Novel : Bad Boys 9

2 March 2012  
Kategori: Novel

1,176 bacaan 2 ulasan

Oleh : Atikah sweet

Masing-masing melepaskan nafas lega. Akhirnya siap juga aktiviti pembersihan tempat itu. Terukir senyuman pada bibir setiap orang di situ. Nadhirah mengangkat baldi mempunyai air kotor bersama kain buruk untuk dibersihkan. Muncul suara lembut dari belakangnya.

“Biar saya tolong!” Gadis itu mengukir senyuman, lalu diambil kain buruk yang dipegang oleh Nadhirah. “Nama saya Idayu. Short form, ayu.” Senyuman itu telah mengukirkan garisan lesung pipit pada pipi kanan. Manis dipandang.

“Call me Dhirah.” Nadhirah pula memperkenalkan dirinya.

Hendak mereka menuju pintu keluar tempat itu. Mereka saling tarik tali. Kejap Idayu nak tolong angkat baldi. Nadhirah pula ambil baldi pada tangan Idayu. Aduh, main tarik tali sebab sama-sama nak tolong. Tapi, ini okaylah kan? Seorang hamba Allah telah dilanggar oleh mereka.

Mereka berdua sama-sama berpaling pada hamba itu. Terlopong mulut mereka berdua dengan kadar diameter tiga centimeter. Antara mereka berdua, Nadhirah mempunyai pelbagai perasaan. First, takut! Yelah, habis basah seluar mamat tu. Second, Gembira! Orang yang kena tu Khairi! He..he..he..

Memang sah dalam diri dia sedang gembira tak terkira. Nak tak tahu yang lastly apa dia? Hah, teruskan membaca yeh.

Tiba- tiba muncul entah dari mana pula makhluk kecil lagi comel. “Abaaang…”

Ya. Makhluk kecil itu tak dapat nak teruskan ayatnya. Dia menekup mulut dengan kedua tapak tangannya. Terkejut!

“Abang! Abang kencing dalam seluar!” Ish, tinggi betul nada frekuensi budak kecil itu. Agak-agaknya ada tak 5oz?

Muka khairi sudah merona merah. Nampak sungguh pada wajahnya yang putih itu.

“Eh! Mana ada.”

Khairi mengalih pandangan pada Nadhirah. Mukanya sudah merah. Mana taknya, sedang tahan gelaklah tu.

Nadhirah tetap cuba tahan. Dilihatnya, muka Khairi pun sudah keruh teruk. Lebih keruh daripada air kotor dalam baldi yang mereka berdua sedang bawa. Idayu hampir terlepas ketawanya, nasib baik dia sempat tahan. Demi nyawanya!

“Macam mana boleh jadi macam ni.” Merengus geram Khairi dalam hati.

Budak kecil itu menarik tangan Khairi. “Macam mana ni abang? Jom, pergi tukar seluar.” Aduhai, tak padan dengan kecil betul. Kalah orang dewasa.

Khairi menurut sahaja perintah budak kecil itu. Tangan kanannya menyeluk poket mengambil telefon bimbit.

Setelah dua hamba Allah itu sudah pergi cukup jauh. Nadhirah dan Idayu saling berpandangan. Mereka sama-sama memegang tangkal baldi sebelah-menyebelah. Untuk elak daripada berlaku insiden seperti itu lagi.

Tak lama mereka berdiam diri. Idayu mula bersuara.

“Emmm, agaknya apa yang Encik Khairi takut sangat sampai terkencing dalam seluar?” Idayu cuba mengekalkan muka seriusnya.

“Abaaang. Abang kencing dalam seluar.” Nadhirah punya giliran. Siap buat gaya budak kecil itu dengan suara comelnya.

Terus ketawa meledak keluar daripada mulut mereka. Mengimbas kembali kejadian tadi. Kata-kata yang keluar daripada mulut budak kecil itu. Muka Khairi yang sudah merona merah tak tahan malu. Lucu betul!

*****

Puan Mazliana perhati suaminya yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu sambil merokok. Sudah banyak kali dia berpesan pada suaminya. Tinggalkan kawan karibnya, rokok! Tidak baik untuk kesihatan.

“Ish, ish, ish.” Tergeleng-geleng kepala Puan Mazliana sambil menghampiri suaminya.

Encik Rayyan yang perasan kedatangan isterinya segera berhenti merokok. Dipadam api rokok itu. Takut kena ceramah percuma pula nanti.

“Abang ingat ayang tak nampak.” Satu cubitan 90 darjah hinggap pada lengan suaminya. Suaminya mengaduh sakit.

“Sakitlah ayang.” Manja sahaja suara. Sebenarnya cubitan isteri kesayangannya bukan sakit pun. Cubitan manja.

Puan Mazliana merenung tajam wajah suaminya. “Abang ni. Yang ni sakit, organ dalam badan abang yang sedang mengaduh sakit tak dengar pula.” Satu pukulan manja pula hinggap pada dada Encik Rayyan.

“Ayang ni, jangan risaulah.”

“Jangan risau, jangan risau.” Dah start drama romantik Puan Mazliana. “Abang tak tahu ke paru-paru abang dalam bahaya.”

Belum habis lagi ayat penghabisan. Encik Rayyan pula mencantas.

“Paru-paru abang okaylah ayang…”

Puan Mazliana pula mencantas. “Abang ni. Bukat setakat paru-paru tau. Hati abang pun kene effect juga.” Satu pukulan manja hendak sampai tapi dapat ditangkap oleh suaminya.

“Kenapa pulak dengan hati abang?” Encik Rayyan menggenggam erat tangan isteri kesayangannya.

“Yelah! Dalam hati abang semua benda ada. Lagi-lagi isteri kesayangan abang selalu ada dalam hati abang.” Puan Mazliana mula tersipu malu.

Encik Rayyan ketawa kecil mendengar ayat yang keluar daripada mulut wanita kesayangannya. “Sayang juga dia pada aku.” Terdetik dalam fikirannya.

“Mestilah ayang sayang.” Puan Mazliana menjeling suaminya lalu dialih pandangn pada tempat lain. Buat merajuk!

Encik Rayyan terkejut. Isterinya macam tahu-tahu je. Dia tersenyum lalu menghampiri isterinya. Tangannya membelai rambut wanita itu. Hitam bersinar. Puan Mazliana memandang wajah lembut suaminya.

Wajah lembut itulah yang membuatkannya jatuh hati. Wajah itu jugalah diberikan padanya pada pertama kali mereka berdua bertentang mata pada masa dahulu.

Agak lama mereka berdua berpandangan. Lama-kelamaan wajah mereka berdua semakin dekat. Puan Mazliana sudah menutup mata.

Tiba-tiba alam romantik mereka terganggu dengan bunyi deringan handphone Encik Rayyan. Panggilan itu segera dijawab. Puan Mazliana sudah mula masam mencuka.

“Mengganggu betul! Time ni juga!” Panas hati Puan Mazliana. Entahlah dah siap tutup mata. Cuma nak tunggu sampai je daripada pemilik itu.

Puan Mazliana perhati sahaja suaminya pergi daripadanya. Perlukan privacy.

Encik Rayyan perasan wajah masam isterinya. Dia cuba menjawab panggilan itu dengan segera. Sebelum burung kesayangannya lari entah ke mana pula. Merajuk!

“Hello.”

“Dhirah…Hello, Dhirah….” Encik Rayyan pandang telefon bimbitnya dengan muka pelik. “Apasallah dengan anak aku sorang ni?” Tertanya-tanya dalam fikiran.

Puan Mazliana perhati sahaja suaminya yang menjawab seolah sedang berbisik. Entahlah apa yang dibisik olehnya. Biarkan sahajalah dia. Dia segera bangun dan menuju ke anak tangga. Wo mahu merajuk!

Tetapi niat itu dapat ditahan oleh suaminya. Encik Rayyan dapat menangkap tangan isterinya. Puan Mazliana terasa badannya ditarik dan tersandar pada dinding.

Kucupan penuh kasih sayang hinggap pada bibirnya. Dilihat wajah nakal suaminya. Terkejut! Mukanya terasa panas. Yang dia pasti mukanya sudah merah.

“Nakal!!” Getusnya dalam hati.

“Siapa kata orang tak nakal.” Encik Rayyan sudah ketawa mengekek.

“Abaaang!” Mereka berdua mula kejar-mengejar.

Drama kejar-mengejar berterusan tanpa henti. Aktiviti itu diperhatikan oleh seseorang. Senyuman terukir pada wajah pemerhati itu. Kepala tergeleng-geleng lihat segmen kejar-mengejar tu. Memang loving couple betul!

Pemerhati itu ingat ingin memberitahu keadaan orang tersayang mereka semua. Tapi dilihatkan aktiviti itu bak di taman bunga. Terus niat itu dibatalkan. Biarkan, biarkan.

*****

“Siapa tuh?” Lailatul duduk di sofa dan dicapainya remote tv dengan cepat sebelum Nadhirah capai dulu.

Nadhirah pandang geram pada Lailatul. Cepat betul dia dapat remote tv. Tak sempat nak tangkap. Dia duduk sebelah kawannya. Terpaksalah tengok cerita kawannya entah apalah.

“Orang tanya ni.” Mata Lailatul tetap pada kaca tv.

“Abang Fawaz.” Nadhirah memeluk bantal kecil sofa.

“Owhh..patutlah duk tersengih-sengih. Abang Fawaz rupanya.”

“Mestilah…he he he…” Nadhirah sudah buat-buat malu pula. Menyampah Lailatul tengok lama-lama kawan dia seorang ni.

Lailatul teringat sesuatu. Dia risau kawannya tak beritahu kepada kedua orang pentingnya. Tentang kawan dia ni dapat kerja.

“Dhirah, kau beritahu tak dekat ayah dan ibu kau tentang kerja kau?”

Nadhirah hanya menggelengkan kepalanya.

Debuk!

Bantal sofa terkena muka Nadhirah. “Kau tak beritahu. Sekarang pergi take your phone and call your father and mother. Now. Po!” Dengan gaya hitler lagi Lailatul buat.

Tapi gaya itu sudah lali bagi Nadhirah. Dibuat tak tahu je dia. Tetap tak bergerak, mata tetap pada kaca tv. Best pula tengok cerita yang kawannya buka.

Lailatul cuba memikirkan sesuatu bila dilihatnya Nadhirah tak berganjak seinci pun, mahu pun centimeter, serta milimeter. Otaknya ligat berfikir. Tak lama itu, mentol atas kepalanya menyala. Idea!

Lailatul bangun dari tempat duduknya dan menuju ke dapur. Di buka peti sejuk. Senyuman terukir pada bibirnya. Diambilnya dan kembali semula ke ruang tamu. Diletak diatas meja depan sofa yang mereka duduki.

Nadhirah kerling sekejap pada benda yang dibawa oleh kawannya. Tak sampai berapa saat, direnungnya tajam pada makanan yang disukainya. Puding. Lailatul ambil sebelum Nadhirah.

“Yelah, yelah..aku call. Janji dengan aku yang kau tak makan tau!” Nadhirah pergi mengambil telefon bimbitnya dan segera membuat panggilan.

Lebih baik cepat. Kawan baik dia ni bukan boleh percaya sangat. Lailatul hanya mengangguk je. Nampak sangat tak boleh percaya.

“Ish, cepatlah angkat ayah nih. Puding, puding.” Nadhirah cuba menyabarkan dirinya. Dia ada juga lari setempat cuba menenangkan dirinya.

Lailatul ketawa mengekek bila lihat keadaan kawannya. Sudah membuat senaman larian setempat pula. Orang tak suruh pun dia lari setempat, suruh call je. Kemudian, muncul pula niat jahat dia. Hendak perkenakan kawan dia. He he he.

Lailatul berlari anak menuju ke dapur. Nadhirah terhinjut-hinjut cuba lihat apa gerangan kawan seorang ni nak buat pula. Tiba-tiba terdengar bunyi kawannya mengambil sudu. Ish, janganlah Laila.

Dia pula berlari anak pergi ke dapur. Memang betul pun sangkaannya. Lailatul sudah duduk di meja makan. Di tangannya dipegang sudu. Penutup bekas puding itu sudah dibuka. Dia takut kawannya akan mulakan operasi M.T.

Telefon bimbitnya digenggam erat. Giginya sudah mengetap geram. Suara disana yang sudah mengangkat panggilan tidak dipedulikan. Matanya tertumpu pada pudingnya.

Apabila jadi pemerhati begitu sahaja. Nadhirah sudah tak tahan lagi. Lailatul sudah mula hendak menyuapkan puding itu kedalam mulutnya.

Alat komunikasinya dilepaskan sahaja. Otaknya hanya boleh beroperasi bagi puding sahaja.

“Puding!”

Lailatul terkejut aksi stun Nadhirah yang ingin menyelamatkan pudingnya. Tak sempat nak berbuat apa-apa. Bekas puding yang Nadhirah sambar terlepas daripada tangannya. Alamak, tergelincir pula daripada tangannya. Ketika itu, terasa keadaan sekililing seperti slow motion.

Tiada siapa dapat menyambut, kecuali lantai sahaja. Kedua-dua mereka pandang sahaja. Lailatul sudah mula gelabah. Jahat lagi! Diperhati Nadhirah yang masih kaku.

“Habislah aku!” Getus dalam hati Lailatul.

Nadhirah pandang pudingnya. Mulutnya kelu. Dia mula menggerakkan anggota badannya. Matanya ditumpukan pada wajah gabra Lailatul. Kemudian kakinya bergerak pantas menuju biliknya. Pintu ditutup dengan baik. Senyap.

Lailatul terjengket-jengket menghampiri bilik Nadhirah. Didekatkan telinganya pada pintu. Cuba mencuri dengar suara kawannya. Betulkah apa yang dia sedang teka?

Terdengar bunyi yang tak menyedapkan hatinya. Bunyi esakan tangis. Aduh, dia mula terasa bahawa, dia agak melampau. Macam mana ni?


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Bad Boys 9”
  1. hana iman says:

    hehe,gd job,trskn bkarya,CHAIYOK!!1

  2. Atikah sweet says:

    ^//u//^ trima kasih~
    sy pasti sentiasa trus b’karya dan buat yg t’baik demi para p’baca penulisan2u..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"