Novel : Satu Rasa Cinta 30

23 February 2012  
Kategori: Novel

1,622 bacaan 4 ulasan

Oleh : ain naziqah

BAB 30

Debaran yang dirasakannya tiada siapa yang tahu. Hingga ke saat ini, dia masih teringat pada Hyemi. Sepertinya masih ada sisa cinta untuk gadis itu. Padahal hari ini dia akan menikahi sahabat baik Hyemi. Telah dia kuburkan cinta itu semasa dia menerima Alia dalam hidupnya tapi kubur itu masih tidak bertanda kerana Hyemi tidak lagi dia lupakan sepenuhnya. Setiap kali dia bertemu Alia, ada rasa bersalah di hati kerana gadis itu ikhlas padanya tapi Hyemi juga yang dikenangkan saban hari. Bagaimanalah perjalanan hidupnya selepas ini bersama Alia. Alia sudah tentu akan kecewa jika mengetahui yang hati dia masih ada Hyemi.

“ Shah fikir apa tu? Termenung je dari tadi..” Tegur Dato’ Azman. Pelik dia melihat anakmya itu hanya mendiamkan diri sejak daripada rumah tadi.

“ Tak ada apa-apalah pa..” Shahrul menoleh sekilas pada Dato’ Azman dan kembali merenung jauh ke jalan raya yang disusuri oleh pelbagai jenis kenderaan.

“ Shah berdebar nak lafaz nikah nanti ye?” Teka Dato’ Azman bersama senyuman yang penuh makna. Dalam kereta itu hanya ada mereka berdua saja. Kalau ada Amanda dengan mamanya conform makin hangat dia diusik dan digasak dengan pelbagai usikan. Mujur mereka berada di rumah Alia sejak awal pagi tadi. Katanya mahu membantu apa yang patut. Untung juga tiada saudara maranya yang lain menumpang keretanya. Masing-masing memandu kereta sendiri.

“ Nope.” Sepatah saja balasan Shahrul. Bertambah runsing Dato’ Azman dengan anak bujangnya yang bakal jadi suami orang itu.

“ Habis tue? Talk to me.” Terdengar keluhan lewat pengucapan Dato’ Azman. Nampaknya Shahrul seperti ada masalah. Sesekali Dato’ Azman menjeling melihat reaksi Shahrul.

“ Entahlah papa… Shahrul pun tak tahu nak cakap macam mana.” Shahrul membuka songkok yang tersemat di kepalanya. Masalahnya rasa lebih berat dengan adanya songkok di kepala.

“ Apa sebenarnya yang mengganggu fikiran Shahrul?” Dato’ Azman bertanya lagi. Biar Shahrul luahkan semua sekrang. Jadi parah jika masalah itu merosakkan ketenangan anaknya sewaktu melafazkan nikah nanti. Boleh batal majlis itu nanti. Astaghfirullahhallazim… Mintak dijauhkanlah. Doa Dato’ Azman.

“ Papa janji tak boleh bagitau siapa-siapa even mama dengan Amy pasal apa yang Shah cakap kat papa.” Shahrul berkompromi. Dato’ Azman berkerut tapi mengangguk jua. Shahrul menyisir rambut dengan jari-jemarinya sebelum memulakan cerita sambil menarik nafas sedalam yang mungkin.

“ Actually pa… Shah still can’t forget Hyemi.” Shahrul memulakan bicara.

“ What do you mean son?” Soal Dato’ Azman tidak mengerti.

“ I still love Hyemi.”

“ Alia?” Dato’ Azman pantas menyebut nama bakal menantunya. Jika Shahrul masih menyintai Hyemi, apakah pula perasaannya untuk Alia? Dato’ Azman berteka-teki.

“ That’s the problem. Shah sendiri tak tahu nak tafsirkan macam mana perasaan Shah kat dia.” Shahrul berbicara penuh emosi. Dato’ Azman memandang anaknya untuk beberapa saat sebelum menumpukan semula pemanduannya.

“ Shah cakap betul-betul dengan papa. Kenapa Shah terima Alia kalau Shah masih cintakan Hyemi? Shah tau tak Shah bakal lukakan hati Alia.” Serius Dato’ Azman menyoal siasat Shahrul. Shahrul sendiri bingung. Tak tahu kenapa dia menerima Alia waktu gadis itu melafazkan yang gadis itu mencintai dirinya. Yang penting dia rasa kasihan dan tidak sampai hati menolak Alia kerana kesungguhan yang dipamerkan gadis itu padanya. Rupanya Alia juga sudah lama menyintainya sejak di Nilai dulu. Disebabkan ingin menjaga tali persahabatan, dia memilih untuk memendam perasaan yang suci itu. Sementelah waktu itu dia kecewa kerana Hyemi menolaknya untuk kedua kalinya dan tanpa berfikir panjang dia langsung menyambut huluran cinta Alia. Fikirnya mungkin lama-lama nanti hatinya akan terbuka untuk Alia malangnya dugaannya meleset. Hyemi masih utuh menduduki tempat istimewa di hatinya.

“ Ada apa kau nak jumpa aku ni?” Shahrul mengambil tempat disisi Alia. Malam tadi Alia menghubunginya meminta untuk bertemu. Ada sesuatu yang penting katanya.

“ Sorrylah kalau aku mengganggu kau.” Pinta Alia. Tak sedap hati pula bila petang-petang macam ni dia mengajak Shahrul untuk berjumpa. Tetapi Alia tiada pilihan lain. Dia perlu beritahu Shahrul. Tidak mahu untuk menyimpan untuk jangka masa yang lebih lama lagi.

“ Tak adalah. Lagipun kau ajak aku jumpa kat tasik. Tenang je.” Alia hanya mengukir senyuman pahit dengan kata-kata Shahrul itu.

“ Aku sebenarnya ada sesuatu yang aku nak bagitau kau.” Alia memecah sunyi. Rasa ingin tahu Shahrul menggunung tinggi. Dpat dikesan dalam nada Alia yang perkara itu serius.

“ Apa dia? Cakaplah.” Shahrul member laluan.

“ Tapi sebelum tu aku nak mintak maaf kalau apa yang aku cakap nanti buat tambah beban kau je.” Perlahan Alia menyusun bicara. Pelik dipendengaran Shahrul.

“ Kenapa pulak kau cakap macam tu?” Soal Shahrul.

“ Yelah aku tau Hyemi tolak kau lagi semalam kan.”

“ Ala benda kecik jelah tu. Aku ok jelah. Cakaplah apa yang kau nak bagitau aku.” Shahrul menyembunyikan rasa hatinya yang sebenarnya sedang lara.

“ Aku… Aku sebenarnya…” Tergagap-gagap Alia membikin Shahrul bertambah rasa ingin tahunya.

“ Sebenarnya apa Alia…”

“ Aku cintakan kau.” Tersentap Shahrul mendengarnya. Rasa tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Alia yang sudah menduga reaksi Shahrul itu, menunduk. Sekian lama diperam apa yang dirasanya itu, terluah juga akhirnya. Selang beberapa saat terdengar tawa Shahrul. Kedengaran dibuat-buat tawanya. Alia memandag Shahrul.

“ Kau ni bergurau apa ni..?”

“ Aku faham kalau kau tak boleh nak terima aku. Aku tau hati kau hanya untuk Hyemi. Aku Cuma nak bagitau perasaan aku je. Aku tak boleh nak simpan lama-lama lagi.” Alia serius. Sedih dia bila melihat Shahrul yang tidak percaya dengannya. Untuk apalah dia main-main dalam soal hati dan perasaan. Soal itu bukanlah bahan gurauan. Shahrul merenung mencari kebenaran dari riak Alia.

“ Kenapa baru sekarang nak bagitau?” Tanya Shahrul.

“ Sebab aku tak nak rosakkan persahabatan kita. Lagipun aku tau kau takkan nak terima aku. Kau sayang sangat kat Hyemi kan.” Alia menala pandangan pada tasik di depan mata.

“ Tapi dia tak.” Sayu Shahrul berkata-kata.

“ Hyemi sayangkan Reza. Walaupun dah tiga tahun Reza pergi luar Negara.” Shahrul sengih saja. Pilu hatinya bila Hyemi sudah dua kali menolaknya. Sepi. Alia dan Shahrul masing-masing dalam dunia sendiri.

“ Aku tak harap kau terima aku Shahrul. Sekadar kau tahu perasaan aku, dah cukup buat aku. Maaf kalau aku buat kau tak selesa.” Alia menguntum senyuman kecil. Cukup untuk menyorokkan kesedihan dalam dirinya.

“ Bagi aku masa untuk fikir Alia.” Minta Shahrul. Alia mengeluh.

“ Tak payah fikir pasal ni Shahrul. Lupakan je apa yang aku cakap. Aku tak nak tambah masalah kau lagi. Tak ada maknanya perasaan aku ni.” Ada irama kecewa pada suara Alia. Kasihan Shahrul pada Alia.

“ Ada maknanya Alia. Bagi aku seminggu. Kita jumpa kat sini lagi.” Putus Shahrul seraya dia bangun untuk berlalu pergi. Alia menghantar melalui lewat ekor matanya yang sayu. Dalam hatinya berharap dirinya di terima namun berserah dan menerima dengan Redha andai Shahrul menolaknya kerana Hyemi.

“ Shah… I’m waiting for your answer.” Lamunan Shahrul terhenti bila ditegur papanya.

“ Shah kesiankan dia…” Shahrul memberi jawapan yang pasti. Dato’ Azman mengeluh dengan jawapan ringkas dan padat itu.

“ Jadi Shahrul selama ini terima Alia just untuk lupakan Hyemi. Macam tu?”

“ Bukanlah pa…”

“ Atau Shah Cuma nak ubat kecewa Shah? Tak pun nak hilangkan sunyi?” Berdas-das soalan ditembak kepada Shahrul. Pusing Shahrul untuk mencari jawapan yang terbaik dan penjelasan yang kukuh untuk menghapus semua anggapan tidak benar yang papanya lemparkan.

“ Tak.. semua bukan pa…”

“ Then? Ingat Shah… tak baik Shah mainkan perasaan Alia. Papa tengok dia tu baik orangnya.” Sejak pertama kali bertemu Alia, Dato’ Azman menilai semua sifat-sfat dan sikap yang ada pada diri Alia. Yelah siapa tak nak menantu yang baik kan… Mula-mula dulu, Dato’ Azman juga mahu Hyemi yang menjadi menantunya, namun dia akur bila Shahrul memutuskan mahu berkongsi hidup bersama Alia. Lantas dia menilik gadis itu dan apa yang dapat dia lihat, gadis itu memenuhi syarat sebagai menantu. Walaupun banyak kelebihan Hyemi daripadanya, bagi Dato’ Azman andai Alia mampu menjaga dan membahagiakan hidup Shahrul, itu sudah mencukupi.

“ Memang dia baik pa.. Shah akui tu.. Tapi Shah tak boleh nak paksa hati Shah untuk terima dia. Shah terima dia sebab Shah tak sampai hati nak tolak. Shah nampak yang dia betul-betul sayangkan Shah.” Dalam pada dia memuntahkan isi hatinya, terbit rasa bersalah dalam dirinya. Mengapa waktu ini jugalah perasaan ini muncul. Nak-nak pula kurang daripada satu jam lagi dia akan menikahi Alia. Membatalkan majlis itu tidak akan pernah sekali-kali dia lakukan.

“ Shah… Walau macam mana sekalipun dia sayangkan Shah, Shah tak boleh terima dia atas dasar kasiahan je Shah.. Tak adil Shah buat dia macam tu. Boleh tak Shah bayangkan macam mana perasaan dia kalau dia tahu Shah tak ikhlas nak terima dia. Mesti dia sedih Shah.” Panjang Dato’ Azman menasihati anaknya. Tindakan Shahrul itu baginya tidak boleh diterima. Kasihan tidak akan dapat membawa kebahagiaan kepada pasangan. Kelak boleh meruntuhkan hubungan. Kenapalah Shahrul tidak berfikir panjang mengenai hal yang serius seperti ini.

“ Shah tau pa.. Shah bingung tak tau nak buat apa yang patut Shah buat sekarang.” Shahrul meraup wajahnya. Kesal dengan perbuatannya sendiri. Hati Alia tidak layak di sakiti.

“ Tak ada apa yang Shah boleh buat sekarang ni. Nak patah balik pun tak boleh. Sekejap lagi Shah nak menikah dengan dia. Apa-apa pun Shah kena terima dia.” Dato’ Azman menepuk-nepuk bahu Shahrul. Cuba memberi kekuatan.

“ Jalan itu jelah yang Shah nampak pa…” Shahrul menyemat semula songkok di kepalanya memandangkan mereka hampir ke destinasi.

“ Shah kena kuat. Papa yakin Alia jodoh yang dah tertulis untuk Shahrul. Mulai detik ni Shah kena lupakan Hyemi. Ye?” Dato’ Azman memberhentikan keretanya. Wajah Shahrul ditenung. Shahrul menarik senyum seraya mengangguk.

“ I’ll try my best. Thanks pa. Lega sikit Shah rasa sekarang ni. Shah cuba jadi suami yang terbaik untuk Alia. Shah takkan kecewakan dia.” Jamin Shahrul. Hyemi perlu dilupuskan agar hati Alia tidak terluka nanti. Dato’ Azman menggenggam erat jemari anaknya. Dia yakin Shahrul mampu melakukan sedemikian.
Dengan sekali lafaz, Alia sah menjadi milik Shahrul. Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana majlis berjalan dengan lancer dan akhirnya dua hati kini menjadi satu. Air mata kegembiraan dan kesyukuran mengalir di pipin Alia. Hyemi dan Julia yang disisi turut sama berkongsi rasa. Untuk makluman, Julia juga sudah bernikah dan sudah punya dua cahaya mata. Selepas saja tamat pengajian, Julia bekerja untuk beberapa bulan sebelum membina masjid. Tinggal Hyemi saja yang masih membujang hingga ke saat ini. Padahal umur sudah hampir menjejak ke angka tiga puluh.

“ Kau Hyemi bila lagi?” Soal Julia ingin mengusik temannya yang satu itu. Hyemi menjungkit bahu. Mereka berborak di ruang tamu setelah menjamu selera. Alia dan Shahrul turut menyertai mereka. Tidak lupa si manja Amanda yang sibuk ingin tumpang sekaki.

“ Entahlah. Belum sampai seru.” Jawab Hyemi. Soalan sebegini rupa memang lah dia tidak suka mendengarnya apatah lagi menjawab. Namun dia tidak menafikan yang sesekali keinginan untuk punya keluarga sendiri menyapa hatinya. Cuma tiada lelaki yhang bisa membuka hatinya.

“ Eleh.. alasan. Ingat sikit Hyemi umur kau tu dah hampir senja…” Kias Julia mencuit hati semua yang ada. Hyemi buat-buat tidak tahu.

“ Betul tu Hyemi. Nanti memilih sangat sampai dah lewat malam umur tu nanti tak kahwin-kahwin jugaklah jawabnya.” Alia menambah perisa pada jenaka Julia secara tidak lansung menghangatkan suasana. Shahrul merenung Hyemi. Senyuman dan tawanya masih segar diingatan Shahrul. Aset yang ada pada Hyemi itulah yang memikat Shahrul.

“ Apalagi kak Hyemi cepat-cepatlah cari calon. Jangan dah midnight baru nak cari. Rugi, rugi…” Tambah Amanda. Tawa mereka bersatu lagi.

“ Korang jangan risaulah… Tunggu jelah kad sampai rumah ye…” Hyemi mahu menamatkan topic bekaitan dirinya. Sepatutnya Shahrul dan Alia ynag diusik tapi terbalik pula. Ada ke patut dia dijadikan bahan. Teruk sangat ke kahwin lambat. Dah ada kerut-kerut ke kat muka aku nie. Gerutu Hyemi dalam hati.

“ Tak sampai siaplah nanti… Yang kau ni Shahrul kenapa diam je dari tadi? Tak suka ke kitorang ada kat sini? Maklumlah nak berdua je dengan isteri kan…” Usik Julia sedikit menyindir. Shahrul cepat-cepat kembali dalam dunia nyata nanti tertangkap yang dia asyik merenung Hyemi lain pulak yang jadi. Shahrul melingkarkan tangannya di pinggang Alia dan dibawa rapat kepadanya. Alia sedikit terkejut dangan tindakan Shahrul yang tiba-tiba itu. Malu pun ada. Depan orang Shahrul berbuat begitu, mana tidak malunya.

“ Tau pun. Ingatkan tak tau yang kitorang nak berdua je…” Shahrul melayan gurauan Julia. Alia mencubit bahu Shahrul.

“ Ish, apa cakap macam tu.” Ujar Alia. Mereka hanya ketawa bila melihat wajah Alia yang sudah merona merah.

“ Tahan jelah Kak Alia.. Abang ni memang suka usik orang..” Shahrul tertawa kecil dengan kata-kata adinya itu. Dia suka mengusik pun kerana mereka hanya dua beradik. Siapa lagi yang boleh diajak bercanda dan usik-mengusik kalau bukan Amanda. Mereka berbual panjang hinggalah Julia dan Hyemi meminta diri untuk pulang ke rumah masing-masing. Kalau berada di situ lebih lama nanti mengganggu privacy si pengantin baru pula.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Satu Rasa Cinta 30”
  1. fatim says:

    bab ni bukan dah kuar ke??

  2. rieda says:

    la…nie bukan episod yg lepas ke?

  3. eila says:

    ya la ni epi lepas…

  4. surayah bte hashim says:

    semangat jer aku nak baca huhuhuhu eh mcm dah baca jer minggu lepas hampeh tol…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"