Novel : Sayangku Yayen! 8

2 February 2012  
Kategori: Novel

1,496 bacaan 5 ulasan

Oleh : appledimpleangle

“Nah.” Fathi menghulurkan dua keping gambar kepada Rayyan. Ifti disisi hanya memandang. Cikgu Aini ada urgent kes hari ni, sebab tu Fathi boleh je pergi tempat Rayyan dan Ifti.

“Apa ni?” dahi Rayyan berkerut. Tiba-tiba ada orang hulur. Tangannya tetap mencapai huluran Fathi. Oooh. Benda ni ke? Rayyan mengambil satu gambar dan menghulurkan satu lagi gambar kepada Ifti.

“Ooo..” mulut Ifti membulat. “Eh, gambar Iman dengan kau?” Ifti menyoal. Tiba-tiba teringat kejadian di pusat bowling minggu lepas.

“Iman!!!” panggil Ifti. Iman berpaling. Klik. Gambarnya di’snap’.

“Eh???” blur. tiba-tiba orang panggil.

“Yes! Dah dapat?” suara seorang lelaki menyapa betul-betul di telinga kirinya. Dia menoleh. Fathi?

“Hei?!” dahi Iman automatik berkerut. Apa ni? Curi-curi ambik gambar? “Ifti!!!” marahnya. Ifti lari mengelilingi Atia apabila Iman dah buka langkah nak ketuk kepala Ifti. Huaaaaaaaaa! Maunya tak meroyan.

“Dah.” Lirih suara Fathi berkata. Mukanya tiba-tiba mendung.

“Eh, kenapa pulak ni?” Ifti menyoal. Tadi ceria aje aku tengok.

“Dia marah.” mananya si Iman tu tak marah? Siapa suruh ambik gambar tak minta izin?

“Alah, dia marah tak lama. Nanti okey balik lah tu.” Ifti menyedapkan hati. Iman pun marah aku jugak. Haha. Takpe, tahu lah aku nak pujuk macamana. Fathi masih dengan muka mendungnya. Dia berlalu ke tempatnya. Ifti melihat gambar yang berada ditangannya. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyum. Memang sweet.

“Eh, senyum sorang-sorang makruh.” Tegur Rayyan bila melihat Ifti sedang senyum. Ifti menjeling.

“Hishh, sibuk!” Dia menyelit gambarnya dicelah buku teks BI nya. Malam ni, aku nak lekatkan dekat loker.

*******

Haish! Mana aku letak ni? Ifti membelek-belek buku teks BI nya. Bukan ke aku selit kat sini ke? Dia mencapai buku teks lain. Dibelek-beleknya kasar. Mana pulak perginya gambar ni? Dia mencapai buku latihan lalu dibelek dengan kasar. Air mata bertakung. Mana gambar ni? Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mana oh mana. Perginya gambar? Huhu.

“Huarrrgggh!!!!” jerit Ifti kasar. Air mata yang bertakung kini tumpah. Mana???

Aimi yang elok terbaring di atas katil menoleh. Meroyan apa pulak budak Ifti ni? “Kenapa ni?” Dia duduk bersila menghadap Ifti yang menyembamkan mukanya pada bantal. Ifti diam. Tiada mood nak melayan. Difikirannya kini hanya ada gambar itu.

Iman yang baru lepas mandi masuk ke dormnya. Langkahnya terhenti apabila terdengar suara Ifti yang sedang menangis teresak-esak. “Kenapa?” dia berbisik kepada Aimi. Entah. Aimi menjongket bahu. “Kenapa ni Ifti?” lembut Iman menyoal. Bahu Ifti disentuh lembut. Ifti berpaling. Mata dah bengkak. Hidung dah berair.

“Gambar aku hilang.” Tsk. Dia menangis lagi. Haila, Ifti. Gambar sekeping pun kau nak nangis.

“Gambar apa?” Aimi menyoal. Takkan lah sebab gambar pun nak nangis kot??

“Gambar ni ke?” Tiga pasang mata serentak memandang makhluk yang baru masuk kedalam dorm. Tangisan Ifti terhenti. Erk!

“Atiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!” jerit Ifti panjang. Belum sempat dia merampas gambar tersebut, Iman terlebih dahulu mendapatkannya. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Mata Iman terbuntang. What?!

“Ifti. Jangan kata kau….” Iman memandang Ifti dengan blur. Ifti? Rayyan? Diorang ni ada apa-apa ke?

“Imannnnnnnnnnnn! Bak balik gambar tu!” Ifti cuba merampas gambar yang diambil oleh Iman. Belum sempat dia merampas, gambar beralih tangan kepada Aimi. WHAT???? Rahang Aimi jatuh tiga saat. Unbelievable. Dia sengih jahat.

“Oooh. Falling in love tak cakap kat aku..” jeng. jeng. jeng. Kantoi! Kantoi terang-terangan. Ifti diam. Dia ke katilnya lalu duduk bersila. Tangan disilang rapat ke dada. Pipi dikembungkan. Huwaaaaaaaaa! Macamana ni?

*******

Huh. Nasib baik perut aku tiba-tiba sakit. Kalau tak, memang dah arwah dah isi hati aku ni. Ceh, isi hati pun boleh arwah-arwah ke Cik Ifti? Ah!!! Ada aku kesah? Asal dia orang tak tahu yang sebenarnya sudah! Selamat! Ifti meraupkan tangannya kemuka. Amin. Amin. Aku bersyukur kepada mu Ya Allah.

“Kau doa apa?” satu suara menghampiri. Nasib baik sempat cover. Kalau tak, memang dah terlatah dekat sini dah. Ifti menoleh. Apasal lah mamat ni boleh ada kat sini pulak ni? Kacau lah. Aku baru nak hilangkan debar dihati.

“Eh, kau buat apa kat sini?” Ifti kembali menghadap buku-bukunya. Cuba me’neutral’kan kembali wajahnya yang berubah.

Rayyan meletakkan bukunya diatas meja. Dia menarik kerusi yang menghadap Ifti. Aik? Aku tanya dia, dia tanya aku balik? “Kau doa apa tadi?” Soalan yang sama diajukan kepada Ifti. Bukunya diselak-selak. Homework bertimbun. Dah rupa macam Gunung Kinabalu pun ada.

“Doa?” Ifti berjeda. “Ohh, tadi aku berdoa nak mulakan pembelajaran ni.” Hee. Sengih busuk. Cover Ifti jangan tak cover. Haish! Tak selesa lah aku duduk berdua-duaan dengan dia ni. Mana yang lain ni? Tak kan lah, sorang pun takde kot? Mata Ifti meliar disekitar ruangan perpustakaan sekolah.

“Ohh.” sepatah. Kemudian, tiada lagi suara yang kedengaran. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing.

*******

“Rayyan.” panggil Ifti sedikit mengoda. Cewah, pandai kau ya, goda-goda segala. Wei. Nak mintak tolong ni.

Rayyan mengangkat muka. “Apa?” Heh. Seriau bulu roma aku lah! Dia buat selamba. Apalah yang budak Ifti ni nak? Ifti sengih. Ish, budak ni. Jangan lah sengih macam tu! Comel tahu tak?

“Hehe. Nak mintak tolong boleh? Pleaseeeeeee?” Ifti buat muka comel. Kedua-dua tangannya digenggam erat. Memang terdesak sangat dah ni. Harap-harap si Rayyan ni tolong.

“Tolong? Tolong apa?” Rayyan dah suspen. Macam ngeri je pertolongan yang dia minta ni. Heh. Ada ke ngeri?

“Eh, kenapa pandang aku macam tu?” kening Ifti berkerut. “Tolong ajar ni.” Hehe. Dia sengih lagi. Jari telunjuknya ditujukan pada soalan nombor 13. Rayyan menarik nafas lega. Ingatkan apa lah tadi.

“Oh, yang ni kacang je. Meh sini.” And the rest is history.

*******

Ifti membetulkan kedudukannya diatas kerusi. Aish, perut. Time cenggini lah kau nak buat hal. Muka nya dah pucat. Ni semua pasal tak makan pagi lah ni. Hadoi! Perutnya ditekan-tekan. Kepala pula tiba-tiba pening.

“Eh, Ifti. Kau ni kenapa?” tanya Atia sebaik sahaja melihat wajah Ifti yang sudah berpeluh-peluh.

“Gastrik la.” Kepalanya diletakkan di atas meja. Memang tak tahan sangat dah ni. Suara pun dah jadi serak.

“Habis tu? Macamana ni? Aku kena pergi dewan sekarang ni.” Atia menggaru kepalanya. Haish, semua budak kelas ni dah turun ke dewan. Macamana ni?

“Aku pergi bilik sakit aje lah.” Ifti memejamkan matanya rapat-rapat cuba menghilangkan rasa sakit yang mencucuk-cucuk. Tapi, tak hilang jugak! Alah.. Macamana ni?

Atia berfikir-fikir sejenak. Kalau tak disebabkan tugasnya untuk menjadi pengerusi majlis, mesti dah boleh hantar Ifti ke bilik sakit. “Err.. Macam ni lah. Kau tunggu sini kejap. Nanti aku panggilkan seseorang. Okey? Kau tunggu sini eh?” Atia bangun lalu berlari mengikut pintu hadapan kelas. Laju aje dia lari. Dah tak nampak bayang pun. Risau sungguh.

“KAU okey ke?” Ara menyoal. Ifti mengangkat kepalanya. Hadui. Boleh lagi tanya aku okey ke tak.

“Tak. Memang tak okey.” Ifti kembali meletakkan kepalanya ke atas meja. Tangannya masih menekan perut yang sakit.

“Jom pergi bilik sakit.” Aduh, Ara. Cepat lah bawak aku pergi sana. Aku memang dah tak tahan ni! Ifti cuba bangun. “Aduh.” Dia mengaduh. Alahai perut. Sabar lah sikit.

“Eh, eh, eh. Baik-baik, baik-baik. Meh aku papah kau.” Dan… Mereka pun beredar ke bilik sakit.

“BORING LAH duduk kat bilik ni sorang-sorang.” Ifti mengomel sendiri. Sumpah. Tak tipu! Memang boring. Tempat ni menyeramkan. Huhu. Baik aku pergi kelas balik. Perut pun dah tak sakit sangat. Ifti bangun. Perlahan-lahan kakinya dilurutkan ke bawah. Eh, ke nak pergi dewan? Alah, malas lah aku. Ifti kembali ke kelasnya.Sesudah sampai ke kelas, Ifti segera ke tempatnya. Kepalanya diletakkan ke atas meja. Bersedia untuk tidur.

RAYYAN kembali ke tempatnya dengan tercunggap-cunggap. Dadanya dipegang. Aah! Penyakit semputnya dah menyerang! Ifti yang sudah tersedar akibat bunyi kerusi yang ditarik tadi, memandang Rayyan pelik. Tak pernah-pernah Rayyan jadi macam ni.

“Kau ni kenapa Rayyan?” Risau jugak aku tengok si Rayyan ni. Dia menarik kerusi Adam lalu duduk disisi Rayyan.

Rayyan tercunggap-cunggap mencari oksigen. “Semput.” Dadanya diurut perlahan. Ergh, seksanya hidup!

“Hah? Semput? Maksud kau, lelah? Asma eh?” Ifti menggelabah. Macamana ni? Rayyan senyap. Tak mampu untuk membalas. Masa-masa macam ni lah dia nak menggelabah. Ifti menggaru kepalanya. Macamana ni? Dah lah kelas takde orang. “Inhaler kau mana?” Kesian pulak aku tengok mamat ni.

“Ni.” Rayyan mengangkat inhalernya ditangan kiri. “Tapi…. huh.. huh.. dah.. habis.” Nafasnya makin tidak teratur. Tangan Ifti dipegang kemas. Ifti kaget. Apa kes pulak mamat ni pegang tangan aku ni?

“Ifti. Cikgu. Panggil. Cikgu. Kau panggil cikgu.” tersekat-sekat Rayyan berkata. Ifti mengangguk. Dia tak berniat nak pegang tangan kau lah. Ish, fikir lagi yang bukan-bukan.

“Kau tunggu kejap eh? Nanti aku datang balik. Kau selawat dulu.” Ifti berlari keluar kelas mencari cikgu. Perut yang tadi sakit seolah-olah hilang serta merta. Ya Allah, lindungilah Rayyan.

*******

“Kau ni buat aku risau aje lah! Kalau dah tahu ubat kau tu dah habis, belilah yang baru!” Ifti membebel.

“Ifti…” belum sempat mencelah, Ifti menyampuk.

“Lain kali kau beli banyak-banyak inhaler buat spare. Ini tak, lepas habis ubat je nak bertangguh. Kau tahu tak yang semput ni boleh membawa maut?”

“Ifti….” panggil Rayyan lagi.

“Apa?” Kasar. Tangannya disilangkan lalu dibawa rapat ke dada.

“Kau marah aku?” Alat bantuan pernafasan yang diberikan ditarik untuk memudahkan dia bercakap dengan Ifti.

“Eh, kau buat apa ni? Pakai balik!” marah Ifti. Rayyan terkedu. Kena marah lagi! Alat bantuan pernafasan kembali pada posisi asalnya. Rayyan membetulkan kedudukannya di atas katil hospital.

“Kau marah aku eh?” Sakit-sakit pun banyak tanya lagi!

“Taklah. Aku tengah bagi nasihat ni.” Sarkastik dia menjawab. Mahunya aku tak marah? Buat orang risau aje lah!

“Kau risaukan aku?”

“Tak.”

“Abis kenapa kau marah aku?”

“Ish! Lantak kau lah!” Ifti bangun ingin beredar. Rayyan ni tanya macam-macam pulak.

“Ifti!”

“Apa???!”

“You’re blushing.” Rayyan sengih.

“None of your business!” Ifti keluar. Pipinya dipegang. Ngaa~ Malu!

*******

“Abang!” Atia menerpa Rayyan yang sedang elok berbaring di katil hospital. Bukan main terkejut dia apabila mendapat tahu bahawa abangnya telah masuk ke wad. Nasib baik hari ni hari Sabtu. Boleh la pergi tengok abang. Tambah-tambah hari ni tak ada kelas tambahan.

“Ish! Kan dah cakap. Lain kali beli banyak-banyak ubat tu. Ni tak, sampai dah masuk wad macam ni baru lah terhegeh-hegeh nak cari ubat.” Bebel Atia. Tengok! Sejak-sejak kawan dengan Ifti ni, si Atia ni jadi kuat membebel tahu tak? Huh. Rayyan mengeluh dalam hati. Nak lawan, memang dah salah dia. Haish.

Rayyan memandang Atia tanpa kata. Haila adik aku sorang ni. “Yelah. Yelah. Salah abang.” Dia mengalah. Tak nak panjangkan cerita. Dia memandang Ifti, Iman dan Aimi yang berada di belakang sekilas. Dia orang datang jugak rupanya.

“Hish, abang ni! Buat orang risau aje lah.” Atia merungut. Mukanya dah ber’asid’ habis. Macam mencuka. Siapa tak sayang abang wei?

Huh. Rayyan mengeluh lagi. Tak habis lagi ke? ” Bila mama dan papa nak datang?” Dia cuba beralih topik. Malas nak panjang-panjang kan isu.

“Entah. Lepas ni kot.” Suaranya dah mula kendur. Biasalah, perempuan. Emo aje lebih. Tapi hati tu ehsan jugak.

“Abang nak air?” Atia bertanya. Apa? Ingat perempuan tahu membebel aje ke? Kita marah sebab sayang. Marah-marah sayang gitu. Cewah! Tanpa menunggu jawapan daripada Rayyan, Atia menuangkan air kedalam gelas. Ada ciri-ciri adik mithali tak? Hehe. Sahabatnya yang lagi tiga, hanya memerhati. So sweet.

“Nah.” Rayyan menyambut gelas ditangan Atia. Ops, lupa. Alat bantuan pernafasan belum dibuka. Rayyan melurutkan alat itu lalu meneguk air. Ah, lega rasa tekak aku ni. Rayyan membetulkan kedudukannya diatas katil. Matanya bertemu pandang dengan mata Ifti. Tingkahnya menjadi kelu seketika.

Ifti cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Matanya dilarikan pada skrin iPhone nya. Pura-pura tidak mempedulikan hal sekeliling. Haish, hati. Bawa bertenang. Jangan lah nak buat marathon kat sini pulak. Dia membawa tangan kedada. Please. Hentikan larian ni!

Psst , komen la sikit!


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Sayangku Yayen! 8”
  1. Wana says:

    Best!

  2. kichijyoji says:

    best giler!!!

  3. moisy dongho says:

    terbaek la cerita ne….bila nk sambung lagi???dh di terbitkn lum novel ni…rasa mcm nk bli je….

  4. penyumbangserbasedikit says:

    ehemm, kembang kuncup nampak hidongg..

  5. cik am says:

    t.i.r… terbaekk rr ko.. amboii.. x ramai mna pn fan kau.. bila ko nk terbit?? ad jga rasa nk beli.. buat koleksi.. ko buat crita cinta sal aq ng ***** plk?? ad bly?? hehehe best gler sis!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"