Novel : Isteri di atas Kertas 1

27 February 2012  
Kategori: Novel

35,843 bacaan 24 ulasan

Oleh : sarah iman

Bunyi sudip dan kuali memecah keheningan pagi Ahad.Syaqira kelam-kabut menyiapkan sarapan pagi.Pagi itu dia terbangun lewat dari kebiasaannya,menyebabkan dia terpaksa melakukan semua tugasan sepantas yang mungkin.

“Kalau kau nak masak tu,tak payah kejutkan satu rumah tak boleh ke?”teguran satu suara.

Syaqira tersentak.Nyaris terlepas sudip di tangan.Tanpa perlu menoleh pun dia dah tau siapa yang ada kat belakangnya.Apsal lah bapak setan ni bangun awal sangat hari ni?

“Wei,kau dengar tak apa aku cakap ni?”suara tu dah ada kat tepi dia.

“Dengar,”sepatah dia membalas.

“Kalau bercakap tu pandang aku,”tengking suara tu lagi.

Syaqira mula berasap.Segera dia mematikan api dapur.Dia menoleh memandang tepat ke dalam mata lelaki di sebelahnya.

“Macam mana saya nak pandang Encik Lukman kalau saya tengah memasak,”suara ditahan agar tak tertengking malaun didepannya ini.

“Apsal kau lambat siapkan sarapan hari ni?Kau tau kan aku aku ada meeting,kena pergi awal,”Lukman memarahi Syaqira.

Syaqira mencebik.Eleh,kalau dah lambat tu makan kat luar jelah.Bukannya tak de kafe kat pejabat tu.Saje je nak kecoh.Tangannya ligat mencedok bihun goreng ke dalam mangkuk besar tanpa menghiraukan Lukman yang masih tercongok kat situ.

Lukman yang rasa tercabar dengan kelakuan pembantu rumah keluarganya itu mendekat.

“Kau nak kena potong gaji ke?”

Tanpa mempedulikan ugutan anak majikannya,Syaqira berlalu ke ruang makan sambil membawa mangkuk bihun goreng.Dia meletakkan mangkuk tersebut di tengah-tengah meja dan mengaturkan pinggan dan cawan di atas meja.Lukman yang masih tak puas hati,mengekori langkahnya dari belakang.

“Wei,kau pekak ke?Aku tanya,jawablah,”Lukman menengking.

Syaqira hanya buat pekak.Kalau ikutkan hati,rasa nak je tangkupkan mangkuk yang sedang dipegang kat kepala bapak setan itu.

“Assalamualaikum,Ira,”teguran itu membuatkan mereka berdua berpaling.

“Waalaikummussalam,Encik Aimran,”balasnya sambil tersenyum.

Aimran buat muka masam.“Ni yang saya rasa nak marah ni.Berapa kali nak cakap,jangan berencik-encik dengan saya.Just call me Im,will you?”

Syaqira tergelak.“Sori,lidah belum biasa,”

Belum sempat Aimran membalas,kedengaran suara Datuk Fauzan.Serentak mereka berdua menoleh.

“Amboi,rancak bercerita.Ada gosip baru ke?”sapanya.Datin Aisyah dan Helina yang mengekori dari belakang tersengih mengusik.

“Tak de apalah papa.Ira ni ha,masih nak berencik-encik dengan Im.Cubalah panggil abang ke,sejuk sikit telinga mendengar,”usik Aimran.

“Ha’ah.Betul tu Kak Ira.Nape tak panggil abang Im,abang jer?Macam Helin panggil.Untung Abang Im jadi abang kakak,”Helina turut menyakat.Tangannya menarik kerusi bersebelahan dengan mamanya.

“Betul tu,Ira.Rasa macam dapat anak perempuan lagi sorang pulak,”Datin Aisyah turut menyokong.

Syaqira hanya tersenyum kelat mendengar usikan tersebut.Walaupun baru tiga minggu dia bekerja di situ,dia sudah masak dengan perangai keluarga itu yang suka menyakat.

“Tak payah nak manjakan sangat orang gaji tu mama.Nanti naik kepala pulak dia,”suara sinis milik Lukman tiba-tiba menyampuk.

Syaqira mengeluh.Keluarga yang peramah,dan sekor setan tersesat.Langsung tak masuk akal.

Empat kepala berpaling serentak ke arah Lukman yang dah mula menjamah hidangan.

“Kenapa kau cakap macam tu?Tak baik tau,”Aimran menegur.Dia arif sangat dengan perangai kembarnya yang cakap tak reti bertapis.

“Wah,ada orang backup.Nampaknya lepas ni kau jadi mem besar lah kat rumah ni,”sindir Lukman sambil matanya tepat memandang ke arah Syaqira.

“Saya minta diri dulu Datuk,Datin.Nak kemas dapur,”cepat-cepat dia berlalu dari kawasan ruang makan itu.Dia tak nak menjadi punca ketegangan keluarga Datuk Fauzan.Cepat je dia menghilang,sebelum Datin Aisyah buka mulut,menghalang.

“Kau kalau sehari tak sakitkan hati dia tak boleh ke?”tanya Aimran marah.

“Yang kau sibuk sangat backing dia kenapa?Kau dah jatuh cinta kat orang gaji tu?”sindir Lukman.

“Sudah.Apa bergaduh depan rezeki ni?”suara Datuk Fauzan memetir.

Kedua-dua mereka terdiam.

“Kamu Luq.Betul apa yang Im cakap.Apasal kamu suka sangat sakitkan hati Syaqira tu?Apa yang dia dah buat kat kamu, sampai kamu sakit hati dengan dia?”sambung Datuk Fauzan.

Lukman hanya membisu.Mukanya kelat menahan geram.Kemarahan dia terhadap Syaqira semakin menyala-nyala.Sejak orang gaji tu datang,semua yang ada dalam rumah ni asyik puji dia je.Syaqira nilah,Syaqira tulah.Orang gaji je kut.

“Luq,tak baik tau layan Syaqira macam tu.Mama tau,kamu rasa orang gaji macam dia tak layak,tak setaraf dengan kita.Tak patut manjakan takut dia pijak kepala kita.Tapi,dia tetap manusia dan layak dilayan dengan sebaik mungkin.Mama yakin Syaqira bukan jenis yang suka ambil kesempatan,”nasihat Datin Aisyah lembut.

Dia faham yang Lukman tidak setuju dengan prinsip berbaik-baik dengan orang gaji kerana takut mereka memijak kepala majikan sendiri.Lukman seolah-olah berdendam dengan kejadian yang menimpanya sebelum ini.

“Betul tu abang Luk.Helin dapat rasa yang kak Ira bukannya macam kak Ima.Helin yakin,seratus peratus,”Helin menyampuk.

Aimran turut mengangguk setuju.

“Takkan pasal pompuan bodoh tu,kau nak cop semua perempuan kat dunia ni sama?Banyak lagilah yang baik,”dia menyampuk.

Muka Lukman merah padam menahan marah.Tengok,lagi sekali pasal orang gaji tak guna tu aku kena sembur.Segera dia berhenti makan.Pinggan ditolak ketengah.

“Luk pergi kerja dulu.Assalamualaikum,” Dia menolak kerusi dan melangkah pantas keluar dari ruang makan.

Serentak mereka berempat melepaskan keluhan.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

24 ulasan untuk “Novel : Isteri di atas Kertas 1”
  1. atasha says:

    best la novel nie…dh ada di psran ke…

  2. dhila says:

    jalan cerita bagus..^^

  3. aliaa says:

    Jual lagi tak….nk beli amcm

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"