Novel : Projek Memikat Suami 8, 9, 10

28 February 2012  
Kategori: Novel

51,884 bacaan 24 ulasan

Oleh : Hanina Abdullah

Bab 8

“Husna, cepat siap. Sekejap lagi Zahrain sampai. Jangan biar dia tunggu kamu,” Hajjah Rahmah menggesa anak bongsunya. Hari ini mereka hendak ke butik pengantin untuk menempah pakaian pengantin. Baik sunggah, Zahrain tu, fikir Hajjah Rahmah. Sibuk-sibuk kerja di pejabat, sanggup dia ambil masa bawa Husna memilih baju pengantin.

“Ummi, jomlah pergi sekali. Una mana tahu nak pilih baju pengantin ni Ummi,” merengek-rengek Husna mengajak Umminya ikut sekali. Kalau boleh dia tak mahu langsung berjumpa dengan Zahrain. Eh boleh ke tak jumpa langsung dengan bakal suami? Habis tu bagaimana nak kahwin?

“Una, apa susahnya nak pilih baju pengantin tu? Mama kamu kata baju pengantin tu nak ditempah dari pereka terkenal. Ummi tak ingat pulak namanya. Kalau dia pereka terkenal, tentulah cantik baju kamu tu nanti. Ummi banyak kerjalah Una, majlis kamu tu nak dijalankan dua minggu lagi. Walaupun kita nak buat kecil-kecilan, masih banyak juga yang Ummi perlu sediakan.” Kan Hajjah Rahmah dah nak masuk mode berleter?

“Alaaaaa, Ummmiiiii, jomlah” percubaan terakhir Husna untuk memujuk Umminya.

“Dah, dah, pergi bersiap. Mama Una kata Zahra, kakak Zahrain pun ikut. Una mintalah dia tolong pilihkan,” Hajjah Rahmah sudah malas nak melayan anak bongsunya itu. Dah nak kahwin, makin menjadi-jadi pulak manjanya. Dia sendiri sibuk bersiap hendak ke rumah saudara mara terdekat untuk menjemput ke majlis akad nikah Husna.

Tepat pada waktu yang dijanjikan, kereta mewah Zahrain menjalar masuk ke laman rumah Husna. Cepat-cepat Husna mendekati kereta itu. Cepat pergi, cepat balik. Inilah kali kedua dia keluar bersama Zahrain. Dalam hati dia tak berhenti-henti berdoa agar pertemuan kali ini tidaklah huru hara macam kali pertama dulu.

Bila tiba di kereta itu, Husna tersedar ada seorang wanita muda cantik yang duduk di sebelah bakal suaminya. Dia terus membuka pintu belakang kereta. Nak tunggu bakal suami membuka pintu kereta? Tak payah haraplah.

“Ini Zahra, my sister.” Ringkas saja Zahrain memperkenalkan kakaknya.

“Hi,” Itulah saja cara wanita itu menyapa Husna, tanpa menghulurkan tangan untuk bersalam. Biarlah, agaknya susah dia nak memusingkan badannya untuk menghulurkan tangan dari depan, bisik hati Husna.

“Assalamualaikum, saya Nawwal Husna. Nice to meet you.” Balas Husna dengan senyuman.

Ucapan salamnya tidak dibalas. Zahrain pula dengan tanpa lengah terus menekan minyak. Sebaik saja kereta bergerak, kedua beradik yang duduk di hadapan itu terus berbual sesama mereka, bagaikan Husna tiada di dalam kereta. Lantaklah, getus Husna, lagi senang aku, rehat-rehat sajalah di belakang ini.

Lagak sombong kedua beradik itu berterusan sehingga mereka bertiga melangkah masuk ke dalam butik pereka fesyen terkenal, Zulhazri Amin. Husna yang bukan kaki fesyen pun kenal Zulhazri Amin. Busana rekaannya menjadi rebutan di kalangan golongan elit ibu kota. Turut menanti mereka adalah seorang wedding planner bernama Yasmin Ali.

“Hello, Zara! Hi, Zahrain! Terima kasih daun keladi kerana memilih butik saya untuk busana pengantin for the wedding of the year!” Nampaknya Zulhazri Amin ni termasuk dalam golongan “mesra alam.” Baguslah aku pun dah bosan kena cold shoulder dengan dua beradik ni, fikir Husna.

“A-ha, this must be the lucky girl who managed to snatch the most eligible bachelor in Malaysia!” kata Zulhazri bila terpandang Husna.

“Assalamualaikum, saya Nawwal Husna,” lebar senyuman Husna, Zulhazri ni memang pandai buat orang selesa dengannya. Agaknya dah bertahun dia melayan karenah pelanggan yang bukan sembarangan orang di butiknya itu.

“Waalaikumsalam, sweetie. Zahrain, your bride is soooo sweeeet, lucky you,” tak habis-habis lagi pujian Zulhazri. Malas Husna nak memandang muka Zahrain, sebab dia yakin tentu terpalit senyuman sinis di wajahnya bila mendengar Zulhazri memujinya.

“Assalamualaikum, saya Yasmin Ali, dari Aksara Anggun Events, your wedding planner,” Yasmin ini pulak lebih ringkas dan straight to the point.

Mereka dijemput duduk. Pembantu-pembantu Zulhazri menghidangkan minuman dan snek. Sambil bermanis-manis mulut, dengan cekap Zulhazri mengeluarkan katelog pakaian dan contoh-contoh kain. Nampaknya dia memang sudah bersedia untuk melayan pelanggan….

“Well, Nawwal? Konsep apa yang you dah pilih untuk wedding ini?” tanya Zahra. Wow! Bercakap juga Snow Queen ini ye? Tapi kenapa lain macam saja nada suara Zahra? Senyumnya pula bagai ….. mengejek. Dia nak menguji aku ke? Terlintas di benak Husna. Konsep? Konsep apa? Baju kahwin pun ada konsep ke? Macam birthday party kanak-kanak? Birthday party Khadija, anak sulung kakak Najanya tahun lepas bertema pari-pari ajaib. Konsep baju kahwin ni macam tema birthday party ke? Blurr sungguh Husna, terkebil-kebil matanya sambil berfikir. Nak selamat, hit the ball into his court, cepat Husna berfikir.

“Awak nakkan konsep apa?” lembut Husna bertanya kepada bakal suaminya.

“I don’t really care,” endah tak endah saja jawab si tuan empunya badan. Dia terus mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar dan dibelek-beleknya, tak panggung-panggung kepala lagi. Eeeh, geramnya! getus Husna dalam hati. Oh so this is the game he wants to play. Kakaknya, Zahra pula hanya memandang ke arahnya dengan senyuman sinis. Mereka berdua dah merancang nak mengenakan aku ke? Fikir cepat, Husna, fikir cepat!

“Cik Yasmin, Puan Sri ada pesan apa-apa tak? Saya tak sempatlah nak berbincang dengan dia,” Husna memilih untuk berterus terang.

“What has this got to do with Mama? Bukan dia yang nak kahwin, awak yang nak kahwin,” laju saja Zahrah mencelah. Cepat mencari peluang untuk menekan aku. Tak boleh ke kau cakap elok-elok sikit, fikir Husna. Dahlah ada Zulfazli dengan Yasmin di sini, memalukan sahaja. Zahrain pula dari tadi tak berkata apa-apa, tak habis-habis membelek telefonnya. Hm, nampak gayanya ini ujian pertama untuk aku ni, kata Husna dalam hati.

“Kalau ikutkan saya, saya nak majlis yang kecil saja. Tapi perkahwinan orang Melayu ni bukan untuk pengantin saja, untuk seisi keluarga juga kan? Jadi Cik Yasmin, apa yang awak dah bincang dengan Puan Sri?” Husna menjawab setenang mungkin.

“Apple polisher,” pelan sahaja sebut Zahrah, tapi cukup untuk ditangkap dek telinga Husna. Lantaklah kalau dia nak tuduk aku ni kaki bodek. Pelik juga jika difikirkan, yang akan kahwin dengan aku ni adiknya, apahal pula dia yang sentap tak tentu pasal?

“Saya dah banyak bincang dengan Puan Sri dan Tan Sri. Semuanya dah siap sebenarnya. Syarikat saya akan kendalikan semua. Tinggal baju pengantin dan mekap sahaja,” lancar jawab Yasmin, nampak sangat dia dah cekap menangani majlis-majlis sebegini.

“Based on apa yang Puan Sri dan Tan Sri dah pilih, bagaimana sepatutnya baju pengantin kami ni?” tanya Husna lagi.

“Grand, anggun dan dignified,” cepat dan straight-to-the-point Yasmin Ali ni. I like, fikir Husna.

“So, Encik Zulhazri, apa cadangan Encik untuk baju pengantin yang grand, anggun dan dignified?”

Belum sempat Zulhazri menjawab, Zahra mencelah lagi, “You ni tak ada pendapat sendiri ke, tak ada taste sendiri ke? Semua nak ikut cakap Mama?” Muka Husna dah terasa panas. Perlu ke nak cakap begini depan Zulhazri dan Yasmin? Kedua-dua Zulhazri dan Yasmin pun dah mula nampak tidak selesa, berpura-pura membelek katalog di atas meja, berpura-pura tak mendengar serangan terang-terangan Zahra terhadap Husna.

“Saya ada pendapat dan taste sendiri. Tetapi, since Puan Sri dan Tan Sri dah engage the services of the best wedding professionals in town, lebih baik kita dapatkan input dari mereka dulukan? Lepas tu baru buat keputusan.” Setenang mungkin Husna menjawab, senyum manis tak lekang di bibir.

Zahra mencebik bibir serta mengangkat kening dan bahunya. Zulhazri dan Yasmin pula tersenyum lebar. Suka bila Husna puji mereka sebagai pakar. Zahrain yang sedari tadi khusyuk membelek telefon pintarnya, mengangkat kepala dan memandang Husna lama-lama.

“Well, Encik Zulhazri, Cik Yasmin, let’s hear your suggestions,” wah semakin yakin jadinya Husna. Tumpuannya seratus peratus kepada Zulhazri dan Yasmin, tenungan tajam Zahrain tidak dipedulikan.

Dah dapat lampu hijau dari Husna, berjela-jela cadangan dari Zulhazri. Yasmin pula hanya mendengar dan memberi komen sekali-sekala. Betullah kata Ummi, dah ada pakar, apa susahnya. Yang bayar pula bakal ibu dan bapa mertuanya. Husna menurut sahaja cadangan-cadangan Zulhazri. Zahrain pun diam mengunci mulut. Nanti kalau kosnya meletup-letup bukan salah aku, bisik hati Husna. Dah “dia” tak kata apa-apa.

“Warna dah bincang dengan Puan Sri, Cik Yasmin?” Husna bertanya lagi.

“Puan Sri ada sebut dia nakkan pelamin warna perak. Bagus juga sebab senang nak suaikan dengan apa saja warna baju pengantin. Tapi Puan Sri ingatkan saya yang kata putus tentang warna biar Cik Husna yang tentukan,” terang Yasmin. Lega Husna mendengarnya, sekurang-kurangnya bakal ibu mertua lembut orangnya, entah macam mana anak-anaknya lain pula perangai.

“Zahrain, you suka warna apa?” Husna mencuba sekali lagi untuk mengajak Zahrain berbincang tentang majlis perkahwinan mereka.

“Hitam,” cepat saja jawapannya. Matanya terus merenung Husna, bagaikan berkata, “Take that! Kau nak kata apa lagi?”

Tersembur ketawa dari mulut Zahra. Dua beradik ni memang nak kena dengan aku, fikir Husna. Rasanya macam nak dicampakkan saja isi pinggan snek ke muka mereka. Sabar, Husna, memang mereka nak sakitkan hati kau dan nak sangat-sangat tengok kau mengamuk. Okey, dah dua kali aku bagi peluang, ini balasan kau, sorrylah, no more!

“Hitam untuk baju pengakurang sesuai, kan Encik Zulfazli?” soalan yang tidak memerlukan jawapan itu ditujukan kepada pereka terkenal itu. Zulfazli Amin cepat-cepat mengangguk.

“Hm, pelamin warna perak, baju pula warna apa yang paling elok?” Husna memandang muka Zulfazli, menunggu pandangannya.

“Apa kata pelamin silvery grey dan baju pengantin pula platinum grey,” cadang Zulhazri.

“Grey is grey, is grey to me, Encik Zulfazli,” pintas Husna, tertawa kecil. Dia perasan Zahrain sekali lagi memandangnya dengan tajam. Apa, aku tak boleh ketawakah? Korang dua beradik nak serius macam dunia nak kiamat, lantak kaulah, fikir Husna.

Zulhazri cepat-cepat menunjukkan beberapa contoh kain berwarna perak berkerlipan dengan batu-batu permata kecil bertaburan. Swarovski nama batu-batu itu, kata Zulhazri. Manalah aku tahu, detik hati Husna. Memang cantik, tapi kosnya?

“Encik Zulhazri, Cik Yasmin, nanti tolong finalize 2 atau 3 choices, esok kita bincang dengan Puan Sri ye?” rasa Husna inilah keputusan terbaik. Tak berani dia nak memandai-mandai, bukan dia yang bayar.

“Tadi kata ada own taste?” mencebik saja nada suara Zahra ni bila bercakap, tak penat ke dia berperangai begini. Kalau ini saja kerjanya, tak datang pun lagi bagus.

“Saja saya nak bincang dengan Mama, saya nak dia betul-betul happy. Kan anak lelakinya seorang saja?” sengaja Husna tekankan perkataan Mama, walhal dia tidak pernah pun memanggil Puan Sri Maimun dengan panggilan itu.

“Bersungguh-sungguh awak nak ambil hati Mama KAMI ye? Lepas ini nak ambil apa lagi?” oooh memang jelas makna hinaan Zahra. Nak ambil harta mereka? Husna mengunci mulutnya dengan senyuman, bimbang nanti entah apa-apa yang terkeluar dari mulutnya. Sekali lagi Zulhazri dan Yasmin pura-pura tekun membelek contoh-contoh kain, malu mereka nak memandang muka Husna dan Zahra.

“Eh! tentulah saya nak ambil hati suami saya, Kak Zahra!” Sambil berkata, matanya mengelak dari memandang muka Zahrain dan berdoa janganlah ada apa-apa yang memalukan pula keluar dari mulut bakal suaminya itu.

“Tak perlu panggil kakak lah, Zara saja,” nampak betul alergik Zahra dengan panggilan hormat itu. Namanya pula disebut Zara, bukan Zahra.

Cepat dan cekap Husna menukar topik, “Yang mana tadi rekaan baju yang Encuk Zulfazli cadangkan? Keliru pula saya sebab banyak sangat pilihan”

Zulhazri dengan cekap menunjukkan rekaan baju kebaya moden dengan kain yang berekor di belakang.

“This design will make her look squat!” lancang saja mulut si Zahrah. Squat? Ya Allah, seumur hidup aku tak pernah orang kata aku ini ketot! Panas di muka Husna rasanya dah melebihi pans lava gunung berapi. Memang Zahra, Zahrain dua beradik itu memang tinggi lampai orangnya tapi aku ni tidaklah pendek sangat, fikir Husna.

“Ya, Cik Nawwal memang petite,” kilas jawapan dari Zulhazri. Husna bersyukur betul berurusan dengan orang yang memang tinggi kemahiran P.R.nya.

“Tapi jangan bimbang, dengan kasut se-gorgeous ini, …..ta-ra! Cik Nawwal akan jadi macam puteri!” dengan muka yang penuh ceria, Zulhazri menunjukkan sepasang kasut bertumit 4 inci yang dihiasi dengan batu-batu permata bergantungan. Pucat muka Husna dibuatnya. Kasut ini yang aku nak pakai? Di majlis yang penuh dengan jemputan-jemputan terhormat? Seumur hidupnya tak pernah dia pakai kasut setinggi itu.

“Encik Zulhazri, kasut ini bakal mengundang bencana!” memek muka cemasnya disambut gelak tawa kedua-dua pereka dan perancang majlis itu.

“Sweetie dear, I have to insist. You are sooo petite and your husband is taller than most Malay gentlemen,” lembut saja jawab Zulhazri tapi jelas dia tidak mahu berganjak.

“Petite? Dalam Bahasa Melayu tu apa? Ketot ye?” santai saja Husna bergurau. Pecah berderai ketawa Zulhazri dan Yasmin. Dua beradik ketul ais beku tu hanya memandang tanpa sebarang ekspresi. Agaknya ini standard muka orang korporat, serius memanjang.

“No-lah, dear. I tak kata you ketot ok. Petite, comel macam anak patung,” puji lebih-lebih pulak si Zulhazri ni. Segan sangat Husna bila Zahrain memandangnya dengan tajam bila mendengar pujian Zulhazri.

“Mr Designer-extraordinaire dear, gaun pengantin yang awak cadangkan tu kan panjang ekornya. Kebaya moden yang awak nak saya pakai di awal majlis tu pun ada ekor jugakan. Baju berekor-ekor plus high heels 4 inci equals to di-sas-ter,” Husna berterus-terang, tanpa malu-malu. Biar cakap terang-terang sekarang dari malu di majlis gilang gemilang itu nanti. Zulhazri dan Yasmin menyambung ketawa mereka.

“What’s funny about looking like an idiot?,” tambah Zahra. Waaa, pantang dapat peluang bakal kakak ipar aku ni, gumam Husna dalam hati.

“Alah, dearie, majlis tu berapa jam saja. You can pull it off. Why not, sebelum your wedding, you praktis pakai kasut tumit tinggi hari-hari,” pujuk si pereka adi busana yang terkenal dengan perfectionismnya.

“Encik Zulhazri, perlu ke?” Husna masih cuba merayu walau pun nampak gayanya pereka terkenal itu takkan berganjak.

“Very-de-perlu, ok! Percaya lah cakap I. Kalau tidak photographer pun akan complaint ok. Macam mana dia nak frame his shots. Seorang tinggi, seorang rendah. Betul tak Yasmin?” wah banyaknya hujahannya. Yasmin pula hanya mengangguk kepala, 100% menyokong Zulhazri.

Bimbang sungguh Husna, berkerut dahinya, mulutnya muncung tanpa disedari. Dek kerana terlalu bimbang, dia tak sedar Zahrain yang tak habis-habis memandangnya.

“Alah, susah-susah sangat dear, malam tu you pegang tangan your sweetheart ni kuat-kuat, I jamin you tak jatuh punya,” usik Zulhazri, disambut dengan ketawa Yasmin. Merah padam muka Husna dibuatnya. Tanpa dapat dikawal, dikerlingnya Zahrain. Mamat ketul ais beku itu cepat-cepat mengalihkan pandangan kepada telefon pintarnya.

BAB 9

“Hello.”

Aaaah, betapa leganya Husna mendengar suara kakak sulungnya itu. Rasa macam dapat oksigen.

“Kakaaaaaaaak!” mendayu-dayu suara Husna.

“Assalamualaikum. Husna, apa hal ni tengah-tengah malam buta telefon kakak?” eh tengah malam ke kat Prague tu? Asyik memikirkan masalahnya, Husna tak sedar entah pukul berapa di sana. Dia cuma tahu dia memerlukan bantuan kakaknya itu.

“Wa’alaikumsalam, maaf ye kak. Una minta maaf sangat. Kepala Una ni dah tak betul, dah tak boleh fikir. Una tak sedar sana dah tengah malam.” Husna rasa sangat bersalah, sepatutnya dia tunggu masa yang lebih sesuai untuk menelefon kakaknya.

“Yelah, orang dah nak jadi pengantin, tentulah dah angau,” usik kakaknya. Tentulah Kak Naja dah tahu pasal perkahwinannya. Ummi, Kak Nora dan Kak Naja hampir hari berbual melalui Skype.

“Angau? Ye lah tu kak. Sasau adalah,” bersungguh-sungguh Husna mengadu kepada kakaknya.

“Oooh adik manja kakak, kenapa teruk bunyinya ni?” tanya kakaknya. Husna memang manja dengan Najla. Dengan Kak Naja tempat bermanja, dengan Kak Nora, teman bergaduh. Dengan Abang Nawfal, rapat juga, tapi celik-celik mata, Abang Nawfal dah masuk asrama, kemudian ke universiti dan sekarang menyambung pelajaran di Dublin.

Habis semua diceritakan kepada kakaknya. Terhibur juga Najla mendengarnya, ada watak kakak tiri zalim, Zahrah lah tu. Ada watak Ibu Pari-Pari Ajaib, Puan Sri Maimun! Dan Zahrain, digambarkan macam anak Jin! Kesian juga Najla kepada adik bongsunya itu. Belum sempat merasa hidup, sudah mahu dikahwinkan. Tapi betul juga kata Ummi, kalau dah datang jodoh yang baik, tak elok ditolak.

“Kak Naja, baliklah cepat. Tolong Una buat persiapan ni,” merayu-rayu si Husna.

“Persiapan apa Una? Ummi kata sebelah kita nak buat majlis kecil-kecilan saja. Sebelah keluarga Puan Sri, semuanya dikelolakan oleh wedding planner kan?” Wah memang berita terkini sampai terus ke Prague, nampaknya.

“Persiapan mental Unalah, kak!” jawab Husna, disambut derai ketawa kakaknya. Suaminya yang sudah terlena di atas katil sebelahnya terjaga mendengar ketawa Najla.

“Maaf, Una call,” bisik Najla kepada Mohd Amin, suaminya yang sudah terpisat-pisat separuh sedar.

“Abang Amin tengah banyak kerja ni Una, mana boleh balik cepat. Kami dah bincang, dua hari sebelum kenduri baru kami dapat balik. Nak buat macam mana, terkocoh-kocoh sangat kenduri Una,” terang Najla.

“Huwaaaa, Una bukan minta Abang Amin balik. Una nak minta Kak Naja balik. Abang Amin nak bagi mental support apa?” Air mata Husna dah bergenang.

“Una, kalau Abang Amin tak balik, macam mana Akak nak balik?” Biar betul adik aku ni, getus si Najla.

“Naik kapal terbanglah Kak, takkan naik keretapi kut.” Aik, itu pun tak tau kakak aku ni.

“Yelah, naik kapal terbang. Habis, Khadija, Mawaddah, Anas, Akak sorang-sorang nak handle dalam flight? Oi, pengsan Akak. Una tahu berapa jam flight Prague ke KL? Bukan ada direct flight pula tu. Dengan transit lagi…,” berjela-jela hujah Najla. Serius, dia tak dapat bayangkan penerbangan jarak jauh dengan anak berderet-deret.

“Alaaaaaa, Kak Naja, Una betul-betul perlukan Kak Naja ni. Una tau susah, penat terbang long haul dengan budak-budak kecik. Tapi Una tak tau macam mana Una nak hidup dengan dia Kak! We are like strangers, macam mana nak kawin? Dia tu mamat ketul ais, kakak tahu?” Husna merayu dengan deraian air mata. Memanglah Najla tak nampak air mata adiknya, tapi dia dapat mendengar esakan Husna.

“Una sayang, kesian baby sister kakak. Kak Naja dan Kak Nora tau Una buat semua ni untuk Babah,” Najla cuba memujuk Husna. Una berkorban untuk Babah, apalah sangat dia bersusah payah terbang balik dengan anak-anak, walau pun jauh penerbangannya.

“Akak tak jamin tau, tapi biar Akak bincang dulu dengan Abang Amin. Nanti kami tengok, kalau-kalau ada Malaysian di sini yang nak balik ke KL. Boleh Akak minta tolong temankan, fly balik sekali dengan Akak dan anak-anak,” jawab Najla. Mohd Amin, di sebelahnya dah bulat mata, mendengar janji isterinya.

“Kak, kalau Kak balik, Una terhutang budi sangat-sangat. Una tak tau macam mana, tapi satu hari nanti tentu Una balas. Kalau Kak tak balik, betul, tak tipu, Una tak tau apa nak buat. Una ni memang dah beratus-ratus kali rasa macam nak lari balik ke Southampton saja ni,” kata Husna, masih teresak-esak.

“Ish, Una, nauzubillah, jangan buat macam tu Dik. Malu Babah dengan Ummi,” tanpa disedari Najla mengurut-ngurut dadanya.

“Ye, Kak, Una waras lagi ni. Tapi Kak tentu tak boleh bayangkan nak berkahwin dengan orang yang bencikan kita, Kak!”

“Betul ke dia bencikan Una? Akak tak percayalah! Una, you’re the sweetest girl in the world. Tak hairanlah Puan Sri Maimun sekali tengok pun dah berkenan,” pujuk Najla, untuk menaikkan keyakinan diri Husna.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan Kak, kalau tuan punya badan tidak!” Husna dah berhenti menangis. Bercakap tentang Zahrain membuat dia rasa sakit hati.

“Una tak pernah terfikir ke? Kalau Puan Sri boleh berkenankan Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenankan Una?” tanya Najla.

“Terus terang Kak, Una sendiri pun tak pasti samada Una mau dia berkenankan kat Una,” Husna mengaku tanpa berselindung.

“Una, jodoh Una ini dah ditentukan Allah. Bersangka baiklah dengan Ummi dan Babah. Takkan Ummi dan Babah nak bagi anak bongsu kesayangan mereka kepada lelaki yang tak senonoh?” Najla ni kalau berhujah memang boleh tahan.

“Entahlah Kak, pening kepala Una. Akak balik la, tolong Una. Cakap kat telefon ni, makin pening kepala Una,” rayu Husna, sudah tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi.

“Nanti Akak confirm kemudian ye. Akak perlu bincang dengan Abang Amin dulu.”

BAB 10

3 hari selepas perbualan telefon mereka, Najla dan tiga orang anaknya tiba di Kuala Lumpur. Keesokkannya, tanpa menghiraukan jet lag yang dirasainya, dia mengheret kedua-dua orang adiknya ke pusat membeli-belah. Anak-anak Najla dan Nawrah ditinggalkan dengan Hajjah Rahmah. Jenuhlah orang tua tu menjaga 5 orang cucu sekali. Nasib baik ada Mak Dah. Urusan penting kata Najla! Urusan pengantinlah tu. Apa nak dibuat, kenduri hanya beberapa hari saja lagi.

“Retail therapy, I like! Kak Naja dan Kak Nora nak belikan Una wedding present ye?” gurau Husna. Hari ini dia nak enjoy bersiar-siar dengan kakak-kakaknya. Segala masalahnya nak dilupakan seketika.

“Retail therapy kebende. Hah, siap sedia, ini Mahaguru dah balik dari Prague, nak turunkan ilmu,” selamba sahaja jawab Nawrah.

“Ilmu apa Kak Nora?” soal Husna, betul-betul blur.

“Ilmu rumah tangga bahagia!” jawab Nawrah sambil sambil keningnya diangkat-angkat.

“Uwek! Tak ada topik lain ke? Dari cakap pasal tu, baik cerita pasal shopping,” Husna cuba mengelak. Inikan punca utama dia tertekan sekarang!

“Jangan nak tukar topik. Una, kakak terbang beribu-ribu batu, Una juga yang suruh balik kan. Hah! Sekarang dengar sini,” serius benar bunyi Najlaa.

“Ala, Kaaaaak, kemudian lah,” Husna cuba memprotes.

“Tak de kemudian-kemudian, mana ada masa lagi? Tinggal berapa hari saja lagi ni. Esok-esok kita semua dah sibuk dengan bunga telur lah, nak hias bilik pengantinlah,” sambil membebel, Najla menarik tangan adiknya ke sebuah restoran. Hmm, sarapan roti canai, mana nak dapat di Prague. Turunkan ilmu, turunkan ilmu juga, tekak nak dilayan juga.

“Oklah. Mamak, roti telur satu, roti sardin satu, teh tarik satu!” pesan Husna, tak menyempat-nyempat duduk. Kalah mengidam orang yang baru balik dari Prague gayanya.

“Oi! diet-dietlah sikit Una! Tak muat baju pengantin kau nanti kang,” marah Nawrah, ada ke bakal pengantin makan tak ingat dunia macam ini.

“Akak! Una stresslah Kak,” protes Husna lagi. Kalau kakak-kakak aku tak faham, siapa lagi nak faham.

“Mamak, roti telur dengan air suam saja untuk budak ini,” dengan penuh kuasa, Najla mengubah pesanan Husna. Nawrah tersenyum lebar.

“Huwaaa! Apa ni, Una ingatkan ada kakak dua orang, boleh lah tolong support! Ini lagi menyeksa ni!,” Husna cuba meraih simpati kakak-kakaknya.

“Grow up, dear. Awak tu dah nak jadi isteri orang. This is called tough love,” tegas saja Najla dengan adik bongsunya. Senyum Nawrah semakin lebar. Oooh, best ni Husna dah nak kena lecture dengan Kak Naja!

“Akak ni pergilah tough lovekan si Zahrain tu. Akak tak tahu, dia sombong macam bagus sangat!” Husna cuba “divert” tazkirah Najla kepada bakal suaminya.

Najla mengangkat jari telunjuknya tanda menyuruh semua orang diam. Laju saja dia memesan roti canai dan teh tarik kurang manis kepada mamak yang sudah lama tercegat di tepi meja mereka. Nawrah pula cepat-cepat memesan mee segera goreng dan Horlicks kurang manis. Khutbah dah nak mula!!

Najla menarik nafas dan memandang tepat-tepat kepada Husna. Nawrah pula menunggu dengan penuh konsentrasi. Mulut Husna sudah muncung panjang sedepa.

“Una sayang, Akak nak tanya, Una jawab terus-terang ok?” Najla bertanya lambat-lambat, Husna dan Nawrah mendengar, sedar soalan penting bakal menyusul.

“Una dah ada somebody special ke? Terkejut Husna dengan soalan Najla itu. Aik! Ke situ pula kakak aku ni. Ingatkan nak cakap pasal si Zahrain tu, Husna berasa keliru. Nawrah yang menyibuk itu pun mengerut dahi.

“Akak! Apa pula ni? Una single-mingle, solo-molo. Macam Akak tak tahu adik kakak ni,” jawab Husna dengan rasa pelik.

“Betul ni?” tanya Najla sekali lagi.

“Betullah Kak. Baik travel, dari melayan pak we.”

“Okey. Senanglah kerja Kakak kalau gitu,” sambut Najla. Senang apa pulak ni, tertanya-tanya Husna.

“Sekarang, kita fokus kepada Zahrain,” kata Najla, macam dah masuk point kedua. Husna baru saja nak membuka mulut, nak protes lagilah tu. Cepat saja terangkat jari telunjuk Najla, perintah “diam dan dengar” sudah keluar. Akur saja Husna dan Nawrah dengan perintah kakak sulung mereka.

“Fakta nombor satu, Una sendiri yang mengaku depan Puan Sri, Mama dan Zahrain yang Una terima pinangan mereka. Fakta nombor dua, Una lakukan demi Babah. Fakta nombor tiga, Babah dan Ummi seikhlasnya percaya Zahrain itu jodoh yang baik untuk Una. Fakta nombor empat, Babah dan Ummi seikhlasnya percaya keluarga Zahrain orang baik-baik. Fakta nombor lima, Babah dan Ummi tentu mahukan yang tebaik untuk Una. So….”

“Fakta nombor enam, Zahrain tu tak suka dengan Una,” mendatar saja suara Husna. Baginya, inilah fakta yang terpenting bila bercakap tentang perkahwinan yang bakal ditempuhinya.

“Itu kacang, Una..”

“Kacang, Kak Naja kata? Ini isu fundamental Kak!” sekali lagi Husna memotong cakap kakaknya.

“Dengar dulu, Una. Don’t jump the gun,” sebelah kening Najla dah terangkat, macam kening Ziana Zain. Kira amaran pertamalah tu!

“Berdasarkan fakta-fakta yang akak sebut itu, bottom line Una akan kahwin dengan Zahrain, right?” soal Najla kepada Husna. Matanya memandang tepat-tepat ke arah adiknya. Kening kanannya terangkat lagi, bagai isyarat meminta Husna menjawab. Apabila tiada jawapan yang diterima dari Husna, keningnya naik lebih tinggi.

“Yelah, yelah, right,” jawab Husna dengan suara mendatar. Nawrah pula sudah mengekeh-ngekeh ketawa, suka dia melihat Husna kena “torture” dengan Najla.

“So, kalau dah nak kahwin, nasihat Kakak, yang dah terbang beribu-ribu batu di atas permintaan Una juga, adalah….make the best of it!” selesai bercakap, Najla bersandar di kerusinya. The ball is in your court, Husna!

Lama Husna mendiamkan diri, memikir-mikirkan apa yang dikatakan oleh kakaknya. Akhirnya, dia bersuara juga, “Sebenarnya, memang kalau boleh Una nak bekerja dulu Kak. Tapi dah Babah dan Ummi maukan Una berkahwin, Una okey saja. Una pun taklah memilih sangat, Kak. Tapi macam mana nak kahwin kalau bakal suami tak nakkan kita? Dia tu tengok muka Una pun tak nak, Akak tahu?” Kesedihannya tak dapat langi dibendung.

Najla mencapai tangan kanan adiknya, digenggamnya erat-erat.

“Una, Una bijakkan? Belajar sampai dapat ijazah. Kalau otak dah bijak macam ni, takkanlah suami sendiri pun tak dapat dipikat?” lembut saja nasihat Najla untuk mengubah fikiran adiknya.

“Pikat suami? Entahlah Kak, mula-mula jumpa Zahrain tu memanglah Una macam ada jatuh hati sikit dengan dia. Dia handsome kan. Tapi dengan perangai sombongnya tu, Una tawar hatilah nak buat dia terpikat dengan Una.” dengan kakak-kakaknya, memang Husna tidak pernah berselindung.

“Tapi Una sedarkan, perkahwinan Una ni akan tetap jadi. No escaping it. Nasihat kakak berusahalah supaya perkahwinan Una ni berjaya, bahagia, berkah. Masa belajar dulu, kan Una belajar habis-habisan untuk lulus. Ini perkahwinan Una, takkan belum cuba dah nak give up?”

“Una tak cintakan dia, Kak.”

“Kakak dulu pun bukan bercinta dengan Abang Amin. Kenal dia pun tidak. Keluarga dia masuk meminang, Ummi dan Babah bersetuju, kami pun kahwin. Lepas kahwin, Kakak belajar menyintai dia. Alhamdulillah, Abang Amin suami yang baik.”

Memang betul pun, akui Husna. Kak Najla dulu semasa belajar di universiti pun bukan main ramai yang cuba memikat. Maklumlah dia memang sangat cantik. Tapi semuanya tidak dilayan dengan alasan tidak mahu buat perkara-perkara yang “merepek” sewaktu belajar. Memang Kak Najla anak mithali! Habis belajar, Abang Amin yang pernah bekerja sementara di syarikat Babah datang memohon izin dari Babah untuk menghantar keluarganya masuk meminang. Babah dan Ummi terima, and the rest is history!

“Abang Amin memang dah lama minat dengan Kakak, sebab dia tu minta keluarganya datang meminang. Zahrain pula bersetuju dalam terpaksa,” sedih saja suara Husna.

“Itulah Una, terpaksa ke, tak terpaksa ke, your marriage is happening. Apa kata Una terima ini sebagai ketentuan Allah, dah jodoh Una. Dan terima bahawa Babah dan Ummi mungkin lebih arif tentang hal ini jika dibandingkan dengan Una. Maka, tanam azam untuk jadi isteri yang terbaik supaya paling-paling tidak pun mendapat keredhaan Ilahi. Mungkin dengan keredhaan Ilahi, kebahagiaan akan datang ke dalam rumah tangga Una. Jujurnya, Una, Akak yakin Zahrain tentu akan jatuh cinta dengan Una jika dia nampak keikhlasan dan kasih Una,” bersungguh-sungguh Najla memberi nasihat kepada Husna.

Nawrah hanya mendengar dengan diam. Biarlah “pakar” yang memberi nasihat. Dia tahu kalau dia buka mulut, hasilnya meletuslah “peperangan” antara dia dan Husna. Ini bukan masanya untuk mengusik Husna, biar dia fikirkan nasihat Kak Naja masak-masak. Ketika itu jugalah mamak tiba dengan makanan yang mereka pesan. Bagus betul timing mamak ni, fikir Nawrah dengan senyuman kecil. Mereka tiga beradik makan tanpa sepatah kata. Husna masih lagi mencerna nasihat Najla. Najla dan Nawrah pula diam untuk memberi ruang untuk Husna berfikir habis-habisan.

Usai saja makan, Husna melempar senyuman kecil kepada Najla, tangan kakaknya digengam erat.

“Kak, Una mengaku Una tak yakin Una mampu memikat dia, Kak. Tapi Una akan cuba,” perlahan saja ucapnya.

“Yes, that’s my girl!” balas Naja sambil menepuk-nepuk belakang adiknya.

“Una, jia you, jia you!” kata Nawrah pula dengan meniru aksi heroin-heroin dalam drama berantai luar negara di TV, disambut dengan deraian ketawa Husna dan Najla.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

24 ulasan untuk “Novel : Projek Memikat Suami 8, 9, 10”
  1. Kathy Tuah says:

    tak sabar nak baca entri seterusnya.. hehe..

  2. Qaireena Airysha says:

    x sabonye…

  3. Qaireena Airysha says:

    wah3…

  4. kaka says:

    bez la citer ni..congrates kpada penulis hananiabdullah
    cute jew watak zahrain tu wlaupon berlagak.zara pulak macam nak sekeh2 je

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"