Cerpen : Cinderella

11 March 2012  
Kategori: Cerpen

24,843 bacaan 89 ulasan

Oleh : Anjell Homosapien

“Wei… tunggulah!” sekali lagi Kak Long memanggilku. Termengah-mengah dia. Aku panas hati. Sejak tadi asyik berhenti je. Selalu je buat transit tengah-tengah jalan. Bila nak sampai rumah kalau macam ni? Sengal betul.

“Cepatlah.. terhegeh-hegeh. Sikit je lagi nak sampai rumah,” marahku balik. Kak Long buat muka.

“Patella aku ni rasa dah nak bercerai dari femur, tau tak?” Kak Long dah masuk istilah Anatomy. Mentang-mentang budak medic.. Istilah harian dengan adik sendiri pun nak guna istilah Bio ke? Mentang-mentang aku budak engine. Karang aku pulak yang keluar istilah fizik, barulah dia pulak yang nganga.

“Pedulilah… Yang aku tahu, red blood cell aku ni dah menggelegak sekarang ni tahu tak?” aku turut balas. Sengaja sindir dia balik. Dia buat muka. Tak puas hati la tu.
Aku pandang dia. Kesian pun ada. Memang sifat kakak dan adik berbeza sangat antara kami. Yang cun-cun, baik-baik bak perempuan Melayu terakhir tu bagilah kat kakak aku tu. Tapi, segala perangai sebaliknya dapat kat aku. Aku pun tak tau kenapa genetic umi ngan papa terbahagi tak sama rata kepada aku dan kakak aku.

“Ni kau punya pasallah. Asal gaduh je taknak naik kereta si Sam tu. Yang jadi mangsa sekali ngan aku,” rungut Kak Long lagi sambil mengurut betisnya. Peluh yang keluar tak payah nak cakapla. Dah macam lari jogathon pun ada.

Aku tak peduli. Aku memang berang gila! Sial betul hari ni. Dahlah presentation hancur. Tambah pulak dengan pergaduhan dengan Sam, kekasihku. Aku memang geram. Depan aku pun sempat main mata dengan perempuan lain ke? Depan mata aku pulak tu. Aku ni kekasih dia tahu. Aku apa lagi. Senyum-senyum sambil ikhlaskan segalanya? Salah orang la, bro. Sempat aku lancarkan perang sebelum blah tadi.

Tapi macam biasalah. Dia kejar aku. Dia akan ungkapkan kata-kata pujangga sampai monyet dengar pun boleh muntah. Dia pujuk aku lagi. Sehinggalah Kak Long jadi penyelamat. Akhirnya, aku dan Kak Long terpaksa jalan kaki lepas Pak Nik, driver kami tak boleh nak ambil kami. Sepatutnya hari ni kami pulang bersama Sam.

“Aku pun heran la. Muka macam Sam tu pun kau boleh terpikat ke? Bukan handsome sangat pun..” kutuk Kak Long selamba.
Aku tahan rasa. Mentang-mentang pak we dia kacak maut. Nanti aku cari yang lebih handsome baru tau! Aku pun heran macam mana aku boleh sangkut dengan si Sam tu. Padahal aku ni perangai dah macam lelaki. Ayat apalah yang si Sam tu gunakan sampai-sampai aku mudah sangat nak cair dengan dia?

“Membebel pulak. Aku tinggal baru tau!” ugutku. Bukan dia tak tau aku kalau jalan dah macam kena kejar t-rex. Grenti tertinggal belakang.
Hati dah makin panas. Malas nak layan Kak Long yang kuat membebel tu, aku meneruskan perjalanan. Tak sampai 100 meter lagi rumah kami. Boleh sampai dalam masa beberapa minit lagi kalau Kak Long tak buat iklan kat tengah-tengah jalan ni! Pedulikan dia. Penat mulut, jalan la tu.

“Wei.. tunggulah..”

“Alangkah bagusnya kalau glucose yang diconvertkan jadi tenaga kat mulut kau tu digunakan untuk kaki? Lecturer Bio kau tak ajar ke?” sinisku.

“Gelaplah kulit aku kalau macam ni,” rungutnya lagi.

“Diam boleh tak?”
Panas betul. Dalam luar semua panas. Topi atas kepalaku dibuang. Rambut separas pinggangku terurai jatuh. Macam manala orang perangai lelaki macam aku ni boleh simpan rambut sepanjang ni? Jawapannya senang saja. Madam besar dalam rumah aku tu tak kasi potong. Ikutkan hati memang aku nak potong. Buat gaya Jan Geun Seuk dalam You’re Beautiful pun cun jugak.

Kemudian rambut kembali disimpulkan sebelum ditutup dengan cap. Itulah gayaku ke university. Jarang orang menyangka rambut aku sepanjang itu memandangkan perangai aku ni mengalahkan jantan.

Aku sambung jalan. Setiba di selekoh kiri, sebuah BMW M5 membrek terkejut. Hampir-hampir melanggar Kak Long. Terjerit Kak Long. Kak Long terus terduduk. Terkejut mungkin. Makin menggelegak hati bila lihat pemandu itu tergesa-gesa mematikan talian sebelum keluar menolong Kak Long. Kurang ajar betul. Mentang-mentanglah ni kawasan perumahan dan tiada polis trafik, dia seriang kanak-kanak ribena je hentam undang-undang sendiri? Marah aku yang lama pun belum surut, dah timbul pulak yang baru? Memang nak kena lelaki ni!

“Kak Long..” aku lihat Kak Long. Nasib baik Kak Long tak kena langgar.

“Cik.. Are you okey?” soal lelaki itu cemas.
Dushh!! Terus aku hadiahkan penumbuk sebijik. Hujung bibirnya kebiruan gara-gara penumbuk mautku. Mungkin sebab sakit, terus bibirnya dipegang. Dia nampak terpinga-pinga sekejap.

“Kenapa nak langgar kakak aku, hah? Tak reti bawak kereta ke?” marahku.
“Miss..”

“Pakai handphone tak guna handsfree. Kalau kakak aku kena langgar, macam mana?” hentamku lagi. Rasa terluah habis segala rasa marahku. Sampai-sampai isu guna handfone dalam kereta tanpa handsfree pun aku bangkitkan. Padahal tulah jenayah yang aku selalu buat. Dia terdiam.

“Kenapa diam? Nak kata bisu.. reti pulak pakai hanset. Blackberry lagi..” sempat aku usha handsetnya. Wajah lelaki yang berkaca mata hitam itu kutenung marah. Nampak gaya macam Cina! Paham ke tak aku cakap Melayu ni?

“Saya bukan nak langgar awak. Saya nak langgar kakak awak,” jawabnya. Kurang asam. Nak kena tumbuk lagi agaknya.

“Saya tak apa-apa..,” sampuk kakakku lembut. Perlahan-lahan dia berdiri.

“Saya minta maaf,” pinta lelaki tu lagi.

“Saya salah jugak. Maafkan adik saya, ya. Hormone dia tak stabil hari ni..” pinta Kak Long.

“Kak Long.. Kak Long mesti..” aku tak puas hati.

“Sudahlah tu.. Jom balik..” Kak Long heretku.

“Biar saya hantar pulang sebagai tanda mintak maaf.”

“Tak payah. Ingat aku nak percaya kau ke? Entah-entah perogol bersiri terlepas penjara..” selamba aku tuduh dia.

“Thanks.. but no thanks. Enough, Jasmin. Jom.. maafkan adik saya, ya.”
Kak Long heret aku. Dan lelaki itu hanya memandang kami pergi.

——-

“Kau ni memang melampau la. Control la sikit..” Kak Long terus membebel. Sampailah masuk ke dalam rumah kami. Itupun sebab umi yang mencelah. Mungkin pelik bila melihat muka tegang Kak Long.

“Kenapa ni?” soal umi.

“Tanya anak kesayangan umi ni la. Kalau dah marah, habis menda nak disemburnya. Entah mamat mana tadi ditumbuknya,” adu Kak Long. Aku hanya sengih bila lihat umi geleng kepala.
Memang umi masak benar dengan perangai anak bongsu dia ni.

“Jasmin.. jasmin.. Bilala awak nak berubah ni? Cubalah jadi perempuan sikit,” umi pulak membebel.

Adoi.. dah membebel kuasa dua ni. Aku cepat cari jalan untuk naik bilik. “Nak naiklah. Letih..” aku beralasan.

“Nak lari la tu..” aku buat muka pada Kak Long yang tak puas hati tu. Cepat-cepat aku naik tangga. Tapi sempat lagi aku dengar ayat terakhir umi.

“Kalau ada lelaki yang boleh buat Jaz jadi perempuan sikit, memang umi yang akan pinang dia untuk Jaz.”

Aku malas ambil pusing dah. Dalam bilik, baru terasa bersalah sebab tumbuk mamat tu. Kesian dia. Nasib baiklah dia tak balas. Kalau tak, memnag takde hidung aku hari ni. Argh.. pedulilah. Sebab aku memang takkan jumpa lagi mamat tu.

—–

Sayang punya pasal, tak sampai dua hari kami gaduh. Dia bijak guna kata-kata manis. Terus cair hati aku. Hubungan kami kembali seperti normal.

“Tepi please…” kataku.
Aku berhadapan dengan dua orang yang paling aku benci. Mustika dan Haliza. Bisalah.. orang macam aku rasanya tak ramai kawan. Kalau cakap, main lepas. Kalau marah, memang tak berselindung. Kalau tak puas hati, memang aku cakap depan-depan. Sebab aku tak suka jadi hipokrit!! Aku hanya akan jadi diriku yang sebenar.

“Budak tomboy pun boleh cakap lembut-lembut..” sindir Mustika.

“Kalau dah berhadapan dengan orang putus wayar, nak buat macam mana?” aku turut membalas. Ketika tu aku menatang dulang yang ada segelas jus oren dan semangkuk mee kari.

“Kau cakap kami gila?” marah Haliza. Habis berpaling semya orang ke arah kami. Mana taknya. Suara Haliza dah macam halilintar.

“Tepilah.. aku malas gaduh ni. Kalau tak, menyesal korang aku kerjakan.” Aku malas layan. Mood aku tak berapa stabil hari ni. Jumpa pulak minah dua ekor ni. Kalau tak kena gayanya, memang menyesallah mereka sebab jumpa aku hari ni.

“Aku heran la macam mana Sam tu boleh tahan dengan kau? Dahlah takde yang menarik langsung,” kutuk Mustika. Aku cuba bersabar.

“Baik takde yang menarik tapi orang tertarik, daripada tergedik-gedik sebab nak tarik perhatian orang tapi orang tak tertarik.” Aku senyum sinis.

Muka Mustika bertukar merah. Marah benar nampaknya. Tindakannya spontan bila tangannya tiba-tiba mencapai gelas jus orenku. Air oren sejuk yang dicurahkan pada mukaku amat-amat menkagetkanku. Pantas saja darah mendidih. Kurang ajar! Aku raup muka. Bau oren. Tindakan reflex. Terus saja aku mencapai mangkuk mee kari dan dihumbankan ke atas kepala Mustika. Balas dendam!

Bau kari meluap-luap menusuk hidung. Insiden itu menarik perhatian seluruh isi kafe itu. Ramai yang terkejut dengan tindakanku. Wajah merah Mustika memuaskan hatiku. Salah orang la kak kalau nak cari gaduh. Saper yang mulakan dulu?
“Fair and square.. You sold, I paid. Anyway.. cantik kau macam ni,” kataku selamba. Gaya mangkuk yang ditekupkan ke atas kepalanya bersama uraian-uraian mee yang menghiasi rambutnya memang menggelikan hatiku. Pakaian berjenama mahalnya sudah habis dicemari dengan kari.

Tanpa membuang masa, aku terus blah. Inilah aku.. aku akan balas dendam dua kali ganda. Baru rasa puas hati. Sememangnya aku jahat. So, kalau rasa taknak jadi mangsa, janganlah cari gaduh dengan aku.

“Kau akan menyesal, Jasmin Qarmila..” aku sempat dengar jeritan Mustika.
La..la..la… Whatever!

——-

“I rasa hubungan kita setakat ini je, Jaz. I rasa kita tak sesuai. Banyak sangat kekurangan diri you,” kata Sam suatu hari. Betul-betul buatkan jantungku macam nak berhenti. Kenapa dia tiba-tiba mintak putus? Begitu senang dia putuskan segala-galanya?

“Kenapa tiba-tiba? Sebab I bukan macam perempuan lain?” soalku. Mencerun aku memandangnya. Setomboy-tomboy aku, aku masih perempuan. Perasaanku tercalar dengan kata-katanya. Aku masih tak percaya. Sebelum ni tiada masalah pun?

“I rasa sayang I dah beralih pada orang lain. I perlukan perempuan macam Mustika. Sexy.. manja.. cantik and open-minded. You takde ciri-ciri yang yang ada pada perempuan lain.”

Bengkak hatiku ketika nama Mustika keluar. Dia bandingkan aku dengan nenek sihir tu? Dan kerana dia jugalah kami putus? Tak boleh dimaafkan ni!

“Ooo.. sebab perempuan tu? Just go and get her..” kataku geram. Rasa marah dah mengatasi rasa sedihku.

“I will. Mulai hari ni, kita jangan berhubung. Mus tak bagi I call you. Dia tak suka you. Dan I kena tak suka apa yang dia tak suka. Especially you..”
Hati mendidih. Nampaknya balas dendam Mustika dah berjaya. Si Sam ni dah dirampasnya. Takpe.. takpe.. ingat aku tak boleh cari pengganti ke? Sam ni pun satu. Dengan aku dulu, bukan main berlembut. Dasar jantan tak guna. Dan kerana geram, aku tumbuk muka dia sekali.

“Tu salah satu ciri yang memang takde pada perempuan lain.” Aku senyum puas. Puas bila lihat dia mengerang kesakitan. Sampai tersungkur ke tanah dia aku kerjakan.

“Dan cakap kat perempuan tu, setakat muka macam kau ni, aku tak heran la. Cakap kat dia lagi, aku akan cari yang jauh lebih handsome daripada kau..”

Aku terus tinggalkannya. Berani Sam rendah-rendahkan aku, ya? Aku benci lelaki!! Menyusahkan betul. Hanya kerana aku ni tak seksi dan bergaya macam perempuan lain, dia tinggalkan aku?

Hanya kerana aku tomboy, jadi aku tak punyai perasaan macam perempuan lain? Maruahku terasa tercabar. Hey.. ingat aku tak cantik ke? Kalau aku nak jadi macam Mustika, lebih daripada boleh. Sekali aku tayang betis licinku, grenti ramai yang berduyun-duyun mengisi borang untuk memikatku. Tapi aku tak nak! Aku bukan hipokrit. Hidupku segala-galanya simple. Cukuplah dengan gaya ala-ala lelaki yang memudahkan aku untuk bergerak dan aku cukup gembira sekarang.
Ada ubi ada batas, ada hari aku tak kasi chance dah! Satu hari nanti mereka akan kenal siapa Jasmin Qarmila.
—-

Sudah sebulan aku menjadi single. Hariku seperti biasa. Cuma kadangkala adalah jugak terkenangkan Samsul. Berkerutu mataku saat melihat Samsul dan Mustika. Macam belangkas. Siap berpeluk-pelukan. Menyampah aku. Semakin dekat denganku, semakin galak mereka menunjukkan kemesraan mereka. Agaknya nak buat aku cemburu la tu.

Okey.. kita tengok. Sama ada aku cemburu ataupun mereka yang sengsara makan penumbuk aku yang sememangnya dah lama cari mangsa baru. Nak cuba, datang dekatla. Ada berani ke? Berpelukan macam suami isteri. Patutlah Sam suka. Dia bebas mencerobohi hak milik Mustika. Kalau dengan aku? Memang dah masuk kuburlah dia aku kerjakan.

Ramai yang bertepuk tangan menyokong hubungan mereka berdua. Kata mereka macam pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan. Macam-macam mereka kata belakang aku. Sekali aku tayang muka bengang, terus senyap. Tahu pulak takut.

“Tomboy tu takkan ada pakwe la. Aku jamin. Saper yang suka perempuan tak macam perempuan tu?”
Lagi..

“Padan muka Sam tinggal dia. Memang Sam tu tak buat keputusan salah..”
Ada lagi…

“Memang malang la yang jadi kekasih dia nanti. Kasar mengalahkan jantan. Hari-hari kena wrestling..”
Arghh… kenapa semua orang berpandangan serong pada perempuan macam aku ni? kalaupun aku ni seorang yang tomboy, aku masih perempuan. Yang hatinya akan lembut bila disayangi. Bukannya aku ada hati kat perempuan!
Kawan-kawan baikku, Anne dan Dania pula kuat membebel. Besar sangat agaknya kesalahanku melepaskan Sam. Macam-macam nasihat mereka nak aku berubah jadi perempuan sejati. Hey.. aku memang perempuan la! Mereka nak aku jadi lebih lembut. Jadi lebih feminine. Tunggulah satu masa nanti, jika diizinkanNya aku akan berubah.

—-

Kolejku digemparkan dengan dengan satu berita. Function of the year. Detik yang memang ditunggu-tunggu oleh semua orang. KECUALI AKU! Buat apa pergi majlis tari-menari macam tu? Takde faedah langsung. Malas betul!

Seperti biasa, function of the year tahun ni kan mencari Cinderella dan Prince Charmingnya. Sesiapa yang jadi Cinderella secara automatiknya pasangannya akan jadi Prince Charming. Memang macam-macam gaya la boleh nampak malam tu. Semua dok kejar nak jadi Cinderella. Mekap muka dah macam nak masuk pertandingan ratu badut. Pakaian pulak punyalah begemerlapan sampai nak tengok pun kena guna spec hitam. Membazir duit sungguh!

Dan ramai pulak yang menjangka title itu disandang oleh Mustika dan Sam. Maklumlah.. couple hot la katakan! Huh.. nak muntah aku. Lagilah aku taknak ikut serta tahun ni.

“Jomlah, Jaz.. kita pergi,” ajak Anne yang begitu teruja sekali.

“Malaslah. Takde guna pun!” bantahku.

“Kau kata nak balas dendam kat Sam ngan Mus, kan? Masa ni lah..” cadang Anne lagi.

“Betul tu. Tapi, dengan syarat kau kena cari Prince Charming la..” tambah Dania.

“Huh.. kerja bodoh! Ingat aku ni perigi cari timba ke?”

“Bukan tulah maksud aku, senget. Jomlah..”

“Please…” pujuk Dania pulak.

“Aku takde baju.” Aku bagi alasan.

“Aku ada. Banyak.. cantik-cantik. Seksi-seksi. Grenti cantik kalau kau pakai,” sampuk Anne.

“Eii.. taknak aku. Kau tayanglah baju apa pun, geans ngan t-shirt jugak yang aku pilih.”

“Suka hati kaulah. Jomla datang..” rayu Dania lagi.

“Yala..yala.. tapi aku pakai macam ni je tau?”

“Kalau gown or dress kan cantik?”tanya Anne.

“Kau nak aku pergi ke tak?” ugutku.
Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum tersenyum. Ada makna tersirat dalam senyuman mereka tu!

—-

Aku datang ke dewan Epsilon ini untuk membalas dendam. Di sini jugalah tempat berlngsungnya majlis tari menari tu. Aku akan pastikan dendamku terbalas malam ni. Tak kira macam mana sekali pun. Kalau terdesak sangat, aku potong je kabel elektrik. Biar hancur majlis ni. ataupun aku tumpahkan air atas baju cantik Mustika.

Manala dua orang ni? janji nak tunggu aku. Sekarang ni, dua-dua pun takde lagi. Takkan dah masuk kot? Aku tengok ramai yang tengok pelik padaku. Semestinya gaya pemakaian aku yang menjadi perhatian. T-shirt biru, geans dan cap. Bukan untuk menari. Tapi macam nak pergi tengok wayang je. Ahh.. buat bodoh je!

Aku pandang jam. Rasanya tak lewat pun. Kurang asam punya kawan. Dengan berat hati, aku melangkah masuk.

Mungkin balasan Tuhan. Kalau dah niat tak baik, macam nilah jadinya. Baru sahaja aku tiba di muka pintu masuk, ada seorang lelaki merempuhku. Pelajar kejuruteraan mekanikal. Bahuku dilanggar agak kuat sehinggakan topi yang dipakaiku terlucut daripada kepala. Serentak itu, rambut panjang aku yang memang tak pernah diketahui orang terurai jatuh. Ala-ala iklan syampu Rejoice pun ada. Habis tergamam orang yang melihatnya.

Belum sempat aku tersedar dari rasa terkejutku, datang pulak seorang pelayan. Entah macam mana silapnya, air yang ditatangnya tertumpah atas bajuku. Habis kotor bajuku. Cepat-cepat lelaki itu meminta maaf. Arghh… aku baru je berniat nak tumpahkan atas baju Mustika. Aku pulak yang kena? Betul-betul balasan Tuhan! Salah aku jugak. Saper suruh tercegat kat muka pintu?

“Maaf.. maaf, Cik. Kami akan tolong cik tukar baju,” kata lelaki tu.

“Saya mana ada baju lain!”

“Jangan risau, Cik. Pihak kami selalu bersedia dengan kemungkinan macam ni.” tubuhku ditolak ke sebuah bilik persalinan.
Dia tinggalkan aku sendirian. Aku mengeluh. Hancur betul! Menyesal aku datang. Menyesal.. menyesal.. menyesal. Jaga kau, Dania dan Anne. Aku berus korang kalau jumpa lepas ni! Aku buka almari yang berada di tepi dinding tu. Ada beberapa pasang baju yang memang cantik. Semuanya jenis dress. Aku nak pakai yang ni ke? Kutarik satu yang warna merah. Padan dengan tubuhku. Tapi.. awat baju ni terang sangat? Berkelip-kelip macam lampu dangdut je aku tengok? Sakit mataku.

Eeii.. taknak la ku! Mesti buruk giler kalau kau pakai baju macam ni! Memalukan je. Balik jela. Buang masa aku jela. Ya.. baik aku balik. Baru beberapa langkah aku melangkah, aku berhenti. Nak balik ke? Penat-penat aku datang. Mesti Mustika ketawa kalau aku tak datang. Mesti dia ingat aku tak dapat lupakan Sam. Mana boleh! Ini Jasmin la. Mana boleh kalah. Bukanke aku datang sini sebab nak tunjukkan yang aku bukan tewas ke? Baiklah.. aku akan sertai jugak malam ni.

Aku berpatah balik ke almari itu. Aku tarik pulak yang warna hijau muda. Cantik. Tapi, kenapalah pendek sangat ni? Macam tak pakai baju pun ada. Aku tolak ke tepi. Baju berwarna hitam pulak yang aku tarik. Cantik. Bila dipadankan pada tubuhku, besar sangat la pulak! Sampai terlondeh bahagian dada. Free je aku tanggung dosa orang lain malam ni.

Apasal la baju yang disediakan ni merosakkan akhlak je semua. Takde t-shirt ke? Aku pandang almari. Ada satu je lagi baju yang aku tak try. Masih dibaluti plastic pulak tu. Aku padankan pada tubuhku. Betul-betul muat dengan tubuhku. Aku tengok cermin. Jelas kelihatan tubuhku dibaluti gaun labuh putih yang labuh sampai ke kaki. Baru aku tau, aku ni ramping jugak. Gaun ni dah macam gaun pengantin pun ada.

Ada jugak sepasang kasut tumit tinggi. Betul-betul muat dengan kakiku. Aku berjalan selangkah. Adoi.. sakit giler! Kalau tak kenangkan kasut aku yang turut basah tu, haramlah aku nak pakai heels ni! Sumpah aku takkan pakai lagi. Susahnya nak jadi perempuan sejati. Aku buang cap yang berada atas kepala. Sangat-sangat pelik kalau aku pakai cap. Rambut panjangku disanggul agar tak berserabut. Aku pandang jam. Alamak.. dah startlah! Aku lari laju. Fuh.. nasib baik tak tertanggal kaki aku gara-gara memakai kasut itu. Banyak kali aku terpelecok. Makin lama, aku makin biasa.

Betul ke aku nak masuk? Ahh.. masuk jela. Tanpa membuang masa, aku melangkah masuk. Habis kepala memandangku. Tak kira lelaki atau perempuan. Malu jugak aku nak jalan.

“Jaz?” aku menoleh ke arah suara itu. Cis! Dania ngan Anne rupa-rupanya.

“Kau Jaz?” mereka tak percaya.

“Ya Allah, Jaz. Sumpah kau cantik giler malam ni.” Dania dah puji melambung.

“Betul kau cantik.” Anne setuju.
Aku tayang muka selamba. Cantikkah aku? Entah.. cantik itu subjektif. Ke mana aku pergi, pasti aku yang jadi santapan mata dorang. Sampai makwe kat sebelah pun dah tak terperasan. Ah.. buat bodoh jela. Sumpah kali ni aku pakai baju bodoh ni.

“Wow.. you are the most beautiful lady tonight,” puji seseorang. Aku buat bodoh. Tak kembang hati aku mendengarnya. Makin menyampah adalah. Nampaknya begitu sekali perubahanku.

“Jaz?” Sam terkejut. Pelukan pada pinggang Mustika dilepaskan. Matanya terpegun melihatku. Begitu asyik sekali.

“Beautiful and gorgeous,” pujinya. Aku buat tak tahu.

“Mestilah. Tak cakap pun semua orang dah tahulah.” Anne menyampuk.

“Kalau macam ni, Jaz boleh pilih je saper yang nak jadi partner dia malam ni. And for sure is not you, Sam.” Dania pulak membalas.
Aku hanya diam. Malas pulak nak bukak mulut. Kang tak asal-pasal terkoyak pulak baju entah saper ni.

“Jom blah,” ajakku.

“Jaz..” panggil Sam. Rengekan Mustika yang tak berpuas hati meloyakan tekakku. Sam tak pedulikannya.

“I hate persons who relate to Mustika. Especially You, Sam,” bidasku selamba. Memulangkan paku buah keras. Padan muka.
Terus aku blah. Dania dan Anne mengekoriku. Rasa macam puteri pun ada. Macam kena escort dengan dayang. Seketika kemudian, suara juruhebah menggamatkan suasana. Ya Allah.. boringnya. Nak balik! Tiada apa-apa yang menarik. Ke mana aku pergi, mesti ada yang pandang. Tak bebas. Rimas!

“…Sekarang, tibalah masa yang kita nanti-nantikan. Miss Cinderella kita pada tahun ini jatuh kepada…”

“Jasmine Qarmila bt Mursyid…” laung juruhebah itu lagi. Aku yang tengah minum air terus tersedak. Terbatuk-batuk aku. Aku? Wei.. aku datang sini bukan nak dapat title bodoh tu la!

“Dijemput Cik Jasmine untuk naik ke pentas.” Lampu dinyalakan khas untukku dan mengiringiku ke pentas. Macam mana la aku boleh termenang ni? tapi.. aku puas hati. Sekurang-kurangnya aku dah kalahkan Mustika. Muncung yang ditarik tiga depa tu betul-betul memuaskan hatiku. Sampai boleh buat jadi hanger pun ada! Ha.ha.

Selepas sahaja pengumuman itu dibuat, semua pelajar dibiarkan di bawah alunan music. Perlahan saja iramanya. Ramai yang menari termasuk Anne dan Dania. Ramai yang ajak aku menari, tapi semuanya aku reject. Huh.. menyampah betul. Sebelum ni bukan main mengata aku. Bila aku dah buat transformasi 360 darjah ni baru nak dekat-dekat ngan aku. Dasar manusia!

“Dance with me?” pelawa seseorang. Ee.. tak faham bahasa betullah! Tak nampak ke dah ramai dah aku reject jadi partner aku malam ni? tak payah cuba nasiblah. Memang sama je jawapan aku. Lelaki manalah tak faham bahasa ni?

Aku berpaling. Dia menghulurkan tangannya. Aku mengangkat muka. Mata kami bertentang. Aku terpaku dengan renungan lembut mata lelaki itu. Aku tak sedar bila tanganku menyambut huluran tangannya. Semua berlaku secara spontan. Bagaikan disihir, aku menurut langkahnya ke tengah dewan. Kami menyertai pasangan lain.

Kami saling berpandangan. Siapa lelaki ini? Semacam pernah jumpa dia. Tapi siapa? Aku melihat wajahnya yang dilindungi oleh topeng masquerade berbentuk helang yang menutupi separuh bahagian atas wajahnya. Aku hanya nampak mata, hidung pipi dan bahagian bawah wajahnya. Dan juga bibir merahnya yang tersenyum manis sejak tadi lagi.

Kami sama-sama diam. Aneh.. teratur je langkah tarianku. Sedangkan aku tak pernah menari sebelum ni. Entah kenapa, aku terasa nak sangat melihat wajahnya. Hanya beberapa minit kami menari sebelum dia cepat beredar bila telefonnya berbunyi. Berat sekali aku ingin melepaskannya. Kenapa denganku ini?

Aku menoleh ke arah jam. Dua minit sebelum hari menginjak. Alamak.. papa! Terus aku teringatkan papa. Aku berjanj dengan papa untuk pulang ke rumah pukul 11.30 malam. Tapi sekarang? Dah hampir 12.00 tengah malam. Tanpa membuang masa, terus aku berlari keluar. Mesti papa membebel. Hampir setengah jam aku lambat. Ah.. reda je la!

—–

Macam yang aku jangka, pedih telingaku dibebel oleh papa. Masa aku tiba, kereta papa sudah sedia menyambutku. Sebaik sahaja aku menghampiri papa. Aku lihat papa dah terlena. Cermin kereta diketuk. Terpisat-pisat papa bangun. Terus aku masuk daam kereta. Melopong papa pada mulanya dia lihat aku. Sempat dia puji aku cantik dalam bebelannya. Anak saper? Anak papa jugak, kan?

Terus terlupa lelaki bertopeng itu. Ahh.. takde masa aku nak ingatkan dia. Walaupun hati aku terusik dengan kehadiran lelaki misteri itu. Apa yang aku yakin, aku takkan jumpanya lagi sebab aku memang tak kenal dia.

Kedatangan aku ke kolej memang dah diagak. Semua memandangku. Ada yang berbisik-bisik. Ada pulak yang senyum menggoda. Yew.. nak muntah aku. Namun aku tetap aku. Aku Jasmin yang lama. Aku kembali dengan gaya lamaku. T-shirts, geans dan cap..

Satu benda yang aku paling geram. sepit rambut emas putih yang dihadiahkan oleh arwah nenek tak lengkap sepasang. Satu daripadanya dah ghaib entah ke mana. Rasa macam hilang masa majlis tu je. Tu lah.. asyik ingatkan lelaki tu je sampai-sampai tak perasan sepit rambut dah hilang. Macam mana aku nak buat ni? dahlah corak satu dalam dunia. Memang mengamuk la madam besar kat rumah lepas aku hantar report.

“Cari sampai jumpa!” umi dah bagi titah. Aku hanya diam. Adoi.. ke mana aku nak cari? Mungkin tercicir masa aku nak buang topi atas kepala kot. Ya ke? Argh.. aku betul-betul tak pasti la!

“Kalau tak jumpa?” soalan bodohku mengundang jelingan maut umi. Aku sengih takut. Umi dah marah la! Aku ni pun satu. Tengah-tengah angin monsoon tropika umi datang, boleh pulak aku tanya macam tu.

“Tu pemberian arwah nenek. Bukan seringgit dua harganya. Kalau ada lelaki yang jumpa, umi sanggup kahwinkan Jaz dengan lelaki tu,” kata umi lagi.
Aku telan liur. Never! Memang aku lari rumah la kalau menda mustahil tu jadi. Umi ni.. semua lelaki nak dikahwinkan dengan aku.

——

“Jaz..” aku berpaling.

“Ada orang kirim salam..” pesan Anne.
Aku buat bodoh. Tension sungguh. Entah berapa juta dah orang kirim salam. Bencinya!! Tak sukalah aku macam ni.

“Huh.. menyampah sungguh. Kalau aku tau jadi macam ni, memang aku tak pergi majlis bodoh tu!” kataku geram.

“Ala.. penatla kitorang rancang kalau kau tak pergi..” kata Anne sebelum disiku Dania. Anne tutup mulut dengan tangan.

“Rancang apa?” aku jelling maut mereka berdua. Anne dan Dania sengih gerun. Teragak-agak mereka mengangkat tangan.

“Peace..”

“Err.. sebenarnya, kami yang sediakan baju kau tu. Arahkan waiter tumpahkan air atas baju kau..” Dania bercerita.

“Sorry… Jaz,” kata mereka serentak.
Aku tak tau nak rasa apa. Nak makan penampar jepun agaknya dua orang ni. kurang ajar punya member. Chantek punya plan kenakan aku. Kalau bukan mereka kawanku, agaknya aku terajang sampai masuk ICU. Aku mengeluh.

“Nak kena korang berdua ni.”

“Kami nak tengok kau berubah walaupun kejap. serius aku cakap. Kau super cantik malam tu,” kata Dania. Aku mencebik.

“Thanks sebab dah buat aku jadi macam pelarian sebab kena kejar dengan semua lelaki,” sinisku geram.
Tiba-tiba teringatkan lelaki misteri itu.

“Apa lagi yang korang rancang?” soalku lagi.

“Only that. Pasal your dance partner, sumpah kami tak kenal.”
Kalau bukan rancangan mereka, jadi siapakah gerangan lelaki tu? Pelajar ke? Aku kenal tak? Dari mana datangnya? Jatuh dari langit? Anak raja?

——

Kolej aku gempar dengan satu berita. Ada kerabat raja keturunan mana entah akan masuk ke kolej tempatku belajar. Rasanya dia baru balik dari Korea. Course apa aku tak tau la. Aku tak ambik pusing pun menda-menda macam tu. Tak de kaitan langsung dengan hidupku. Apalah.. ada orang baru masuk pun nak kecoh ke?

“Mind if I sit here?” sapaan seseorang membuatkan aku berpaling. Aku yang tengah makan kentang goreng turut berhenti. Wajah manusia yang kacau daun tu kupandang. Mamat mana pulak ni?

“Duduk aa kalau tak malu,” jawabku selamba.
Dari hujung mata sempat kutangkap dia yang tersenyum sekejap. Dia menarik kerusi bertentangan denganku. Aku hanya senyap. Tak pedulikan kehadirannya. Tak tahu malu rupa-rupanya mamat ni.

“Hye.. I’m Tengku Brian. Just call me Ian.” Dia memperkenalkan diri. Aku buat bodoh.
Oo.. jadi dia ni la kerabat diraja tu? Okay.. aku faham kenapa jadi berita hangat. Memang muka macam artis korea. Serius kacak. Sempat aku menilai.

“Sorang je?” soalnya lagi.
Aku tetap diam. Malas nak jawab. Buat habis air liur je. Ada dia nampak aku dengan orang lain ke?

Dia akhirnya menjungkit bahu. Mengalah dengan kebisuan aku. Akhirnya, kami sama-sama senyap. Dia turut menjamu selera. Burger ayam specialnya tu nampak sedap je. Masih sempat aku mengusha. Sesekali dia memandang aku. Entah apa yang dipandang. Nak kena korek biji mata agaknya dia ni!

Kami sama-sama bisu sehinggalah aku memandang Sam dan Mustika beriringan masuk ke dalam kafe. Bulat biji mata aku seketika. Memang dah tak sempat nak fikir, terus kugenggam tangan Tengku Brian yang berada di atas meja.
Jelas terkejut wajahnya. Macam terkena renjatan 200 Volt pun ada. Ah.. aku tak peduli dah! Asalkan ego aku berdiri tegak di hadapan mereka. Seperti yang aku agak, tepat mereka berdua memandang kami.

“Jom.. kita pergi,” ajakku lembut. Lemas dengan renungan Sam. Tengku Brian hanya mengikut. Nasib baik dia tak mengamuk.

Sebaik saja kami keluar, terus kulepas genggaman. Terus aku blah. Dia mengejar aku.

“Nak apa?” marahku. Dahlah panas! Tengah hari macam ni, mestilah matahari tegak atas kepala. Nak buat iklan tengah-tengah panas pulak!

“You should thank me.” Aku diam.
Mungkin kerana panas, terus saja dia kenakan cermin mata hitam. Aku tak tahulah apa niatnya. Kerana panas ataupun nak tunjuk macho depanku. Aku pandang dia. Eh.. macam pernah nampak la. Siapa ya?

“Saya pernah jumpa awak ke sebelum ni?” soalku. Giliran dia pula yang pelik.

“Awak rasa?” Dia mencabar daya ingatanku.

“Saya rasa saya macam pernah jumpa awak. Yakin!” Aku memerah otak. Cuba mengingat.

“Emm.. ingat juga muka kita yang dia tumbuk, ya?” katanya. Tumbuk?

“Saya pernah tumbuk awak ke?” soalku balik. Dia tersenyum lucu.

“Lelaki yang mana?” aku cuba mengingat lagi. Bulat matanya memandangku. Terkejut mungkin.

“Lelaki yang mana? Dah berapa ramai yang jadi mangsa tumbuk awak ni?” tanyanya terkejut. Aku tersenyum. Ramaila jugak. Haha.. teruknya aku!

“Masa tu saya nak terlanggar kakak awak. Baru saja saya keluar kereta, terus lebam hujung bibir saya. Sakit, tahu tak? Dah tu dicop pulak kita ni perogol bersiri terlepas penjara,” ceritanya.

Oo.. sekarang aku ingat! Dia rupa-rupanya lelaki yang menjadi mangsa kemarahan aku dulu. Aku ketawa. Jumpa lagi kami rupa-rupanya. Tapi.. kenapa aku rasa macam pernah jumpanya di tempat lain?

“Emm.. sorry sangat-sangat. Saya tengah bengang masa tu. Maafkan saya and terima kasih pasal tadi. Anyway, nama saya Jasmin. Just call me, Jaz,” kataku.

“Friend?” Dia senyum.

“Yeah.. friend!”
——-
Bermula dari saat itu, maka bermulalah juga persahabatan kami. Kami memang rapat. Walaupun berketurunan diraja, dia tetap rendah diri. Aku pun tak sangka kami boleh serapat itu. Dia merupakan lelaki yang paling dekat denganku. Kalau dengan orang lain, cepat benar darahku menggelegak. Tapi dengan Tengku Brian ada saja lawak bodoh yang buat aku tak tahan nak gelak. Nak marah pun tak jadi. Terus sejuk hati yang tengah mendidih.

Pendek kata kami menag rapat. Pergi mana-mana berdua. Akulah perempuan yang paling rapat dengannya. Katanya, dia tak suka perempuan hipokrit. Ramai yang menggelar kami Cinderella and Prince Charming. Ramai juga perempuan yang tak puas hati bila lihat aku dengan Tengku Brian. Pendang aku macam aku ni ayam KFC je. Nak makan puas-puas je gayanya. Tapi aku tak peduli tu semua.

Si Sam juga kembali nak dapatkan cintaku. Sorry la, bro! Wa tak main la jilat ludah sendiri ni! Lagi pun serius aku cakap yang rasa sayang kat mamat sengal tu memang dah negative sepuluh. Tengok muka pun naik menyampah. Baru terasa betapa bodohnya diriku dulu sebab pernah bercinta dengan dia. Memang aku reject awal-awal. Macam biasalah. Aku jadikan Tengku Brian sebagai mangsa. Aku gunakan nama Tengku Brian untuk menolak cintanya. Jahatnya aku!

Namun aku betul-betul tak sangka yang Tengku Brian betul-betul sukakan aku. Ketika dia meluahkan perasaanya, memang aku terkejut habis. Aku memang tak boleh berhadapan dengannya. Setiap kali aku bertembung dengannya mesti aku lari. Aku tak boleh terima kenyataan yang dia cintakan aku. Sebab aku hanya menganggapnya tak lebih daripada seorang kawan.

Entah kenapa, makin kerap pula bayangan lelaki misteri itu. Sampai sekarang aku tak tahu siapa dia. Aku fikir aku dah lupakan lelaki itu, tapi sebaik saja Tengku Brian luahkan perasaan, terus aku ingat lelaki misteri yang Berjaya mencuri hatiku itu. Bodohkah aku yang sanggup menolak lelaki sebaik Tengku Brian dan mencintai lelaki yang aku langsung tidak tahu siapa?

Ya.. aku memang bodoh! Dah beberapa hari hidupku sepi tanpa Tengku Brian. Tiada lagi mesej-mesejnya dan panggilan-panggilan telefon yang selalu aku biarkan tak berjawab. Di kolej pula, tiada lagi bayangnya yang sering mengejarku. Aku pula terus-terusan mengelak diri. Aku tak tahu ke mana dia menghilang sehinggalah suatu hari aku mendapat berita yang dia telah pulang ke Korea!

Aku terkejut dengan berita itu. Semua rasa ada. Marah.. geram.. sedih tentunya. Balik rumah, terus aku menangis. Kenapa dia tak beritahu aku? Macam mana dia nak beritahu kalau aku asyik mengelak daripadanya?
Aku tak tahu dia di mana. Baru aku tahu perasaanku padanya bagaimana. Aku sayangkan dia. Aku rindukan dia. Tapi.. dia dah takde dekat denganku. Aku rasa sangat-sangat menyesal. Kenapa manusia harus sedar kasih-sayang seseorang bila dia rasa kehilangan? Aku tak tahu bagaimana keadaan Tengku Brian. Nak hubunginya pun aku tak tahu.

Rasa dah hilang semua harapan. Aku takkan berjumpa dengannya. Mungkin memang kami tiada jodoh. Aku dah putus asa. Dah berhenti berharap. Mungkin Tengku Brian dah jumpa penggantiku. Kami tak pernah berhubungan walaupun aku dah menerima segulung ijazah.
Pemergiannya buat aku lebih pendiam dan lebih sabar. Hilang ke mana sifat baranku. Sikap tomboyku pun semakin pudar. Penampilan ala-ala lelakiku pun dah makin menghilang. Berganti dengan penampilan ayu bertudung. Dan demi Allah.. aku ikhlas berubah dan aku selesa dengan auratku yang kini makin terjaga!

——

Sebaik saja aku pulang dari tempat kerja,aku melihat halaman rumahku dipenuhi dengan kereta. Bukan calang-calang kereta pulak tu. Aku pelik. Papa ada buat majlis apa-apa ke?

“Assalamualaikum..”
Aku melangkah masuk. Di ruang tamu,aku lihat umi dan papa bersama beberapa orang lelaki yang berbaju Melayu dan orang perempuan pula berbaju kurung. Aku mula tak sedap hati. Apatah lagi melihat ada gubahan indah di tangan masing-masing.

“Majlis apa ni, papa?”

“Pertunangan,” jawab papa tenang. Buatkan aku hampir pengsan. Pertunangan? Dah tentu untukku. Takkan la pulak untuk Kak Long yang dah kahwin tu?

“Kami mewakili Tengku untuk meminang cik Jasmin,” terang lelaki yang berbaju melayu hitam itu. Tengku? Tengku mana pulak ni? Takkan Tengku Brian, kot? Tengku Brian? Aku terkaku. Tak mungkin..

“Jaz..”
Terus aku angkat muka. Suara itulah yang aku tunggu beberapa tahun ni! Tengku Brian di hadapanku. Aku hanya melihat dia merapatiku. Dia tak banyak berubah. Cuma.. wajahnya bertambah matang.

“Apa makna semua ni?” soalku.

“Will you be my wife?” lamarnya.
Gembira? Sudah tentu. Sebab geram yang amat, aku tumbuk wajahnya sekali. Terundur dia beberapa langkah. Semua terkejut melihat tindakanku. Berani betul aku menumbuk kerabat diraja. Di hadapan keluarga dia pulak tu! Ahh.. aku tak peduli. Tiba-tiba, aku nangis!

“Kenapa tinggalkan saya?” marahku.

“Really sorry. Ada masalah kat Korea. Sebab tu saya kena balik cepat,” ceritanya ringkas sambil memegang wajahnya yang dah biru akibat ditumbuk tu.

“Lama saya tunggu awak, tahu tak?” marahku lagi.

“Awak dah tak harapkan putera misteri awak tu?” soalnya. Aku diam. Untuk apa aku ingat dia yang tak pernah berani tampil tu?

“Biarkan semuanya.. saya dah tak kisah. Awak terus pergi tanpa sempat tahu isi hati saya.”

“Saya dah pulang, Jaz. Bukti saya masih cintakan awak.”

“Saya ada sesuatu nak bagi awak.” Tengku Brian mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya. Ada sesuatu dalam genggamannya. Bila dibuka, aku terkejut. Tak percaya!

“Mana dapat?” tanyaku terkejut.
Di atas telapak tangannya ada penyepit rambutku yang pernah hilang dalam majlis tari-menari dulu. Bertahun-tahun aku mencarinya. Macam mana ada padanya? Tak mungkin dia beli baru sedangkan design abstrak itu hanya satu daam dunia. Tak tahulah kalau-kalau dia menggunakan kuasanya untuk dapatkannya. Tengku Brian sendiri pernah memuji kecantikan penyepit tersebut.

“Don’t you remember me?” soalnya. Kenapa dia tanya macam tu? Aku pandang wajahnya yang tersenyum manis kepadaku. Lain sekali senyumannya. Semacam pernah dilihat senyuman manis itu. Bagaikan teringat sesuatu, aku pandang dia. Tak percaya..

“Awak…”

“Yes.. I’m your mysterious prince. Lepas kejadian saya ditumbuk, saya rasa awak ni unik. Saya semacam dah jatuh cinta dengan awak. Saya arahkan anak buah saya cari awak. I know everything about you. Masa majlis tari-menari tu, saya cari awak. Tapi awak dah hilang. Yang saya jumpa hanyalah ni. Kelakarkan cerita saya? Jatuh cinta sebab kena tumbuk,” panjang lebar dia bercerita. Aku ketawa.

“Now.. it belongs to you after I kept it for years.” Aku terima penyepit itu.

“Kenapa awak biarkan saya tertipu sedangkan putera misteri tu rupa-rupanya depan mata saya je?” Aku tak puas hati.

“Saya dah cuba jelaskan semuanya. Tapi awak asyik elakkan diri daripada saya. Last-last saya terpaksa balik Korea.” Dia pertahankan diri.

“Sorry again. Whoever I am, you are still my beloved one. Will you be my wife?” lamarnya lagi. Kali ini dia berlutut di depanku. Terharu aku melihat kesungguhannya.

“I will.” Aku setuju.
Aku lupa yang kami bukan berdua di situ. Ya Allah.. malunya aku! Depan ibu bapaku sendiri dan kaum kerabat Tengku Brian pulak tu! Dia rupa-rupanya lelaki misteri yang dah berjaya mencuri hatiku selama ini. Rupa-rupanya dia berada dekat denganku. Patutlah hati kecilku mengatakan yang aku pernah jumpa Tengku Brian di tempat lain.

Tiba-tiba teringat kata-kata umiku. Kata-katanya menjadi kenyataan. Haha.. macam Cinderella pulak! Putera berkahwin dengan gadis yang kakinya sama saiz dengan kasut kaca. Tapi aku pula dikahwinkan dengan lelaki yang jumpa penyepit rambutku.

-TAMAT-




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

89 ulasan untuk “Cerpen : Cinderella”
  1. miza says:

    cerite yg anjell tulis sememangnya best sesangat!

  2. Qaseh Suchi says:

    REALLY NICE STORY!

  3. hannan says:

    bess ssangat.:)

  4. aisyah says:

    best cerita ni..=)

  5. iddya adriana says:

    besttt!!
    setiap tajuk yg ade “CINDERELLA” msti sy bace..;)
    (angan2 nk jd cinderella..ngeee~)

  6. cik leesya says:

    sweet:D..good job!

  7. yattfitri says:

    nice cindrella moden..
    ala melayu kan

  8. dah byk baca nama angel kat p2u,..
    tp ni 1st time baca.
    and serius best! hehehee!

  9. walidahmoostaqim says:

    Why korea???..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"