Novel : Suamiku tak romantik, tapi autistik 22

13 February 2012  
Kategori: Novel

9,376 bacaan 36 ulasan

Oleh : FARISHA IMANI

Sepanjang hari ini mereka berdua hanya berkurung dalam bilik.Menonton televisyen,berborak-borak kosong dan tidur.Yang peliknya hari ini mereka berdua langsung tidak bergaduh,bertekak mahupun saling merajuk.Baik Nura Alia mahupun Boboy masing-masing bagaikan saling mengalah dan bertolak-ansur.Satu perubahan yang baik dalam hubungan mereka.

Nura Alia memandang ke arah Boboy yang sedari tadi ralit menonton televisyen.Dia menilik pula jam di pergelangan tangan.Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.Rasa-rasanya ini waktu yang terbaik untuk mereka menyaksikan pemandangan indah di waktu senja di tepi pantai.Pasti romantik.Dari semalam lagi dia nak melihat matahari terbenam.Namun,dek kerana keletihan dia terlupa mengenai perkara itu.Nura Alia ingin mengabdikan hari terakhirnya di sini dengan melihat sendiri keindahan di tepi pantai di saat matahari terbenam.Itu impiannya dan memori ini pasti akan dia ingat sampai bila-bila.

Nura Alia turun dari katil.

“Boboy…”

“Hmm…”

“Err…jom teman akak pergi tepi pantai.Nak tak?”

“Nak buat apa?”

“Nak main air.Jomlah.”

“Malaslah kakak.Kita nak tengok cerita Ah Chan ni.”Boboy menolak ajakan isterinya.Matanya masih fokus menonton kartun Shin Chan di TV3 sampai bercakap pun tidak memandang ke muka Nura Alia.Nura Alia mendengus keras.Dia berdiri betul-betul di hadapan kaca televisyen.Dia menyekat pandangan Boboy.

“Tepilah kakak.Kita nak tengok Ah Chan ni.Huh!”Boboy bangun dari sofa lalu menolak tubuh Nura Alia ke tepi.Terkedu Nura Alia dibuatnya.Amboi,ini sudah lebih!Ngomel Nura Alia sendirian.Dia berdecit.Boboy memang nak cari gaduh dengan dia.Elok-elok dia nak jadi isteri solehah,lelaki itu pula bagaikan sengaja ingin menyakitkan hatinya.Aku ajak baik-baik kau tak nak ikut eh.Okey fine!Dengan sentapnya dia mencabut plug televisyen.Skrin tv menjadi kosong dan gelap.

“Kakak!”Boboy sengaja meninggikan suara.Saat ini dia hanya menunggu Nura Alia memaksanya mengikut dia ke pantai.Itulah yang dia inginkan.Mahu tapi malu.Mahu mengikut Nura Alia ke pantai namun malu untuk mengakunya.Dia tidak boleh terlalu menampakkan keterujaannya di hadapan gadis itu.Nanti kantoi tak ke naya.

“Apa?Apa?Biarlah akak nak cabut plug tu.Dah takdir plug tu tercabut.Sekarang akak nak Boboy ikut akak pergi pantai.Wajib ikut!Dah jom!”Ditariknya lengan Boboy untuk mengikutnya.Dalam terpaksa Boboy tersangatlah rela mengikut isterinya.Dia tersenyum gembira.

Mereka berjalan sambil berpegangan tangan menuju ke arah pantai.Nura Alia memandang Boboy.Boboy membalasnya dengan sengihan.

“Akak pegang tangan Boboy ni supaya Boboy tak lari ke mana-mana.Boboy tu kalau akak tak pegang tangan mesti terkinja-kinja macam monyet.Kan?”Boboy memasamkan muka.Dia buat-buat terasa hati mendengar kata-kata isterinya tadi.Nura Alia mencuit hidung Boboy.

“Dah,dah…Akak gurau ajelah.Tu pun nak buat muka.”Ujar Nura Alia sambil mengemaskan pegangan tangannya.Boboy tersenyum kembali.Dia tidak ingin merosakkan mood Nura Alia mahupun mood dirinya.Mood seperti ini harus dikekalkan hingga ke malam ini.Boboy sudah tidak sabar menanti malam menjelmakan diri.

“Cantiknya matahari tu kakak.Macam kakak.Hihihi…”Gelak Boboy sambil memegang perutnya.Walhal bukan lawak mana pun.Nura Alia mendengus.Ada ke patut samakan aku dengan matahari.Sengal!

Tapi pemandangan pada waktu senja di tepi pantai ketika ini memang sangat cantik.Bagaikan sebuah lukisan.Lukisan dari pencipta dari segala pencipta.Lukisan terindah dari Allah S.W.T yang telah mencipta semua makhluk di dalam dunia ini.Keindahan ciptaan-Nya ini adalah sebenarnya untuk membuka minda dan hati kita yang mengaguminya.Membuka minda dan hati kita untuk berfikir bahawa Allah S.W.T itu memang wujud dan Dia Maha Pentadbir sekalian alam.

Tanpa berkelip mata Nura Alia menatap keindahan panorama di kaki laut itu.Sangat indah dan mendamaikan.Dia tersenyum.Boboy mencuri pandang wajah tersenyum Nura Alia dari ekor matanya.Dia turut ikut senyum.

Dia kembali mengalihkan matanya menatap keindahan matahari terbenam di laut yang terbentang luas di hadapannya itu.Tangan Boboy mencari tangan Nura Alia.Takut-takut dia cuba menggenggam tangan isterinya.Nura Alia memandang Boboy tatkala terasa ada tangan yang cuba menggapai tangannya.Dada Boboy berdebar takut.Minta-minta tak kena marah.Hatinya berharap resah.

Beberapa detik kemudian,Boboy mengukir senyuman apabila terasa Nura Alia mengemaskan genggamannya.Adakah ini bermakna isterinya membalas pegangannya tadi?Ini juga bermakna Nura Alia suka dan merelakan perbuatannya itu.Yes!Hati Boboy melonjak riang.Dia semakin mengeratkan pegangan tangannya bagaikan tidak ingin melepaskan tangan isterinya.Nura Alia tersenyum simpul.Dia terasa cukup bahagia saat ini.

**********

Boboy resah menunggu.Sudah beberapa kali dia berulang-alik keluar masuk bilik.Kehadiran Taha masih belum kunjung tiba.Malam telah melabuhkan tirainya.Dalam satu jam lagi rancangannya bakal dilaksanakan.Boboy khuatir apa yang berlaku nanti tidak seperti yang dirancangnya.Mana Taha ni?Belum sempat Boboy mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menelefon orang kanannya itu,tiba-tiba saja Nura Alia menegurnya.

“Boboy buat apa kat luar ni?Banyak nyamuklah kat sini.Jomlah masuk.”Ujar Nura Alia di muka pintu.Agak terperanjat Boboy tika itu.Dia berpaling menghadap isterinya sambil mempamerkan sengihan di bibir.

“Kita nak rasa angin malam kakak.Mana ada nyamuk pun.”Nura Alia mengerutkan kening.Yalah tu tak ada nyamuk.

“Hmm…yalah tu tak ada nyamuk.Dah tu kenapa Boboy tergaru sana tergaru sini.Kena gigit nyamuklah tu.Dah,dah…Jangan nak banyak cakap.Cepat masuk.”Boboy mengeluarkan muncung itik.Sambil menggaru-garu lengan kakinya lemah saja melangkah masuk ke dalam bilik.Sempat juga dia berpaling sekilas ke belakang.Manalah tahu kelibat Taha kelihatan.Boboy mengeluh hampa.Dia mengetap gigi,geram.Taha ni memang nak kena.Sengaja nak rosakkan plan aku.Gerutu Boboy dalam diam,marah.

Selang beberapa minit berada dalam bilik,tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk-ketuk berulang kali.Boboy berdebar.Mungkin itu Taha.Belum sempat dia mengangkat punggung untuk bangun membuka pintu,Nura Alia terlebih dahulu menghalangnya.Dengan jelingan mata,Nura Alia bagaikan mengarahkan Boboy untuk duduk diam atas sofa.Jangan nak menyibuk.Boboy mengangguk faham.

“Encik Taha?Encik Taha buat apa kat sini?”Soal Nura Alia kepelikan.Dia memandang tepat ke arah sebuah kotak berbentuk segi empat tepat dan sehelai baju kot yang dibawa oleh Taha.Kotak dengan baju apa pulak tu?Tertanya-tanya Nura Alia dibuatnya.

Taha tersenyum sumbing.Dia meninjau-ninjau ke dalam bilik.Dia sebenarnya mencari bosnya.Pasti Boboy tengah bengang akan kelewatannya ini.Tapi dia bukan sengaja.Perutnya betul-betul memulas semasa dalam perjalanan ke sini tadi.Jadi lebih baik rasanya kalau dia menguruskan hajatnya terlebih dahulu.Harap-harap bosnya tidak mengamuk.Setakat yang dia kenali,Syed Azwan seorang yang sangat lemah-lembut dan memahami.Tak suka marah-marah.

Boboy yang baru muncul di muka pintu memandang tepat ke arah Taha.Taha menelan liur.Dia takut-takut memegang perutnya bagaikan memberi isyarat kepada Boboy.Boboy akhirnya mengangguk faham.Tak lainlah ni.Mesti sakit perut.Taha,Taha…Ujar Boboy dalam hati memahami.

“Yang korang berdua main-main mata ni apa kes?”Nura Alia mula bengang.Dari tadi lagi Taha bagaikan menjeling-jeling ke arah Boboy.Takkan dia ada skandal dengan laki aku ni kut?Curiga hatinya.

“Err…sebenarnya puan.Sebenarnya kedatangan saya malam ni adalah untuk menyerahkan pakaian-pakaian ni kepada puan dan tuan.Datuk Azman telah menyiapkan satu makan malam istimewa untuk kalian berdua.”Bagitahu Taha setelah dia menerima isyarat mata dari Boboy.Nura Alia berpaling ke belakang memandang suaminya.Boboy menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.Dia menarik nafas lega saat Nura Alia kembali mengalihkan pandangannya ke Taha.

“Makan malam istimewa?Maksud awak candle light dinner?”Taha mengangguk laju.Nura Alia tidak tahu nak memberi respon yang macam mana.Dia sebenarnya gembira dengan berita ini.Perutnya memang dah lapar sangat ni.Tunggu nak pergi makan malam aje tadi.Orang kata rezeki jangan ditolak.

“Benda apa ni?”Tanya Nura Alia lagi sambil mengambil kotak baju dari Taha.Dia membuka kotak itu.Matanya terbeliak.Cepat-cepat dia menutup kembali penutup kotak.

“Err…bila makan malam ni nak mula?Saya dah lapar ni.”Nura Alia menukar topik.Andai dia dipaksa sekali pun memakai baju tadi,dia tetap tidak akan memakainya.Seksi siot.Bukan taste dia pakai baju macam tu.Sorry,strawberry.

“Makan malam akan diadakan pada jam 9 malam ini.Bertempat di tepi pantai.Diwajibkan pakai baju-baju yang telah disediakan ni.”Ujar Taha lancar.Boboy menaikkan ibu jarinya.Taha tersenyum bangga.

“Apa?!Kenapa pulak?Nak makan malan ajekan.Bukan nak pergi party korporat ke apa ke.”Tukas Nura Alia agak keras.

“Tapi ini semua prosedur candle light dinner puan.Datuk Azman telah menguruskan semua ni.”Jawab Taha agak yakin.Nura Alia merengus kecil.Tak ada maknanya dia ikut semua tu.Nak paksa-paksa kita pulak.Huh!

Rasanya sudah tiada apa lagi yang ingin dia katakan.Dia takkan mengikut arahan Taha tadi.Mengarut!Berdetum kuat daun pintu bilik ditutup dari dalam.Taha yang masih berdiri teguh di depan bilik termangu buat seketika.Amboi!Kereknya minah ni.Bukan nak ucap terima kasih ke apa ke.Nasib baik kau tu bini bos aku tau.Ngomel Taha seraya mengangkat kakinya ingin menyepak pintu bilik.Namun,belum sempat dia berbuat seperti itu tiba-tiba pintu dikuak dari dalam.

“Sorry,sorry…Terima kasih Encik Taha sebab bagitahu pasal ni.”Ujar Nura Alia sopan.Taha terkedu.Dia teragak-agak untuk senyum.Nasib baik aku tak sepak pintu tu tadi.Kus semangat!

“Hah,Encik Taha…Kenapa awak tak datang balik bawa ubat ke sini pagi tadi?Nasib baik sakit perut Boboy hilang macam tu aje.Kalau tak,saya memang akan report perkara ni pada majikan awak.Terutama pada Datuk Azman.Awak tak bertanggungjawab dengan arahan yang awak terima!”Agak marah Nura Alia saat itu.Taha tidak berani memandang wajah bengis gadis di depannya ini.Dia tidak menyangka Nura Alia akan membangkitkan isu ini.Dia tertunduk takut.Aku difitnah!Jerit Taha dalam hati.

“Kakak,kakak…Jomlah bersiap.Kita dah lapar sangat ni.Nanti kalau kita sakit perut lagi macam mana?”Boboy menarik tangan isterinya untuk masuk.

“Tapi akak…”Boboy tetap memaksa Nura Alia untuk masuk.Dia tidak ingin menimbulkan sebarang masalah.Pasti Taha sedih dan gelabah disoal seperti itu.Bukan salah Taha tapi dia sendiri yang mengarahkannya tadi.

Mahu tidak mahu akhirnya Nura Alia terpaksa masuk kembali ke dalam bilik.Betul juga kata Boboy.Kalau dia sakit perut lagi malam ni kan susah.Nura Alia sempat menjeling tajam ke arah Taha bagaikan memberi amaran kepada lelaki itu.Boboy yang masih berdiri di muka pintu sempat mengucapkan sesuatu kepada orang kanannya.

“Maafkan dia Taha.Dia tak tahu apa-apa.Kau jangan ambil hati dengan kata-kata isteri aku tadi ya.”Boboy menepuk-nepuk bahu Taha.Taha mengangguk faham.Dia kembali senyum.Melihat senyuman Taha mula terbit kembali,Boboy cepat-cepat memberi salam lalu menutup semula pintu bilik.Sekarang rancangannya akan bermula.

************

Boboy melangkah keluar dari bilik mandi.Dia berdehem-dehem.Nura Alia yang sedang duduk termangu di birai katil segera berpaling ke arah suaminya.Detak jantung Nura Alia berdebar tak menentu.Matanya terpukau melihat kesegakan Boboy.Kekacakan lelaki itu semakin terserlah apabila mengenakan tuxedo suit berwarna putih dan dipadankan pula dengan seluar slack hitam gelap.Cukup padan digayakan oleh Boboy yang bertubuh agak solid itu.Nura Alia menahan debar di hati.Dia tergoda lagi.

“Kakak handsome tak kita?Handsome kan?Kita tahu kita handsome.”Boboy menyengihkan wajahnya.Nura Alia mencebir bibir.Tak habis-habis nak perahsantan.Perasan gila.Tapi Boboy taklah syok sendiri mengatakan dia kacak berpakaian seperti itu.Memang kenyataannya Boboy memang sangat kacak dan segak mengenakan tuxedo suit berwarna putih itu.Menyerlahkan lagi ciri-ciri maskulin dalam diri Boboy.Nura Alia menggeleng-gelengkan kepala.Kenapa pulak aku nak memuji sakan ni?Huh!

“Kakak pergilah tukar baju pulak.Kakak cakap tadi lepas kita pakai baju ni,kakak nak tukar baju tu kan?”Boboy mengambil kotak yang terletak atas katil.Dia menghulurkannya pada isterinya.Nura Alia menggeleng tak nak.Gila ke apa suruh aku pakai baju tu.Tak pernah-pernah dia memakai baju seperti itu.Gaun singkat separa betis yang berwarna merah jambu.Euww…Sangat feminine.Dia tidak suka pakaian-pakaian yang terlalu sopan ala-ala perempuan Melayu terakhir macam tu.Dia lebih suka pakaian yang simple dan santai.Dulupun saat dia menjadi model separuh masa untuk Syed Azmi,dia tidak pernah memperagakan baju-baju gaun atau night dress.Dia memang tak biasa dengan pakaian seperti itu.

“Kakak tak nak!Jangan nak paksa-paksa kakak.Alah kalau tak pakai gaun ni pun bukannya kita tak boleh makan malam kan?Boleh aje.Makanan tetap masuk ikut mulut.”Nura Alia menegakkan hujahnya.Dia berdiri sambil mencapai sweater dari kepala katil.Boboy mendengus perlahan.Masalahnya kita nak kakak pakai jugak baju ni malam ni!Tonight is our special night,Nura Alia!

“Kalau kakak tak nak pakai baju papa bagi ni,kita tak nak makan malam!Jangan nak paksa-paksa kita.Alah setakat kita tak makan kan,apalah sangat.Bukan kakak sakit pun.”Ujar Boboy agak merapu.Ah!Lantaklah merapu meraban pun.Yang penting dia ingin memaksa Nura Alia makan malam dengannya dengan memakai gaun pink itu.Titik!

Nura Alia berdecit geram.Aik?Dia pulak yang ugut-ugut aku.

“Jangan nak mengada-ngada.Jom kita pergi makan malam.Nanti perut masuk angin lagi susah.”Nura Alia cuba mencapai tangan Boboy.Namun lelaki itu menepisnya laju.Sambil berpeluk tubuh dia duduk mengiring tidak mahu memandang wajah Nura Alia lagi.Dia boikot!Protes!

Nura Alia bungkam.Ni yang aku lemah ni.Sikit-sikit nak boikot makan.Cubalah matang sikit.Huh!Nura Alia memandang lama ke kotak.Bagi dia baju pink itu agak seksi dan mendedahkan tubuhnya.Tapi bagi wanita yang dah biasa dengan itu semua gaun itu agak-agak biasa-biasa saja.Nura Alia berfikir lama.Dia menjeling Boboy.Lelaki itu masih mengeraskan dirinya.Argh!Akak buat semua ni sebab Boboy tau.Faham sangatlah dia dengan pendirian suaminya selama ini.Degil sangat-sangat.Kalau dia cakap tak nak makan,maknanya dia takkan makan selagi apa yang dia inginkan tidak ditunaikan.Boboy memang pemboikot tegar.

“Yalah,yalah…Akak pergi salin baju ni kejap.Tapi Boboy kena janji dulu Boboy kena makan malam nanti.Makan banyak-banyak.Janji?”Nura Alia mengeluarkan jari kelingkingnya lalu ditujukan ke muka Boboy.Boboy tersengih.Yes!Taktik aku menjadi.

“Janji.”Boboy turut mengeluarkan jari kelingkingnya lalu menarik jari isterinya.Mereka saling berbalas senyuman.Nura Alia mengambil kotak dari atas katil.Dia bergegas masuk ke dalam bilik air.Boboy segera mengeluarkan telefon bimbitnya.Didail nombor telefon Taha.Dia ingin memastikan segala rancangannya berjalan dengan lancar.Boboylah tok dalang candle light dinner antara dia dan Nura Alia nanti.Baik dari susun-atur,hiasan dan atur cara majlis,dialah yang merancangnya.Taha pula yang menguruskannya.Nura Alia pula akan melengkapkan segala plan dia malam ini.

“Hello…Hello Taha…”

“Hello bos.”

“Semua dah standby?”

“Dah bos.Semuanya dah standby.Tunggu bos dengan cik puan aje.”Ujar Taha dia hujung talian.Boboy tersenyum senang.Dia segera memutuskan panggilan.Dipandang lama pintu bilik mandi.Dia sudah tidak sabar melihat kecantikan isterinya mengenakan gaun pink yang telah dipilih olehnya sendiri itu.Gaun itu dibeli khas untuk Nura Alia.Dia harap Nura Alia menyukainya.

Dalam bilik mandi sana Nura Alia termenung seketika di hadapan cermin.Dia mengeluarkan baju dari dalam kotak.Dia memadankan gaun pink itu ke tubuhnya.Dia tersengih.

‘Kau excitedkan nak pergi makan malam dengan dia?Kau saja kan jual mahal tadi?’

‘Mana ada!Aku…aku…’

‘Kau mahu tapi malu.Eleh…’

‘Biarlah!Ikut suka hati akulah nak mahu tapi malu pun.Tapi kan kenapalah dia hot sangat malam ni?Kalau aku tergoda macam mana?’

‘Macam mana?Kau godalah dia balik.Kau kan nak kembalikan kenormalan dia.Malam nilah masa yang paling tepat untuk kau uji dia.’

‘Uji?Uji macam mana?’

‘KAU GODA DIA!’

‘Apa?’

‘Kalau dia betul-betul lelaki yang normal dia akan bertindakbalas dengan godaan kau.Tapi kalau dia memang seorang yang autistik,dia akan buat bodoh aje dengan semua tu.’

‘Kalau iman dia kuat macam mana?Langsung tak tergoda.Aku jugak yang dapat malu nanti.Dahlah kau.Aku nak bersiap ni.Terima kasih sebab bagi cadangan ‘bernas’ tu.Bye!’

Nura Alia tersedar dari khayalannya.Dia menampar-nampar pipinya.Goda lagi.Takkan tak ada cara lain untuk aku uji dia.Argh!Menyampahnya aku kalau macam ni.Nura Alia mengeluh berat.Andai saja dia tidak mengetahui akan hakikat kenormalan Boboy ini pasti dia tidak perlu susah payah berfikir seperti ini.Datin Maizura cakap dulu Boboy lelaki normal.Tapi lepas adik dia meninggal,dia jadi macam ni.Kadang-kadang Nura Alia ada juga terfikir,kenapa pulak boleh jadi sampai macam tu sekali.Entah-entah Boboy hanya berlakon untuk menutup sesuatu.Kalau macam nilah keadaannya,dia harus bertindak.Kalau macam tu,baiklah.Dia akan menjalankan uji kaji ke atas Boboy.

Beberapa minit kemudian…

Nura Alia menarik nafas dalam.Dia memandang penampilannya di depan cermin seraya menghela panjang.Cantik juga baju pink ini.Tak adalah girlish sangat.Tapi bab yang separa lutut nilah yang dia tak berkenan.Macam tak cukup kain.Belah atas pulak menampakkan dada.Memang agak seksi.Berdebar-debar Nura Alia memulas tombol pintu.Berpeluh tapak tangannya saat itu.

Boboy yang sedari tadi resah menunggu di tepi katil segera berpaling ke arah Nura Alia yang baru keluar dari bilik mandi.Dia terkesima buat seketika.Ditatap lama wajah Nura Alia yang kelihatan lain dari kebiasaannya.Rambut yang disanggul tinggi menampakkan lagi ciri-ciri keperempuanannya.Baju gaun pink separa lutut itu cukup padan dikenakan pada tubuh langsing gadis itu.Boboy menahan perasaan.Dadanya berdegup hebat.Dia melangkah perlahan-lahan menuju ke arah isterinya yang sedang tersenyum-senyum.

“Cantik tak?”Tanya Nura Alia agak sopan.Sungguh dia agak kaku saat ini.Terasa mukanya membahang dek ditenung sebegitu oleh Boboy tadi.Boboy mengangguk tanpa kata.Dia mencapai tangan Nura Alia lalu mengucupnya penuh syahdu.Nura Alia terpana.

“Jom kita gerak sekarang.”Ajak Boboy sambil bercekak sebelah pinggang.Dia menunggu isterinya memaut lengannya.Nura Alia melemparkan wajah kehairanan.Kenapa pulak dengan mamat ni?

Apabila melihat Nura Alia masih bingung dan tidak bertindakbalas dengan isyarat yang diberikan olehnya tadi,Boboy cepat-cepat mencapai tangan Nura Alia lalu memaksa gadis itu memaut lengannya.Nura Alia tersenyum sumbing.Alah…So sweet.Ni tak lain tiru dari tv-lah ni.Maklumlah penonton tv tegar.Ngomel dia dalam hati.

Mereka berjalan beriringan menuju ke tepi pantai.Pegangan tangan masih belum dirungkaikan.Beberapa minit berjalan,akhirnya mereka sampai di tepi pantai.Dari kejauhan Nura Alia sudah dapat melihat kerlipan cahaya lampu perhiasan yang menerangi sebuah khemah.Dia sudah tidak sabar melihat lebih dekat keindahan suasana makan malam mereka itu.Pasti romantik.

“Silakan tuan,puan.”Pelawa Taha sambil mempersilakan Nura Alia dan Boboy melangkah masuk ke gerbang candle light dinner.Mulut Nura Alia terlopong melihat keadaan sebenar di bawah khemah itu.Warna yang mendominasi ialah warna putih dan pink.Cantik pula dia melihat warna pink malam ni.Menenangkan jiwa.Nura Alia melepaskan lengan Boboy.Taha yang bertindak sebagai pelayan cepat-cepat menarik kerusi untuk Nura Alia.Dia menjemput gadis itu untuk duduk.Nura Alia hanya menurut.Boboy juga turut melabuhkan punggung atas kerusi.Mereka kini saling berhadapan antara satu sama lain.

Nura Alia tidak lagi menghiraukan Boboy di hadapannya.Dia lebih fokus meneliti dekorasi perhiasan di khemah ini.Sangat menarik hatinya.Di setiap bucu terdapat jambangan bunga mawar merah dan putih yang disusun berselang-seli membentuk sebuah pokok bunga.Meja makan pula dialas dengan kain berwarna putih.Bunga-bunga mawar yang berada di atas meja semuanya berwarna merah jambu.Apabila difikirkan kembali tema mereka malam ini ialah putih dan pink.Nura Alia baru perasan akan hal itu tatkala menatap kembali tuxedo putih yang dipakai oleh Boboy dan gaun pink yang digayakan olehnya.

Nura Alia tidak tahu nak berkata apa.Lidahnya kelu diam seribu bahasa.Dia bagaikan terkena kejutan aura romantik.Dia hanya mampu mengukir senyum tatkala anak matanya bertembung dengan anak mata Boboy.Lelaki itu juga hanya diam.

Tiba-tiba cuping telinga Nura Alia menangkap bunyi gesekan biola dari sebelah kanan khemah.Dia terkedu.Entah dari mana tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sedang menelengkan kepalanya sambil mengesekkan biola kristal di tangannya.Nura Alia mengamati alunan musik yang disampaikan oleh si pemain biola.Macam pernah dengar aje lagu ni.Bisik Nura Alia dalam hati.Nura Alia terus menghayati gesekan biola yang kedengaran cukup gemersik itu.

Aku inginkan dirimu datang dan temui aku,

Kan ku katakan pada mu aku sangat mencintai dirimu.

Aku inginkan dirimu datang dan temui aku,

Kan ku katakan pada mu aku sangat mencinta.

Nura Alia menyanyi-nyanyi dalam hati.Tu lagu ringtone telefon bimbit aku.Lagu kumpulan Dadali;Di Saat Aku Mencintai Dirimu.Macam mana lelaki ni tahu pasal lagu ni ya.Musykil ni.Belum sempat Nura Alia membuka mulut untuk berkata sesuatu,tiba-tiba si pemain biola menggesekkan lagu lain pula.Nura Alia sekali lagi memasang telinga.Yang ni dia confirm tahu.Lagu ni lagu tema drama Adamaya.Dia memang peminat setia drama bersiri yang menampilkan pasangan secocok Lisa Surihani dan Syed Hussien(Sein) ini.Lirik lagu Yang Terindah ini pun dia dah hafal.

“Kau yang bernama cinta…”Tiba-tiba Nura Alia menyanyikan bahagian korus lagu itu.

“Kau yang memberi rasa…”Nura Alia terkedu.Boboy menyanyi?

“Kau yang ilhamkan bahagia…”Sambung Nura Alia lagi.Dia memandang wajah tersenyum Boboy.

“Hingga aku rasa…”Boboy berhenti.Gesekan biola turut berhenti.Nura Alia menelan liur.Belum pernah dia mendengar Boboy menyanyi.Apa lagi nyanyi lagu jiwang karat macam ni.Apa kena dengan budak tak cukup seringgit malam ni?

“Hingga aku rasa…indah…”Boboy menyudahkan nyanyiannya.Nura Alia tidak terkata apa lagi.Sungguh dia terkesan mendengar kegemersikan suara Boboy mengalunkan bait-bait lagu tadi.Sungguh dia tidak menyangka Boboy pandai menyanyi apa lagi menyanyi lagu terkini.Selama ini manalah pernah Boboy mendengar lagu-lagu.Yang dia tahu hanya menonton cerita kartun.Nura Alia semakin tidak mengerti apa yang sebenarnya terjadi pada suaminya malam ini.Luar biasa.

“Tuan,puan boleh kita makan malam sekarang?”Soal Taha sebaik sahaja si pemain biola tadi menghilangkan diri dari pandangan.Boboy menganggukkan kepala.Nura Alia hanya diam membantu.

“Kenapa kakak pandang kita macam tu?”Tanya Boboy tak puas hati.Nura Alia sedari tadi memandangnya tanpa berkelip.Adakah kenormalannya agak terserlah malam ni.Aduh!Gawat!Boboy cuba menenangkan diri.Dia mengembalikan mood Boboy dalam dirinya.Dia terleka tadi.Terleka dengan kecantikan Nura Alia sehinggakan dia merasa ingin menjadi dirinya yang sebenar.Ingin sekali dia meraih wanita itu ke dalam dakapannya.

“Boboy…”Nura Alia mendapat idea.Apa kata kalau aku mulakan ujikaji aku sekarang.Bisiknya sendirian agak yakin.Dia tersenyum simpul.

“Boboy handsome sangat malam ni.Akak suka tengok Boboy handsome macam ni.”Puji Nura Alia tiba-tiba.Gulpp!Boboy menelan liur perit.Kenapa pulak kakak puji kita?

Belum sempat Nura Alia bertindak mencapai tangan Boboy,muncul Taha bersama seorang pelayan wanita membawa makan malam mereka.Nura Alia menarik kembali tangannya.Dia duduk diam sambil memerhatikan Taha menghidangkan makan malam.Setelah makanan selesai dihidangkan,Taha dan pelayan wanita tadi kembali ke tempat mereka.Kini tinggallah Nura Alia dan Boboy di situ.Suasana kembali menjadi dingin.

“Kenapa tak makan?Kan Boboy dah janji tadi nak makan.Cepat makan!”Arah Nura Alia serius.Boboy yang termangu tadi segera mencapai garfu dan sudu.Makanan yang terhidang kelihatan cukup menyelerakan.Dia memulakan santapannya.Nura Alia pula sudah lama menjamu selera.

“Boboy…”

“Hmm…”

“Apa kata malam ni kita main…main…”Main apa ya?Aduh!Nura Alia tidak tahu nak menggunakan perkataan yang sesuai.Otaknya berfikir berat.Boboy mengerutkan kening.Main apa pulaklah kali ni.Jangan dia minta main mengeja.Hilang mood aku kalau macam ni.Gerutu Boboy sambil menyedut minuman.Matanya masih fokus memandang ke wajah isterinya.

“Hah!Apa kata kita main pondok-pondok.Boboy jadi Syed Azwan yang macho lagi handsome.Akak jadi Lia yang cantik,ayu dan feminine.”Belasah ajelah Lia oi.Janji dia terperangkap.Nura Alia ingin memerangkap Boboy malam ni.Dia ingin melihat sejauh mana lelaki itu menghayati watak Syed Azwan yang macho dan handsome tadi.Andai Boboy betul-betul hanyut dengan watak ni,dia pasti akan jadi dirinya yang sebenar.Harap-harap pengiraannya tidak salah.Jangan sampai dia yang terperangkap sudah.

Boboy termangu mendengar permintaan isterinya itu.Main pondok-pondok?Aku jadi Syed Azwan yang macho?Dia jadi Lia yang feminine?Apa motif dia?Boboy dilanda gelisah.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

36 ulasan untuk “Novel : Suamiku tak romantik, tapi autistik 22”
  1. lina says:

    writer! cpat2 skit ble x bgi smbungan cite ne??
    ksian ktorg tggu lma. plz writer….

  2. mimi says:

    kesian,,kesian…:(…ummm,,,cepatlaa…

  3. ain says:

    lg bgus trus jdikn nvl…x sbr la nk bce nvl ni…

  4. ain says:

    cik farisha imani ni xde blog ke?lh follow nnt…:)

  5. FI says:

    http://belogbolloq.blogspot.com/

    nilah blog Farisha imani..jemput jenguk2 semua…

  6. mimi soraya says:

    salam,

    kat pantai timur tengok matahari terbit, pantai barat matahari tenggelam….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"