
Novel : Cintaku Untukmu 35, 36
Oleh : reflesia
BAB 35
Ting tong… ting tong…
“Assalamualaikum…Fik ooh Fik..u ada kat rumah tak…?”
Terdengar bunyi loceng dan orang memberi salam bertalu-talu.
………………..
Fira yang terdengar bunyi orang memberi salam dan loceng terus menolak Fikri. Dia segera bangkit dari katil. Tidak sempat Fikri hendak bertindak lebih ke atasnya. Tanpa sengaja, rupanya Fikri telah terjatuh dari katil.
“aduh…ish awak ni kenapa…?” tanya Fikri sambil mengaduh kesakitan
“Errr…awak.. sorry tak sengaja….” balas Fira sambil membetulkan bajunya
“saya dengar ada orang beri salam tadi,” tambah Fira lagi. Dia membantu Fikri bangun dan duduk di katil. Kemudian dia segera ke tepi tingkap untuk mengintai siapa yang datang.
“Siapa yang datang tu…? kacau daun betullah…” rungut Fikri
“Emm… buah hati awaklah…” balas Fira sinis
“Buah hati saya..??” tanya Fikri kembali sambil melangkah ke tingkap
“Ely…. apa dia buat kat sini..?” tanya Fikri lagi
“mana saya tahu….” balas Fira bersahaja
“Emmm… saya turun kejap..awak tunggu sini..jangan ke mana-mana…” beritahu Fikri
…………………….
“hai Ely… u buat apa kat sini…? u tak kerja ke? Mana u tahu alamat rumah i ni..?” tanya FIkri sesudah pintu rumah dibuka.
“I ambil dari sistem.. i cuti hari ni… mestilah i datang sini nak jumpa u….” balas Ely sambil tersenyum menggoda
“u tak nak jemput i masuk ke…?” tambah Ely lagi
“Eh… tak apalah… kita borak dekat luar aja… lagipun tak manis kalau u masuk rumah i..sebab tak ada siapa-siapa…” balas Fikri cuba mengelak
“kalau macam tu kita keluar nak..? jom teman i pergi Genting…” ajak Ely
“Err..tak apalah, i nak rehat dekat rumah aja…” ucap Fikri lagi cuba mengelak
“alah u ni…jomlah teman i…. please… kalau u tak mahu temankan i, i duduk sini sampai petang….” ugut Ely
“hah… errr… okeylah-okeylah.. u tunggu kejap, i pergi mandi dan bersiap…” balas Fikri yang akhirnya akur dengan kehendak Ely.
………………………………………..
“buah hati awak tu nak apa datang sini…?” tanya Fira, saat FIkri masuk ke bilik.
“ajak dating…” balas Fikri bersahaja
“Emmm….” hanya itu yang mampu Fira balas
Fikri segera mendapatkan FIra. Dia memegang kedua-dua belah pipi Fira.
“saya keluar kejap…nanti kita sambung lagi ya sayang….” ucap Fikri sambil tersenyum nakal. Kemudian dia mengucup dahi Fira.
Kemudian dia melangkah ke bilik air untuk mandi. Saat Fikri keluar dari blik mandi, Fira masih lagi termangu di tepi katil.
“awak jangan ke mana-mana okey… tunggu sampai saya balik…” pesan Fikri kepada Fira
Selesai bersiap, dia terus keluar meninggalkan Fira sendirian. Fira tidak tahu mahu berkata apa. Menyesal pula rasanya cuti pada hari tersebut. kalau dia tahu begitu jadinya, baik dia ke tempat kerja walau lambat bagaimanapun.
……………………………….
Fira merasa bosan tinggal sendirian di rumah. Ingin menelefon atau mesej Fikri supaya pulang segera, dia risau jika Fikri akan marah. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengemas rumah.
Selesai mengemas rumah dan masak makan tengahari, Fira tidak tahu lagi untuk buat apa. Akhirnya Fira memberanikan diri unruk menelefon Fikri.
…………………….
“Fik, kita makan kat kafe sini sajalah..ok?” cadang Ely
“em.. ok, i follow ja..” beritahu Fikri sambil tersenyum mesra
Dia terlupa sebentar akan isterinya yang ditinggalkan. Tiba-tiba telefon bimbit Fikri berbunyi. Tertera perkataan “MY SOULMATE” .
“ siapa yang call u tu..?” tanya Ely ingin tahu.
“Err… kawan i, sekejap ea u…” Fikri meminta diri sebentar untuk menjawab panggilan itu
“Hello.. hah awak, kenapa…?” tanya Fikri kasar
“Assalamualaikum….” ucap Fira lembut
“Ermm… waalaikummussalam…” balas Fikri
“hah… kenapa awak telefon ni….?” tanya Fikri lagi
“Errr… saya nak tanya awak kat mana…? awak balik makan tak tengahari ni…? saya dah masak…” beritahu Fira
‘Ya Allah… macam mana aku boleh lupa yang aku tinggalkan dia kat rumah sorang-sorang ni…?’ Fikri bermonolog sendiri
“Awak…??” panggil Fira
“Emmm… awak makanlah dulu… saya ada kat Genting ni… kenapa tak meseg saja…?” tanya Fikri
“Err… saya takut awak tak balas meseg saya nanti…” beritahu Fira
“apa-apa ajalah… awak makan ajalah dulu.. nanti kejap lagi saya baliklah. Ely dah tunggu saya tu..nanti lama-lama sangat dia curiga pula.. lagi satu, jangan pergi ke mana-mana.. tunggu aja saya kat rumah…” pesan Fikri kepada Fira. Kemudian dia menamatkan panggilan dan kembali semula ke tempat dia duduk bersama Ely sebentar tadi.
“kenapa kawan u call…?” tanya Ely saat Fikri kembali semula
“Nothing… Cuma nak ajak i lepak-lepak malam ni…” bohong Fikri
“owwh… kalau i joint boleh..?” tanya Ely mesra
“ u nak joint….?? err… i tak confirm lagi nak keluar ke tak…” beritahu Fikri cuba mengelak
‘‘lagipun, i penatlah.. ni pun dah hampir seharian keluar…ingat nak berehat saja malam ni…” tambah Fikri lagi
“kalau macam tu, i teman u kat rumah ok… kita balik kejap lagi…” bals Ely sambil memaut mesra lengan Fikri
Fikri dapat merasakan yang ely semakin lama, semakin galak menggodanya. Ely semakin berani bertindak lebih dari jangkaannya. Nasib baik dia bukan jenis lelaki buaya darat dan mudah terlentok pada godaan wanita sebegitu. Baginya cinta dan sayangnya hanya untuk Fira seorang , isterinya satu-satunya. Walaupun dia tidak pernah mengakuinya di hadapan Fira. Tetapi hakikatnya dia sudah mula jatuh cinta dengan wanita itu. Kesabaran dan keletah Fira mencuri hatinya untuk terus mengasihi wanita itu.
“hah…? tak apalah, kita lepak dekat sini aja… i teman u ok…” balas Fikri pula
“ ala u ni, apa salahnya… lagipun bukan ada siapa-siapa kat rumah u tu kan…?” pujuk Ely lagi
“sebab tak ada siapa-siapalah yang tak boleh tu… tak eloklah macam tu… kesian parents i… mereka pergi buat ibadat, anak dia pula duduk berduaan dengan perempuan yang tak ada kena mengena…” ucap Fikri memerli Ely
“ erm..yelah-yelah… kalau macam tu kita balik lewat sikit ya…?” balas Ely cuba menutup malu ditegur begitu.
……………………….
Tiba-tiba Fira merasa sebak ditinggalkan sendirian begitu. Dia menangis sepuasnya seorang diri. Dia menjerit sekuat hatinya di dalam rumah besar itu. Nasib baik rumah mereka jauh dengan rumah jiran-jiran yang lain. Hampir sejam menangis barulah fira merasa lega sehingga sembab matanya. Dia baru teringat yang dia belum menunaikan kewajipan kepada ILAHI. Lantas dia segera menuju ke bilik.
Fira mengadu nasibnya kepada Allah yang Maha Esa. Dia berdoa agar diberi kekuatan dan kesabaran dalam melayani karenah suaminya. Dia memohon agar dia sentiasa tabah dalam menjalani kehidupan berumahtangga bersama Fikri.
Setelah bermunajat kepada Yang Maha Esa. Barulah Fira merasa tenang. Untuk mengisi harinya dari terbuang begitu sahaja, dia bercadang untuk membuat cupcake dan fruit cheese tart. Dua benda ini adalah kegemaran di masa lapangnya semasa bujang dahulu.
Setelah selesai, Fira menelefon Sheqa.
“Hello..Assalamualaikum…” ucap Fira
“waalaikummussalam..hah kenapa ni..?” balas Sheqa
“tak ada apa-apa..weyh nanti lepas kerja, singgah rumah aku kejap ya…” beritahu Fira
“rumah kau…?” tanya Sheqa lugu
“Rumah En. Fikri lah, rumah Datuk Faizal…” balas Fira pula
“oowh..hehee ada kenapa pula..? En. Fikri tak marah ke karang…?” tanya Sheqa lagi
“Aku nak bagi kau cupcake dengan cheese tart sikit..En. Fikri tak adalah, dia keluar… kalau ada dia, takkan aku nak suruh kau datang pula…’’ beritahu Fira.
‘’Dia tak ada kat rumah?” tanya Sheqa lagi
“dahlah…. nanti aku cerita..jangan lupa singgah ye balik nanti..” pesan Fira lagi
“hah yela…” balas Sheqa tanda mengerti
…………………………..
Petang itu, Sheqa singgah ke rumah Datuk Faizal selepas pulang dari kerja.
“rajin kau buat benda ni semua…” ucap Sheqa
“habis dah tak tahu nak buat apa…. aku buat ajalah benda yang aku suka…” balas Fira
“ingat juga kau kat aku ya…hehehe” tambah Sheqa lagi sambil tersengih
‘‘mestilah..sebab kau nak cuti esok, aku soh kau datang ambil… kalau tak, melepaslah kau….” gurau Fira
“yelah..terima kasih…” balas Sheqa
“laki kau pergi mana..? kenapa kau tak ikut dia sekali…?” tanya Sheqa tiba-tiba
“keluar dengan Ely… dari pagi tadi sampai sekarang tak balik-balik… hairan betul aku, macam mana lah perempuan tu boleh pula datang sini ajak Fik keluar…” jelas Fira
“patutlah dia tak kerja… pagi tadi dia datang kejap, tahu je En. Fikri cuti terus dia kata dia mc… ke sini rupanya dia..” beritahu Sheqa pula
Fira meluahkan serba sedikit masalahnya kepada Sheqa. Lega hatinya dapat meluahkan rasa yang terbuku di dalam hati.
“sabarlah Fira…dugaan berumahtangga… aku yakin satu hari nanti, kau akan peroleh kebahagiaan kau…’’ nasihat Sheqa
“harap-harapnya… terima kasih sebab sudi dengar luahan hati aku…” balas Fira pula
“apa ada hal.. aku kan kawan kau…” balas Sheqa pula sambil tersenyum mesra.
“okeylah… aku nak balik… dah lewat ni..Anyway, thanks for the desserts… ‘‘ tambah Sheqa sambil menunjukkan bungkusan yang diberikan Fira
Fira menghantar Sheqa pulang hingga ke muka pintu.
………………………
Sehingga jam 8 malam, Fikri masih lagi belum pulang. Fira menunggu Fikri di ruang tamu sehingga akhirnya dia terlelap.
Jam 10.00 malam, barulah Fikri pulang. Ketika pulang, Fikri lihat suasana rumah suram. Dia mencari-cari kelibat Fira. Ketika dia ingin melangkah menaiki tangga menuju ke tingkat atas, dia terdengar bunyi suara di ruang tamu. Lantas dia bergegas ke ditu. Dilihat Fira sedang tidur, manakala televisyen terpasang. Dia segera mematikan televisyen dan mendapatkan Fira. Dia tenung wajah mulus itu.
Mata Fira yang sembab membuatkan Fikri rasa bersalah. Dia mengusap lembut pipi isterinya itu. Tiba-tiba Fira tersadar dari tidurnya.
“awak dah balik…?” tanya Fira saat melihat Fikri
“sudah… kenapa tidur dekat sini..?” tanya Fikri lembut
“perlu ke awak tahu…? saya ingat awak dah tak jumpa jalan pulang bila dah bersama Ely…” ucap Fira sinis sambil memalingkan mukanya dari menghadap Fikri. Dalam diam, dia menangis sebenarnya.
Fikri terasa dengan kata-kata Fira itu, lantas dia ingin meninggalkan Fira disitu. Tiba-tiba Fira menarik tangan Fikri. Fikri menoleh ke arah Fira.
“kenapa….?” tanya Fikri
Fira bangun dari pembaringannya dan melepaskan pegangannya pada tangan Fikri.
“kenapa awak buat saya macam ni…?” kenapa awak selalu sahaja menduga saya dengan sikap dan layanan awak..? saya ni tak ada tempat langsung ke dalam hati awak…? bila awak perlukan saya , awak cari.. bila tak nak, awak biarkan aja macam tu…” luah Fira. Air matanya sudah mula mengalir.
Fikri terpempam seketika. Kemudian dia melangkah pergi meninggalkan Fira sendirian di situ tanpa berkata apa.
Tanpa dipaksa, air mata Fira berjujuran sekali lagi diperlakukan begitu oleh Fikri.
……………………
Ketika Fira melangkah masuk ke bilik, Fikri berada di dalam bilik air. Fira merasa penat dan lemah seluruh sendinya. Dia merebahkan dirinya di atas katil. Dia baring membelakangi tempat pembaringan Fikri. Bantal peluk diletakkan di tengah-tengah sebagai penghalang.
Fira masih lagi menangis dalam senyap. Fikri juga sudah bersiap-siap untuk tidur. Dia duduk di katil. Dia memanggil Fira lembut.
“Fira…..?” panggil Fikri lembut
Fira tidak menjawab. Dia mengesat air mata yang jatuh ke pipinya. Kemudian dia berpaling menghadap Fikri. Terlihatkan wajah Fikri, membuatkan dia mengalirkan air mata sekali lagi.
Fikri rasa bersalah melihat Fira begitu. Lantas dia mengalihkan bantal yang diletakkan di tengah-tengah itu. Kemudian dia baring di sebelah Fira.
“ Shh… jangan menangis lagi..” pujuk Fikri sambil mengesat air mata Fira yang berjujuran di pipi. Fira masih lagi begitu. Fikri menarik Fira kedalam pelukannya. Dia mencium ubun-ubun Fira untuk menenangkan wanita itu.
‘’sudah ya sayang…. jangan menangis lagi.. saya ada kat sini dengan awak…’’ucap Fikri lembut memujuk Fira
Perlahan-lahan Fira membalas pelukan Fikri. Pelukan yang sangat kejap, seakan dia tidak mahu melepaskan lelaki itu pergi dari dalam hidupnya. Tiada kata yang lahir dari bibirnya saat itu. Hanya air mata yang mengalir. Malam itu Fira tidur dalam dakapan Fikri ditemani air mara.
BAB 36
Fira tersedar dari tidur apabila merasakan tekaknya mual dan perutnya sakit. Dia segera menuju ke bilik air.
Fikri yang sedang lena tidur terjaga saat terdengat bunyi orang muntah di bilik air. Dikerling jam di sisi, menunjukkan 5.30 pagi. Segera dia bangkit dari pembaringannya.
“awak kenapa…?” tanya Fikri saat terlihat Fira keluar dari bilik air
“tak tahulah… perut saya sakit, tekak pula rasa mual…” beritahu Fira
“takkan pregnant kot…?” duga Fikri
“Pregnant…? takkanlah, baru beberapa hari kan…” balas Fira sambil baring semula di katil
“ya tak ya juga…” balas Fikri pula
“entah-entah perut awak masuk angin agaknya… awak makan tak semalam…?” tanya Fikri
Fira hanya menggelengkan kepala sahaja.
“kenapa tak makan…? tengok apa dah jadi…” bebel Fikri
Dia bangun untuk mengambil minyak angin.
“mari sini saya sapukan minyak angin, biar kurang sikit sakit tu…” baru Fikri ingin menyapukan minyak angin pada perut Fira, Fira sudah bangun semula menuju ke bilik air.
Lagi sekali dia muntah-muntah. Fikri mendapatkan Fira di bilik air.
“awak okey tak ni…?” tanya Fikri cemas. Kemudian dia membantu Fira untuk ke katil. Fira merasakan kepalanya sangat pening saat itu.
“badan awak panas ni.. awak demam rasanya ni…” ucap Fikri. Dia meletakkan belakang tangannya di dahi Fira.
Fira sudah tidak bermaya lagi. Sudah terlalu banyak dia muntah. Mukanya kelihatan pucat.Fikri kelihatan cemas.
“saya nak baring kejap.. awak pergilah bersiap.. dah pukul berapa dah ni..” ucap Fikri lemah
Fikri mengambil sebesen kecil air dan tuala kecil. Dia menjelumkan kepala Fira dengan tuala kecil yang sudah dibasahkan.
Kemudian dia mandi dan menunaikan solat subuh.
Selepas itu dia meninggalkan Fira untuk menyiapkan sarapan buat Fira. Fikri membuatkan roti bakar buat Fira. Sungguh dia kaget waktu itu, sehingga tidak tahu untuk berbuat apa. Selama ini, waktu dia demam ibu yang merawatnya. Tetapi kali ini, dia pula yang harus merawat Fira demam.
Fikri meletakkan dulang yang berisi air susu dan roti bakar di atas meja sisi di sebelah katil. Dilihat Fira sedang tidur. Kemudian dia bersiap-siap pula untuk ke pejabat.
“Fira…saya nak pergi kerja dah ni… nanti jangan lupa makan sarapan dan ubat… kalau ada apa-apa telefon saya okey..” beritahu Fikri. Dia mencium ubun-ubun Fira sebelum meninggalkan Fira. Fira hanya tersenyum lemah.
……………………………..
Di pejabat, Fikri merasa resah tidak menentu. Dia rasa bersalah pula membiarkan Fira yang tidak sihat itu bersendirian di rumah. Dia cuba menghubungi Fira. Tetapi tidak berjawab.
Tidak sampai sejam berada di pejabat, FIkri mengambil keputusan untuk pulang.
“Hello, kak yart… nanti tolong ambil pesanan ya kalau ada apa-apa hal.. Fira mc tak sihat. Fik nak balik, ada hal…” beritahu Fikri kepada setiausaha papanya itu melalui intercom.
“Baik En. Fikri…” balas Hayati, setiausaha Datuk Faizal
Tok..tok..tok…
“Masuk…” ucap Fikri yang sedang mengemaskan barang-barangnya untuk pulang.
“ u kenapa ni…? tergesa-gesa aja i tengok…” tanya Ely
“i nak balik.. ada hal… ada apa-apa nanti kita cerita kemudian ya…” beritahu Fikri
“ i teman u boleh..?” tanya Ely lagi
“no..Thanks..i tak apa, bos.. u pekerja.. So, u kena stay…” ucap Fikri sinis dan terus melangkah keluar dari biliknya meninggalkan Ely.
Sebelum keluar, Fikri singgah sebentar ke bilik Syafiq.
“Hah bos apsal macam kalut aje ni aku tengok..?” tanya Syafiq
“aku nak balik ni.. Fira tak sihat.. risau aku dia tinggal rumah sorang-sorang.. aku nak mintak tolong sikit….” beritahu Fikri
“tolong apa…?” tanya Syafiq
“ tolong tengokkan office ni, sementara aku tak ada ni… esok aku tak tahu kerja ke tak.. tengok pada keadaan Fira..” beritahu Fikri lagi.
“okey.. beres bos… entah-entah demam nak dapat orang baru kot…” seloroh Syafiq sambil tersenyum nakal
“merepek aja kau ni.. takkan baru 2-3 hari dah menjadi..hahaha” balas Fikri sambil ketawa
“okeylah, aku berangkat dulu…” tambah Fikri lagi
“okey… hati-hati bos, jangan kalut sangat…” pesan SYafiq kepada Fikri.
………………….
Setibanya di rumah, Fikri terus menuju ke bilik. Dia lihat Fira tiada di atas katil. Dia segera meletakkan beg dan kotnya. TIba-tiba dia terpandang sesusuk tubuh di depan pintu bilik air. Dilihat muka Fira pucat sekali. Segera dia mengangkat Fira ke katil. Fikri semakin resah. Kemudian , dia terus menelefon bapa mertuanya yang turut mengerjakan umrah bersama keluarganya.
“ Hello… assalamualaikum abah.. maaf Fik mengganggu..” ucap Fikri memulakan bicara
“waalaikummussalam… ya Fik, kenapa nak…? macam cemas aja bunyinya…” tanya Pak Cik Fakrul
“Errr… Fira… dia demam… Fik tak tahu nak buat apa…” beritahu FIkri
“ dia muntah-muntah pagi tadi, ni sekarang tak sedarkan diri pula….” tambah Fikri lagi
“sabar FIk…. jangan kalut-kalut sangat nak… Fira kalau demam memang macam tu.. muntah-muntah… lepas ni, Fik buatkan bubur kosong letak lobak asin.. lepas tu, bagi dia minum air kelapa.. lagi satu, cari daun jambu yang pucuk, rebus… air rebusan tu, guna wat jelum kepala Fira.. InsyaAllah akan kebah demam dia… biasanya , dulu kalau Fira demam, abah akan buat begitu…” beritahu Pakcik Fakrul
“ Baiklah bah.. Fik cuba… terima kasih ya bah..” ucap Fikri
“yalah…. elok-elok ya nak… jaga diri kamu berdua baik-baik …” pesan Pak Cik Fakrul
“InsyaAllah Bah… sampaikan salam pada ibu dengan papa ya bah…Assalamualaikum…” balas Fikri menamatkan perbualan.
Selepas itu, Fikri mendapatkan Fira.
“Fira…!! Fira….” panggil Fikri lembut sambil menggoncang perlahan tubuh Fira
Fira membuka mata perlahan-lahan. Lemah dirasakan tubuhnya.
“ saya tolong mandikan awak dulu ya…?” ucap Fikri. Dia sudah mengangkat Fira untuk di bawa ke bilim air.
“awak nak buat apa ni…?” tanya Fira dalam keadaan mamai-mamai saat Fikri ingin membukan bajunya.
“janganlah… malulah…” ucap Fira perlahan
“ kenapa nak malu.. saya kan suami awak… lagipun dah tak ada apa lagi yang nak dirahsiakan….” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
Fira diam tidak terkata. Dalam keadaan dirinya yang sangat lemah itu, dia membiarkan sahaja Fikri melakukan apa sahaja.
Selesai memandikan dan menyipakan Fira, Fikri turun ke bawah.
“awak jangan ke mana-mana… badan awak ni lemah sangat.. asyik muntah aja… nanti kalau rasa nak muntah, muntah dalam baldi ni saja… saya nak ke bawah sekejap…” pesan Fikri. Dia meletakkan baldi kecil disebelah katil, supaya kalau Fira mahu muntah dia tidak perlu ke tandas.
Fikri memasakkan bubur untuk Fira. Sementara itu, dia mencari daun jambu dan kelapa muda. Nasib baik rumah mereka dipenuhi dengan pelbagai pokok. Jadi tidak perlu dia bersusah payah keluar untuk mencari itu semua.
Setelah siap, Fikri membawakan bubur ke bilik. Dikejutkan Fira yang sudah terlena.
“ Fira… bangun sayang….” panggil Fikri lembut.
“makan bubur ni, buat alas perut..” Fikri membantu Fira bangun dan menyandarkannya pada kepala katil.
“makan sikit ya…” Fikri menyuapkan bubur ke mulut Fira
Perlahan-lahan Fira makan. Hampir setengah mangkuk Fira makan, akhirnya dia berhenti.
“awak habiskanlah, lagi sikit aja ni…” pujuk Fikri
Fira hanya menggelengkan kepala tanda tidak mahu.
“kalau macam tu, makan ubat ya…?” Fikri mengambil ubat dan memberikannya kepada Fira
“awak tidur dulu ya… banyakkan rehat…” tambah Fikri lagi. Kemudian Fikri mengambil air rebusan pucuk daun jambu dan sehelai tuala kecil. Dia membasahkan tuala kecil itu dan menjelum kepala Fira.
Hampir setengah hari Fikri menjaga Fira, kerana kepenatan akhirnya dia tertidur di sisi Fira tanpa menukar pakaian kerjanya.
…………………………
FIra terjaga dari tidurnya, dilihat jam sudah menginjak ke 2.30 petang. Demamnya sudah terasa kebah seikit. Direnung Fikri disebelahnya dengan penuh kasih sayang. Dia mengusap lembut pipi Fikri. Fikri tersedar dari tidurnya.
“awak dah bangun…? awak dah okey..?” tanya Fikri
Fira hanya tersenyum. Fikri melihat jam di pergelangan tangannya.
“Masya Allah.. dah nak pukul 3, saya tak solat zohor lagi…” Fikri terus bangkit dan mengambil tuala menuju ke bilik air.
Ketika Fikri sedang bersiap-siap untuk solat, Fira sedang bangun.
“Awak nak ke mana ni…?” tanya Fikri tegas
“ Emm.. saya nak pergi ambil wudhu’.. saya nak solat…” beritahu Fira
“sudah.. mari saya bantu..” berhati-hati Fikri membantu Fira, agar wudhu’nya juga tidak terbatal.
Mereka solat zohor berjamaah.
Petang itu, Fikri menemani Fira berehat di bilik.
“minum air kelapa ni…” sua Fikri kepada Fira
Fira menyambut dan meminumnya. Selepas itu tanpa diduga Fira menitiskan air mata.
“kenapa awak nangis ni…?” tanya Fikri. Dia kaget melihat Fira yang tiba-tiba sahaja menangis.
“Terima kasih awak… saya selalu susahkan awak…” ucap Fira sambil mengenggam tangan Fikri
“saya tak tahu apa perasaan awak yang sebenar pada saya… tapi saya hargai sangat apa yang awak buat pada saya.. walaupun awak tak pernah kata yang awak sayang saya, tapi awak selalu ambil berat pasal saya setiap kali saya sakit.. terima kasih awak..selagi saya isteri awak, sayang dan cinta saya hanya untuk awak, suami saya …” ucap Fira ikhlas dengan tangisan yang semakin deras.
“Shhh…sudahla tu.. dah awak sakit, takkan saya nak layan kasar-kasar pula….” balas Fikri sambil menarik Fira ke dalam pelukkannya.
……………………..
“Esok awak pergilah kerja..tak payah temankan saya lagi…saya dah okey dah ni…” beritahu Fira kepada Fikri.
‘‘betul ni…? nanti kalau kadi macam siang tadi macam mana…?” tanya Fikri
“saya dah okey… cuba rasa ni… dah tak panas lagi kan macam siang tadi…” beritahu Fira lagi cuba meyakinkan Fikri.
“Betul ni…? awak pasti atau awak tak suka saya temankan awak sebenarnya…?” duga Fikri
“bukan…. tapi saya tak nak susahkan awak…” ucap Fira sayu
“lagipun saya dah okey… esok pon Mak Jah dengan Siti dah balik… awak tak perlu risau okey…” tambah Fira lagi sambil tersenyum mesra
“okeylah kalau awak dah kata macam tu…” balas Fikri.
Tiba-tiba telefon bimbit Fikri berbunyi.
“Kenapa awak tak jawab panggilan tu,,?” tanya Fira
“tak ada apa-apa… biarlah…” balas Fikri
‘‘siapa yang telefon..? kenapa awak tak nak jawab…?” tanya Fira lagi
“tak ada siapa-siapa..tak penting pun…” jawab Fikri
Kemudian terdengar bunyi loceng rumah dan suara orang memberi salam.
“awak..ada orang datang tu…” beritahu Fira
Fikri segera menjengah ke tingkap.
‘Ely…apa dia nak ni datang malam-malam…’ desis hati kecil fikri. Seraya itu, telefon bimbitnya berbunyi sekali lagi.
FIkri menjawab panggilan tersebut sambil membuat isyarat pada Fira agar senyap. Fira hanya diam tanda faham.
“Hello… ye Ely…” ucap Fikri saat menjawab panggilan.
Fira hanya mendengar sahaja perbualan itu.
“sorry, i tak ada kat rumah…”
‘‘oowh… i keluar dengan member i, dia ambil tadi….”
“okeylah.. see u tomorrow..”
Fikri menamatkan perbualannya.
“Ely ke yang datang tu…?” tanya Fira
“yups…” jawab Fikri pendek
“dia nak apa..?” tanya Fira seperti tidak berpuas hati.
“Ajak dating…” itu sahaja jawapan Fikri
“emm…” balas Fira
“Kenapa…?” tanya Fikri pula
“tak ada apa-apa…” jawab Fira
“kenapa awak tak keluar saja dengan dia… kenapa bohong dia..?” tanya Fira lagi
“bohong…? biarlah…saya penatlah…. hari ni dah jaga awak seharian…. nak keluar lagi, nanti entah pukul berapa balik…” jelas Fikri
“awak tidurlah..saya pun nak tidur dah ni…” tambah Fikri lagi.
Fikri mematikan lampu dan menuju ke katil.
“awak….?” panggil Fira tiba-tiba
“emm…kenapa? awak ada nak apa-apa ke..?” tanya Fikri
“terima kasih sebab jaga saya….” ucap Fira ikhlas
Fikri tidak membalas apa-apa. Fira merapatkan tubuhnya pada Fikri, perlahan-lahan dia memeluk Fikri, seakan tidak mahu melepaskannya. Fikri hanya membiarkan sahaja tindakan Fira itu.
…………………
Ketika Fikri terjaga dari tidur, Fira masih lagi memeluk erat tubuhnya. Perlhan-lahan Fikri mengalihkan tangan Fira. Dia meraba dahi Fira dengan belakang tangannya, panas Fira sudah berkurang. Tiba-tiba Fira terjaga dari tidurnya.
“Emmm… kenapa awak…? dah pukul berapa ni…? “ tanya Fira
“dah pukul 6… awak macam mana hari ni…?” tanya Fikri pula
“dah rasa ok sikit.. Cuma masih rasa tak sedap badan dan pening-pening sikit…” jawab Fira
“tak apalah.. awak rehat dulu hari ni..esok kalau dah ok, baru pergi kerja…” balas Fikri
“saya nak bangun dulu, nak mandi dan solat…” Fikri bangun dan terus menuju ke bilik air. Fira masih lagi di katil
…………………….
“awak nak solat sekali…?” tanya Fikri saat dia sedang bersiap-siap untuk solat subuh
Fira hanya mengangguk. Dia bangun dari katil. Tetapi dia hampir terjatuh kerana kepalanya masih pening.
“awak ok…?” tanya Fikri
“ok…” jawab Fira
Fikri tahu Fira tidak ok, lantas dia segera membantu fira.
………………..
Selesai solat subuh berjamaah, Fira berehat semula di katil. Manakala Fikri turun ke dapur untuk membuat sarapan.
Selesai membuat sarapan, Fikri membawakan sarapan Fira ke bilik.
“Ni saya dah siapkan sarapan untuk awak… awak dah tak muntah-muntah lagi kan…? rasanya boleh kot makan apa yang saya masak ni….” beritahu Fira
Fira hanya mengangguk dan tersenyum.
“hari ini Mak Jah dengan Siti balik, kalau awak rasa belum ok lagi.. tak payah buat apa-apa…beritahu dia orang aja nanti, kalau awak nak apa-apa ok…”pesan Fikri
Kemudian dia, meninggalkan Fira untuk bersiap-siap ke pejabat.
“saya pergi kerja dulu… kalau apa-apa hal , telefon saya…” pesan Fikri lagi
Fira hanya mengangguk. Dia menghulurkan tangan kepada Fikri untuk bersalaman.
“terima kasih awak…” ucap Fira sambil tersenyum mesra dan mencium tangan Fikri
Fikri hanya tersenyum. Kemudian dia mencium ubun-ubun Fira.













tabahnya fira, ada lagi ke isteri yang sanggup tengok dan dengar suami keluar dengan org lain..pelik2
best sgt…
fira memang tabah…
isteri soleha…
buat malu kaum je si Ely nie. ^_^
bukan setakat memalukan kaum..
dah mmg memalukan….
ape jenis org lah si ely tu…
kalau aku la jadi c fira 2…(nasib baik x)
dah lama aku tinggalkan lelaki mcm 2…
x tahu menjaga hati wife sendiri
huuhuuuuu…ego n bodoh sombong la c fikri ni…karang kalu c fira tinggalkan dia kn best…ada jg yg meraung tu…