesa si Fatin sambil menolak tubuhnya keluar dari bilik.
“Cepat, aku hantar kau.. kebetulan aku pun nak pergi hospital tengok Luqman.” Arah Faraneesha pula. Akhirnya dia teruskan langkah dengan hati yang sebal. Mujur sahaja Faraneesha tidak kisah jika dia hendak menghadiri majlis ini. Dia bukan apa, takut ibu berfikir yang bukan-bukan sahaja. Nasib baik ibu ke rumah mak lang.. Jadi tak adalah segan sangat jika hendak keluar dalam keadaan seperti ini.
Dan sekarang, Farafeesa sedang berhadapan dengan Ezrakil. ‘Sudah… aku dah cakap macam zombi… Kalau tak, tak kanlah si Ezrakil ni pandang aku macam nak tembus! Asal aku boleh terperangkap dengan mamat ni lagi?’ Keluh Farafeesa apabila dia melihat kelibat Atiq yang sudah mula menghilang dari pandangan. Mungkin mengejar ketibaan VIP yang akan tiba sebentar lagi.
“Eh, nak baliklah…” Farafeesa mula mengangkat kainnya sedikit. Tidak rela membenarkan Ezrakil terus merenung wajahnya yang terasa sungguh hodoh ini. Perasaan malu menebal dalam diri.
“Eh..eh..eh… tahu tak saya dah tunggu lama… Belum masuk dewan lagi dah nak balik! Banyak cekadak awak!” Ezrakil sudah mula menghamburkan rasa marahnya. Sebenarnya sedang mengawal rasa malu kerana memadang Farafeesa tak berkelip tadi.
Sungguh, Farafeesa kelihatan sungguh cantik. Tersangat cantik di matanya! Makin ramai yang tengok Farafeesa sebegini, makin ramailah yang akan tertawan. Sungguh Ezrakil tak sanggup untuk bersaing dengan sesiapa pun.
‘Tanpa saingan pun, kedudukan aku goyah… inikan pula jika ada persaing!’ Hati Ezrakil berdegup di luar kebiasaannya. Susah hendak mengawal rasa jika berdampingan dengan Farafeesa ini.
“Habis tu, kenapa bos pandang saya macam pandang Zombi?” Ezrakil gelak besar manakala Farafeesa terkulat sendiri.
“Kalaulah betul awak ni macam Zombi, awaklah Zombi yang paling cantik sekali Feesa… Tapi dalam kalangan zombi jelah.. dalam kalangan manusia, awak dikira biasa-biasa aje..” Farafeesa buat muka tak puas hati.
“Sampai hati bos…” Dah agak sangat dah. Kalau Ezrakil memuji, pasti punya maksud yang tersirat sahaja. Tak pernah puji betul-betul. Semua pujian dalam kurungan sahaja.
“Zombi pun saya tak pernah jumpa Feesa… Awak je satu-satunya Zombi yang pernah saya jumpa.. Tapi awak jangan ambik otak saya pulak.. ” Aduh.. Macam-macam ragam.
“Ambik otak buat apa… bukan boleh pakai pun otak bos tu,… Baiklah ambil hati..” Tiba-tiba Farafeesa tercengang sendiri.
“Oh.. nak ambil hati.. So sebagai sistem barter, saya pun kenalah ambil hati awak pulak.” Ezrakil sendiri tidak pasti sama ada Farafeesa memang terlepas cakap atau memang tersalah cakap.
“Lah, maksud saya setiap pekerja mestilah pandai ambil hati bos dia orang…” Farafeesa mula perbetulkan kembali mana-mana ayatnya yang tersilap.
“Kalau semua pekerja ambil hati, kesianlah kat bos.. sebab tak ada hati lagi.” Ezrakil mengawal balik situasi ini. Dia kena bersabar untuk menakluki pemilik hati gadis yang bernama Farafeesa ini. Dia mula mengatur gerak, melarikan langkah ke dewan utama.
“Alah, bos memang tak pernah ada perasaan pun kan…” Ayat itu spontan keluar dari mulutnya. Namun seketika dia baru tersedar yang dia sudah terlepas kata. Dibawa tangan kanannya melempang sedikit mulutnya yang laser itu. ‘Macam mana boleh terlepas cakap nih?’
Terus terhenti langkah kaki Ezrakil. Dia berpaling mengadap bidadari hatinya itu. Sekarang, nak telan air liur pun Farafeesa rasa tak berani. Pandangan Ezrakil tajam bagai mengalahkan pedang!
“Selama ni awak fikir saya macam tu ke?” Suara Ezrakil yang serius itu membuatkan Farafeesa terkebil-kebil sendiri.
“Err…” Tak tahu ayat dari drama mana yang perlu dicedok. ‘Tulah, cakap tak pernah fikir.. lepas cakap baru fikir.. ini namanya fikir masalah..’
“Saya tak kisah apa yang awak pernah fikir pasal saya sekarang mahupun yang sebelum ni… tapi yang pasti, pemikiran awak tentang saya selepas ini akan berubah seratus peratus…” Suara Ezrakil memang sangat-sangat serius.
“Tetamu VIP dan sampai… tetamu VVIP yang dua orang lagi ni bila nak masuk ke dewan.” Kemunculan Atiq itu mematikan perbualan mereka. Serentak mereka berdua berpaling. Farafeesa melafaskan rasa syukur. Mujur ada Atiq!
“Datuk cari bos tadi…” Ujar Atiq apabila Ezrakil lalu dihadapannya. Pelik sahaja bila Ezrakil menonong sahaja. Sedikit pun tidak memberi respon.
“Korang bergaduh lagi ke?” Walaupun dia memang sudah sedia sibuk, tapi dia masih ingin menyibukkan diri dalam perkara yang melibatkan Ezrakil dan Farafeesa.
“Mana ada…” Dalih Farafeesa sambil memulakan langkah.
“Habis tu, asal muka bos macam tu?”
“Apasal kau tanya aku? Muka bos kan.. pergilah tanya bos sendiri..” Ini yang mampu membuatkan Farafeesa angin satu badan nih. Bukan salah dia tapi dia pula yang dipersalahkan. Bila muka Ezrakil tegang, dia pula yang menjadi mangsa kaunter pertanyaan tak bergaji.
“Sebab… hanya kau sorang je yang mampu buat bos buat muka bos cemberut macam tuh.” Sela Atiq selamba. Farafeesa kembali tercengang!
“Korang ni kan… bergaduh mengalahkan laki bini tau.” Tambah Atiq lagi.
“Mana ada kita orang bergaduh….” Berjeda sedikit ayatnya.
“Habis tu apa?”
“Hampir bergaduh jeh…” Atiq menepuk dahi. Farafeesa buat muka tak bersalah.
“Kau ni, buat spoiled mood bos jelah…” Rasa hendak diluku kepala Farafeesa tika ini. Tak boleh ke kalau sekali dia menyenangkan sedikit hati Ezrakil.
“Asal bos nak spoiled mood pulak?” Tiba-tiba Atiq tersedar sendiri. Bimbang juga kalau tersalah cakap nanti. Buruk padahnya.
“Jomlah masuk dewan… dah lewat sangat dah ni…” Dia cuba lari dari topik dan cuba lari dari Farafeesa. Mereka cepat-cepat mengambil tempat apabila masuk ke dalam dewan. Farafeesa mula segan sendiri apabila banyak mata-mata yang sedang memandangnya.
“Asal aku rasa macam semua orang pandang aku.” Aish Farafeesa nih… mulalah nak perasan tuh.
“Sebab kau cantik sangat Feesa…” Puji Atiq ikhlas. Sememangnya Farafeesa memang cantik dalam kelas tersendiri. Ditambah pula dengan selendang berbunga yang menyerlahkan lagi warna kulit Farafeesa. Merahnya mak ngah!!! Tapi memang tip top.
“Kau tak payahlah puji aku sangat…”
“Aku mana ada puji kau… aku puji baju yang aku sponsor tuh.” Farafeesa mengetap bibir. ‘Ada jugak yang bersalin sekarang kang!!!’
“Eleh, kau bayar separuh je kot.. Kalau ikutkan hati aku, memang aku tak mahu beli baju nih… Mahal gila…” Orang lain sibuk duk mendengar ucapan daripada Datuk Effendi. Mereka asyik bercakaran sesama sendiri. Mujurlah volume suara mereka boleh diperlahankan.
“Bukan baju tu yang mahal tapi sebab kau tu kedekut sangat… sesuai sangatlah dengan bos tu… tapi yang malang pastilah anak korang.. segala benda kena catu.” Dicubit sedikit lengan Atiq. Cakap tak berfikir panjang langsung. Dengan Ezrakil? Oh tidak… walau fikir sejuta kali pun, jawapannya tetap TIDAK!!!
Satu, sebab dia memang tidak punya apa-apa perasaan terhadap Ezrakil. Dua, sebab dia memang tak pernah terfikir untuk berkahwin. Apatah lagi setelah mengetahui akan penyakit yang dihidapinya ini. Tiga, sebab dia dan Ezrakil beza macam planet marikh dengan planet pluto! Terlalu berbeza.. Tak kamceng… tak ngam…
Usai ucapan ringkas daripada Datuk Effendi, majlis diteruskan dengan acara persembahan beberapa artis yang tidaklah terlalu ternama. Farafeesa tak cakap banyak, dia hanya makan dan makan sahaja.
“Oit.. kau ni macam setahun tak makan.” Terhenti suapan Farafeesa mendengar kata-kata dari Atiq.
“Mengata aku.. kau pun sama…” Mungkin ingat tiada orang yang perasan dengan tindak tanduknya itu.
“Aku lainlah.. aku makan untuk dua orang…” Farafeesa hanya tersenyum sahaja. Melayan Atiq membuatkan dia tidak terlalu memikirkan akan penyakitnya. Hilang segala gundah bila Atiq akan sentiasa membuatkan dia ketawa. Lagipun, Farafeesa sudah bertekad untuk bangun dari segala rasa sedih.
“Weh, apa kata kalau aku balik dulu?” Usul Farafeesa mula kebosanan. Makan sudah, kenyang pun sudah. Hendak menunggu apa lagi?
“Eh.. mana boleh.. lepas ni ada game tau..” Farafeesa buat gaya menguap. Konon-konon seperti sudah terlalu mengantuk.
“Machaster United lawan Barcelona ke?” Game apalah yang best sangat agaknya. Kalau betul-betul bola sepak, dia memang malas hendak melayan. Bukan citarasanya. Daripada main bola sepak, lebih best kalau dapat sepak bos.. hehehe..
“Kau ni kan, mana boleh campur liga perdana english dengan liga sepanyol…” Farafeesa tayang gigi. Susah bercakap dengan peminat bola ni. Al-maklumlah, suaminya pemain bola sepak terkemukalah katakan.
Tiba-tiba dewan besar ini menjadi kecoh dengan tepukan gemuruh dari para tetamu. Farafeesa mula pelik sendiri. Ialah, sedari tadi dia memang tidak mendengar langsung apa pun bicara yang keluar dari mulut pengacara majlis.
“Weh, apasal kecoh-kecoh ni?” Tanya Farafeesa. Ingin menyemak sekali di dalam kekecohan yang melanda.
“Kau nampak tak balang kaca tu… Dalam tu ada nama semua staf dan semua para tetamu… pengacara tu akan undi dan baca nama siapa yang akan menjadi mangsa…” Ayat Atiq berjeda sedikit.
“Jadi mangsa untuk apa?” Eh mak buyung ni.. dia main sangkut-sangkut pulak..
“Mangsa untuk menyanyi di atas pentas..” Kali ini Farafeesa melopong besar. Tika tangan pengacara majlis sudah berada di dalam balang kaca, Farafeesa sudah berkira-kira untuk bangun. Dia tidak mahu kalau ikut turut terjebak dalam permainan tak bertauliah ini.
“Weh, kau nak pergi mana?” Mujur sahaja dia sempat menangkap Farafeesa yang sudah mula ingin bangun.
“Aku nak baliklah… ini semua kerja gila tau.. kalau nama aku yang kena panggil macam mana?” Mengelabah gadis itu dibuatnya.
“Alah, relekslah yang oit… aku kan orang yang handle majlis ini.. Nama kau dan aku, memanglah aku tak letak.. Lagipun aku memang tahu yang kau failed bab-bab ni. Aku pun tak mahu penonton dengar suara kau yang sumbang mahram tu..” Lega Farafeesa dibuatnya. Namun sempat ditumbuk lembut bahu kawannya itu. Sesedap rasa sahaja mengutuknya.
“Nama yang bertuah adalah……” Jeng Jeng Jeng!!! Entah kenapa Farafeesa yang tidak dapat menahan debar.
“Encik Ezrakil…!” Sejurus kemudian satu dewan bersorak sambil menepuk tangan. Riuh gempita dibuatnya. Terus Farafeesa melarikan pandangan ke arah Ezrakil. Lelaki itu nampak seperti agak terkejut namun masih berlagak selamba.
“Bos kena nyanyilah…” Atiq kelihatan teruja benar.
“Amboi.. ingat sikit laki kau yang ada kat sebelah tu..” Atiq ni macam staf-staf perempuan yang lain juga. Sentiasa teruja bila perkara itu melibatkan Ezrakil. Kalau bujang, bolehlah buat perangai macam tu tapi ni mak buyung kot… Aish.. Tak sesuaiiii….
“Gila sporting bos nih!”
Semua staf kelihatan tak sabar hendak mendengar nyanyian daripada Ezrakil. Farafeesa biasa-biasa aje. Kalau betul suara lelaki itu sedap, dia tidak akan lokek dengan pujian. Namun kalau tak sedap, memang tak lokek juga dengan kutukan. Tunggu jelah…
Ezrakil kelihatan seperti membincangkan sesuatu bersama-sama dengan pengacara majlis. Mungkin berbincang tentang lagu yang bakal dinyanyikan oleh Ezrakil sebentar sahaja lagi. Tak nampak macam malu-malu dan gabra langsung! Memang sejenis lelaki yang suka control macho tak ingat dunia.
‘Hehehe.. Bab mengutuk bos, aku memang teror…’
“Kau agak-agak bos akan nyanyi lagu apa?” Tanya Atiq sambil memperlihatkan sifat terujanya. Senyuman manis tak lepas dari wajahnya.
“Lagu negaraku kot…” Spontan dia menjawab sambil ketawa.
“Bongoklah kau ni Feesa… sekali-sekala cubalah serius sikit.” Makin menjadi-jadi tawa milik Farafeesa.
“Dah tu kau tanya aku, manalah aku tahu dia…” Belum sempat Farafeesa menghabiskan ayatnya, suara yang bergema mematikan perbualan mereka berdua. Terus mata mereka menghala ke arah pentas. Ezrakil sudah pun mengambil tempatnya.
“Lagu ini saya tujukan kepada seseorang yang amat saya sayang….” Kata-kata itu tidak pelik sebenarnya. Tapi yang pelik ialah pandangan mata Ezrakil yang terarah kepadanya. Sehinggakan satu dewan mula mencari arah pandangan mata Ezrakil itu. Farafeesa mula telan air liur. Tuih… Pahit sungguh!
Farafeesa mula buat-buat bodoh sedangkan hatinya sungguh tertanya-tanya. ‘Janganlah bos buat benda bodoh!’ Farafeesa mula mengigit bibir. Malu bila mendapat perhatian dari mata-mata yang memandang.
“Walau saya hanya punya sedetik lagi pun, saya hanya mampu dan pandai menyintai awak sorang sahaja….” Terpaku Farafeesa mendengar kata-kata Ezrakil itu. Adakah ini maksud kata-kata Ezrakil tadi.
‘Saya tak kisah apa yang awak pernah fikir pasal saya sekarang mahupun yang sebelum ni… tapi yang pasti, pemikiran awak tentang saya selepas ini akan berubah seratus peratus..’ Kata-kata Ezrakil tadi bermain dibenaknya. Apatah lagi mata-mata di dalam dewan mula memandang pelik ke arahnya.
“Terimalah lagu ni… ikhlas dari hati saya….” Alunan muzik mula memainkan iramanya. Sungguh, hati Farafeesa mula rasa hendak tercabut dari tempat duduknya.
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Sepanjang lelaki itu menyanyi, pandangannya hanya diarahkan ke wajah Farafeesa. Seisi dewan mula sudah berbisik sesama sendiri. Mentafsir gelodak rasa milik Ezrakil. Hendak sahaja Farafeesa bangun nak keluar dari dewan besar ini namun pegangan tangan Atiq di jemarinya membantutkan semuanya.
‘Apa masalah yang sebenar ni sekarang?’
Usai Ezrakil menghabiskan nyanyiannya, terus Farafeesa angkat kaki. Keseronokan seisi dewan bersorak hingga menyebabkan ramai yang berdiri membuatkan dia senang melarikan diri dari Ezrakil.
‘Ya Allah.. aku berharap sangat yang aku terperasan sahaja. Moga-moga luahan hati itu bukan untuk aku.. Tolonglah aku.. Macam mana aku hendak berhadapan dengannya jika semua ini memang benar-benar satu realiti?’
Farafeesa terus angkat kaki. Cuba lari daripada masalah hati ini. ‘Memang aku boleh lari dari masalah tapi boleh ke aku menyorok dari masalah? Masalah ini pasti akan menghantui hidup dan mimpiku!’ Ah… kusut sungguh!
BAB 35
Ezrakil terus keluar dari dewan besar tika dia menyedari kehilangan Farafeesa di tempatnya. Bila ditanya kepada Atiq, hanya gelengan sebagai jawapan. ‘Kenapalah minah ni susah sangat nak duduk diam?’
Ezrakil hilang dalam keriuhan dewan. Dia keluar dari dewan untuk menjejaki kelibat Farafeesa. Nampak sahaja kelibat Farafeesa, terus Ezrakil menjerit. Tidak peduli dengan orang yang lalu lalang di sekitar hotel.
“Feesa…. tunggu…!!” Jeritan Ezrakil mematikan langkah panjang milik Farafeesa. ‘Tak kan lah semua ni memang betul-betul terjadi kot? Kenapa semua ni boleh berlaku? Kenapalah aku selalu terjebak dengan mamat sengal ni?’ Farafeesa sedikit pun tidak mengendahkan jeritan milik Ezrakil itu, dia tetap terus berlari walaupun tersangatlah susah.
‘Bodoh punya dress, tolonglah aku sikit!!!’ Mulalah nak emosi bagai.
Apabila melihat Farafeesa membuka langkah, dia terus berlari. Senang sahaja untuk lelaki yang memakai seluar sepertinya. Lainlah seperti Farafeesa yang berdress labuh dan memakai kasut tinggi itu.
“Kan saya suruh awak tunggu…” Direntap lengan milik Farafeesa hinggakan gadis itu tertarik ke belakang dan melanggar dada milik Ezrakil. Sekali pandang, memang kelihatan seperti sedang berpeluk.
Farafeesa terkejut dan Ezrakil terpana!
“Sakitlah!” Tengking Farafeesa. Disentap tangannya yang berada dalam gengaman Ezrakil itu. Suka-suka hati memegang lengannya. Walaupun berlapik, itu bukan satu syarat yang mereka dibenarkan untuk bersentuhan.
‘Tak belajar agama agaknya lelaki ni?’
Memang dia tidak suka perangai mengarah yang selalu Ezrakil gunakan. Dia tidak suka dengan perangai Ezrakil yang suka bertindak sesuka hati. Dia tidak suka dengan perangai Ezrakil yang adakalanya tidak hormatkan pendiriannya itu. Pokok pangkalnya, dia tidak suka dengan Ezrakil!
“Susah sangat ke nak tunggu?” Suara Ezrakil keras. Marah sudah pasti. Bagaimana dia boleh terjatuh hati pada seorang gadis yang terlalu degil seperti gadis ini? Peritnya hanya Allah yang tahu.. Ngilu seperti dicengkam sembilu!
“Salah ke kalau saya nak balik?” Balas Farafeesa kasar. Jangan harap dia akan berlembut dengan Ezrakil. Makin Ezrakil berkasar, makin dia akan melawan. ‘Kalau dunia ni nak terbalik sekalipun, lantaklah… yang penting aku tak akan beralah dengan lelaki sepertinya.’
“Memanglah tak salah.. Tapi tak boleh ke kalau awak patuh dengan arahan saya tadi… kan saya suruh tunggu…” Marah Ezrakil lagi.
“Ini bukan office hour yang membuatkan seorang pekerja perlu mendengar arahan dari bosnya… Suka hati sayalah kalau saya nak balik ke nak apa ke…” Tegas Farafeesa berani.
“Okay…okay.. saya cuma nak cakap sesuatu dengan awak Feesa…” Suara Ezrakil sudah mula lembut. Mula beralah dengan wanita kesayanganya ini. Dia siap buat gaya suruh Farafeesa menahan sabar.
“Saya nak balik… saya tak mahu dengar apa-apa..” Farafeesa mula melangkah pergi namun sekali lagi dihalang oleh Ezrakil. ‘Drama apa pulak yang dia nak buat ni? Kang kalau orang dalam dewan keluar, mulalah kalut semacam…’
“Tolonglah kali ini awak beralah sekejap… Tolonglah dengar apa yang saya nak cakap ni.” Suara Ezrakil itu sedikit merayu. Lain yang dirancang, lain pula yang menjadi. Baru nak umumkan perasaannya dihadapan seluruh tetamu di dalam dewan. Alih-alih, terpaksa buat sketsa tak bertauliah di sini.
‘Feesa, kenapa awak suka buat saya kelam kabut?’
“Okay.. apa dia yang bos nak cakap sangat tu?” Gesa Farafeesa cepat-cepat. Berlama-lama dengan Ezrakil hanya akan mampu membuatkan kepalanya sesak sahaja! Ezrakil mula menarik nafas dalam-dalam dan menghelanya perlahan.
“Saya cintakan awak Feesa… dan saya mahu menghabiskan baki kehidupan saya bersama dengan awak seorang je…” Masa seakan-akan terhenti tika Ezrakil melafaskan rasa hatinya. Mereka saling bertatapan. Mencari kasih disebalik redup mata yang memandang. Menerokai erti sebuah cinta yang terlangkau jauh dari gapaian mereka.
Tutur kata Ezrakil tersusun sahaja. Kelihatannya, dia sudah menggunakan seluruh kudratnya untuk meluahkan perasaannya terhadap Farafeesa.
Terpana Farafeesa dibuatnya. Akhirnya, apa yang paling dia takut nak dengar, terjadi juga. ‘Ya Allah, sungguh betul-betul rasa macam nak pengsan!’ Dia mula melepaskan keluhan. Berat! Kes ini jadi makin rumit!
“Tapi saya tak cintakan Encik Ezrakil….” Luah Farafeesa terus. Dia tidak mahu terus menyimpulkan rasa hati yang sudah sedia tersimpul. Hubungan ini memang tidak akan pernah menjadi. Lagipula, Ezrakil tak pernah mengetahui akan penyakit yang dihidapinya ini.
“Awak tak perlu jawab sekarang Feesa… awak boleh ambil masa lama mana pun.. Saya akan tunggu..” Pintas Ezrakil cepat-cepat. Dia tahu Farafeesa membuat keputusan dalam keadaan terkejut. Dia mahu Farafeesa berfikir semasak-masaknya dahulu. Tak perlu bagi jawapan sedrastik ini.
“Nope… kalau sejuta kali bos tanya pun.. jawapannya tetap sama. Saya tak ada apa-apa perasaan pada bos.. saya tak sukakan bos pun… saya tak akan buang masa dengan memikirkan sesuatu yang saya dah tahu jawapannya. Maafkan saya bos… Saya tak boleh terima bos untuk jadi lebih dari yang sepatutnya.”
Kali ini giliran Ezrakil pula yang melopong.
“Sebab tu saya suruh awak fikir… jangan keraskan hati awak untuk terima saya…” Entah macam mana, Ezrakil pula boleh naik berang. Terasa sangat bengang kerana ditolak mentah-mentah oleh Farafeesa.
‘Dalam banyak-banyak perempuan di muka bumi Allah ni, kenapa hati aku boleh terpaut pada dirinya? Perempuan ni memang spesis yang terlalu sukar untuk dimengerti.’
“Bos kata saya ni keras hati? Siapa suruh bos jatuh cinta pada perempuan yang keras hati macam saya! Pergilah cari perempuan yang lembut hati… Yang boleh cair dengan kata-kata bos tuh!” Balas Farafeesa geram.
‘Ezrakil kalau bercakap, memang tak pernah berfikir… Macam ni dia nak suruh aku fikir untuk terima dia.. Boleh jalanlah dengan cinta dia ni… jual selonggok seringgit pun aku tak akan beli!’
“Kalau betul saya nak orang lain, saya dah pilih orang lain… Tapi masalahnya kepala saya hanya fikirkan awak je.. Hati saya ni hanya ada nama awak je Feesa… Bukan perempuan lain.” Luah Ezrakil tanpa malu-malu. Alang kepalang dah tahu, baik diluahkan segala yang tersimpan. Biar Farafeesa tahu akan hakikat hatinya. Tapi sungguh terlalu sukar hendak berjiwang dengan perempuan yang tidak punya perasaan seperti Farafeesa.
“Habis tu, bos fikir hati bos je? Hati dan perasaan saya macam mana pulak?” Pangkah Farafeesa berani. Mereka saling berbalas pandang. Menguraikan kekusutan yang melanda jiwa. Mula ingin menyimpulkan kasih yang tidak tahu dimana letak duduknya.
“Ngeeee….. Susahlah cakap dengan awak ni Feesa!” Dikuakkan rambutnya beberapa kali. Geram dengan sikap Farafeesa yang kuat menjawab itu. Macam mana hendak membuatkan gadis ini mengerti akan segala perasaannya kini. Farafeesa ini tak romantik langsung.. Tidakkah hatinya terusik sedikit pun?
“Habis tu, tak payah cakap apa-apa… Sebab setiap kata-kata bos tu hanya akan menyakitkan hati saya je!” Ah sudah, peningnya dah datang dah… Sakit hatinya dengan Ezrakil terasa lebih tidak tertanggung berbanding dengan penyakit yang dihidapinya.
“Awak kira hati awak je sakit, hati saya yang awk sakitkan, awak tak fikir pulak?” Berkerut dahi Farafeesa menyambut kata-kata Ezrakil itu.
‘Apa kena dengan mamat ni sebenarnya? Cakap berbelit? Dah kena sampuk dengan jembalang hotel ke?’
Farafeesa mula mengeluh sedikit. Melepaskan satu rasa untuk menghilangkan beban yang tiba-tiba menghempap diri. Berapa kali lagi dia perlu mengeluh?
“Bos, macam ni ke cara bos nak tunjukkan rasa sayang bos pada saya? Macam ni ke caranya bos nak cakap yang saya ni orang terpenting dalam hidup bos? Macam ni ke cara bos nak yakinkan saya yang bos betul-betul sayangkan saya? Kalau macam ni caranya, memang sia-sialah bos… sebab hubungan ni memang tak ada penyudah yang bahagia.” Desakan demi desakan dari Ezrakil tidak akan merubah apa-apa.
Seorang keras kepala… seorang lagi keras hati.. Mana mungkin hubungan seperti ini akan menjadi. Sekali lagi mereka berpandangan. Kali ini giliran Ezrakil pula yang mengeluh. Cinta ini terlalu berat bebanannya.
“Habis tu awak nak bukti apa lagi…. sebab tak cium or tak peluk awak, sebab tu awak rasa saya tak sayangkan awak? Macam tu? Hei, saya boleh bagilah semua tu… tapi dengan syarat awak kena jadi seorang yang halal di sisi agama untuk saya.. Masa tu, bukan saja peluk cium, lebih dari tu pun saya boleh bagi…”
Habis sahaja ayat Ezrakil, terus Farafeesa pukul bahu Ezrakil yang sedang tersenyum-senyum itu menggunakan beg tangannya. Ini bukan tahap double meaning… tapi ini dah tahap triple meaning..
“Tak senonohlah bos nih?” Marah Farafeesa. Mukanya sudah merah menahan rasa. Boleh dia buat sketsa gurauan berkasih sayang.
“Saya tak maksudkan apa-apa pun… Awak tu yang fikir bukan-bukan.” Sekurang-kurangnya dia boleh melihat senyuman milik Farafeesa itu. Tak adalah kelat sahaja mukanya. Ezrakil diam sahaja. Sudah malas meneruskan kata. Kerana katanya pasti akan dipusing kembali oleh Farafeesa.
“Cinta tu tak semestinya dimaknakan dengan perlakuan romantik je bos… adakalanya, dengan cara bos memandang pun… orang yang bos sayang tu boleh rasa aura kasih sayang bos..” Aish… berfalsafah soal cinta pulak.
“Kenapa sebut orang yang bos sayang? Orang yang saya sayang tu ialah awak Feesa…” Farafeesa mula mengaru kepalanya yang berlapikkan selendang itu.
“Okay fine… sejujurnya, saya tak dapat rasa kasih sayang bos pada saya… Mungkin sebab bos sendiri tak pernah rasa ikhlas untuk menyanyangi saya…” Mujur sahaja ada idea mengejut datang mencerna di benaknya. Adalah juga modal untuk berbalas jawab dengan Ezrakil ini.
“Kalau awak tak sayang saya Feesa.. saya boleh terima. Tapi awak tak layak untuk mempersoalkan kasih sayang saya pada awak!” Errkk… Makin keruh pula jadinya bila Ezrakil tiba-tiba marah-marah.
“Tengok.. benda macam ni yang saya cakap tadi.. Bos tak boleh nak bersabar dengan karenah saya sebagai seorang pekerja.. Jadi bos rasa boleh bertahan ke untuk terima saya sebagai seorang isteri? Saya bukan persoalkan kasih sayang bos pada saya, tapi saya persoalkan kerelaan hati bos menerima keadaan diri saya yang sebenar.
Saya bukan spesis perempuan yang akan setuju dengan setiap perkara yang bos cakap atau suruh. Saya ni perempuan kuat membangkang! Saya cakap bila saya rasa tak puas hati.. Kadang-kadang saya tak pandai tak jaga hati bos… Bukan kadang-kadang rasanya tapi selalu… Yup.. saya selalu sakitkan hati bos dengan perangai keras kepala saya ni..
Jadi, baik bos fikir dalam-dalam.. Bos rasa perempuan yang keras hati macam saya ni mampu ke nak cairkan sifat keras kepala bos tuh?”
Akhirnya dia ambil pendekatan physiology untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang masa hadapan hubungan mereka yang tidak pernah menampakkan harapan ini. Kalau ada warna pun, bukan warna cinta.. tetapi warna kelabu! Kusam dan penuh dengan rasa bosan.
“Betul jugak kata awak tu… kalau awak keras hati, saya pulak keras kepala.. Kalau dapat anak, anak kita akan jadi kepala batu…” Farafeesa sudah tersenyum-senyum dalam hati tika menyambut kata-kata Ezrakil itu.
‘Yes, taktik macam dah nak menjadi.’
“Tapi saya tak peduli semua tu.. memang sekarang saya hanya cintakan awak Feesa… Satu perasaan yang tak pernah saya rasa sebelum ni.. Hanya awak yang mampu buat hati saya bercakaran dengan fikiran saya.. Hanya awak yang mampu membuatkan jantung saya berdegup kencang.. Hanya awak yang mampu menemani langkah kaki saya yang bertaburan.. Hanya awak yang saya suka dan saya cinta… Hanya awak…”
Farafeesa mula menepuk dahinya. Lain yang dirancang, lain pulak yang menjadi. Apa nak jadi sebenarnya ni? Bertaburan bulu romanya mendengar ayat-ayat romantik Ezrakil ini. Terasa sejuk hingga ke tulang!
“Macam mana boleh jadi macam ni bos….??” Adoyai…
“Semua ni takdir Allah Feesa… Takdir yang awak dan saya tak boleh sangkal sedikit pun.. Saya tak boleh tarik apa yang Allah dah hadiahkan pada saya.. Tapi awak boleh terima rasa hati saya Feesa… Memang awak dan saya berada dalam keadaan yang berbeza tapi Allah mencampakkan kita ke dalam tempat yang sama…”
Jauh Farafeesa termenung mendengar kata-kata Ezrakil itu. Bukan itu yang menjadi persoalannya sekarang. Masalahnya ialah, dia tidak mahu meletakkan sebarang harapan buat Ezrakil. Dia tidak mahu menjadikan hidup Ezrakil huru hara selepas pemergiannya nanti.
Kalau benar ada kasih yang bertaut, lama mana semua itu mampu bertahan? Walaupun dia memang tidak punya apa-apa perasaan terhadap Ezrakil tapi itu tidak bermakna dia sanggup untuk mempertaruhkan hidup Ezrakil. Lelaki itu masih tergolong dalam lelaki yang baik hati. Dan hatinya belum cukup busuk lagi untuk membuatkan Ezrakil menderita di kemudian hari.
“Bos…” Baru hendak memulakan biacara, Ezrakil sudah mula mematahkan hujahnya.
“Feesa… Saya tahu saya ni banyak celanya… Banyak sikap buruk dari yang baik… Banyak menyakitkan hati awak dan kadang-kadang suka buli awak…”
“Bukan kadang-kadang tapi selalu…” Farafeesa memperbetulkan ayat Ezrakil. Pantang kalau Ezrakil tersalah cakap.
“Ya.. ya… Selalu buli awak.. Selalu buat awak marah.. Saya tahu awak terlalu baik untuk lelaki seperti saya ni. Saya tahu dan memang dapat agak yang saya tak pernah dapat tempat di hati awak Feesa… Tapi sekurang-kurangnya saya akan mencuba sedaya upaya… Untuk menanamkan rasa sayang antara kita.. Saya harap awak pun macam tu.. Beri saya peluang untuk tunjukkan dan buktikan rasa sayang saya pada awak… Saya tak berjanji untuk menjadi seorang lelaki yang sempurna untuk awak, tapi cinta awak pada saya dapat menyempurnakan kisah kita Feesa.”
Entah kenapa, tubir mata Farafeesa panas disapa air mata yang mula bergenang di ruangan mata. Terharu! Ya… Teramat tersentuh dengan ayat-ayat Ezrakil itu. Tadi kelihatan lelaki ini begitu terdesak sekali. Mungkin terkejut dengan tindakan drastiknya yang meninggalkan dewan tanpa sempat dia meneruskan adengan yang dirancang.
Tapi sungguh, sekarang Ezrakil kelihatan lebih ikhlas dalam menyuarakan rasa hatinya.
“Saya tak perlukan kata putus awak untuk terima saya… saya cuma perlukan ruang dan peluang untuk semaikan cinta saya pada awak..” Pujuk Ezrakil penuh lembut. Dia perasaan yang perasaan Farafeesa sedikit tersentuh dengan kata-katanya tadi. Tapi sungguh, dia ikhlas menuturkannya. Bukan dari paksaan sesiapa pun.
“Bos….” Farafeesa kelu seribu bahasa.
“Feesa… saya memang sunguh-sungguh sayangkan awak…” Dari berbalah bagai, boleh pulak ada adengan romantik sebegini. Tragis sungguh kisah cinta ini. Betul kata orang, cinta memang perlu dimaknakan melalui kata-kata. Kerana hati yang kering mudah terusik dengan kata yang mendamaikan hati.
“Tapi saya…” Kenapa boleh tersekat ni? Kenapa susah sangat nak menolak. ‘Tak kanlah aku pun suka kat Ezrakil kot? Mustahil… Aku sentiasa letakkan Ezrakil sebagai lelaki pilihan terakhir yang aku akan pilih dulu.. Tapi lepas aku tahu yang aku sakit, aku dah tak berniat untuk berkahwin lagi. Tapi kenapa aku rasa berat hati nak tolak Ezrakil?’
Kebisuan mereka dimatikan dengan deringan telefon bimbit milik Farafeesa. Tanpa sedar, kedua-duanya melahirkan keluhan perlahan.
‘Kenapalah telefon Feesa ni suka sangat berbunyi tak kena masa?’ Keluh Ezrakil dalam hati.
“Helo…” Jawab Farafeesa. Matanya menjeling sedikit ke arah Ezrakil.
“Feesa…..” Suara Faraneesha lemah di corong telefon.
“Kenapa kak?” Saspen sungguh mendengar suara Faraneesha yang bersulamkan tangis itu.
“Luqman….”
“Kenapa dengan Luqman?” Berdegup kencang hati Farafeesa menanti jawapan daripada kembarnya itu.
“Dia kritikal….”
“Hah!!!” Jerit Farafeesa spontan. Kuat pulak tu. Ezrakil ikut turut memandangnya penuh khusyuk. Riak Wajah Farafeesa serius berubah seratus peratus.
“Ya..ya… aku datang sekarang.” Tegas Farafeesa lagi. Tidak mahu melanjutkan perbualan. Makin banyak Faraneesha memberi penerangan, makin panjang tangisan milik kakaknya itu nanti.
“Kenapa?” Itulah soalan pertama tika Farafeesa menamatkan panggilan telefon. Dia ikut turut berdebar-debar. Mungkin kerana melihat Farafeesa yang agak mengelabah itu.
“Luqman kritikal…” Dijawab juga soalan Ezrakil itu walaupun dia sudah mula kusut untuk pergi ke hospital dalam pakaian zombi ini ataupun pulang ke rumah terus. Tapi persoalannya, dia ingin pulang dengan siapa?
‘Tak kan lah nak guna mamat ni pulak… dah lah baru tolak lamaran dia?’ Farafeesa mula keliru sendiri.
“Jom saya hantarkan awak ke hospital.” Dia tahu apa yang berada di fikiran gadis itu. Mudah sebenarnya ingin memahami lenggok bahasa badan wanita yang dia sayang itu. Cuma rasa hati Farafeesa sahaja yang sukar untuk ditebak.
“Tapi saya nak balik rumah dulu… Tak kan nak pakai baju macam ni ke hospital kot.” Farafeesa meluahkan rasa hatinya.
“Kalau macam tu kita balik rumah dulu then saya hantar awak ke hospital pulak..” Ezrakil sudah mula berjalan menghampiri kereta yang berada tidak jauh dari mereka.
“Tunggu apa lagi Feesa?” Ezrakil berpaling dan melontarkan soalan apabila dia sedar yang Farafeesa tidak mengikuti jejak langkahnya. Apa lagilah yang menganggu pemikiran gadis ini?
“Errr…. tak menyusahkan bos ke?”
Sudahlah baru menolak lamaran dari lelaki itu, tapi sekarang terpaksa pulak memohon pertolongan daripada Ezrakil. Dia memang tidak suka dimanjakan oleh sesiapa pun. Apatah lagi Ezrakil. Inilah yang susah bila tak ada kereta! Tapi memang dia sudah putuskan untuk tidak membeli kereta. Duit simpanannya hanya untuk adik-adiknya di kemudian hari nanti.
“Tak ada apa yang susah bila dia melibatkan orang yang kita sayang Feesa…” Tulus sahaja pertuturannya hingga membuatkan Farafeesa terhenyak dengan perasaan milik sendiri.
Perlahan-lahan Ezrakil menapak semula menghampiri Farafeesa. Senyuman paling manis dia hadiahkan kepada Farafeesa. Mungkin benar kata Farafeesa tadi, dia perlu belajar menerima keadaan tercela Farafeesa.
Dan sekarang, dia bertekad untuk beralah apa sahaja untuk gadis ini. Ini sebagai langkah pertama dalam hubungan mereka yang belum tentu jadi atau tidak ini. Sekurang-kurangnya dia lega kerana telah berjaya meluahkan perasaannya terhadap Farafeesa. Berjaya melepaskan rasa sesak di dada. Biarpun Farafeesa menolak mentah-mentah, itu lebih baik daripada dia simpan perasaan ini sepanjang hidupnya. Buat naya hati sendiri je…
“Feesa… hal kita awak kena tolak ke tepi.. Neesha sedang perlukan awak sekarang. Jom…” Lega sedikit Farafeesa mendengarnya. Dia turut membalas senyuman milik Ezrakil. ‘Lelaki ini, tidaklah teruk sangat…’
p/s: ini adalah bab terakhir yang saya post di penulisan2u.. sekarang dalam proses menyiapkan manuskrip untuk penilaian… moga2 anda terus menyokong novel ini agar e-novel ini dapat diterbitkan.. salam sayang untuk semua penyokong.. sara sassy gurlz @ ezza mysara….













Semoga dipermudahkan segala urusan untuk ke versi cetak ye…:)
Hai..tolong inform sy kalau novel ni dh diterbitkan ye..sy nak sgt bc sambungan cite ni..best sgt….