Novel : Isteri di atas Kertas 2

13 March 2012  
Kategori: Novel

22,545 bacaan 22 ulasan

Oleh : sarah iman

BAB 2

Suasana sunyi menyelubungi banglo tiga tingkat yang diberi nama Teratak Autumn.Syaqira yang dah habis mengemas bahagian dalam rumah kini beralih ke kawasan luar rumah.Niat di hati ingin menyusun atur kembali pasu-pasu bunga milik Datin Aisyah.Sedang dia leka membuat kerja,sebuah kereta Mercedes menjalar masuk.

Syaqira kerut dahi.Hairan melihat Datin Aisyah pulang awal.Selalunya pukul lima baru ada kat rumah.Segera dia membersihkan tangan dan bergegas mendapatkan majikannya.Kerutan di dahi semakin bertambah apabila dia tengok tangan majikannya penuh dengan barang dapur.

“Datin dari mana ni?”dia menegur.Tangannya menyambut beg plastik yang dihulurkan.

“Oh,auntie dari pasar.Beli barang-barang dapur,petang ni nak masak lebih sikit,” tersenyum, Datin Aisyah menerangkan.Mereka berdua beriringan melangkah ke dapur.

“Nak masak lebih?Kenapa?”tanya Syaqira hairan.Tangannya ligat mengeluarkan barang-barang yang dibeli daripada beg plastik.

“Auntie tak bagitau ke?Mak uncle kamu tu,sampai petang ni,”jelas Datin Aisyah.Dia juga sibuk menyusun segala benda yang dibeli ke dalam peti sejuk.

“Mak Datuk?Dia sampai dari mana?”

“Dia baru habis menunaikan haji.Insya-Allah petang ni sampailah dia.Ermm,Ira…,”panggil Datin Aisyah.

Syaqira menoleh.

“Sekarang auntie faham apa yang Im rasa,”katanya sambil tersenyum.

Syaqira terpinga-pinga tak faham.“Maksud Datin?”

“Yalah,dah berbuih mulut auntie nasihat kamu jangan panggil Datin.Tapi kamu panggil jugak,”

Syaqira sengih serba-salah.Dia ada banyak sebab untuk tidak menurut kehendak Datin Aisyah,tapi tak berani nak disuarakan.Salah satu sebabnya bapak segala setan tulah.
“Saya tak biasalah Datin,”

“Tak biasalah kena biasakan.Nanti kalau nenek dah duduk sini langsung Ira tak boleh panggil kami Datuk Datin.Nenek pun Ira kena bahasakan nenek,”Datin Aisyah berkata.

“Iye?Kenapa pulak?”

“Nenek amalkan polisi satu keluarga.Lebih kurang konsep Satu Malaysialah.Bagi dia,pekerja pun diibaratkan sebagai keluarga,”terang Datin Aisyah.

Syaqira terangguk-angguk tanda memahami.

“Urm Ira,hari ni kita masak sambal petai,asam pedas dengan tempoyak.Tu semua lauk kesukaan nenek.Desert kita buat puding susu je dah cukup.Air pulak sirap limau,boleh?”arah Datin Aisyah.

“Boleh.Semua bahan dah ada senanglah kerja,”jawab Syaqira sambil mula menyiang ikan.

Seketika mereka berdua tekun melakukan kerja tanpa sebarang bicara.Namun ianya tak lama apabila Datin Aisyah memecah sepi di antara mereka.

“Auntie harap Ira tak ambil hati dengan kata-kata Lukman.Mulut dia memang laser sikit.Dah berbuih mulut auntie dengan uncle nasihat,tapi tetap macam tu jugak perangai dia.Tak reti jaga perasaan orang lain.Tapi benda ni ada sebab jugak,”Datin Aisyah mula bercerita.Matanya melirik kepada Syaqira yang tengah siang ikan.

“Lima tahun lepas kami ada pembantu rumah,namanya Arima.Baik budaknya.Rajin,hormat orang tua,lemah-lembut.Boleh dikatakan satu rumah ni sayang kat dia.Nenek pun sayang sangat kat Ima,sampai sanggup jadikan dia cucu angkat.Tapi lepas tu…” Datin Aisyah berhenti.Dia termenung seolah-olah mengenang peristiwa yang sangat pahit.

Dia menyambung “Lukman pun sayang sangat dengan Ima.Diorang dah bertunang dan akan berkahwin.Mungkin silap kami,tak siasat asal-usul Ima buatkan dia mudah perdayakan kami semua.Hujung tahun tu mereka sepatutnya kahwin tapi sesuatu yang sangat dahsyat dah berlaku.

Satu hari tu,kami semua kecuali Ima ada kat pejabat uncle,ada perbincangan tentang pembahagian syer ahli keluarga.Tapi Lukman balik dulu dari kami sebab katanya dia risau Ima tinggal sorang-sorang kat rumah.Tak sangka……” dia terhenti lagi.Serasa perit ingin bercerita tetapi digagahkan juga.

Syaqira dapat melihat kekecewaan yang bukan sedikit di wajah Datin Aisyah.

“Datin,kalau Datin tak boleh nak cerita lagi tak pe.Jangan sakitkan hati sendiri.Ira risaulah tengok Datin macam ni,”tegurnya risau melihat perubahan air muka Datin Aisyah.

Datin Aisyah tersenyum lembut.

“Sampai je kat rumah kami tengok jiran dah berkerumun dekat kawasan rumah.Auntie risau sangat,takut-takut ada benda buruk terjadi.Masuk je dalam rumah,auntie nampak Lukman dah macam orang gila.Dia mengamuk.Tak pernah auntie tengok Lukman macam tu.Auntie nampak Ima terbaring kat lantai.

Badan dia lebam-lebam.Kat sebelah dia ada sorang lelaki yang auntie tak pernah tengok.Im dengan uncle cuba tenangkan Lukman tapi dia betul-betul macam orang kena rasuk.Agaknya kalau jiran-jiran tak tolong tahan dia mau satu rumah mati kena belasah.Dia menjerit-jerit suruh Ima keluar dan tak nak tengok muka Ima kat rumah tu lagi.Kami cuba tanya Ima apa yang dah berlaku tapi Ima dengan lelaki tu keluar camtu je.

Tambah dengan suasana kelam-kabut,kami terpaksa biarkan Ima pergi,” Datin Aisyah menoleh kepada Syaqira yang menghulurkan secawan air.

“Datin sure ke Datin boleh teruskan ni?Ira risaulah,”sekali lagi dia meluahkan kerisauan.

Datin Aisyah meneguk air sedikit.“Auntie ok.Lagipun auntie ceritakan ni sebab nak Ira tahu yang Lukman bukan sengaja berperangai macam tu.Ok,sambung cerita.

Lepas je Ima pergi Lukman pengsan.Tiga bulan dia koma kesan dari kejadian tersebut.Doktor kata dia alami tekanan perasaan yang sangat kuat dan boleh membawa maut.

Kami cuba jejak Ima,nak tahu apa sebenarnya yang terjadi tapi tak jumpa.Kawan-kawan dia cakap dia pergi luar negara.Uncle kamu upah penyiasat,siasat latar belakang dia.

Barulah kami tahu yang dia sebenarnya bekas GRO yang memerangkap lelaki-lelaki kaya untuk kesenangan hidup.Dia juga bukannya sebatang kara macam yang diberitahu.Mak bapak dia dah buang dia sebab dia bersekedudukan dengan abang ipar dia sendiri menyebabkan adik ipar dia bunuh diri.

Tak cukup dengan tu dia racun anak buah dia yang baru umur sebulan.Tapi budak tu tak mati dan takde bukti yang kukuh nak tuduh Ima, jadi kes diklsifikasi sebagai kes kecuaian ibubapa.

Mak bapak dia marah sangat dan sumpah Ima bukan lagi anak mereka.Tiga bulan lepas tu,Lukman sedar.Dia cerita yang dia nampak Ima dengan seorang lelaki atas katil dalam bilik Lukman.Tapi waktu dia cerita.Lukman macam tak kisah.Keluar hospital dia kerja dengan daddynya.Tapi watak dia jadi lain sangat.Dia jadi gila kerja,angkuh dan panas baran.

Auntie pun macam dah tak kenal Lukman.Tapi bukan dia sahaja,satu rumah murung.Nenek yang kedua teruk lepas Lukman.Nyaris dia koma kena serangan jantung lepas tahu perkara sebenar.Yalah,nenek sebenarnya dah rancang nak letak nama Ima sebagai pemegang syer syarikat.Nasib baik tak sempat,kalau tak,tak tahulah.Dua tahun kami tak guna pembantu rumah, sebab trauma.

Syukur,lepas tiga tahun kami dah boleh terima kenyataan.Yalah,tak semua perempuan dalam dunia sama macam Ima kan.Lukman pun dah balik karakter asal walaupun sikap tak percayakan perempuan masih ada.Dia jadi anti perempuan terutamanya yang asal dari keluarga susah,” Datin Aisyah menghela nafas mengakhiri ceritanya.Syaqira hanya mendengar tanpa menyampuk.

“Sebab tulah auntie harap sangat Ira sabar dengan perangai dia.Auntie pun dah tak larat nak cari pembantu rumah baru,”seloroh Datin Aisyah.

Syaqira tersengih.“Sebelum ni dah berapa orang gaji lari,Datin?”dia tak dapat tahan diri dari bertanya.

Datin Aisyah meluruskan jari membentuk angka sepuluh.

Syaqira bulat mata tak percaya.“Sepuluh?Dalam tempoh?”

“Dua bulan.Kami baru je iklankan kerja ni dua bulan lepas.Tapi tulah,takde yang bertahan lebih dari seminggu,”jelas Datin Aisyah.Dia ketawa melihat reaksi terkejut Syaqira.

“Boleh Ira janji dengan auntie?”

Syaqira kerut dahi tak faham.

“Jangan ambil hati dengan sikap Lukman,”sambung Datin Aisyah.

Owh.Syaqira terangguk-angguk.“Insya Allah Datin,”

“Eh,dah dekat pukul tiga ni.Cepat Ira,masak sepantas yang boleh sebelum nenek kamu tu balik,” gurau Datin Aisyah. Dia mula menumis bahan masakan untuk dibuat asam pedas.

Syaqira hanya ketawa sambil menyambung tugas.Tak sangka aku,bapak setan tu ada sejarah yang sangat pahit. Betullah apa orang kata, don’t judge a book buy it’s cover. Tapi kalau dia over, heh, jangan harap aku nak duduk diam




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

22 ulasan untuk “Novel : Isteri di atas Kertas 2”
  1. Charisah says:

    baru mula baca, best lah hihi

  2. dhila says:

    watak lukman yg trauma dgn kejadian itu mmg myedihkn..nak smbg baca lg

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"