
Novel : Katakan kau juga cinta 3
Oleh : Laven
BAB 3
Sudah beberapa buah pasaraya aku masuk untuk mencari hadiah bagi pertunangan Damia dan Muizz. Dari aku terus terperuk aje di rumah tanpa buat apa-apa lagi baik aku buang duit dan masa merayau di sekitar pasaraya untuk belikan hadiah kepada kawan-kawan aku yang dah nak bertunang pada minggu hadapan. Aku pandang jam di tangan, sudah pukul 12.00 tengah hari, ini bermakna, aku sudah merayau di sekitar pasaraya ini selama 2 jam.. Lama juga.. Tapi masalahnya, kenapa satu hadiah pun belum aku beli? Hmm… tak ada satu pun yang berkenan di hati untuk di beli!
“ Hai, sorang aje?” sapa satu suara betul-betul di telinga kanan aku sewaktu aku tengah melihat-lihat set pingan mangkuk. Mana tahu, aku boleh belikan itu untuk majlis kahwin Damia dan Muizz pula nanti.
Cepat je aku toleh bagi memastikan siapa orang yang menegur aku. Kalau kenal layan je, kalau tak kenal buat bodoh.. Senang je.. Mata aku naik bulat macam binatang dalam cerita CJ7 tu. Akmal yang berdiri di sebelah aku agak pelik dengan aku. Mana tidaknya aku terkejut tengok muka dia kalah dari tengok hantu! Bagi aku, dia lah hantu! Heee…
“ Errr.. tak, ada ramai kawan aku kat sini.. Err.. sebelah kau pun ada juga.” Aku balas soalan dia. Dah nampak aku seorang je lagi nak tanya. Lain lah kalau dia nampak benda-benda yang aku tak boleh nampak!
“ hmm… Yang ada tanduk bercabang-cabang tu ke?” dia tanya aku dalam nada sindir.
Huh! Malas aku nak layan mamat ni! cepat je aku jalan ke bahagian perabot. Bukan sebab aku nak belikan Damia dan Muizz perabot tapi sebab aku nak larikan diri dari dekat dengan si Akmal tu. Ada ke orang baru nak bertunang, aku dah belikan perabot? Lawak apa yang aku cuba buat ni? haaa.. alang-alang aku dah ada kat tempat perabot ni, baik aku tengok-tengok dulu. Rasanya Akmal dah tak ikut aku. haaa… Leganya aku!
Satu persatu perabot aku tengok.. Aku memang sukakan perabot buatan kayu ni.. Nampak sangat cantik. Kadang-kadang ada juga aku jadi obses dengan perabot-perabot kayu ni tapi… aku bijak kawal jiwa dan buku account aku. iya la, mana tidaknya, perabot-parabot kayu ni harganya kadangkala ada yang mencecah ke ribuan ringgit! Sekadar kerja gaji ciput macam aku ni… mampu ke? Gaji sebulan aku pun belum sampai separuh harga perabot-perabot ni..
“ Heiy, tak kan nak belikan diorang perabot pula? Diorang baru nak bertunang la, Nisa..” lembut Akmal bersuara. Entah bila dia berada di sebelah aku.
Aku mengusap dada tanda terperanjat dengan mamat ni. Wahh, kalau tiap hari dia muncul macam ni memang boleh buatkan aku masuk wad paling special kat hospital tu. Eh! Bukan ke dia dah balik? Tadi aku tak nampak pun dia.. Paling penting, apa yang dia buat kat sini?
“ Aku tahu la diorang baru nak bertunang.. ni pun aku saja je tengok-tengok..” aku balas soalan bodoh dia dengan suara yang menahan geram. Cepat je aku melangkah, malas la aku nak berlama-lama layan cakap Akmal tu. Silap-silap boleh wujud peperangan pula di sini!
Aku terus je jalan tanpa pedulikan dia yang sudah berada di sebelah kanan aku. Kenapa dia ikut aku pun aku tak tahu. Menganggu fokus untuk aku belikan Damia dan Muizz hadiah aje lah! Aku berhenti dan memandang dia yang agak tinggi dari aku. Aku siap tunjukkan muka protes lagi dengan dia, kalah muka mak nenek dah ni. Tolong lah faham!
“ Kau kenapa?” dia mula soal aku sambil pandang aku yang tengah buat muka macam mak nenek tu.
Aku naik bengang. Macam nak hentak-hentak aje kepala aku ni pada dinding bangunan ni! warh.. aku nak bertukar jadi Hulk sekarang jugak! Biar aku henyak-henyak mamat ni sampai lumat.. Sibuk sungguh mengekor aku! warhhh… aku mula merepek-repek dalam kepala otak sebab begangkan dia!
“ Kenapa kau ikut aku ni?” aku tanya dia dengan expression muka yang agak bengang..
“ hmm.. soalan yang bagus, cik Nisa… Sebenarnya, kau yang perasan! Aku nak balik lah..” dia marah aku. Cepat je dia jalan tinggalkan aku yang tengah bengang ni.
Dia cakap aku perasan? Eleh! Dia yang tak nak mengaku.. Dah la ikut orang.. Entah apa-apa la mamat senget ni.. bengang betul aku.. Aku mula jalan balik.. Buang masa kalau aku layan kepala otak aku yang tengah geliga nak mula merepek yang bukan-bukan ni. Bayangan Akmal aku dah tak nampak.. Lega betul la! Tapi, macam kejam pula aku dengan dia sedangkan dulu, dia yang selamatkan aku dari di ganggu dan sekarang aku buat macam aku tak ingat budi baik dia tu.. Bukan itu maksud aku… Aku cuma nak hilangkan perasaan aku terhadap dia yang masih lagi ada dalam hati aku ni!
“ Nisaaa..” sapa satu suara. Yang pasti, aku tahu itu bukan Akmal. Cepat je aku memandang arah datangnya suara.
Seorang lelaki mengatur langkah ke arah aku. Di bibirnya meniti sebuah senyuman. Aku tak berapa ingat siapa lelaki ni sebab dah lama tak jumpa. Aku balas senyuman dia. Cara dia berpakaian membuatkan aku sedikit hendak termuntah! Dengan baju t-shirt berlengan pendek yang agak ketat dan menampakan lekuk tubuh ditambah pula dengan seluar skinniy. Dah macam gay dah aku tengok mamat yang perasan hendsome ni tapi, aku diamkan je..
“ Nisa.. Lama I tak jumpa you. Dah semakin cantik pun you ni.” Dia mula tersengih-sengih depan aku.
Apa hal mamat ni? puji-puji aku dengan pujian yang membuatkan tengkuk aku meremang. Cakap pulak berI-you dengan aku.. Siapa dia ni? serius aku tak boleh nak ingat nama manusia yang ada di hadapan aku ni…
“ Err.. Awak ni… siapa ye?” aku tanya dia jugak walaupun aku rasa dia akan cakap aku ada penyakit kronik macam yang selalu adik-adik aku cakap!
“ Hmm.. dah agak dah.. you pun tak kenal I.. hendsome sangat ke I ni sampaikan you all tak kenal I lagi dah?” dia mula perasan.. Aku macam nak cakap je, kau ni nampak macam gay sangat lah.. blah la, aku tak kenal kau! Heee…. tapi aku diamkan aje la.
“ Err.. so, awak ni siapa?” aku mendesak agar dia memberitahu.
“ Ini Rezz la… Rezza..” dia beritahu aku dengan bangganya. Aku melopong.. kalau tak salah aku, Rezza ni la yang pernah cakap dia sukakan aku dulu..
Sebelum aku berhijrah ke Selangor dulu, dia pernah nyatakan perasaan dia kat aku tapi aku tak ambil kisah sebab aku tengah makan hati dengan Akmal jadi dalam erti kata lain, memang aku tolak dia lah.. Tapi, dulu dia tak macam ni.. Dia memang terkenal sebagai seorang yang sangat baik dan ramah. Pakaian dia tak pernah ketat macam ni.. warh… Jangan cakap dia dah bertukar jadi gay setelah kena reject dengan aku!
“ Awak nampak lain la, Rezz…” aku cakap dalam nada teragak-agak..
“ I lain ke, Nisa? Hmmm.. tapi ada satu perkara yang langsung tak berubah…” dia bisik di telinga aku. aku dah mula kecut perut memandangkan ketika itu aku dan dia berada di sudut yang tidak ramai orang melaluinya.
Aku jauhkan sedikit jarak aku dari dia. Langkah-langkah keselamataan perlu di utamakan! Dia sengih apabila aku buat macam tu. Dia hampiri aku yang sudah pun tersandar pada dinding. Warh… apa dia nak buat ni..
“ You tahu tak, I tetap masih sukakan you walaupun banyak benda yang I dah ubah.” Dia cakap lagi. Wajah dia dekatkan pada aku.
“ Rezz!” aku marah dia apabila dia cuba kiss pipi aku. eii… aku cepuk juga mamat sengal ni! aku tolak dia sekuat hati aku.
Aik, kenapa aku rasa macam aku tolak angin je ni atau si Rezza ni memang ringan? Aku padang Rezza yang sudah pun di tarik oleh Akmal. Aik… apa pulak mamat senget ni buat kat sini? Aku tak bersuara apabila Akmal menumbuk Rezza. Aduh… masuk ni dah dua kali dia selamatkan aku dari di ganggu orang. Hutang budi lagi!
“ Jom, balik!” arah Akmal dengan suara yang sedang menahan marah. Dia tarik tangan aku supaya aku mengikuti dia. Apahal dengan mamat ni!
Aku tak berani bersuara sewaktu berada dalam kereta. Bengang betul! Aku cakap nak tunggu ayah aku datang ambil tapi dia pula berkeras nak hantar aku balik. Siap bagitahu ayah aku lagi! Berani pula mamat ni bercakap dengan ayah aku yang garang tu. Tapi apa yang aku tak puas hati ialah, aku belum sempat belikan hadiah untuk Damia dan Muizz.. terpaksalah keluar lagi esok!
Akmal menghentikan kereta dengan mengejut. Apahal dia ni? Aku pandang dia dengan muka bengang. Muka dia nampak risau.. Aku tak tahu la dia risaukan apa.. Tapi, aku pula yang rasa takut bila tengok muka dia.. Selalunya dia tak pernah tunjuk muka risau dia pada aku dulu.. Muka risau tu hanya untuk kekasih-kekasih hati dia je… Aku ni bukan sesiapa untuk dia.. Aku ni cuma susahkan dia je!
“ Esok, kita keluar sama-sama belikan hadiah untuk Damia dengan Muizz. Saya akan pergi jemput awak.” Dia bersuara kemudian memulakan pemanduannya semula.
Mana dia tahu aku bercadang nak keluar esok? Aku tak nak keluar dengan dia lah! Kenapa pula dia cakap saya-awak dengan aku? bukan ke selalunya aku-kau je? Aku semakin tak faham la dengan si mamat senget ni!
“ Tak apa lah… Aku boleh pergi dengan adik aku je.” Aku tolak ajakan dia. Baik aku ajak adik aku dari aku pergi dengan kau!
“ Boleh tak awak dengar cakap saya kali ni? Awak nak kejadian tadi berulang ke? Entah berapa banyak lagi manusia yang macam Reez tu!” dia marah aku, tangan aku dia dah genggam. Wahh… sakit la woi! Kereta itu lagi sekali dia hentikan.
“ Aku boleh jaga diri aku!” aku balas. Tangan aku yang dia genggam tu aku cuba tarik.
“ Boleh jaga diri sendiri ye?” dia sindir aku. Tangan aku dia tarik sehinggakan muka aku terlanggar dada bidang dia. Warh… apa ni..
“ Ini ke yang awak cakap boleh jaga diri sendiri?” tambah dia lagi.
Aku tolak dia. Posisi aku cepat-cepat aku ubah memandang ke luar tingkap. Dia mulakan perjalanan kembali. Di bibir dia meniti senyuman puas. Hampeh betul mamat ni.. Apa masalah dia pun aku tak tahu!
“ Saya tak kira, esok awak kena keluar dengan saya juga. Nanti saya minta izin dengan parents awak..” dia bersuara setelah sekian lama aku berdiam diri. Kenapa la perjalanan ni lambat sangat?
“ hmmm…” aku mendengus.. Jangan harap ayah aku nak bagi aku keluar dengan kau! Dalam hati aku tersenyum..
“ hmmm, je? Tak suka ke keluar dengan buah hati awak ni?” dia tanya aku dengan senyuman nakal.
Aku menjeling marah.. Sejak bila pula dia jadi buah hati aku? Semenjak bila pula aku tanam pokok dalam hati aku sehinggakan berbuah? Paling penting, buah hati tu rupa dia macam mana? Ada macam buat durian ke? Atau sama macam buah laici yang aku suka makan tu? Confuse aku!
“ Sejak bila pula kau jadi buah hati aku ni?” aku tanya dia dengan nada yang agak marah.
Sedap aje mulut dia cakap dia tu buah hati aku.. Aku cili mulut dia baru dia tahu! Bengang betul aku dengan mamat ni la!
“ Sejak 3 tahun yang lepas?” dia bersuara..
Aku pandang dia dengan muka bengang. Dia sindir aku ya! Mentang-mentang dulu aku pernah confess pada dia. Dulu hingga kini kau memang ada dalam hati aku tapi aku akan segera mengusir kau dari hati aku ini! Tidak sanggup aku menyimpan perasaan yang sia-sia ini! Aku mula merepek-repek lagi! Siap dengan ayat jiwang lagi..
“ Itu perkara yang dah lepas!” aku marah dia.. bengang betul.. cepat je aku nak keluar dari kereta memandangkan aku dah sampai rumah.
“ Perkara lepas bagi awak, tapi baru bermula untuk kita berdua.” Dia cakap sambil keluar bersama aku.
Aku buat muka slumber je macam aku tak dengar ayat terakhir dia tu.. apa maksud dia? ‘Perkara yang lepas bagi awak tapi baru bermula untuk kita berdua’… Aku semakin bengang sebab tak boleh nak faham langsung ayat skema yang dia cakap tu. Aku tengok dia yang tengah berbual dengan ayah aku. hehh… ayah tak akan kasi aku keluar dengan kau lagi! Aku tersenyum dalam hati sebab ayah aku ni memang tak suka kalau aku keluar dengan lelaki kecuali lah kalau ayah dah berkenan dengan lelaki itu untuk di buat menantu! Heee…. haru lah jadinya kalau macam tu…
“ Kalau macam tu… esok saya datang ambil awak kat rumah ya, Nisa.” Akmal sudah tersenyum gembira.
“ Hah? Apa kau cakap?” aku tanya dia sebab tak percaya bila tengok muka happy dia.. ayah… ayah berkenan dengan dia ke? Waaa
“ Nisa… cuba cakap elok sikit dengan Akmal tu.. Dia cakap saya-awak dengan kamu, kenapa pula kamu cakap aku-kau dengan dia?” ayah tegur aku dengan teguran yang agak tegas. Aiseh… ayah backup Akmal la pula!
Akmal tersengih.. Sempat dia kelipkan mata kepada aku sebelum masuk ke dalam kereta berjenama Persona itu. Aku mula menghentak kepala pada tiang rumah.. Menyesal aku letakkan harapan yang tinggi untuk di selamatkan oleh ayah… waaaaaa













best!…ada part yg terasa tersentap di hati..maybe penah mengalami dulu..huhu..apa pun keep it up!
da blog x?
best sgt..
plss smbung cepat
ada blog ker…??
best lah… saya suke sgt…. smbung cepat ye..