Novel : Pertarungan detektif 4

1 March 2012  
Kategori: Novel

693 bacaan 3 ulasan

Oleh : Dhianato

Di dalam bilik guru, Alya mengemas barang-barang yang harus dibawa bersama ke KL. Dalam fikirannya, dia masih ragu-ragu untuk memberitahu adik-adiknya tentang perpindahannya ke KL. Dan, yang paling merunsingkan fikirannya adalah KIRAH!

‘ARGH! Apa patut aku bagitau dia? Kirah, akak kena pergi KL dalam masa terdekat ni dan kau kena tinggal dengan pengetua… NO! Aku tak rasa dia boleh terima.
Nampak sangat aku ni memang sengaja nak tinggalkan dia… Akak dapat arahan dari pihak atasan, akak kena pindah ke KL. Tak,tak,tak! Tak boleh jugak! Macam mana aku nak bagitau dia!!!’

Alya berkata-kata dalam hati. Dia tak nak menganggu guru-guru yang lain dan pada masa yang sama dia tak nak dicopkan sebagai ‘guru tak siuman’ kat sini. Runsing! Macam mana aku nak bagitau dia ni?

“Haih! Lya, dari tadi akak nampak kau gumam sorang. Ada apa ni?” Cikgu Anita menegurnya dari belakang. Alya berhenti mengemas. Nafas ditarik dalam dan dilepaskan perlahan. Terasa hilang sedikit bebannya.

“Pasal apa lagi kalau bukan sebab kena pindah ke KL. Entahlah kak. Saya tak tau nak buat apa dengan Kirah. nak bawak, PMR lagi berapa minggu je. Pengetua pulak sibuk nak jaga diorang. Akak faham-faham jelah hubungan Kirah dengan anak-anak pengetua bukan baik sangat pun. Risau saya dibuatnya.” Alya melepaskan keluhannya.
Pening kepalanya memikirkan nasib adik-adik dia.

“Akak faham. Lagi-lagi pasal Kirah. kalau akak jadik Lya pun, akak pening. Bukannya kita tak tau perangai dia macam mana. Dah satu sekolah heboh pasal dia. Lagi-lagi hubungan dia dengan Khai. Memang tak baik dari first time diorang jumpa lagi, kan?” Cikgu Anita menepuk perlahan belakang Alya bagi meredakan rasa risau anak gadis itu. Alya hanya tersenyum kelat. Dia tahu kata-kata Cikgu Anita itu hanya nak menyedapkan hatinya sahaja.

“Bila kamu pindah?” Tanya Cikgu Anita.

“Kalau Kirah tak merajuk, minggu ni jugak saya pindah.” Jawab Alya dengan nada yang rendah. Cikgu Anita mengangguk faham. Alya meneruskan mengemas fail-fail penting. Datang pula Miss Bayu ke mejanya. ‘Nak carik pasal lagi ke cikgu ni?’ Getus hati Alya.

“Bila nak betolak ke KL? Kirah jangan lupa dibawa ye. Tak de la setiap minggu masuk pejabat pengetua je kerjanya. Dah jadik rumah ketiga dia pulak.” Perli Miss Bayu. Alya menahan geram. ‘Tak pe, minggu ni je tinggal. Aku kerjakan kau habis-habisan.’

“Kirah tinggal , Alif pun tinggal.” Jawab Alya selamba. Miss Bayu tersengih sinis.

“Apa jadi agaknya dengan rumah tu nanti. Lya balik nanti , dah hangus agaknya rumah tu.”

Giliran Alya pula tersengih sinis. ‘Ada chance nak kenakan balik!’

“Rumah tu okay je. Diorang tak tinggal kat sana.”

“Tinggal dengan siapa?” Miss Bayu mencicip kopi yang dibancuhnya.

“Dengan pengetua kita.” Hampir tersembur kopi yang dicicipnya. Miss Bayu melongo. Tak percaya. Alya bangun sambil membawa sekotak fail-fail yang akan dibawa bersama ke KL.

“Kenapa cikgu? Terkejut?” Alya meninggalkan Miss Bayu yang kaku. Alya tersenyum menang. ‘Padan dengan muka kau! Ni la padahnya cari pasal dengan aku. Selama ni aku diamkan aja. bagi sekali kau nak dua kali. Bagi tiga kali kau nak berkali-kali. Bila aku berkali-kali, kau melongo, bagus sangat la tu.’

“Mana akak ni. Lambat betullah. Dia tak tau ke perut aku dah ada irama 1 Malaysia ni. Dah pukul 6, tapi batang hidung dia pun tak nampak.” Syakirah dah tak senang duduk. Asyik ke hulu ke hilir. Lengan bajunya diselak hingga ke siku. Panas!

“Tunggu la kejap. Akak tengah cari barang dia tu. Nanti sampai la dia.” Alif mengemas buku-buku yang dikeluarkan tadi. Siap mengemas, matanya tertancap pada sekujur tubuh yang menghampiri mereka. Dia tahu itu adalah kakaknya. “Hah, dah sampai dah pun.” Syakirah memaling mukanya ke arah yang ditunjukkan oleh Alif. Kelihatan Alya yang membimbing beg laptopnya dan buku-buku pelajar menuju ke arah mereka.

“Sorry sangat-sangat.. Tadi ada hal sikit. Dah jom. Makan kat luar. Aku rasa aku tak sempat nak masak buka.” Alya menghulurkan begnya kepada Alif.

“Macam ni baru kakak aku. Tak lah aku naik bosan makan masakan kau yang tak seberapa sedap tu.” Syakirah membantu kakaknya mengangkat beberapa buku pelajar.

“Amboi, Sedapnya kau mengutuk aku.” Alya mencekak pinggang. Syakirah cuma buat muka lima sennya. Alif menahan ketawa dari meletus.

“Disebabkan kau lambat dan aku tolong kau angkat barang-barang kau yang ntah berapa kilo ni, aku nak kau belanja makan kat laksa tomyam thai kat bawah BP Mall tu.” Syakirah berlalu meninggalkan Alya dan Alif.

“Sedapnya dia mengarah orang. Memang dia nak kena makan high heels aku ni tau.”

“Biarlah kak. Memang salah kau pun. Janji pukul berapa, kau siap pukul berapa. Memang patutlah dia mintak dibalas.” Alif meninggalkan Alya sambil mengangkat barang-barang Alya yang penuh di tangannya.

“Kirah, tolong amekkan buku form four Bio. Aku kalau dah duduk, memang susah nak bangun.” Alya meminta tolong sambil membelek beberapa fail penting.

“Suruh abang.” Syakirah menunding jarinya kearah Alif yang tengah khusyuk menonton animasi Jepun Naruto.

“Kakak suruh kau , kan? So, kau yang pergi. Not me.” Alif menyuakan kerepek ubi ke dalam mulutnya. Matanya masih tertancap di kaca TV.

“Pergi lah. Aku mana boleh terlepas tengok aksi Hidan aku ni. Bukan selalu boleh tengok muka dia.” Syakirah masih tidak mahu mengalah.

“Aku nak tengok Ino lawan. Kau la pergi. Mana boleh lepas tengok Ino lawan.” Alif juga turut sama tidak mahu mengalah.

TUP!

Alif dan Syakirah memaling muka ke belakang. Kakaknya bercekak pinggang. Di tangan kirinya memegang remoote control.

“Apa akak ni. Orang tengah syok tengok, di tutup kenapa?!” Protes Syakirah.

“Ino aku!!!”

“Sudah!! Sekarang, dua-dua pergi amek. banyak tu.” Alya tidak mempedulikan kata-kata mereka. Dengan malas, Alif dan Syakirah bangun dan mengambil buku-buku yang dipinta kakaknya di dalam bilik.

“Yelah,yelah” Serentak Syakirah dan Alif menjawab. Alya tersengih menang.

“Kak! Yang mana?” Syakirah mencari buku-buku yang diminta oleh kakaknya.

“Ada kat atas meja tu. Bukunya warna biru!!” Alif dan Syakirah mencari buku-buku yang dimaksudkan.

“Aku dah jumpa dah. Bang, tolong aku angkat ni.” Syakirah mengangkat buku-buku yang dikatakan kakaknya. Ketika Syakirah mengangkat buku-buku tersebut, satu
surat melayang jatuh ke lantai. Syakirah yang perasan kertas tersebut mengambilnya dan membuka sampul surat tersebut. Hujung sampul dikoyakkan.

” Surat apa tu?” Tanya Alif. Syakirah mengangkat bahu menandakan dia juga tidak tahu.

“Surat cinta kot!” Teka Alif. Syakirah mengetuk kepala Alif dengan buku disebelahnya.

“Surat cinta tak letak dalam sampul surat PPD macam ni, la mangkuk!”

“Bacalah.” Syakirah membaca isi kanndungannya. Terbuntang mata mereka apabila membaca isi kandungan surat.

“Kirah, apsal lambat sangat kau amek buku tu. Cepatlah, Naruto dah nak habis dah…..” Alya terhenti untuk meneruskan kata-katanya apabila melihat muka Syakirah dan Alif agak merah seperti menahan marah. Alya menelan liur apabila matanya memandang tepat ke arah Alif dan Syakirah.

“ALYA MAISARAH BINTI MOHAMMAD RAZAK!!!!!!!” Habis bergema rumah mereka apabila mendapat laungan ‘serigala’ daripada mereka. Alya Menutup telinga. Tak tahan dengan laungan diorang yang mengalahkan orang guna mikrofon.

‘Matilah aku!’ Alya menepuk dahi.

“Apa ni kak? Time-time kitorang dah nak pekse,akak kena pindah. Kalau akak pergi, siapa yang nak jaga kitorang? Takkan nak suruh kitorang ikut kau kot?”Syakirah dah berleter macam mak nenek. Alya hanya duduk dan diam mendengar kata-kata Syakirah.

“Bukannya aku yang tulis surat ni. PPD yang bagi. Nak buat macam mana.Aku memang nak bagitau korang malam ni, tapi korang dah jumpa dulu surat ni” Alya cuba membela dirinya. Terbuntang mata Syakirah mendengar kata-kata Alya yang terasa parah di hatinya.

“Malam ni baru kau nak bagitau kitorang??! Kau baca tak tarikh kau kena pergi KL bila? Esok tau tak? E.S.O.K. Dengan senang hatinya kau cakap malam ni kau baru nak bagitau kitorang. Habis tu, kitorang nak tinggal kat mana?”Alya mula mendongak memandang Syakirah yang menahan marah. Alya pun mula serius.

“Pengetua bagi cadangan,tapi aku tak berapa yakin yang kau nak.Nak dengar?” Reda sikit marah Syakirah yang tadinya bagai musang berekor sembilan mengamuk di kampung Konoha dalam anime Naruto tu.

“Apa dia?”

“Dia nak korang tinggal rumah dia.” Masih tenang Alya berkata-kata. Syakirah dan Alif menganggukkan kepala tanda faham. Kemudian , mereka berhenti mengangguk. Alif dan Syakirah membuntangkan mata. Kepala masing-masing berpusing menghadap Alya yang masih beriak tenang.

“Kau gila?!”Serentak Syakirah dan Alif menanya dengan nada suara yang sama seperti mereka terjumpa surat pindahan. Lepas satu,satu lagi masalah timbul. Apalah nasib badan jadik adik dia ni?

“Aku dah setuju dengan dia.”

“Asrama kan ada,kenapa nak kena tinggal dengan pengetua pulak ni. Aku takut dia panggil polis je bila tengok anak dia dah nyawa-nyawa ikan.” Syakirah yang tadinya duduk bangun semula. Kemarahannya kemuncak. Ni kalau gunung berapi dah tahap yang kritis ni.

“Tempat pertama aku cari la tu. Tapi nak buat macam mana, Dah penuh.”Syakirah dan Alif mengeluh berat.

Sunyi seketika. Syakirah begaikan memikirkan sesuatu. Satu senyuman hinggap di bibir. ‘Idea mai dah!!’

“Hmm.. Okay la kalau dah takde tempat nak berteduh lagi kan. Aku gi kemas barang dulu.” Syakirah meninggalkan Alya dan Alif menuju ke biliknya. Alif dan Alya terpinga.

“Are You Serious,Kirah?” Alya menanya dengan muka yang agak ceria apabila dia berjaya. Syakirah barhenti dan memandang wajah kakaknya yang berseri-seri.

“Why? Kau nak aku tukar fikiran ke?” Segera Alya menggeleng kepalanya.

“Kalau macam tu, baik kau jangan tanya aku lagi. Takut pulak nanti aku tukar fikiran.” Syakirah meninggalkan mereka. Alif agak tidak puas hati dengan kata putus dari Syakirah. Alif meninggalkan Alya dan mengikuti langkah adiknya.

“Apa plan kau sebenarnya ni?” Alif menanya Syakirah setelah sampai di depan bilik Syakirah.

“Why? Plan apa pulak ni?” Syakirah masih berbasa-basi dengan Alif.

“Kau jangan ingat aku tak tau perangai kau. Come on la. Aku kenal kau bukan setahun dua. Sejak kau dalam perut ibu lagi aku kenal kau. Tell me about your plan.” Syakirah tersengih. Alif menunggu jawapan Syakirah.

“Nantilah aku bagitau kau.” Syakirah masuk kebiliknya tanpa menghiraukan Alif yang masih menunggu jawapan darinya. Alif mengetuk pintu biliknya.

“Bukak la pintu ni! Kau nak aku pecahkan pintu ni ke?” Syakirah tidak menghiraukan kata-kata Alif. Alif meninggalkan bilik Syakirah setelah tiada jawapan dari adiknya itu.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Pertarungan detektif 4”
  1. Dark Girl says:

    fuyyoooo…ape plan syakira ye..
    saye nantikan episode yg akan datang..hehheheh…:D

  2. ismee syuhada says:

    xsabar nk tunggu apa plan syakirah….n jd kew cikgu alya pndh..hehe

  3. aimi says:

    Tajuk menarik, tapi permulaan cerita agak flat. Aku belum dapat feel, mungkin latar tempat tidak begitu diperincikan.

    Bila aku tengok tajuk “pertarungan detektif”, aku menjangkakan babak saspen. Otak dah set cerita misteri. Mungkin kalau cerita ni memfokuskan banyak ke aspek lain, kalau tukar tajuk lebih menarik kot.

    Tapi,kalau benar cerita ni cerita detektif, unsur saspen perlu ada pada permulaan cerita kerana pembaca menilai dari bab-bab awal.

    p/s-aku bukan penulis, cuma memberi komen dari sudut pandangan pembaca

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"