
Novel : Tragedi Cinta 70, 71, 72
Oleh : eila iraiena
BAB 70
Helmy menyelak langsir bilik Sarah, membiarkan cahaya matahari masuk dan menerangi kamar itu. Matanya dialihkan pada Atika. Dia tersenyum.
” Tika….bangunlah, tengok mentari yang sedang bersinar ni….cantik sangat. ” ujar Helmy. Namun Atika masih lagi tidak bergerak. Helmy mengeluh, dia masih lagi tersenyum. Perlahan-lahan dia menghampiri katil lalu disentuh bahu Atika.
” Bangun lah….buka mata tu. ” pujuk Helmy. Atika masih tidak bergerak. Helmy duduk dibirai katil.
” Jangan la macam ni….bangun la, kita keluar nak. Pergi jalan-jalan….makan. Aku temankan kau. ” ujar Helmy, masih cuba memujuk. Namun seperti tadi, Atika masih tidak menunjukkan sebarang reaksi. Helmy mengeluh.
” Tika….please, jangan buat aku macam ni. Aku tahu kau kecewa tapi kau tak boleh putus asa, masih ada cara lain yang kita boleh guna. Aku akan bantu kau, lagipun aku kan penyokong kuat kau. ” ujar Helmy, bahu Atika digoncang berkali-kali. Namun bila Atika masih juga tidak menunjukkan sebarang reaksi, Helmy bangun sambil mencekak pinggang.
” Atika Azlea…..bangun aku kata….bangun, karang aku simbah kau dengan air. ” marah Helmy namun Atika tidak mempedulikan panggilan Helmy, dia tetap membatu.
” Atika Azlea, kau dengar tak aku panggil ni, jangan pekakkan telinga kau dan pura-pura tak dengar. ” marah Helmy bila ugutannya tadi tidak dipedulikan Atika.
Helmy semakin gelisah, panggilannya langsung tidak disahut Atika. Kemunculan Azlina seperti memberi harapan, dia meminta Azlina memujuk Atika.
” Kak Lina tengoklah betapa degilnya anak tapir ni, buat-buat tak dengar bila Mie panggil dia. Saja je nak naikkan darah orang la dia ni. ” adu Helmy. Azlina ketawa, dia mengangguk lalu duduk dibirai katil dekat dengan kepala Atika.
” Tika….bangun dik, tengok apa kak Lina bawa. Bubur ayam kegemaran Tika. ” ujar Azlina. Atika tetap seperti tadi, hanya dadanya yang berombak perlahan, menandakan dia masih bernafas.
Azlina memandang Helmy seraya menggelengkan kepalanya, dia sudah tidak tahu apa yang mahu dilakukan. Pujukannya langsung tidak memberi kesan pada Atika, malah adiknya itu tetap tidak membuka matanya.
” Ewah-ewah….ni dah melampau ni, baik kau bangun Atika Azlea sebelum Firdaus Helmy ni mengamuk dan bertukar jadi jebon. ” ujar Helmy, bahu Atika digoncang kuat namun Atika tetap membatu. Helmy bercekak pinggang, geram dengan sikap degil Atika yang langsung tidak menghiraukan ’ ugutan ’nya. Azlina hanya ketawa melihat muka Helmy yang masam mencuka.
Helmy tersentak, tangannya secara tidak sengaja menepis gambar Sarah menyebabkan ianya terjatuh ke bawah lalu menggelongsor masuk ke bawah meja sisi. Kepalanya digaru, ala time ni la kau nak jatuh tergolek Sarah oi. Bisik hati kecilnya.
Helmy menunduk, cuba mengambil frem yang terperosok masuk itu. Namun jarinya secara tidak sengaja menyentuh sesuatu, pantas diambil lalu dibawa keluar.
” Botol ubat Tika…. ” bisik Hatinya. Helmy mengalihkan pandangannya pada Atika, penutup botol dibuka, mulutnya melopong.
” Jangan-jangan Tika….mimpi semalam, itukah petandanya. ” desis hati kecilnya. Cepat-cepat dia berdoa, semoga apa yang terlintas difikirannya tidak menjadi kenyataan.
” Atika….bangun. ” panggil Helmy kuat, bahu Atika digoncang untuk menyedarkannya. Bila tiada reaksi dari gadis itu, pandangannya dialihkan pada Azlina.
” Mie….kenapa tilam ni basah semacam je?. ” tanya Azlina tiba-tiba, selimut Atika diselak, mereka bertambah terkejut.
” Kak Lina call uncle Idham cepat. ” Arah Helmy, tangannya lembut menampar pipi Atika, cuba menyedarkan gadis itu.
Azlina yang terpinga-pinga cepat-cepat mencapai handphonenya lalu terus menghubungi Doktor Idham sementara Helmy terus-terusan cuba menyedarkan Atika. Sejurus Doktor Idham sampai, Helmy beralih ketepi dan membiarkan lelaki itu memeriksa keadaan Atika.
Doktor Idham menggelengkan kepalanya, silap dia kerana membiarkan perkara ini berlaku. Semua pandangan penghuni Danau Tamu tertumpu pada wajah Doktor separuh abad itu.
” Uncle’s what happen to her?. ” tanya Helmy, bimbang. Doktor Idham terdiam. Tuan Fauzi menyentuh bahu sahabatnya itu.
” Id….is there something wrong with Atika?. ” tanyanya. Doktor Idham mengeluh.
” Aku tak tahu Zi….aku tak boleh nak terangkan bagaimana keadaan dia. I don’t know how?. ” ujar Doktor Idham. Helmy terkeliru.
” Apa maksud uncle ni, Mie tak faham langsung. ” tanya Helmy. Dia semakin risau bila melihat wajah doktor Idham.
” Uncle lagi tak faham…. ” ujar Doktor Idham. Helmy mendengus, apa yang sebenarnya menimpa Atika.
Pantas Helmy melabuhkan punggungnya disisi Atika, tangannya lembut mengusap rambut Atika. Suaranya kedengaran halus memujuk, meminta Atika membuka mata.
Haikal tersenyum, dia duduk dibirai katil. Sebagai seorang ahli psikologi, dia tahu masalah Atika yang sebenarnya, masalah yang melibatkan hati dan perasaan.
” Let me take a look. ” ujar Haikal, Helmy bangun memberi laluan. Lama Haikal memerhatikan Atika, tangannya menyentuh belakang tangan gadis itu, biarpun tiada tindak balas namun dia tetap melakukannya.
” She’s fine, absolutely fine. ” ujar Haikal. Helmy berkerut, kurang percaya dengan kata-kata Haikal.
” Kalau dia ok, kenapa dia tak sedar lagi abang Haikal. Kenapa dia tak sahut panggilan Mie. ” tanya Helmy tidak puas hati. Haikal tersenyum.
” Secara fizikalnya dia memang sihat tapi secara batinnya, hati dan semangat dia dah mula mati. ” ujar Haikal. Safia memegang erat tangan Rizal.
” What do u mean by that?. ” tanya Azlina, bimbang. Haikal tersenyum, dia menarik nafas sebelum menuturkan kata-kata.
” Fikirannya mengekang semua fungsi tubuh, termasuklah otak. That why dia tidak memberikan sebarang tindak balas pada apa jua rangsangan kita. ” ujar Haikal.
” Maksud abang Haikal, dia koma?. ” tanya Aisyah. Haikal menggelengkan kepalanya membuatkan seluruh ahli keluarga mengerutkan dahi.
” Atcually….she just sleeping. ” ujar Haikal. Helmy menarik nafas lega.
” Tidur je…..ingatkan ada sesuatu yang tak baik menimpa kau tadi. Kau ni memang suka buat aku bimbang. ” bisik hati Helmy. Dia tersenyum
” Maknanya dia akan sedar…. ” tanya Helmy lagi, ceria. Haikal mengangguk.
” Tapi semua itu bergantung pada kemahuan dia, diri dia. Once’s she set in her mind she wanna wake up….she will wake up. ” ujar Haikal.
Helmy menekup mulutnya, sungguh dia tidak percaya. Berkali-kali dia menggelengkan kepalanya menafikan semua kata-kata Haikal. Hatinya menyangkal dakwaan Haikal, tak mungkin semua itu berlaku, tak mungkin Atika sanggup melakukan semua itu, meninggalkannya dan pergi bersama Sarah.
” Sampai hati kau Tika…..sanggup kau tinggalkan aku sendiri. ” rintih hati Helmy. Dia berundur setapak kebelakang. Kata-kata Sarah kembali menghantui dirinya.
Tak mungkin, dia tidak boleh membiarkan semua itu terjadi. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Helmy kembali menghampiri Atika. Kepala Atika segera dipangku, matanya memandang sekeliling. Masing-masing kehairangan melihat kelakuan Helmy.
” Please Sarah….jangan biarkan dia tinggalkan aku. Jangan jadikan kata-kata kau satu kenyataan. Aku tak boleh terima, kalau aku kehilangan dia sama macam aku tak boleh terima bila aku kehilangan kau. ” ujar Helmy berharap. Dia memegang pipi Atika, menepuknya beberapa kali.
” Tika bangun….bangun, jangan tinggalkan aku. Kau dah janji akan sentiasa bersama aku kan, bangun dan tunaikan janji kau. ” ujar Helmy tegas, seisi rumah terdiam, hanya mampu memerhatikan tindakan Helmy. Pantas Helmy memandang ke satu arah.
” Jangan bawa dia pergi Sarah….jangan biarkan dia tinggalkan aku. Sarah, aku merayu pada kau….pulangkan Atika pada aku. ” rayu Helmy perlahan. Air matanya sudah mula membasahi pipi. Laju menuruni pipinya lalu jatuh diatas wajah Atika.
” Tika….bangunlah….please, aku rayu pada kau. Jangan tinggalkan aku sorang. ” rayunya lagi, sayu. Kali ini pada Atika. Azlina pantas memeluk Safia, dia tidak sanggup lagi mendengar rintihan Helmy yang cukup merobek hatinya.
Asyraf yang berdiri dimuka pintu bilik Atika, tidak jadi melangkah masuk bila terdengar raungan Helmy. Kakinya terhenti disitu, perlahan-lahan dia melangkah turun semula ke bawah sebelum keluar dan meninggalkan Danau Tamu.
Sarah terdiam, hanya air matanya yang mengalir mendengar rintihan yang keluar dari bibir Helmy. Namun dia tidak punya kuasa untuk menghalang apa yang berlaku. Dia sudah tidak berdaya untuk memujuk.
” Sarah….. ” panggil Atika. Sarah berpaling. Atika kelihatan cantik dalam persalinan serba putih.
” Mari kita pergi…. ” ajak Atika, tangannya dihulurkan pada Sarah. Lambat-lambat Sarah menyambutnya. Atika tersenyum, dia mengangguk.
” Tika….kau yakin ke dengan apa yang kau buat ni, jangan Tika, jangan buat sesuatu yang akan buat kau menyesal nanti. ” ujar Sarah. Atika menggelengkan kepalanya.
” Ini adalah jalan yang terbaik….aku lebih rela hidup macam ni dengan kau dari menyesal kerana mungkir janji. Aku minta maaf Sarah sebab tak dapat beri keadilan pada kau dan Sham. ” ujar Atika dengan rasa bersalah.
” Aku tak pernah salahkan kau Tika….aku tahu kau dah banyak berusaha untuk kami. Jadi berhenti salahkan diri kau. ” ujar Sarah. Atika menggelengkan kepalanya.
” Tak….semua yang berlaku memang salah aku. Aku terlalu alpa dengan kejayaan sementara yang baru aku kecapi sehingga aku lupa yang ianya takkan kekal selagi aku tak jumpa pembunuh tu. Padahal aku sendiri sedia maklum yang dia takkan duduk diam bila dia tahu aku semakin hampir dengan dia. Jadi semuanya memang salah aku, salah aku yang menyebabkan harapan kita semua hancur. ” ujar Atika. Sarah tetap menggelengkan kepalanya.
” Bukan….apa yang berlaku bukan salah kau, itu semua takdir. Mungkin sudah tersurat yang pembunuh tu tetap akan bebas sekalipun kau dah lakukan yang terbaik. ” ujar Sarah. Atika terdiam.
” Aku yang sepatutnya minta maaf, kerana aku….kau terpaksa tanggung semua penderitaan. ” ujar Sarah, Atika menggelengkan kepalanya. Dia mengalih topik lain.
” Kau tak suka aku datang dan temankan kau ke Sarah….Kalau kau tak suka, tak apa….aku boleh pergi. ” ujar Atika, dia melangkah perlahan meninggalkan Sarah. Sarah cepat-cepat meraih tangan Atika.
” Tika….aku suka bila kau ada disisi aku macam dulu, Kalau boleh aku tak nak lepaskan kau pergi lagi. ” ujar Sarah. Atika tersenyum. Sarah menarik nafas panjang.
” Kalau dengan cara ini, mampu menghapuskan segala penderitaan kau selama ini, aku takkan halang. Kalau selama ini aku hanya berupaya melihat penderitaan kau tapi hari ini aku takkan biarkan kau menderita lagi. ” ujar Sarah. Atika mengangguk.
” Mari kita pergi, kita tinggalkan semua ni. ” ujar Atika. Bayang-bayang mereka semakin menghilang dari kamar Sarah. Atika sedikitpun tidak berpaling melihat wajah-wajah kesayangannya.
Dia sudah tekad dengan keputusannya, biarlah dia pergi meninggalkan mereka kerana itu lebih baik dari melihat harapan yang disandarkan pada bahunya hancur dimamah masa.
Lelaki itu ketawa bebas, dia menari-nari bagaikan meraikan kemenangannya. Puas terasa hatinya bila melihat Atika sudah jatuh tersungkur menerima kekalahannya.
” Bukankah telah aku katakan dulu….kau takkan menang Atika, hanya aku yang layak menerima kalung kemenangan, hanya aku seorang. ” ujarnya kuat. Teleskop yang menghala ke bilik Sarah dipandang dengan penuh senyuman.
Satu kepuasan bagi dirinya bila melihat Atika terbaring tidak bergerak kerana itu bermakna, kebebasan dirinya adalah hak miliknya yang mutlak. Tiada siapa lagi yang akan menyusahkan hidupnya selepas ini. Dia tidak perlu risau lagi, memerah otak memikirkan perkara ini.
” Aku boleh hidup bebas….bebas sebebasnya lepas ni, aku dah tak perlu bimbang dengan kehadiran kau lagi sebab kau takkan mengancam nyawa aku. ” ujar lelaki itu tersenyum.
” Well Atika Azlea….may u rest in peace and burn in hell. ” jeritnya sambil ketawa.
Tingkap ditutup rapat, dia terus turun ke tingkat bawah dan beredar dari banglo usangnya. Dia mahu bergembira di kelab malam, meraikan kemenangan dan kebebasannya yang hampir hilang dari genggaman dulu.
Inspektor Zaquan menutup dokumen ditangannya, masuk hari ini sudah tiga hari siasatan berkaitan kehilangan senjata pembunuhan Sarah masih dijalankan. Sehingga ke hari ini, tiada sebarang maklumat yang diperolehi, Detektif Halim seolah-olah hilang tanpa dapat dikesan malah ahli keluarganya sendiri masih berusaha mengesan dimana dia berada. Kata-kata isteri Detektif Halim masih berlegar dalam fikirannya.
” Dia hanya pulang untuk beri duit bagi membayar kos pembedahan anak kami, lepas tu dia terus hilang. Sekalipun dia tak pernah menghubungi kami, malah semasa anaknya dibedah dia langsung tidak datang menjenguk. ” ujar Puan Rohani.
” Where the hell are u?. ” bisiknya perlahan. Inspektor Zaquan bersandar dikerusi, matanya dipejam. Rasa mengantuk semakin mengaburi kesedarannya. Biarpun hari ini dia bercuti, namun dia tidak mahu duduk berehat tanpa melakukan sesuatu. Dia bangun lalu mencapai kunci kereta dan keluar.
BAB 71
Helmy termenung sendirian, sudah lima hari dia tidak menjamah sebarang makanan dan lima hari itu juga lah dia tidak berganjak dari sisi Atika. Tubuhnya semakin lemah tidak bermaya. Puas dipujuk namun dia tetap dengan pendiriannya.
” Mie takkan makan selagi Tika tak balik. ” tegas Helmy. Azlina mengeluh. Berkali-kali dia menggelengkan kepala. Lantas dia membawa dulang berisi makanan keluar.
” Mie tak nak makan lagi ke?. ” tanya Aisyah. Azlina menggeleng. Aisyah menghulurkan tangannya meminta dulang dari Azlina.
” Biar Aisyah yang pujuk dia pulak. ” ujar Aisyah. Azlina mengangguk, dulang bertukar tangan.
Aisyah menolak pintu bilik Sarah, matanya menjamah tubuh Helmy yang kelihatan agak kurus. Dia menarik nafas panjang sebelum menghampiri tunangnya itu.
” Sayang….makan sikit. ” pujuk Aisyah. Helmy menggelengkan kepalanya.
” Sikit je….kalau tak makan nanti sayang jatuh sakit. ” ujar Aisyah, memujuk lagi. Helmy tetap menggelengkan kepalanya. Matanya masih mengawasi Atika yang sedang tidur.
” Please…. ” pujuk Aisyah lagi, mangkuk bubur diangkat, sudu disua ke mulut Helmy. Namun dia tergamam dengan tidakan spontan Helmy, mangkuk bubur di tangannya terlepas lalu jatuh kelantai.
” Berapa kali Mie nak cakap….Mie takkan makan selagi Atika tak balik pada Mie. ” tengking Helmy, Aisyah tersentak. Disabarkan hatinya mengenangkan Sikap Helmy.
Perlahan-lahan mangkuk diangkat lalu diletakkan diatas dulang dan dibawanya keluar. Pintu ditutup rapat. Dia melangkah turun menuju ke dapur.
Aisyah meletakkan dulang diatas meja, mangkuk yang berisi bubur yang tertumpah tadi diangkat lalu dimasukkan kedalam singki. Tangannya dibasuh.
” Sya….nenek minta maaf. Sya jangan ambik hati dengan sikap Helmy ya. ” ujar Mak Jarah, bimbang jika Aisyah berkecil hati dengan tindakan Helmy tadi. Aisyah tersenyum menggeleng.
” Tak apa nek….Sya faham. Sya tahu dia tak bermaksud nak marah Sya. ” ujar Aisyah. Dia tahu segala tindakan Helmy bersebab, Atika.
” Terima kasih Sya, sebab faham sikap Helmy. Kak Fia dan Kak Lina sangat menghargai keprihatinan Sya pada keluarga kami. ” ujar Safia. Tangan Aisyah digenggam erat.
” Jangan la cakap macam tu, Sya pun sebahagian dari keluarga ni juga kan. Wajarlah kalau Sya sama-sama tanggung segala kesedihan keluarga ni. Sya pun susah hati tengok keadaan Tika. ” ujar Aisyah. Azlina tersenyum mengangguk.
Helmy memegang tangan Atika lalu diusap perlahan. Dia tersenyum namun senyumannya tak seindah biasa. Matanya tepat memandang wajah bersih Atika.
” Tika…..kau ingat tak dulu, tiap kali kau merajuk atau sedih dan terasa nak menangis, kau mesti bersembunyi kat tempat rahsia kita. Dan tiap kali kau buat macam tu, aku dan Sarah selalu dapat cari kau. Tapi kali ni kenapa kau tak kesana, kenapa kau bersembunyi kat tempat yang aku tak dapat cari. ” ujar Helmy, dia memandang gambar Sarah yang tersusun indah diatas meja.
” Aku janji pada Sarah yang aku akan jaga kau seumur hidup aku tapi sekarang macam mana aku nak tunaikan janji tu kalau aku tak dapat cari kau. Balik la Tika….baliklah pada aku. ” ujar Helmy, air matanya menitis membasahi tangan Atika.
” Sarah….Sarah….Sarah… ” panggil Helmy, sayu. Dia terlelap dipangkuan Atika.
Helmy terasa bahunya digoncang lembut, sayup-sayup dia terdengar namanya dipanggil.
” Helmy….Helmy….bangun lah. ” panggil suara itu. Helmy membuka matanya perlahan-lahan. Suasana disekitar terasa begitu asing.
” Aku kat mana ni?. ” tanya Helmy. Dia berpaling kekiri, Sarah sedang tersenyum memandangnya.
” Sarah…. ” panggil Helmy, dia meraih Sarah dalam pelukannya.
” Atika mana?. ” tanya Helmy sebaik menyedari Atika tiada, dia memandang sekeliling. Namun bayang Atika langsung tidak kelihatan.
” She’s not here right now…..just two of us. ” ujar Sarah. Helmy mengeluh.
” Sarah….kenapa kau bawa Atika pergi tinggalkan aku. ” tanya Helmy. Sarah tersenyum.
” Mie….kau tak fikir ke itu adalah jalan yang terbaik. ” tanya Sarah pula. Helmy menggeleng.
” Masih banyak lagi yang dia perlu lakukan….Dia ada keluarga, ada aku. Kenapa mesti dia pergi. ” tanya Helmy pula.
” Mie….kadang-kadang, apa yang kita nampak tak sama dengan apa yang kita faham. Kau sendiri pernah kata, kegembiraan yang dia pamerkan sekadar untuk kaburi segala kesakitan yang dia rasa. Takkan kau nak tengok dia terus menderita. ” ujar Sarah. Helmy terdiam.
” Aku tak sanggup Mie….kerana kami, dia sengsara. Kerana nak tuntut keadilan untuk kami, dia terpaksa korbankan diri dia. Every night aku dengar dia menangis dalam tidur, every time aku dengar dia panggil nama aku. Hati aku menangis Mie, kenangkan dia. Kalau bukan kerana aku….dia takkan jadi macam ni. ” ujar Sarah lagi, tangannya menggenggam erat jari-jemari Helmy. Meminta agar lelaki itu memahami segala tindakan Atika. Helmy mengeluh hampa.
” Aku pun tak sanggup….Sarah, kalau aku boleh sembunyikan perkara ni, pasti aku sembunyikan dari pengetahuan dia. Tapi kau juga tahu yang semua tu takkan berlaku. Biar sedalam mana pun lubang yang aku gali untuk sembunyikan berita kematian kau, dia tetap dapat menghidu. U know her… ” ujar Helmy. Sarah mengangguk. Cukup memahami sikap Atika.
Helmy mendongak bila terasa bahunya disentuh. Senyumannya serta-merta terukir indah. Dia menarik tangan Atika supaya duduk disebelahnya. Wajah putih mulus itu ditatap semahunya.
” Mie….berhentilah berharap, aku takkan balik lagi. Tempat aku bukan lagi disisi kau. Kita dah terpisah jauh Mie….aku nak ikut Sarah, rasanya dah sampai masanya untuk aku datang dan termankan dia….kan. ” ujar Atika dengan satu senyuman.
” Tak Tika….kau tak boleh tinggalkan aku macam ni. Mana pergi janji kau selama ini untuk selalu berada disisi aku. Jangan tinggalkan aku macam Sarah. Aku tak boleh terima semua tu. ” pujuk Helmy. Atika mengusap pipi Helmy.
” Mie….tak ada apa lagi yang tinggal untuk aku kat sana. Aku dah hampakan harapan semua orang, harapan Sarah juga. Macam mana aku nak berdepan dengan mereka lagi. Tengoklah apa dah jadi, kerana kedegilan aku nak buka semula kes Sarah….berapa banyak nyawa yang terkorban, nyawa mereka yang tak bersalah, nyawa mereka yang langsung tak ada pertalian dengan kita. Aku dah banyak berdosa Mie….Jadi lebih baik kalau kau juga berhenti berharap seperti aku. ” ujar Atika.
” Siapa kata….masih banyak yang perlu kau perjuangkan. Jangan lupa Tika….kau ada aku, ada keluarga….takkan semudah itu kau nak menyerah kalah. Asyraf….macam mana dengan dia?. ” ujar Helmy. Atika tersenyum.
” Kami tak mungkin bersama….antara aku dan dia, kami jauh berbeza. Dunia kami dah terpisah jauh. ” ujar Atika. Helmy menggelengkan kepalanya.
” Kau yang pisahkan dunia kau dari dia…..sedangkan dia dah berusaha untuk dekatkan dunia korang. ” ujar Helmy. Atika megeluh.
” Jangan letakkan harapan pada aku lagi Mie….aku takkan balik. I’m with Sarah now, so there’s no reason why I should back. ” ujar Atika. Dia bangun lalu melangkah pergi.
” Baik….kalau itu keputusan kau….just wait, I’ll be with u….both of u, soon. ” jerit Helmy, Sarah terdiam. Bagaimana dia harus menyelesaikan perkara ini, kiri dan kanan….dua-dua merupakan orang kesayangannya.
Sarah mengeluh, dia tidak sanggup melihat Atika mahupun Helmy menderita disebabkan dia. Memaksa Atika pulang, itu akan lebih mengguris hati Atika sedangkan dia sedia maklum hatinya tidak sanggup lagi melihat pernderitaan Atika. Tapi Helmy juga memerlukan Atika, lebih dari segalanya setelah dia kehilangan dirinya. Jalan mana harus ditempuhi untuk kembalikan semula kebahagiaan mereka.
BAB 72
Seisi warga Danau Tamu kelihatan gelisah dengan keadaan Helmy yang semakin merosot kesihatannya, sudah seminggu dia tidak menjamah makanan. Tiada sebarang pujukan berjaya melembutkan hatinya. Dia seolah-olah sudah bertekad dengan tindakannya.
” Untuk apa Mie makan…..Tika takkan balik. Dia nak tinggal dengan Sarah. ” ujar Helmy lemah. Azlina mengeluh.
” Mie….kenapa cakap macam tu, siapa kata Atika tak nak balik. ” tanya Safia.
” Dia sendiri yang cakap….dia dah tak nak balik. Dia dah putus asa dengan semuanya. Dia dah tinggalkan kita, dah tinggalkan Mie. ” ujar Helmy, dia menangis. Safia terdiam, dia tidak sanggup mendengar tangisan Helmy.
” Mie dah janji dengan Sarah untuk jaga dia, tapi sekarang janji tu dah tak guna lagi. Dia pergi jauh, pergi ke tempat yang Mie tak boleh pergi. Kalau dengan cara ni Mie boleh bersama dengan mereka, then I should make it true. ” ujar Helmy. Safia menekup mulutnya, tidak menyangka kenyataan itu yang keluar dari mulut Helmy.
” Helmy….jangan singkatkan akal fikiran kerana Atika. Dia perlukan sokongan kita. Kalau Helmy sebagai penyokong kuat dia pun rebah, macam mana kita nak bawa dia balik. ” ujar Haikal cuba memujuk.
” DIA TAKKAN BALIKKKK…..abang Haikal faham tak, She’s not coming back. ” jerit Helmy. Masing-masing terdiam, tidak tahu bagaimana mahu memujuk lagi.
” Mie….makan sikit, kak Lina suapkan ya. ” pujuk Azlina. Helmy menolak mangkuk bubur menjauhinya.
” Sikit je….lepas tu kalau Mie tak nak makan tak apa, kak Lina takkan paksa. ” pujuk Azlina lagi. Helmy menggeleng lemah.
” Mie….please.. ” pujuk Safia pula. Mangkuk bertukar tangan, sudu didekatkan di mulut Helmy. Namun Helmy terus menepis mangkuk bubur sehingga terpelanting ke lantai.
” Mie tak nak makan….tak nak makannn….jangan paksa Mie lagi, Tolonglah. ” ujar Helmy, dia terbaring lemah disisi Atika. Tangannya menggenggam erat jeri-jemari Atika.
” Just wait….aku akan datang temankan korang nanti. Lepas ni kita akan bersama macam dulu lagi, just three of us. ” ujar Helmy, matanya terpejam rapat. Panggilan Tuan Fauzi sudah tidak kedengaran ditelinganya, dia semakin jauh melangkah.
Azlina tersentak, dia cepat-cepat menghampiri Helmy, pipinya ditepuk lembut untuk menyedarkannya semula namun Helmy tidak memberi sebarang tindak balas. Dia memandang sekeliling kamar Sarah.
” Tika….Tika….kalau Tika dengar, tolonglah balik. Kami semua merayu pada Tika. Baliklah semula. ” pujuk Azlina.
” Tika….tengoklah keadaan Helmy, He’s dying….jangan buat dia macam ni. Baliklah dik. Jangan buat kami kehilangan kamu berdua macam kita kehilangan Sarah. ” pujuk Safia pula. Masing-masing hampa bila hanya suara mereka yang kedengaran memecah ruang sunyi bilik Sarah.
” Elok kalau kita bawa dia ke hospital dulu, kita tak boleh biarkan dia macam ni. ” ujar Haikal. Tuan Fauzi mengangguk, dia menghubungi sahabatnya meminta bantuan ambulan untuk membawa Helmy ke hospital.
Wad kelas satu, Pusat Perubatan Pantai kelihatan sesak dengan kehadiran hampir semua ahli keluarga Atika. Sayu hati mereka bila melihat tubuh Helmy dipenuhi dengan wayar yang berselerak. Anak muda itu tidur nyenyak tanpa menghiraukan kehadiran mereka.
” Apa kita nak buat lepas ni?. Takkan nak biarkan dia terus macam ni. ” ujar Azlina.
” Semuanya terpulang pada Atika, dia saja yang boleh selamatkan Helmy. Kita kena usaha untuk pujuk dia bangun, kalau kita nak Helmy sedar semula. ” ujar Haikal.
” How we gonna do that, dia dah tekad tak nak balik kan….Helmy sendiri yang bagitau kita, sebab tu dia pun nak pergi ikut mereka. ” ujar Safia.
” Habis tu takkan nak biarkan saja. ” balas Tuan Fauzi pula. Masing-masing terdiam, tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Sarah menitiskan air matanya melihat kesengsaraan Helmy, tubuh yang dulunya tegap dan berisi kini hanya terbaring lemah dan kelihatan kurus.
” I need to do something….aku tak boleh biarkan mereka berdua macam tu. ” bisik hati Sarah. Dia berpaling bila terasa bahunya disentuh.
” Sarah….kita perlu lakukan sesuatu, kita tak boleh biarkan mereka berterusan macam tu. ” ujar Shamsul, Sarah mengangguk.
” Mari kita pergi cari Atika, kita perlu pujuk dia untuk datang kesini, hanya dia yang boleh bantu Helmy sekarang. ” ujar Shamsul lagi. Sarah mengangguk, mereka melangkah pergi.
Atika memejamkan matanya, menghirup udara nyaman yang tersebar didalam dunianya. Dia tidak pernah merasakan perasaan bahagia seperti sekarang, mungkin kerana dia ’ hidup ’ bersama Sarah sebab itu dia merasa gembira.
Atika memegang dadanya, jantungnya tiba-tiba berdenyut kencang, seolah-olah ada sesuatu yang tidak baik berlaku diluar sana. Dia menggelengkan kepalanya, cuba meyakinkan yang itu hanya perasaannya saja. Atika berpaling bila bahunya disentuh.
” Sarah…. ” ujarnya tersenyum. Sarah mengangguk. Tangannya dihulurkan pada Atika.
” Kita nak kemana ni?. ” tanya Atika bila Sarah menarik dan memimpin tangannya.
” Kami nak bawa kau ke satu tempat. ” ujar Sarah. Atika mengangguk, dia hanya mengekori langkah Sarah tanpa bertanya lagi.
Jauh mereka berjalan sehinggakan Atika tidak putus-putus bertanya namun Sarah mahupun Shamsul hanya tersenyum. Atika semakin hairan, kenapa mereka berada di hospital, siapa yang sakit. Bisik hatinya.
” Sarah….kita buat apa kat sini?siapa yang sakit?. ” tanya Atika. Sarah tersenyum, jarinya dihalakan ke satu arah.
Atika menekup mulutnya, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika ini. Dia menggelengkan kepalanya, cuba meyakinkan hatinya yang semua itu hanya ilusi yang tidak benar sama-sekali.
” Sarah….kenapa dengan Helmy?. ” tanya Atika. Dihampiri katil Helmy, sayu hatinya melihat tubuh lelaki itu dipenuhi wayar yang berselerakan.
” He’s living….for us ” ujar Sarah sepatah.
” But Why….kenapa dia buat semua tu. Dia tak patut macam tu. ” ujar Atika marah.
” Itu kau kena tanya pada dia, Tika….aku tak ada jawapannya. ” ujar Sarah. Atika menghampiri Helmy, dia cuba menyentuh namun tidak berjaya.
” Kenapa aku tak boleh sentuh dia…. ” tanya Atika cemas.
” U no longger there, remember ” ujar Sarah. Atika mengeluh. Dia berpaling pada Helmy, menatap wajah kusam itu.
” Helmy….buka mata kau, kau dengar tak aku panggil ni. Kenapa kau buat macam ni, kau tak sayang mereka ke?. ” tanya Atika, berulang kali.
” Tika…. ” panggil Sarah, bahu Atika disentuh lembut.
” Dunia kita berbeza sekarang, dia takkan dengar kau lagi. ” ujar Sarah lagi. Atika terduduk.
” Sampai hati dia buat macam ni, mana otak dia, dia tak fikir ke tindakan dia akan membuatkan kami semua sedih. ” ujar Atika perlahan.
” Kalau kau tahu tindakan tu akan melukakan hati kami, kenapa kau sanggup lakukannya?. ” tanya Helmy, Atika dan Sarah berpaling serentak.
Atika bangun, dia berlari mendapatkan Helmy, tubuh itu dipeluknya erat. Tangisannya berderai membasahi baju putih yang dipakai Helmy.
” Bukan ke aku pernah berjanji yang aku akan jaga kau dan Sarah sampai akhir hayat aku. ” ujar Helmy, air mata Atika dikesat dengan hujung jarinya. Atika mengangguk.
” Tapi bukan ini caranya. ” ujar Atika. Sarah terdiam, dia hanya membiarkan mereka berdua berbicara.
” Kau bersembunyi kat tempat yang aku tak boleh pergi, kalau aku terus tinggal kat sana, aku tak boleh jumpa kau lagi. Macam mana aku nak tunaikan janji aku pada sarah kalau kita terpisah jauh. ” ujar Helmy. Atika tunduk, Sarah juga.
” Kau sepatutnya gembira sebab kita bertiga akan bersama semula macam dulu. Kali ni aku takkan benarkan korang berdua tinggalkan aku lagi. ” ujar Helmy, dia meraih tubuh Atika dan Sarah dalam pelukannya.
Padang rumput yang menghijau dan awan putih berarak nipis sambil sang bayu berpupuk lembut membuatkan mereka berempat bertambah gembira. Perbualan mereka diselang-seli dengan gelak ketawa. Namun Atika kelihatan sunggul tidak seperti sebelumnya.
” Tika….what’s wrong? Is there any problem?. ” tanya Helmy. Atika mengeluh.
” Mie….macam mana dengan kes Sarah?pembunuh tu akan bebas ke?. ” tanya Atika. Helmy tersenyum.
” Kenapa pulak kau risau pasal hal ni….bukan ke kau juga yang bagitau aku yang kau dah putus asa. ” ujar Helmy.
” Jadi maknanya….dia akan bebas dan Sarah juga Shamsul takkan dapat keadilan?. ” tanya Atika lagi. Helmy ketawa.
” Dah la Tika….tak payah fikirkan lagi pasal hal tu, kita kan dah hidup bahagia sekarang. Pedulikan semua tu. ” ujar Helmy, dia berbaring beralaskan rumput dan berbantalkan lengan.
” Habis tu takkan kita nak biarkan saja dia bebas. ” ujar Atika tidak puas hati. Helmy tersenyum, rancanganya hampir menemui sasaran.
” Ala….biarlah, Sarah pun dah tak kisah, kan Sarah…. ” ujar Helmy. Sarah mengangguk. Dia tahu apa yang bermain dalam fikiran Helmy ketika itu. Dia tahu Atika tidak akan suka bila usahanya terbantut, lebih-lebih lagi bila melibatkan dirinya.
Atika menggelengkan kepalanya, dia langsung tidak menyangka yang Sarah akan bersetuju dengan kata-kata Helmy. Bukan ke sepatutnya Sarah memujuk dia meneruskan usahanya menjejaki pembunuh itu.
” Sarah….what’s wrong with u? Senang sangat bersetuju dengan Helmy, kau dah lupa ke apa yang pembunuh tu buat pada kau?. ” tanya Atika. Sarah tersenyum, lengan Atika diraih.
” Betul cakap Helmy tu….kita lupakan saja semua tu. Dah tak penting pun. Aku Cuma nak kita bertiga hidup gembira macam dulu. ” ujar Sarah. Atika mengetap bibirnya.
” Kau dengan Helmy mungkin boleh lupa semua tu tapi aku takkan. Aku akan tetap pastikan yang pembunuh tu terima balasannya, hutang darah mesti dibayar dengan darah. ” ujar Atika penuh emosi, dia bangun meninggalkan mereka. Helmy tersenyum, Sarah juga.
” Aku tahu Tika…..kau takkan biarkan usaha kau setakat itu je lebih-lebih lagi ianya melibatkan Sarah mahupun aku. Aku tak ada cara lain untuk buat kau balik, selain dari ini. ” bisik Helmy.
” Mie…. ” panggil Sarah, Helmy berpaling.
” Kalaulah Tika tahu kau buat semua ni untuk pujuk dia balik, tentu dia marah. ” ujar Sarah. Helmy tersenyum, bahu Sarah dipeluk.
” Kalau dia boleh pertaruhkan nyawa dia untuk buat pembunuh tu keluar dari persembunyian dia, kenapa tidak aku. Dia dah terlalu banyak berkorban, aku tak mahu pengorbanan dia sia-sia lebih-lebih lagi melihat dia menyesal nanti. Lagipun kau dan aku….kita sama-sama kenal siapa Tika, kan…. ” ujar Helmy. Sarah mengangguk. Atika satu-satunya saudara yang sanggup melakukan apa saja buat dia dan juga Helmy sekalipun terpaksa mempertaruhkan nyawanya sendiri.













jalan cite yg sgt menarik…xsabar nk tau pe jd seterusnya~~hope cepat2 la uppload ek…hehehe…ape2 pon terus berusaha menjadi novelist yg berjaya…amin
azza…
terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca dan memberi komen. terima kasih juga untuk penghargaan yang diberikan.amin….semoga termakbul hendak-NYA….
bila nak smbg cita ni??? atau da nak kuar dlm bntk novel??
noroq….
firstly…maaf sebab buat anda dan pembaca tertunggu2. insyaallah jika ada rezeki dan diberi keizinan-NYA, TC akan keluar dalam bentuk novel. apapun kena tunggu kata putus dari penerbit dulu….
p/s : terima kasih yang tak terhingga kerana sudi meluangkan masa membaca dan memberi koman.
bila nk kuar smbungn nih….dh lame tnggu…tp x kuar2……excited nk tau ending story nih…..tlong laaa….
honey star….
firstly…sory sesangat sbb tak dapat upload lagi sambungan tragedi cinta.eila sedang nanti jawapan dari pihak admin kakinovel. sekiranya tiada rezeki TC untuk dibukukan, eila upload sekaligus kat blog.
apapun terima kasih sebab sudi meluangkan masa membaca, menanti dan memberi komen. thank you so much dear.
boleh bg blok penulis??
intan fatimah….
terima kasih sbb sudi luangkan masa membaca dan memberi komen.
ini blognya….
iniduniaku-eilairaiena.blogspot.com