Novel : Pelakon cinta Dan Mr.G 1, 2

27 February 2012  
Kategori: Novel

12,592 bacaan 32 ulasan

Oleh : anabella

BAB 1

Nama aku Tengku Marylin Myacella.Amboi..nama dah dekat dekat macam Marilyn Monroe plak.Hmph..ni mesti ramai orang ingat mama aku minat mendiang Marilyn Monroe,sebab tu nama anak dia ni dah jadi macam nama anak orang putih.Tapi..jangan salah faham pulak,sebenarnya nama aku langsung tak de kait mengait dengan nama artis seksi tu.Nama Marylin di ambil sempena nama arwah nenek aku,seorang wanita kacukan Jepun+Perancis yang menganut agama islam dengan nama Maryn Jasslina.Nama penuh aku di bentuk dari gabungan nama mama,papa juga arwah nenek.

Mama aku ialah seorang perempuan yang paling hebat dalam hidup aku.Nama mama aku ialah Zyya Adrianna Bella Tan Sri Iskandar.Pasti ramai yang kenal dengan mama aku sebab dia ni mempunyai dua karier yang sangat hebat.Mama aku merupakan pengarah utama empayar paling berprestij di Asia iaitu Mapple Corporation.Selain itu,mama juga merupakan ‘Peneraju Orkestra Termuda Antarabangsa’ ketika dia berumur 28 tahun dahulu.Walaupun umur mama sekarang sudah masuk 40-an,dia masih bergiat aktif dalam bidang orkestra juga perniagaan.

Lelaki yang paling aku hormat dan puja dalam dunia ni bernama Tengku Syamrein Ashraf Tengku Hariz.Siapa lagi gerangan lelaki itu kalau bukan papa aku.Papa merupakan anak kedua dari pasangan nenek dan datuk aku yang mempunyai darah kacukan british juga korea di kedua belah pihak.Papa juga seorang ahli perniagaan terkenal di Asia.Papa menerajui Empayar Harizen Corporation yang di warisi oleh datuk kepadanya.Bila mama dan papa berkahwin,dapatlah aku juga abang yang berdarah kacukan pelbagai ini.

Umur aku 22 tahun,aku ni agak terkenal sebenarnya..Ke mana saja aku pergi pasti orang sekelilingku akan cakap dengan berbisik bisik mengenaiku.Ha,ha,ha,perasan sudah.Tapi..memang betul pun,aku bukan perasan.Mungkin sebab aku anak papa dan mama yang terkenal atau sebab rupa aku yang iras iras Taylor Swift gitu.Tapi..Taylor Swift yang berambut hitam dan lurus lah yer,bukan Taylor Swift berambut blonde dan kerinting.

Sewaktu aku berumur 7 tahun,aku dan keluarga menetap di Amerika Syarikat kerana papa dan mama sibuk menguruskan empayar perniagaan mereka di sana.Masuk umur aku 18 tahun barulah kami kembali ke Malaysia.Sekarang ni..aku baru jer 3 tahun berada di Malaysia dan sedang menuntut untuk mendapatkan segulung ijazah dalam bidang Bio Perubatan di Management and Science University,MSU yang terletak di Shah Alam Selangor.

Sepanjang berada di Malaysia juga menuntut ilmu di universiti,aku ditemani oleh Tengku Elma Dania.Elma ialah sepupu aku,anak bongsu kepada adik ayah aku,Tengku Atikah.Elma sebaya dengan aku juga mempunyai kepala yang sama dengan aku.Sebab itulah dalam masa 3 tahun bersama,aku dan dia dah macam adik beradik kandung.

Em..baiklah,berhenti bercakap pasal latar belakang aku.Sekarang aku nak bercakap pasal hobi aku dengan Elma.Hobi kami berdua ialah buat aktiviti gila yang mampu mengembirakan hati orang lain tanpa mengira masa atau tempat atau apa jua jenis aktiviti itu..

“Come on Mary,I cabar you,kalau you boleh buat apa yang I suruh,I upah you dengan Elma RM 1000 seorang.”

Elma dah tersengih sengih memandang aku.Ah..minah sorang ni,pantang dicabar,nak jer dia buat.Aku menghabiskan baki air pepsi yang baru dibeli di Pizza Hut Sunway Piramid, sebelum bangun memandang wajah Ikhram,pemuda yang mencabar aku dan Elma sebentar tadi.Ikhram ni kawan baik aku dengan Elma yang entah macam mana boleh terkenal masa aku mendarat di Malaysia dulu.Muka mamat ni memang kacak macam Leonardo Di Caprio,tapi perangai macam haram…tahu kenakan prank kat orang ajer.Ikhram menuntut di universiti yang sama dengan aku.

“RM 1000 tak cukup,kau ingat ni talent show ker??Aku nak RM 2000,kalau tak.. aku tak nak buat..”

Aku ni bukanlah mata duitan,tapi kalau nak suruh aku buat kerja ‘gila’ kenalah bayar mahal kan.Ikhram menggaru garu kepala seketika.Teragak agak juga mamat ni nak keluarkan duit.Aku dan Elma dah tersengih geli hati.

“Tak pe Ik,aku support selebihnya.”

Ada pulak suara sumbang yang membuatkan Ikhram tersenyum lebar.Siapa lagi kalau bukan Fareez,sekutu kuat si Ikhram ni,sama jer gila kepalanya.Fareez dengan baju kemeja segera duduk di sebelah Ikhram.Pastilah mamat ni baru balik dari office.Bukan nak balik rumah terus,sempat jer nak melepak dengan kita orang ni.Aku mendengus perlahan..Orang nak bagi rezeki kan..siapa tak nak..

“Ok then,deal.Aku RM 2000.Elma RM 2000.”

Aku ulang balik harga lelong itu agar Fareez tak salah dengar.Mamat tu anggukan kepala tanda setuju.Ikhram dah tak sabar nak menunggu apa yang aku nak buat.Aku pandang Elma dan Elma suakan aku rambut palsu bewarna silver yang memang sentiasa ada dalam handbag Elma.Bahan penyamaran untuk kami buat ‘prank’.

Setelah memakai rambut palsu paras pinggang itu,aku berlalu masuk ke dalam kedai SPEEDY yang terletak di sebelah panggung wayang TGV,kedai yang menjual cakera padat,cd juga dvd.Aku berikan RM 100 pada tauke kedai itu dan mengarahkan dia agar membuat sesuatu.Tauke itu pun sama sporting,kerja senang jer kot..siapa yang tak nak buat..aku suruh dia pasang cd lagu jer sebenarnya.

Aku dan Elma keluar dari kedai itu dan berdiri betul betul dihadapan deretan TV LCD kepunyaan kedai SPEEDY yang membentuk seperti dinding menayangkan cerita cerita terbaru yang dijual kedai itu.Banyak mata dah memandang kami berdua.Yalah..rambut terlebih bersinar sangat kan.Rambut aku warna silver,ok lagilah..yang Elma hentam pakai rambut warna merah jambu.Ingat ni cerita sailormoon ke apa.Dahlah itu hari sabtu,orang yang nak beli tiket wayang pun berderet beratur tidak jauh dari tempat Fareez dan Ikhram duduk.

“Go Mary,go Mary,go Mary!!”

Ikhram dah jerit bagi kata semangat bila lagu yang aku suruh tauke tu pasang dah nak bermula.Fareez pula menyorak nama Elma,memang mereka berdua ni tak de kerja.Yang aku pun sama gila.Muzik dah bermula.Aku dan Elma dah buka langkah…

You Know I still Love You Baby.
And it will never change.

(Saranghae)

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody

Ha,ambik kau!!Terbeliak mata Fareez dan Ikhram bila tengok aku dan Elma menari serentak.Lagu Nobody nyanyian Wondergirl berkumandang kuat melalui corong speaker LCD kedai SPEEDY itu.Ingat aku tak berani ker..

Why are you trying to, to make me leave ya
I know what you’re thinking
Baby why aren’t you listening
How can I just
Just love someone else and
Forget you completely
When I know you still love me

Telling me you’re not good enough
My life with you is just too tough
You know it’s not right so
Just stop and come back boy
How can this be
When we were meant to be

Sekarang bukan cuma dua mamat tu jer yang perhatikan aku,tapi semua orang yang lalu lalang di depan kedai itu dah memberhentikan langkah melihat aku dan Elma yang rancak menari.Tidak kurang yang sibuk merakam di handphone juga.Nasib baiklah,awal awal aku dan Elma dah pakai wig juga kaca mata hitam.Kalau tersiar dalam facebook atau youtube pun taklah orang cam muka glamour aku ni.

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody

Kini,sekeliling aku betul betul dah naik sesak.Orang orang yang tadinya sibuk beratur untuk membeli tiket wayang kini berpusu pusu melihat tarianku dengan Elma.Macamlah kami ni betul betul ahli kumpulan Wondergirl.Dua orang je plak tu,kalau 5 orang..agaknya Wondergirl pun menangis tengok tarian kami.Hahaha.Aku dan Elma cuma mengenakan sepasang jeans dan tshirt biasa saja.Kalau aku dan Elma pakai seksi,gerenti tak laku tiket wayang saat itu.!!

Why can’t we just, just be like this
Cause it’s you that I need and nothing else until the end
Who else can ever make me feel the way I
I feel when I’m with you, no one will ever do

Telling me you’re not good enough
My life with you is just too tough
You know me enough so
You know what I need boy
Right next to you is where I need to be.

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody

Tamat saja lagu dimainkan,semua penonton tak bertiket tadi sempat bertepuk tangan.Gamat juga kawasan kedai SPEEDY yang berada di tingkat 3 itu seketika.Aku dan Elma dah cabut lari bila nampak Pak Guard datang.Ikhram dan Fareez turut mengikuti langkah kami.Setibanya di tempat parking kereta,aku yang tercunggap cunggap dengan wig di tangan mengurut dada.

“Kau dan Elma memang terbaiklah,esok datang syarikat aku ambik cek yer.”

Fareez sudah masuk ke dalam kereta BMW nya dengan senyuman lebar.Mamat ni memang suka menghabiskan duit.

“Nah ni upah korang,yang lebih esok kau claim dekat Fareez tahu,aku chow dululah.Mama aku dah call suruh balik.”

Fareez memberikan aku dan Elma RM 1000 setiap sorang sebelum turut sama berlalu dengan Toyota Camry hitam.Aku dan Elma berpandangan sama sendiri sebelum tergelak besar.Duit dimasukkan dalam poket sebelum aku dan Elma meneroboskan diri dalam Mitsubishi Eclipse bewarna purple limited edition yang dihadiahkan papa tahun lepas.

Elma memandu dan aku sibuk humming lagu melayu yang tersiar melalui corong radio kereta menerusi siaran Hot FM.Kalau dulu,aku takkan dengar lagu lain selain lagu inggeris,tapi sekarang,bila dah duduk dekat Malaysia,semua lagu aku layan.Kalau dulu aku lebih suka mencipta dan menyanyi lagu baru,sekarang pula aku lebih suka menari dan mendengar lagu yang sedia ada saja.

“Mary,kau tak bosan ker buat semua ‘kerja gila’ ni??”

Bumbung kereta yang terbuka luas,buat rambut aku dan Elma melayang layang ditiup angin.Aku berfikir lama sebelum menjawab soalannya.

“Belum sampai tahap bosan lagi,kau tahu kan yang bila dah masuk final sem nanti,kita mungkin tak de banyak masa untuk buat aktiviti gila ni,kau sendiri macammana.Aku tengok sekarang kau lagi suka buat ‘kerja gila’ berbanding aku??”

Sebenarnya,aku dan Elma bercuti selama sebulan sebelum kami menyambung pelajaran dalam semester terakhir.Sebab tulah aku dan Elma ada banyak masa untuk merayap ke sana sini.Aku dan Elma memang berbahasa menggunakan ‘kau’ dan ‘aku’,melambangkan lagi keakraban kami yang tidak terbatas atas bahasa saja.Elma tersengih seperti kerang busuk,memang aku sangat faham perangai perempuan ni.

“Entahlah Mary…aku rasa seronok plak buat semua aktiviti tak berfaedah ni.You know..kita bukan takde duit sampai nak menari macam orang gila kat depan orang ramai.But..seriously..aku memang rasa yang kita memang berbakat besar untuk buat semua kerja ni.Mungkin bakat kita boleh kalahkan Crystal Kennedies.”

Aku tak berapa nak dengar kata kata Elma.Mata dah rasa ngantuk..Kalaulah papa dan mama tahu apa yang aku buat sepanjang aku ada waktu lapang bila tak ada kelas di universiti,memang pekaklah aku kena bebel.Aku tahu apa yang aku dan Elma buat memang kerja tak berfaedah.Memang kerja yang salah dan mendatangkan dosa..tapi..entahlah…aku memang masih takde kesedaran nak berubah..apa yang aku tahu..setiap hari aku dan Elma nak bergembira saja..

…………………………..

Keesokannya,sepeti yang dijanjikan aku mengunjungi syraikat Fareez,Edrise Holding bersendirian untuk menuntut bayaran bagi cabaran semalam.Elma tak dapat ikut sebab kena sengugut..datang bulan..biasalah..Syarikat Fareez ni besar juga,tapi jauh lebih besar company papa dan mama aku.Sebab tulah papa dan mama takde banyak masa terluang untuk tengok aku buat aktiviti tak berfaedah macam Fareez.

Aku yang memang dah selalu sangat keluar masuk dari bilik pejabat C.E.O yang selalu perasan mukanya macam Aaron Kwok ni pakai redah saja masuk dalam pejabatnya.Sepasang mata yang sedang basah dengan air mata memandangku.Aku terpana.Wajah Fareez kelihatan kusut ketika itu.Apehal plak mamat ni???

Fareez cepat menenangkan wajahnya bila terpandang wajah aku.Aku buat selamba dan memandang wajah gadis ayu yang cantik berbaju kurung dengan rambut paras bahu yang dipotong layered.Wajah gadis itu kelihatan murung dan matanya agak bengkak.Pasti dah banyak sangat menangis ni..

“Er..sorry…wrong timing,Fareez..aku blah dululah,nanti kalau kau tak busy,call aku..”

Aku baru saja nak berlalu dari pejabat Fareez,tak nak menggangu perbualan mereka yang pastinya terhenti akibat kedatangan aku tadi.

“Tunggu Mary,aku ada benda penting nak bincang dengan kau ni..”

Permintaan Fareez buat aku tak jadi pergi,aku memandangnya.Kesian plak tengok mamat yang selalu ceria ni tiba tiba moody.Aku diam saja,aku duduk di sofa yang terdapat dalam ruang itu.Fareez dan perempuan tadi duduk berdepan denganku.Aku dah rasa lain macam.Apehal plak yang nak dicakap si Fareez ni,takkan awek dia jealous terhadap hubungan aku dengan mamat ni plak..Hish..curious betul!

“Mary,kenalkan ni buah hati aku,Sharifah Syazwani..”

Aku menyambut salam gadis itu dengan agak senang hati kerana gadis itu kelihatan tersenyum manis ke arah aku.Maknanya,dia tak syak aku ada skandal dengan Fareez lah ni.Fuhh,selamat!!

“Syaz,kenalkan ni Tengku Marylin Myacella..kawan baik abang..”

Geli plak telinga aku dengar Fareez gelar diri sendiri abang,aku baru jer tahu yang Fareez ni ada awek.Ingatkan single tadi.Yalah..selalunya setiap hari pun melepak dengan aku juga Elma.Tak pernah perasan pula kelibat Syazwani sebelum ni..

“Em…awak sangat cantik Mary.Mary boleh panggil saya Kak Syaz sebab saya sebaya dengan Fareez.”

Aku terkejut dengan pujian Syazwani,bukanlah terkejut sebab dia kata aku cantik,tapi terkejut sebab dia seolah olah kenal aku.Aku anggukan kepala saja mendengar permintaannya.

“Thanks..Kak Syaz pun cute..padan betul dengan Fareez.”

Aku puji balik dan pasangan itu hanya tersenyum hambar.Nampak sangat yang mereka terpaksa untuk senyum saat itu.

“Mary..kami perlukan bantuan kau..”

Fareez dah mula bersuara serius,aku juga cuba serius.Entah apalah bantuan yang aku boleh bagi kat mamat ni..

“Cakaplah..kalau aku mampu,aku tolong.”

Aku menjawab seikhlas mungkin.Setakat ni aku tak pernah menolak permintaan sesiapa yang memerlukan pertolongan aku.Aku akan cuba tolong mereka sehabis baik.

“Sebenarnya macam ni,Syaz ni ada seorang adik lelaki,dan dia orang ni agak rapatlah.Tapi…”

Fareez berat mulut untuk berkata kata,dia memandang wajah Syazwani.Syazwani hanya angguk anggukan kepala kepada Fareez,memberikan kebenaran agar lelaki itu terus berkata.

“Tapi dia…dia pelik sikit.”

Aku mengerutkan dahi,tak faham akan kata kata Fareez.Aku pandang Syazwani pula dan aku dapat mendengar Syazwani menarik nafas panjang.

“Sebenarnya,adik lelaki akak seorang ‘gay’.”

Mereka agak pelik melihat wajah aku yang langsung tak menunjukkan reaksi terperanjat.Kenapa pula aku perlu terperanjat??.Sebahagian besar dari kawan kawan lelaki aku di New York High School dulu merupakan jejaka berfitrah songsang.Mereka bukanlah hantu atau raksasa yang perlu di takuti.

“So,kenapa pula akak perlu menangis dan Fareez perlu bersedih??”

Pertanyaan bodoh aku hanya membuatkan kedua insan itu mengeleng geleng kepala kecil.Aku berfikir sejenak.Oh yer,sekarang aku bukan berada di Amerika Syarikat!!!.Malaysia merupakan sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.Astagfirullahalazim..kemanalah fikiran kau melayang Mary!!.

“Sebenarnya macam ni Mary,aku dengan Syaz merancang untuk berkahwin hujung tahun ni..tapi..”

Fareez sering terhenti bila berbicara,buat aku rasa nak hempuk saja kepalanya.

“Tapi,parents akak tak benarkan akak berkahwin selagi akak tak pastikan adek akak tu ada teman wanita,parents akak nak adek akak bawa teman wanita dia jumpa family akak dan barulah dia benarkan akak dengan Fareez berkahwin.”

Aku garu kepala yang tak gatal.Apa ke bodoh parents si Syazwani ni.Mengapa pula tak benarkan seorang anak berkahwin kalau seorang anak yang lain langsung tak bernafsu untuk berkahwin??.

“Em..kenapa pula parents akak buat keputusan macam tu??”

Terpaksa juga aku bertanya soalan cepumas itu.

“Zaf tu satu satunya adek akak Mary,jadi sebagai seorang akak,parents akak nak akak bertanggungjawab untuk pastikan adek akak dapat kebahagiaan yang sama sebelum akak mendirikan rumahtangga.”

Jadi..nama mamat gay tu Zaf..‘Dah dia bahagia untuk berfitrah songsang??.Lantaklah…’Ringan saja mulut aku nak bercakap macam tu,tapi tak sampai hati.

“Jadi,apa yang Mary boleh tolong,akak dengan Fareez nak Mary menyamar jadi teman wanita adek akak dan jumpa parents akak.Kalau suruh Mary menyamar macam tu,Mary sanggup ajer.??”

Aku memandai meneka.Yalah..tadi mereka kata yang ibu bapa Syazwani ingin melihat teman wanita adiknya yang songsang itu.Kalau aku menyamar untuk satu hari dan dapat bayaran yang berbaloi.Pastilah aku sanggup.Kerja kacang saja tu.Bab berlakon atau menipu adalah jurus handalan aku.

“Bukan Mary,adek Syaz ni memang tak boleh berkrompomi,dia takkan setuju untuk bawa mana mana perempuan untuk menemui ibu bapanya walaupun demi kepentingan Syaz sendiri.Kami dah banyak kali pujuk dia dan paksa dia untuk bawa seorang perempuan samaran untuk membantu menyelesaikan masalah kami,tapi dia tetap tak mahu.”

Penjelasan Fareez buat aku menyumpah gerangan adik lelaki Syazwani yang tak dikenali itu.Kalau kau nak jadi gay pun lantaklah,jangan menyusahkan akak kau pulak!.Aku dah emosi.

“Jadi,apa yang Mary boleh tolong??”

Kali ini aku bertanya serius,Syazwani dan Fareez memandang aku sebelum berkata serentak.

“Kami nak Mary ubah dia jadi lelaki straight.”

Gulp!.Aku menelan liur.Besar sungguh permintaan mereka berdua itu.Kenapa pula mereka sangka aku mampu ubah seorang lelaki gay jadi lelaki sejati?!.

“Er..Fareez dengan Kak Syaz janganlah bergurau,Mary ni..kalau bab berlakon Mary pandailah,tapi kalau bab serius macam ni,manalah Mary pandai.Mary bukan ustazah,pakar motivasi atau wanita wanita alim yang kuat agamanya.Bagaimana Mary nak ubah seorang lelaki gay jadi lelaki straight sedangkan Mary sendiri tak sesempurna mana??”

Aku berkata panjang dengan penuh rendah diri.Aku mengaku yang aku bukanlah seorang gadis alim hingga mampu memberikan kuliah agama kepada mereka mereka yang bermasalah fitrah seperti itu.Pakai tudung pun tidak..bukankah aku manusia hipokrit jika cuba menyelesaikan masalah yang sewajarnya diselesaikan oleh golongan yang lebih layak dengan pengetahuan agama yang tinggi??.

“Akak dah cuba banyak cara untuk ubah dia Mary,tapi tak berkesan.Bila dengar Fareez cakap yang Mary berani buat aktiviti aktiviti yang orang lain tak berani nak buat,akak rasa Mary lah orang yang paling sesuai untuk bantu adek akak tu.”

Syazwani kembali sedih.Aku bertambah pening kepala.Mangkuk ayun Fareez ni,apa kait mengait aktiviti aktiviti gila aku dengan misi nak mengubah seorang lelaki gay jadi lelaki straight??.Aku tak faham.

“Aku tahu yang kau mungkin takkan berjaya ubah perangai adik si Syaz ni,tapi..tolong Mary,tolong cuba ubah perangai dia walaupun sekali saja..please Mary..kaulah harapan terakhir kami..”

Bila Fareez dan Syazwani sama sama melutut dekat kakiku…Aku tak tahu nak cakap apa..kecuali….

“I will try my best,tapi apa yang aku dapat kalau aku bantu korang berdua ni??”

Aku ni memang senang termakan pujuk rayu orang.

“Dalam masa tiga bulan,kalau kau berjaya buat adek Syaz bawa mana mana perempuan untuk di tunjukkan kepada ibu bapa dia sebagai teman wanita,agar ibu bapa Syaz restui hubungan kami dan kami boleh segera bernikah,aku akan bagi kau satu juta.”

Aku tergoda dengan tawaran Fareez.

“Akak akan tambah lagi satu juta kalau dalam masa tiga bulan Mary berjaya buat adik akak jadi lelaki normal..”

Aku bertambah tergoda dengan tawaran Syazwani.Sejuta untuk aku dan sejuta untuk Elma.Aku pasti semuanya akan beres!!!

“Ok,tawaran yang menarik.Tapi,kalau Mary tak berjaya,Mary harap akak dengan Fareez cari orang lainlah untuk ubah adik akak tu.”

Aku menyuarakan sebarang kemungkinan.Dalam masa tiga bulan tak banyak perkara yang boleh berlaku.Fareez dan Syazwani angguk angguk kepala faham dengan permintaan aku.

“Mary setuju dengan tawaran ni,tapi Mary nak korang tahu yang bukan senang nak jayakan misi ni,Mary perlukan bantuan ramai pihak,terutamanya dari Kak Syazwani.Mary perlu tahu semua maklumat pasal adik akak tu agar Mary dapat berfikir dengan lebih lanjut apa yang perlu dibuat kelak.”

“Baiklah Mary,akak akan bagi semua maklumat yang Mary perlukan.”

Fareez dan Syazwani tersenyum sesama sendiri.Nampak sangat berkeyakinan yang aku mampu menyelesaikan permasalahan mereka.

BAB 2

“Gila Mary,Fareez nak bagi kau satu juta?!Banyak tu!!”

Aku dah agak dah yang Elma akan menjerit besar bila dengar cerita aku.Molek molek si Elma ni sengugut terus baik bila aku cerita apa yang berlaku pagi tadi di Edrise Holding.

“Em..memang banyak,dan awek Fareez tu pun janji nak tambah lagi satu juta,kalau kita berjaya ubah adik lelaki dia yang gay tu jadi straight.Gila kan..”

Aku meneguk milo ais yang baru dibuat oleh Elma sebelum dia mendengar cerita aku sebentar tadi.Kami berdua duduk di sebuah banglo yang dibeli khas oleh papa untuk kami melepak.Villa pun ada,tapi aku tak suka duduk dekat rumah yang besar besar sebab rasa kosongnya sangat nyata.Cukuplah banglo ini untuk aku dan Elma berteduh sepanjang kami berada di Shah Alam.

“Memang gila..tapi Mary,ni bukan aktiviti biasa,kita tak pernah pun buat aktiviti yang serius macam ni,kita boleh buat ker??”

Pertama kali aku dengar Elma teragak agak untuk melakukan sesuatu.Selalunya dialah yang gila yakin.

“InsyaAllah..aku tak nak buat actually Elm,tapi demi kebahagiaan Fareez,aku sangup mencuba nasib.Manalah tahu yang misi kita akan berjaya.Fareez bahagia dan duit poket kita pun masuk banyak.”

Aku cuba meyakinkan Elma.Sepupuku yang berambut ikal mayang itu kelihatan berfikir panjang.

“Betul tu..Fareez dengan kita berdua pun memang dah rapat gila.Cuma..aku kesianlah kat Syazwani tu,kalau kita tak berjaya nak tukar perangai adik lelaki dia tu jadi straight,takkanlah dia dengan Fareez tak boleh kahwin sampai bila bila??”

Em..aku pun ada rasa simpati pada Syazwani sama macam apa yang di rasai Elma.

“Sebab tulah dalam masa tiga bulan ni,kita kena cuba sehabis baik untuk ubah mamat tu jadi lelaki normal.”

Aku cakap macam kerja itu mudah saja..Padahal aku sendiri tak yakin.

“Perhaps so…entah kenapa..hati aku rasa tak sedaplah Mary,kau ada pengalaman ker berurusan dengan lelaki lelaki gay ni,aku seram lah??”

Bila Elma bernada takut,aku nak tergelak.Hmph..mungkin sebab Elma tak pernah menuntut pelajaran di negara yang majoriti rakyatnya bukan beragama islam.Sebab tulah Elma kurang terdedah dengan gejala sosial yang satu itu.

“Ha,ha,ha.Aku malas nak cakap banyak lah Elm,kau tengok dulu semua gambar yang aku bagi ni,lepas tu kau nilailah sama ada lelaki gay ni menyeramkan atau tak.”

Aku mengeluarkan satu sampul surat bersaiz A4 yang di serahkan Syazwani tadi kepada Elma.Elma tanpa banyak bunyi terus saja membuka sampul surat itu.Matanya terbeliak sebaik saja sekeping gambar adik lelaki Syazwani berada dalam genggamannya.

“Oh my god!!!.Mary,kau jangan cakap ni gambar adik Syazwani tu?!!”

Aku nak tergelak tengok mata Elma yang penuh keterujaan itu.Hahh..minah ni,pantang betul tengok lelaki tampan.

“Kenapa,dia hot kan??Macam muka Chase Crawford aku tengok.Kalau dia lelaki straight,gerenti ramai perempuan dah meminang dia.”

Aku bersuara malas sambil membuka televisyen.Pastilah Elma menyangka yang adik Syazwani itu ialah lelaki berfitrah songsang yang sudah membuat transformasi fizikal menjadi perempuan atau dengan kata lain spesies mak nyah.Dan..kalau betullah adik Syazwani sudah membuat transformasi sedemikian,sudah pastilah aku tidak sanggup menerima tawaran itu.Geli seyh!!.

Aku membiarkan Elma membelek gambar semua gambar jejaka tampan yang iras iras Chase Crawford itu dengan muka tak percaya.Chase Crawford ialah pelakon terkenal Amerika Syarikat yang berlakon dalam drama Gossip Girl.Aku paling minat pelakon ni bukan sebab lakonan dia tapi sebab ketampanan dia.Lagi lagi bahagian body..memang mengancam habis.Hahh..kalau lah ada orang boleh dengar isi hati aku,pasti mereka akan cakap aku ni gadis gatal kan.Ha,ha,ha.

Huhh.. aku pernah terserempak dengan pelakon ini sekali sewaktu aku bercuti di Los Angeles dahulu.He was totally a damn georgous man i ever seen!!!.Tapi..masa tu dia berjambang,jadi aku tak berapa nak gila melihatnya.Aku rasa rupa dia dalam televisyen lagi menawan.Hmph..aku paling benci lelaki banyak bulu roma walaupun kaum adam mengatakan ia ialah satu aset untuk kelihatan macho.Aku peduli apa,dah selera aku tak berkenan jenis lelaki bermisai,berjanggut atau berkumis.Aku suka clean & clear saja.

“Gila lah Mary,lelaki hot macam ni gay,aku macam tak percaya saja.Apa bukti yang Syazwani tu cakap adik dia ni gay??”

Aku memandang Elma tak percaya.Dia tak tahu ker yang 60 peratus daripada purata lelaki gay ialah lelaki hot,kacak dan bergaya.Jadi,don’t judge a book by its cover.Tak kenal maka tak cinta.Begitulah prinsip aku dalam mengenali jejaka jejaka hottest di Amerika Syarikat dahulu.Jangan sampai salah menilai,kelak binasa diri.

“Em,Syazwani tu cakap.Adik dia tak pernah pergi dating dengan perempuan.Selalu lepak dengan lelaki dan Syazwani pernah beberapa kali ternampak adik lelaki dia tu keluar dari hotel dengan lelaki.”

Aku ulang balik maklumat tambahan yang diberikan oleh Syazwani sebelum aku pulang tadi.Elma kelihatan menelan liur dan mendengus kecil.Kelihatan sangat tak berpuas hati dengan penyataan aku.

“Hell,lelaki hottest macam ni gay,aku betul betul rasa rugilah.But Mary,kenapa aku rasa aku macam pernah jumpa jer mamat ni kat mana mana??”

Pertanyaan Elma buat aku berfikir panjang,kata Syazwani adik lelaki dia belajar sama universiti dengan aku,tapi mustahillah..aku dan Elma boleh tak terpandang jejaka hot dalam kampus kami.Konsert Super Junior yang sedang berlangsung dalam televisyen langsung tak menarik perhatian aku saat itu.

“Syazwani kata mamat tu sama universiti dengan kita.”

Penyataan aku hanya membuat dahi Elma berkerut kerut.

“Mustahillah kita boleh tak nampak lelaki hot macam ni kat kampus kita,aku tak pernah nampak pun??”

Aku dah boleh agak jawapan Elma.Aku ambil kembali foto yang berada dalam tangan Elma dan merenung foto itu lama.Foto itu mempamerkan wajah seorang pemuda berpakaian renang yang menggoda dengan sebahagian tubuh six packnya terdedah di bahagian tepi kolam.Sangat menggoda..

“Aku pun tak pernah nampak,minggu depan kita start final sem,aku nak kau buka mata luas luas dan cari mamat ni sampai dapat dekat kampus,kalau kau jumpa dia cepat cepat inform aku.”

Aku bagi arahan pada Elma yang muda dua bulan dari aku.Elma hanya angguk angukkan kepala.

“Ok Mary,by the way,apa nama Mr.G ni??”

Aku tersengih mendengar Elma menyebut Mr.G,ya..daripada panggil mamat gay atau gay boy,Mr.G lagi enak bunyinya dan tak terlalu berterus terang.

“Syed Zakuan Zafran Tan Sri Faizal Fong.”

Sekali lagi aku buat Elma terlopong dengan sebaris nama unik itu.Em..memang Mr.G dah buat aku dan Elma penasaran untuk mengenalinya.

……………………….

BAB 2

Seminggu berlalu dengan cepat.Cuti semester aku dah pun tamat.Waktu untuk kembali belajar dan melakukan aktiviti aktiviti tak berfaedah di kampus bermula.

“Mary,Mary,aku dah jumpa,aku dah jumpa!!!”

Elma datang menerpa ke arah aku sebaik saja aku meninggalkan dia selama lima belas minit untuk ke tandas.Kelam kabut saja sepupuku yang satu ini,ape hal lah..

“Apa yang kau dah jumpa Elm,cuba tarik nafas dulu,in…out,in…out.”

Aku sempat menggosok gosok lembut belakang Elma sebelum membiarkan dia menarik nafas dan menhembusnya senada dengan arahan aku.Elma memang jenis yang cepat mengelabah.Kata mama aku perangai gelabah Elma mengikut perangai ibunya.Mana lagi tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan..Kalau aku pula lebih mengikut perangai papa.

“Aku jumpa,aku jumpa,aku jumpa lelaki tu.!!!”

Elma dah mampu bertutur,tapi dia masih tak mampu nak menjelaskan dengan terperinci maklumatnya.

“Lelaki mana Elm..lelaki mana yang kau jumpa??”

“Lelaki hot,lelaki hot!!!”

Hahh..sudah.Apa kenalah Tengku Elma Dania ni!!.Buat aku yang hot adalah.Aku dah berpeluk tubuh,berdiam diri dan tunggu Elma betul betul boleh fokus dengan kata katanya.

“Siapa lelaki hot tu Tengku Elma Dania??”

Aku tanya lagi apabila melihat muka penuh keterujaan Elma.

“Zafran,Zafran!!!”

Elma terjerit jerit lagi sambil melonjak lonjak kecil di hadapanku.Aku mengerutkan dahi,Zafran mana pulak ni..

“Siapa Zafran tu Elma,aku kenal ke??”

Elma agak terkejut apabila aku sememangnya tak kenal dengan nama jejaka hot yang di katakannya sebentar tadi.Elma menggeleng geleng kepala sebelum memegang kedua bahu aku.

“Mary,Zafran tu..Mr.G lah!!”

Kali ni aku pula terkedu.Bila sebut Mr.G,automatik aku mengukir senyuman lebar.

“Really,kau jumpa dia kat mana Elm??Aku nak tengok juga Mr.G tu?!!”

Aku dah teruja gila saat itu.Entah kenapa sejak dapat tawaran istimewa dari Fareez dan Syazwani aku betul betul berminat untuk mengenali Mr.G.

“Dia masuk library tadi,cepat Mary,jom kita ke sana.Mungkin dia ada lagi.”

Tanpa sempat Elma bercakap lebih panjang,aku segera saja menarik tangan gadis itu agar berlari menuju ke arah lif.Universiti tempat aku dan Elma belajar ni terdiri daripada bangunan 16 tingkat.Perpustakaan terletak di Tingkat 6.Jadi,terpaksalah aku berlari memasuki lif agar kami dengan segera dapat menuju ke destinasi.

“Mary,Elma,korang takde kelas ke pagi ni??”

Teguran Ikhram yang berada dalam lif tanpa aku sedari membuatkan aku dan Elma sedikit terkejut.Hahh..terlalu teruja sampai kelibat mamat ni dalam lif pun kami boleh tak perasan.Aku melihat jam tangan Omega yang abang hadiahkan sempena hari jadiku tahun lepas.Baru pukul 9.45 pagi,lagi 15 minit sebelum kelas bermula.

“Kelas start pukul 10,kau tak de kelas ker??”

Aku memandang Ikhram yang tampak segak bertshirt kolar biru cair berbelang biru pekat.Memang gaya biasanya untuk ke kampus sebagai penuntut yang mengambil kursus Multimedia dan Grafik.Sebuah DSLR jenama Nikkon tergantung di leher pemuda yang sama umur dengan aku itu.

“Em..on the way nak pergi kelas lah,yang korang berdua ni nak pergi mana??”

Ikhram ni macam tahu tahu ajer aku dengan Elma bukan nak menuju ke kelas.

“Aku dengan Elma nak pergi tengok hot stuff,kita orang nak cepat ni,nanti dah dapat tengok barang baik tu baru kita orang pergi kelas.”

Berkerut kerut dahi Ikhram cuba mencerna kata kata aku.Belum sempat dia nak membuka mulut pintu lif sudah terbuka di tingkat 6 dan aku pantas saja menarik tangan Elma dan terus berlari.Sampai di perpustakaan aku menerpa masuk dengan Elma.

“Mary,Elma,walaupun kamu baru jer kembali dari bercuti panjang.Janganlah sampai lupa peraturan perpustakaan yang tak benarkan kamu berdua membawa beg masuk ke dalam library.?”

Langkah aku dan Elma terhenti apabila suara pekerja perpustakaan yang memang dah cam sangat dengan muka kami berdua menegur.Aku tersengih sengih seperti kerang busuk sebelum menarik beg galas Elma dan aku menanggalkan beg sandang Timberland aku sendiri sebelum aku meletakkan beg tersebut di atas kaunter peminjaman buku.

“Kak Zila,tolong tengokkan kejap beg kami ni,maaf,kami nak cepat,dalam lima minit kami berdua ambil balik beg ni.By the way akak nampak sangat cantik dalam baju kurung tu.”

Aku terus menarik tangan Elma meninggalkan Kak Zila yang berada di kaunter peminjaman buku dengan muka tersipu malu dengan pujian aku.Hahh..senang sungguh nak berurusan dengan orang yang makan pujian ni.Yalah..sepatutnya,jika aku memasuki perpustakaan,beg sandang perlulah di letakkan di bahagian loker yang di sediakan.Tapi,sebab aku dan Elma mengejar masa,terpaksalah aku campak saja beg sandang kami di kaunter.

“Elm,kau cari kat bawah ni,aku pergi tengok kat tingkat dua.”

Elma angguk angguk mendengar arahan aku sebelum melilau dalam perpustakaan yang luas setiap tingkat umpama dua buah padang bola.Aku menapak ke tingkat dua dan melilau ke sana sini.Beberapa mata pelajar lelaki dah tersenyum senyum gatal melihat aku.Aku buat muka bodoh,memang dah terbiasa dengan pandangan seperti itu sepanjang 2 tahun setengah aku menuntut di sini.Aku berlari lari anak dari satu rak buku ke satu rak yang lain,namun hampa.

“Hmph..tak de nampak pun..mana pulak Mr.G ni..”

‘Bdbukk!’

Tanpa aku sedari saat aku sibuk berundur ke depan dan ke belakang melalui rak buku di bahagian paling belakang,aku terlanggar bahu seseorang yang sedang meletakkan buku pada rak.Rempuhan aku membuatkan buku yang diletaknya jatuh ke atas lantai.

“Maaf,maaf.”

Aku sempat mengutip kembali buku yang jatuh sebentar tadi dan menyerahkan buku itu pada pemiliknya.Aku terpaksa mengangkat kepala untuk melihat wajah pemilik tangan putih kemerahan yang sasa itu mengambil buku dari tanganku tanpa sebarang bunyi.

Mak!!!.Kacaknya dia!!!.Aku menjerit dalam hati apabila sepasang mataku menatap sepasang anak mata indah bewarna biru gelap itu.Warna anak mata dia sama macam warna anak mata pakcik aku yang dulu merupakan pelakon terkenal asia,Daniel Adrayyan Faramy.Tapi..mata dia,mata dia nampak sangat tajam dan kelam.Untuk beberapa saat kami bertatapan.

Belum sempat aku nak menilik wajah tampan itu dengan lebih lama,dia sudah bergegas meninggalkan rak buku itu tanpa sebarang kata.Kaki aku seolah olah terpaku melihat pemuda itu berlalu pergi.

“Mary,Mary,dia baru jer keluar dari perpustakaan!!!.Kau ada nampak dia tak,kau ada nampak Mr.G tak??”

Entah untuk berapa minit aku terpaku di situ,aku sendiri tak pasti.Setelah wajah Elma terpacul di hadapanku barulah aku rasa kembali berpijak di bumi nyata.Pastilah Elma bertembung dengan Mr.G sewaktu lelaki itu meninggalkan aku sebentar tadi.

“Ada Elm,aku ada nampak..Ya Allah..aku tak pernah nampak lelaki macam dia,muka dia Elm..muka dia handsome giller siot!!!”

Jeritan kecil aku menyebabkan beberapa mata pelajar memberi jelingan tak puas hati pada aku.Segera saja aku menekup mulut sendiri.Entah kenapa aku seolah olah tak boleh mengawal diri sendiri.

“Tulah memang handsome,tapi..jangan lupa ya Mary,dia tu homo-homo.”

Aku nak tergelak dengar peribahasa Elma,homo tu maksudnya sama.Aku berfikir panjang seketika sebelum menelan liur.

“Betullah Elm,dia langsung tak tegur aku Elm.Aku,Tengku Marylin Myacella Tengku Syamrein Ashraf,girl paling hot kat kampus ni,tapi mamat tu langsung tak tegur aku??Damn!.”

Aku tiba tiba rasa benggang dan marah.Baru aku perasan yang sebenarnya aku dan Mr.G sudah bertentang mata untuk beberapa saat dan dia sewajarnya mengenali wajah famous aku ni.Tapi..lain pula yang jadi,dia langsung tak menegur aku.Sepanjang aku menuntut di sini,tidak pernah sekalipun mana mana lelaki kelihatan tidak berminat untuk bersapa dengan aku,kalau aku memberikan respons.What the hell!!.Aku rasa tercabar tak tentu pasal.

“But Mary,bukan ker dia tu homo homo,walaupun kau ni girl paling hot kat kampus,mestilah dia tak pandang kau sebelah mata pun.Lainlah kalau kau tu lelaki.”

Aku garu garu kepala yang tak gatal,macam mana pula aku boleh lupa dengan fakta itu.Huhh..Mary,kemanalah fikiran kau melayang.Tapi..wajah Mr.G tu memang buat hati aku berdebar tak tentu pasal.Pelik..pelik.Aku nak tengok dia lagi.Ya,aku memang nak tengok wajah kacak tu lagi!!!.

“A..ahlah Elm,aku lupa.”

“Dan..aku pun lupa nak cakap Mary..kita dah terlewat 10 minit untuk masuk kelas pertama kita.”

Kata kata selamba Elma membuatkan aku terkejut beruk.

“What?!”

Dengan sepantas kilat,aku mencapai tangan Elma sebelum berlari ke arah kaunter peminjaman buku.Mengambil beg galas kami dan berlalu keluar dari perpustakaan dengan tergesa gesa.Selang 5 minit membuat pecutan maraton menuju ke Kelas 119 B yang terletak di tingkat 14 aku dan Elma merempuh masuk ke dalam kelas tanpa menyedari yang perilaku kami mengundang pandangan banyak mata pelajar yang sudah memenuhi kelas itu.

“Oh..good morning and welcome back my two princesses.Nampaknya,kamu berdua sudah tersesat jalan untuk menemui kelas ini.”

Aku tersengih sengih memandang Puan Yusnita,pensyarah subjek Bio Chemestry Clinical yang paling sporting sepanjang aku menuntut di sini.Aku dan Elma mencari kerusi kerusi kosong untuk di duduki.Malangnya,kelas hari itu di penuhi pelajar.Maklumlah..hari pertama memulakan semester baru.Pastilah semua pelajar rajin dan bersemangat untuk menghadiri kelas.Tengoklah minggu depan atau beberapa hari lagi,pasti kelas itu tidak akan penuh.

“Maaf puan,kami tak sengaja untuk terlambat hari ni.”

Aku segera meminta maaf apabila menyedari beberapa pasang mata pelajar dalam kelas itu merenung aku dengan Elma dengan senyuman menyindir.Terutamanya pelajar perempuan.Biasalah sifat manusia..dengki dan iri hati tak sudah.

“Its ok Mary,Elma.Kamu berdua pelajar President List.Kamu terlewat setengah jam pun saya tak marah.”

Kali ini Elma dah tersenyum lebar.Lecturer aku ni,memuji ke memerli??.Em..lantaklah..Asalkan dia tak marah kami berdua.Memang aku dan Elma ialah pelajar yang tersenarai dalam President List setiap semester.Jadi..tak hairanlah kalau beberapa orang pensyarah selalu memuji muji aku atau Elma.Aku masih pening kepala untuk mencari kerusi untuk di duduki.Takkan kami nak terpacak pula dalam kelas itu.

“Mary,Elma.Sit here.”

Aku dah tersenyum lebar bila Fikri,rakan sekelas yang rapat dengan aku segera bangun dari kerusinya.Sebaik saja aku tiba di tempat duduknya.Petrus Martin,seorang pelajar Sabah yang sama rapat dengan kami turut bangun dan memberikan kerusinya pada Elma.Memang mereka berdua ni sangat gentlemen dengan kami.

“Hei,habis kalau korang berdua bagi kerusi ni untuk kita orang duduk,korang nak duduk kat mana??”

Aku bertanya,apabila melihat Fikri masih tersenyum senyum melihat aku sambil berdiri.Em..mamat ni memang kaya dengan senyuman.Segak juga orangnya,anak mata warna coklat cair.Mohd Fahri Fikri Dato Zainuddin merupakan kawan baik aku sejak pertama kali aku menjejakkan kaki ke kampus ini.Kebetulan pula kami mengambil kursus dan berada dalam kelas yang sama.Dia lelaki melayu tulen tapi muka dia agak putih dan kelihatan macam anak Belanda.Ramai peminat wo!

“Is ok,aku dengan Petrus boleh ambil kerusi kat kelas sebelah.Kau orang duduk lah kat sini.”

Fikri menjawab pertanyaan aku dengan senyuman dan Petrus yang dua tahun sebelumnya aku sangka ialah anak cina hanya mengangguk angguk kecil.

“Ok then,thanks Fik,thanks Petrus.”

Aku dan Elma melabuhkan punggung di kerusi mereka dan mereka berdua meminta kebenaran dari Puan Yusnita yang sedang menulis sesuatu pada white board sebelum berlalu keluar untuk mengambil kerusi di kelas sebelah.Universiti kami ni bukanlah sengkek,cuma beberapa buah kelas saja yang masih belum di ubahsuai dan kelihatan seperti kelas dalam sekolah menengah.Kelas yang lainnya memang luas dan mencukupi untuk meletakkan seratus orang pelajar dalam sesuatu masa.

Aku mengeluh panjang sebelum mengeluarkan buku nota dari dalam beg sandang dan mata tidak dapat lari dari memandang sekali imbas wajah wajah yang bakal mengikuti kelas yang sama dengan aku tahun ini.Saat aku menoleh ke belakang,aku rasa macam terkena kejutan eletrik.Wajah itu..wajah kacak itu,wajah Mr.G kelihatan sedang khusyuk mendengar setiap patah kata yang keluar dari bibir Puan Yusnita.Aku bermimpi ker??.

Buat beberapa saat aku terus merenung wajahnya yang duduk di kerusi baris belakang aku.Dia hanya mengenakan sepasang jeans hitam dan t shirt berkolar kelabu.Pandangan mata aku dari wajah sisi kanannya mengambarkan yang anak matanya yang tajam itu memberikan semua fokus dalam kelas.Aku memegang dada,terasa jantung aku berdegup laju.Jantung aku rasa macam nak melompat keluar bila seraut wajahnya berpaling padaku dan sekali lagi kami bertatapan.

“Mary,Mary.”

Aku tersedar bila Elma menyiku bahuku beberapa kali.Aku mengelabah seketika dan berpaling ke depan apabila menyedari Puan Yusnita sedang memandangku dengan pandangan pelik.Muka aku dah merah padam saat itu.Patutlah Mr.G memandangku pelik.Malunyer!!!

“Mary,awak dengar tak saya tanya apa??”

Puan Yusnita telah bertanya satu soalan pada aku tapi aku langsung tak dengar.Grr..ni semua Mr.G punya pasal,kan aku dah hilang fokus!!!.

“Puan tanya,kau nak buat apa bila dah tamat belajar nanti..”

Elma berbisik perlahan ke telingaku,menyelamatkan keadaan.Aku menarik nafas lagi.Entah kenapa hari ini aku pula yang kelam kabut macam Elma.Puan Yusnita masih menantikan jawapan aku.

“Em..saya tak bercadang untuk ambil alih syarikat papa atau mama saya walaupun saya dah ada degree.Saya juga tak bercadang untuk jadi seorang doktor..”

Jawapan aku mengundang bisikan bisikan kecil para pelajar yang tahu akan latar belakang keluarga aku.Sepanjang aku menuntut di sini,banyak sekali mulut yang bertanya,mengapa aku memilih bidang perubatan dan bukan perniagaan sedangkan aku ialah pewaris empayar gergasi perniagaan ibu bapa aku.Dan..aku tak pula berminat untuk menjadi seorang doktor.Jawapannya cuma satu,aku minat untuk mendalami sesuatu ilmu yang aku tidak ketahui terutamanya dalam bidang sains.Justeru,sebab itulah aku memilih untuk belajar dalam bidang Bio Perubatan.Hal perniagaan pula,tak payah belajar di universiti,memang ramai ahli keluarga aku yang ingin mengajar secara percuma,terutamanya mama dan papa.

“So,apa perancangan awak.Awak nak kahwin ker Mary??”

Pertanyaan Puan Yusnita membuatkan aku tersengih sengih sahaja.Aku tak pernah berfikir untuk berkahwin dalam usia muda seperti mama. Tapi..takpelah,bagi aku,mama dengan papa ialah pasangan paling romantik pernah aku jumpa.

“Em..taklah puan,mungkin saya akan mendalami bahagian muzik dulu untuk beberapa tahun sebelum ambil alih posisi mama atau papa untuk uruskan syarikat.”

Puan Yusnita hanya tersenyum mendengar jawapan aku.Elma pun diam saja,memang sudah tahu perancangan masa depanku itu.Sejak kecil,aku dan abang dah bertekad untuk mempunyai dua karier macam mama.Jadi pemuzik juga ahli perniagaan.Dan..abang aku dah berjaya mencapai tekadnya saat ini walaupun taklah sehebat mama.

“Great dream Mary,i will pray for your success.”

Suara Fikri yang berbisik lembut di telinga aku dari arah belakang membuatkan aku sedikit terperanjat.Apabila aku berpaling,aku hanya mampu tersenyum melihat Fikri dan Petrus sudah mendapatkan kerusi dan duduk di bahagian belakang aku.

“Thanks Fik.I will pray for you too.”

Aku membalas kata kata Fikri sebelum menjeling sekilas Mr.G.Berderau darahku bila melihat sepasang mata tajamnya ralit merenungku seperti tadi.Aku tak berani untuk terus memandang ke belakang.Tak pasal pasal karang kena sound dengan Puan Yusnita pula.

“Ok,sure Mary.I know you can do it.Lagipun satu kampus ni pun tahu yang kamu memang berbakat dalam bidang muzik seperti mama kamu.Tak salah untuk mempunyai dua cita cita asalkan kamu berusaha lebih untuk menggapainya.”

Puan Yusnita sempat memberi nasihat dan aku hanya mampu tersenyum,tak dapat menahan diri untuk berpaling ke belakang dan menatap kembali wajah Mr.G.Namun,aku tak mampu untuk berbuat demikian,tak pasal pasal karang semua mata melihatku pelik.Tambahan lagi Fikri dan Petrus berada di belakang aku.Lagilah aku tak berani nak bermain mata dengan Mr.G.

“Em..how about Zafran,apa perancangan kamu selepas menamatkan pelajaran ni??.”

Berderau darah aku bila namanya di sebut.Kali ini aku tak dapat menahan diri untuk menoleh juga ke belakang.Mujurlah,bukan aku saja malahan semua mata pelajar juga tertarik melihatnya.Elma dah nak menjerit bila baru perasan kelibat Mr.G dalam kelas kami.Namun,aku sempat mengenggam tangannya kuat,memberi isyarat agar dia tidak mengecohkan kelas hari itu.

“Mary,macammana Mr.G boleh sama kelas dengan kita??”

Elma berbisik ke telingaku.Pasti dia baru menyedari sebab apa aku begitu leka memerhati bahagian belakang tadinya.Aku tiada jawapan untuk pertanyaan Elma.Mustahillah selama dua tahun setengah aku menuntut dalam kelas ini,aku boleh tidak perasan kehadiran Mr.G kalau dia sekelas dengan aku.Apa yang aku pasti aku memang tak pernah nampak kelibat Mr.G sebelum ini di mana mana tempat.

“Entahlah Elm,aku pun tak tahu.”

Aku jawab pendek pertanyaan Elma sebelum kami sama sama menantikan jawapan dari bibir merah yang sedang memandang Puan Yusnita itu.

“Im not sure madam.Mungkin saya akan ambil alih business ayah saya atau maybe saya akan berkahwin sebaik saja dapat degree.”

Aku tergamam apabila mendengar suara gemersik serak basah kepunyaan Mr.G buat pertama kalinya.Meremang bulu roma aku.Beberapa orang pelajar perempuan ketawa gatal mendengar penyataan selamba Zafran yang semua orang fikir lawak itu.Tapi,entah kenapa,aku tak rasa perkara itu lawak,tapi ia satu penyataan yang meluatkan.Segera saja aku berpaling kembali ke hadapan dan minatku untuk memandang Mr.G terus hilang.

“Adakah dia berfikir untuk berkahwin di luar negara bersama pasangan homo homonya sebaik saja tamat degree.Insane betul.”

Nampaknya Elma sama meluat dengan aku terhadap Mr.G.Aku berfikir..ada betul juga,apa yang dikatakan si Elma.Agaknya memang Mr.G dah merancang untuk berkahwin dengan pasangan satu spesies dengannya sebaik saja tamat belajar.Kesianlah Syazwani dan Fareez kalau perkara itu betul betul berlaku.

“Nah..dah nama pun homo homo.Em…game kita baru jer bermula Elm,aku akan pastikan in one fine day,Mr.G tu kan berfikir dua tiga kali sebelum buat keputusan untuk kahwin dengan spesies yang sama dengan dia tu.”

Elma angguk anggukan kepala penuh bersemangat mendengar tekad aku sebelum kami sama sama memandang Mr.G dengan satu senyuman sinis walaupun pemuda kacak itu langsung tak memandang kami.

P/S:Mengharapkan komen dari pembaca semuaJ




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

32 ulasan untuk “Novel : Pelakon cinta Dan Mr.G 1, 2”
  1. najwa anuar says:

    PERANGAI MARY PUN LEBIH KURANG DENGAN PERANGAI MAK DIA, BELLA! ahahahahaha

  2. Red says:

    Kat mana nak beli novel ni ? Merata dah I cari . Anyone please help

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"