
Novel : Misteri Pulau Crystal 15
9 February 2012
Kategori: Novel
551 bacaan Jom bagi ulasan
Oleh : Ira Amirah
BAB 15>Kematian.
Matahari yang sedang terbenam kelihatan sangat indah.Walaupun suasananya agak sunyi dan juga sejuk namun,ia tidak dapat menghalang orang ramai untuk menikmatinya dalam cuaca yang sejuk.
Suasana di dewan makan yang agak sunyi telah bertukar menjadi bising dengan suara orang ramai yang datang untuk menjamah makan malam mereka.Mereka semua seolah-olah tidak risau dan tidak mempedulikan perkara buruk yang sedang berlaku di atas pulau itu dan kejadian yang telah berlaku di dalam kawasan Hotel Chaldean .
Walaupunbegitu,penghuni Bangunan Barat masih belum keluar dan bertolak ke dewan makan.Mereka masih lagi menunggu kedatangan Syazwani dan juga Hidayah yang masih belum keluar daripada bilik mereka.Mereka yang lain menungu mereka dengan penuh kesabaran.Namun setelah sekian lama menunggu..
“Kenapalah lambat sangat ni?”Soal Faris.
“Jomlah kita pergi panggil dua orang cik adik tu.”Ujar Hani.
“Aku tunggu kat sini jelah.”Ujar Faris.
“Kami pun sama.”Ujar Afuza dan Nadiah serentak.
Hani dan Nabilah segera ke bilik Syazwani dan Hidayah .Setelah beberapa minit mereka memanggil nama mereka berdua,tidak ada sesiapapun yang membalas panggilan mereka berdua.
“Tak ada orang jawab pun..”Ujar Nabilah.
“Takkanlah dua orang ni dah pergi dewan makan dulu?”Soal Hani.
“Entah…”
“Cuba buka pintu tu..boleh tak?”
“Tak beranilah aku.Kaulah yang buka dulu.”Ujar Nabilah.
Hani segera membuka pintu bilik Syazwani.Pintunya tidak berkunci.Nabilah pula cuba membuka pintu bilik Hidayah,pintu bilik tersebut juga tidak berkunci.
“Dua-dua tak kunci pintu bilik.”Ujar Hani.
“Kenapa tak kunci…kan Alfred dah pesan suruh kunci pintu bilik kalau nak keluar.Kalau pencuri masuk nanti kita juga yang susah kalau biar ja pintu tak berkunci.”Ujar Nabilah yang mengingati pesanan Alfred kepada mereka dahulu.
“Jom kita periksa bilik Syazwani dulu.”
“Boleh ka masuk bilik orang tanpa kebenaran?”
“Masuk jelah..lagipun pintu tak berkunci kan..”
Mereka berdua masuk ke dalam bilik tersebut.Tidak ada sesiapapun yang berada di dalam bilik itu.Mereka berdua menggeledah segenap sudut bilik tersebut.Akhirnya mereka berdua masuk ke dalam bilik Hidayah,keadaannya sama sahaja.Namun perkara yang pelik berlaku di dalam bilik tersebut adalah Nabilah menjumpai sepucuk surat yang diletakkan di atas katil.
“Hani!”Laungnya.
Hani segera berlari mendapatkan Nabilah.Di sana,Nabilah sedadng memegang surat tersebut.
“Bacalah surat tu Nabilah..”Ujar Hani.
Nabilah segera membuka lipatan surat tersebut dengan perlahan dan berhati-hati.
“The next person will be taken..”Ujar Nabilah yang sedang membaca surat tersebut dengan kuat.
“Maksudnya…..”
“Hidayah dan Syazwani dah kena culik!”Ujar Nabilah.
Dengan pantas mereka berdua keluar dari bilik tersebut dan segera berlari mendapatkan kawan-kawan mereka yang lain berekatan dengan pintu keluar Bangunan Barat.
“Kenapa ni?Mana dua orang tu?”Soal Nadiah.
“Syazwani dan Hidayah……..dua orang tu…dah kena culik.”Ujar Nabilah.
“Hah?!”Laung mereka yang berada di sana.
“Takkanlah…”Ujar Afuza yang masih lagi tidak percaya akan apa yang sedang berlaku.
…………………………………………………………………………………………
Suasana di dewan makan sangat bising kerana berita mengenai kehilangan Syazwani dan Hidayah telah disebarkan.Faris,Nabilah,Hani,Afuza dan Nadiah berasa semakin risau dan takut.Mereka berasa takut kalau-kalau mereka adalah mangsa yang seterusnya selepas Syazwani dan Hidayah.
“The next person will be taken..”Ujar Faris yang sedang membaca kertas yang dijumpai oleh Nabilah di dalam bilik Hidayah.
“Macam mana ni….”Ujar Nabilah yang sedang menggelabah.
“Kita tak boleh balik lagi ka?”Soal Nadiah.
“Alfred kan dah beritahu yang kita cuma boleh tinggalkan pulau ni kalau semua pelajar ada sekali.”Ujar Afuza.
“Jadi……kita semua sekarang ni terperangkap kat atas pulau ni lah?”Soal Hani.
Mereka semua terdiam.Tidak ada sesiapapun yang mampu untuk menjawab pertanyaan Hani itu.Mereka semua sedar bahawa mereka takkan keluar dari pulau tersebut dalam masa yang terdekat itu.Mereka juga suddah buntu memikirkan perkara yang berlaku di sekitar mereka.
“Bosanlah duduk kat sini lama-lama..”Rungut Nabilah.
“Aku tak..”Ujar Faris.
“Kenapa?”Soal Hani dan Nabilah serentak.
“Kat sini ada ramai pelancong perempuan.Jadi…faham-faham sajalahkan..”Ujar Faris yang sedang merenung ke arah pelancong perempuan yang berada di sana.
“Miangnya…”Ujar Nadiah dengan perlahan.
“Apa?”Soal Faris.
“Apa,apa?”Balas Nadiah.
“Tadi tu…..aku dengar macam ada benda ja yang kau cakap tadi tu..”
“Mana ada apa-apa…”
“Sudah-sudahlah tu!”Marah Afuza yang sedang melihat kertas yang mengandungi simbol-simbol Chaldean yang ditinggalkan oleh Hidayah.
Tiba-tiba Hani dan Nabilah bangun dari kerusi mereka.Faris,Afuza dan Nadiah berasa sangat terkejut dengan apa yang dilakukan oleh mereka berdua.
“Kami nak balik bilik.”Ujar Hani.
“Nak balik dah?”Soal Faris.
“Mengantuklah,lagipun dah pukul 10.00 malam ni.Nak tunggu apa lagi kat sini lama-lama.”Ujar Nabilah.
“Betul tu.”Sokong Hani.
Mereka berdua segera beredar ke bilik mereka.Suasana pada waktu malam sangat sunyi.Suhunya pula semakin menurun.Salji pula mulai turun membuatkan kawasan di sana semakin sejuk berbanding pada waktu yang sebelumnya.
Tiba-tiba,Faris,Afuza dan Nadiah terlihat kelibat Alfred menuju ke arah hutan yang berdekatan dengan wajah yang mencurigakan.Mereka yang berada di sana berasa ingin tahu akan apa yang ingin Alfred lakukan di dalam hutan pada waktu malam begini.
“Alfred tu nak pergi mana?”Soal Faris.
“Manalah kami nak tahu.”Ujar Afuza.
“Ikut dia nak?”Ajak Faris.
“Gila!”Laung Afuza dan Nadiah serentak.
“Tak mau sudah….”Ujar Faris lalu segera mengekori Alfred.
“Faris!”Laung Afuza.
“Tak bahaya ka?”Soal Nadiah.
“Kita ikut saja,bukannya nak pergi lawan dengan orang jahat..”Ujar Faris.
Mereka mengekori Alfred dengan perlahan supaya tidak diketahui oleh Alfred.Semakin lama,semakin jauh mereka berjalan.Setelah hampir sepuluh minit mereka semua berjalan di dalam kawasan hutan,akhirnya mereka semua tiba di sebuah jambatan gantung yang menakutkan dan agak usang dan lama.
“Nak lalu juga ka?”Soal Nadiah.
“Lalu jelah,bukannya ada apa-apa pun..”Ujar Faris.
“Rasa macam pernah lalu ja….”Ujar Afuza.
“Betullah..”Balas Nadiah.
“Korang ni nak ikut ka tak mau,macam-macam betullah.”Rungut Faris yang sudah tidak tahan dengan perangai mereka berdua.
“Jalan jelah…mana tau kita boleh jumpa dengan kawan-kawan kita yang hilang tu.”Ujar Afuza.
“Oklah…..”Balas Nadiah.
Mereka bertiga berjaya melalui jambatan gantung yang menakutkan itu.Setelah berjaya merentasi jambatan tersebut,mereka melihat banyak calet yang ditempatkan di sana.
“Ini kawasan calet……kita kan pernah datang dulu..”Ujar Afuza.
“Betullah….kalau tak salah masa tu Alfred bersembang dengan budak lelaki kan.”Ujar Nadiah .
“Tu..tengok tu..Alfred dah mula jalan balik.”Ujar Faris.
Mereka segera mengekori Alfred.Langkah mereka terhenti sebaik sahaja Alfred melangkah masuk ke dalam sebuah calet.
“Dia masuk kat dalam calet tu.Macam mana ni?”Soal Nadiah.
“Apa lagi..tunggulah Alfred sampai dia keluar.”Ujar Faris.
Setelah beberapa ketika menunggu ,akhirnya Alfred keluar dari calet tersebut.Mereka bertiga berasa hairan dan terpinga-pinga sebaik sahaja melihat Alfred keluar dari calet tersebut bersama-sama dengan tiga orang yang tidak dikenali oleh mereka bertiga.
“Siapa mereka tu?”Soal Nadiah.
“Entahlah..”Ujar Afuza.
“Jomlah…”Gesa Faris.
“Nak ikut juga ka?”Soal Nadiah yang berasa penat.
“Kalau tak nak aku tinggal.”Hanya itu yang diujar oleh Faris.
Akhirnya mereka berdua akur dan segera mengekori Alfred dan tiga orang rakannya yang lain.Akhirnya perjalanan mereka semua terhenti sebaik sahaja Alfred dan tiga orang rakannya berhenti di hadapan sebuah tasik.Salah seorang daripada mereka sedang meniup wisel sebanyak empat kali.Setelah beberapa ketika,kelihatan dua orang perempuan keluar dari kawasan hutan tersebut dan berjalan ke arah Alfred dan rakan-rakannya.
“Siapa perempuan tu?”Soal Faris.
“Kenapalah kau sibuk sangat nak ambil tahu pasal hal ni?”Soal Afuza.
Sedang mereka berdua bertengkar,Nadiah masih lagi melihat ke arah Alfred dan rakan-rakannya yang sedang sibuk berbual.Walaupun tidak begitu jelas,namun dia masih dapat mendengar perbualan mereka berenam dengan baik.
“You shouldn’t had done that…”Ujar Alfred.
“Done what?”Soal salah seorang daripada dua orang perempuan yang berada di sana.
“What had she done,Alfred?”Soal perempuan yang seorang lagi.
“Kristen…did you went out from your calet?”Soal seorang lelaki yang berada di sebelah Alfred.
“No.”Ujar Kristen.
“Is it true Katherine?”Soal lelaki itu lagi.
“Jeremy….she nor do I never went out yesterday.”Ujar Katherine.
“If it wasn’t Kristen then…”
“Then what Jyoji?”Soal Kristen.
“We found a dead body yesterday in the West Buiding.”Ujar Joshua.
“You found what?”Soal Katherine yang berasa sangat terkejut.
Ketherine dan Kristen terkedu sebaik sahaja mereka mendengar berita yang mengejutkan itu.Katherine segera merenung ke arah Alfred dengan sebuah renungan yang tangan.
“The body…..does it have ..”
“Yes.”Alfred segera menjawab pertanyaan Katherine sebelum sempat dia bertanya.
“We were shocked to death when Alfred told us.At first…I won’t believe it but…”
“We saw the dead body’s picture on television.”Joshua mencelah Jeremy yang belum sempat menghabiskan ayatnya.
“Well…..believe it or not,Kristen won’t do such thing.”Ujar Katherine yang sedang mempertahankan Kristen.
“Did something happened?”Soal Jyoji yang sedar akan perubahan yang berlaku kepada Kristen.
“I…..I knew about it.”Ujar Kristen.
Alfred,Jeremy,Jyoji dan Joshua terkejut mendengar pengakuan Kristen.Mereka berempat segera memandang Katherine dan berharap agar Katherine menjelaskan apa yang dimaksudkan oleh Kristen.
“I showed her that place.”Hanya itu yang diucapkan oleh Katherine.
“You did what?!”Laung Jyoji.
“She need to know..and…”
“And what?”Soal Joshua.
“Why didn’t anyone told me about him?”Soal Katherine.
“What ?…..We don’t understand .”Ujar Jeremy.
“Sho….”Air mata mulai jatuh membasahi pipi Katherine.
“Katherine….we..we…don’t mean to keep it ….it just that…we…don’t have the heart to tell you about him.”Ujar Alfred.
“But I have the right to know!”Laung Katherine.
Mereka semua terdiam mendengar apa yang dikatakan oleh Katherine.Mereka tahu seandainya mereka cuba untuk menjelaskannya masalah lain pula yang akan timbul.
“Did they know that you showed Kristen that secret?”Soal Joshua yang sedang cuba untuk menukar topik.
“I don’t think so.”Hanya itu yang dijawab Katherine.
“Are you sure?”Soal Jeremy.
“If they knew……she won’t be here right now .”Ujar Alfred.
Tiba-tiba secara tidak sengaja,Faris telah terpijak ranting pokok dan menyebabkan mereka semua memerhatikan kawasan sekeliling dan mulai berhati-hati.Faris,Nadiah dan Afuza berasa sangat takut sekiranya mereka mengetahui bahawa mereka bertiga sedang mendengar perbualan mereka dan menghendap mereka semua dari jauh.
“What was that?”Soal Katherine.
“What?”Soal Jeremy.
“I heard something weird…”Ujar Kristen.
“Me too…what was that noise?”Soal Joshua.
“I think it came from there.”Ujar Jyoji yang menunjukkan mereka semua kedudukan Faris,Nadiah dan juga Afuza.
“Let it be…..We’d better return right now..”Ujar Katherine.
“Ok,we’ll see you again if there is something important.”Ujar Alfred.
“Ok…”Hanya itu yang dijawab oleh Katherine dan Kristen.
Alfred dan tiga orang lelaki itu segera beredardari kawasan tasik tersebut.Dua orang perempuan itu masih lagi berada di sana seolah-olah sedang menunggu sesuatu.Dengan pantas Katherine berjalan menuju ke arah tempat persembunyian mereka semua.Perempuan yang sedang memakai jubah dan menutup sebahagian dari wajahnya dengan jaket yang dipakainya.
“You should go now.”Ujar Katherine.
Mereka bertiga masih lagi berada di situ dan tidak bergerak walaupun seinci.Mereka bertiga berasa sangat terkejut apabila perempuan tersebut datang menghampiri mereka dengan tenang.
“You won’t found your friends here.Remember to keep on Alfred track or you’ll lost in this thick forest.”Ujar Katherine lagi.
Katherine segera berjalan menuju ke arah Kristen.Setelah beberapa tapak Katherine melangkah,Faris segera bangun dan memanggil nama Katherine.Kristen yang berada di situ berasa sangat terkejut.Nadiah dan Afuza juga berasa sangat terkejut apabila Faris tiba-tiba berdiri dan memanggil Katherine.
“Katherine!!”Laung Faris.”That is your name right?”Soalnya.
“You had heard everything that we had talked just now….Was it true?”Soal Katherine dengan tenang.
“All of it ?You heard all of it?”Soal Kristen yang sedang menghampiri Katherine.
“Leave this area at once!”Arah Katherine.
“Why should I leave ? Give me a good reason for it.”Ujar Faris.
“Do you want to end up like your friends in the hospital?”Soal Katherine.
“Well…you’re right.”Ujar Nadiah.
“We’ll leave now.”Ujar Afuza.
Nadiah dan Afuza segera berjalan ke arah yang diikuti oleh Alfred sebentar tadi.Jalan yang lembap menyenangkan mereka untuk mengikut jejak yang ditinggalkan oleh Alfred seperti yang disuruh oleh Katherine.Namun,Faris masih lagi berada di sana.
“Faris!Cepatlah!”Laung Afuza.
“Who are you?”Soal Faris.
“Is it so important to you?”Soal Katherine dengan tenang.
Katherine dan Kristen segera beredar dari kawasan tersebut.Faris masih lagi menyuarakan apa yang ingin diketahuinya.Namun,Katherine dan Kristen sedikit pun tidak mengendahkan pertanyaan-pertanyaan tersebut malah tidak menoleh ke arahnya walaupun sebentar.
“Kau ni kenapa?”Soal Afuza.
“Entah..tiba-tiba ja kau jerit nama perempuan tu.”Ujar Nadiah.
“Saja ja…tak ada apa-apa pun..salah ka ?”Ujar Faris lalu segera keluar dari kawasan hutan tersebut.
“Suara perempuan tu rasa macam pernah dengar ja…..”Ujar Afuza.
“Aku pun rasa macam tu juga.”Ujar Nadiah.
“Tapi siapa?”Soal Afuza.












