Novel : Kerana Terpaksa…Aku Relakan 20

6 March 2012  
Kategori: Novel

162,839 bacaan 124 ulasan

Oleh : Umie Nadzimah

BAB 20

“JOGGING ?”

Indah pandang Abang Zen lama. Sejak dua menjak ni, dia suka sangat buat acara mengejut. Sudah siap baru ajak. Lepas itu dia macam desak supaya Indah cepa-cepat siap. Sedangkan sikap Abang Zen sebelum ini sinonim dengan perancangan yang teliti. Dia bukan jenis orang yang last minute.

Tapi sekarang ni lain pula sikapnya. Dah tu…kalau hari cuti, ke mana dia pergi mesti ajak Indah pergi sama. Dia tak beri Indah tinggal di rumah tanpanya , kecuali jika dato’ tak benarkan. Bermakna dato’ ada kerja untuk dibuat.

“Jomlah…temankan Abang Zen…” Nada suara Abang Zen lunak. Merayu la tu, bila lihat riak muka Indah sedikit keberatan.

“Bukan tak nak Abang Zen…Indah banyak kerja di rumah. Mak Siti kan tak ada…” Itu yang Indah sedang fikir sekarang ini. Dia sudahpun menyiapkan sarapan pagi keluarga di ruang makan.

Semalam Mak Siti balik kampung di Pekan , Pahang sebab cucunnya tiba-tiba sakit teruk dan dimasukkan ke hospital. Sebelum bertolak tu, berbakul-bakul pesanan dia pada Indah untuk ambil alih tugas dia jaga rumah itu, terutamanya makan minum Dato’ Safiya. Taat dan dedikasi betul dia pada majikan kesayangannya.

“Don’t worry semua tu ,balik nanti abang tolong Indah okey. Abangpun kena belajar-belajar juga dari sekarang dengan kerja-kerja rumah ni..” Abang Zen jeling dan ketawa nakal. “Dah la tu…pi naik siap” Dia arah lagi bila Indah masih tercegat di sisi meja.

“Kejap-kejap, Indah nak sediakan nescaffe untuk Abang Fahin, tadi dia dah minta…”

“Hish..biarlah dia buat sendiri . Takkan itupun dia tak tahu buat…” Serta merta pula Abang Zen tukar serius dan naik muncung . Fahin sengaja tu, masih tak putus asa memikat. Geramnya. Apa hal pagi-pagi sudah bangun minta itu ini. Dulu-dulu , selagi matahari tak tegak di kepala, jangan harap dia nak bangun dari katil.

Indah ni pun satu, tak reti-reti tolak permintaan orang. Semua hati nak dijaga. Tajul Zahin yang selalu perli-perli pun dia nak layan baik-baik. Cemburu Abang Zen tengok. Ingatkan selepas declare, walaupun hanya dengan SMS , Indah fokus pada dia saja, tapi macam tu juga sikap dia. Semua orang penting, jadi di mana istimewanya dia?

“Dah siap! Jap ya Indah tukar baju dulu …” Cepat Indah lari naik tingkat atas. Sudah dapat baca air muka Abang Zen. Cemburu dia sudah datang! Sebelum melarat teruk , lebih baik ikut kata dia.Dengan adik sendiripun dia berkira .

Hubungan Abang Zen dengan Tajul Fahin nampak tegang saja akhir-akhir ini. Kadang-kadang Indah merasakan dialah penyebabnya. Namun, apa pula salah dia? Rasa-rasanya dia tidak buat apa-apa yang jadi punca mereka bertegang urat. Cuma satu saja alasannya, masing-masingnya cemburu.

Hhmm….betul ke Abang Zen cemburu kerana Indah. Hai… tak percaya lagi? Bukankah dia asyik jeling-jeling dan tarik muka masam bila ada lelaki lain yang cuba dekat-dekat dengan Indah. Sampai kadang-kadang buat Indah kurang selesa. Peliknya, perasaan Indah terhadap Abang Zen makin hari makin mendalam.

Dalam kereta menuju Tasik Perdana, Abang Zen masih lagi bermuka kelat. Fokusnya lebih kepada jalanraya, walaupun bukan terlalu banyak kereta . Bukan waktu puncak jammed sekarang ini, hari sabtu, pukul 7.30 pagi, tentu jalanraya Kuala Lumpur sedikit lengang dari hari biasa.

Indah tak sukalah mengadap muka cemberut Abang Zen macam tu…

Indah pandang Abang Zen. “Indah sayang Abang Zen seorang saja…”. Tiba-tiba muka dia merah pijar . Dia pusing ke kiri mengadap cermin kereta. Sembunyi malu. Pertama kali dia cakap sendiri, jika tak hanya SMS saja yang jadi orang tengah kalau pasal-pasal perasaan ni. Pagi ni mulut dia terpacul sebut depan-depan. Tak malu betul. Lepas tu nak segan-segan pula…mengada.

Indah tahu abang Zen sekejap pandang dia, lepas tu depan, kemudian pandang balik. Beberapa kali dia buat macam tu. Indah sudah tak berani alih muka ke kanan arah kerusi pemandu lagi. Kalau boleh nak jadi halimuna saja jam ini. Malu sangat….

Kemudian tangan Abang Zen capai tangan Indah atas riba. Dipegang erat-erat. Dapat rasa segala perasaannya dialir ke tubuh Indah. Indah biar saja. Memang dia rasa berdosa biarkan kulit lelaki bukan mahram menyentuh kulitnya, tetapi kalau dengan Abang Zen dia selalu tewas untuk menegakkan yang halal dan haram. Hish…payah betul!

“Abangpun…sayang Indah…sayang sangat-sangat…” Perlahan saja suara Abang Zen di pendegaran Indah. Ada getaran eh. Dia pun gugup juga. Maklumlah pertama kali dalam hidup mengucapkannya depan-depan. Abang Zen sudah tak berani pandang Indah lagi . Mata dia terus ke hadapan. Tangan dia dua-dua di stereng kereta.

Masa tu Indah beranikan diri pandang Abang Zen di sebelah. Mak ai…wajah dia juga kemerahan! Dia pun malu juga ya? Hahaha…

Aktiviti riadah sudahnya jadi kekok Masing-masing sudah ala-ala segan sama sendiri Bagusnya muka Abang Zen tak lagi masam dan ketat, malah tersenyum-senyum sepanjang masa. Mata bersinar-sinar bila terpandang Indah. Hati dia penuh bunga-bunga. Indah pun sama. Dia tahu perasaan Abang Zen sama dengannya, tetapi kadangkala Abang Zen tidak dapat mengawal perasaan cemburunya yang berlebihan tu. Alahai…cemburu tu ertinya sayang. Abng Zen sayang Indah sangat-sangat, bukan main-main. True love -be mine, forever yours….

Dua jam kemudian, mereka sudah berada di rumah semula. Nasib baik Abang Zen tak lupa janji. Selapas bersarapan, dia tolong Indah siram pokok di laman rumah, dan bersihkan kawasan porch. Kemudian Indah bersihkan dapur, Abang Zen vakum ruang tamu. Lepas tu, Abang Zen baik hati lagi tolong Indah memasak untuk makanan tengahari.

“Waah..hari ni CEO TS Holding turun pangkat jadi assistant bibik….” Tegur Dato’ Safiya yang baru masuk ke ruang dapur sambil tergelak-gelak. Lucu tengok anak sulungnya terkial-kial kupas bawang putih. Cinta punya pasal, semua sanggup. Jika tak, maunya dia nak buat semua kerja perempuan ni. Seluar kecik dia pun Mak Siti yang cuci.

“Kena belajar-belajar juga kan?” Abang Zen cuba cover rasa malu dia di hadapan mama. Yalah…tiba-tiba sahaja dia buat kerja dapur, tentu nampak pelik kan? Tapi tak mustahil bagi orang yang tengah dilamun cinta ni.

“A’ah, betul tu…nanti taklah isteri buat semua kerja…” Dato’ Safiya masih lagi dalam mood gelak-gelak. Kemudian dia berlalu dari situ. Biarlah love bird tu berdua kat dapur. Niat dia singgah hanya untuk lihat apa yang dimasak Indah. Lama si cantik ni tidak memasak, sejak sibuk melayan kerja-kerja koperatnya.

Sebentar kemudian, masuk pula Tajul Zahin, ambil segelas susu dari peti sejuk lalu pergi. Selamba menayang muka meluatnya pada Indah dan abangnya.

Tidak lama selepas itu, terjengul pula Tajul Fahin.. Kali ini bibir dia sudah tak sengih atau senyum lagi. Dia tayang rupa bengang dan radang. Pun tak cakap apa-apa, lalu pergi dengan segelas jus oren Berry yang juga diambil dari peti sejuk.

Aik? Semua macam jadi supervisor saja ? Sekadar jengok untuk check Indah dan Abang Zen buat kerja apa. Rasa kami ni macam bibik Indonesia dan mamat Bangla saja di dapur . Abang Zen macam tahu-tahu je apa yang Indah tengah fikir. Dia pandang Indah dan beri senyum. Manisnya senyuman dia! Satu-satunya lelaki yang boleh tersenyum dalam rumah ini pada pagi sabtu yang boleh dikatakan indah ini…hmm…

Indah masak sup kepala ikan kegemaran Dato’ Safiya, sambal udang kesukaan Abang Zen dan yang lain-lain tu biasa-biasa sahaja, ikan goreng tepung , sayur , sotong goreng kunyit dan telur masin. Sempat juga jengok ke belakang rumah lihat tanaman Mak Siti mana yang boleh dirembat. Tersenyum Indah bila ada banyak kacang botol , ulam kegemaran si buah hati . Sedap cecah dengan sambal belacan tumbuk pakai lesung batu. Kacang panjang Mak Siti pun merambu-rambu jatuh dari para. Nampak sangat betapa lamanya dia tidak menolong Mak Siti di sini. Timbul pula perasaan bersalah pada Mak Siti.

Masa makan tengahari, semua ahli keluarga ada. Peraturan tegas Dato’ Safiya jika tidak ada apa-apa alasan munasabah , semua mesti berada di meja makan pada waktunya. Inilah masa untuk satu keluarga berkumpul dan bermesra, justeru mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan kasih sayang. Bagusnya…kalau Indah dah ada anak nantipun dia nak buat rules macam ni…mulalah berangan tu…

Kemesraan keluarga? Hhmm…entahlah, tengahari ni macam tak wujud lansung antara tiga Tajul ini. Masing-masing bermuka tegang. Kecuali Tajul Razin sahaja yang nampak manis.

Rasa penatnya memasak, bila orang yang makan seperti tidak enjoy….

Tetapi, antara tiga Tajul tu, Indah perasan Tajul Fahin yang menunjukkan sikap amat luar biasa. Nampak dia berserabut dan stress tahap tak boleh cerita. Diakan jenis happy go lucky orangnya, sekali tunjuk rupa macam tu, nampak sungguh menakutkan. Indah nak pandang muka dia pun tak berani.

**********

SELEPAS sembahyang Zohor, Indah terus bersembunyi dalam bilik, untuk merehatkan diri. Kerana keletihan, dia terus terlelap hinggalah azan Asar berkumandang dari corong radio yang sedia terpasang . Segera bangun tunaikan kewajipan, sebab rancangan dia untuk sambung mengemas selepas sembahyang Asar. Eh…kena siapkan minuman petang terlebih dahulu! Susah juga tak ada Mak Siti , semua benda pasal rumah ni Indah kena fikir…

Lepas minum petang, Abang Zen bagi tahu dia nak pergi main skuash dengan Safuan, dan balik lambat sikit. Dato’ Safiya ke rumah sepupu dia di Shah Alam. Tajul Fahin si emo itu juga keluar, maklumlah malam minggu. Clubbing kut!. Tajul Fahin Indah pasti, yang seorang lagi, belum kenal betul-betul lagi, tapi nampak macam tak buat benda-benda terlarang. Ke mana berdua tu pergi Indah sikitpun tak kisah. Senang sikit dia nak jalankan misi kemas bilik. Wah…rasa macam cleaner di hotel 5 bintang pula. Lebih hebat lagi kemas bilik yang di atas awan tu, rasa macam kemas bilik VVIP.

Abang Zen dah larang buat semua tu, kalau Mak Siti lambat balik, boleh panggil cleaner agent buat ,tapi Indah teringat pesanan Mak Siti, dia rasa dia kena bertanggungjawab. Alah…bukannya teruk sangat, diakan keturunan dayang-dayang istana, kerja kuli batak ni dah sebati dengan jiwa dia, takde hal la…

Tiba-tiba seram pula bila teringat yang dia keseorangan dalam rumah tiga tingkat ni….mulalah penyakit lama datang balik… seingat Indah dia dah tak takut pada makhluk inverted comma ni sejak di tinggalkan di R&R Tapah dulu. Sudah terpaksa…jadi beranilah!

Ahh…pedulikanlah…kena ambil semangat rajin Mak Siti . Langkah pertama, kemas bilik Dato’ Safiya. Bukan kotor mana pun, Mak Siti kan terlebih perihatin pada mem besar kesayangan dia. Mesti dia pastikan bilik dato’ sentiasa tip-top! Cuma bilik air saja Indah kena beri lebih perhatian. Takut licin dan bahayakan dato’. Lepas ni dia nak bersihkan bilik sendiri. Eh…tak perlulah! Buang karan saja, bilik sendiri bila-bila masa boleh buat!

Giliran kedua, bilik Tajul Zahin lah, sebab bilik dia terletak di tingkat dua juga. Bilik yang paling hujung. Indah tahu bilik itu juga amat besar dan mengadap bukit bukau yang cantik. Pulas tombol. Berkunci. Hhmm…ada alasan . Nanti dia mengamuk pula kalau Indah tetap masuk , dah dikunci bermakna dilarang sesiapa ceroboh masuk la…amaran secara berhemah! Faham-faham sendiri okey.

Indah terus ke tingkat tiga. Bilik si dia dulu. Ini baru kali ketiga dia masuk sini. Tersenyum-senyum sendiri tengok bilik dia. Katil dia besar, cadar kemas , cantik dengan warna krim dicampur coklat. Lembut dan tenang suasana. Indah tepuk-tepuk bantal yang tersusun. Ada bau dia.Perasaan semacam mula ganggu Indah. Rasa gatal menerpa. Dia baring atas katil Abang Zen , letak kepala di bantalnya juga. Berangan , entah macam mana nanti ya…bila berdua dengan Abang Zen di sini? Auw…berdebarnya rasa!

Sedar diri, Indah cepat-cepat bangun buat tugasannya. Dia masukkan semua baju-baju kotor Abang Zen dalam bakul sedia ada untuk di bawa ke bilik dobi. Mak Siti pesan hanya masukkan dalam washing machine dan mesin pengering sahaja. Bab-bab menggosok nanti Mak Siti akan buat

Habis semua pakaian bersangkut Indah kaut. Tuala pun dia gantikan dengan yang baru. Pakaian-pakaian rahsia Abang Zenpun banyak juga. Tersipu-sipu juga Indah untuk memegangnya. Namun dia buat juga dengan penuh rasa kasih. Rasa bangga dapat berbakti pada orang yang disayang. Apa-apa sahaja yang berkaitan diri dia, amat berharga bagi Indah.

Selesai bilik Abang Zen, Indah berhenti sekejap untuk sembahyang Maghrib. Lepas ni dia akan sambung bilik anak teruna pencinta laut dan ahhem…juga pencinta ramai wanita. Mungkin Indahpun termasuk koleksi perempuan yang dia minat kut! Hehehe…teka dan perasan aje…

Di bilik Tajul Fahin, kena kerja keras sikit. Tahap kebersihannya jatuh di tangga paling bawah sekali. Indah tidak pernah masuk bilik ini. Jadi tidak dapat menilai samada tuannya pengotor atau tidak, tapi kalau apa yang dilihat sekarang…alamatnya seksalah siapa yang jadi teman sebiliknya nanti. Entah..siapa tu? Yang pasti bukan Indah. Loving you, sweet heart Indah hanyalah Abang Zen! Forever, tak ada gantinya…

Tugas pertama di bilik ini, Indah cuci bilik air, kedua vakum karpet…bla..bla..bla. Owh..cadarpun dah kena tukar ni, sebab bau dia sudah semacam! Apa taknya…dia tu kan , ada malamnya yang jadi best friend syaitan. Jangan harap la bekas air jahat tu nak bagi bau wangi macam bilik Abang Zen!

Terbongkok-bongkok Indah menanggalkan cadar dari katil saiz raja tu.. Tak perlu pakai tudung masa ni sebab tak ada seorang Tajulpun di rumah. Bebas free hair ke sana sini. Rambut hitam berombak diikat tinggi, supaya tidak panas dan selesa buat kerja. Menyerlahkan leher putih jinjangnya Saat ini juga dia pakai baju yang seksi di bahagian leher dan dada. Nampak habislah bahagian terlarang bila dia tertunduk-tunduk begitu. Peduli apa , kalau dia berbikini pun, sah-sah tak ada siapa yang tengok.

Ternyata Indah silap! Terkejut sangat bila ada hembusan nafas kuat dekat telinganya. Deria bau juga mengesan bau masam-masam. Tubuhnya dialih dan dipeluk ganas oleh seorang lelaki bertubuh sasa. Sudah tentu bukan kerja Tajul Razin, sebab dia tak pernah cuba peluk Indah dengan sengaja. Kerja macam ni hanya boleh dilakukan oleh Tajul Fahin!

Tanpa sebarang persediaan awal untuk melawan, maka mudah sahaja tubuh Indah dirembat ke dalam rangkulan Tajul Fahin. Masa itu Indah sungguh –sunguh panik dan takut. Dia menggigil. Rasa tak ada daya dan sebarang kekuatan untuk melawan.

“I love you…I love you…I love you..” Tajul Fahin meracau perlahan. Suara dia sayu sahaja.

Rangkulan sudah agak longgar. Indah sudah memperolehi sedikit kekuatan . Dia hampir dapat melepaskan diri, namun tiba-tiba lengannya di tarik kasar, dan sekali lagi tubuhnya dipeluk erat. Kali ini lebih kejap, hingga buat Indah susah bernafas. Susah untuk mendapat udara .

“I love you sayang….”

“Abang Fahin…please…lepaskan Indah…sakit…” Indah cuba tarik simpati. Dia tak meronta lagi, sebab tahu akan dikasari lebih teruk. Biar dia cuba lepaskan diri secara diplomasi.

“No…I won’t let you go. Never…You are mine…”

“Abang…Indah sakit, please lepaskan dulu…ya”. Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya Indah saat ini, tapi dia masih cuba untuk selamatkan maruah sendiri.

Dengar Indah yang mengadu sakit, Tajul Fahin lepaskan rangkulannya.

“Sayang sakit ya ? Kesian….”

Peluang itu Indah ambil kesempatan untuk lari keluar dari bilik . Tapi belumpun sampai dimuka pintu, badannya ditangkap balik oleh Tajul Fahin.

“Jangan cuba main-main dengan aku…”

Tubuh Indah ditarik kasar dan di hempas atas katil besar gedabak tu. Kemudian dia tindih dengan tubuh jantan dia. Indah meronta-ronta sedaya upaya guna tenaga yang dia ada. Masa itu juga dia menjerit-jerit moga ada pertolongan. Walaupun dia tahu mustahil ada orang lain di rumah waktu ini.

“Aku dah beri peluang pada kau, minta cara baik, tapi kau sombong! Tolak aku mentah-mentah…”

Indah cuba lepaskan diri lagi…

“Kali ini jangan harap kau dapat lari lagi. Tidak dapat cara baik , aku guna cara kasar. Aku akan ikat kau seumur hidup…”

Tajul Fahin makin ganas menindih tubuh Indah di bawah. Sehingga gadis itu tiada tenaga lansung untuk menolak. Badannya menggigil pada tahap maksima. Saat itu Indah rasa, dia sudah tidak ada masa depan lagi. Semuanya akan musnah sekelip mata. Dia sudah hilang ayah. Dia juga akan kehilangan Abang Zen. Sekejap lagi juga dia akan kehilangan maruah seorang gadis yang cuba dipertahankan selama 23 tahun ini. Dan dia akan menjadi perempuan yang tidak punya apa-apa…

Entah macam mana, tiba-tiba Indah memperolehi kekuatan untuk cuba menyelamatkan diri. Dia jerit sekuat-kuatnya. Sekali sahaja.Itu sahaja yang daya dia buat kali terakhir. Untuk melawan fizikal, dia sudah tidak mampu lagi. Baru tahu rupanya tali pinggang hitam yang dibangga-bangga itu tidak bernilai lansung di saat-saat dia memerlukan.

Selepas satu jeritan, Indah rasa dia sudah tak sedar apa-yang berlaku seterusnya …

**********

Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah hubungan cinta suci Tajul Razin-Indah Halina berakhir dengan bahagia? Bagaimanakah kemelut hidup Indah di tengah2 keluarga Dato’ Safiya & juga antara ayah kandung serta emak & kakak tiri yang jahat ? Itu antara konflik yang akan dipaparkan dalam KTAR…

BUAT SEMUAT PEMBACA : TERIMAKASIH banyak-banyak kerana masih lagi setia membaca hingga bab 20 dan juga atas sokongan yang diberikan. Untuk makluman, bab ini merupakan bab terakahir yang keluar di halaman penulisan2u. InsyaAllah, Kak Umie sudah sampai ke peringkat akhir penulisan manuskripnya. Doa-doakan moga dipermudahkan untuk penerbitan ke versi cetak ya…

Bila dah ada dalam versi cetak nanti…sudi-sudikanlah mendapatkannya untuk mengetahui pengakhiran kisah cinta INDAH-ABANG ZEN….

InsyaAllah Kak Umie akan selalu updatekan perkembangan KTAR di dinding Facebook.

Sementara itu, bagi pembaca yang belum tahu, novel Kak Umie di pasaran ialah USAI AKU TERIMA NIKAHNYA (KaryaSeni) dan PILIHAN MAMA (KakiNovel)

Akhirnya, kemaafan dipohon pada kelemahan dan kekurangan Kak Umie dalam berkarya atau membalas komen-komen yang diberikan. Love you alls…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

124 ulasan untuk “Novel : Kerana Terpaksa…Aku Relakan 20”
  1. ayuayuny says:

    hmmmm……. apelh zen nie ske buat indah surprise lh.. ape pula citer hri nie kn episod last . hrp2 dorang bahagia hengga k ank cucu~~~`

  2. Tengku athinah says:

    Ape yg terjadi selepas dato Sofia bg tau pasal ibu kandung indah?

  3. akmal says:

    x puas hati lah..time epsd akhir x de pon bgi tau sape ibu indah sebenarnya

  4. nur arina says:

    Saye suka sgt bace novel ini krn ade bab2 romantic

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"