Novel : Isteri di atas Kertas 3

22 March 2012  
Kategori: Novel

24,662 bacaan 41 ulasan

Oleh : sarah iman

Lukman tekun menyemak semua data penting syarikat.Semua aliran keluar masuk wang dia sendiri yang akan semak.Walaupun daddy ada menegur dia seorang yang paranoid,dia tak peduli.Dia memang tak percayakan orang luar kecuali keluarganya sendiri.Segala langkah berjaga-jaga dipraktikkan agar tidak mudah diperdaya.

Ketukan dipintu mengganggu konsentrasi Lukman.”Masuk,”dia melaung.Naik bingit telinga dengar ketukan yang tak henti itu.Kepala Rizman terjengul di balik pintu.

“Kau tak pernah jumpa pintu ke Riz?”sinis dia berkata.

Rizman hanya ketawa mendengar sindiran rakannya.Dia duduk di kerusi berhadapan dengan Lukman.”Lu apa celop bro?Orang lain dah kelam-kabut packing nak balik,kau melangut kat sini apa cer?”

“Ada kau nampak aku tengah melangut?Mata kau dah rabun ke?”balas Lukman sambil jarinya menekan-nekan kekunci komputer.

“Kau ni.Kerja-kerjalah jugak.Tapi takkan kau dah lupa kot?”Rizman merenung Lukman yang masih mengadap komputer.

“Lupa apanya?Lupa kenduri kahwin kau ke?”tanya Lukman.Matanya masih terpaku di skrin komputer.

Rizman ketawa.”Agak-agak lah kau,nak lupa kenduri kahwin aku.Kalau kau lupa,kita putus kawan,”

Lukman tersengih.”Dah tu,aku lupa apa?”

“Nenek kan balik hari ni?Kau tak nak gi airport ke?”peringat Rizman.

Serta-merta Lukman mengangkat kepala memandang Rizman.”Alamak,aku lupalah.Dah pukul berapa ni?Lima petang.Mintak-mintaklah flight nenek delay,”dia bercakap sendiri sambil melirik jam tangan.Kelam-kabut Lukman mematikan komputer dan menyusun meja yang berselerak.

Rizman yang melihat hanya tersengih.Arif sangat dengan perangai Lukman yang terlebih rajin bekerja.Dia sendiri pun hairan dengan kerajinan terlebih rakan baiknya itu.Bukannya ada anak bini pun nak sara.Lainlah aku yang dah tunang dan Insya Allah akan kahwin tak lama lagi.

“Wei,kau nak ikut ke tak?Duk termenung pulak,”jerkah Lukman dari muka pintu.

Melompat Rizman disergah begitu.Dia mejeling ke arah Lukman yang sedang ketawa.
“Kalau kau tegur aku elok-elok tak boleh ke hah?Boleh bawak maut?”tuturnya tak puas hati.Laju dia mendahului Lukman menuju ke lif.

“Alah bucuk-bucuk,janganlah merajuk.Buruk tau,dah macam sedara tapir je aku tengok,”usik Lukman.Hubungan baik dia dan Rizman sejak dari alam persekolahan masih baik hingga ke hari ni.Ditambah lagi mereka bekerja di syarikat yang sama,membuatkan hubungan mereka seperti adik-beradik.Hanya pada Rizmanlah Lukman mengadu semua masalah yang membebani kepala otaknya.Dengan Aimran pun dia tak bercerita semua benda.Hubungan mereka tidak begitu rapat semenjak peristiwa lima tahun lepas.

“Kalau aku sedara tapir,kau tu sedara apa?Cipan?”balas Rizman sakit hati.

Lukman hanya ketawa.Sungguh dia bersyukur walaupun hanya Rizman seorang yang menjadi rakannya.Dia tak perlukan seribu rakan kalau itu hanya bakal memusnahkan hidupnya.
________________________________________
Ketukan di pintu mengejutkan Syaqira yang sedang lena.Terpisat-pisat dia memandang sekeliling.

“Ira,dah siap belum?”suara Datin Aisyah bergema dari luar.

Syaqira yang masih mamai terpinga-pinga.Siap?Nak buat apa?Dahinya berkerut seakan mengingati sesuatu.Ya,Allah.Dia tepuk dahi.Macam manalah aku boleh lupa?

“Kejap Datin,Ira tengah pakai baju,”laungnya.

“Hmm..kalau dah siap,turun bawah ye?”pesan Datin Aisyah sebelum berlalu.

Syaqira kalut mencapai baju kurung dan disarungkan.Kerana keletihan dia tertidur selepas mandi.Nasib baik dah mandi.Kalau belum?Dia menyarungkan tudung dan menyapu bedak ke muka.Terus dia melangkah keluar dan menuruni anak tangga.Sampai di tingkat bawah langkah dia kaku apabila semua mata tertumpu padanya.

Sedaya upaya dia mengukir senyuman.Dalam hati terdetik rasa hairan kerana ramai tetamu yang hadir.Kata nenek yang nak balik.Ni macam nak buat kenduri je.Segera dia meyelinap ke dapur apabila terpandang jelingan tajam Lukman.

“Assalamualaikum,”Syaqira memberi salam kepada beberapa orang makcik yang ada kat situ.

“Waalaikummussalam,”serentak salamnya dibalas.

Dia merapati Helina yang turut berada di dapur.”Helin,ada kenduri ke?Tadi Datin bagitau nenek nak balik,”

Helina tak menjawab.Dia meneruskan kerja menyusun buah-buahan di atas piring seolah-olah tidak mendengar pertanyaan Syaqira.

Syaqira merenung Helina hairan.Loh,dah bisu ke budak ni?”Helin,dengar tak akak tanya?”dia mencuit Helina.

Helina berpaling ke arah Syaqira.Mukanya serius.”Helin tak nak cakap dengan kakak,sampai akak janji satu benda dengan Helin,”tuturnya serius.

“Janji apa?”

“Janji yang kakak takkan panggil mommy,daddy,abang Im,abang Luk dengan panggilan formal.Geli telinga dengar tau.Datin,Datuk,eiiii…”Helina mengajuk sambil mengerak-gerakkan bahunya tanda kegelian.

Syaqira membulatkan mata.”Mana boleh.Akak pekerja,jadi kenalah hormat majikan,”protesnya tak puas hati.

“Ok,kalau macam tu Helin tak nak cakap dengan akak,”Helina berpaling semula kepada piring buah-buahan.Dalam hati dia yakin sekali taktiknya akan berjaya.

“Yelah,yelah.Fine,mulai sekarang akak panggil auntie,uncle je.Puas hati?”Syaqira takde pilihan kecuali menurut permintaan Helina.Dia sendiri pun dah berazam nak stop guna panggilan formal macam tu.Kesian kat telinga sendiri,dengar majikannya merungut tak puas hati.

“Abang Im ngan abang Luk,?”tanya Helina.

“Yang tu tak janji,tapi akak akan cuba,”cepat dia menyambung bila tengok Helina dah tarik muka.

Helina ketawa gembira.Yay,pakatan antara Helina Saffiyah dan Uzair Aimran telah berjaya.Tak sabarnya nak bagitau abang Im.

“Ketawa pulak.Cepatlah jawab soalan akak,”gesa Syaqira.Dia turut membantu menyusun gelas di atas dulang.

“Soalan?”Helina kerut dahi.”Oh,yang ramai-ramai tu?Diorang jiran kitalah kak.Saja datang tengok nenek.Dulu,neneklah yang banyak tolong diorang kalau ada apa-apa masalah,”jelas Helina.

Syaqira mengangguk faham.”Nenek Helin mesti kaya kan?”dia menyerahkan dulang terakhir kepada seorang makcik untuk dibawa ke depan.

“Mestilah kaya.Dia tu Toh Puan tau,” Helina mengunyah hirisan buah tembikai.

Syaqira ternganga.What?Toh Puan?Gila kaya family ni.Haih,aku je yang tak kaya-kaya.Agak lama dia terpaku ternganga macam tu sampaikan Helina merenungnya pelik.Cepat-cepat dia mencapai sehiris buah tembikai untuk melindungi aksi ngeri tahap satunya itu.

“Erm..Helin,berapa lama agaknya diorang tu nak melawat nenek?”tanya Syaqira.

“Hurm..tak pastilah.Tapi adat orang yang dah lama tak jumpa mestilah dalam dua tiga jam kan?”balas Helina.

“Lama nyer.Nenek awak tu pergi haji berapa lama?”

“Sebulan,”jawabnya ringkas.Helina berdiri.”Helin nak pergi join nenek.Akak nak ikut tak?”

“Tak naklah.Akak tunggu kat sini je.Sambil tu boleh kemas-kemas sikit,”Syaqira tersenyum membalas.

“Ok,Helin gi dulu eh?”Helina melangkah keluar dari dapur.

Sepeninggalan Helina,Syaqira termenung.Dia sendiri tak tahu apa nak buat.Nak join diorang kat depan tu sah-sahlah dia tak sanggup.Orang gaji apa kehalnya nak menyibuk sama.Bukannya ada kaitan pun.Baik aku basuh pinggan,at least ada jugak kerja yang nak dibuat.

Elok je dia mula menyabun pinggan pertama bulu romanya terasa meremang,seolah-olah ada seseorang yang tengah memerhatikannya.Syaqira seram-sejuk.Dahlah pintu dapur ni terbukak.Helinlah ni,tak reti tolong tutup ke?Kan jembalang dah tumpang dapur.Nak memasak ke Encik Jembalang?Dia dah mula merapu.Syaqira berdiri kaku tanpa bergerak dengan pinggan ditangan.
Deheman dari belakangnya mengejutkan Syaqira.Terlepas pinggan di tangan.Dia mengurut dada.Nasib baik kau landing dalam singki pinggan,kalau tak mau satu rumah serbu dapur.Dan tahniah jugak kepada aku sebab tak menjerit.Perlahan-lahan dia memusingkan badan.Dari suara tu aku teka bapak setan yang ada kat belakang aku ni.Elok je dia habis berpusing ke belakang,jelas sesusuk tubuh tengah duduk atas meja merenungnya.See,bukan Encik Jembalang yang tumpang dapur,tapi bapak setan yang tersesat.

“Aku tak taulah apesal family aku suka sangat dekat kau.Dahlah pemalas,makan gaji buta, tak reti buat kerja,” Suara Lukman sinis seperti biasa tatkala bercakap dengan Syaqira.Matanya merenung tajam seakan-akan mahu menelan gadis dihadapannya.

Syaqira mengeluh.Datin..eh..auntie cakap dia ada sebab jadi laser macam ni,tapi bagi aku dia saja je tanpa sebab nak melaser tak tentu pasal.Aku tengah aman damai kat sini pun nak kacau.Dia membalas renungan Lukman tanpa rasa takut.Yang terzahir hanya kebosanan semata-mata kerana penat dengan kerenah Lukman yang suka menyakiti hatinya sejak dari hari pertama dia bekerja lagi.

Lukman rasa tercabar apabila orang gaji didepannya itu hanya membalas renungannya tanpa rasa takut.Dijegilkan matanya.Seketika mereka saling membalas renungan.Masing-masing tak mahu mengalah.Tapi renungan berapi mereka terputus apabila seekor kucing melompat melintasi kedua-duanya.

Syaqira tersedar.Segera dia berpaling ke singki meneruskan kerja membasuh pinggan mangkuk.Macam manalah aku boleh terikut perangai senget Hell Boy tu?Lawan-lawan mata macam Harry Potter dengan Lord Voldemort pulak.

Lukman semakin tak puas hati apabila Syaqira tidak mengendahkannya.Dia melangkah merapati gadis itu.Paip singki ditutup.

Syaqira bulat mata.Eiii,Ya Allah perangai macam budak-budak.Dia berpaling mengadap Lukman.”Encik ni kenapa hah?Saya nak buat kerja,jadi janganlah ganggu.Nanti Encik jugak yang tuduh saya pemalaslah,makan gaji butalah,gaji celiklah,”dia meninggikan sikit suara.

Lukman hanya tersenyum sinis.Pertama kali orang gaji yang mommy daddy upah berani lawan cakap aku.”Tak payah aku tuduh pun kau memang tak reti buat kerja.Pemalas,”jerkahnya.Rasa macam nak cekik je pompuan depannya ini.

Syaqira mengeluh kuat.Ngeeee……rasa macam nak bunuh orang je kalau dia ni ada.”Apesal Encik suka cari gaduh dengan saya?Dah takde kerja nak buat eh?”dia menyoal berani.Lantaklah kau nak mengamuk jadi Godzilla pun,aku memang dah tak boleh nak sabar dah.

Lukman semakin menggelegak.Perempuan ni memang berani.Tangannya merentap lengan Syaqira.Perasaan bencinya semakin memuncak lebih-lebih lagi melihatkan reaksi Syaqira yang langsung tak gentar dengan dirinya.Lukman mengheret Syaqira keluar dari dapur.Dia tak kira,hari ni jugak perempuan ni mesti keluar dari Teratak Autumn.

Syaqira yang tak bersedia terdorong ke depan. Kepalanya terhantuk bucu meja.Dia menjerit apabila melihat darah yang mengalir dari hujung matanya.Kepalanya terasa berpinar-pinar.

Lukman tergamam melihat keadaan Syaqira yang terduduk di kaki meja dengan darah mengalir dari kepalanya.

Serentak dengan itu Datuk Fauzan,Datin Aisyah,Aimran dan Helina menyerbu ke dapur.”Ya Allah,Ira.Apa dah jadi ni?Luk,kenapa dengan Ira?”Datin Aisyah bertanya cemas.Dia memangku kepala Syaqira.

Lukman terpaku.Kepalanya terasa berat dan berpusing-pusing.Darah membuatkan dia rasa nak pitam.Aimran yang mulanya nak mengamuk kat Lukman ternganga apabila Lukman turut rebah.Suasana kecoh seketika.

Syaqira dapat melihat dengan jelas saat tubuh Lukman rebah menyembah bumi.Rasa macam nak gelak pun ada.Tapi perlahan-lahan pandangannya mula kabur dan seterusnya gelap gelita.Dia pengsan.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

41 ulasan untuk “Novel : Isteri di atas Kertas 3”
  1. Charisah says:

    ahahaha lucu

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"