
Novel : Munajat Doa Cinta 14, 15
Oleh : Lya Aqila
Bab 14
“Ayu ada masalah?” soal Fuad.
Leha sedang menyediakan minuman buat ayahnya. Lelaki tua itu tidak pernah cuba mencari pengganti arwah isterinya. Cinta yang utuh menjadikan lelaki itu buta dalam mengenal keindahan sang hawa di luar sana. Bagi dirinya bidadari yang tiada tandingan adalah arwah isterinya. Keindahan budi pekerti wanita itulah yang memadamkan perasaannya untuk menjadi sang pemuja cinta lagi.
Ayu memeluk tubuh. Usai makan malam tadi, dia sengaja duduk di beranda luar rumah itu untuk melayani perasaan. Kehadiran Fuad menerbangkan lamunannya.
Ayu menoleh ke arah susuk tubuh yang sedang berdiri tidak jauh darinya. Lelaki itu menghadap hadapan. Kepekatan malam mambataskan pandangan. Malam ini agak malap kerana langit tidak ditemani bulan dan bintang. Kesuraman malam turut menemani lara di hati gadis itu.
Ayu membalas senyuman yang dihulur lelaki itu.
“Ayu tak nak balik. Semua orang cari Ayu. Sampai libatkan polis. Ayu dah baca suratkhabar hari ni kan?” soal lelaki itu lagi.
Ayu angguk kepala. ” Ermmm..” hanya itu yang keluar dari mulut gadis itu.
“Ada apa-apa nak kongsi dengan abang?” lembut suara itu.
Ayu terharu. Entah kenapa pintu hatinya tidak boleh mencintai lelaki itu. Ketulusan budi Fuad meluntur kasihan di hati. Jodoh dan pertemuan itu hak Allah. Sudah tertulis dia jatuh cinta pada Syahril Iskandar dan menjadi isterinya. Kalau Fuad yang menjadi jodohnya sudah tentu dia tak akan menanggung kesakitan ini. Benarkah Syahril Iskandar tulus mencintainya seperti lelaki itu?.
“Terima kasih abang” senyumannya terukir.
Fuad angkat kening. “Untuk apa?”
Senyuman Ayu makin melebar. ” Terima kasih tak pernah benci Ayu. Sudi bantu Ayu. Walaupun Ayu dah sakitkan hati abang” mendatar suara itu.
Fuad gelak kecil.
Ayu merenung wajah itu dengan riak kehairanan.
“Kisah lama Ayu. Abang pun dah terima suratan takdir. Bukan rezeki abang kan. Lagipun abang sedar taraf abang”
Berubah riak wajah Ayu. “Ayu tolak abang bukan sebab darjat atau luaran” suaranya serba-salah.
Fuad gelak lagi. “Abang tau Ayu. Abang gurau aje.” Suara itu ceria.
Ayu senyum kelat. Dia tidak tahu apakah wajah yang ceria itu turut menyimpan tawa di hati. Mungkin ia sekadar kepura-puraan. Ayu nampak sinar mata itu tidak seceria wajah yang menghiasi jasad itu.
“Maafkan Ayu” Ayu masih rasa bersalah.
Fuad geleng kepala. ” Yang lepas tu biarkan ia berlalu Ayu. Perjalanan hidup kita ni bukan berkisahkan cinta saja kan” suara itu memujuk. Lebih kepada memujuk diri sendiri. Sebenarnya berhadapan dengan gadis yang dicintainya itu lebih menyakitkan. Fuad hanya mampu memandang jasad itu tanpa boleh memasuki kamar hati Ayu. Ayu hak orang lain. Cinta gadis itu juga milik suaminya sendiri.
Ayu senyum kelat. “Bila nak kawin?” dia sengaja ubah topik. Tidak betah untuk terus menyakiti hati insan yang murni itu.
Fuad ketawa. “Insya’Allah Ayu. Sampai seru nanti abang jemput Ayu datang makan nasi minyak” suara itu berhenti ketawa. Senyuman tidak lekang menghiasi bibir.
“Jangan tunggu lama-lama tau. Tak pun Ayu boleh carikan calon untuk abang” tiba-tiba dia teringat Fariza, adik Syahril Iskandar. Fuad layak mendapat seorang gadis yang lebih baik sepertinya. Dia juga rasa Fariza layak untuk Fuad. Cuma perlu bergantung dengan tuan empunya diri juga. Kalau Fuad tidak berkenan, dia tidak boleh lebih-lebih. Bukankah cinta itu bukan satu paksaan.
Fuad senyum. “Hai sejak bila pula Ayu ni jadi agen cari jodoh?”
Masing-masing gelak kecil.
“Amboi riuhnya kat sini. Gelak tak ajak orang” Leha menyampuk. Dia berdiri di pintu luar rumah.
“Sibuk aje lah Leha ni” Fuad sengaja menyakat adiknya.
Leha menjelir lidah. “Eleh, mentang-mentang Ayu ada, adik kesayangan abang ni dah tak dipedulikan kan”
Ayu sekadar menjadi pemerhati dengan kemesraan adik-beradik itu. Dia terkenang ahli keluarganya. Hatinya sayu. Kakak-kakaknya tak pernah ingin bergurau senda dengannya. Cemburunya Ayu dengan keakraban Fuad dan Leha.
“Tengok lah tu Ayu. Dah besar pun nak manja. Mengalahkan Aiman”
Leha mencebik.
Ayu teringat kepada Aiman. Baru dia perasan Mereka ada tiga orang adik-beradik. Aiman anak yang bongsu. Sejak tiga hari dia menumpang di rumah ini tidak langsung nampak kelibat Aiman. “Aiman mana ek. Abang sebut nama dia tadi baru Ayu teringat adik bongsu korang tu”
Leha teruja. Wajah itu ceria “Kiteorang pun lupa nak bagitau. Aiman dah masuk asrama penuh. Tahun lepas kan dia UPSR. Dia dapat 5A. Tu yang dapat masuk sana” suara itu kembali serius.
Ayu angguk kepala. “Patutlah tak nampak dia sejak Ayu datang sini hari tu”
“Leha lah ni. Pelupa sangat.” Fuad memang suka sakat adiknya.
“Apa pulak orang. Abang pun lupa gak nak bagitau kan. Ha kang ada yang kena flying-kick ni” Leha tidak puas hati.
Ayu gelak kecil. Terhibur dengan telatah abang dan adik itu.
“Kau ni ganas sangat Leha. Malanglah lelaki yang dapat kau nanti. Patah riuk tulang diorang jawabnya” sakat Fuad lagi.
Ayu makin terhibur.
“Abang pun apa kurangnya. Tak romantik langsung. Nak tau Ayu. Ada sorang kakak ni suka kat abang. Tapi abang tak layan langsung. Keras macam tunggul kayu. Kakak tu datang kat Leha sampai menangis sebab frust. Hai nampaknya, lambat gak lah Leha nak timang anak buah” bebel Leha.
Ayu sedikit tersentak. Dia merenung mata Fuad.
Lelaki itu melarikan pandangan ke arah lain.
“Abang ni memang jual mahal sikit Ayu” bebel Leha lagi.
“Amboi sedapnya kau kutuk abang ye Leha. Ha nak kena cut belanja ke?” Fuad sengaja menggugut.
Wajah Leha masam mencuka. “Apa ni. Mana boleh cut sesuka hati. Abang ni. Tu kira ugut tau”
Ayu rasa mual. Perutnya tiba-tiba terasa senak. Dia berlari ke arah bilik air sambil menekup mulut. Dia rasa ingin muntah. Apakah dia keracunan makanan?.
Leha dan Fuad saling berpandangan. Perbualan mereka terhenti.
……………………………………..
Ayu mengusap perutnya. Sebelah tangannya pula mengesat airmata. Rupa-rupanya senak di perutnya bukan kerana keracunan makanan tapi kerana ada isi di dalamnya. Ayu tidak sangka dia mengandung. Wajah Syahril Iskandar menerjah benaknya. Rindu pada lelaki itu semakin menebal namun kekerasan hatinya menjadi benteng untuk menghakis perasaan kasih itu dari berlegar di hati.
Ayu rasa mual lagi. Dia menuju ke bilik air.
Leha yang berada di ruang dapur menjengah Ayu di muka pintu bilik air. Bimbang pula dengan keadaan gadis itu.
“Ayu ok ke ni?”
Ayu angguk kepala. Dia mengelap mulutnya dengan jari. Lega sedikit selepas muntah. Bukan ada apa-apa pun yang keluar. Hanya cecair saja yang mampu dimuntahkannya. Dia rasa loya. Doktor kata itu merupakan perkara normal yang dialami ibu yang sedang hamil. Tenaganya lemah.
Leha memapah Ayu ke bilik. Dia bantu gadis itu baring di katil. Teruk juga alahan yang dialami Ayu.
“Rehat lah Ayu. Kesian Leha tengok ayu ni. Banyak kali nak muntah. Badan pun naik lemah.”
Ayu sekadar membalas kata-kata itu dengan senyuman kelat.
“Jap ek. Tadi abang ada beli asam. Leha pergi ambil. Mana tau dapat kurangkan loya Ayu tu”
Ayu angguk kepala. Dia tidak ceria. Bukan tidak suka dengar berita gembira itu tapi dia sedikit sedih kerana kehadiran orang baru ini dikala dia diuji dugaan. Dia mengusap perutnya lagi. Senyuman terukir. Ayu tetap bersyukur. Allah memberi khabar gembira buatnya, ketika dia sedang dirundung duka.
Leha sudah keluar. Tidak berapa lama kemudian, Leha datang bersama Fuad. Leha memberinya asam yang berwarna merah. Ayu menerima pemberian itu.
“Maafkan abang Ayu” Fuad serba salah.
Mengalir airmata Ayu. Dia sebak. “Sampai hati nak halau ayu”
Wajah Leha tidak ceria. “Ayu. Abang cuma nak Ayu ada di samping suami. Dia juga berhak nak tahu keadaan isteri dan anaknya. Ayu kan dah berbadan dua. Kiteorang tak ada niat nak Ayu keluar dari rumah ni. Ini pun rumah Ayu. Ayu boleh datang sini bila-bila masa tau”
Fuad turut hiba. Ikutkan hati, dia tak mahu lepaskan Ayu. Apakan daya gadis itu milik orang. Senyuman berat terukir. “Ayu tetap sebahagian hidup kami” luahnya sayu.
Ayu tatap Fuad. Rasa bersalah menujah lagi. Dia telah menyakiti hati insan itu tanpa kerelaan sendiri. Leha peluk Ayu. Tangisan Ayu kian menjadi-jadi.
“Leha sayang Ayu tau. Arwah mak pun dah anggap Ayu macam anak dia sendiri. Maafkan kiteorang kalau buat Ayu sakit hati”
Ayu akhirnya angguk kepala. Pasrah dengan apa yang jadi. “Ayu yang salah sebab libatkan korang berdua” dia kembali senyum. Airmata itu kering sendiri.
Leha mengemaskan pelukannya semula.
Ayu sebak. Wajah suaminya bermain di fikiran. Bagaimana dia nak berhadapan dengan lelaki itu setelah apa yang terjadi dalam hidup mereka.
“Dia kan suami Ayu” Leha cuba pujuk hati keras gadis itu.
Ayu termenung seketika.
Bab 15
“Kenapa senyap?” Syahril Iskandar bersuara.
Ruang kereta itu suram. Dia cuba bersabar. Kalau ikutkan hati yang sedang panas mahu ditengkingnya isterinya itu. Apa tidaknya sudah beberapa hari dia tidak dapat tidur. Pekerjaannya juga menjadi serba tidak kena, gara-gara terlalu bimbangkan keselamatan isterinya itu. Pihak universiti juga sudah mengirim surat amaran kerana seminggu isterinya itu tidak masuk kuliah. Fariza yang menjadi perantaraannya.
“Kenapa buat Is macam ni?” suara itu tegas.
Ayu menjeling ke luar tingkap.
Syahril Iskandar masih tidak berputus asa. “Sayang ingat Is ni apa. Tunggul kayu. Patung?” nada itu kian tinggi.
Suasana tetap sepi.
“Please say something sayang. Cukup-cukup lah tekanan yang sayang bagi kat Is selama ni!” Syahril Iskandar terlepas suara tingginya. Kesabarannya makin tipis.
Ayu masih diam membisu. Dia hilang bicara. Tidak mampu berfikir apa-apa lagi. Hatinya kembali sakit tika menatap wajah yang sedang memandu kereta itu. Perbualannya dengan Rafi dulu menjengah ke ruang minda.
Syahril Iskandar mendengus kecil. Cuba kawal amarahnya itu. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya, kemudian menghembus semula. Nasib baik isterinya itu sedang mengandung. Itupun dia dapat tahu dari orang yang dia sendiri tidak kenal. Terbit juga tanda tanya siapa lelaki yang berada bersama isterinya itu. Kalau ikutkan rasa cemburu memang dia berapi. Dia mesti kawal perasaan marah itu demi isteri dan kandungannya.
“Ermmm….Is macam orang gila selama sayang hilang. Bukan aje Is. Papa Ayu, Ja dan pihak U pun risau. Keadaan jadi kecoh. Is tahu Ayu tertekan. Apa gunanya Is ni. Is suami Ayu tau. Walau apapun masalah yang melanda kita, jangan pendam seorang diri. Kita kongsi sama-sama. Is nak sayang janji, jangan buat Is macam ni lagi sayang. Hidup Is tak akan tenang kalau Ayu tak ada di sisi Is” suara itu mendayu. Ton nada itu tidak tinggi lagi.
Kata-kata itu meruntun kesal di hati Ayu. Ingin sahaja dia luahkan apa yang dirasa. Hatinya seperti batu.
Syahril Iskandar terdiam. Dia menahan sebak. Sejak mereka bertemu semula hingga sekarang, isterinya itu masih dingin terhadapnya.
“Is ada buat salah ke sayang?” soal lelaki itu tidak puas hati dengan sikap diam isterinya itu. Dia memandang Ayu sekilas. Nada amarahnya berjaya dilkawal.
Ayu berkalih ke luar cermin tingkap.
Lelaki itu sedikit hampa. Dia masih tetap bersabar dengan kerenah isterinya itu. Mungkin sikap pelik isterinya itu kerana pembawakan budak sementelah isterinya itu kini berbadan dua. Syahril Iskandar mengambil keputusan berdiam diri. Emosi isterinya itu masih belum stabil lagi. Mungkin juga Ayu perlu mengambil masa untuk tenangkan dirinya. Sinar mata itu berkedipan sayu. Dia sangat rindukan Ayu.
…………………
“Sampai bila mama akan begini, pa?” suara Ayu kesedihan. Dia menoleh kepada papanya yang sedang berdiri di sebelah. Papanya sedang leka memerhati susuk tubuh seseorang dari cermin yang boleh menembusi pandangan dari luar bilik wad itu.
Dato’ Razak menahan sebak. “Papa pun tak tahu Ayu. Mama kamu dah teruk. Penyakitnya sudah di tahap serius. Doktor pun dah bagitahu mama perlu diberi rawatan susulan dan pengawasan yang berpanjangan” ujar lelaki itu. Pandangannya sayu.
Ayu merenung perlakuan mamanya. Wanita itu menjerit-jerit. Kejap-kejap bercakap seorang diri. Ada ketikanya pula wanita itu akan ketawa.
“Dah lama Ayu nak tanya papa. Ermm..mama ada penyakit begini sejak bila pa. Kalau penyakit mama sebab keturunan, mesti kiteorang adik-beradik akan terima tempiasnya. Masalahnya hanya mama yang alami gangguan ni pa. Dari dulu lagi Ayu pelik pa” soal gadis itu.
Dato’ Razak berdiam diri. Perlukah Ayu tahu kebenarannya. Tidak. Dia tidak sanggup lihat anak gadisnya itu menderita lagi.
“Mungkin mama ada tekanan Ayu. Papa rasa bukan sebab keturunan”
Ayu terdiam. Dia sendiri penat mencari jawapan. Apakah penyakit mama ada kaitan dengan arwah ayahnya?. Mungkin ada sesuatu yang disembunyikan mama. Mama tak pernah bercerita tentang ayah kandungnya. Hanya papa yang menceritakan kebenaran. Dia ingin sekali mencungkil segala rahsia tentang bapa kandungnya. Mungkinkah mama tertekan dengan kisah hidupnya dahulu?. Pelbagai persoalan menerjah masuk. Ayu menatap sekujur tubuh yang masih berada di dunianya yang sendiri itu.
“Ermmm…Ayu tak sedap hati. Betul ke papa tak sorak apa-apa dari Ayu?” Ayu menjamah bebola mata papanya mencari kepastian.
Dato’ Razak gelisah ditenung begitu. “Betul sayang. Kenapa ni?” wajah itu kerisauan. Bimbang rahsia itu akan terbongkar.
Ayu keluh kecil. “Ayu rasa macam ada yang tak kena dengan mama. Ayu nak tau sangat tentang sejarah mama dengan arwah ayah kandung Ayu tu. Ayu pun tak ada gambar arwah. Arwah pergi masa Ayu bayi lagi. Kubur tu je yang jadi saksi dia ayah Ayu yang sah”
“Semua tu dah jadi sejarah yang tak akan mungkin kembali sayang. Ayu tak perlukan arwah. Papa yang real kan dah ada kat depan mata Ayu ni. Ayu tetap anak papa” hatinya sebak tika Ayu mengajaknya mengenang kembali peristiwa hitam itu. Hatinya pedih.
“Maafkan Ayu pa. Ayu tak berniat nak singgungkan hati papa. Ayu cuma nak tau hidup mama dengan arwah sebelum kahwin dengan papa. Itu saja pa. Ayu tak pernah anggap papa orang asing. Walaupun kita tak sama darah tapi papa tetap ayah Ayu sampai bila-bila” suara itu sebak. Dia merapatkan pelukannya ke sisi Dato’ Razak. Empat mata itu berpelukan sambil merenung wanita yang berada di sempadan cermin kaca itu.
“I love u so much sayang”
“I love u too pa. Maafkan Ayu dah buat papa sedih” suara itu mendayu.
Dato’ Razak usap bahu anaknya itu.
“Doakan mama sihat ye sayang”
Pandangan Ayu sayu menatap wajah wanita yang sering bersikap dingin dengannya itu. “Ayu sayang mama pa” sebak nada itu.
Dato’ Razak makin sebak.
“Ayu sayang mama sangat-sangat” airmata itu menitis laju.
Setitis airmata Dato’ Razak tumpah jua. Simpati dengan nasib Ayu yang terlalu dahagakan kasih seorang ibu.
“Sabar yer sayang. Papa kan ada”
Ayu pilu. “Mama jadi macam tu sebab nampak Ayu hari tu. Ayu menyesal pa. Kalau Ayu tau keadaan jadi begini, Ayu tak akan jenguk mama. Mama kan tak suka tengok Ayu. Sebab nampak muka Ayu lah, penyakit mama datang. Ayu yang salah pa” bahu gadis itu terhinjut-hinjut dengan esak tangisan.
Dato’ Razak kian sebak. “Ishh, siapa kata salah Ayu. Semua ni kan takdir Allah. DIA yang tentukan nasib hambaNYA di muka bumi ini. Dah jangan nak fikir bukan-bukan. Papa tak suka Ayu cakap macam ni” suara itu mengeras. Terlalu sedih dengan kekecewaan anaknya.
…………………………..
Ayu mengambil keputusan berhenti dari pengajiannya. Hidupnya kini tertumpu kepada anak yang bakal lahir nanti. Kandungannya sudah mencecah hampir dua bulan. Keputusan Ayu itu agak menyedihkan bagi Fariza kerana sudah pasti dia kehilangan sahabat baiknya yang selama ini sentiasa tidak berengang dengannnya semasa dikuliah. Bagi Syahril Iskandar pula keputusan Ayu sangat melapangkan dadanya. Sebenarnya dari dulu lagi dia tidak selesa kalau isterinya itu belajar kemudian bekerja. Dia mahu isterinya itu selamat berada di rumah dan menguruskan rumahtangga mereka. Tidak disangka isterinya itu mengambil keputusan yang memuaskan hatinya. Cuma apa yang dikesalkan lelaki itu sikap dingin Ayu terhadapnya masih berlarutan hingga kini.
Dia sendiri pelik dengan sikap isterinya itu. Kalau ditanya Ayu pasti akan berdiam diri. Sepatutnya dalam bulan puasa ini Syahril Iskandar dapat mengerjakan ibadah mulia dengan tenang. Apatah lagi inilah kali pertama dia menjadi sebagai umat islam dalam erti kata yang sebenar. Ini juga bulan puasa pertama yang dilaksanakannya dengan sempurna dan bulan puasa yang pertama dia menyambutnya sebagai suami. Namun nikmat itu sedikit terencat gara-gara sikap menyendiri Ayu terhadapnya. Setakat ini dia tidak pernah ponteng puasa lagi. Dia ingin sangat merasai saat bersahur dan berbuka bersama-sama isterinya. Namun Ayu hanya menyediakan juadah itu untuknya. Tidak pernah menemaninya ketika makan. Syahril Iskandar jauh hati dengan sikap Ayu.
“Sayang nak Is urutkan kaki tak. Mesti badan Ayu lenguh kan. Orang cakap ibu yang mengandung cepat penat” suara Is terpacul di muka katil.
Ayu berbaring di katil. Renungan suaminya tidak memberi erti. Dia berkalih ke tempat lain. Egonya masih menular. Keras hatinya masih bertapak. Ayu sendiri tak tahu kenapa dia masih cuba menghukum suaminya. Bukankah dia perlu bersikap lebih matang. Seharusnya dia berterus-terang dengan segala yang membelengu rumah tangga mereka. Ayu masih berpaling dari memandang muka Syahril Iskandar.
Ayu rasa nak muntah. Dia bergegas bangun ke bilik air.
Syahril Iskandar gelisah. Dia menuruti langkah isterinya itu. Dia mengusap belakang isterinya itu. “Ermmm ok tak?”
Ayu angguk lemah.
Syahril Iskandar memapah isterinya ke ruang kamar mereka kembali. “Ermm kalau lah Is dapat ambil alih tempat sayang..”
Ayu tahan tawa. Tercuit dengan nada itu. Wajah itu sedayua-upaya ditegangkan. Tidak mahu mengalah kerana ego telah membatasi gadis itu.
“Risau Is tengok sayang ni. Muka tu pun dah cengkung. Nanti makan banyak tau” Is masih tidak berputus-asa cuba memenangi hati isterinya itu. dia rebahkan tubuh Ayu ke birai katil. Hatinya masih sebak dengan sikap membisu Ayu. Tertanya-tanya kesilapan diri hingga isterinya itu bersikap sedemikian rupa.
Lelaki itu senyum kelat. Dia tidak bermaya. Tanpa disuruh dia duduk di ruang katil. Jari-jemarinya ligat mengurut seluruh kaki isterinya. “Is urutkan sayang tau. Ayu tidur lah ya. Kalau nak muntah bagitau. Nanti Is tolong papahkan” suara itu masih ‘berleter’ sendirian.
Ayu menitiskan airmata. Menolak wajahnya membelakangi renungan itu. Dia bingung. Selama mereka berkahwin, Syahril Iskandar tidak pernah mengabaikan dirinya. Apakah cemburu dan syak-wasangka membuatkan hatinya keras untuk menerima lelaki itu?. Menggunung dosa yang digalasnya kerana menyakiti hati suami. Ayu pura-pura tidur. Dia semakin buntu dengan keadaan itu.
“Sayang rehat lah yer” suara itu lemah.
Syahril Iskandar berhenti dari tugasannya kerana lenguh. Dia meninjau wajah isterinya. Ayu sudah lena diulit mimpi. Dia menyilimuti seluruh tubuh isterinya. Dia menjamah wajah isterinya seketika. Dahi isterinya itu dikucup. Bertapa dia rindu Ayu yang dahulu. Suara, gelak tawa, bisikan manja dan gurau senda insan yang dicintainya itu. Semua itu hanya tinggal kenangan. Sebak hatinya. Syharil Iskandar menutup suis lampu yang menerangi bilik tidur mereka. Lampu meja di pasang. Cahaya bilik itu samar-samar. Usai balik dari solat terawih tadi dia terus pulang ke rumah. Tidak betah meninggalkan isterinya keseorangan. Lelaki itu melangkah ke bilik mandi yang terletak di sebelah kanan bilik itu. Dia mengambil wuduk. Niat di hati ingin solat hajat. Dia ingin berdoa moga tuhan bukakan hati isterinya untuk menerima kehadirannya kembali. Tanpa sedar, suaranya agak tinggi dan esak-tangisnya kedengaran di ruang bilik itu. Lelaki itu berserah diri kepada yang maha pencipta.
Diam-diam, Ayu teresak-esak menangis. Kantung matanya masih segar sebab itu dia boleh mendengar segala yang dikatakan suaminya itu. Dia tahu suaminya sedih dengan perubahan dirinya. Tiba-tiba terbit kekesalan di hati. Mungkin juga selama ini dia tersalah tafsir tentang Syahril Iskandar. Boleh jadi juga apa yang dikatakan lelaki itu adalah fitnah semata-mata. Dia tidak boleh meletakkan hukuman tanpa ada bukti yang kukuh. Maafkan Ayu Is… Ayu menangis semahu-mahunya.













smbung lg,,makin best
ayu paling bodoh didunia ini!!! kalau kau mati saat ini, sah-sah masuk neraka!!
huhuhu sedih…sian kat is tau. writer taniah!citer yg sgt best….
napalah blh sangsi dgn suami sampai mcm tu sekali!berdosa tau….
kesian suami ayu..is btl2 sabar mlayan kerenah isteri..btuah dpt suami mcm nie..
sweet nyer dpt hubby mcm tu..ttp sabar walaupun wife byk kerenah..tp bgus jgk ayu tu test skit sabar hubby dia..baru tau mcm mana cinta suami..tp jgn lebih2 nti parah…
ha’ah. nape lah ayu ni degil. sian kt is. hope dia cept la sedar kesilapn. ti hubby dikebs org baru tau..huhuhu teremosi lak.. heee
dalam islam, kita dianjurkan untuk berbaik sangka..
tak baik simpan prasangka buruk yang bukan2..
wawa: setuju. tak bek tau ayu nih. aiyoo…bestnye dpt suami caring + cute cam is. huhuhu..