
Novel : Protect the boss 16, 17, 18
Oleh : ellyne alyana
Sebaik sahaja tiba di Incheon International Airport , kami terus bergegas mencari tandas. Tak tahan dengan kesejukkan yang mula mencengkam.
Hanya aku seorang sahaja yang terkial-kial memakai baju sejuk yang Hafiz beli. Bila siap pakai baju sejuk , baru aku perasan yang aku tak beli selendang. Ha ha ha! Baru nak ikut stail korea. Hu hu hu.
” Dah siap?” terkejut aku bila tengok Hafiz muncul di muka pintu tandas. Aku cepat-cepat mengangguk. Sempat lagi aku betulkan topi yang tersarung di kepala.
Aku menyaingi Hafiz yang dah macam warga korea dengan kot panjang warna hitam dan seluar bewarna khaki ikut bentuk kaki dia yang sekeping tu. Separuh muka dia terlindung dengan selendang kotak-kotak bulu biri-biri yang juga bewarna khaki. Pandainya dia bergaya. Ha ha ha! Cuci mata sekejap tak apa kan? He he he .
_________________________
Kami cepat-cepat letak beg kat dalam bilik hotel. Duduk hotel memanglah best , tapi yang tak bestnya , aku kena duduk sebilik dengan Hafiz. Puas aku dengan Hafiz memberontak , tapi papa buat dunno je. Tekanan aku. Hu hu hu.
Kami melawat banyak tempat seperti, Terusan Chonggae , Istana Kyongbuk. Singgah solat kejap kat Seoul Muslim Mosque dekat-dekat dengan jalan Itaewon. Lepas solat , kami pergi memenuhkan perut dekat kedai menjual nasi beryani. Tu je satu-satunya kedai Islam yang ada kat sepanjang jalan Itaewon ni. Err, baru tiga tempat rupa-rupanya aku rasa macam banyak sangat. Ha ha ha. Esok aku sambung jalan lagi. Tapi cuma berdua sahaja dengan Hafiz. Sebab mama kata badan dia tak berapa sihat. Mungkin sebab perubahan cuaca. Papa tetap kekal gagah dengan muka James Bondnya . Sayangnya esok papa tak dapat join juga sebab kena tinjau urusan syarikat. Sebenarnya tu lah tujuan asal papa ke sini.
Banyak-banyak tempat yang aku lawati hari ni , Aku memang terpegun gila tengok Istana Kyongbuk. Yang paling best masa aku dapat pegang Hanbok ( pakaian tradisional korea) . He he he. Tak dapat pakai , tengok pun jadilah.
” Lepas ni kita pergi Pulau Nami.” Papa senyum kat aku dan mama yang duduk di tempat penumpang dalam teksi ni. Sekali lagi , Hafiz kena lenyek dengan aku. He he he.
Sebaik sahaja tiba di Pulau Nami , aku terpegun lagi. Ha ha ha! Berapa banyak kali mahu terpegun? Hu hu hu. Terus aku menuju ke signboard besar yang bertulis dua bahasa yang aku tak faham. Ha ha ha! Aku cuma faham Welcome! Nami Island! . Orang kat sini , memang susah tahap cipan nak faham bahasa English. Kadang-kadang rasa ada hikmah juga negara kita kena jajah dengan British. Hu hu hu. Mana tak nya , kalau kita tak kena jajah dengan British , mesti kita tidak akan dapat menguasai bahasa English seperti sekarang. Ada betul? He he he.
Tiba-tiba sahaja angin kuat menyapa kedatangan kami. Menggeletar aku. Hafiz selamatlah dengan selendang bulu biri-biri dia tu. Aku ni? Aduh duh duh. Ada topi pun masih tak selamat. Ha ha ha.
Aktiviti utama kami kat Pulau Nami adalah bergambar. Ha ha ha ! Selain dari mencuci mata tengok patung-patung pelakon yang berlakon dalam drama Winter Sonata , kami sempat mencuci mata tengok pelancong-pelancong dari err, aku tak tahu , yang pastinya omputeh . Ramai-ramai datang serbu ambil gambar kat tempat kami ambil gambar. Ceh! Sibuk aje.
Pendek kata , Pulau Nami memang indah. Cantik sangat! Tapi sayang , pokok banyak togel sebab musim sejuk. He he he! Kalau musim panas mesti lagi indah. Nak datang sekali lagi boleh tak papa? Ha ha ha!
Oleh kerana dah terlalu penat , kita orang semua balik ke hotel dengan secepat mungkin. Dan yang pastinya , perkara pertama yang aku buat sebaik sahaja membuka pintu bilik adalah merampas katil yang super lembut! He he he! Hafiz takkan boleh rampas katil ni dari aku!
Dia menggeleng aje. Lantaklah! He he he. Aku buka mata sikit. Nak tengok dia tidur kat mana. Tiba-tiba dia pandang aku. Lama. Aku buat-buat tidur. Aku buka mata semula setelah tengok dia dah berjalan ke sofa dan renung sofa tu pula. He he he, sebenarnya , sofa tu dah penuh dengan barangan yang aku dan dia beli di sepanjang jalan Itaewon tadi. Takkan nak nikmati seorang je , aku kenalah juga ingat kawan-kawan aku. Ha ha ha.
Sebenarnya bukan duit aku pun , semua boss support . Aku tolong pilih aje. He he he. Pilih punya pilih , sampai dah nak dekat 5 plastik untuk aku seorang aje.Boss boleh senyum aje. He he he, terbaiklah boss!
“Arrhh! Sakai kepala akulah!” Dia menggaru-garu kepala dia. Aku dah menahan ketawa. Baru aje ketawa aku nak meletus , dia dah pandang aku. Terus aku pura-pura tidur semula.
Tiba-tiba aje aku rasa ada tangan melingkar di pinggangku. Spontan mata aku terbeliak. Aku baru nak angkat kaki aku nak tendang dia. Tiba-tiba dia tarik aku dalam pelukan. Lagi terbeliak mata aku, macam nak keluar dah bebola mata ni. Hu hu hu.
“Apa kau buat ni?!” Aku terus tendang kaki dia sekuat hati. Dia mengerang sambil ketawa. Gila!
“Kecut kau. Hi hi hi!!” Betul tak center laki aku ni. Hu hu hu.
“Blah arr!” Aku terus bangun dari katil dan berjalan keluar balkoni.
Warrgghh! Terlalu sejuk! Tapi bengang dengan Hafiz punya pasal terpaksalah aku tahan.
“Nak menyorok le tu…” Tiba-tiba aje ade suara kat belakang kepala aku. Aku terus hayunkan kepala aku kebelakang. Pukk!
“Arrggh! Aku punya nose!” Hafiz menyeringai. Aku ketawa sakan. Siapa suruh menggatal. Mulalah datang penyakit gatal dia tu. Huh!
” Sakitlah weh!” Dalam sakit Hafiz sempat tutup sliding door kat belakang dia.Mungkin tak nak suhu suam-suam kuku kat dalam bilik jadi sejuk macam kat luar ni.
“Siapa suruh menggedik?!” Aku dah malas nak duduk kat luar ni , aku terus berjalan ke pintu .
‘Krakk , krakk.’ Eh , kenapa ni?
“Hafiz! Kenapa pintu ni tak nak buka?!” Aku pula yang menyeringai. Hafiz yang masih mengurut-urut hidung dia cepat-cepat mencuba nasib untuk membuka pintu tu pula. Sah memang tak boleh!! Argh! Apa lagi selepas ni? Aku nak tidur laa.
__________________________
Sekali lagi kejadian menggeletar di luar kawasan sejuk berlaku. Aku dan Hafiz terketar-ketar memeluk tubuh. Hafiz ni cukup suka buat masalah! Tangan dia memang tak ada tuah. Kerana dia , kami dah terkunci kat luar macam ni.
“A.. aku. Perlu berkongsi haba.” Aku ‘terkezut’ . Apa hal dengan mamat ni? Otak aku dah fikir benda lain.
“Apa kau cakap ni?”
“Aku rasa kita perlu berkongsi haba. Alaa , tak apa . Dah halal dah..”
“Tengkorak kau! Jangan dekat dengan aku , aku terajang kau.”
“Alaa , janganlah macam ni . Kita perlu berkongsi haba demi masa depan yang lebih cerah!” Apa yang dia melalut ni? Masa depan? Tak hingin aku nak ada anak dengan kau. Ha ha ha!
“Kau okey ke tak ni Hafiz?”
“Mestilah aku okey. Aku gagah lagi ni. Alaa , lagipun tembok balkonikan tinggi. Tak ada sesiapa akan nampaklah , jangan risau..”
Hafiz ketawa nakal. Meremang bulu roma aku. Dia ni sakit jiwa ke? Ya Allah! Laki aku sakit jiwa! Hu hu hu.
Tiba-tiba aje Hafiz bangun menghampiri aku. Aku dah bersedia nak buat serangan balas kalau dia buat benda yang bukan-bukan. Aku pantas mengundur ke sudut balkoni.
Serentak aku sudah berada dalam pelukan dia. Aku rasa aku perlu buat serangan balas sekarang…
“Kau ni , takkan kau nak mati kesejukkan! Aku ni dah lah gentlemen , tak larat aku nak tengok seorang gadis yang lagi lemah kesejukkan macam ni.. Waah! Sekali lagi aku perlu jadi watak utama dalam kartun Ouran Highschool. Wohohoho!” Apa ke-sengal sangat laki aku ni? Aduh duh duh! Betul berotak kanak-kanak. Siapa tak kenal watak Suoh Tamaki dalam Anime Ouran Highschool Host Club? Watak yang paling sengal. Ha ha ha!
” Gentlemen ke ‘gentel’men?”
“Ohoo! Ini satu sikap yang tidak sopan terhadap tuan muda Hafiz!” Aku rasa nak muntah dengar. Kalau sesiapa kat tempat aku pasti akan menganggap Hafiz ni seorang yang gedik dan gatal. Double G ! . Ha ha ha!
“Tapi , kau tak rasa ke sekarang ni adalah masa yang amat sesuai untuk berkongsi haba?” Aku terus siku perut Hafiz yang dah jadi kerusi aku. Waah , selesa betullah duduk kat atas pangku dia yang tak ada isi ni. Ha ha ha! Tulang je lebih.
“Cubalah kalau berani.” Aku mencabar dia. Dia ketawa.
“Okey.” Berderau darah bila dia beri persetujuan. Aku baru nak memprotes kepala dia dah ada kat bahu aku. Daripada rasa nak bunuh orang tadi , terus rasa nak tengok muka si Hafiz ni lama-lama. Ha ha ha! Angin gatal lagi.
“Aku mengantuk. Tidurlah , esok mesti papa dapat jumpa kita punya okey?” Aku terbisu tiba-tiba. Sah! Laki aku memang ada penyakit spilt personality. Kadang-kadang jadi baik , kadang-kadang jadi jahat. Mana satu sebenarnya diri dia yang sebenarnya? Aku menyandar di dada Hafiz dan terus memejamkan mata. Hafiz menumpang bahu aku untuk meletakkan kepalanya.
*******
‘Tuk , tuk , tuk.’ Aku terdengar pintu diketuk. Perlahan-lahan aku membuka mata yang kelat.
“Papa.. Thank goodness !” Aku tersenyum tengok papa yang tengah buka pintu untuk kami. Aku baru aje nak bangun , tapi si gemuk ni belum bangun tidur pula. Penat sangatlah kot. Maklumlah , semalam suara dia aje yang nak conquer telinga aku ni. Ni mesti penat jalan campur penat jerit campur penat risau. Ha ha ha! Seronok betul kenakan dia semalam.
“Apa yang kamu buat kat luar berdua-duaan macam ni? Papa rasa kamu masih lagi bergaduh.. Tapi semalam.. ada jadi apa-apa ke..? Hafiz , you better tell me the truth . Siap duduk berpangku-pangku macam ni.. Wahh.. So sweet.”Aku rasa nada suara papa lebih kepada menyindir. Ha ha ha!
“Papa , janganlah fikir yang bukan-bukan di pagi yang hening lagi indah campur kesejukkan yang penuh lemak berkrim ni. Kita orang terperangkaplah kat luar ni. Jadi kita orang terpaksalah berkongsi haba macam ni. Kalau tak , memang dah.. ‘ arwah banyak berjasa’ dah kami ni.” Papa ketawa perlahan. Tak nak kejutkan Fif. Aku menggeleng-geleng.
” Waktu breakfast dah lepas , jadi kalau kau orang lapar , tu hah , mama kamu dah letak dapur mini dengan maggi depan pintu kamu tu hah. Periuk dengan sudu dua batang aje ade. Pandai-pandailah kamu nak hidup. Papa ingat , papa nak ajak kamu tinjau-tinjau syarikat. Tiba-tiba tengok kamu berdua tengah berasmaradana kat sini. Tak nak kacau line. He he he. Ingat.. perjanjian kita… Zuriat.. Muahaha!” Papa sudah buat muka James Bond dia sambil gelak jahat. Ha ha ha! Aku daripada nak mengeluh jadi nak ketawa tiba-tiba.
” Ye la. Ye la. Baik papa pergi cepat. Nanti , nanti mama macam mana? Kata tak sihat semalam?” Aku terus membayangkan wajah mama yang pucat semalam. Dalam sakit boleh lagi dia join Fif membeli-belah sesuka hati.
“Mama kamu dah okey dah , dia tengah mekap , papa ajak dia tinjau-tinjau syarikat.” Papa ni asalkan boleh aje. Ha ha ha!
” Ye la.”
“Dahlah , papa gerak dulu. Jangan lupa sarapan dulu kalau nak keluar. Kat sini bukan senang nak cari makanan halal. Kedai nasi beryani tu je lah satu .Yang kat jalan Itaewon tu.” Aku angguk-angguk tanda setuju. Papa terus keluar dari bilik. Aku rasa kaki aku dah kebas dah ni. Yang si Fif ni , tak sedar-sedar ke dah pagi?
“Fif , Fif , bangun. Dah pagi..” Cubaan pertama , tiada reaksi. Aku cuba sekali lagi.
“Fif , oh Fif , bangun weh. Dah pagilah derr..” Tak berjaya juga.
“Fif! Bangun ! Dah pagi weh! Subuh dah terlepas dah.” Aku rasa lepas dia terdengar subuh terlepas , terus tegak kepala dia. Hah. Bangun pun.Alhamdulillah , masih bernyawa. Muahaha!
” Apa? Subuh dah habis?!!” Terus dia bangun masuk ke dalam bilik meninggalkan aku yang terkial-kial nak bangun kerana kaki yang kebas. Adeh deh deh.
“Weh , tolonglah aku ni.” Aku sedikit terjerit. Fif berundur setapak sambil pandang aku . Lama. Tiba-tiba dia tepuk kepala dia. Ha ha ha! Nampak sangat loading! Lepas dia tepuk kepala dia baru dia bangunkan aku.
“Terima kasih.” Aku jalan terhincut-hincut ke dalam rumah. Aku tengok Fif dah menghilang. Alih –alih dengar bunyi pancuran dari dalam bilik air aje. Semalam masing-masing tak membersihkan diri lepas balik dari mencuci mata. Masing-masing sibuk nak rehat. Last last tak dapat jugak tidur kat atas katil. Yang paling tak seronoknya , aku pula yang jadi katil. Hu hu hu.
________________________________
Lepas aje makan maggi 3 paket , kami meneruskan lagi pengembaraan kami. Eceh! Pengembaraan. Aku tak kisah , sebab semua perbelanjaan under Hafiz. He he he. Asal aku tertengok muka dia, aku teringat pelbagai kejadian bermula dari detik selepas aku mengucapkan ‘ ceraikan aku.’
Sebenarnya , dah lama aku ingin meminta benda yang satu tu. Entah kenapa , ada sesuatu yang sentiasa membatalkan niat aku ketika ingin bercakap mengenai itu. Pengaruh mimpi yang datang sebelum aku bernikah tempoh hari juga menjadi faktor penting. Lelaki yang datang dalam mimpiku itu ada parut sepanjang dua sentimeter di bawah lengan. Banyak kali aku mencuba skodeng lengan Hafiz . Selalu tak jadi! Asyik kantoi aje dengan Hafiz! Hu hu hu.
“Cepatlah!” Hafiz menolak lembut bahu aku yang sedang terpinga-pinga di hadapan teksi. Ha ha ha! Aduh! Boleh berangan kat sini?
“Take us to Myeongdong .. Err.. Myeongdong please .” Hafiz seolah-olah sedang mengingati sesuatu. Lupalah tu mana dia nak pergi.
“Ouhh! Myeongdong? Araso ( Saya faham).” Aku yakin , pakcik teksi ni cuma faham Myeongdong aje. Ha ha ha! Sia –sia aje Hafiz mengkaji tempat-tempat pelancongan yang selalu dilawati pelancong di Korea ni sebentar tadi. Ha ha ha! Akhirnya dia lupa juga apa yang dia cuba ingat tadi.
“Lepas kita pergi Myeongdong , kita pergi Lotte Theme Park nak? Nak? Aku nak tengok kau menangis naik roller coaster . He he he!” Aku mencebik. Ceh , jom tengok , siapa yang nangis kejap lagi.
“Aku tak ada masalah. Jom. Tapi Myeongdong ada apa aje?” Aku tanya dia. Dia mengangkat bahu. Sengal , nampak sangat dia main pilih aje tempat apa yang dia nampak kat atas peta mini tadi. Peta yang disonglap dari hotel. He he he.
“Entahlah , ada banyak kedailah kot , macam jalan Itaewon. Ingat kau seorang aje boleh shopping? Aku pun nak shopping jugak. Alang-alang esok dah nak balik , kenalah puaskan hati hari ni dulu.” Aku tak menjawab. Aku sibuk lihat permandangan dari atas jambatan. Ni mesti sungai Han . Kalau lalu malam –malam mesti cantik. Sebenarnya , aku ni rajin tengok berita. Tempoh hari masa tahun cuti-cuti di Korea , banyak kali jugaklah dia orang tayang keindahan sungai Han pada waktu malam. Naik bengkek aku. Balik-balik korea. Balik –balik korea. Ha ha ha!
Sampai aje di Myeongdong , kami disapa dengan orang ramai yang membanjiri tempat yang bernama Myeongdong ni. Kata Hafiz , sini kota fesyen . Sebut sahaja , baju seperti mana yang kita nak . Mesti ada. Lagi satu , kat sini harganya taklah semahal mana. Kira berpatutan. Aik? Kata tak tahu apa-apa. Nampak sangat tipu.
Banyak mata-mata yang memandang aku yang bertocang satu ni. Topi semalam setia kat tangan. Kalau turun salji , ke apa ke senang. He he he!
“Mana topi yang kau pakai semalam tu?” Hafiz tiba-tiba aje tanya. Aku mengangkat topi tu . Dia mengambil topi tu seraya membuka selendang semalam yang terlilit di lehernya. Topi tu disarung kepalanya.
Selendang dia punya dia lilit kat leher aku sampai tutup hidung dengan mulut aku. Aduh , lembutnya selendang bulu kambing biri-biri ni.
Memang nyaman. Sebab cuaca sekarang ni dah mencecah -2 darjah celcius! Memang boleh beku kalau tak pakai baju sejuk.
Aku macam dapat agak aje kenapa dia ambil topi aku . Ni mesti sebab dia tak nak mamat mamat korea ni semua pandang aku kan…? He he he! Perasan lebihkan aku ni?
*******
Masing-masing buat muka bengkek bila dah ada kat airport kecuali boss yang dah membuat makanisma yang bernama tahi mata. Hu hu hu. Aku dan Hafiz pula , dari tadi sibuk main angry bird dari dalam telefon android dia. Balik-balik aku kalah. Ni semua idea papa , nak datang awal-awal kat sini sebab takut sesak konon-kononnya.
Mama aje yang sedang syok makan aiskrim yang bersalut wafer . Sejuk-sejuk macam ni , mama boleh lagi makan aiskrim. Aku salute lah. He he he.
” Bila kita nak kena gerak ni?” Aku tanya Hafiz. Hafiz mengangkat bahu.
“Entah. Papa kata dalam pukul 11 pagi baru gerak. Hurrmm , ada lagi 1 jam.” Terus aku mengeluh kuat. Hafiz tersengih.
“Aku pun nak join papa tidur laa.” Tiba-tiba aje Hafiz tarik telefon dia yang super canggih tu dari tangan aku.
“Lah , nak main kejap pun tak boleh. ‘Kedek!’” Aku mengejek dia . Dia tersengih.
“Aku punya , mestilah kena kedek sikit.” Aku mencebik seraya memanjangkan leher memerhati manusia-manusia yang bersesak-sesak nak masuk ke dalam balai berlepas. Setelah bosan , aku pandang Hafiz yang dah pun lena bersama iPhone di tangan. Perlahan-lahan aku mencilok iPhone dia. He he he! Aku bosan!
Nak ikutkan , aku baru aje nak berbual dengan mama , tapi bila aku pusing aje . Mama dah pun tidur juga. Aduh! Aku ni pun satu , mata ni bukan nak mengantuk! Hu hu hu.
Aku tergamam sebaik sahaja melihat wallpaper yang Hafiz gunakan . Seorang gadis cantik bermata menawan ala-ala artis inggeris . Rambut berwarna. Ni mesti mandi bawah air karat ni. Hu hu hu.
Aku ralat tengok gambar perempuan cantik tu. Aku rasa ni mesti Melinda. Ada satu rasa aneh bercambah tanpaku sempat menghalang. Aku pergi ke inbox dia pula. Aku membaca semua mesej-mesej Hafiz dan dia. Sumpah boleh muntah! Ha ha ha!
” Apa kau buat ni?!” Hafiz terus rampas balik telefon bimbit dia. Aku terkejut yang teramat. Aku hanya mampu memandang wajah Hafiz yang tegang. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan. Terus aku bangun dan mencari tandas.
“Fif. Kau nak pergi mana tu?” Suara dia menusuk ke lubang telinga aku. Aku hanya diam dan terus berjalan.
Lama aku memandang cermin mencari apa makna semua yang berlaku kebelakangan ini . Sejak akhir-akhir ni , aku sering marah dan sedikit cemburu dengan siapa sahaja Hafiz bergaul. Sikit aje okey? Tak banyak. Masih belum kronik kan?
” You are nuts Fif. Kau kena cepat-cepat sedarkan diri kau siapa. Jangan nak perasan yang kau setaraf dengan mereka. Uruskan perkara ni cepat-cepat Fif . Mulakan hidup baru.” Aku bermonolog sambil melihat cermin yang memantulkan wajah sedihku.
“Fif? Fif?” Aku terdengar suara mamat tu dari dalam ni. Mesti dia di depan tandas. Aku buat tak tahu aje. Aku tak de kekuatan nak tengok muka dia sekarang ni. Mesti dia dapat kesan yang aku sedang bersedih.
“Weh , keluarlah.” Dia panggil lagi. Aku mengeluh .Tiba-tiba ,bagaikan terkena tembakan tepat di kepalaku. Aku mengerang perlahan. Gelombang itu lagi. Aku betul –betul kena buat medical check up balik nanti ni.
Aku memaut sinki supaya tidak terjatuh. Menggigil –gigil bibir aku menahan sakit. Dalam kepayahan , aku kuatkan juga kaki ini untuk berjalan . Aku tak dapat nak tegur Hafiz yang setia menanti di hadapan pintu tandas. Aku cuma mampu untuk membuat wajah biasa-biasa aje.
Hafiz buat muka tak puas hati bila aku tak layan pertanyaan dia. Melepaslah aku nak sakitkan hati dia. Aduh.
“Kenapa bibir kau pucat?”
“Kenapa kau jalan macam orang mabuk?”
“Kenapa kau tak pandang aku masa keluar tadi?”
“Kenapa? Kau cemburu dengan Mel ke?” Tak kuasa aku nak menjawab semua soalan kau Hafiz oii , kepala tengah sakit macam ni. Panadol pula aku tak bawa! Memang masaklah aku.
“Oi oi. Jawablah aku tanya. Buat angin gedik pulak.” Aku diam lagi. Hafiz ni , cubalah kau berputus asa dari mengasak aku untuk bercakap? Aku tengah sakit ni , angin lain macam sikit. Ada yang kena tempelak ni kang. Baik aku mendiamkan diri aje. Hu hu hu. Laki aku tu , takkan aku nak tempelak kan? Ceh! Sejak bila aku mengaku dia laki aku ni?
______________________
Sepanjang penerbangan yang mengambil masa dua jam itu , aku tengok Fif dah macam cipan dah. Pusing sana , pusing sini. Kejap-kejap bangun pergi tandas lama-lama , baru keluar. Naik risau aku . Dia ni apasal? Masa nak pergi hari itu , nampak cool aje. Hari ni pula macam orang makan cuka muka dia.
” Kau ni apasal Fif?” Aku tanya dia. Dia tak jawab lagi. Ceh! Aku kiss baru tahu nak bersuara agaknya. He he he , patutkah aku..? Hafiz! Control yourself! Aku memarahi diriku.
” Fif , kamu okey ke tak ni?” Papa pulak yang tanya. Fif senyum sikit sambil angguk. Betul kejam , aku tanya angguk tak , menjawab jauh sebatu!
Mama melekapkan tangannya di dahi Fif. Berkerut muka mama.
“Fif , kamu demam ke?” Mama tanya Fif , aku yang sedang menolak troli ni cepat-cepat menarik tangan Fif. Sejuk! Betullah ni demam. Aku tak berani nak pegang kepala dia pulak. Dibuatnya dia marah ke , meroyan ke? Sia –sia aje aku patah pinggang di petang yang tak berapa nak indah ni.
“Tak adalah mama , biasalah tu . Perubahan cuaca kut.” Wah , panjangnya ! Dengan aku? Satu butir huruf pun tak terluah . Betul kejam.
Lepas mama nasihatkan dia makan ubat nanti. Dia cuma mengangguk aje.
Kami menunggu Hanan menjemput kami di lapangan terbang di ruangan menunggu. Ala , yang ada kerusi banyak-banyak tuu. He he he.
“Ma , Fif nak pergi cari panadol boleh tak? Sementara kita menunggu ni?” Aku terus memandang Fif. Hurrm , dia demam ke , dia sakit kepala ni?
“Pergilah. Fiz , temankan isteri kamu ni.” Mama menolak aku. Aku dan papa berpandangan. Papa pun sama , dia juga mengarahkan aku untuk pergi menemani Fif. Sebenarnya , kalau mereka tak suruh pun aku akan temankan dia. Aku tak sedap hati pula nak biarkan dia seorang diri. Nanti jadi apa-apa susah aku. He he he.
Aku ikut dia dari belakang. Biarkan dia jalan dulu. Nanti dia marah aku pula jalan dekat-dekat dengan dia.Sakit betul hati aku. Ha ha ha!
Tiba-tiba telefonku menjerit minta diangkat. Aku pantas menekan punat maya di skrin telefon bimbit yang dari tadi memangku pegang. Rasa bersalah pula bila aku marah Fif sebab ambil telefon ni sesuka jiwa dia aje. Aku tak sepatutnya marah dia kan?
“Hello , Hafiz speaking. Siapa ni?”
“Fiz , kau tak ingat aku lagi ke?” Suara dihujung talian tu berjaya membuat mataku terbeliak!
” Jap , jap . Ni Emil kan? Muhammad Emil Azhar bin Dato’ Shahril?! Betul tak?!” Aku dah mula excited. Kawan lama tu! He he he.
” Alhamdulillah kau tak lupa aku. Ingatkan kau dah lupa. Maklumlah , sejak aku pergi jadi NGO ni , kau bukan nak skype ke , calling calling ke. Penat aku tunggu ‘awek’ aku sorang ni.” Aku ketawa besar.
“Macam mana aku nak call . Kau kerja pun kat Somalia. Bengkek aku nak contact kau. Lain kali pergilah tempat yang tak berapa nak terpencil.”
“Elleh! Lu cakap manyak lah! Aku tak kira , esok jangan lupa datang rumah aku. Ada kenduri sikit. Aku nak sunat.” Serentak tawa kami bergabung.
“Ha ha ha , banyaklah kau. Apahal nak kena datang pulak ni?” Aku tanya dia balik.
“Kan aku baru balik ni , jadi parent kesayangan aku terasa sangat-sangat bersyukur . Jadi dia orang buatlah kenduri yang bernama kesyukuran untuk aku. Ngek lah kau ni! belajar sampai UK pun otak boleh loading.” Aku angguk-angguk. Owh , baru faham. Baru sahaja aku nak menyambung perbualan . Aku tengok Fif dan berhenti jalan. Sikit je lagi aku nak terlanggar dia. Aku tengok kiri kanan , kedai kat depan sana. Kenapa dia berhenti?
” Fiz.” Fif panggil aku sambil berpaling ke belakang. Pucat lesi muka dia. Aku dah mula risau.
“Emil , kita sambung balik kejap lagi.” Aku terus mematikan talian.
“Kenapa ni?” Aku tanya dia sambil goncang bahu dia. Dah mamai semacam. Tangan dahlah sejuk gila. Orang ramai pula bersesak-sesak kat sini.
“Aku dah tak larat..” Sejurus dia menghabiskan ayat dia. Dia terus jatuh pengsan. Terkejut beruk aku. Nasib baik sempat sambar dia. Dup dap dup dap. Hati aku dah mula main drum dah.
“Fif! Hei , janganlah takutkan aku. Bangunlah.” Orang keliling semua dah berhenti mengerumuni kami. Aku dah tak ada alternative lain , cepat-cepat aku kendong tubuh kecil Fif .
Papa dan mama nyata terkejut melihat Fif yang dah lembik tak bermaya dalam dakapanku. Aku terus minta diri pulang dahulu.Kalau nak tunggu Hanan , memang lagi kroniklah keadaan Fif.
” Terus beri dia rehat bila sampai rumah nanti. Tuam sikit kepala dia. Panas!” Mama sempat beri nasihat kat aku yang dah terkocoh-kocoh mencari teksi ni. Depan airport ni , teksi memang banyak. Pilih aje yang mana satu. Untuk keselesaan Fif , aku memilih sebuah limo.
Dalam kereta , Fif sempat lagi meracau. Aku tak tahu apa yang dia lalui sepanjang hidup dia selama ni. Yang aku tahu , hidup dia tidaklah seindah hidup aku. Aku lahir-lahir aje , terus lari dalam dulang emas. Ha ha ha! ‘ Gilak’ nampak sangat tipu.
Tangan aku tak boleh berhenti dari mengusap pipi Fif. Dia taklah seteruk mana. Walaupun dia ni macam lelaki , tetapi aku tahu, dalam hati dia ni ada wonderland he he he. Bila tengok dekat-dekat macam ni , nampak comel pulak.













wahhh bes yerw…novel nie smua nma tmpt yg famous-2 smua penah saye pegi…hurmmm…kat mna erk nk beli novel cam ni kat korea x der la novel korea ade la.
tajuk cerita ni macam tajuk cerita korea pulak, memang sama tajuknya iaitu protect the boss
best citer ni

tahniah ye, writter
yup …tp protec the bos 2 diorg tak kawin agi.tp yg pastinya cite ni memang best sgt.cite ni dah di book kan belum?kalau dah beritahu lah kat mana nak li buku ni.
best sngt…..cpt la smbng lg…
kenapa lambat sangat nak update ? Tak sabar dah ni . Penulisan2u , updatekan cepat2 ya ? anyway , good job writer ! jalan cerita yang semakin menarik .