
Novel : Minah Senget vs Mamat Sewel 15
Oleh : east chynta
BAB 15
“Mamat sewel betul kau. Suka la hati kau..buat aku macam ni. Bencinya aku!!”habis botol air mineral di tengah jalan kutendang. Aku bukannya apa…cuma mahu melepaskan geram di hati. Mana aku tak geram. Aku pulak yang terlebih-lebih sibuk cari dia. Dia pulak, hilang macam tu je. Kalau betul, dia ingat aku…tentu dia dah cari aku. Yang aku sibuk-sibuk pulak cari dia. Macam tu ke kawan. Argh!! Tak perlu nak fikir.
“Elina!!”
Haiya. Aril lagi. Kenapa la sekarang, dia je yang datang depan aku. Aku tak cari dia. Aku cari mamat sewel. Orang lain yang aku cari, lain pula yang datang.
“Elina. Tunggu!!”
“Apa lagi ni?”
“Aril nak minta maaf. Aril sakitkan hati Elina.”bunga mawar dihulurkan kepada aku.
Dia ingat dengan bagi aku bunga, aku boleh cair. Sorry sikit Aril.
“Cukup Aril! Jangan ganggu saya lagi.”ek eleh. Kerek la pulak aku. Dah tak mahu gantikan diri aku dengan nama-nama lagi. Nampak lembut sangat. Nak guna aku kau…rasa kasar pulak.
Alahai, kenapa la masih ada kelembutan di hati aku ni. Nampak kasar, tapi hati aku masih lembut sebenarnya.
“Apa pulak ni? Jangan nak buat lawak Elina.”
“Siapa yang buat lawak. Saya serius. Saya mintak…awak jangan ganggu saya lagi. Saya tak mahu ada kaitan dengan awal lagi. Saya rimas!!”tegas suaraku.
“Sudah sudah la Elina. Tak payah nak berlakon jadi orang lain.tanya sama hati. Elina masih sayangkan Aril. Aril tahu tu.”
“Aril! Dengar sini..”kuat suaraku. Aku betul merenung tepat ke wajah Aril. “Saya tak suka kat awak. Saya dah takda hati kat awak. Saya dah ada orang lain. Awak faham!!”
Aril tidak ambil serius dengan kata-kata aku ni. Boleh dia ketawa dengan apa yang aku cakap. Teruk betul mamat ni. Agaknya…dia ni yang patut aku panggil mamat sewel. Bukan Jeffrey. Orang macam ni pun ada dalam dunia.. Buat sakit jiwa aku je.
“Pandai Elina buat lawak.”
“Eeee…tak faham jugak ke?”digaru rambutku sekalut-kalutnya.
“Pandai Elina bergurau dengan Aril.”
“Haiya…ini orang manyak sengal. Tarak faham apa orang cakap. Encik Aril..apa yang saya cakap ni…serius. Saya takda masa nak main-main dengan awak.”
“Sudah la Elina. Suka sangat gurau. Jom kita makan.”
“Taknak!”
“Sudah-sudah la tu merajuk.”
Ya Allah. Kenapa mamat depan aku ni faham. Dia ingat aku merajuk dengan dia. Apa abarang aku nak merajuk. Apa yang dia cakap tu, langsung tak memberi kesan pada aku. Macam mana pulak aku nak merajuk. Tak masuk akal langsung. Perasan!!
“Aril. Macam ni la. Dengar sini. Apa yang saya nak cakap, awak dengar betul-betul. Apa yang saya nak cakap ni serius. Bukan sebab saya merajuk dengan awak atau saya nak awak pujuk. Tapi saya betul-betul dengan apa yang saya cakap ni. Apa yang saya cakap bukan gurauan…”wah, rasa skema la pulak. Dah tak faham sangat. Mahu aku jadi minah skema kejap.
Wajah ceria Aril sedikit suram. Lama dia perhatikan aku. Aku juga membalas renungan dia. Aku dah tak takut nak balas renungan mata dia. Sebab aku dah ada rasa getar lagi, bila mata kami bertentang. Aku rasa biasa je. Seperti mana aku dengan kawan-kawan aku yang lain.
“Betul ke apa yang Elina cakapkan ni?”Hah..baru kau nak faham. Mulut aku ni dah berbuih-buih terangkan tadi…kau tak percaya. Akhirnya percaya jugak.
“Betul la.”
“Serius?”
“Ya la. Takda masa nak main-main.”balasku tegas.
“Tapi kenapa?”
“Sebab, saya dan tawar hati dengan awak. Saya dah takda hati kat awak langsung. Hati saya ni milik orang lain.”jawab ku yakin.
“Siapa yang dah rampas hati Elina?”
“Ada la. Awak tak perlu nak tahu. Bukan masalah awak pun.”
“Kenapa pula? Memang dah jadi masalah Aril. Sebab tak lama lagi, Elina bakal isteri Aril.”
Terkebil-kebil mata aku ni. Terkejut. Gila ke apa mamat ni. Tak faham bahasa sungguh. Aku mula menepuk dada Aril kasar.
“Apa awak cakap?”
“Elina bakal isteri Aril. Kita akan kahwin.”
“Awak gila ke? Bila masa saya nak kahwin dengan awak?”
“Aril dah minta orang tua Aril masuk meminang Elina.”
Sekali lagi kejutan buat aku dari Aril. Tanpa pengetahuan aku, Aril sekali lagi telah membuat keputusan tanpa persetujuan aku. Aril dah lebih memaksa. Dia tak faham ke, aku tak mahu….Tak reti bahasa melayu agaknya. Aku dah tak mahu, tahu la.
“Apa?!”
“Papa dan mama dalam perjalanan ke rumah orang tua Elina dengan rombongan. Pergi meminang Elina.”terang Aril.
“Gila! Kenapa buat macam ni? Orang tak mahu kahwin.”satu persatu perkataan itu jelas keluar dari bibirku. Iya la. Siapa nak kahwin dengan dia? Aku tak mahu!!!
“Elina yang memaksa Aril untuk buat semua ni.”
“Kenapa pulak? Eee..tak faham betul la. Boleh sakit jiwa macam ni.”keras nadanya. Mula memberontak. Tin kosong di depannya di tentang kuat.
“Elina, semua ini sudah tersurat. Antara kita dah ditakdirkan bersama.”
Buat aku gelihati sahaja, dengar semua tu. Telah tersurat dan ditakdirkan untuk kami bersama.? Itu bukan tersurat tapi itu terpaksa..kerana di paksa. Aku meraba-raba poket seluar. Mula mencari telefon bimbitku. Aku perlu minta baba dan mama menolak sahaja rombongan meminang dari Aril. Aku perlu beritahu mereka mereka segera.
“Ish, mana ni?”telefon bimbitku tiada di poket. Tercicirkah? Aku cuba mengingati kembali. Aku menepuk dahi pula. Rupanya aku tertinggal di atas meja bilikku tadi.
“Nak ke mana?”soal Aril, bila melihat aku sudah mula mengatur langkah.
“Nak balik.”
“Nanti dulu. Banyak lagi yang perlu kita bualkan.”
“Hei! Awak ni tak faham bahasa ke? Saya tak suka kat awak.”bulat mataku jegilkan.
Aku mengatur cepat sahaja langkahku ke motorsikal. Helmet telah kusarukkan ke kepala kemas. Baru hendak mengh idupkan enjin, Aril merampas kunci. Ini kali kedua dia lakukan begini.
“Apa ni? Bagi balik.”bentakku geram.
“Aril tak izinkan Elina naik motor ni lagi. Biar Aril yang hantarkan Elina. Nak ke mana cakap je..Aril boleh hantar.”di balasnya kembali. Bertambah geram lagi aku mendengar kata-katanya. Ini belum ada apa-apa hubungan lagi, sudah pandai mengatur apa yang perlu di lakukannya. Bagaimana nanti, kalau aku dah terikat dengan dia? Mahu aku di kurung di dalam rumah je, bila dah kahwin nanti. Apa semua tak boleh. Tak mahu la aku.
Aku membalas dengan jelingan. Tepat aku merenung Aril di depanku.
“Mari Aril hantarkan. Bahaya naik motor besar-besar macam ni.”lembut Aril memujukku.
“Baba orang tak kisah pun. Dia pulak nak melebih-lebih.”dengusku geram.
“Itu baba. Ini Aril. Aril risau kalau jadi apa-apa pada Elina. Aril hantarkan ya?”pujuknya lagi.
“Tak mahu! Habis tu, siapa yang nak naik kalau bukan diri sendiri.”balasku geram. Rasanya macam api dah mula melegak dalam badan aku ni. Panas je.
“Nanti Aril minta kawan Aril bawa balik.”
“Arh! Sudah la. Banyak pula songehnya. Semuanya tak boleh.”
“Ini demi kebaikan Elina juga. Demi keselamatan Elina juga. Aril tak mahu jadi apa-apa pada Elina.”
Eleh. Menyibuk betul mamat ni. Suka hati aku la. Aku nak naik motor besar ke, aku nak naik lori ke… Aku punya suka la. Menyibuk tak bertempat betul.
“Kalau itu memang oarang kata, itu memang minat baru orang. Awak nak halang jugak?”soalku tidak puas hati.
Aril menganggukkan kepalanya. “Keputusan Aril muktamad. Semua tu, Elina tak boleh buat.”tegas sahaja kata tuturnya.
“Bagi balik kunci tu. Orang nak balik ambil telefon. Mintak baba dan mama tolak sahaja pinangan tu. Orang tak sudi la.”kasar nadaku.
“Kalau iya nak merajuk pun, janganlah sampai macam ni sekali. Buruk perangai tu.”balas Aril.
Ya Allah. Kenapa aku di temukan dengan lelaki macam ni? Aku mengatur langkahku. Tidak sanggup lagi nak berhadapan dengan lelaki pengongkong di depan aku ni.
Aku perlu cari telefon awam. Aku perlu beritahu keluargaku segera untuk tolak sahaja hajat Aril tu. Aku tak mahu ada ikatan dengan dia lagi. Aku tak mahu jadi isteri Aril dan aku tak mahu, dia jadi suami aku. Mintak simpang. Aku tak sanggup.
“Nak ke mana?”drentap tanganku kasar.
“Pergi la mana-mana pun. Sibuk je.”aku menjeling.
“Jangan macam tu Elina. Aril datang sini hari-hari pujuk Elina, tapi Elina tetap berkasar pada Aril. Cuba berlembut sikit. Hargai sama pengorbanan Aril ni.”sekali lagi, hati aku ni bagai di geletek. Pengorbanan apa pulak yang di cakapkannya ni? Aduh! Boleh sewel aku macam ni.
“Pengorbanan apa? Jangan cakap pasal pengorbanan la. Kat sini tak payah nak cakap pasal pengorbanan. Buat penat cakap je. Ingat orang nak berlembut, merayu. Jangan harap!”laju sahaja langkahku di atur. Nak semak fikiran aku je. Telefon awam aku hampiri. Tapi semuanya tidak boleh. Lalu ketumbuk kuat dinding telefon awam, tanda protesku.
“Apa Elina buat ni?”kalut Aril meyambar tanganku. Dihembus tanganku. Di demah dengan hujung bajunya. “Merah dah. Kenapa buat macam ni?”aku menarik tanganku kembali. Tak perlu nak ambil berat tentang aku lagi.
Tidak aku membalas. Aku terus menunjuk protesku. Geram!!
“Ok. Ok. Nah, ini kunci motor. Tapi Elina naik baik-baik. Jangan bawa laju sangat. Bahaya.”akhirnya Aril mengalah juga. Tahu pun takut tengok protes aku ni. Kalut aku mengambil kembali kunci yang di berikan Aril. Segera aku menghidupkan enjin dan terus berlalu. Terus aku meluncur laju dari Aril. Jeritan Aril langsung tidak aku pedulikan.
Kawasan rumah aku hampiri. Sesudah mematikan enjn, aku segera masuk ke dalam perut rumah. Pertama perkara yang akan aku lakukan adalah mencari telefon bimbitku.
“Ish, mana ni. Time aku nak guna, time ni la kau nak hilang. Mana kau pergi telefon oi..”aku memicit kepalaku. Topi di kepala kubuang dari terus terletak di atas kepala.
“Kau cari ni ke?”kedatangan Jaja telah merungkaikan jawapan. Rupanya ada di tangan Jaja. “Tadi, mama kau call.”
“Aku dah agak. Apa mama aku cakap?”
“Dia mintak kau pulang sekarang. Ada sesuata yang dibincangkan katanya.”beritahu Jaja.
“Hal apa tu?”berkerut wajahnya.
“Mana aku tahu. Mama kau tak cakap pulak. Dia mintak kau balik je. Mama kau cakap macam ni. Tolong bagitahu Elina, suruh dia balik segera ya.Ada hal nak bincang dengan dia.”terang Jaja. Aku duduk di birai katil. Aku dah mengagakkan semua ni.
“Mati aku.”ditarik-tari rambutku.
“Kenapa Elin?”
“Ini mesti sebab Aril. Memang tak syak lagi.”
“Kenapa?”
“Aril minta keluarga dia meminang aku. Aku rasa mesti hal ni. Aku tak mahu kahwin dengan Aril beb. Aku tak mahu siksa hidup aku. Aku risau betul la. Entah-entah keluarga aku dah terima pinangan Aril tu.”gelisah aku, diluahkan pada Jaja.
“Mama kau minta balik, sebab nak tanya jawapan kau agaknya. Pergila balik.”
“Aku pun harap macam tu jugak. Aku harap keluarga aku tak buat keputasan terima pinangan Aril. Kalau keluarga aku terima jugak, aku tak tahu nak cakap apa lagi. Kahwin paksa la aku nanti Jaja.”luahku lagi. Risau sekali.
“Ya la. Aku pun harap, macam tu jugak.”
“Terima kasih Jaja. Aku balik dulu.”
“Bawa motor tu hati-hati.”
Baru keluar rumah, Aril sekali lagi terjengul di depan pintu. Dia ikutku hingga ke rumah. Apa lagi yang dia mahukan? Tak habis-habis menyesakkan hati aku ni.
“Apa lagi ni Aril? Tak habis-habis lagi?”soal tidak puas hati.
“Aril datang jemput Elina.”
Membulat mataku. Terkejut.
“Terima kasih. Orang nak balik kampung.”aku menolak pelawaan Aril.
“Makcik minta Aril jemput Elina balik. Maksud Aril, mama Elina yang minta Aril jemput Elina balik kampung.”terang Aril. Begitu senang hati sekali.
Terkejut beruk aku ni. Biar betul. Takkan mama izinkan aku balik dengan mamat ni. Tak mahu la aku.
“Iya la tu. Pandai reka cerita.”
“Betul. Kalau tak percaya ini buktinya…”Aril membuat satu panggilan. Terpamer senyuman manis ukir di wajahnya. Apakah maksud itu? Kepada siapa panggilan itu di buat? Makin tidak senang hatiku ini, bila Aril melepaskan panggilan itu padaku.













yang ke-16 blum ada lagi ke??
nak lagi…sian elina dpt pakwe tak faham bahasa…manalah jeffery gie ya…
Betui tu, mana jeff ni….
Xsanggup nk bg elina ngan aril yg sengap tu…
selebet betoi kalo dpt laki cam aril tuh…
bahasa kiasan x paham
terus terang pon xpaham
adeh mslh3~~
btw cter ni best sgt3
knp la jeff menghlgkn diri cian elina..
nak kne mgdap aril yng sengal lagi..
nak pkkan kemana hilangnya jeff