Novel : Weh… Aku punya tu!!!!!! 9, 10

20 February 2012  
Kategori: Novel

4,120 bacaan 9 ulasan

Oleh : EZ NUR

BAB 9

PERSIAPAN terakhir untuk hari keluarga syarikat Ilham Seni sedang dijalankan. Esok mereka akan bertolak ke Telok Batik, Lumut. Zahir sudah bersedia di dalam bilik mesyuarat untuk membuat pelaporan terakhir kepada bosnya, Riz Ilham.

“Nab, Riz mana ni? Lambat betul. Kang nak pergi solat Jumaat pulak. Dia tu dahlah cerewet, nanti itu ini dia nak tukar, tak sempat pulak aku nak buat.” Zahir membebel. Dia memang kenal sangat dengan perangai bosnya itu. Sikit salah pun akan diungkitnya. Tak boleh langsung nak buat-buat pejam mata.

Zainab mengamit Zahir supaya menghampirinya. Dibisik sesuatu ke telinga Zahir. Kemudian mereka berdua ketawa. Zahir mengangguk-angguk kepalanya.

“Pandai kau Nab. Pergi panggil cik kak tu. Itu sahaja yang kita ada. Gunakan sepenuhnya.” Zahir mengarahkan Zainab. Zainab berlari-lari anak mendapatkan Anis Amira. Kalau ada Anis Amira, bos besar mereka kurang sikit berangin. Jin yang ada dalam badannya ‘malu’ dengan kelembutan Anis. Tak pun jin tu memang dari spisis yang berbeza dengan Anis, tu yang boleh ngam habis. Sejak akhir-akhir ini, itulah yang mereka lakukan. Bila ada masalah dengan ‘customer’ mereka, mereka akan tolak Anis untuk ‘deal’ dengan Riz. Rasional yang Anis berikan selalunya dapat diterima oleh Riz Ilham dengan baik. Kenapa jadi begitu ek? Nak kata bercinta, tak pernah pula nampak Riz melepak dalam bilik Anis.

“Apa lagi ni Zahir? Kan ni projek kau, buat apa panggil aku pula?” Anis bersungut. Dia cukup pantang jika kerjanya diganggu. Dahlah esok mereka hendak pergi ke Lumut, kerja pula masih ada lagi yang belum ditandatanganinya. Kacau betul Zahir ni. Anis tidak suka meninggalkan ofis dalam keadaan kerja yang melambak. Hendak jumpa client sekalipun, Anis akan pastikan kerja-kerjanya sudah dibereskan terlebih dahulu.

“Alah…kejap je Nis. Aku nak melaporkan persiapan terakhir kita. Kau duduklah sekejap, manalah tahu kut bos nak minta pendapat kau.” Zahir memujuk Anis. Cara Zahir bercakap, dengan duduknya yang rapat disisi Anis membuatkan Riz Ilham terhenti langkahnya di pintu masuk bilik mesyuarat itu. Uiks….rapat tu! Apa kes ni? Kau jangan cari pasal Zahir, minah tu aku punya tu. Kata-kata itu hanya terlahir di dalam hati Riz sahaja. Riz Ilham menjeling tajam kepada Zahir.

“Pergh….jeling maut tu!” Zahir berbisik perlahan ke telinga Anis. Anis berpusing mengikut pandangan Zahir. Adoi….tajamnya, kalah pisau yang baru diasah. Masak, masak. Belum kena potongpun dah terasa ngilunya. Bayangkanlah betapa tajamnya jelingan Riz itu. Meremang bulu roma Anis.

“Shall we start now?” Riz Ilham memandang Zahir. Dia kena professional dalam kerjanya. Lagipun antara dia dan Anis telah ada ‘M.O.U’ yang mereka buat. Hubungan yang dalam percubaan ini tidak perlu dipertontonkan kepada staf mereka selagi belum rasmi. Sudah agak lama mereka bersama namun belum ada yang dapat mencium keintiman hubungan mereka.

“Right on bos….” Zahir terus melaporkan apa yang telah dilakukannya. Riz Ilham mendengar dengan teliti. Itulah kelebihan Riz Ilham. Dia memang cekap dan cepat mencatat maklumat.

“Respon dari Navy dah dapat?” Riz bertanya. Telinganya mendengar tetapi jari-jarinya cepat sahaja membelek fail yang ada di depan matanya.

“Sudah bos.”

“Not in here.” Riz menunjukkan fail yang ada di depan matanya.

“Eh…are you sure boss?” Zahir bertanya ragu-ragu.

Riz Ilham menolak fail yang sedang dibacanya kepada Zahir. Mukanya yang kelat itu membantutkan Zahir untuk bertanya banyak. Fail dicapainya lalu dibelek satu persatu.

“Double check dulu sebelum nak lapor kepada saya.” Sinis sahaja kata-kata yang keluar dari mulut Riz. Walaupun suaranya tidak tinggi, tetapi ayat-ayat yang keluar itu tetap pedih. Anis sendiri rasa kelu mendengarnya. Riz tidak pernah menunjukkan sikap begini di hadapannya sebelum ini. Mungkinkah Riz memendam rasa? Inikah Riz yang sebenarnya?

“Excuse me…” Anis bangun. Malas hendak mendengar lagi. Zahir nampak macam terkedu mendengar sindiran Riz. Tentu dia malu. Anis tidak mahu menjadi saksi kejadian ini. Dia pun rasa tidak selesa.

“Where to?” Riz bertanya. Suaranya serius sahaja. Sudah hilang Riz yang sentiasa bersuara lembut. Anis tidak biasa dengan Riz yang begini.

“I’m not interested to see you chopping someone’s head.” Anis menjawab dengan berani. Tidak suka dia hendak berdepan dengan Riz yang serius begini. Kirim salamlah nak tunggu. Baik cabut, siapkan tugasan yang terbengkalai tadi, ada juga faedahnya.

“Am not doing that.” Riz juga menjawab dengan tegas. Garang sangat ke suara aku? Riz bertanya di dalam hatinya. Anis ni yang manja sangat, buat suara kasar sikit pun dah sentap. Yang kau duduk rapat-rapat dengan Zahir tu kenapa? Saja hendak melukakan hati aku, kan? Percakapan dalam hati tidak akan berhenti selagi belum reda kepedihan yang dirasainya.

“Yes you are. And you are doing that on purpose.” Tanpa sedar mereka bertengkar di hadapan Zahir dan Zainab. Keduanya saling berpandangan. Apa kes ni? Zahir yang tadi rasa terpanggang dengan teguran Riz kini menahan tawa yang hampir terlambak. Kantoi sudah! Heheheheh….bosnya cemburu. Ketahuan sudah rahsia mereka berdua. Oooo….ada apa-apa ek!

“Awak senyum apa Zahir?” tiba-tiba Riz Ilham menegur Zahir. Adoi….cemburu punya pasal, benda kecil dah jadi besar. Kan dah terbarai. Aduh. Ni semua Anis punya pasal. Sudahlah tiga empat hari ini tak sempat nak keluar ‘date’, masuk ke pejabat hari ni tengok pula Zahir berbisik-bisik dengan Anis. Siapa tak angin? Kut ye pun ada hal nak bincang, duduklah jauh-jauh sikit. Tidak habis-habis Riz membebel di dalam hatinya. Pedih dan sakit sungguh!

“Dah lama tak tengok bos macam ni. Tu yang nak tergelak tu.” Zahir menjawab jujur. Tidak pandai dia hendak mereka-reka cerita. Hendak kena marah pun nasiblah. Lagipun dah alang-alang kena marah tadi, kena sekali lagipun dah tak ada hal.

“Macam budak-budak. Hal kecil pun nak marah-marah…” Anis pula menyampuk. Dia pun sama juga. Kalau dia tak mulakan dulu, tentu tidak begini jadinya. Geram dia melihat Riz menjeling-jeling pada Zahir tadi. Tu pasallah Anis nak cabut keluar dari bilik mesyuarat.

“Mana ada Riz marah. Anis tu yang berangin kenapa? Riz cakap dengan Zahir, Anis pula yang terasa.” Riz Ilham macam merajuk. Dia tidak sedar perlakuannya menarik tumpuan Zahir dan Zainab. Melopong mereka berdua. Riz, Anis….mang aiii….gaya macam orang bercinta pula.

“Bos, bos….” Zainab, setiausaha Riz Ilham memanggil perlahan. Tangan Zainab yang digawang-gawangkan di hadapan matanya mengejutkan Riz Ilham. Uiks.….dah jauh ke aku melalut? Tebalnya rasa muka Riz Ilham. Adoiiii. Tujuh keturunan tak habis malu ni. Huhuhu.

“Apanya?” Riz bertanya dengan selambanya. Dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu betapa malunya dia. Kantoi hidup-hidup dengan stafnya. Mujur baik kedua-dua mereka ini jenis yang tak kesah. Tak gemar menjaga tepi kain orang. Tapi kalau kain dah terselak macam ni? Harap-harap tidaklah menjadi bahan gossip. Masak tu. Selama mengenali mereka berdua, Riz masih boleh percaya dengan sikap professional mereka.

“Ada apa-apa ke?” Zainab bertanya perlahan.

“Mana ada!” serentak pula Anis dan Riz menjawab. Beriya benar mereka menafikannya. Geli hati pula Zainab melihat sikap kebudak-budakkan mereka.

“Sungguh-sungguh benar menafikan tu, kang menjadi tau…” Zainab sudah tergelak. Begitu juga dengan Zahir. Riz Ilham memandang wajah comel Anis. Doalah banyak-banyak sikit, biar cepat menjadi, bisik Riz dalam hatinya.

“Zahir, mintak pihak Navy faxkan jawapan mereka. Saya nak hitam putihnya. Bajet semua ni saya hendak ada resit-resit yang lengkap. Nanti senang kita nak audit. Eerm…siapa yang bawa kereta esok?” Riz sengaja mengalihkan tumpukan kepada perkara yang sedang mereka bincangkan tadi. Tidak mahu dirinya menjadi bahan bualan.

“Abidin bawa kereta syarikat.” Zahir menjelaskan.

“Anis?” Riz Ilham memandang tepat ke wajah Anis meminta kepastian.

“Rasa nak naik bas, boleh?” tanpa sedar Anis seolah-olah meminta izin dari Riz Ilham. Kalau dah bertentang mata tu, lupa pada keadaan keliling. Tidak perasan langsung Zahir dan Zainab berdiri santai mendengar perbualan mereka.

“Ibu ikut ayahlah. Ayah ingat nak bawa Hadif. Bagi dia rehat kat sana. Kita naik kereta ayah ye?” hahahaha…..sempoi sungguh Riz berbicara. Itulah panggilan yang digunakan oleh Ahmad Hadif, anak kakak Ain kepada mereka berdua. Ayah dan ibu.

Zahir dan Zainab membuat ‘double click’ mata mereka mendengarkan perbualan antara Riz dan Anis. Ermmm….ibu dan ayah ek! Sudah terang lagi bersuluh ni. Tadi beriya kata tidak ada apa-apa. Hohoho….banyaklah tak ada apa-apanya tu.

“Jauh ni, tak apa ke ayah?” Anis bertanya ragu-ragu. Lembut sahaja suaranya. Dia sudah berjalan menghampiri Riz. Mereka biasanya beginilah, bila bercakap macam hendak berbisik-bisik sahaja. Tak suka bising-bising.

“Ibu ada, ayah rasa oklah. Dia dah lima tahun. Ibu ikut ayah ek?” Nada suara Riz sudah kembali ke asalnya. Lembut.

“Ermm…ikut suka ayahlah.” Anis memberi kata setuju.

“Yes!!!!!!” Zahir dan Zainab bertepuk tangan.

Terpinga-pinga Riz Ilham dan Anis Amira. Waaaaa…..kantoi habis! M.O.U terbang entah kemana. Huhuhu.

BAB 10

RIZ ILHAM dan Zahir membantu pemandu bas menyusun beg-beg dan segala barang yang hendak dibawa ke Lumut. Penuh padat ruang tempat letak barang itu. Ini baru hendak pergi, balik nanti tidak tahulah. Dalam bas pun penuh agaknya. Apalah yang dibawa agaknya? Bukannya lama sangat mereka hendak pergipun. Cuma tiga hari dua malam sahaja. Ini semua mesti barang-barang orang perempuan ni. Pandai sahaja Riz Ilham membuat andaian. Yelah, cuba fikir secara logik, hadiah-hadiah untuk program yang telah dirangka semuanya dimasukkan dalam kereta yang akan dipandu oleh Abidin. Maknanya yang dalam bas ni adalah barang-barang peribadilah. Pergh…..satu bas penuh. Dasyat gila!

“Riz, Hadif tak ikut ke? Tak nampakpun kelibat dia.” Anis bertanya sambil menghampiri Riz yang sedang berbincang sesuatu dengan Zahir. Terangguk-angguk Zahir mengiyakan percakapan Riz. Kalau tak angguk, nak buat apa lagi, ye tak? Saya yang menurut perintahlah katakan. Dengar sajalah. Apa yang perlu dicatat, ditulisnya dalam buku kecil.

“Tak jadi nak bawa dia. Kak Ain balik ke rumah mama. Lagipun kata kak Ain, dia takut Hadif tak selesa.” Riz Ilham menjelaskan.

“Kalau macam tu, Anis naik baslah ye.” Anis meminta kebenaran. Segan juga dia hendak berdua dengan Riz sahaja. Nanti apa kata orang lain? Kalau keluar pergi makan lainlah, sekejap sahaja. Ini nak ke Lumut, jauh tu beb! Boleh siap berdengkur nanti. Hisy…kacau tu. Setakat hari ini hanya Zahir dan kak Nab sahaja yang tahu serba sedikit tentang hubungan mereka.

Riz Ilham ajak Anis bercakap jauh sedikit dari Zahir. Tidak mahu perbualan mereka didengari oleh Zahir ataupun rakan-rakan mereka yang lain. Riz Ilham merenung wajah Anis yang tenang.

“Beb, sportinglah sikit. Jauh ni nak drive sorang-sorang. Keras aku kebosanan dalam kereta nanti.” Riz bercakap di dalam hatinya. Matanya tunak merenung Anis.

“Kenapa nak naik bas?” Riz bertanya perlahan. Cuba menyelami isi hati Anis. Hari tu dah elok plan mereka. Hendak ke Lumut bersama-sama. Dah ke langit biru Riz Ilham berangan. Ehhhh….hari ni dia buat cerita lain pulak. Nak kena sekel betul minah kelam kabut ni. Membebel-bebel Riz Ilham di dalam hatinya.

“Nanti orang perasanlah Riz. Kan Riz juga yang cakap, tak nak orang tahu hal kita sebelum ada apa-apa.” Anis menjawab jujur.

Riz mengeluh perlahan. Hmmm. Macamana ni? Dulu memanglah tak nak orang tahu. Sekarang ni rasanya lebih baik orang tahu. Ada juga orang yang akan bercerita kepada Erika nanti. So tidak perlulah Riz beriya-iya mereka cerita lagi. Jem otak nak buat alasan tau! Siapa cakap menipu tu senang, memang pembongaklah orang itu. Tiap kali Erita telefon, sengal kepala Riz hendak mereka alasan untuk menolak pelawaan Erika. Lebih sakit lagi bila ada stafnya yang memberitahu Erika bahawa Riz masih lagi solo. Mereka tidak pernah melihat Riz dengan perempuan lain yang dikatakan ‘isteri’ itu. Apa punya staflah. Langsung tak pandai nak backup bos.

“Anis kesah tak kalau orang tahu tentang kita?” Riz Ilham inginkan kepastian sebelum dia merancang sesuatu.

“Tahu tentang kita apanya?” keliru Anis dengan pertanyaan Riz itu.

“Anis ni….Hubungan kitalah. Tak faham ke buat-buat tak faham?” angin pula Riz dengan sikap selamba Anis ni. Hari tu dah ‘declare’, ni dia boleh tanya pula lagi? Aduh. Kang aku cekik juga minah ni.

Anis diam seketika. Konon berfikirlah tu. Kalau betul nak serius, kenapa perlu berlindung lagi? Nanti timbul fitnah pula. Tapi Anis pun tidak berapa selesa kalau orang tahu tentang hubungan yang tak berapa pasti ni. Memanglah seronok berbual dengan Riz. Riz banyak idea. Banyak modal hendak bercerita. Entahlah. Susah hendak menjelaskan sebenarnya.

“High time dah kut. Biarlah orang tahu. At least, kalau orang ada hati dengan Riz atau Anis, mereka boleh tentukan apa nak buat, ye tak? Anis rasa ramai yang minat pada Riz kat ofis kita tu…” Anis mengusik Riz. Riz sering menafikan hakikat dia diminati. Mungkin ni masa yang sesuai untuk mendedahkan hubungan mereka secara tidak langsung.

“Hisy…awak ni…” Tidak senang Riz mendengar kata-kata Anis itu. Matanya dikecilkan tanda tidak puashati dengan kata-kata Anis itu.

“Cik Anis…..” Azura menjerit memanggil nama Anis dari muka pintu bas. Tangannya dilambai-lambaikan untuk menarik perhatian Anis Amira.

“Riz, jap ye. Kan kepoh lak minah tu. Tu pun peminat awak gak tu”

Anis terus berlari mendapatkan Azura. Apalah yang hendak dikatakan oleh Azura agaknya.

“Yes, ada apa Zura?” Anis bertanya setelah dia berada hampir dengan Azura.

“Semua dah ready ni. Cik Anis naik bas kan?” Azura rasa sedikit cemburu melihat Anis bercakap dengan bos besar mereka. Nampak macam mesra je. Bos tu bila bercakap dengan Anis, tak berkelip-kelip matanya. Merenung sakan. Tahulah Anis tu cantik, tapi orang lain pun cantik gak. Tak suka ar tengok aksi bos begini. Sakit ulu hati ni tau. Rasa nak butakan aje mata bos saat ini. Biar bos tidak dapat melihat Anis. Hisy…jahat pula hati ini.

“You go on dulu. I ada hal dengan bos kejap. Mungkin I ikut abang Bidin atau terus dengan bos sahaja. Jumpa kat sana ye.” Akhirnya Anis memutuskan untuk pergi bersama Riz Ilham. Kesian juga Riz memandu sorang-sorang. Jauh tu! Kang kejung pula boss orang-sorang memandu tanpa teman. Hehehheh…kesianlah tu kononnya. Konon tak habis-habis. Mengaku sajelah, awak pun tak mahu biarkan Riz keseorangan. Sama-sama hendak mengambil kesempatan untuk saling mengenali hati budi dengan lebih dekat lagi. Ermmm.

“Beg cik Anis saya dah angkat ke atas. Nak bawak turun ke?” tawar sahaja bunyi suara Azura. Ingatkan bolehlah duduk sebangku dengan cik Anis, rupanya ‘member’ dah ada plan lain. Haila.

“Ohh…ye ke? Ermm…bawak turunlah. Ada telekong saya dalam tu. Kang nak solat susah pulak. Tak selesalah nak pinjam-pinjam.”

Tepat jam sembilan pagi mereka bertolak ke Lumut. Anis memutuskan untuk naik kereta sahaja bersama Riz. Selesa sikit. Melihat senyuman yang tersungging di bibir Riz, Anis tahu keputusan yang dibuatnya menyenangkan hati Riz. Apa jadi agaknya kalau Anis tumpang Abidin sahaja tadi? Tentu muncung Riz akan panjang sedepa. Panjang tuuuu. Heheehhe. Atau mungkin juga muncung Riz boleh diikat. Macam muncung itek.

“Thanks dear. Really appreciate it.” Riz bersuara setelah agak lama memandu dalam keadaan diam. Ikut hati memang rasa hendak melompat-lompat bila Anis menghampirinya dengan beg pakaian tadi. Tapi Riz control macho sahaja. Cool aje beb. Selamba badak sahaja Riz masukkan beg Anis dalam bonet keretanya. Macam angkat harta sendiri. Tak ada segan silu lagi dah. Kata orang macam wa punya barang beb! Beg telekung Anis siap letak kat ‘seat’ belakang lagi. Mentang-mentanglah naik kereta berrdua sahaja. Suka suki je nak letak kat mana pun. Pergh….sekali pandang macam pengantin baru hendak pergi berbulan madu. Pakai baju serupa pulak tu! Class gitu…..tapikan, sebenarnya, satu bas pakai baju serupa. Huhuhu….

“Riz dah sarapan ke? Anis laparlah. Tadi tak sempat nak makan pun.” Anis terasa perutnya sudah mula pedih. Dia bukan boleh lewat makan, mulalah perutnya hendak meragam. Along selalu cakap, perut ‘second hand’. Tak boleh lewat sikit makan, mulalah buat hal.

“Kejap ye, tadi dah janji dengan driver, kita stop di Sungai Buluh untuk makan. Dalam bas pun ada yang belum makan lagi. Boleh tahan tak ni?” Riz menjeling Anis. Nampak macam orang sakit perut je. Riz rasa tidak sedap hati pula melihat Anis yang hanya mengangguk kepala sahaja. Signal diberikan apabila Riz melihat ada stesen minyak di hadapannya.

“Kejap ye..” Riz Ilham berlari-lari anak masuk ke dalam stesen minyak tersebut setelah memarkirkan keretanya. seketika kemudian dia keluar semula dengan membawa sebuah beg plastik di tangannya. Beg dihulurkan kepada Anis.

“Makan tu dulu untuk alas perut. Boleh ye?” Riz bersuara perlahan. Bawak anak dara orang, kena jaga weh.

Terkelip-kelip Anis memandang Riz Ilham. Anis tidak menduga Riz Ilham begitu mengambil berat tentang dirinya. Anis tidak berkata apa pun tadi. Malah rasanya dia mengangguk kepala mengatakan dia boleh bersabar hingga sampai ke hentian Sungai Buluh. Semacam punya perasaan aneh menyapa hati Anis. Sayang kah itu? Aisey…macam tak faham pula. Sendiri rasa, sendiri tahulah.

“Thanks. Susahkan Riz sahaja.” Anis bersuara perlahan. Malu juga dilayan begini. Anis tahu Riz baik, tapi tidak diduganya Riz perihatin begini sekali. Tambah berbunga-bunga hati Anis.

“Susah apanya. Kalau Anis pengsan, lagi Riz susah. Kita sharelah, Riz pun lapar juga ni.”

Sedikt-sedikit Anis cubit sandwich dan disuapkan ke mulut Riz. Mamat tu telan sahaja. Lagi senang, tidak melekit tangannya. Indah sungguh hidup ini, makan pun ada yang suapkan. Suap satu hal, dah tu share pulak lagi…alahai. Tanpa sedar, habis empat paket sandwich yang dibeli oleh Riz tadi. Sesungguhnya, makan bersuap ni nikmatnya lain sekali. Heheheh…itulah yang dirasai oleh Riz Ilham. Kalau boleh tiap kali waktu makan, Riz hendak Anis suapkan untuknya. Lemak betul mamat yang satu ini. Bila lagi hendak bermanja. Masa mengayat nilah ‘time’ yang paling sesuai. Semuanya manis!

“Thanks Anis. Kenyang Riz. Nanti suap lagi ek!” Riz mengusik.

Merah muka Anis diusik begitu. Mamat ni, dah aku tolong dia, dia cakap macam ni pulak. Ada yang nak makan sepit ketam ni. Ingat aku suka sangat ke nak suap dia? Bebel Anis dalam hatinya. Anis bukan apa, takut tengok Riz memandu dengan tangan sebelah sahaja. Bahaya tu. Cewah…bahaya konon!

Mereka sampai ke destinasi yang dituju tepat jam dua belas tiga puluh minit petang. Nasib baik naik kereta, kalau naik bas tentu krem bontot Anis. Lama juga tu. Sementara menunggu bas sampai, Riz membuat semakan tempahan chalet. Ada dua puluh chalet semuanya.

“Anis ambil bilik sebelah Riz ye?” Riz membuat cadangan sementara tidak ada telinga yang mendengar perbualan mereka itu.

“Laaa….kenapa pulak? Anis duduk dengan Zuralah.” Anis garu kepalanya yang tidak gatal. Hisy…kacau betul ni. Tak kan nak duduk dekat-dekat kot. Malu ar…..bercakap pun boleh dengar nanti. Buatnya aku mengigau nanti, tak ke haru? Anis membebel dalam hatinya.

“Anis duk soranglah. Riz nak call senang, tak lah segan nak bercakap nanti.” Riz menyatakan rasionalnya. Anis ni macam tak faham pula. Inilah kali pertama mereka keluar berdua jauh-jauh. Sakit pening Anis nanti, tentulah along harapkan dia yang menjaganya. Lagipun Riz sudah berjanji dengan along Anis, dia akan bertanggungjawap terhadap keselamatan Anis. Cewah…janji tuuuu. Janji ke nak ambil kesempatan? Sendiri fikirlah beb. Dua-duapun betul.

Anis diam memikirkan kata-kata Riz Ilham. Tapikan….dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang, rasanya tidak ada masapun mereka hendak ‘calling calling’ lagi. Balik ke bilik tentunya badan dah penat. Petang ni nanti ada games dengan pihak ‘navy’. Malam ada dinner yang disediakan oleh pihak navy. Itu ini, lepuk lepak….sure tengah malam baru balik ke chalet semula. Erm….

“Hello Anis…” Riz berbisik ke telinga Anis. Berangan pula minah ni. Sempat tu. Haila.

Anis tergelak melihat tangan Riz yang melambai-lambai di hadapan mukanya. Mujur tak melatah. Kiranya masih sedar lagilah ni.

“Nak call apa lagi malam-malam buta. Badan dah penat. Anis bukan jenis yang berjaga sampai larut malam. Ikut suka Riz lah nak letak Anis kat chalet mana. Janji tidak sebilik dengan Riz. Mati kena sembelih dengan along nanti.” Anis ketawa kecil melihat jegilan mata Riz. Lawak tidak kena pada tempat.

“Mulut tu jaga sikit ye. Tahulah Riz duda, tapi belum sampai kategori lapar kebulur lagi tau. Iman masih kuat lagi ni.” Selamba sahaja Riz menegur Anis. Heheheh…ye ke iman masih kuat? Memang masih kuat, tetapi ada ketika goyah juga, cuma perkara begitu tidak perlulah hendak difikirkan sangat. Namapun manusia, ada nafsu yang diberikan Allah. Pun begitu, ada juga akal yang diiring bersama nafsu itu. Pandai-pandailah mengimbanginya.

“Sorry Riz. Anis tak maksudkan apa-apa pun. Anis gurau je. Tak kan guraupun tak boleh…sorry ek???” cuak juga Anis melihat keseriusan wajah Riz. Hisy…garang juga mamat ni. Kecut perut Anis. Suailah awak jadi bos Riz. Macam ni ke ciri-ciri lelaki idaman? Anis bertanya hatinya sendiri. Mungkin kot. Riz ada pendirian. Anis pandang sahaja wajah Riz. Memang dia rasa serba salah. Tapi memang Anis tidak berniat buruk pun. Bukan juga menuduh Riz miang atau memiliki segala sifat yang sewaktu dengan miang itu.

Riz Ilham juga merenung wajah Anis. Dia melihat kegusaran di mata Anis. Nak tergelak tengok Anis yang terkulat-kulat dan terkelip-kelip memandang wajahnya. Akhirnya Riz Ilham mengukir senyuman yang cukup manis buat Anis. Senyuman untuk menghilangkan kegundahan Anis.

“Its alright dear. Riz tak marah pun. Cuma jangan cakap macam tu depan orang lain. Nanti apa pula anggapan mereka. Okey?”

Anis hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata-kata Riz itu. Senyuman yang Riz berikan membuatkan Anis kelu untuk mengeluarkan suaranya. Bapaklah handsome cik abang ni. Pak we aku ke ni???? Pergh..punyalah untung. Harap-haraplah perangai dia sekacak orangnya. Amin…Anis mendoakan dalam hati. Eh…boleh ke doa macam ni? Anis garu lagi kepalanya yang tidak gatal. Konfius …..konfius.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Weh… Aku punya tu!!!!!! 9, 10”
  1. rosmpkmn says:

    ok best

  2. aiqila fariz says:

    mmg besttt

  3. Eppy says:

    Best…
    Hope citerr ni x byk konflik yg terlalu sadis..
    Penat nk lelehkn air mata…

  4. chipsmwr says:

    heheee…kelakar pon ade cite nih…besttt…gelak2 bace…

  5. myra says:

    EZ NUR NIE ORG N9 KER?
    SBB CENEKE,PEMBONGAK N SEKEIH 2 BHASA N9

  6. june says:

    hik hik hik..sakit perut aku gelak depan pc,besttttt.. ape maksud ceneke,pembongak dan sekeih tu..

  7. linah says:

    best..best..best..

  8. wanie says:

    best…bila nak sambung lagi..
    tak sabar nak tau apa yang akan terjadi semasa hari kelurga nanti..
    ada blog tak..

  9. asupathy says:

    Superb…Bagus..Best and Funny

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"